Gambar Rais Yatim & Pak Lah bagi Tazkirah aurat. YB Teo makin pening?

| | 1 comments

Boleh jadi Tok Guru ke diaorang ni? Siapakah ang mursyid? Tapi inilah kot pimpinan UMNO-Bn ang terbaik kot. Ditengah rasuah, skandal, penyelewengan, mereka meruangkan sedikit masa untuk memberi tazkirah! Alhamdulillah. Tetapi mana seorang yang boleh menasihati rakyat Malaysia ang sebenar? Yang boleh dibuat contoh? Kebanyakannya jenis ketam mengajar anak berjalan lurus. Rakyat pun kopius mana satu guru Hadhari dan mana satu guru yang Badwi?

Tazkirah Rais tegur artis berpakaian seksi

Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.
"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir. Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang. Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Rais Yatim mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu. kata Rais, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

Apalah nak diharapkan dengan Syarifah Amani bagi role model ummah Islam. Mereka dilahirkan sebagai insan seni didikan dan tarbiyyah Umno-BN. Biji petola yang UMNO tanam memang membuahkan petola. Takkan keluar terung? Inilah cara mereka menutup aurat? Hadhari le tu... Apalah sangat dengan isteri Bapak Menteri? Adakah itu menutup aurat yang betul? Kitab mana Umno pakai?


Dan Pak Lah Badawi member tazkirah tentang baju 'ketat' Teo supaya sensitif

Semua pihak dinasihatkan supaya lebih sensitif ketika menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan agama bagi mengelak ketegangan dalam masyarakat. Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata setiap individu harus berfikir sebelum melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keharmonian negara.

"Tolong beri perhatian kepada perkara sensitif yang menimbulkan keadaan tidak baik. Ambil berat sedikit dengan apa yang nak dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Kepala Batas hari ini. Abdullah, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan seorang wakil rakyat wanita daripada DAP yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong di ibu negara, dengan memakai baju ketat melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid tersebut

Akhbar itu juga turut melaporkan bahawa Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata: acara senamrobik tersebut adalah program pertama karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.

Itu Teo yang tidak Islam. Mereka mana tahu takrif aurat yang sebenar. Yang ia nampak apa yang pemimpin UMNO pakai. Mereka mengaku Islam. Itulah gambaran aurat. habis si penasihat ini macamana? Kenapa disini tak bagi tazkirah? adakah ini sudah menutup aurat. Itulah yang YB Teo menjadi pening????

Sebenarnya hasil tarbiyyah UMNO.. sudah jadi kacau takrif aurat. Membujur lalu melintang patah. Sudah bertukar Islam hadhari dan badwi. Islam diatas kafir dibawah dan macam-macam. Inilah jasa Umno-BN kepada Islam semenjak dulu, kini dan begitulah selamanya... Dah pemimpin kecing berdiri.. apa-lagi rakyat pun kecing berlarilah


Penulis bukannya menentang atas tazkirah kedua-dua pemimpin Umno tersebut tetapi jenis cakap tak serupa bikin. Lihatlah isteri dan anak-anak mereka? Apakah takrif aurat disisi mereka? Tahukah mereka apa itu aurat? Bagaimana pula dengan isteri maupun wanita-wanita Umno. Bila pulak Pengerusi IKIM ini bagi tazkirah buat mereka, samada ketika jadi PM maupun sekarang?

Tapi biarlah serata tazkirah tersebut. bagaimana dengan isteri dan pimpinan PM sekarang. Tidakkah pemimpin itu menjadi contoh tauladan???.. tak ketat ke Rosmah??? macam sarung nangka jugak? mana ulama muda? mana penasihat IKIM? penasihat agama?


Bercakap isu aurat. Bagaimana dengan isu menteri rogol amah? Isu skandal tak berkesudahan? Isu anak membuntingkan anak dara orang sehingga ke mahkamah? Entahlah! akhir zaman. Yang baik dianggap pengkhianat negara, yang menghancurkan negara diberi anugerah dan dianggap berjasa.

Lihat pada gambar itu… nilailah sendiri. Inilah tok Guru pujaan mereka. Layakkah mereka membicarakan hal aurat??? Hakikatnya rakyat Malaysia ini lahir sebagaimana tarbiyyah UMNO sejak merdeka sehingga kini. macam tu nak sokong UMNO lagi entahlah.... mungkin kepala jenis kepala lutut kot????

Read More !

Antara Shahidan Kassim vs Yahaya Khatib

| | 0 comments

Kononnya nak gambarkan UMNO Perlis bersatu kot! Dengan meletakkan Shahidan Kassim sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis dibawah MB Isa Sabu. Ianya bukan mengelokkan bahkan bagi orang-ramai, ianya sebagai penghinaan kecuali Shahidan jenis burung balam… angguk aje.

Dengar khabar beliau menolak perlantikkannya untuk bekerjasama dengan MB Isa Sabu. Dengan alasan kepimpinannya lemah dan tua. Syabas kepada Shahidan. Menyuarakan dengan tegas dan berani. Sikap pemimpin yang bagus.. tetapi malangnya sudah habis musim.

Sesama Umno dan pimpinan mereka juga hairan. Yang mengumumkan hanya Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan. Kenapa PM Najib tidak umumkan selaku Pengerusi Umno. Sibuk sangat ke? Atau isu itu terlalu lekeh. Tak perlu libatkan Presiden? Tindakan itu dikritik oleh pimpinan Umno sendiri. Tetapi kita maklumlah Umno… berani cakap belakang ajelah.. Salah buat sepenggal je kan.. harap itu aje periuk nasik mereka.

Isu di Perlis ini sama juga di Terengganu. Shahidan dengan Isa Sabu ini umpama Ahmad Said dan Idris Jusoh. Kalau Ahmad Said dilantik Pengerusi perhubungan UMNO Terengganu buat apa dilantik Idris Jusoh. Bukan makin rapat tetapi permusuhan semakin ketat dan perpecahan semakin retak. Kini dilantik Yahaya Khatib Mohamed. Ish layak ke? Bukankah pergeseran MB Mat Said dengan Yahaya tajam sekali. Kecualilah Yahaya jenis Pokke… tukang angguk aje. Yahya telah derhaka apabila menentang Ketua Bahagian Marang. Ketika nak dilantik sebagai EXCO mewakili kawasan Marang, tiada pilihan terpaksa jugak dilantiknya Yahaya Khatib. Kalau nak dilantik Alias lagi parah. Lagi tajam pertembungannya dengan MB Mat Said. Selepas di beri Exco Infra akhirna diturunkan pangkat untuk jaga hal ehwal pelancongan. YB Za’aba yang sekufu dengan Pok Rosli, orang bawah kepak Mat Said, mengambil alih tempat Yahaya. Beliau tetap diam membisu. Takut nak protes.

Ketika dalam siding DUN Yahya selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, menjawab isu kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa. Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu. Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, 23 Disember, 2009 ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut. Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.

Sekadar itulah mentaliti Yahaya Khatib yang dilantik sebagai Timbalan Perhubungan UMNO sekarang. Mungkin dah puas pilih, hanya itu yang terbaik kot! Apakah Umno menghadapi pelapis kepimpinan? Kalau dilihat team Ahmad Said, semuanya merupakan kumpulan muka lama berbanding team Idris Jusoh. Tapi kalaulah Yahya Khatib pulak yang ditonjolkan… entahlah.. dok ingat ke YB Ahmad Razif ke.. Datuk Mohd Nasir Fikri ke…

Sekarang ni orang Umno dok tunggu pulak siapakah bakal Setiusaha Agung Umno. Team Idris dok galak mencanangkan bahawa Idris Jusoh bakal dinobatkan menggantikan Tengku Adnan. Kalau benar.. ish 3X lagi seronok tengok gelombang biru politik Terengganu. Kalau nak pecah kapal pun boleh le tengok…

Apapun diharapkan selepas ini Anak Pak Khatib bersuara. Kalau Shahidan lantang, takkan anak Pak Khatib diam membisu… takkan nak tukar Shahidan Khatib vs Yahaya Kassim.

