Ezam? Belut pulang ke lumpur

| | 3 comments


Jawatan menurut pandangan Islam adalah amanah. Ia tidak melantik seseorang melainkan atas sikap amanah dan adil. Amanah kerana ia melibatkan Allah dan Rasul. Ia juga melibatkan kepimpinan keatas umat Islam. Amanah terhadap harta benda dan negara umat Islam. Penerima jawatan juga perlu amanah. Bukan hanya amanah ketika mula dilantik tetapi istiqamah dengan sifat tersebut sehingga selesai tugas dan tanggungjawabnya. Adil dalam melantik kepimpinan adalah meletakkan seseorang pada tempat yang selayaknya. Perlantikan seseorang bukan atas kehendak nafsunya tetapi perkiraan dan perhitungan sebaik mungkin untuk melaksanakan tugas, khidmat dan mencurahkan bakti dan jasa. Ia bukan melantik kerana ia isteriku, anak-anakku, teman dan rakanku. Tetapi ianya juga adalah amanah yang turut dipersoalkan keatasnya kelak.



Rasulullah Saw ketika diminta diberikan jawatan oleh Abu Zar al-Ghifari, Baginda menolaknya dengan sabdanya:

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah dan jawatan itu amanah. Dan di hari kiamat kelak merugikan dan penyesalan melainkan orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan segala tuntutannya. (Riwayat Muslim).



Hari ini bukan kriteria itu yang menjadi sempadan. Siapa yang paling kuat mengampu maka ia diberi pangkat dan jawatan. Siapa yang paling kuat akur kepada tuannya maka ia diberi kedudukan. Kalau inilah menjadi neraca, itulah tanda dan saat-saat kejatuhan. Kejatuhan beberapa kerajaan Islam kerana mereka dilingkungi oleh golongan pengampu yang menjadi penasihat dan pengampu, maka itulah tanda-tanda kejatuhan. Para pegawai yang paling banyak mengutip cukai untuk dipersembahkan kepada pemimpin nescaya mereka diberi kedudukan, maka orang yang paling zalim akan mendekati kepimpinan.

Masing-masing hanya mencari jalan bagi memperkukuhkan jawatan masing-masing dan mereka sanggup melacurkan diri mereka sendiri. Mereka sanggup menjilat ludah dan kahak mereka sendiri. Benarlah Rasulullah Saw bahawa golongan ini ada sepanjang zaman. Samada pembantu dan penasihat yang baik atau penolong yang buruk dan jahat. Sabda baginda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا بَعَثَ اللَّهُ مِنْ نَبِيٍّ وَلَا اسْتَخْلَفَ مِنْ خَلِيفَةٍ إِلَّا كَانَتْ لَهُ بِطَانَتَانِ بِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ وَبِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالشَّرِّ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ فَالْمَعْصُومُ مَنْ عَصَمَ اللَّهُ تَعَالَى
Daripada Abi Said al-Khudri bahawa Nabi Saw bersabda: Tidak dibangkitkan Allah para nabi dan tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan dan menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan dan menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan Allah. Riwayat al-Bukhari

Orang-orang yang jujur dalam etika kehidupannya, mereka inilah sepatutnya diambil sebagai pembantu dan pemberi nasihat. Mereka inilah yang layak diberi pangkat dan jawatan. Amat malang jika sekiranya mereka yang hanya membekalkan lidah dan kebijaksanaan mengampu diangkat dan dilantik. Sekali mereka khianat dalam perjuangan, nescaya umat Islam perlu berhati-hati dengannya.

Tetapi kalau gerombolan itu sendiri terdiri daripada golongan-golongan yang tercalar moral, akhlak dan perilakunya, apalah sangat hendak diharapkan yang terbaik. Sudah tentu ia menjadi tempat berhimpun golongan yang sewaktu dengannya. Lidah mereka bercabang dan perbuatan mereka bersimpang-siur.

Imam Bukhari pernah meriwayatkan: Ada golongan berkata Ibn ‘Umar: “Kami masuk kepada pemerintah kami, lalu kami berkata kepada mereka berbeza dengan apa yang kami cakap apabila kami keluar dari mereka.” Kata Ibn ‘Umar: “Kami dahulunya (zaman Nabi s.a.w) menganggap itu sebagai nifak (perbuatan munafik).” Riwayat al-Bukhari.

Tetapi itulah golongan yang dianggap terpilih dizaman ini. Mungkin mereka sudah biasa dengan kerja-kerja macam tu. Ianya hanya dianggap sebagai sirih pulang ke gangang. Ibarat Kabo tahik. Walau diambil dan dibersih serta dilumur minyak wangi, diletak diatas kapas tetapi apabila dilepaskan, ia akhirnya terbang ke tempat tahik juga.

Golongan seperti ini jangan diharapkan ia sanggup berjuang sehingga ke penghujung. Mereka sudah biasa dengan kemewahan, pangkat dan kuasa. Lihatlah mereka yang lari dari perjuangan melompat kepada parti yang memerintah. Mereka tidak sanggup menjadi pejuang tulen. Peringkat awal semasa reformasi, betapa ramai tokoh-tokoh penegak keadilan dan pembela mereka yang tertindas dan dizalimi. Mereka berada dipentas dengan semangat meluap-luap dan ceramah mereka berapi-rapi. Apa yang tidak mereka kata tentang kejahatan, kezaliman, penyelewengan dan seribu macam kejelikan dan kejinya parti yang memerintah. Mereka berani dan mereka tahu menyebutnya kerana mereka bersama-sama dengan UMNO dan kerajaan yang memerintah dulunya.

Pengalaman bersama penulis sendiri, terlalu ramai mereka yang diatas pentas bab panglima jihad Khalid ibn walid tetapi dikerusi bawah pentas mereka yang jiwa mereka senipis bawang. Yang menjadi wirid mereka adalah payah, sukarnya bejuang, masalah kewangan, tiada peruntukan dan…. Bla.. bla.. blaa. Hari ini mereka menzahirkan diri mereka sendiri. Maka berterabur pulalah air liur mereka memaki pimpinan PR dan Pas sendiri. Penulis sendiri sempat berceramah sekali dengan orang yang seperti Roslan Kassim, Cucu ghafar baba, Lukman adam maupun Ezam sendiri. Fuhhh ingatkan sehingga titisan darah terakhir rupanya hanya setakat air liur dihalqum sahaja. Dulu bab panglima di Istana Pembangkang tetapi hari ini menadah tempurung, merempat dikaki lima UMNO-BN sebagai peminta sedekah. Amat aib dan hina sekali. Dari penentang kezaliman ingin menjadi gulkha pembela kejahatan.


وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ َمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Dan kalau kami menghendaki, Sesungguhnya kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, Maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). demikian Itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.



Munasabahlah golongan seperti ini, Rasulullah Saw tidak mengaku umat dan tidak layak meminum kolam baginda. Mereka yang bersekongkol dengan pemerintah yang zalim serta membelakangkan syariat dan sunnah baginda.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِكَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ أَعَاذَكَ اللَّهُ مِنْ إِمَارَةِ السُّفَهَاءِ قَالَ وَمَا إِمَارَةُ السُّفَهَاءِ قَالَ أُمَرَاءُ يَكُونُونَ بَعْدِي لَا يَقْتَدُونَ بِهَدْيِي وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَأُولَئِكَ لَيْسُوا مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُوا عَلَيَّ حَوْضِي
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Nabi Saw bersabda kepada Ka’ab bin Ujrah: Aku memohon perlindungan Allah daripada pimpinan yang bodoh. Ia berkata: Siapakah pemimpin bodoh itu? Sabda Baginda : “ Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang metidak mengikuti petunjukku dan tidak mengikuti akan sunnahku. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).



Lihatlah cara bagaimana seorang raja yang ingin melantik penolong kanan beliau. Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerahi dengan bintang-bintang kehormat. Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balai rong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya. Akhirnya sampailah kepada giliran seorang mamanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan." Mendengar kata-kata mamanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Mamanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."

Lihat juga bagaimana Khalifah Harun ar-Rashid mencari orang yang menasihatinya. Pada suatu malam, Harun ar-Rasyid memanggil Fazl Barmesid, salah seorang di antara pengawal kesayangannya. Harun ar-Rasyid berkata kepada Fazl: “Malam ini bawalah aku kepada yang boleh menunjukkan kapadaku siapakah aku ini sebenarnya. Aku telah jemu dengan segala kebesaran dan kebanggaan.”

Fazl membawa Harun ar-Rasyid ke rumah Sufyan al-Uyaina. Mereka mengetuk pintu dan dari dalam Sufyan menyahut: “Siapakah itu?” Amirul Mukminin. Sufyan berkata: “Mengapa sultan mahu menyusahkan diri. Mengapa tidak diberitahu sahaja padaku sehingga aku datang sendiri menemuinya?” Mendengar ucapan tersebut Harun ar-Rasyid berkata: “Ia bukan orang yang kucari. Ia pun mengagungkanku seperti orang lain.”

Kemudian mereka pergi kerumah Abu Ali al-Fuzail bin Iyaz at-Talaqani mereka. Mengetuk pintu rumah Fuzail. Dari dalam Fuzail bertanya: “Siapakah itu?” Apabila diberitahu kehadiran Amirul Mukminin, beliau menolak untuk menerima kehadirrannya tetapi setelah dipaksa beliau membuka pintunya. Harun ar-Rasyid melangkah masuk, Begitu Harun menghampirinya, Fuzail meniup lampu sehingga padam agar ia tidak dapat melihat wajah sultan. Harun ar-Rasyid menghulurkan tangannya dan disambut oleh tangan Fuzail yang kemudian berkata: “Betapa lembut dan halus tangan ini! Semoga tangan ini terhindar dari api neraka!”

Setelah berkata demikian Fuzail berdiri dan berdoa. Harun ar-Rasyid meresa hatinya sangat tersentuh dan tidak dapat menahan tangisannya. “Katakanlah sesuatu kepadaku,” Harun bermohon kepada Fuzail. “Anggaplah negeri Islam sebagai rumahmu sendiri dan penduduknya sebagai keluargamu sendiri. Ziarahilah ayahmu, hormatilah saudaramu dan bersikap baiklah kepada anakmu. Aku sayangkan jika wajahmu yang tampan ini akan terbakar hangus di dalam neraka. Takutilah Allah dan taatilah perintah-perintah-Nya. Berhati-hatilah dan bersikaplah secara bijaksana, kerana pada hari Akhirat nanti Allah akan meminta apa yang dipertanggungjawabkan olehmu sehubungan dengan setiap Muslim dan Dia akan memeriksa apakah engkau telah berlaku adil kepada setiap orang. Apabila ada seorang wanita uzur yang tertidur dalam keadaan lapar, di hari Akhirat nanti ia akan menarik pakaianmu dan akan memberikan kesaksian yang akan memberatkan dirimu.”

