Posted by
Saiful at 2:46 PM
|
|
Seawal 7.00 Pagi para penyokong parti sudah bersiap menunggu bermulanya perarakan calon-calon yang akan dikemukakan oleh Parti Pas di Parlimen Dungn dan 4 kerusi Dun. Berkumpul diperkarangan Pejabat Pas Kawasan Dungun, Sura Gate.
8.10 Pagi sedikit ucapan rengkas diadakan dan sebelum perarakan mula bergerak... doa dibacekan oleh Ustaz Suhaimie mewakili Urusan Ulama Pas Kwsn Dungun. 8.20 Orang ramai yang dianggarkan 5K mula bergerak melalui pusat niaga Sura gate menuju ke Pejabat Tanah Daerah. Proses penamaan calon bermula jam 9.00 Pagi.
Memulakan Langkah perarakan
Kelihatan Kehijauan Bandar Dungun
Kebanjiran Anak Muda amat menggalakkan
Muslimat pun turut sama melangkah semangat
Unit Amal sentiasa bersedia berkhidmat memastikan perarakan sukses
Jiwa murni.. Membaiki Bendera BN yg tumbang
Tiba diperkarangan Pejabat Tanah Daerah Dungun
Menanti pengumuman Pertandingan Calon di Pusat Penamaan
Peristiharan Calon Pas di Parlimen Dungun yg ditandingi oleh Ust Wan Hassan Ramli. Manakala Di Dun Sura oleh Cg. Wan Hapandi Wan Nik, Ust Roslan di Dun Bukit Besi, Ust Saiful Bahri di Dun Paka dan Cg Alias Harun bertanding di Dun Rantau Abang.
Perarakan pulang... isk... lesuuu . Jauh beb l/kurang 8km pergi balik.
Calon bagi N-28 Dun Paka. Pertembungan dua penjuru antara
Wakil BN - Matulidi & Saiful Bahri mewakili Pas.
Posted by
Saiful at 1:25 AM
|
|
Pas mengistiharkan calon-calonnya untuk bertanding diperingkat Dun & Parlimen Terengganu yang diadakan majlisnya di Rusila, Marang semalam. Majlis didahulukan dengan upacara Bai'ah bersama saksi dihadapan Presiden.
Kuliah maghrib khas diadakan sebagai taujihat sempena menghadapi Pilihanraya oleh Tuan Guru Presiden sendiri di Masjid Rusila. Solat hajat dan munajat turut diadakan.
Selepas kuliah diadakan Peristiharan tersebut di Dewan Tok Guru dengan kehadiran berpuluh ribu penyokong dan pendokong Pas serta wakil-wakil media.
40% Calon yang diumumkan adalah muka baru yang belum pernah bertanding. Ia membariskan ramai calon anak muda yang diberi kepercayaan oleh parti untuk memikul amanah rakyat. Ini merupakan keterbukaan pimpinan parti yang menghormati suara anak muda yang merupakan 56% pengundi Terengganu.
Pas juga mencalonkan Ketua muslimat Pas kawasan Besut sebagai calon muslimat tunggal untuk Pru 13 ini. Dan Pas pernah mencalonkan Khatijah Sidek pada tahun 1959 di Parlimen Dungun dan memenangi pilihanraya tersebut. Sebahagian calon juga terdiri daripada penyandang yang sedia ada. Dan ada sebahagiannya adalah muka lama. Gabungan ini diharapkan mendapat mandat dari rakyat untuk menerajui Wisma Darul Iman dan ke Putrajaya.