Read More !

Nampaknya ada VCD baru

| | 2 comments

Selepas isu VCD Datuk Chua Soi Lek bergema ditanah-air, beliau mengambil pendekatan berundur dari arena politik buat sementara dan kini beliau kembali sebagai orang no 1 MCA. Nampaknya skandal seks mungkin satu kebiasaan bagi masyarakat cina. Tak salah dan bukan permasalahan moral.

Seperti iklan produk susu carnation.. ingat bunga, ingat carnation. Sebab itu kalau ingatkan VCD (isu & cerita skandal seks) ni, pasti kita ingat Rahim Tambi Chik (1985). Pernah heboh isu bekas Ketua menteri Melaka ni. Meskipun beliau berundur dari jawatan Ketua Menteri, tapi Ianya tidak menjejaskan maruah dan politik beliau. Hingga kini beliau masih lagi aktif dan memegang jawatan. Ye lah.. anak didik kesayangan Dr Mahathir. Beliau bebas, yang masuk penjara adalah Lim Guan Eng.

Tan Sri Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor selaku bekas naib presiden UMNO penuh dengan kisah VCD. Paling sensasi melibatkan kahwin lari pada tahun 1987, bercerai dan bayar wang mut’ah RM16 juta 1993. Akhirnya berundur dan tutup cerita.
Apabila Dr Mahathir menobatkan orang yang dikatakan paling bersih dan suci sebagai Menteri Besar Selangor ke 12 menggantikan Mike Tyson iaitu Datuk Seri Abu Hassan Omar. Malang!, akhirnya timbul isu VCD jugak. Tak bersih mana jugak dan terpaksa berundur dari kerusi MB Selangor pada tahun 2000 atas alasan kesihatan dan keluarga.

Kalau nak sebut cerita, filem dan VCD ni banyak le dalam UMNO. Cuma bagi mereka pandai makan, pandai simpan. Akhirat belakang kira. Tanggung masing-masing. Pandai buat, pandailah tanggung. Itulah sifir mereka. Sehingga ada pemimpin UMNO yang rapat-rapat dan baik-baik memesan… jangan biarkan isteri dan anak perempuan saudara masuk wanita dan puteri UMNO. Habisle nanti.. nak-nak yang dahi licin ciket. Kena kenduri le jawabnya!

Bukan setakat lelaki aje. Wanita pun tumpang semulut. Isu Senator Norhayati Onn Selangor, Naib Ketua Wanita UMNO Selangor dulu… macam nak rak. Tapi habis macam tu aje. Sebab itu dalam UMNO ni, mereka cukup gerun kalau bercakap tentang keadilan kehakiman, hukum Hudud dan sebagainya. Kerana mereka tahu yang ramai akan kena nanti adalah pimpinan UMNO. Jangan bercakap isu moral dalam Umno-BN

Kini bising isu Bapak Menteri di rogol pula?. Sorry! Menteri Merogol Amah. Nanti habis macam tu aje. Sebab… bapak punya kepala bapak menteri pun pelbagai isu VCD ang terdedah dan terlondeh. Tapi buat bodoo je. Banyaknya tugas Ulama Muda UMNO dalam kerja mencuci satu tong tahi. Jangan lupa pakai baju keselamatan dan spek gogle tu.. kang terpercik kena mata kang!

Read More !

Pengerusi UMNO: Tahniah Wa Ta’ziah

| | 0 comments

Hisyamuddin telah gagal untuk menyatukan UMNO Terengganu. Akhirnya terpaksa melepaskan kerusi panas selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu dan diserahkan kembali kepada Pengerusi sebelum ini iaitu Datuk Ahmad Said. Wal hasil balik Asal. Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga.

Ye lah. Klu tak serah, Nampak sangat macam orang UMNO Terengganu ni takde kepimpinan sehingga terpaksa mengimport orang luar untuk dicatak menjadi Ketua di Terengganu. Nak biarkan dikalangan pemimpin UMNO Terengganu membuat keputusan, perang tak berkesudahan. Semenjak rampasan kuasa Datuk Mat Said dari tangan Idris Jusoh, maka semenjak itulah perang gerila antara Team Utara dan Team Selatan ini tak berkesudahan. Sehingga siding DUN terakhir baru-baru ini nampaknya perang itu masih berterusan. Bahkan Geng Mat Said dengan penguasaan kerajaannya terus menerus meminggirkan musuh beliau.

Tapi heran jugak. Penulis hari ini tertunggu-tunggu apakah strategi geng Idris Jusoh ini? Setelah ugutan dan desakan mereka gagal. Pilihanranraya kecil di dun-dun 10 budak hitam pun tak terjadi kerana tiadanya upacara meletak jawatan. Habis, takkan menanti begitu sahaja untuk disembelih dek Mat Said. Mananya semangat keperwiraan dan kejantanan Geng 10 ini? Takkan selepas tunggu disembelih, tunggu dicincang pulak? Bagi Idris Jusoh mungkin menanti-nanti kot-kot dilantik menjadi Setiausaha agung UMNO Pusat, atau berkira-kira bertanding parlimen dan bakal dilantik menteri. Itupun belum tentu.. nanti menanti, kot-kot tinggal gusi.

Selamatlah karier Idris Jusoh sorang. Habis geng-geng yang lain macamana? Takkan menanti buah yang tak gugur? Takkan menunggu macam tunggul kayu. Apabila Mat Said dan jadi Pengerusi Perhubungan… memang konpem le Rasol, Din Adam, Pok Ya, Alias & Pehimi tak naik nama. Habis takkan nak tunggu habis penggal macam tu aje. Hanya ada sekali aje lagi siding dun terakhir. Apa salahnya team Idrisnya tunjuk batu sekali. Buat undi tak percaya sekali kepada kepimpinan Datuk Ahmad Said. Cakap belakang pun tak guna. Cuba tengok siapa sokong , siapa bangkang dan siapa membisu wal ketam batuu. Pas sedia untuk menyokong mana-mana undi tak percaya yang dicadangkan.

Tapi macam tikus mesyuarat ambil keputusan untuk letak loceng ke tengkok kucing le. Siapa nak letak? Rasol ke? Alias ke Din Adam. Keh! Keh! Keh!

Apapun tahniah kepada Datuk Ahmad Said dan teamnya dan Takziah buat Idris Jusoh and the geng. Usah bersedih. Lain Kali usaha lagi…. Usaha Tangga Kejayaan.

Read More !

UMNO perlukan khidmat James Kervin !

| | 1 comments

Dalam suasana kegelisahan rakyat berada dibawah pemerintahan UMNO-BN diperingkat pusat maupun negeri-negeri yang ditadbirnya yang kini menghadapi pelbagai permasalahan. Isu kenaikan harga barang, peluang pekerjaan semakin kurang, permasalahan sosial & jenayah semakin parah, rasuah yang menjadi-jadi. Semua ini menyebabkan UMNO-BN semakin tertekan apatah lagi negeri-negeri yang berada dibawah Pakatan Rakyat menawarkan alternatif kepada rakyat bagi membuat pilihan.

Kesempatan memerintah ini membuka peluang PR menunjukkan bahawa bukan hanya UMNO-BN, satu-satunya parti yang mampu memerintah tetapi orang lain boleh buat yang terbaik daripada UMNO-BN. Ini menyebabkan rakyat menilai dan berhak memilih yang terbaik siapa yang memerintah mereka.
Kini rakyat mula tahu hak mereka. Rakyat mula membuka mata. Rakyat berhak meminta apa yang menjadi hak mereka. Rakyat mempunyai pilihan sekarang. Berbanding sebelum ini rakyat hanya tukang angguk sahaja. Semua ditentukan oleh UMNO-BN. Apa yang baik disisi UMNO-BN baiklah disisi rakyat.