Harun ar-Rasyid menangis dengan sangat kuatnya sehingga nampak ia akan jatuh pengsan. Melihat hal ini wazir Fazl menyentak Fuzail: “Cukup! Engkau telah membunuh pemimpin kaum Muslimin.” “Diamlah Hamam! Engkau dan orang-orang yang engkau inilah yang telah menjerumuskan dirinya, kemudian engkau katakan aku yang membunuhnya. Apakah yang kulakukan ini suatu pembunuhan?” Mendengar kata-kata Fuzail ini tangisan Harun ar-Rasyid semakin menjadi-jadi. “Ia menyebutmu Hamam,” kata Harun ar-Rasyid memandang Fazl. “Kerana ia menyamakan diriku dengan Firaun.”

Kemudian Harun bertanya kepada Fuzail: “Apakah engkau mempunyai hutang yang belum dijelaskan?”“Ya,” jawab Fuzail. “hutang kepatuhan kepada Allah. Seandainya Dia memaksaku untuk menjelaskan hutang ini celakalah aku!” “Yang kumaksudkan adalah hutang kepada manusia, Fuzail,” Harun menegaskan. “Aku bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepadaku sedemikian banyaknya rezeki sehingga tidak ada keluh-kesah yang harus kusampaikan kepada hamba-hamba-Nya.” Kemudian Harun ar-Rasyid menaruh sebuah bekas yang berisi seribu dinar di hadapan Fuzail sambil berkata: “Ini adalah wang halal yang diwariskan oleh ibuku.”

Tetapi Fuzail mengutuknya: “Wahai pemimpim kaum Muslimin, nasihat-nasihat yang kusampaikan kepadamu ternyata tidak ada faedahnya. Bahkan engkau telah memulakan lagi perbuatan salah dan mengulangi kezaliman.” “Apakah perbuatan yang salah telah kulakukan?” tanya Harun ar-Rasyid.“Aku menyerumu ke jalan keselamatan tetapi engkau menjerumuskan aku ke dalam godaan. Bukankah hal itu suatu kesalahan? Telah kukatakan kepadamu, kembalikanlah segala sesuatu yang ada padamu kepada pemiliknya yang berhak. Tetapi engkau memberikannya kepada yang tidak patut menerimanya. Aku memberi nasihat kepadamu tanpa mengenakan sedirham pun.” Setelah berkata demikian, Fuzail berdiri dan melemparkan wang-wang emas itu keluar.

“Benar-benar seorang manusia yang hebat!” Harun ar-Rasyid berkata ketika ia meninggalkan rumah Fuzail. “Sesungguhnya Fuzail adalah seorang raja bagi umat manusia. Ia sangat alim dan dunia ini terlalu kecil pada pandangannya.”

Adakah lagi manusia yang tidak pelahap seperti Fuzail dihari ini?. Adakah lagi seorang pemimpin umat Islam seperti Harun ar-rashid? Semoga Allah memberkati kita semua.

Read More !

Syeikh Islam Yusof al-Qardhawi menyanggah fatwa Tan Sri Harussani

| | 0 comments

Perang adalah strategi. Strategi adalah tipu-helah. Peperangan dalam politik adalah peperangan saraf dan mental. Psycological of warfare yang berkesan akan menarik sokongan serta menjauhkan dan meninggalkan musuh daripada mendapat sokongan. Mereka menggunakan segenap ruang dan peluang. Samada bertahan atau menyerang. Dalam suasana seperti inilah orang yang bijak mengambil kesempatan dan peluang nescaya ia memperolehi kemenangan. Perang itu adalah muslihat. Ia disebut oleh Baginda Saw sendiri dengan sabdanya:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ هَلَكَ كِسْرَى ثُمَّ لَا يَكُونُ كِسْرَى بَعْدَهُ وَقَيْصَرٌ لَيَهْلِكَنَّ ثُمَّ لَا يَكُونُ قَيْصَرٌ بَعْدَهُ وَلَتُقْسَمَنَّ كُنُوزُهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَسَمَّى الْحَرْبَ خَدْعَةً
Daripada Abu Hurayrah r.a: Bahawa Nabi Saw telah bersabda: “Akan jatuhnya Kisra dan tiada lagi Kisra selepas itu dan akan tumbangnya Kaisar dan tiada lagi Kaisar selepas itu. Kamu akan membahagikan hartanya fi sabilillah dan dinamakan perang itu adalah muslihat”. Riwayat Bukhari.



Ketika perang sifin, tentera Muawiyyah yang telah hampir dikalahkan telah mengangkat al-Quran di hujung tombak masing-masing yang menyebabkan tentera Ali berhenti memerangi tentera Muawiyyah. Meskipun Ali memerintahkan untuk meneruskan peperangan tetapi tenteranya sudah tidak bersedia dan memilih perdamaian. Dalam peristiwa tahkim, sekali lagi Amr ibn al-‘as sebagai wakil Muawiyyah telah memperdayakan Abu Musa al-Asy`ari yang menyebabkan jawatan Ali sebagai khalifah terlucut dan tertabalnya Muawiyyah menjadi khalifah. Orang melayu menyebut, ilmunya sekati tetapi akalnya seguni nescaya dia boleh mengalahkan mereka yang ilmunya seguni tetapi akalnya sekati. Walau apapun ulasan yang dibuat dalam peristiwa Ali dan Muawiyyah itu, yang pasti Bani Umayyah telah tertegak dan berjaya memerintah beratus tahun. Berjaya menyerlahkan kegemilangan dan pembukaan negara umat Islam dengan cara mereka tersendiri. Apapun kedua mereka adalah sahabat yang tidak segia kita mentajrihkan (melukai) mereka. Masing-masing dengan ijtihad masing-masing.

Silih bergantinya pemerintahan dan sultan dengan pelbagai peristiwa dan catatan sejarah. Setiap masa dan setiap tempat, apabila membicarakan pemerintahan dan perjalanan politik sudah pasti ada pro dan kontranya.

Sehinggalah dimasa kini. Perjalanan politik pilihanraya mendedahkan dengan pelbagai tindakan dan tingkah-laku yang tidak selari dengan jiwa lembut dan naluri akhlak dan kemanusiaan seseorang. Yang terkini apabila menyentuh pilihanraya di Hulu Selangor. Lahirnya cara berpoltik yang jauh dari akhlak Islam. Dedah mendedah, londeh melondeh dan sebagainya. Sebab itulah terdapatnya kelompok tidak mahu terlibat dengan politik pilihanraya dan mengambil sikap mengasingkan diri. Mereka menyibukkan diri mereka dengan urusan masing-masing dan berzikir kepada Allah. Itu lebih bermanfaat buat mereka. Mereka menerima sahaja sesiapa yang menjadi pemerintah dan memberi ketaatan tanpa bangkangan. Mereka berkata: “saya tidak berpihak mana-mana”. “Politik itu kotor dan taknaklah terlibat”.

Apatah lagi apabila Tan Sri Harusani menfatwakan haram berpolitik didalam masjid dengan alasan “Politik sekarang boleh memecahbelahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah,” katanya. Inilah tindakan mengangkat al-Quran ketika kelihatan perang hampir kalah. Inilah yang disebut oleh Khalifah Ali r.a sebagai: “Perkataan yang benar tetapi yang dikehendakinya adalah batil” Ini adalah strategi politik seperti mana diambil oleh Amr ibn al-‘As. Pihak media terus menggempur dan mengambil kesempatan. Pihak polis melingkungi masjid di bimbangi adanya demontrasi politik. Pihak pejabat agama akan mengambil tindakan jika khutbah berpolitik. Jangan bicara tentang politik… haram. Politik itu jijik. Tok Imam, tok bilal, para ulama, para ustaz, orang baik-baik jangan terlibat dengan politik. Orang yang terlibat dengan politik jadi kotor orangnya. Orang beriman, beribadah saja kat masjid, urusan pemerintahan dan politik serahkan kapada orang lain. Jangan masuk campur.

Akhirnya urusan politik pemerintahan berada ditangan orang yang kotor dan jijik dari segi agamanya dan akhlaknya. Sedangkan Islam mengajar sekcil-kecil perkara sehingga cara memasuki tandas. Tidak munasabah perkara besar seperti menjaga ummah, memerintah, mentadbir, menegakkan hukum tidak di ajar didalam Islam. Sedangkan Islam pernah memerintah 2/3 dunia dan mencecah hampir 1500 tahun. Apakah tiada politik? Inilah kebinasaan dan era kejatuhan umat Islam sendiri apabila membelakangkan Islam ketika memilih kepimpinan.

Kenapa begitu fobia dengan perkataan politik. Sedangkan siasah adalah cabang ilmu yang penting dalam pengajian Islam serta mulia kedudukannya. Allah swt mengangkat Nabi Adam a.s sebagai khalifah dan pentadbir bumi. Mustahil tanpa politik boleh melaksanakan tugas khalifah. Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Zulkarnain dan Nabi Muhammad Saw adalah pemerintah. Kalau sekadar nak beribadah. Sembahyang, puasa, zakat, haji maka tak perlu Rasulullah saw berhijrah. Tak perlu berhabis duit, berperang sehingga ramai sahabat yang mati syahid kalau bukan kerana memerintah di Madinah. Baik beribadah kat Mekah di tepi masjid al-Haram. Pahala pun berganda-ganda. Boleh cium Hajar al-Aswad dan minum air zam-zam sepanjang masa. Tetapi ditinggalkan semua itu untuk menegakkan hukum Allah yang sempurna. Tiada kuasa politik untuk dilaksanakan di Mekah tetapi berjaya di sebuah negara di Madinah. Pentingnya kuasa politik sehingga para sahabat berbincang memilih penganti baginda di Balai bani Saqipah berbanding menguruskan jenazah Rasulullah Saw. Semua sahabat bertebaran dimuka bumi menyertai futuhat kerana kuasa politik yang digunakan untuk melaksanakan perintah Allah Swt. Itulah yang disebut oleh Imam Mawardi sebagai matlamat khalifah: “Menggalang-gantikan tugas nubuwwah untuk menjaga agama dan memerintah dunia dengan agama”. Itulah kehebatan dan zaman keagungan Islam.