Berikut adalah senarai Nama Calon yang telah diistiharkan:-
P.033 Besut : Riduan Mohd Nor
N.001 Kuala Besut : Nafisah Ismail
N.002 Kota Putera : Adam Said
N.003 Jerteh : Wan Azhar Wan Ahmad
N.004 Hulu Besut : Solahuddin Jaafar
P.034 Setiu : Omar Sidek
N.005 Jabi : Azman Ibrahim
N.006 Permaisuri : PKR
N.007 Langkap : Hassan Karim
N.008 Batu Rakit : Che Ghani Che Ambak
P.035 Kuala Nerus : Mohd Khairuddin Aman Razali
N.009 Tepuh : Hishamuddin Abd Karim
N.010 Teluk Pasu : Ridwan Hashim
N.011 Seberang Takir : Zakaria Dagang
N.012 Bukit Tunggal : Alias Razak
P.036 Kuala Terengganu : Raja Kamarul Baharin
N.013 Wakaf Mempelam : Mohd Abd Wahid Endut
N.014 Bandar : PKR
N.015 Ladang : Tengku Hassan Tengku Omar
N.016 Batu Buruk : Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
P.037 Marang : Tuan Guru Abdul Hadi Awang
N.017 Alur Limbat : Ariffin Deraman
N.018 Bukit Payung : Mohd Nor Hamzah
N.019 Rhu Rendang : Tuan Guru Abdul Hadi Awang
N.020 Pengkalan Berangan : Sulaiman Sulong
P.038 Hulu Terengganu : Kamaruzaman Abdullah
N.021 Telemong: PKR
N.022 Manir : Helmi Harun
N.023 Kuala Berang : Muhyiddin Abd Rashid
N.024 Ajil : Mohd Razki Alias
P.039 Dungun : Wan Hassan Mohd Ramli
N.025 Bukit Besi : Roslan Ismail
N.026 Rantau Abang : Alias Harun
N.027 Sura : Wan Afandi Wan Nik
N.028 Paka : Satipul Bahri Mamat
P.40 Kemanan : PKR
N.029 Kemasik : Alias Abdul Hamid
N.030 Kijal : Hazri Jusoh
N.031 Chukai : Hanafiah Mat
N.032 Air Putih : Abd Razak
Satu upacara Bai'ah beramai-ramai yang disaksikan oleh semua hadirin diadakan dan doa dibacakan oleh Presiden memohon berkat dan kemenangan buat semua calon-calon yang diistiharkan.
Posted by
Saiful at 5:02 AM
|
|
Pas Terengganu akan mengumumkan calon-calonya yang bakal bertanding diparlimen dan dun Terengganu pada malam Jumaat 18hb April ini. Ia ditangguhkan dari tarikh 11hb April sebagaimana yang diumumkan sebelum ini memandangkan pihak SPR telah mengumumkan hari penamaan calon diadakan pada 20hb April iaitu hari sabtu dan tidak pada hari 14hb April sebagaimana yang dijangkakan sebelum ini.
Timbulnya ulasan dan berita nakal seolah-olahnya penangguhan itu kerana timbulnya masalah dalaman parti. Ianya tidak sebagaimana dakwaan bahkan Pas Terengganu kali ini lebih bersedia dengan gelombang rakyat serta kebangkitan anak muda. Sebab itu jangan terkejut jika pengistiharan calon kali ini bakal memenuhi insirasi anak muda dengan calon-calon yang akan diumumkan nanti membariskan muka baru dan dikalangan orang muda.
Pas Terengganu yang peka dengan perubahan yang dituntut rakyat dengan gelombang PGU dan bertemakan "Terengganu Maju, Islam Berdaulat & Negeri Berkebajikan" telah melancarkan manifesto yang menjiwai kehendak rakyat dan merasa optimis bahawa 'Ini Kalilah' Wisma Darul Iman akan beralih kepimpinan ketangan Pas & PR.
Tentatif program tidak berubah sebagaimana asal iaitu Kuliah Magrib khas yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Presiden di masjid Rusila beserta solat hajat & munajat. Selepas itu akan diadakan peristiharan calon di Pentas Dewan Tok Guru. Ok. Jumpa disana!!!!...
Posted by
Saiful at 5:20 PM
|
|
Sempena pembubaran parlimen kelmaren, satu sidang media Pas Terengganu diadakan di Pusat Media BPPNT di Pejabat Pas. Sempena kali pertama Bilik khas media sepanjang berlangsungnya PRU ke 13 nanti. Sebentar tadi diumumkan bahawa Pas akan bertanding di 7 kawasan Parlimen dan satu parlimen di Kemaman akan ditandingi oleh PKR. Kerusi Dun masih lagi dalam rundingan yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden esok.