Selepas Konvensyen PR kali ke-2 dengan tawaran kepada rakyat manifesto PR 100 Hari jika rakyat memberi kesempatan kepada PR menguasai Putrajaya menyebabkan UMNO-BN cukup mengelabah. “Buku Jingga” menjadikan pemimpin UMNO seperti kucing hilang anak. Hari ini barulah mereka tahu betapa langit itu tinggi ke rendah.
Nampaknya kini UMNO-BN terpaksa bersungguh-sungguh demi mempertahankan Putrajaya dengan darah dan airmata mereka. Dengan wirid yang dibekalkan oleh Yahudi-APCO “1 Malaysia”. Rakyat terus dijanjikan berpendapatan tinggi. Kerajaan berprestasi tinggi. Negara Maju dan pelbagai retorik lagi. Meskipun mereka masih ada lagi media yang terus mengulikkan lagu dondang sayang buat rakyat tetapi semakin ramai yang sedar. Hakikatnya rakyat sudah masuk lubang biawak beberapa kali akibat janji UMNO-BN ini.

Lihatlah apabila penyelewengan pemimpin UMNO terhadap FELDA didedahkan… sekarang ini mencurah-curah projek2 untuk para peneroka. Agar peneroka terus terpukau dan lena dengan upacara menutup kebobrokan mereka, paling kurang sehingga ke tarikh pilihanraya. Apabila rakyat mendesak supaya menghapuskan rasuah… Kerajaan terpaksa berlakon seolah-olah tindakan sudah diambil dengan mendakwa Khir Toyo dan Lim Ling Sik. Tapi rakyat tahu sandiwara ini kerana ia akan menjadi seperti kes Kasitah Gadang dan Eric Chia.

Kalaulah tuntutan rakyat akan terus mendesak, ini menyebabkan pimpinan Kerajaan UMNO-BN jadi pening dan kacau. Offer PR dengan peningkatan gaji guru sebanyak RM500 sebulan akan menyebabkan para guru seramai setengah juta bertanya kepada kerajaan. Berapa Gaji yang ditawarkan oleh BN? Apa perlu pemimpin UMNO-BN buat? Apa yang perlu Najib buat lagi? Itu tidak ambil kira tuntutan Sabah & Sarawak? 20% pulangan royakti minyak kepada negeri pengeluar. Takkan bodoh rakyat nakkan tawaran UMNO-BN 5%. Itupun jadi Wang Ehsan. Apa pula tuntutan Cina, India. Bagaimana pula tuntutan melayu, Perkasa dan sebagainya. Ish! Bertambah botak kepala Najib macam ni!!!

Kalau di India mereka perbanyakkan hiburan. Lagu-lagu & filem yang mengasyikkan. Rakyat terlena dan asyik dengannya sehingga terlupa apa yang dibuat oleh pimpinan. Takkan Malaysia nak diasak dengan filem Hindi 3-4 jam?

Kalau UMNO boleh membayar APCO Worldwide sebanyak RM70j dicadangkan supaya UMNO mengupah James Kervin bagi menghadapi tuntutan dan kebangkitan rakyat di Malaysia bagi mengekalkan kekuasaan mereka di Putrajaya. 5 Minit sahaja… rakyat Malaysia tidak akan menyokong PR tanpa protes. Tanpa mendesak dan membuat apa-apa tuntutan. Siapa itu James Kervin?

Majikan pukau pekerja

LONDON: 27hb. Des. 2010. Seorang tukang kasut yang enggan membeli alat pemanas untuk dipasang di kedainya di Bromsgrove, Worcester, mengupah tukang pukau untuk memukau pekerjanya supaya berfikir mereka bekerja dalam keadaan selesa di kedai berkenaan.

Martin Connellan mulanya membeli baju kot untuk pekerjanya selepas suhu mencecah di bawah 13 darjah Celcius, lapor akhbar The Sun. Tetapi, pekerjanya masih rasa sejuk kerana pintu kedai berkenaan biasanya dibiarkan terbuka.

Bagaimanapun, selepas sesi lima minit dengan tukang pukau, James Kerwin, pekerja Connellan kini memakai seluar pendek dan kemeja-T.

Read More !

Ini dia Angsa Ajaib ditemui di Tasik Kenyir

| | 1 comments

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil. Ianya merupakan kerugian besar buat rakyat Terengganu dengan pelbagai hasil yang ditenggelami dengan pelbagai mineral yang belum diterokai kini ditenggelami air.

Apa manfaat buat kerajaan negeri Terengganu? Kecuali kerajaan Terengganu membeli TNB Kenyir ini seperti kerajaan Sarawak yang ingin member Projek Bakun.

Kini kerajaan berbelanja besar untuk projek-projek mega di Tasik Kenyir. Kononnya untuk pelancongan tetapi hakikatnya adalah untuk projek kroni-kroni yang jelas membazir. MB Mat Said nampaknya nak berlawan dengan pembangunan Pulau Wan Man dengan 249.7j termasuk Projek Masjid Kristalnya, Projek Monsun Cupnya kini beliau pula membelanjakan wang RM289 juta dengan 11 projek. Termasuk Projek Pembangunan Tasik Kenyir yang melibatkan pembinaan Taman Burung

Selain burung-burung terdapat binatang pelik didapati di sini iaitu itik dan angsa. Bukannya ia bertelur emas tetapi nilai harganya. Seekor itik berharga RM750 dan seekor angsa berharga RM5,600 dengan peruntukkan sebanyak RM6 Juta. Inilah angsa cap UMNO. Inilah sebenarnya projek-projek ikut terlintas dikepala pemimpin UMNO. Tanpa kajian mendalam.

Rakyat Terengganu yang masih lagi tahap dibawah kemiskinan mereka tidak dipedulikan. Keperluan rumah rakyat diabaikan. Peluang pekerjaan semakin susut. Tapia pa pemimpin UMNO peduli?

Sekarang ini Terengganu yang menghasilkan minyak dan gas kering kantung kewangannya bahkan Laporan Audit Negeri mengatakan hutang kerajaan negeri RM1.01 Billion. Sudahlah wang kerajaan kering disapunya kini Simpanan Tetap (fix deposit) kerajaan negeri dikeluarkan untuk menampung perbelanjaan kerajaan.

Ini belum dikira nak buat pembangunan Pulau Bebas Cukai di Tasik Kenyir yang akan menelan banyak wang rakyat dimana RM40 Juta. Apa kepentingan rakyat di situ? Barang-barang mewah yang dikecualikan cukai sedangkan rakyat di Hulu Terengganu termasuk kebanyakan rakyat negeri Terengganu hanyu mampu membeli-belah di Pasaraya Mydin. Pasaraya Giant seebelah Mydin pun tak laku. Inikan pula Pulau Bebas Cukai barangan mewah?

Kalau dibiarkan semakin kemaruk pemimpin UMNO ni. Rakyat perlu segera gantikan UMNO. Pru terdekat inilah masanya. Masa untuk berubah!

Read More !

YDP Majlis Perbandaran Darul Bonggol akhirnya ditukarkan.

| | 1 comments

Bandar Dungun yang kini terlalu banyak bongol-bongol yang dibina dijalan utama di kawasan Bandar Dungun. Penulis dimaklumkan ada 97 bonggol yang baru dibina setelah diluluskan dan binaan tersebut diperolehi oleh sebuah syarikat sahaja yang bernilai Rm3K setiap bongol. Itu belum dikira bonggol-bongol yang sedia ada. Layaklah Dungun dikenali sebagai Darul bangol.