Setelah empayar Islam jatuh dan hilangnya sistem khalifah lalu penjajah sedaya upaya mengasingkan kekuatan Islam dari kuasa pemerintah. Agenda sekular ini diteruskan dikalangan orang Islam sendiri.Inilah cakap-cakap penjajah yang diwarisi oleh umat Islam sehingga sekarang. Inilah cakap-cakap pejuang sekularisme semenjak awal abad ke 19 hingga kini.

دع لله لله وما لقيصر لقيصر
Serahlah urusan Allah kepada allah dan urusan kaisar kepada Kaisar

Kebejatan pihak Kristian dan gereja berpakat serta menghalalkan pemerintahan melakukan kezaliman menyebabkan bangkitnya renaissance yang akhirnya menyisihkan agama dari pemerintahan dan mengikut Karl Marx, untuk memajukan negara hendaklah membuang agama dari pemerintahan.Ideologi sekularisme ini dibawa penjajah ke negara-negara Islam sehingga kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah Turki oleh Kamal ataturk juga membawa agenda sekularisme.

Para penjajah ketika datang ke tanah melayu juga hanya meletakkan agama dan adat istiadat melayu dibawah kuasa Sultan tetapi segala urusan pemerintahan diserahkan kepada penjajah British. Mereka yang menentang dianggap penjenayah dan pemberontak. Tuan Guru Hj abdul Rahman limbong diistiharkan sebagai penderhaka kepada Sultan kerana menentang penjajah. Orang yang taat dan tidak melewan meskipun dijajah itulah orang yang setia dan beriman.

Ingatkan dah 50 tahun merdeka, akal serta fikiran mula merdeka tetapi dijajah pula oleh penjajah bangsa sendiri yang meneruskan agenda penjajah. Munasabahlah lagu lama dikitarkan semula.

UMNO-Bn sendiri menggunakan fatwa Harusani demi politik bukan untuk pelaksanaan syariah. Ketika beliau berfatwa tentang sure heboh itu haram. Apa tindakan UMNO-BN? Tiada apa-apa tindakan bahkan Sure Heboh dibawa ke Perak dihadapan pintu tangga Harusani sendiri. Kenapa dibiarkan ? kerana ia tidak menguntungkan politik UMNO-BN.

Kalau berpolitik dalam masjid itu haram nescaya berpolitik diluar masjid juga haram jika alasan perpecahan umat. Harusani sepatutnya mengharamkan semua perkara yang membawa kepada punca politik perpecahan itu. Haramkan sistem pilihanraya. Haramkan parti-parti politik. Biar UMNO-BN sahaja yang memerintah berdasarkan sistem satu parti seperti negara-negara Komunis. Biarkan sahaja UMNO-BN memerintah dengan dasar penjajah Lord Reid yang ditinggalkan sehingga kini dengan taat dan redha meskipun hokum Allah tidak tertegak dibumi ini. Tiada lagi amr am’ruf dan tiada lagi nahi munkar. Jadilah politik suku agama suku.

Sedangkan dalam Islam kehidupan muslim itu tidak pernah terpisah dari Islam. 17 kali sehari semalam kita melafazkan ikrar dan sumpah Firman Allah Swt Surah al-An`am: 162



قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah sesungguhnya sembahyangku, korbanku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekelian Alam


Banyak ayat-ayat al-Quran yang memerintahkan supaya menerima pakai Islam secara keseluruhannya:-


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Al-Baqarah : 208


أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ
Adakah kamu beriman dengan separuh kitab dan mengkufuri separuh kitab? Al-Baqarah : 85


Kalau disorot sejarah pula didapati masjid di zaman Rasulullah Saw menjadi pusat segala aktiviti umat Islam. Ia bukan hanya sebagai markaz solat dan ibadah (seperti masjid hari ini) tetapi ianya sebagai pusat ilmu dan pendidikan (universiti), tempat pertemuan pimpinan dan mesyuarat (Parlimen dan DUN), pusat pentadbiran (Pejabat SUK) dan pertemuan pimpinan negara-negara luar dengan Rasulullah Saw (Istana Negara/ Putrajaya). Disitu jugalah Rasulullah Saw memberi tawjihat dan khutbah tentang agama, sosial, ekonomi dan politik bahkan masjid juga sebagai pusat latihan ketenteraan dizaman baginda. Tiada pemisahan antara agama dan politik dizaman Rasulullah Saw sebagaimana yang diimani oleh masyarakat sekarang. Tiada tempat lain dalam urusan politik Nabawi melainkan didalam masjid sehingga memisahkan bahawa ini urusan agama dan ini urusan dunia. Masjid ketika itu sebagai pusat dakwah dan negara.
Begitu juga dizaman Khalifah ar-Rasyidin selepas pemerintahan baginda. Bai’ah kepimpinan mereka dilakukan didalam masjid. Bahkan ucapan Abu Bakar sebagai khalifah pertama tidak diadakan di stadium atau di pejabat SPR atau di parlimen tetapi dilakukan dalam masjid. Bahkan ucapan pertama beliau :

أيها الناس إني وليت عليكم و لست بخيركم ، إن رأيتمونى على حق فأعنونى ، و إن رأيتموني على باطل فسددوني
Wahai manusia. Sesungguhnya aku dipilih menjadi pemimpin keatas kamu dan aku bukanlah yang terbaik dari kalangan kamu. Jika sekiranya kamu melihat aku benar maka tolongilah aku. Jika kamu melihat aku melakukan kebatilan maka tegahlah aku.


Ketika Umar al-Khattab dilantik beliau juga melakukan tindakan sama agar rakyatnya menegur dan mengkritiknya jika terseleweng:

أيها الناس من رأى منكم في اعوجاجاً فليقومنى . فرد عليه أحد المصليين . والله لو رأينا فيك اعوجاجاً لقومناه بحد سيوفنا. فرد عليه أمير المؤمنين. الحمد لله الذي جعل في رعية عمر من يقوم اعوجاجه بحد سيفه
Wahai manusia, siapa melihat dikalangan kamu aku menyeleweng maka perbetulkanlah aku. Maka dijawab dikalangan orang yang hadir bersembahyang itu: Demi Allah jika kami melihat engakau menyeleweng kami akan memperbetulkan dengan pedang kami. Di jawab oleh Amir al-Mukminin: Alhamdulillah yang telah menjadikan rakyat Umar membetulkannya dengan pedangnya.


Satu ketika Umar berkhutbah didalam masjid dan menyebut supaya mentaatinya. Lalu bangun Bilal menyebut engan taat. Apabila ditanya sebabnya kerana ia merasakan Khalifah Umar tidak adil dalam membahagikan kain kerana badan Umar yang lebih besar tidak mencukupi kain yang dibahagikan sehinggalah anaknya Abdullah memberi penjelasan bahawa bahagiannya diberikan kepada ayahnya untuk mencukupkan pakaian yang dipakai Umar. Kalaulah secebis kain diungkit dan disebut dalam masjid sebagai menjaga amanah baitul mal dan kewangan negara agar tidak diseleweng amat malang kalau hari ini tidak boleh disebut didalam masjid penyelewengan beratus juta maupun berbillion duit rakyat dan umat Islam. Kalaulah penegur Umar disebut alhamdulillah, kenapa tukang tegur hari ini ingin diambil pelbagai tindakan bahkan perbuatan tersebut dianggap haram.

Masjidlah tempat yang sepatutnya untuk memberi penjelasan antara hak dan batil. Masyarakat memerlukan pandangan dan panduan agama yang sepatutnya dijelas dan diberi hujah untuk tindakan umat Islam. Umat islam perlu diberi peringatan dan nasihat agar tidak tertipu dan terpedaya dengan kejahatan maupun kezaliman. Sabda baginda Saw:


عَنْ تَمِيمٍ الدَّارِيِّ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ
Daripada tamim al-dari bahawa Rasulullah Saw bersabda: Agama itu nasihat: Kami bertanya: Kepada siapa ya Rasulullah? Sabda baginda: Bagi Allah, bagi kitabnya, bagi Rasulnya, kepada pemimpin-pemimpin umat Islam dan orang ramai”. Riwayat Muslim.

Apatah lagi menjadi kewajipan umat Islam melaksanakan amr ma’ruf dan nahi munkar sebagaimana difirmankan Allah:-

و العصر إن الإنسان لفي خسر إلا الذين أمنوا عملوا الصلحات و تواصوا بالحق و تواصوا بالصبر
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر تؤمنزن بالله
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu mengajak kepada ma’ruf dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.



Atau cukup mendiamkan begitu sahaja kemungkaran, penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Sekadar menjadi syaitan bisu, maka itu bukan kerja ulama’. Ulama pasti menyatakan kebenaran meskipun ianya pahit. Rasulullah Saw mengangkat keberanian mereka itu sebagai jihad yang paling afdhal :-


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ
Daripada Abi Saed al-Khudri berkata: Rasulullah Saw bersabda: Setinggi-tingi jihad adalah perkataan yang benar dihadapan pemimpin yang zalim” hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad.

Jika mereka menyebarkan keburukan, fitnah dan kerosakan kepada masyarakat awam melalui media massa dan sebagainya, sedangkan semua ruang untuk menasihat, menegur dan berdakwah ditutup, masjid adalah benteng terakhir. Kalau benteng itu juga tertutup nescaya masyarakat berada dalam kegelapan dan kezaliman. Bagaimana untuk mengeluarkan mereka? Usahalah semampu yang dapat. Gunakanlah harta, tangan, lidah maupun hati kamu. Mereka diajar supaya khutbah dilawan khutbah, syaer dilawan syaer dan pedang dilawan dengan pedang.


عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اهْجُوا بِالشِّعْرِ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يُجَاهِدُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ كَأَنَّمَا يَنْضَحُوهُمْ بِالنَّبْلِ
Hentam mereka dengan syaer-syaer. Sesungguhnya orang mukmin berjihad dengan dirinya dan hartanya. Demi jiwaku yang berada dalam gengamanNya sebagaimana kamu membasahi mereka dengan panah. Riwayat Ahmad.