Semua calon-calon Pas sudah selesai diperingkat Dun maupun Parlimen dan satu majlis pengistiharan calon akan diadakan di Masjid Rusila pada malam 11hb April 2013 jika sekiranya tarikh penamaan calon diadakan pada Ahad 14hb April ini.
Satu kuliah Khas akan disampaikan oleh Tuan Guru Presiden selepas maghrib dan pengistiharan akan diadakan selepas solat Insya berserta upacara bai'ah calon. Semoga mereka yang bakal diamanahkan untuk pencalonan dapat dipermudahkan untuk memikul amanah ini dan Allah Taala memberi kemenangan kepada Pas Terengganu untuk kembali ke Wisma Darul Iman, InsyaAllah.
Posted by
Saiful at 11:49 AM
|
|
SPRM mencadangkan antara senarai nama yang tidak layak
dicalonkan dalam PRU 13 kerana tidak lulus dalam saringan dan tapisan SPRM yang
bermasalah dengan undang-undang antaranya adalah seorang Menteri Besar, Seorang
Ketua Menteri dan dua pemimpin utama parti yang bertaraf Menteri.
Persoalan kenapa SPRM tidak mengambil tindakan undang-undang
terhadap mereka... kita semua tahu bahawa kekebalan mereka semasa mereka
ditampuk kekuasaan. Apabila tiada kuasa maka jadilah macam Khir Toyo. Walaupun
fail sudah ada atas meja tetapi demi maruah dan kuasa politik yang ada dan
tidak mahu menjejaskan parti pemerintah maka fail itu dibekukan.
Tetapi kita sedia maklum bahawa dalam politik umno-BN ini
sendiri sudah masyhur tentang politik dalaman mereka. Perbalahan dan perebutan
kepimpinan dan kuasa sudah merupakan lumrah bahkan ianya tidak terubat lagi.
Masing-masing sebenarnya tidak bersih dan ada salah laku masing-masing tetapi
dahan manakah mereka berpaut? Sekarang
ini dahan Najib maupun Mahathir mungkin akan naik tinggi.
Apatah lagi tarikh PRU semakin hampir. Bukan hanya ribut
untuk merebut kuasa diperingat Majlis Tertinggi, Pemuda maupun Wanita, Negeri
dan Ketua Bahagian bahkan kini siapakah bakal menjadi pilihan sebagai winnable
candidate? Semua atas tangan Najib. Mana-mana yang tak sebulu... sekaranglah
masanya untuk dicantas awal-awal. Mana-mana yang nak lekat... besar manakah
cable yg sampai ke Najib akan diambil kira. Mereka terpaksa ikut membuntut
punggung Najib & Rosmah sehingga ke Gaza & Palestine. Ibrahim Ali bukan
sekadar menyalak saje bahkan mencium tangan Rosmah dalam satu majlis rasmi demi
kerusi Pasir Mas!!! Boleh tak boleh itu belum tentu lagi.
Bagi Terengganu.. sejak Mat Said menunjukkan gedebe beliau
merampas kuasa dari Derih Jusoh ianya amat menconteng arang ke muka Umno-BN.
Umno Pusat terpaksa gigit jari dan terpaksa mengalah dengan kerenah Ahmad Said.
Kejayaan Mat Said bersembunyi dan mengangkat sumpah menyebabkan BPR yang
mencari beliau tidak boleh berbuat apa-apa. Meskipun fail rasuah dan
penyelewengan sudah siap. Tetapi sebagai MB mereka terpaksa menahan diri dari
mengambil tindakan.
Hari ini kuasa sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan
kewangan yang dipegang oleh Mat Said sendiri menyebabkan seolah-olah Umno Pusat
tidak boleh buat apa-apa. Bahkan boleh digertak dan diugut oleh Mat Said supaya
mengekalkan beliau sebagai calon Kijal diperingkat Dun. Cubaan untuk
mengalihkan beliau sebagai calon Parlimen nampaknya gagal. Bahkan jika kekal
calon Mat said nescaya semua senarai calon-calon yang bersekongkol dengan
beliau khususnya golongan lama dan veteran akan mendapat tempat. Tetapi jika
sekiranya gugur nama Mat said daripada menjadi calon maka berguguranlah team Mat
said dan tentera Idris Jusoh bakal membarisi calon-calon di Terengganu.
