Pas bukan sebuah parti yang baru dalam keterlibatan untuk menegakkan keadilan Islam. Memperjuangkan sebuah Negara yang terlaksana didalamnya bukan sekadar nilai-nilai Islam tetapi hukum hakam Islam. Semenjak parti pertama yang di tubuhkan di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1926 iaitu Parti Serikat Islam di Beserah, Pahang yang merupakan kesinambungan Parti Serikat Islam, Indonesia.
Ia ghuyub selepas peristiwa perang di padang kacung, pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong maka timbulnya Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol. Setelah ditangkap Ust Abu Bakar al-Bakir bersama 300 orang pendokong parti Islam tersebut dan diharamkan, timbullah Parti Islam Semalaysia PAS di tahun 1951 ketika menentang UMNO yang mengasaskan perjudian Loteri Kebajikan UMNO 1951 yang melancarkan jualannya pada tahun 1953.
Ulama yang keluar daripada UMNO itu tidak lain dan tidak bukan kerana memprotes pelaksanaan judi di Tanah Melayu. Tindakan amar ma’ruf dan nahi munkar telah terlaksana sejak awal penubuhan Pas lagi. Sampailah ke hari ini, Pas masih lagi komited dengan dasar Islamnya. Bahkan sebab kekuatan dan prinsip Islam inilah Pas masih lagi bertahan dipersada politik tanah-air hingga kini diketika banyak parti-parti lain dah menjadi parti tupperware.
Ini menunjukkan bahawa apa yang dibawa oleh Rasulullah Saw itu releven untuk sepanjang zaman. Dalam era kejatuhan komunis, Negara bangsa nasionalis, ideology kapitalis yang semakin merudum kini bahkan agenda ideology dan isme yang pelbagai yang tiada ketahan dan keutuhan, Islam terus mekar berkembang di seluruh dunia. Begitu juga Pas terus melakar sejarah dan memecahkan pelbagai tembok yang menghalangi perjuangannya.
Perjuangan Pas pula didasari oleh perjuangan aqidah yang meletakkan thiqah kepada Allah dalam mengatur masa depan kehidupan manusia dan perjuangan. Keyakinan kepada kemenangan dan janji Allah itu telah menggarap usaha tarbiyyah agar ahli mantap dan yakin dengan kemenangan Islam meskipun terpaksa mengambil masa yang lama dan diselangi dengan pelbagai tribulasi. Disamping menggerakkan agenda penerangan dan dakwahnya dalam memahamkan masyarakat dan rakyat kepada dasar perjuangan Pas. Usaha Pas dalam gerak-kerja politik Islamnya telah membuahkan hasil dengan kejayaan memerintah beberapa negeri dan keupayaan menunjukkan contoh dan model alternative kepada rakyat. Ini menimbulkan kedengkian kepada musuh Pas yang sentiasa membuat propaganda agar rakyat menjauhi perjuangan Pas. Tetapi perancangan Allah sentiasa menang.
Ketika Pas mewujudkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), ia telah menjadi jambatan dakwah yang berkesan. Meskipun gabungan itu sekerat jalan tetapi ia berjaya meneroka pendokong baru yang membawa kemenangan di Kelantan. Kerja-kerja subversif UMNO-BN terhadap Semangat 46 menyebabkan pimpinan mereka angkat kaki. Setelah termeterinya Barisan alternatif (BA), Pas sekali lagi berjaya meneroka ruang dakwah baru, tarbiyyah dan poltiknya ke medan yang lebih besar yang membawa kemenangan di Terengganu. Selagi lagi daya tahan DAP menghadapi propaganda UMNO-BN khususnya MCA dan Gerakan dalam isu Negara Islam dan hukum Hudud menyebabkan DAP terpaksa angkat kaki. Lim Kit Siang sendiri mengakui di Terengganu, meskipun beliau bukan menentang konsep Negara Islam tetapi beliau tidak mampu menghadapi propaganda kerajaan terhadap orang cina yang menganggap Pas sebagai parti ekstrim. Penglibatan DAP dengan BA menyebabakan DAP hilang pengaruh bahkan Karpal Singh dan Lim Kit Siang sendiri hilang kerusi. Pas meskipun menghadapi propaganda UMNO-BN yang menggunakan perkauman dan agama menyerang Pas dengan DAP sebagai parti cauvanis orang cina mampu bertahan dengan kesepakatan yang dibina. Pas menggunakan masanya dengan bertahan dan menyampaikan penenrangan dan penjelasan.
Kini faktor masa menyebelahi perjuangan Pas. Setelah timbulnya Pakatan Rakyat, Pas sekali lagi berjaya mencuri peluang untuk membuktikan dasar pejuangan dengan meraih kemenangan Kedah dan Perak. Meskipun kemenangan di Perak itu singkat tetapi ia sebagai pembuka pintu bagi merubah pemikiran dan minda orang bukan Islam terhadap bayang-bayang dan cerita dongeng UMNO-BN terhadap Pas.