Sila lihat fatwa Syeikh Islam Yusuf al-Qardhawi ketika ditanya persoalan adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik. Apakah dalilnya jika harus dan apakah dalilnya jika ia ditegah? Jawapan beliau adalah dilarang jika menyebut nama-nama pribadi dengan menghina dan mencela serta memaki atau menggunakan masjid dengan tujuan ta’sub kepartian yang membawa kepada penentangan hukum syariah. Jika sekiranya politik pemerintah ingin menggunakan masjid demi mendirikan politiknya dan bukannya mengukuhkan hukum syara’ maka masjid perlu berpihak kepada hukum syara’ dan bukannya alat kepada pemerintah. Maka tidak seharusnya masjid diharamkan untuk melaksanakan fungsinya dari segi tabie, logik maupun sejarahnya sebagai benteng mempertahankan syara’ dengan memberi ingatan kepada ummah dan menjauhkan mereka dari para thagut yang menggangu-gugat syariatnya dan memaksa untuk mengikut hawa nafsu pemerintah yang tidak untuk Allah Swt. Sesetengah negara Islam pemerintah mewujudkan peraturan dan undang-undang yang bertentangan dengan Islam dan memaksakan ulama menggunakan mimbar-mimbar mereka demi kepentingan politik mereka. Minbar tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam tetapi sebagai propaganda kerajaan memerintah. Sepatutnya masjid berfungsi sebagai lidah kebenaran, memberi petunjuk berkesan kepada ummah serta mengembalikan kemulian ulama dan pendakwah daripada Allah Swt.

Entahlah kalau Tan Sri nak menyanggah fatwa Syeik Islam. Itulah peliknya. Bercakap politik dalam masjid itu haram tetapi jika UMNO-BN meruntuhkan masjid bujal di Kemaman demi politiknya, dan terkini ingin meruntuhkan masjid Pasir Mina pulak, tidak haram? Semoga Allah Swt menunjukkan kita yang batil itu batil dan menjauhi kebatilan dan yang benar itu benar dan kita bersama-sama dengan kebenaran.

Read More !

Siapa Kambing yang nak Dihitamkan?

| | 0 comments

Maaf kerana beberapa hari tidak mengup-date blog saya ini. Sibuk di Felda Sg Tengi menyebabkan tidak ada masa dan kesempatan. Apatah lagi “beruk-band” pun tak berapa boleh pakai mana. Berkampung di Upu ditugaskan, tak sempat pulak nak ronda-ronda kawasan pilihan raya. Tak sempat nak berblog. Ada yang sibuk berblog tapi tak sempat pulak turun bertugas. Masing-masing cara le!

Kontinjen PAS Terengganu ditugaskan untuk menjaga Felda Sg. Tengi. Kami sudah awal-awal lagi turun ke lokasi untuk gerak-kerja persiapan. Seminggu sebelum penamaan calon, gerak-kerja sudah bermula disamping pertukaran jentera dengan syif kawasan-kawasan yang terlibat. Penglibatan tenaga sokongan kemuncak pada penamaan calon dan beberapa hari sebelum mengundi. Semua jentera dikerah semaksima mungkin sehinggalah hari pembuangan undi.

Kerjasama tenaga Pas tempatan, amat baik sekali apatah lagi sokongan dari Pas Kawasan Tanjung Karang. Tahniah diucapkan atas gerak-kerja terbaik yang telah digembelingkan. Semua kemampuan tenaga, wang ringgit, masa dan pengalaman telah ditumpahkan semaksima mungkin. Syabas dan tahniah khususnya anak-anak muda yang sanggup meninggalkan kerja masing-masing dan sepenuh masa berkhidmat bagi membantu gerak-kerja pilihan raya di Hulu Selangor. Para muslimat yang berpagi dan petang merayu undi dan berkempen tanpa menghirau hujan dan panas sehingga ke hari pembuangan undi.

Walaupun keputusan tidak menyebelahi PR. Meskipun undi di UPU Sg Tengi meningkat tetapi masih tidak mampu untuk memperolehi kemenangan. Ingatlah kekalahan bukan masalah buat kita. Kekalahan bukan perkara baru dalam perjuangan ini. Semenjak PAS diasaskan, kekalahan adalah normal. Kemenangan itu pulak yang luar biasa. Ahli Pas ditarbiyyah bukan hanya untuk menang, tetapi ahli ditarbiyyah untuk bekerja. Berkerja dijalan Allah seikhlas mungkin, mencari keredhaanNya disebalik jihad fi sabilillah. Kalang menang itu kerja Allah SWT.

وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah Al-Imran: 126
Pun begitu kita bekerja untuk menang dan bukan bekerja untuk kalah. Bahkan tiada diari dan istilah kalah buat kita kerana Rasulullah Saw bersabda:

إما النصر وإما الشهادة
Samada kamu menang didunia atau menerima syahid di ahirat

Kita begitu yakin bahawa kemenangan tetap akan bersama kita tetapi bila waktunya. Janganlah mengajar Allah Swt. Dia Maha Mengetahui akan waktunya. Sampai masa dan ketikanya ia pasti menganugerahkan kemenangan yang matang. Bersyukurlah bahawa kemenangan dalam perjuangan telah diwariskan kepada kita sehingga ke saat ini semenjak 50 tahun yang lalu. Tidak pernah surut. Tinggal lagi mungkin syarat-syarat kemenangan belum terisi dengan sempurna. Firman Allah Swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kuasa memerintah kamu. Surah Muhammad : 7


Sejauh mana kita menolong agama Allah Swt. Sejauhmana kita bekerja untuk menegakkan agama Allah Swt. Sejauhmana kita mengembelingkan usaha kita kearah meraih kejayaan. Sejauh-mana kerja-kerja kita dalam jamaah yang dilakukan sebagaimana tahap gerak-kerja kita untuk duniawi kita. Jika dunia kita lebih besar dan utama dari hasrat dan kehendak untuk menegakkan agama Allah Swt, maka jauh lagi untuk mencukupkan syarat-syarat kemenangan. Kerana itu Allah meletakkan usaha dan kerja suatu yang penting sebelum bertawakkal kepadaNYa.

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, Maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang Telah kamu kerjakan. Surah at-Taubah: 105


Setiap yang berlaku ada hikmah yang banyak untuk difikir dan dimuhasabahkan. Janganlah sibuk untuk mencari kambing untuk dihitamkan. Untuk diletakkan tohmahan dan tuduhan. Itu akan menambahkan lagi tahap kebodohan dan kejahilan diri sendiri. Post Mortem perlu dibuat tetapi kaedah syara’ perlu dituruti. Sebab semua perkara adalah ketentuan Allah Swt juga. Rasulullah Saw mengajar kita dengan sabdanya:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Daripada Abu Hurayrah r.a berkata: Rasulullah Saw bersabda: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah dan setiap urusan ada kebaikan padanya. Berebutlah dengan apa yang memberi manfaat kepadamu dan mintalah pertolongan Allah Swt dan janganlah merasa lemah. Jika ditimpa sesuatu yang tidak engkau ingini maka janganlah kamu berkata… Kalau aku buat yang demikian sedemikian.. tetapi katakanlah: Telah ditentukan Allah maka jadilah sebagaiamana kehendakNya. Sesungguhnya berkata ‘Kalau’ itu pembuka kerja syaitan” riwayat Muslim.

Jangan terjebak dengan kerja-kerja penghasut dan pengadu domba dalam mengulas kekalahan PR di Hulu Selangor. Jangan pula kita menjadi lidah serta kaki & tangan UMNO-COCO untuk memperlagakan antara satu sama lain. Setiap keputusan yang telah melalui mesyuarat dan keputusan kepimpinan tertinggi hendaklah diakur dan ditaati. Segala risiko dan keputusan hendaklah dihadapi dan diterima. Itu sudah menjadu sunnah perjuangan. Allah Swt sendiri telah mengajar Rasulnya dalam mengambil tindakan terhadap sahabat-sahabat selepas daripada peristiwa Perang Uhud.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlemah-lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekeliling mu, kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. Surah al-Imran : 159


Janganlah kerana tindakan-tindakan bodoh kita menyebabkan jari ditunding kepada mereka yang telah sekian lama menginfaqkan diri fi sabilillah. Apa yang penting muhasabah diadakan dengan cara berakhlak. Kesilapan hari ini jangan diulangi untuk masa yang akan datang. Dan jangan merasa kita sorang sahaja yang cerdik yang boleh mengemudi semua perkara. Sama-samalah mengembeling tenaga sukarela ini kearah bahtera perjuangan. Perjuangan masih lagi panjang. Saringan dan tapisan berlaku sepanjang masa dan ketika. Siapa yang istiqamah dan siapa yang kecundang. Ia juga mengajar siapa kawan dan siapa lawan.

Kita bukan manusia sempurna dan pasti berlaku kekurangan, kelemahan dan kealpaan. Ketika Rasulullah Saw dan para sahabat diuji dengan kekalahan peristiwa Uhud yang menyebabkan mereka tertanya-tanya kenapa berlaku demikian. Sedangkan Allah Swt dan Rasulullah Saw bersama mereka lalu Allah mengajar mereka untuk bermuhasabah

أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّى هَذَا قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ
أَنْفُسِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan Mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kekalahan) ini?" Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Al-Imran: 165


Begitu juga dalam peristiwa Perang Hunain, Allah meningatkan:-

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (Ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi sombong kerana banyaknya jumlah (mu), Maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai. Surah at-Taubah: 25.