Penulis sendiri mendapat maklumat dari dalaman dan
kepimpinan Umno sendiri bahawa cara yang terakhir yang akan dilakukan untuk
menyekat Mat Said ini adalah dengan menimbulkan isu rasuah yang membabitkan
beliau yang terbukti SPRM ada kes untuk menghalang beliau dicalonkan. Penulis sendiri
tidak yakin dengan maklumat tersebut tetapi apabila hari ini pecah berita
bahawa ada MB yang tidak lulus saringan SPRM... maka berita ini ada kebenarannya.
Tersenyumlah Team derih nampaknya untuk membalas dendam terhadap Mat Said yang
merupakan perancang strategi Umno Pusat. Sekarang kita bakal melihat bagaimana
pula langkah tari dan silat Mat said pula.
Isu SPRM yang membelenggu Mat Said antaranya pernah
diselongakr TV3 sendiri dikemuncak kemelut MB Terengganu pada 22 Mac 2008 dengan
isu Projek Roler Coaster di kemaman pada tahun 1995, Projek pembinaan Dewan
seri amar di kemaman pada tahun 2007, Projek mercu tanda Kemaman 2005 dan
Projek menambun tanah Kijal. Itu belum cerita selepas belia memerintah yang
banyak terdedah ketirisan dan kebocoran.
Kita tahu dalam Umno ni rasuah ibarat Kentut & Tahi aje
dengan Umno. Tetapi inilah masanya. Inilah caranya untuk mencantas karier
politik Mat Said. Apapun bagi penulis... takkan nak biar saje. Menda dalam
tangan takkan nak serah saje. Kan Mat Said ni gedebe Umno-BN. Rasenya tak
semudah itu untuk pereboh Mat Said. Kalau ada nasib sekali lagi jadi MB. Kalau
tak pun boleh rase Ketua Pembangkang tapi tersalah buat... calon pun dok lekat.
untuk Ketua Menteri Sabah tu... Musa tu macam dah tak aman lagi dah...
Penulis sendir
Posted by
Saiful at 4:29 PM
|
|
Hari ini Umno-BN
sentiasa mengungkitkan asal-usul pengundi cina dan India. Ini kerana dua kaum
itu nampaknya tidak lagi cenderung untuk mengundi BN dalam PRU 13 nanti. Secara
tidak langsung diharapkan majoriti melayu bersatu menyokong Umno. Tetapi pekung
dan nanah kerja keji sepanjang lebih separuh abad Umno-BN di Negara ini sudah
tidak mampu ditutup maupun dibendung lagi. Demi mengekalkan kuasa, Umno sanggup
khianat kepada Negaranya sendiri.
Setelah Suruhanjaya
Diraja ditubuhkan untuk menyiasat pemberian IC dan kewarganegaraan di Sabah telah
membocorkan pengkhianatan ini. Pengakuan Pengarah JPN Negeri Sabah yang
mengeluarkan resit dan akhirnya layak mengundi untuk mengekalkan kuasa Umno-BN.
Penglibatan pegawai JPN yang bekerja dirumah Menteri Dalam Negeri ketika itu
iaitu Megat Junid dan juga Aziz Syamsudin. Hari ini barulah Dr Mahathir mengaku
melakukan kerja-kerja khianat itu. Selama ini sentiasa dinafikan. Sepatutnya
ketiga penyamun Tarbus ini dihukum mati kerana mengkhianati Negara. Pegawai dan
individu yang terlibat pernah menjalani hukuman ISA tetapi pemimpin yang
mengarahkan bebas berkeliaran.