Setelah diangkat menjadi Majlis Perbandaran Dungun, macam-macam perubahan yang menyebabkan penduduk menjadi semakin rimas dan resah. Kononnya untuk mengangkat martabat sebagai perbandaran… akhirnya menyusah dan membebankan rakyat.

Pelbagai desakan, perbincangan bahkan ianya disuarakan ke dalam Sidang DUN tetapi nampaknya YDPnya masih tidak mengambarkan ia seorang yang peka dan mesra rakyat. Tahap kesabaran orang ramai memuncak dan akhirnya mereka berarak melakukan bantahan dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Dungun pada 30 Nov 2010.

Orang-ramai menghantar memorandum yang melibatkan YDP Majlis yang dikatakan mengamalkan sikap tidak telus, salah-urus, penyalah-guaan kuasa dan tidak prihatin kepada penduduk kawasan Dungun.

Penulis juga masih ingat pada 12 Februari 2009, bagaimana YDP Majlis telah mensabotaj program "Rayuan Gaza,Palestine:Bantulah Mereka". Program anjuran MAMPAT dan Yayasan Amal Malaysia ini diadakan bagi tujuan mengutip dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestine. Kelulusan yang telah diberikan tetapi di saat akhir ianya ditarik balik secara tergesa-gesa. Seluruh kawasan Padang Astaka Dungun telah disita oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Dungun.Terdapat juga 8 helai banner pemberitahuan dari pihak Polis Dungun dan Majlis Perbandaran Dungun. Meskipun program tersebut berlangsung di perkarangan Surau Haji Zainal Abidin sebagai alternative yang dirasmikan oleh YM Tengku Paduka Raja tetapi tindakan tersebut amat mengecewakan.

Banyak tindakan dan pembahagian projek-projek dikuasai sepenuhnya oleh pimpinan UMNO Bahagian Dungun yang dikuasai oleh Pak Rosli bahkan ianya lebih berkuasa daripada pegawai kerajaan maupun Wakil Rakyat sendiri. Pak Rosli yang dikatakan kroni MB Mat Said telah menafikan hak-hak dan peruntukan YB sendiri yang bersama dengan team Idris Jusoh. Khususnya melibatkan peruntukan Dun Paka, Bukit Besi, Sura maupun parlimen Dungun sendiri. Wakil rakyat yang ada dah jadi macam tunggul buruk kepala. Tanpa kuasa.

Apapun mulai 1 Jan tahun hadapan ini YDP Majlis perbandaran Dungun akan bertukar keluar dan akan digantikan denga Harun Mohamed, YDP majlis Daerah setiu sempena rombakan 15 pegawai tadbir Kerajaan Negeri Terengganu.

Adakah ia akan menyebabkan rakyat menarik nafas lega? Jangan Nampak gelap dilangit lalu air ditempayang dicurahkan… Ingatlah, tanda biru gelap dilangit itu adalah hujan lebat dan mungkin banjir. Entah-entah musibah tsunami yang terjadi… Selagi Gelombang Biru memerintah… selagi itulah beban rakyat tak berkesudahan. Semoga Pru akan datang medung biru akan berlalu… biru muda tanda langit cerah akan muncul.. warna hijau segar akan menyinar sebagai harapan baru kepada rakyat Darul iman, InsyaAllah.

Read More !

Anwar kena TKO... dahsyatnya!!!!

| | 0 comments

Ingat apa kejadahnya apabila tentera upahan UMNO-BN, Agendadaily menyebut Anwar terkankang kerana bukti baru yang dibentang oleh Datuk Nazri. Rupanya akuan sumpah Yahudi APCO.

Pertama kali kita mendengar istilah kenyataan bersumpah ini popular apabila Raja Petra Kamaruddin dari www.malaysia-today.net membuat kenyataan bersumpah mengenai pembabitan Rosmah dan Bekas Kolonel Aziz Buyong, pakar C4 serta isteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Tetapi akhirnya ia didiamkan begitu sahaja.

Kemudian timbul pula kenyataan bersumpah En. Balasundram Perumal, Penyiasat peribadi Razak Baginda tentang penglibatan Najib Razak di dalam kes Altantuya di dalam bahasa Inggeris. Sehingga kini beliau menjadi pelarian dari tanah-airnya sendiri kerana bimbangkan nyawa beliau dan keluarganya. Tetapi apakah nilai dan harga pengakuan bersumpahnya itu. Ia menjadi bala kepada Balasundram.

Kes bukan politik melibatkan kenyataan bersumpah tiga pegawai polis yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bersekongkol dengan Ah Long atau ceti haram tanah air. Ia sepatutnya menjadi asas yang kukuh untuk menyiasat Musa. Kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long akhirnya ditolak begitu sahaja.

Kenyataan bersumpah Dr. Osman seorang doktor beragama Islam yang bertugas di Pusrawi yang telah memeriksa Saiful dan mengesahkan bahawa sehingga 28 Jun 2008, Saiful tidak pernah diliwat. Adakah ianya diterima pakai?

Tetapi kenyataan bersumpah Saiful Bukhari diterima-pakai. Akuan bersumpah Rahimi laku dan kini seorang yang mungkin mencapai wali keramat buat Umno di terima pakai pulak akuan sumpahnya. Yahudi laku pulak akuan sumpahnya??? . Heran! Kitab mana yang UMNO-BN pakai ni?

Robert M Shrum: Kenyataan bersumpah penasihat kanan ‘One Israel’ bersihkan konsep 1Malaysia; Nazri dedah dua dokumen nafi dakwaan Anwar

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan konsep 1Malaysia tiada kaitan langsung dengan ‘One Israel’ seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dokumen itu berupa surat penafian Apco Worldwide (APCO) mengenai pembabitannya dalam penggubalan konsep 1Malaysia dan One Israel serta kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen ‘One Israel’ pada 1999, Robert M Shrum.

Surat APCO bertarikh 19 Ogos 2010 kepada Parlimen yang dijadikan bukti utama dalam siasatan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung dakwaan Anwar, menjelaskan firma itu dilantik pada Jun 2009 bagi menyediakan sokongan komunikasi kepada Kerajaan Malaysia.
Ketua Eksekutif APCO (Timur Tengah Eropah dan Afrika), Brad Staples, dalam surat itu juga menjelaskan firma berkenaan tiada kaitan langsung dengan One Israel dan tidak terbabit dalam pembentukan konsep 1Malaysia.

Penafian Staples diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen ‘One Israel’ pada 1999, Robert M Shrum, yang diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, minggu lalu.

Salinan kedua-dua dokumen itu diedarkan Nazri pada sidang media di lobi Parlimen. Beliau turut membacakan inti pati kenyataan bersumpah Shrum dan surat APCO.

Berikut adalah terjemahan kenyataan bersumpah Shrum:
“Saya, Robert M Shrum, rakyat Amerika Syarikat, tinggal di Cape Cod, Massachusetts, mengisytiharkan dan menyatakan sumpah seperti di bawah:

Selama lebih daripada 30 tahun, saya bekerja dalam politik dan kempen politik di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Saya menyediakan kenyataan ini kepada Parlimen Malaysia bagi membantu mengenai apa yang difahamkan berhubung perbicaraan untuk menentukan sama ada firma Apco Worldwide mengambil bahagian dalam kempen atau gabungan ‘One Israel’ pada 1999.

Untuk pengetahuan, saya digambarkan oleh The Atlantic Monthly sebagai ‘penasihat yang paling dicari dalam Parti Demokrasi’. Saya berkhidmat sebagai penasihat kanan kempen Presiden Kerry-Edwards pada 2004, penasihat kanan kempen Presiden Gore 2000, penasihat kanan kempen Perdana Menteri Israel, Ehud Barak dan kempen Parlimen Parti Buruh Britain pada 2001. Sebelum itu, saya adalah pakar strategik dan perunding kepada banyak parti politik yang bersaing pada semua peringkat dalam Kerajaan Amerika, termasuk persaingan Presiden 1980 membabitkan Senator Edward M Kennedy.