Kalau nak menyalahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Dan itu adalah muhasabah yang mudah. Memang bodoh jika ia tidak memanfaatkan harta, kekayaan, kekuasaan mereka untuk meraih kemenangan. 3 M (money, media and missionary) itu memang milik mereka. Tak pelik kalau mereka menggunakan teori Machivelli yang matlamat menghalalkan cara kalau mereka sendiri menerima pakai nasihat APCO. Takkan mereka nak duduk diam menerima kekalahan. Mereka pasti akan melakukan apa sahaja. Agenda ini bukan sekarang tetapi sejak dari dahulu, kini dan pasti selama-lamanya. Allah sendiri juga berfirman :

أَفَمَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ خَيْرٌ أَمْ مَنْ يَأْتِي آَمِنًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari kiamat? perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Surah Fussilat :40

Ahli Pas dan PR hendaklah sentiasa berharap agar kerja-kerja kita diredhai oleh Allah Swt. Apa guna kerja siang dan malam serta memperolehi kemenangan didunia fana’ ini tetapi di hari akhirat kelak dihumban ke dalam neraka. Kita masih ada lagi tali pergantungan iaitu Islam dan Allah Swt. Kita tidak merasa terhina dan merasa lemah. Kita berazam untuk meruskan dan meningkatkan kerja. PRU -13 terlalu hampir. Masa amat singkat. Marilah bersama-sama untuk kita pacu kemenangan dari sekarang semoga usaha kita akan membuahkan kejayaan, I’Allah.
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Surah al-Nisa’ : 104

Read More !

Setelah 62 tahun. Dimana Penyelsaian?

| | 0 comments

Israel telah mengadakan perayaan sambutan negara Yahudi Israel ke-62. Semenjak itulah bermulanya agenda Zionis yang melakukan pelbagai kejahatan, pengkhianatan, pembunuhan dan kerosakan keatas bumi Palestine. Perebutan antara tiga agama akan berterusan sehingga ke hari kiamat.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Di tanah inilah saksi kepada jihad yang mengorbankan umat Islam bagi mengembalikan gah Palestine. Bagi Yahudi. Bumi tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka dan bagi Nasara pula juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejak zaman nabi Ibrahim lagi yang merupakan moyang kepada keturunan Bani Israel dan Bani Ismail telah mendiami Palestine. Meskipun mereka mendakwa Palestin sebagai tanah warisan Yahudi tetapi Allah sendiri menafikannya:-

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Tidaklah nabi Ibrahim itu Yahudi dan bukannya juga Nasrani tetapi dia adalah orang yang lurus, bersih (dari syirik dan sesat) dan muslim (berserah diri kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.. Surah al-Imran :67

Di zaman nabi Yusuf mereka berpindah ke Mesir dan menguasai pemerintahan. Setelah masa yang lama mereka melakukan pengkhianatan yang menyebabkan bangkitnya kuasa Qibti dan kemudiannya Firaun melakukan penindasan dan kezaliman terhadap mereka kembali. Allah memerintahkan supaya Nabi Musa membawa mereka kembali ke Palestine dan hanya berjaya memasukinya dizaman Talut. Kisah-kisah Nabi Daud dan Sulaiman yang silih berganti mempunyai sejarah tersendiri di bumi Palestine. Ia didiami oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin ditakluki oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar dari bumi Palestine maka tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, bumi Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang berpusat di Constantinople dan mengalami Kristianisasi. Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi ketika pemerintahan Umar al-Khattab. Palestin menjadi milik umat Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang dalam Perang Salib (Crusades) bagi merampas Palestine. Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.
Ia berterusan sehingga ke zaman Salahuddin Al Ayyubi yang menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan kembali. Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah dan kemuncaknya kejayaan umat Islam menguasai kota Constantinople.

Teodore Herzl, pengasas kepada Jews State telah memulakan kempen mendapatkan Palestine. Hasrat itu terbuka apabila zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat. Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan diatas kubur Salahuddin - “hari ini, perang salib sudah berakhir”. Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki. Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Akhirnya mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Britain mula berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948. Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB (resolusi 181) mendeklarasi pengkhianatan terhadap Palestin dengan penyerahan 55% kepada orang Yahudi. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann dan perdana menterinya ialah David ben Gurion.

Perang Arab Israel 1948 menyebabkan 77% tanah Palestine terlepas kepada Yahudi dan selepas perang 6 hari Oktober 1967 menyebabkan Palestine hilang dari peta dunia. Baitul Maqdis, Tebing Barat, Gaza, Bukit Gholan dan Sinai di kuasai yahudi. Pada 17 September 1978, satu perjanjian iaitu Camp David telah diadakan antara Anwar sadat dan Menachem begin sebagai pengiktirafan Yahudi di Israel. Perjanjian untuk kepentingan ekonomi dan Mesir semata-mata itu merupakan pengkhianatan terhadap Palestine dan mendapat penentangan daripada negara-negara Arab sehingga Anwar Sadat sendiri dibunuh pada tahun 1981 oleh tenteranya sendiri.

Penentangan terhadap Yahudi tidak membawa kemana. PLO yang ditubuhkan semenjak 1964 dengan dasar nasionalisme tidak digeruni oleh Yahudi sehinggalah bangkitnya Intifadhah Islam pada tahun 1987. Mereka mula bimbang dan menekan serta memaksakan perjanjian Oslo tahun 13 Disember 1993 di Washington antara Yizark rabin dan Arafat. Selepas itu beberapa siri perjanjian demi perjanjian untuk keamanan Asia barat tetapi semuanya itu helah Yahudi dan Barat bagi mengambil secara total negara Palestine. Melebihi 87 perjanjian dan ketetapan diperingkat PBB tentang Palestine tetapi tiada apa-apa tindakan. Badan-badan seperti OIC dan Liga Arab hanya pentas untuk para pemimpin Islam bergambar dan berdeklarasi tetapi tanpa ada apa-apa tindakan. Mereka dikuasai sepenuhnya oleh Yahudi dan Amerika Syarikat.

Amat malang apabila penduduk Yahudi di Israel hanya berjumlah 5.6j dan Yahudi seluruh dunia hanya berjumlah 13j orang sedangkan umat Islam seluruh dunia berjumlah 1.57billion dan umat Islam arab yang melingkungi Israel sahaja berjumlah 350j orang. Kenapa mereka gagal menyelesaikan masalah tersebut. Tidak lain dan tidak bukan kerana para pimpinan negara-negara umat islam bersekongkol dengan para Yahudi dan barat demi kepentingan mereka semata-mata dan mereka sanggup membelakangkan ajaran Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah Saw. Penyelesaian terakhir yang merupakan sebaik jalan adalaj Jihad fi Sabilillah semata. Kerana itulah sejak tahun 1970an mula bangkit semangat jihad Islam yang dipelopori oleh gerakan Ikhwan Muslimin Mesir dan mula berkembang apabila bangkitnya Intafadhah pertama pada tahun 1987. Di tahun yang sama ia lebih marak apabila Hamas ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yasin.

Disamping perjuangan jihad bersenjata, Hamas memasuki pilihanraya dan menguasai Parlimen Palestine pada tahun 2006. Meskipun mendapat sokongan rakyat tetapi dunia luar terus menekan pemerintahan Palestine sehingga konflik Gaza-Israel 2008/2009 berlaku yang menyaksikan pengeboman dan kemusnahan Palestine oleh penganas Zionis. Amat malang apabila Negara-negara umat Islam tidak melakukan apa-apa bahkan turut sama menutup pintu-pintu sempada Palestine daripada mendapat bantuan luar.

Sudah hilang ciri-ciri persaudaraan seIslam. Membiarkan Palestine keseorangan telah menghilangkan ukhuwwah Islamiyyah yang menjadi rukun bai’ah.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. Al-Hujurat : 10


النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Daripada an-Nu’man bin Bashir berkata: Rasulullah Saw telah bersabda: “ Orang mukmin dilihat pada berkasih-sayang dan ikatan hati mereka seperti satu jasad. Jika mengadu sakit sebahagian anggotanya nescaya seluruh jasadnya mengaduh dan berjaga”

Telah hilang juga semangat jihad yang merupakan taring umat Islam. Ummah yang ramai tetapi bak buih dilaut. Dimanakah Umar ibn al-Khattab. Dimanakah Salahuddin al-Ayubi dan dimanakah Sultan Abdul Hamed atau kita terpaksa menunggu kehadiran imam al-Mahdi Muntazar maupun Nabi Isa? Kalau begitu amat malanglah umat Islam kini. Betapa peyakit Wahn telah berakar umbi. Kecintaan dunia yang membuak-buak dan takut mereka kepada mati yang teramat sangat sedangkan mati pasti sedang menanti. Apakah Perang Salib sudah berakhir?

Read More !

Selain UMNO adalah Paria?

| | 0 comments



Munasabahlah Allah SWT memerintahkan kita mengulang-ulang 17 kali sehari semalam membaca surah al-fatihah dalam solat kita. Supaya ketika tidak terjebak dengan perangai dan tingkah-laku Yahudi dan Nasara. Agar tidak terjebak kedalam lubang biawak mereka.

Orang Yahudi menganggap bangsa mereka adalah bangsa terpilih. Mereka merupakan anak dan keturuanan terpilih. Mereka adalah kekasih-kekasih Allah. Selain mereka adalah Goyem (lembu) semata. Kejahatan dan kezaliman adalah haram jika dilakukan terhadap sesame mereka tetapi halal jika dilakukan selain mereka. Lihatlah umat Islam Palestine, mereka boleh melakukan apa sahaja kerana bagi mereka ianya bukan dosa. Ianya dosa atau jenayah jika orang lain melakukan keatas mereka.

Amalan inilah kini dipraktikkan oleh UMNO-BN. Ianya adalah amanah jika segala peruntukan, projek, subsidi dibahagikan dikalangan mereka dan kroni mereka. Apabila mereka adalah pembangkang, mereka dinafikan hak ketika pengagihan. Itu tidak zalim. Tiada istilah diskriminasi buat mereka. Tetapi ketika mengutip cukai semua orang dikenakan tanpa pengecualian. Itu adalah keadilan.

Begitu jugalah tentang rasuah. Jika sekiranya sipelaku itu UMNO, apatah lagi pemimpin maka itu bukanlah dosa. Ia hanyalah politik wang meskipun ia melibatkan berjuta-juta. SPR membisu seribu bahasa. Selain UMNO-BN nescaya ia adalah rasuah meskipun hanya beratus ringgit. Berlari-lari anak-ayam SPR menghambat dan membuka fail siasatan. Kalau orang lain dinakan tindakan Sex harassment tetapi kerana ia bernama UMNO ia dilantik menjadi Duta. Lim Guan Eng pernah dipenjara kerana membela anak gadis melayu yang diperkosa tetapi sipelaku dibebaskan sahaja. Tidak lain kerana beliau adalah UMNO. Kalau perbuatan dikatakan menghina Sultan, jika selain UMNO-BN nescaya mereka akan dibicarakan, disaman, dipenjara, diISA bahkan dipenjara serta dibunuh dengan alasan dibawah akta menentang Yang Dipertuan Agong tetapi jika ia seorang UMNO-BN nescaya dibebaskan tanpa bicara maupun diambil tindakan meskipun Yang Dipetuan Agong dicaci, dimaki dengan mengelarnya ‘menatang’ sekalipun.