Nampaknya
Mahathir sudah terkena doa bekas Presiden Pas yang mendoakan supaya Mahathir
panjang umurnya untuk melihat kejatuhan Umno-BN. Inilah antara babak-babak
terpecahnya kejahatan hasil tangan pemimpin Umno-BN. Nampaknya tipu-daya mereka
kini makin membelit diri mereka sendiri. Untuk melepaskan dirinya beliau
membangkitkan bahawa Tunku Abdul Rahman selaku bekas PM pertama dan bekas
Presiden Umno juga memberikan 1 juta kewarganegaraan selepas merdeka
termasuklah kepada Cina & India. Nampaknya Dasar Jus Soli yang menjadi
syarat kemerdekaan British telah makan tuan. Tunku menerima syarat kemerdekaan
iaitu menerima perlembagaan Lord Reid & Dasar Jus Soli. Inilah dahulunya
ditentang kemerdekaan British yang terikat dengan syarat oleh pengasas Pas
termasuk Dr Burhanuddin al-Helmi maupun beberapa pemimpin kiri lain. Umno &
pemimpinnya ketika itu bersungguh-sungguh untuk menerima kemerdekaan dan menerima
syarat Jus Soli yang kini dikutuk oleh Mahathir sendiri. Dendam beliau terhadap Tunku masih membara semacamana dendam beliau terhadap Abdullah Badawi. Tetapi bak meludah
kelangit.. terpercik ke muka sendiri.
Kalau kewarganegaraan
itu tidak diberi, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di
Kerala. Ingat melayu aje mudah lupa tetapi mamak pun buat lupa juga. Ayah
Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar
Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang
melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.
Apapun itu
sudah menjadi sejarah. Hari ini masyarakat Malaysia dengan latar belakang
berbilang kaum hidup untuk memajukan Negara ini. Tetapi amat malang apabila
individu pemimpin demi kuasa dan pangkat serta kedudukan sanggup mengkhianati Negara
dengan senang-senang memberi status kewarganegaraan.
Pemberian
warganegara untuk kepentingan politik ini bukan hanya berlaku di Sabah bahkan
di Terengganu dan juga Pahang sendiri. Bekas OCPD Slim River iaitu Tuan Haji
Abdullah Omar yang mengaku terlibat mengurus kemasukan pendatang asing Burma
yang diberi kewarganegaraan untuk mengundi di Seri Bandi Dun Kijal iaitu Dun
Menteri Besar Terengganu sekarang. Kemenangan beliau adalah kerana undi orang
Burma melebihi 3 ribu pengundi Burma. Begitu juga Najib Tun Razak di Pekan.
Setelah menang tipis dan tipu daya akhirnya beribu pengundi Burma di bawa masuk
ke Pekan untuk menjamin kemenangan parlimen PM. Hah! Yang ini bila nak buat RCI
nya? Takkan untuk Sabah aje. Itu tak ambik kira sekarang ini pendaftaran
pekerja asing untuk diberi IC biru bagi mengundi dalam PRU nanti melibatkan
warga Indonesia, Bangla maupun Burma. Tentunya Hisyamuddin selaku Menteri Dalam
Negeri sekarang mengetahuinya siapa pengkhianat mengikut undang-undang ini.
Sepatutnya
mereka yang terlibat mengkhianati Negara ini dihukum mati sahaja. Tetapi kalau
Umno-BN terus diberi kuasa nescaya para pengkhianat ini akan dikalung bunga
sebagai hero Negara. Apapun keputusan itu berada ditangan Anda. Tepuk dada..
Ubahlah selera!
Posted by
Saiful at 1:14 PM
|
|
Dua isu
yang akan digunakan oleh Umno-BN menghadapi PRU 13 yang makin sulit lagi
mencengkam. Demi survival politik Umno mereka berada dipenjuru dengan
membangkitkan isu perkauman melayu dan isu agama. Mereka tidak peduli walau Negara
ini hancur sekalipun. By Hook or by Crook mereka nak pastikan bahawa Umno tetap
memerintah.