Apa yang berlaku di Sibu sememangnya telah menukar perspektif baru terhadap perjuangan PR mahupun erhadap Pas sendiri. Apabila SUPP-BN menyerang DAP dengan isu Negara Islam dan hukum hudud dengan harapan orang cina akan menyokong BN dan tidak mengundi DAP. Bahkan peringkat awalnya Lim Kit Siang sendiri mengakui dan bimbang dengan bayangan kekalahan akibat serangan agresif SUPP-BN dengan isu Negara Islam itu. Di merata tempat mereka menaikkan kain rentang seolah-olah undi DAP adalah menyokong Negara Islam menyebabkan orang cina tidak boleh memakan babi lagi bahkan akan dikenakan hukuman hudud. Malangnya propaganda BN itu tersasar bahkan orang cina maupun penganut kristian di Sibu tidak terkesan dengan dakyah yang dijalankan. Presiden dan beberapa pimpinan Pas mendapat sambutan hangat di Sibu. Bahkan kerjasama yang diberikan dihargai oleh Dap sendiri. Isu-isu yang melibatkan matlamat perjuangan Pas dapat dijelaskan sebaik mungkin.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri membuat kenyataan dengan mengatakan bahawa kerjasama parti itu dengan DAP telah banyak membantu masyarakat Cina di negara ini memahami Islam. Katanya, masyarakat Cina juga kini bukan sahaja memahami Islam tetapi mereka juga tidak lagi beranggapan masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.
Selepas peristiwa Sibu ini diharapkan ahli Pas dan sebahagian pimpinan Pas yang takut dengan bayng-bayang dakyah yang direka oleh UMNO-BN untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap matlamat dan dasar perjuangan Pas dapat dibuang jauh-jauh. Setengah pendokong yang mengaku ahli Pas dan berjuang untuk mencapai matlamat gerakan Islam tetapi takut untuk menyuarakan dan menjelaskan hasrat perjuangan Pas kepada orang bukan Islam. Bahkan cuba untuk menafikan dan menidakkan perjuangan yang bermatlamatkan sebuah Negara Islam. Bahkan sanggup menuduh dengan berbagai tuduhan apabila menyuarakan konsep Negara Islam.
Selepas peristiwa Sibu ini diharapkan ahli Pas dan sebahagian pimpinan Pas yang takut dengan bayng-bayang dakyah yang direka oleh UMNO-BN untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap matlamat dan dasar perjuangan Pas dapat dibuang jauh-jauh. Setengah pendokong yang mengaku ahli Pas dan berjuang untuk mencapai matlamat gerakan Islam tetapi takut untuk menyuarakan dan menjelaskan hasrat perjuangan Pas kepada orang bukan Islam. Bahkan cuba untuk menafikan dan menidakkan perjuangan yang bermatlamatkan sebuah Negara Islam. Bahkan sanggup menuduh dengan berbagai tuduhan apabila menyuarakan konsep Negara Islam.
Sekaranglah masa yang terbaik agar kita bersikap jujur. Orang bukan Islam melihat realiti perjuangan Pas sejak sekian lama yang konsisten dengan dasar perjuangan parti. Kenapa kita perlu takut untuk menyuarakan kebenaran. Yang penting konsep Islam itu membawa keadilan buat semua. Tak perlu malu untuk menjelaskan tentang tuntutan Islam ini. Kita merasakan orang akan lari daripada kita apabila kita bercakap tentang Islam. Bahkan ada yang menyatakan tidak releven lagi bercakap tentang Islam dimasa sekarang. Sebenarnya kita takut dengan baying-bayang kita sendiri. Masyarakat sedang mencari ubat yang terbaik untuk mengubati kebejatan maysrakat. Apa yang penting hendaklah ditingkatkan penerangan dan penjelasan sewajarnya. Biarlah mereka mendapat penjelasan yang jujur dan sejelas-jelasnya tentang apa itu Islam yang diperjuangkan oleh Pas. Apa itu konsep negara Islam yang kita matlamatkan.
Realitinya seluruh dunia hari ini telah menerima Islam sebagai sebuah agama yang berkembang pesat. Diakui timur dan barat meskipun ditekan disegenap penjuru. Kalaulah Dewan Himpunan Penyokong Pas sendiri mampu menarik sokongan bukan Islam bersama pimpinan dan dasar Pas. Sudah tentu masyarakat akan menerima juga kesempurnaan Islam disatu hari nanti. Usaha Pas sekian lama semenjak menubuhkan CCC nampaknya kini membuahkan hasi. Semoga Pas melihat masa depan perjuangan Islam yang lebih cemerlang dan sebagai jawapan yang konkrit kepada semua permasalahan manusia dan Negara sekarang iaitu. ‘Berubah bersama Islam’. Yakinlah dengan janji Allah Swt:-
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". (Surah as-Saf:8)
1 comment:
Ingatlah bilangan mereka lebih ramai, harta mereka lebih banyak, kelengkapan mereka lebih sempurna. Jika kamu melakukan dosa sebagaimana apa yang mereka lakukan sudah pasti mereka dapat mengalahkan kamu tetapi jika kamu menjauhkan diri daripada apa yang dimurkai Allah, sudah pasti pertolongan allah akan tiba dan disaat itulah kamu akan dapati kejayaan.
FASTAQIMKAMAUMIRTA WALATARKANUILALLAZINAZDOLQMU FATAMASSAKUMUNNAR........berpegangteguhlah dengan apa yang diperintahkan jangan mengikut jejak orang yang menzalim[sekular/thogut/demorasi yahudi] nescaya kamu dihampirkan dengan neraka
TIDAK MUSTAHIL NEGARA ummat islam dijajah semula oleh algojo baru yang berilmu dan berpelajaran tinggi......kerana manusia2 begini bukanlah bernilai disebabkan pelajaran dan ilmu tetapi kerana nilai sebenarnya manusia adalah pada Aqlak. [ ...tidak aku diutuskan kecuali untuk menyempurnakan Aqlak]. Mereka yang tidak membaca dengan nama Allah akan menjadi dua kali biadab: Terhadap Allah dan Terhadap Manusia...kalau dengan Allah mereka sudah biadab apalagi dengan manusia semacam dia.....tentu saja tidak ada undang2 dan sekatan yang mampu membendung kecelakaan yang ditimbulkan oleh tangan2 biadab algojo moden ini.
Post a Comment