Pada 1999, seperti yang dilaporkan secara meluas, saya adalah salah seorang daripada beberapa perunding politik asing yang diminta oleh Ehud Barak daripada Parti Buruh di Israel untuk kempen kemenangannya bagi jawatan Perdana Menteri di bawah gabungan ‘One Israel’. Rakan kongsi utama saya dalam memberikan perundingan itu adalah pemungut suara terkenal Amerika Syarikat, Stanley Greenberg dan James Carville, yang mengarah kempen Presiden Clinton pada 1992.

Baru-baru ini, saya mendapat tahu, Parlimen Malaysia diberitahu bahawa Apco Worldwide adalah antara firma perunding yang terbabit dalam kempen One Israel pada 1999. Ini tidak benar. Saya berada di situ dan APCO tidak terbabit dalam One Israel atau mana-mana kerja untuk Ehud Barak atau Parti Buruh semasa kempen itu. APCO tidak ada kaitan dengan One Israel. Apa saja kenyataan bahawa APCO atau kakitangannya bertanggungjawab, memikirkan, terbabit atau apa saja bentuk penyertaan dalam gabungan slogan atau kempen One Israel adalah fakta yang tidak berasas sama sekali.

Kami berjaya dalam kempen One Israel pada 1999 dalam memilih Ehud Barak dan menewaskan calon Likud, Benjamin Netanyahu. Malangnya, Perdana Menteri Barak dan Presiden Clinton tidak berjaya seperti yang kami harapkan dan usaha mereka yang belum pernah berlaku dalam mencapai penyelesaian di Timur Tengah antara rakyat Israel dan Palestin.

Secara ringkasnya, Apco Worldwide dan kakitangannya tidak melakukan kerja berhubung One Israel.”

Pada 16 Disember lalu, Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan beliau kononnya APCO menciplak konsep 1Malaysia berdasarkan One Israel yang dicipta firma pada 1999.

Tiga lagi ahli Parlimen pembangkang, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak), menerima nasib sama selepas didapati menghina dewan atas isu sama.

Datuk Nazri bersilat seorang diri dalam parlimen. Orang yang dituduh tidak boleh berhujah bahkan digantung agar tidak dapat masuk dewan, tetapi beliau seorang diri pula berhujah dengan sumpah yahudi... Umno... Umno... Semakin berhujah semakin orang lebih percaya bahawa " 1 MALAYSIA = ONE ISRAEL"

Read More !

UMNO jelajah dengan zikir khurafatnya

| | 0 comments

JOM, Jelajah 1 malaysia tajaan pemuda Umno dari Terengganu ke Johor terus menerus menzikirkan jampi serapah khurafatnya. Hanya UMNO-Bn sahaja yang boleh memerintah. Selain Umno lingkuplah Negara. Selain Umno tergadailah negara. Umno sahaja yang pandai memerintah dan selain Umno pengkhianat negara, bangsa, agama dan tanah-air. Wirid ini diajar kepada rakyat Malaysia sehingga kini disebuah Negara yang mengamalkan demokrasi.
Rakyat seperti mabuk menelan apa yang dizikirkan oleh pimpinan Umno melalui program serta media-massa yang dikuasai oleh pemerintah. Sedangka diluar Malaysia, selain Umno memerintah, Negara lebih maju dan berkembang. Bahkan di Malaysia ini kerana Umno lah agama, bangsa bahkan negara dikhianati oleh pimpinan Umno dan kuncu-kuncunya. Bagi orang yang mabuk dengan sandiwara dan lakonan pimpinan, nescaya mereka akan terpedaya.

Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu. Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini. "Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita. "Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi.

Sempena program tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian melancarkan kenderaan JOM BN Pontian dengan tugasan pertama bagi membantu jentera BN menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.
Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon dan Ketua Pemuda BN Pontian, Nasrihat Turiman.

Khairy berkata, Pemuda BN akan memastikan parti itu terus mempertahankan Putrajaya daripada dikuasai oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
"Pemuda BN berikrar dan berjanji akan berjuang untuk memastikan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tinggal impian sahaja," tegasnya. Beliau berkata, pembohongan demi pembohongan yang dilakukan Anwar di dalam dan luar negara, menunjukkan beliau memang ingin melihat negara ini berada dalam keadaan tidak menentu. "Ini termasuklah isu 1Malaysia yang dikaitkan dengan Apco Israel tetapi yang sebenarnya Anwar tidak mempunyai sebarang bukti terhadap dakwaan itu," katanya.

Sikap melempar batu sembunyi tangan ataupun mengkambing-hitamkan pembangkang dan PR adalah sikap normal Umno-BN. Tetapi sampai bila rakyat tertipu. Mampukah rakyat ditipu buat selama-lamanya? Apakah rakyat mampu melakukan perubahan dalam Pru-13 nanti. Atau rakyat masih tidak sedar bahawa ditangan mereka ada kuasa menaik dan mejatuhkan pemimpin Negara kita ini?

Bukan sekadar jari bertahiyyat menunjukkan 1 malaysia ciplak One israelnya tetapi meneruskan agenda merasuah rakyat. Kalau di Terengganu meskipun diwar-warkan lebih 32K keluar menyambut PM sempena program jelajah tersebut tetapi maklumat diperolehi.. kehadiran jauh dari sasaran. Itupun sudah ditabur dengan umpan. Dengan jaket, topi keledar, duit dan sebagainya. Duit Umno ke? Inilah mereka yang yang menjadi bomoh dok tarik duit rakyat demi menjamu hantu raya pimpinan mereka. Rakyat marhaen diperalatkan dengan merasuah mereka demi imej politik Umno-BN.

Sampai bila rakyat redha dengan perkara ini. redha dengan perbuatan haram hukumnya haram. Condong kepada penzalim seperti ini akan disambar dengan api neraka. tetapi ingatlah kebatilan pasti akan tumbang. mereka bertengek hanya pada tunggul yang reput. Umno sudah mengambarkan wajah-wajah reput menunggu saat kedatangan malaikat al-maut sahaja.

Anda masih ingin bersama mereka??? Mungkin anda masih ada lagi sisa kepentingan ataupun jiwa anda sudah mati! Ucaplah selamat tinggal Umno. Jom berhijrah... inilah masa kita membuat perubahan.

Read More !

10 Muharram: Apa Anwar & Najib buat jam 3.30 pagi di Makam Sunan Kudus?

| | 0 comments

Kabupaten Kudus. Jumaat 17 Des 2010. Kudus adalah sebuah kabupaten di Provinsi Jawa Tengah. Ibukota Kudus yang berada di jalur pantai utara timur, Jawa Tengah iaitu antara Semarang-Surabaya.

Menurut laporan akhbar KOMPAS, Susiyati (36) bersama anaknya, Anwar (3), dengan sabar menunggu sebungkus nasi jangkrik bersama ribuan orang-ramai di kompleks Masjid Makam dan Menara Sunan Kudus. Ia mengaku menunggu selama satu jam sebelum pembagian nasi dibuka sekitar pukul 06.00. Dia dan anaknya sampai di Kudus sejak pukul 3.30 pagi. “Kalau tidak datang pagi-pagi lagi, takut terlambat dan tidak ada bahagian nasi jangkrik” kata Susiyati, sambil menenangkan Anwar yang merengek di kendongannya.
Susiyati meyakini nasi jangkrik membawa berkat. Nasi jangkrik merupakan nasi berlauk daging kambing atau kerbau yang dibungkus dengan daun jati dan ditambat dengan anyaman jerami. Biasanya, daging kambing atau kerbau itu dimasak dengan berempah.