Dengan
peratus sokongan pengundi cina yang semakin menurun, Umno terpaksa berusaha
meraih sebanyak mungkin undi melayu. Sentimen bangsa dan agama akan
dikompangkan sepanjang tempoh pilihanraya kali ini. Media akan digunakan
sehuduh mungkin. Persoalan maruah sudah tidak diambil kira bicara.
Isu “Amanat
Haji Hadi” dihidupkan semula. Ucapan Presiden Pas pada tahun 1981 diperasap
kemiangkan. Ceramah umum di Kampung Banggol Peradong di Dun Teluk Pasu dicetak
dan diangkat sebagai amanat. Ditimbulkan seolah isu takfir. Isu Kafir
mengkafir. Nak digambarkan seolah pemimpin Pas kata kepada Umno kafir. Orang
yang kuat menyebut isu takfir ini semua berada dalam Umno yang sebahagiannya telah
dipecat oleh Pas sendiri. Individu seperti Ismail Jerat Ismail Mina, Mat Nor
Deris. Mereka menjadikan media sebagai medan menjatuhkan hukuman.
1983 pihak
Kerajaan hendak mengadakan Debat perdana antara Umno vs Pas. Tajuk yang
dicadangkan oleh pihak kerajaan “ Pas kata Umno Kafir”. Mereka menyangka Pas
pasti menolak tetapi malangnya Pas bersetuju. Penulis sendiri yang ketika itu
pelajar di KUSZA bertemu dengan pensyarah Ustaz Ambak di perpustakaan yang
ketika itu sibuk menyiapkan bahan bagi menyediakan dalil dan hujah untuk Datuk
Wan Mokhtar selaku wakil Umno-BN. Apabila ditanya bahawa tiada hujjah yang kuat
disebalik Umno untuk mempertahankannya. Memang benar… selepas itu debat
dibatalkan. Satu debat olok-olok diadakan yang dipengerusikan oleh Datuk Ismail
pengerusi fatwa kebangsaan dan disaksikan oleh Dr Mahathir sendiri… itupun Umno
gagal mempertahankan hujjahnya.
Nampaknya
Rais Yatim mencari penyakit apabila menghidupkan isu itu kembali. Apabila
dicabar oleh Presiden Pas untuk diberi 1 jam menggunakan TV3 mahupun RTM bagi
membuat penjelasan. Menjadi haru biru buat Umno-BN melepaskan diri dari isu
tersebut. Menyebabkan Umno diam membisu hingga kini. Apatah lagi timbul pula Amanat Sesat Mahathir, Najib & pemimpin Umno-BN yang menghina hukum Islam.
Timbul pula
isu Kalimah Allah sehingga Noh Gadut memfatwakan murtad orang yang membenarkan
Bible diguna dalam Bahasa melayu. Isu agama ini nak dipanaskan semula. Tidak
serik mereka apabila timbul kes pembakaran gereja beberapa tahun lalu.
Provokasi dikalangan pemuda Umno sendiri. Timbulnya seruan oleh Ibrahim Ali
untuk membakar bible dan sebagainya. Propaganda ini sebagai cubaan untuk
membangkitkan kemarahan orang Islam dan untuk memperlagakan dengan orang yang
beragama Kristian. Tetapi siapa sebenarynya punca angkara. Ianya bukannya
antara PAS,DAP maupun PKR. Ia bukannya pertentangan antara PR. Tetapi
pertembungan sekarang antara Menteri Dalam Negeri & Gereja. Putrajaya &
Majlis Agama. Pejabat perdana menteri dengan Kristian. Umno-BN &
undang-undang Islam.
Ini apabila
surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri melepaskan penahanan Bible
Melayu yang ditahan oleh Imigresen untuk edaran sabah & Sarawak.
Ditambah
pula dengan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz selaku Menteri undang-undang di
Jabatan POerdana menteri yang secara jelas melakukan kenyataan yang
bertentangan dengan kehendak perundangan yang diluluskan oleh kerajaan Umno-BN
sendiri. Ditambah dengan kenyatan terbaru oleh Mufti Selangor sendiri. Apa nak
jadi? Sekarang apa pandangan Umno sendiri?
Umno terkepit.