Undang-undang pun hanya terpakai kepada rakyat marhaen. Bagi ahli UMNO dan pimpinan mereka, mereka mengatasi undang-undang. Ia sama seperti undang-undang sarang labah-labah. Ia hanya berkesan terhadap nyamuk dan binatang kecil tetapi jika burung dan kelalawar yang merempuh, habis carik sarangnya dan labah-labah entah lari kemana. “Correct.. correct… Correct.. correct”. UMNO kini menjadi parti berkasta Barhmin. Selain mereka bab umpama paria sahaja. Dr Mahathir sendiri pernah mengalaminya. Ketika dia UMNO dan menjadi pemimpin teratas, semua kata dan arahannya adalah emas. Ia dipuja dan tangannya dicium. Apabila ia keluar dari UMNO ia di cerca dan dihina. Mungkin tidak tahan menjadi kasta bawahan, Mahadhir terpakas kembali ke kasta Brahmin semula.

Dosa Zaid hanya kerana ia sudah keluar dari UMNO dan menjadi Pakatan Rakyat, maka semua itu adalah noda dan dosa. Menjadi haprak dan paria. Jika sekiranya ia masih lagi seorang UMNO-BN nescaya ia masih lagi seorang mulia, sebagai anak melayu contoh.

Kalau beginilah senario yang berlaku, nescaya apa bezanya dengan sikap yang ditunjukkkan oleh orang Yahudi terhadap Abdullah bin Salam yang memeluk agama Islam. Terus bertukar sikap dan pandangan mereka yang selama ini dipuji-puji tetapi bertukar serta-merta menjadi celaan dan makian.

Hadis Bukhari itu menyebut tentang satu hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa beliau berkata: adaalah Abdullah bin Salam telah menemui Rasulullah Saw dan bertanyakan beberapa soalan. Apabila Baginda menjawab, Abdullah mengakui kebenaran dan memeluk agama Islam sebagaimana Hadis:-


قَالَ أَشْهَدُ أَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْيَهُودَ قَوْمٌ بُهُتٌ إِنْ عَلِمُوا بِإِسْلَامِي قَبْلَ أَنْ تَسْأَلَهُمْ بَهَتُونِي عِنْدَكَ فَجَاءَتْ الْيَهُودُ وَدَخَلَ عَبْدُ اللَّهِ الْبَيْتَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ رَجُلٍ فِيكُمْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَلَامٍ قَالُوا أَعْلَمُنَا وَابْنُ أَعْلَمِنَا وَأَخْبَرُنَا وَابْنُ أَخْيَرِنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفَرَأَيْتُمْ إِنْ أَسْلَمَ عَبْدُ اللَّهِ قَالُوا أَعَاذَهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ فَخَرَجَ عَبْدُ اللَّهِ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَقَالُوا شَرُّنَا وَابْنُ شَرِّنَا وَوَقَعُوا فِيهِ

Berkata Abdullah: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya engkau adalah Rasul Allah kemudian beliau berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya Yahudi merupakan satu kaum yang menuduh fitnah bohong jika mereka mengetahui tentang keislamanku. Sebelum Engkau bertanya kepada mereka, maka pasti membohongku disisimu. Seketika datang orang Yahudi dan Abdullah bin Salam masuk kedalam rumah. Maka sabda Rasullah Saw: Siapakah lelaki Abdullah bin Salam dikalangan kamu? Para Yahudi menjawab: Orang yang paling alim dikalangan kami dari keturunan yang berilmu dan paling pakar tentang agama kami. Sabda Rasulullah Saw: Apa pandangan kamu jika Abdullah bin Salam memeluk agama Islam. Mereka berkata: Aku minta berlindung daripada Allah dari berlakunya. Kemudian Abdullah bin Salam keluar kepada mereka dan berkata: Aku menaik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Mereka berkata: Orang yang paling jahat dikalangan kami dan berketurunan jahat dan mereka mencelanya.

Ingatkan perangai Yahudi yang dinukilkan oleh Rasulullah Saw ini hanya berlaku dalam lipatan sejarah. Tetapi mukjizat baginda ia mendedahkan bahawa peristiwa ini berterusan sehingga ke hari kiamat, apatah lagi kini APCOlah yang mendidik dan mentarbiyyah mereka apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak layak dilakukan.

Read More !

Taubat Zaid & Taubat Soi Lek

| | 0 comments



Seorang pemimpin bukan sekadar perlu bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Sebab ia bukan sekadar melibatkan diri dan keluarganya tetapi melibatkan seluruh manusia yang ramai. Tanggapan atau persepsi manusia adalah tabie kehidupan sosial dan bermasyarakat. Kaedah Islam dalam mengambil sesuatu pedoman, ilmu atau panduan maka dipesan sebagaimana istilah "أنظر ما قال ولا تنظر من قال" yang bermaksud “Lihatlah apa yang dicakap dan jangan melihat siapa yang bercakap” tetapi realitinya manusia mengamalkan sebaliknya, mereka melihat dan menilai siapa yang bercakap dan bukannya apa yang dicakap. Oleh itu, sejauhmana umat Islam dan pendokong gerakan Islam menanganinya isu yang seperti ini.

Didalam Pas, pemilihan calon itu ditapis dan disaring dari peringkat grass-root dan cawangan, dun, kawasan, negeri dan pusat. Ia juga perlu mendapat pengesahan dan pelepasan majlis syura Pas. Antara ciri dan sifatnya adalah tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekali dosa kecil. Persoalan kepimpinan dan akhlak amat di titik-beratkan. Kerana ia bukan sekadar menjadi pemimpin kepada masyarakat tetapi ia merupakan pemikul tugas khalifah yang bertanggung-jawab dengan Tuhannya. Yang mengharapkan ilham sebagai panduan buat umatnya. Munasabahlah Tuan Guru Nik Aziz sendiri pernah menyebut adalah tidak layak mereka yang menghisap rokok menjadi wakil rakyat Pas. Kalau perkara kecil (bagi setengah orang) itu di ambil cakna, apatah lagi dosa yang besar.

Pembinaan aqidah dan akhlak amat penting bagi umat Islam, sebagai ahli dalam gerakan Islam apatah lagi dalam hiraki kepimpinan. Seorang yang akan menjadi pemimpin seorah berada didalam gelas kaca dalam pameran, ia dilihat dan diperhatikan dari segenap sudut oleh rakan dan taulan maupun musuh yang ingin mencari kelemahan dan kecacatan. Dalam perlawanan maupun peperangan, sudah pasti kelemahan musuh dicari untuk di diserang bertubi-tubi. Itu adalah strategi biasa. Sudah pasti pemimpin yang terbaik itu dicari atau pun dididik serta diasuh dan ditarbiyyah untuk menjadi terbaik. Hakikatnya manusia tetap manusia dan bukannya seorang nabi yang maksum maupun sesuci malaikat. Sudah pasti ada kekurangan dan kelemahan. Itulah yang perlu melalui proses penapisan dan penyaringan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أُمَرَاؤُكُمْ خِيَارَكُمْ وَأَغْنِيَاؤُكُمْ سُمَحَاءَكُمْ وَأُمُورُكُمْ شُورَى بَيْنَكُمْ فَظَهْرُ الْأَرْضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ بَطْنِهَا
Dari Abu Hurayrah r.a berkata bahawa Rasulullah Saw bersabda: “Jika sekiranya pemimpin-pemimpin kamu merupakan orang yang terbaik dari kalangan kamu dan orang kayu kamu yang dermawan dan segala urusan kamu melalui mesyuarat dikalangan kamu nescaya belakang bumi lebih baik dari perut bumi”

Itulah pendekatan mereka yang berada dalam keroncong gerakan Islam seperti Pas untuk melahirkan kepimpinan yang bermaruah dan dihormati. Mereka dipilih dari kalangan terpilih bahkan mereka dipecat jika sekiranya mencemar etika dan maruah parti. Pas pernah memecat ahli parrlimennya iaitu bapa Salehuddin Hashim(bekas setiusaha PKR) iaitu Hashim Gera, Ahli Parlimen PAS bagi Parlimen PArit pada tahun 1969. Beliau telah dipecat dari PAS kerana telah melanggar disiplin parti dengan berjoget dalam satu majlis di Parlimen. Di terengganu Pas pernah memecat tokoh berpengaruh seperti Ust Abdul Latif di Besut dan Ust Ghazali Losong.

Ini bukan bermakna Pas parti khas untuk orang baik-baik sahaja. Pas merupakan parti dakwah, parti tarbiyyah dan parti siasah. Pas terbuka kepada sesiapa sahaja dengan syarat ia seorang Islam. Selepas itu menjadi tugas bersama antara kepimpinan, jamaah dan ahli tersebut untuk sama-sama mentarbiyyah diri kearah yang lebih baik. Kerja-kerja mengambil faham dan memahamkan Islam dan perjuangan ini hendaklah berterusan. Inilah yang disebut baginda dalam hadis yang diriwayat oleh Abu Hurayrah:

خِيَارُكُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُكُمْ فِي الْإِسْلَامِ إِذَا فَقِهُوا
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik ketika jahiliyyah dan terbaik pula ketika Islam jika ia memahami”

Apa guna orang yang terbaik tetapi berada diatas landasan yang tidak sebenar. Inilah yang ditangisi oleh Umar ibn al-Khattab apabila ia pergi ke Palestine untuk membuka Bandar al-Quds itu. Apabila orang bertanya, adakah tangisannya kerana kegembiraan dapat menawan Palestine. Jawabnya: Tidak, tetapi ia merasa hiba dan kasihan melihat para padri dan pendita yang sehingga bongkok keluarmenyambutnya tetapi perjuangan mereka sehingga lanjut usia tetapi berada dijalan yang sesat.

Tetapi jika mereka bertaubat dan berada didalam perjuangan Islam, semua kesalahan dan nodanya yang lalu akan diampunkan Allah seperti bayi yang baru dilahirkan dan ia juga akan menjadi pemimpin yang baik.