Menurut Ketua Yayasan Masjid Menara Makam Sunan Kudus, En Nadjib Hassan, nasi jangkrik merupakan makanan khas Kudus yang konon merupakan makanan kegemaran Sunan Kudus. Nasi jangkrik dibagikan setiap 10 Muharam secara tradisi itu sejak Sunan Kudus masih hidup sehingga kini. Tahun ini pihak Yayasan memasak sebanyak 6.1 tan beras, 73 ekor kambing dan 11 ekor kerbau.Daripada derma orang-ramai bahan-bahan itu dikumpul dan pihak yayasan membuat sebanyak 26,000 nasi bungkus jangkrik,” kata Nadjib.
Selain Susiyati dan Anwar, menjadi tradisi ribuan orang rela menunggu di pintu sempit kompleks Masjid, Menara, dan Makam Sunan Kudus hingga berjam-jam.Menurut Nadjib, pembagian nasi jangkrik merupakan salah satu tradisi sempena membuka kelambu atau membuka kain penutup makam Sunan Kudus. Tradisi itu sempena hari houl atau hari memperingati meninggalnya seorang ulama atau wali Sunan Kudus.

Sunan Kudus dilahirkan dengan nama Jaffar Shadiq. Dia adalah putra dari pasangan Sunan Ngudung, adalah panglima perang Kesultanan Demak Bintoro, dan Syarifah, adik dari Sunan Bonang. Sunan Kudus dikatakan meninggal pada tahun 1550. Dalam melakukan dakwah penyebaran Islam di Kudus, Sunan Kudus menggunakan lembu sebagai penarik masyarakat untuk datang mendengarkan dakwah. Sunan Kudus juga membangun Menara Kudus yang merupakan gabungan kebudayaan Islam dan Hindu yang juga terdapat Masjid yang disebut Masjid Menara Kudus.

Sehari sebelumnya, Yayasan menyediakan bubur asyura. Bubur itu terbuat dari beras, singkong, jagung, pisang, kacang tolo, kacang hijau, kacang tanah, serai, kayu manis, pandan, dan rempah serta gula.

Macam-macam tradisi diadakan sempena menyambut awal Muharram. Tidak ketinggalan di Malaysia. Mereka juga sibuk mengadakan masakan bubur as-Syura. Di Terengganu sendiri, MB Datuk Ahmad Said mempertandingkan 230 kawah pertandingan Bubur as-Syura perdana di Dun Kijal. Kalau dirisik dari mana susur galur bubur ini didapati.. ada yang mengatakan ianya bubur yang dimasak oleh nabi Nuh diatas kapal yang ketika itu tiada banyak bekalan sehingga dikumpul dan dimasak sekaligus. Entah le.. siapa yang pulak yang khabarkan peritiwa beribu tahun kehidupan terawal manusia itu. Tetapi apa yang Rasulullah Saw galakkan supaya berpuasa 9 & 10 muharam iaitu atau (asyura) itu tidak pula kita amalkan.

Herannya sudah lama masyarakat kita membicarakan tentang ma’al hijrah dengan sambutan, cuti, anugerah tokoh, bubur asyura dan pelbagai acara tetapi kenapa masyarakat melayu ditahap Mekah lagi. Belum berhijrah ke era madaniyyah. Mereka masih lagi berpegang dengan islam yang hanya berlegar atas paksi ibadah semata. Tidak termasuk ekonomi, sosial, pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain.

Sedangkan hijrah Rasulullah Saw adalah untuk menegakkan Islam sebagai Negara yang memerintah. Kalau Islam sekadar ibadah. Sekadar sembahyang, puasa, zakat, haji. Tak perlulah susah-susah berhijrah ke Madinah sehingga meninggalkan tanah-air, rumah-tangga, bisnes serta kebun-kebun mereka bahkan terpaksa berperang, mempertahankan bumi madinah yang bukan tanah-air mereka. Berperang dengan sanak saudara, kabilah dan sebangsa serta seketurunan mereka. Jika mereka berpegang dengan ketuanan Arab nescaya, rasulullah tidak berperang dalam peritiwa Badar, Uhud dan Khandak.
Di Madinahlah Rasulullah Saw menegakkan Negara Islam serta melaksanakan segala syariat Allah dengan sempurna selama 10 tahun. Baginda wafat dalam keadaan beliau selesai menunaikan amanah dan tanggung-jawabnya. Kemudian diteruskan oleh para sahabat beliau sehingga kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924.

Setelah sekian lama menyambut ma’al hijrah, yang peliknya mereka mengatakan Islam tiada pemerintahan. Tiada politik dalam Islam. Agama tidak bercampur dengan pemerintahan. Dan pelbagai lagilah dakwaan yang sesat lagi khianat kepada perjuangan Rasulullah Saw. Kalau sekadar diberi cuti atau dianugerah tokoh… Rasulullah saw pernah ingin dilantik sebagai tokoh pilihan dikalangan orang arab, sebagai pemimpin dan pemerintah tetapi mereka mensyaratkan agar meninggalkan Islam. Tetapi ketika di Madinah apabila rasulullah Saw ditawarkan sebagai pemimpin di Madinah dan diberi kebebasan kepada baginda untuk menegakkan syariat Islam lalu Rasulullah Saw menerimanya. Nampaknya masyarakat kita khususnya dikalangan Umno-BN masih lagi duduk dalam kepompong penjajah. Bila lagi nak berhijrah. Takkan 50 tahun merdeka dok berhijrah mengusung kawah bubur asyura aje? Bila nak menegakkan Islam yang syumul??

Read More !

Peminat bolasepak menyampah dengan Rosmah

| | 2 comments

Selepas kuliah Surau Felda Kerteh sempat pekena teh tarik dengan nasi goreng. Sementara menunggu makanan siap dengar le pelanggan dok borak-borak. Ramai yang duduk cakna ke screen besar tepi kedai makan tu. Penulis bertanya: Bola! Sapa lawan? Ada pakcik menjawab: Mat Salleh.. Cakap omputeh! Tak faham. Penulis menyampuk: Ooo Liga Inggeris kot? Kelab Chelsea tu.. baju biru lawan sapa baju putih tu. Hish! Malaysia le tu. Pakai baju biru lawan Vietnam yang pakai putih tu. Piala Suzuki. Sampuk seorang sahabat. Habis yang cakap omputeh tu pehal? Tanya pakcik tadi? Mana RTM. "Astro boh! RTM benggong dok tayang budak tadika Permata. Nak tengok bola pun tak boleh. Gi tayang cerita Rosmah berkonsert.. wat siaran langsung.." sampuk seorang anak muda. Peminat bolasepak tegar ni kot. Penulis senyum je…

Memang betul. RTM dengan menterinya terpaksa membodek bini PM yang mengadakan konsert bebudak Permatanya dengan disiarkan secara langsung. Pada masa sama bolasepak antara Malaysia dan Vietnam juga berlangsung. RTM terpaksa korbankan peminat beribu bola sepak demi menjaga hati Rosmah, bini PM sorang tu. Yelah! Pilihanraya dah dokat… kang den kat Jolobu.. tak naik calon kang!! Kesihan budak-budak tu… anaaakkkk Yatim. Si Rais nak jadi Menteri RTM sepenggal je ke?

KUALA LUMPUR: Konsert PERMATA Seni bertema 'Menggilap Bakat Muda, Menyerlah Rentak Bangsa', yang sertai 150 kanak-kanak mendapat pujian Datuk Seri Najib Razak yang meluangkan masa hampir 90 minit menyaksikan konsert itu di Panggung Sari, Istana Budaya semalam. PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung PERMATA Seni hadir bergambar bersama 150 kanak-kanak yang menjayakan persembahan sempena Konsert PERMATA Seni, di Panggung Sari Istana Budaya. Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

“Usaha pementasan ini sangat memberangsangkan kerana mendedahkan proses bersosial yang baik kepada pembelajaran awal kanak-kanak dan merapatkan jurang komunikasi, sekali gus mewujudkan persefahaman antara kaum,” kata PM pada sidang media selepas menyaksikan raptai penuh konsert.