Umno tersepit. Amanat.. kalau tak lepas jawab macam mengiyakan Amanat Presiden dan Kalimah Allah itu kalau ikutkan Nooh Gadut. Siapa yang akan murtad?. Kalimah Allah sudah menjadi jerat kepada Umno. Berkata Tidak!
Gereja & Kristian Marah… mungkin terlepas Sabah & Sarawak. Berkata Ya!.
Melayu dan orang Islam akan menolak Umno-BN.
Posted by
Saiful at 9:17 AM
|
|
Hosni
Mubarak dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Jenayah Kaherah penjara seumur hidup kerana
ketika beliau berkuasa, beliau telah mengarahkan pihak keselamatan melakukan
tindakan terhadap para demontrasi semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat di Mesir sehingga
membawa kepada kematian melebihi 850 orang rakyat Mesir.
Bagaimana
dengan Malaysia?. Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0 maupun beberapa siri demontrasi
termasuk Demo PPSMI, Demo ISA menyaksikan bagaimana para peserta demo yang datang
berarak secara aman akhirnya ditimpa pelbagai kecelakaan dan dituduh serta difitnah
dengan pelbagai nistaan. Sepak terajang, dipukul, disembur air asid, dimaki,
dilokap, ditangkap didakwa dan pelbagai ancaman dilakukan samada sebelum
sehinggalah selepas demontrasi. Seolah kita berada dibawah pemerintahan
kerajaan Komunis yang keras dan zalim. Yang memberi arahan kepada pihak Fru
& PDRM tidak diambil apa-apa tindakan. Yang jadi mangsa adalah rakyat yang
memilih pemimpin tersebut yang ingin bersuara untuk menuntut hak mereka.
Sebagai
pihak yang berkuasa, pihak Kerajaan mengerahkan media, kakitangan kerajaan
maupun orang awam untuk mengugut supaya menghalang berlakunya bantahan rakyat
itu. Tidak ketinggalan juga para ulama kerajaan dan ustaz Umno yang turut
mengeluarkan fatwa Haram sebagai pencacai & penjilat kerajaan.
Berbeza
dengan HKR #KL 112 di Stadium Merdeka kali ini. Kebenaran terserlah. Dengan
kehadiran setengah juta… kalau para peserta nak mengamuk nescaya tak cukup
Kuala Lumpur tu dikerjakan. Tetapi itu bukannya matlamat perhimpunan. Mereka
nak jatuhkan Umno-BN bukannya melalui jalanraya tetapi melalui kotak undi dalam
Pru nanti. Himpunan yang aman tanpa ada kecederaan. Tanpa provokasi polis dan
Fru terbukti pihak penganjur berjaya menguruskannya dengan baik sehingga
selesai. Para peniaga pun untung berganda bahkan sepanjang jalan ke stadium
penuh para peniaga mengambil kesempatan berniaga.
Para ulama
dan mufti pun nampaknya tak keluarkan fatwa lagi!!!
Apapun
ketidak telusn akhbar dan media kerajaan amat memalukan. Akhbar Sinar &
akhbar cina lebih telus dan adil dengan mempamerkan gambar HKR dimuka hadapan.
Munasabahlah rakyat beralih ke media baru yang lebih telus, cepat dan percuma.
Kejayaan
Himpunan di Stadium Merdeka itu yang merupakan satu sejarah baru dan mengulangi
gerakan merdeka rakyat tahun1957. Himpunan ini juga menambahkan keyakinan
rakyat untuk PR ke Putrajaya dan buat pertama kalinya BN bakal tumbang diarena
politik Negara. Fuh!!! Tak jenera tido puok2 nih.
Jumpa pula di PGU 7.0 di Kuala Nerus pada 15 Feb nanti!!!
Posted by
Saiful at 1:11 AM
|
|
Pertamanya,... Maaf kerana lama tak memblog. Apapun Selamat Kembali. Artikel ini menyorot isu medan minyak yang baru ditemui di Bertam 307 yang diumumkan oleh PM Najib yg akan membayar Royalti kepada Negeri Pahang dijangka sebanyak RM100j. Apabila dalam sidang Dun ditanya persoalan ini, MB Terengganu Datuk Ahmad Said mengaku bahawa Bertam 307 adalah milik Terengganu dan diakui secara bertulis oleh Lunden Oil iaitu syarikat carigali minyak dari Sweden.