Kita lihat dalam UMNO-BN, ada juga mereka yang baik-baik dan ikhlas ingin berjuang tetapi kerana dasarnya yang menyeleweng dari Islam ia menjadi sia-sia. Para ulama yang berada dalam UMNO hanya sekadar menjadi terompah sahaja. Sebab itulah penubuhan Pas itu sendiri adalah dari mereka yang bermaruah dan berwibawa, yang keluar dari UMNO kerana tidak ingin bersekongkol dengan dosa judi yang diluluskan sebagai nadi kewangan kepada UMNO. Sehingga akhirnya UMNO menjadi lubuk kepada ahli dan kepimpinan bobrok yang tak berkesudahan.

Dalam UMNOlah Zaid digilap menjadi kepimpinan. Sehingga menjadi calon yang mengalahkan Pas di parlimen Kota Bharu. Beliau menjadi pemimpin dan beliau dilantik menjadi menteri. Bagi UMNO beliau adalah terbaik dan beliaulah Zaid bin Harithah, anak angkat Rasulullah Saw dan tak terdengar pun segala serangan-serangan pribadi seperti di Hulu Selangor hari ini. Tapi kini Zaid seolah-olah Zack the terror. Serangan pribadi berapi-api dihalakan senapangnya kearah beliau.

Tahniah apabila beliau membuat pengakuan bahawa ianya merupakan kesilapan dizaman muda jahiliyyah dulu dan kini beliau sudah bertobat. “Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t. Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,” katanya kepada pemberita. Zaid berkata apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit. “Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.

Tuan Guru Presiden pun pernah berkata:
"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji... kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.

Apapun inilah proses tarbiyyah. Mungkin Allah mengasihi Zaid Ibrahim agar segala noda ketika ia bersama UMNO hendak dibersihkan. Inilah tarbiyyah ilahi. Perkara noda sebagai manisan didalam UMNO tetapi kini ia merupakan pekung yang perlu dibaiki dan perlu dibuang jauh-jauh untuk menjadikan Pakatan Rakyat membariskan kepimpinan berakhlak dan berwibawa. Yang buruk-buruk berpindahlah ke UMNO-BN dan yang baik-baik berpindah kepada PR.

Serangan UMNO-BN itu seolah-olahnya pimpinan mereka itu bersih dan suci mewangi. Mereka tidak boleh menerima taubat Zaid tetapi boleh menerima taubat Datuk Seri Soi Lek. Mereka menyerang pribadi Zaid seolah calon BN Kalamanathan itu suci dan qudus kerana hanya minum air mineral dan susu sahaja. Datuk Seri Hisamuddin Tun Hussein pun tumpang semangkok. Hakikatnya kuman seberang lautan nampak, bangkai gajah dihadapan mata tak nampak, Tapi buruk ikan sudah sampai ke ekor. Kepala pun dah penuh ulat. Ini diakui sendiri oleh Dr Mahathir.

Oleh itu panduan Rasulullah adalah benar dalam bab mencari teman dan berkawan, kalau kita berkawan jangan menghabisi rahsia kesemuanya kerana satuhari boleh jadi ia menjadi musuh kepada kita dan kalau kita bermusuh jangan melampaui sangat kerana boleh jadi satu hari nanti ia menjadi kawan kepada kita.

Apapun tahniah kepada pimpinan Pas dan ahlinya yang memberi sepenuh kepercayaan kepada pimpinan dan bersifat terbuka dengan rakan-rakan dalam PR. Walau dulu merupakan musuh yang menentang habis-habisan tetapi apabila sudah bersama dan menjadi rakan dalam perjuangan, kini boleh membantu ke tahap 100%.

Alahai Ibrahim Ali? Berapa kali nak reverse. Harap pimpinan Pas tidak terkena lagi dengan libasan lidah katak beliau. Biarlah semut dan ugas sahaja yang kena.

Read More !

Mulut Najib dah berbau Kentut Obama

| | 0 comments

Media pengampu dan propaganda UMNO-BN dah beberapa hari berkokok tetang betapa hebat dah gahnya Najib sebagai PM Malaysia yang bertemu mata dengan Obama, Presiden US. Berita Harian melapurkan (Jumaat 16April) “Malaysia dan Amerika Syarikat akan melakukan kerjasama untuk memulihkan imej Islam”. Star (13 April) melapurkan “ Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat maju setapak lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama pertama kali mengadakan pertemuan dua hala di sini semalam.” Rais Yatim menyebut sebagai ianya pembuka vista baru. Utusan Malaysia, macam biasalah. Rapat kelangit mengampunya : “Presiden Barack Obama difahamkan akan meminta nasihat Kuala Lumpur dalam usaha memperbaiki hubungan AS dengan negara-negara Islam seperti mana sikap keterbukaan terhadap dunia Islam yang dinyatakannya ketika berada di Universiti Al-Azhar, Mesir baru-baru ini.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis membayangkan “ pertemuan atas jemputan Obama itu sebagai Perubahan agak mendadak... cara AS melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju dan contoh kepada negara Islam lain. Semestinya kerajaan menimbang 'mengkaji' hubungan dengan AS. Perkembangan tersebut amat jelas apabila Malaysia, yang bukan pun negara nuklear, di undang menyertai sidang kemuncak berkenaan. Sebanyak 44 pemimpin dunia dijemput mengikuti sidang kemuncak itu. Malah, jelas beliau, Najib merupakan satu-satunya pemimpin dari ASEAN dan salah seorang daripada dua pemimpin Asia yang akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Obama.

Perbincangan 40 minit minit sebelum bermulanya sidang kemuncak itu di Walter E. Washington Convention Center bermula dengan suasana mesra dan ikhlas dan perbincangan berkisar kepada perkara-perkara ringan sebelum kedua-dua pemimpin itu menyentuh beberapa isu besar melibatkan perdagangan dan isu nuklear, kata pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada Bernama.

Kalau dok dengar lapuran media UMNO-BN memang tersengihlah kita bangga dengan PM 1 Malaysia ni. Sedangkan hakikat sebenarnya, Malaysia dah dicucuk hidung. Macam lembu nak dijual untuk disembelih. Bukannya nak mengharapkan nasihat Malaysia tetapi sebenarnya Malaysia di arah mengadap. Meskipun bukan negara nuklear tetapi kerana untuk memenuhi kepentingan tertentu Negara Polis Amerika tersebut, Malaysia terpaksa mengadap sembah. Itupun terpaksa guna khidmat Yahudi Apco Worldwide yang berbayar sebanyak RM77juta. Nak pergi bai’ah pun kena bayar. Berbangga sakan dapat mengadap Obama. Ingatkan nak nasihat Obama supaya bertindak terhadap puak-puak Yahudi yang melampau di Palestine tetapi rupanya di arah supaya beramal dengan wirid-wirid Us-Zionis pulak. Ini dah kira telan air liur Obama lah ni.

Hari ini tembelang Najib makin terdedah. Tekanan Obama terhadap Najib agar memberi tekanan kepada Iran dalam isu nuclear. Amat memalukan apabila Najib sebagai pemimpin sebuah negera yang merdeka, seorang pemimpin negara umat Islam terpaksa menelan kentut Obama. Sebenarnya ia adalah rentetan peristiwa ketegasan dan kecekalan wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Vienna selaku Ahli Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa mewakili Malaysia, Datuk Mohd Arshad M.Hussain yang menentang resolusi terhadap Iran oleh Amerika Syarikat dan sekutunya berhubung program nuklear negaranya.

Tindakan Kerajaan Malaysia yang memanggil pulang Wakil Tetap Malaysia ke PBB untuk memberi penjelasan terhadap sokongan beliau yang membantah resolusi terhadap Iran pada 27 November yang lalu oleh Kerajaan Malaysia yang dilihat bacul dalam menentukan pendirian terhadap program nuclear kerajaan Iran yang dilihat takut kepada telunjuk Amerika Syarikat yang jelas bersikap ‘double standard’ terhadap Negara umat Islam seperti Iran, Pakistan dan Syria dalam isu pembangunan nuclear.

Untuk menunjukkan taat setia Najib kepada murabbinya itu, Duta Malaysia ke Qatar Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob telah dilantik sebagai Gabenor baru ke Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 4 feb setelah memecat Datuk Mohd Arshad M. Hussain yang telah berkhidmat sebagai duta selama 30 tahun.

Bukan setakat itu sahaja, sebaik selesai pertemuan dengan Obama, najib telah membuat kenyataan Tanpa memikirkan pandangan dan sensiviti umat Islam, beliau secara terbuka menyokong kempen sekatan Amerika berhubung isu program nuklear Iran, menjadikan Malaysia negara Islam pertama yang menyokong usaha Washington itu.

Malaysia sebagai sebuah negara ahli dalam OIC sepatutnya menjadi pembela diatas sikap rakus dan berat sebelah kuasa barat yang didalangi Amerika Syarikat terhadap penindasan dan kerahan sumber kepada Negara umat Islam seluruh dunia.Iran telah beberapa kali membuat kenyataan yang terbuka bahawa mereka mahu memajukan nuklear adalah untuk tenaga alternatif daripada penggunaan sumber yang lain, tetapi Iran ditekan habis-habisan dan diberi satu amaran yang keras dan telah dibuat keputusan untuk dibuat tindakan yang tegas. Sepatutnya Malaysia tidak menyokong apa-apa tindakan yang bertentangan dengan kedaulatan rakyat Iran. Seolah kita bukan sahaja tunduk tetapi bersubahat dalam perkara ini.

Beliau juga telah mengarahkan syarikat Petroliam Nasional Bhd agar menamatkan penjualan gas kepada Iran sebagai tanda Malaysia menyokong tekanan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika dan sekutunya lantaran keengganan Iran menghentikan program nuklearnya.

Isu Kedua yang sentiasa dihadhamkan oleh Obama apabila melibatkan negara-negara Islam adalah isu keganasan. Label Islam dan keganasan ini diglobalisasikan dan memaksa negara didunia untuk turut sama meneruskan dasar capurtangan luar Amerika terhadap negara-negara yang dituding jarinya sebagai pengganas. Dasar meneruskan penjajahan terhadap negara-negara umat islam seperti Afghanistan, Iraq dan Palestine. Dengan segera Najib menjadi Yes men. Perdana Menteri dalam ucapannya juga berkata bahawa Malaysia akan meneruskan kerjasama Amerika Syarikat dengan negara-negara Asia Tenggara untuk membanteras keganasan termasuk oleh rangkaian kumpulan militan Jemaah Islamiah yang dikaitkan dengan Al Qaeda."Malahan kerjasama Malaysia dan Amerika Syarikat dalam soal ini semakin meningkat. Saya amat berharap kerjasama ini akan berterusan," katanya.