Program melibatkan tiga segmen. Tarian dipersembahkan ialah tarian Ketam Bangkang, Zapin Hujung Madini, Tanglung, Etnik Borneo dan Masyarakat India. Tarian ini digarap khas untuk Permata Seni Tari. “Permata Seni Koir menampilkan lima seleksi lagu koir seperti Buih Sabun, Kain Pelekat, Tepuk Amai-amai, One Song dan When The Saints Go Marching In. Persembahan ini dibimbing pengarah vokal, Syafinaz Selamat. “Persembahan Permata Seni Muzik pula merangkumi empat susunan lagu iaitu Bach: Concerto For 2 Violins, Vivaldi: Concerto For 4 Violins, piano solo klasikal dan electone secara medley lagu-lagu Malaysia.

Perdana Menteri dalam ucapan ringkasnya, berkata persembahan konsert PERMATA Seni cukup hebat dan beliau percaya mereka yang menonton program itu secara langsung di televisyen terpesona dengan persembahan itu. “Sesungguhnya program itu satu pelaburan pembangunan modal insan jangka panjang negara, khususnya dalam bidang koir, muzik dan tari. “Sejajar dengan RMKe-10 yang mensasarkan pembangunan masyarakat cemerlang, program PERMATA Seni ini akan terus menjadi sebahagian program utama negara, ” katanya.

RTM Siar Secara Langsung Konsert Permata Seni pada malam Rabu buat julung kalinya, Konsert Permata Seni diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket pula diberi percuma kepada orang ramai.

Punyalah benggang peminat bolasepak Malaysia terhadap Rosmah. Tapi bawak bersabar le.. Bukan rakyat Malaysia tak tahu. Rosmah bukannya minat bola-bola ni.. bini PM ni lebih berminat bab-bab seni, yanyian, artis, hollywood.. bollywood. Suami pulak lebih berminat lulus lesen judi bola berbanding sukan bola itu sendiri.

Tapi... Rosmah ingin rakyat tahu dan tengok. Tengoklah pengisian dan tarbiyyah beliau bagi melahirkan generasi hebat anak-anak tadika di Permata tu. Kini Permata Seni. Mungkin inilah agenda dalam melahirkan kepimpinan generasi anak-anak di masa mendatang. Melahirkan generasi berilmu, beriman & berakhlak. Generasi ulama’ ulul albab? Jangan jadi belebab (kuih Terengganu) sudah le!

Read More !

Ditelan mati Najib, diluah mati Anwar!

| | 2 comments

Serba salah. Kita tengoklah siapa yang mati politiknya. Pilihanraya dah dekat. Tengoklah jengkal siapa yang panjang. Bagi pemimpin UMNO mereka kekadang terlupa dengan kesempatan pendedahan wikileaks yang kontreversi sekarang. Berebut-rebut untuk memanipulasikan berita tersebut bagi menyerang PR.

Tetapi bak meludah ke langit… apabila diserangnya Anwar Ibrahim tentang isu liwat yang dikatakan pimpinan Singapura termasuk bekas PM Lee Kuan Yew serta perisik mereka mempercayai kes liwat Anwar Ibrahim benar-benar berlaku. Dr Mahathir pun tumpang sekaki.

Mereka terlupa pulak bahawa maklumat wikileaks juga menyebut banyak lagi isu pimpinan Umno. Sekitar 1,000 kabel maklumat berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai Putrajaya. Khususnya berkait komentar pimpinan singapura terhadap Malaysia. Antaranya dikatakan perangkap dipasang bagi insiden Liwat 2. Pimpinan Umno juga dikatakan sebagai pimpinan bodoh yang memerintah Malaysia.

Paling teruk adalah Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan Althantunya yang menyebabkan beliau terpaksa mempertahankan Putrajaya dari dirampas pembangkang bagi mengelakkan beliau didakwa kes pembunuhan Althantunya. Apa ke bahana hantu Althantunya ini yang masih mengekori Najib sehingga kini. Tidak ketinggalan Mahathir yang dikatakan pelempar batu kepada Pak lah dan Khairy, Ketua Pemuda Umno sebagai penumpang jasa bapak mertua.

Sebab itu apabila rakyat didedahkan dengan lapuran Wikileaks tersebut, akibatnya ianya backfire buat Umno-BN. Najib diam membisu. Khairy Jamaludin terpaku. Mahathir terkedu. Umno-BN makin celaru. Ini yang menyebabkan Menteri Luar diarah Datuk Seri Anifah Aman memanggil diplomat Singapura untuk Malaysia, T Jasudasen untuk member penjelasan dan menyerahkan surat protes resmi dan rasa tidak senang Malaysia atas komentar yang dibuat oleh Singapura mengenai kepemimpinan Malaysia dan situasi di negara itu.

Mereka ingin rakyat menolak semua apa yang dilapurkan oleh wikileaks kecuali kes liwat Anwar. Anwar pula turun padang menjelajah Malaysia dan membacakan lapuran baki Wikileaks yang disembunyikan media. Nampaknya modal kempen Umno dah jadi racun.

Kasihan Umno-BN serta pengampu dan penjilat mereka termasuk media dan para bloggers pencacai. Macam ikan ditabur umpan… berebut sakan. Rupanya baham mata-kail. Macam ayam berebut.. ingat makanan rupanya baham tahik.
Bagi PR dilontar tohmahan bermacam. Tetapi macam “tahi Itik”. Mulanya Nampak buruk.. rupanya kuih yang enak. Kasihan Umno-BN. Nayenya Najib. Bermadahlah Najib di Alor gajah untuk meyakinkan pelabur bahawa Malaysia ditadbir oleh ahli politik yang bukan sahaja cekap tetapi sangat, sangat cekap
'Pentadbiran kita cekap'

ALOR GAJAH: 2010/12/16. Datuk Seri Najib Razak menegaskan Malaysia bukan sebuah negara yang ditadbir oleh ahli politik yang tidak cekap, sebaliknya pemimpin negara ini adalah daripada parti pemerintah yang berwibawa.
Penegasan itu dibuat Perdana Menteri dalam ucapannya pada perasmian kilang AUO Sunpower Corporation Sdn Bhd di kawasan perindustrian Rembia di sini, semalam, beberapa hari selepas laman web antarabangsa, WikiLeaks mendedahkan kenyataan diplomat Singapura terhadap pemimpin Malaysia yang didakwa tidak cekap.
Saya ingin memberi jaminan kepada anda di sini (pelabur luar), Malaysia bukanlah sebuah negara yang ditadbir ahli politik yang tidak cekap, sebaliknya ditadbir oleh ahli politik yang sangat, sangat cekap,” katanya.

Maaf mungkin wartawan tersalah catat kot. Bukan cekap tetapi ‘cekup’. Itu yang menyebabkan Malaysia kini jauh ketinggalan daripada Asean dari segi FDInya bahkan dipintas oleh Filipina. Jauh lagi berbanding dari Singapura. Malaysia dilihat cekap dalam hal rasuah dan bagaimana nak meniriskan dana Negara. Sebab itu hati-hatilah. Wikileaks bukannya wahyu.

Read More !

Kapal selam nuklear terbesar Palestine?

| | 1 comments

Lihat pada gambar tu. Hah kalau sungguh bagai dikata.. apa agaknya berlaku dalam minggu ini? Seluruh Negara Eropah, Nato, AS samada blok timur maupun blok barat akan bermesyuarat tergempar. PBB agaknya tercirit birit sibuk akan membuat deklarasi. OIC pun tumpang sekaki. Seluruh dunia akan menyuarakan kecaman dan sekatan antarabangsa akan dilakukan serta-merta. Mereka akan digelar sebagai pengganas dan semua penyumbang dana akan dibekukan kewangan mereka bahkan akan didakwa sebagai agen al-Qaeda.