Selepas itu isu ini cuba disenyapkan. Kita tahu kerana kita diberitahu arahan PM sendiri supaya isu itu tidak dibangkitkan lagi. Komen Sultan Pahang sendiri seolah-olah agar MB Terengganu perlu tutup mulut kerana PM sudah mengumumkannya. Terimalah bahawa ia merupakan milik Pahang.
Kita sendiri sedia maklum bahawa nyawa politik Mat Said adalah dihujung tanduk. Banyak pihak yang ingin menyingkirkan beliau dari persada politik Terengganu semenjak Mat Said merampas kuasa dari tampuk kerusi MB yang diduduki oleh Idris Jusoh. Sehingga kini kerusi empuk MB itu sentiasa panas. Kalau nama Mat Said tidak disenaraikan sebagai calon... maka setakat itu sahajalah karier politik Mat Said. Mau tak mau... kerana batu sudah terkepit. Terkulat-kulatlah Mat Said. Jadi, jangan diharapkan beliau akan mempertahankan hak rakyat & kedaulatan Terengganu. Beliau pastinya teramat naïf untuk menjadi pejuang rakyat. Beliau kini hanya berusaha sebagai pejuang demi tembolok peribadinya sahaja.
Dalam Buku Biografi TS wan Mokhtar, bekas MB Terengganu telah mencatatkan bahawa usaha carigali minyak di Terengganu telah bermula pada tahun 1974 lagi dan apabila pada tahun 1977 atas nasihat pihak-pihak tertentu di dimaklumkan oleh penasihat PM ketika itu, bahawa pihak PETRONAS ingin mengadakan projek pengkalan hadapan untuk pendaratan minyak Terengganu itu di Kuantan.. Satu usul tergempar diadakan pada sidang DUN 28Januari 1978jam 2.10 pagi. bahkan ada adun yang bakal meletak jawatan beramai-ramai jika pihak pusat bakal menaikkan minyak ke Kuantan dan tidak di negeri Terengganu. Hasil pertemuan pada 29 Jan 1978 Wan Mokhtar dengan PM Hussein Onn ketika itu akhirnya minyak didaratkan di Terengganu.
Nampaknya sejarah ini berulang tetapi malangnya betapa naifnya politik Mat Said dalam menghadapi Najib Tun Razak. Sudah hilangnya kewibawaan dan Benarnya seorang PM. Hilangnya semangat federalisme Malaysia sehingga penapian hak sebuah negeri dan kedaulatannya hanya ditentukan oleh lidah seorang Perdana Menteri.
Menyedari hakikat inilah, maka rakyat Terengganu diseru agar terus mempertahankan hak Terengganu. Sudahlah royalty kini dinafikan. Peruntukan dirobek demi perut pemimpin Umno. Hak 5% dicairkan untuk kepentingan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri lain. Kini Hak dan Kedaulatan Terengganu terus diperkotak katikkan. Hakikatnya... Apalah lagi hendak diharapkan kepada kepimpinan Umno-BN Terengganu. Pengkhianat Amanah Rakyat.
Hari ini satu memorandum diserahkan kepada pihak Presiden PETRONAS agar memberi penjelasan terkini tentang status sebenar Bertam PM 307.
Penyerahan memeorandum diterima oleh Senior GM Datuk Medan Abdullah mewakili Presdien PETRONAS. Turut sama Pengerusi R Terengganu & Kelantan
Program bermula selepas Jumaat di Masjid as-Syakirin
Ucapan Pimpinan & wakil Ngo's
Perarakan bermula
Turut hadir Raja Bahrin & Tengku Paduka Raja
Turut memberi sokongan dari kalangan mahasiswa & Perantau Terengganu
Kita menunggu jawapan seterusnya dan rakyat akan dimobilisasikan demi mempertahankan Hak negeri Terengganu.