Isu Ketiga yang semakin membusuk adalah isu FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) yang mendapat tentangan dizaman Abdullah badawi kini cuba dihidupkan kembali dizaman Najib.
Malaysia merupakan antara rakan niaga utama A.S dengan nilai perdagangan dua hala yang mencecah 50 billion dollar. Dengan jumlah pelaburan bernilai 10 billion dollar, Amerika Syarikat menduduki tangga teratas dalam jumlah keseluruhan pelaburan asing di negara ini. Justeru ia bukanlah suatu perkara yang janggal sekiranya Obama akan cuba memainkan peranan yang lebih aktif di dalam menjayakan hasrat A.S untuk menandatangi (FTA) yang masih di dalam proses perundingan.Menilai dari kenyataan yang pernah dilakukan oleh James R. Keith selaku duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang memmainkan peranan yang sangat besardalam usaha melakukan cengkaman ekobomi US terhadap negara ini.

Hanya dengan 40 minit para yahudi dan Nasrani ini akan menjerat Malaysia ke lubang biawaknya. Sekali terjunam kedalam lembahnya, nescaya amat sukar untuk melepaskan diri. Tetapi apa yang boleh dikata apabila wala’ pimpinan negara kepada murabbinya terlalu tinggi. Zikir-zikir yang disebut itu merupakan apa yang dihafal dari lidah Obama. Kalau dah kentut Obama dirasakan wangi oleh Najib, sedangkan kita dah loya nak termuntah… apalah upaya kita?

Read More !

Gambar Sheikh Nuruddin al-Banjari (2) di Darul Bayan

| | 11 comments

Selepas program Qiyamullail bermula jam 4.00 pagi (semoga Allah mengurniakan rahmat dan keampunannya sempena 1/3 malam khasnya kepada mereka yang diawal pagi telah berusaha mencari petujuk Tuhannya) , Sheikh Nuruddin memberikan kuliah subuh, khususnya tentang beberapa hadis dari kitabnya al-Yaqin.


Beliau juga memberi nasihat khususnya tentang adab dan khidmat khususnya kepada ilmu dan para guru yang boleh membukakan pintu keberkatan Allah dalam melimpahkan ilmu pengetahuan kepada seseorang. Dengan serius beliau turun menunjukkan cara duduk dan adab menuntut ilmu.


Selesai daripada kuliah, bersarapan pagi di rumah guru dan perkarangan pondok Pinang Merah.


Maaf deh.. kawe teman sheikh bersarapan. nampaknya pekena udang galah dari sungai Pinang Merah.

Anggota rombongan beliau yang datang dari Kedah dan Negeri Sembilan

"Tambah... tambah.. "... nasi saje ke? Udang tarak tambah? bersama tuan rumah, Ust mazdi, antara guru madrasah.

Sebahagian tetamu... mintak maaf deh. Rumah guru sempit. Menjamu kat luar.

Para pelajar... bersarapan di perkarangan Pondok

Alhamdulillah. Ada baki lagi tak?

Sheikh Abdullah dari Buluh Gading, K. Terengganu sempat mengunjungi dan berbicara bersama Sheikh Nuruddin.

Sheikh Nuruddin berhasrat untuk meninjau dan menziarahi pondok. Maaflah. Suasana pondok seperti seadanya. Bukanlah seperti sekolah elit di Putrajaya. Bangunan dan infra 100% hasil infaq orang ramai.

Cikgu Mustafa selaku setiausaha memberi sedikit taklimat. Ditemani oleh Samad selaku AJK, Hj Ibrahim dan turut serta akhi Hud (menanti Tok Guru Nik Aziz).

Aik... sehingga atas Pondok pelajar. Memanglah sebagai Pak Kiyai yang memiliki Pasentren di Bogor dan yang pernah menimba ilmu di Mekah mahupun di pondok sehingga Pondok Derang Kedah... pastinya keinginan sentiasa mengalir untuk melihat onak-denai, menjiwai pahit-getir, menggamit nostalgia, merasai kepuasannya serta semoga menjadi penyuntik semangat kepada anak-anak santri supaya terus cekal berusaha menggali gunung ilmu, meneroka lautan bahar mencari nilai rahmat yang tiada tepinya. Tidaklah dikecapi melainkan mereka yang mengelumangi dalam kehidupannya semata.

hati2 syeikh. Pondok dah hampir 15 tahun. uzur tetapi tiada bantuan daripada Kerajaan Ehsan. Begitulah nasib SAR berbanding sekolah2 kebangsaan. Semoga dicelah-celah diskriminasi itu akan menyerlah permata ummah. Semoga tergilap bakal ulama menjadi pemimpin buat zaman mendatang, i'Allah.

Maaf deh.. Tak muat kamera untuk dipukul ramai-ramai. Kenangan sebelum berangkat pulang. jazakallah khairul jaza' buat semua yang menjayakan.

Read More !

Kuda Hitam... Aduuhhhh!

| | 0 comments

Tahniah! Presiden baru MIC

Apabila TPM, Muhyidin mengumumkan P Kamalanathan sebagai calon BN, Hulu Selangor, beliau cuba memaksa supaya Samy Vellu tersenyum. Hakikatnya berasap putih muka Samy Vellu.

Ia meluahkan perasaannya kepada wartawan selepas program tersebut. Beliau berkata keputusan untuk menamakan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon pilihan raya kecil itu diperakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya hanya boleh mencadangkan seorang calon namun keputusan muktamad terletak dalam tangan perdana menteri”.

Kelmaren ketika Saktivel, mewakili 18 Ketua Bahagian MIC di Selangor dalam sidang media di ibu pejabat MIC Pusat ketika mendesak pucuk pimpinan BN supaya mengesahkan pemilihan Datuk G Palanivel sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, sepertimana yang diperakukan oleh presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.mengatakan: "Kami mahu calon pilihan parti bukannya yang dipilih oleh Umno kerana perkara ini adalah maruah parti. Kesefakatan BN menyatakan bahawa pengerusi BN mesti menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh pemimpin parti komponennya.,” Saktivel yang juga anggota jawatankuasa kerja pusat MIC berkata: “ tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana calon yang tidak dipilih oleh presiden parti, diletak bertanding”

Dalamasa sama hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya. Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.
Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutupHari ini terbuktilah, bahawa keputusan MIC tidak dihormati bahkan suara komponen parti BN itu hanya layak dibuang dalam tong sampah. Itulah semangat 1 Malaysia. Hanya UMNO satu-satunya yang boleh membuat keputusan. Parti komponen lain hanyalah sebagai kuda tunggangan sahaja. Amat berbeza dalam parti PR. Setiap kerusi dalam peruntukan parti gabungan, maka parti tersebutlah yang berhak memutuskan, siapakah calon mereka dan kemudiannya diperakui oleh Pakatan Rakyat sebagai calon dokongan bersama.

Sekarang ini siapa sebenarnya yang presiden parti MIC? Najib Tun Razak atau Samy Vellu sehingga seorang timbalan Presiden MIC pun terpaksa melarikan diri kerana teramat malu dengan tindakan BN terhadap MIC ketika pengumuman calon dibuat. Betapa tercabarnya maruah pimpinan MIC. Betapa dinafikan suara orang India yang memilih Samy Vellu sebagai Presiden. MIC mendakwa jika sekiranya dipilih calon pintu belakang nescaya V Mugilan akan dipecat. Sekarang sudah dipilih calon pintu belakang. Siapa berani pecat P Kamalanathan? Ada kuasa ke Samy Vellu?. Betapa bercelarunya pimpinan BN sekarang? Nampaknya senyuman Samy Vellu diatas pentas hanyalah senyuman ubat gigi Darlie sahaja. Apabila pulang bertemu pimpinan MIC, terngiang-ngiang lagu dendangan… “kuda hitam, aduuhhh, kuda hitammm… lari kencanggg aduhhh.. berbahayaaaa” terasa seolah-olah dinyanyikan oleh Najib dan Rosmah. Boleh bingkas tercegat ‘rambut’ Samy Vellu.

Pilihan yang ada bagi pengundi dan penyokong setia Palanivel di Hulu Selangor untuk menyuarakan suara makkat sakti orang India adalah dengan mengundi calon kerajaan Negeri Selangor iaitu Zaid, PKR.

Dilema yang sama yang dihadapi oleh orang melayu dan pendokong kuat parti orang melayu, UMNO. Pengundi melayu yang merupakan majoriti pemilih di Hulu Selangor tidak diberi hak untuk mencalonkan calon Melayu. Selama ini, UMNO yang mendakwa pejuang tulen melayu dan darah mereka pun cap keris. Sebagai penduduk asli Malaysia dan sanggup mengeluarkan suara agar dihalau bangsa cina dan India pulang ketempat asal masing-masing kerana mereka pendatang. Apakata pejuang ketuanan melayu tulen ini? Apakata Ibrahim Ali dan ahli PERKASA? Hendak dihunus kemana keris PERKASAnya? Akan ditikamkah P Kamalanathan agar terbuang dari arena politik. Bagaimana pula PEKIDA? Hendak dipilih siapa? Siapakah Melayu ? Kamal…alanathan ke Zaid Ibrahim. Para pejuang-pejuang nasionalisme amat sukar membuat pilihan.

Apahal pun, yang membuat keputusan adalah rakyat dan pengundi Hulu Selangor. Paling kurang mereka melihat parti alternatif kepada BN memerintah di Selangor. Meskipun baru setengah jagung berbanding dengan UMNO-BN yang memerintah setengah abad, tetapi sudah cukup bahawa mengundi selain dari BN taklah berlaku kiamat. Menjadi kebuluran dan pembangunan hilang sekelip mata. Jangan berdilema. Diharap pengundi Hulu Selangor tidak menjadi kuda hitam yang diperkudakan oleh UMNO-BN. Aduuhhhhhh… kuda hitammm.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...