Begitulah apa yang berlaku kepada Iran. Meskipun loji nuklear untuk penjanaan kuasa merupakan projek biasa di AS maupun Eropah tetapi bagi Negara yang berstatus Negara Islam ia menjadi luar biasa.

Bagaimana dengan kapal selam nuklear terbesar di Britain yang akan dilancarkan di Barrow-In-Furness esok.

BARROW-IN-FURNESS - Tentera Laut DiRaja Britain akan melancarkan kapal selam nuklear terbesar di negara itu yang berharga £1.2 bilion (RM5.9 bilion), dikenali sebagai HMS Ambush di sini, Cumbria, barat daya England, esok, lapor sebuah akhbar semalam.
Kapal selam nuklear seberat 7,400 tan itu sepanjang 88.6 meter atau menyamai sebuah padang bola sepak dan selebar empat buah bas. Tingginya pula menyamai bangunan 12 tingkat.
Reaktor nuklear yang menjana HMS Ambush mampu membekalkan tenaga untuk bandar Southampton dan ia tidak perlu naik ke permukaan laut sepanjang jangka hayatnya atau selama 25 tahun serta boleh memusnahkan musuh pada jarak lebih 1,600 kilometer.
Kapal selam jenis pemburu dan pemusnah itu turut berupaya mengitar oksigen dan memproses air bersih daripada air laut untuk 98 krunya pada waktu krisis.
Pihak musuh menggeruni kapal HMS Ambush kerana ia senyap. Kapal itu sukar dikesan dan dilengkapi radar yang boleh mengesan kapal atau kapal selam pada jarak lebih 3,000 kilometer.
Bagi memastikan ia memiliki kuasa pemusnah yang hebat, kapal selam itu akan dilengkapi 38 peluru berpandu termasuk peluru Tomahawk yang memiliki jarak sekitar 2,000 kilometer selain torpedo berat Spearfish.

Kenapa ia sunyi sepi. Sebab ia dibuat di Britain. Negara yang mempunyai kuasa veto. Antara negara polis dunia. Siapa yang peduli tetapi kalau Palestine melancar roket buatan sendiri daripada tiang elektrik, sabun, bahan peledak dari baja dan sebagainya… heboh sedunia dan menghalalkan Israel untuk menyerang balas. Itulah namanya HAM (Hak Asasi Manusia) dan Demokrasi menurut takrif barat. Dan itulah takrif yang diguna-pakai diseluruh dunia termasuk Negara-negara Islam bekas jajahan barat. Mereka mendesak pilihanraya. Demi kebebsan dan suara rakyat tetapi apabila FIS menang di Algeria dalam pilihanraya umum lalu mereka merampas kuasa. Apabila Hamas menang dalam pilihanraya Palestine mereka sekat serba-serbi dan mereka tidak mengiktiraf meskipun itu adalah pilihan rakyat.

Sama juga di Malaysia, apabila Pas menang di Terengganu, dirampas royalty, diadakan JPP, disekat peruntukan dan sebagainya. Kalau UMNO mereka bebas memperalatkan semua jentera kerajaan demi kuasa mereka tetahi haram bagi yang lain. Kalau Umno boleh rasuah dan bebas bermaharajalela dan hanya digelar politik wang tetapi kalau orang lain dimahkamahkan. Kalau Umno, mahkamah pun hanya sekadar sandiwara sahaja.

Inilah sistem dan negara serta mahkamah beruk. Kuasa berada ditangan maharaja beruk. Ia kembali kepada sistem dan undang-undang rimba. Siapa kuat dia berkuasa. Bila lagi Islam ingin kembali berdaulat agar manusia kembali kepada status insan yang selari dengan khilafah dan sebagai keturunan Adam a.s, wakil Allah swt diatas mukabumi ini. Mengatasi pemerintahan jin dan iblis yang melakukan kerosakan dan mengikut hawa nafsu semata. Menjatuhkan status mereka sama seperti haiwan. Tanpa aqal dan fikiran.

Semoga diselamatkan umat Islam daripada fitnah perosak dunia dan fitnah dajjal.

Read More !

2 Jam. what you talking roundabout..?

| | 2 comments

'I can speak in English,' says Muhammad Taib adalah dikenali Mike Tyson

mi spik ni inklis. don bugger bugger inklish language kah kah kah!!! Ini kepala Hisyamuddin Rais ni.. di Tukar Tiub blogspot.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Seri Nurliza Mahmud malam Khamis lalu (9 Disember 2010) menghadiri jamuan meraikan tokoh pendakwah dunia, Yusof Islam atau Cat Stevens di Ri-Yaz Resor and Spa, Pulau Duyong.

Ahmad Said dan Yusof bertukar pandangan pada majlis berkenaan yang berlangsung kira-kira dua jam. Mereka berbincang mengenai isu Islam semasa serta pembangunan negeri Terengganu. Mereka kemudian bergambar kenangan.

Yusof dan isteri berada di Terengganu selama dua hari dan melawat beberapa tempat menarik selain menikmati makanan tempatan.

2 jam? Lama woo.. bincang pe???

what you talking roundabout..? me no speak english..

Read More !

Rabbi sedunia Panik!

| | 0 comments

Islam Mulai Menguasai Eropah. Kebimbangan orang Yahudi semakin memuncak. Mereka gagal dalam usaha menyekat perkembangan Islam yang semakin cepat menguasai dunia khususnya dibumi Eropah. Secara langsung ia menjejaskan kepentingan Yahudi didunia termasuklah di Israel.

JERUSALEM. 2 Des 2010.- Tokoh komuniti Yahudi internasional, Rabbi David Rosen, telah memperingatkan bahawa Eropah dalam berisiko besar: "dikuasai" oleh Islam. Satu-satunya cara untuk melepaskannya, kata beliau: "Eropah mesti kembali semula ke akar umbi Kristian."

Pada pertemuan di Yerusalem, Rabi Rosen, Pengarah Inter Religions di organisasi Yahudi Amerika (American Jewish Congress) yang berpusat di Washington mengatakan bahwa sebagian besar masyarakat sekuler dan liberal Eropah Barat berada di bawah ancaman akibat terlalu cepatnya pertumbuhan masyarakat Islam yang dikatakan gagal diintegrasikan masyarakat barat.
“Masyarakat Barat sangat jelas tidak memiliki identiti yang kuat. Saya ingin orang-orang Kristian di Eropah untuk menjadi lebih Kristian ... mereka yang tidak memiliki identiti yang kuat mudah dikuasai oleh orang-orang Islam". kata rabbi Rosen.
Pandangan Rabbi Rosen ini diakui oleh sejumlah besar Yahudi lain yang melihat pertumbuhan demografi Muslim di Eropah seiring dengan pertumbuhan demografi Arab di Israel.

"Anda memiliki masalah yang tidak anda sedari. Anda cinta dengan ide multibudaya, tapi Anda tidak memahami Arab. Dalam era liberalisme, bagaimana Anda melindungi diri dari kontrak (dengan Islam)?" kata Moti Cristal, seorang juru-perunding Israel dan konsultan penyelesaian konflik swasta di Nest Consulting. Nachman Shai pula seorang anggota parlimen Partai Kadima di Israel menambah bahawa bahwa identiti Eropah Barat mula terancam oleh kelompok-kelompok Islam radikal.
"Jika anda mengikuti arus utama di dunia Arab dan anda semua memiliki komuniti Muslim di negara anda sendiri sekarang ini dan anda melihat tentang perkembangan terkini, pasti anda dapat melihat bahwa Muslim kini berjalan ke arah ekstrim, tidak ke ke arah kompromi. Mereka memperjuangkan tradisi mereka sendiri. Mereka menjaga cara mereka sendiri dan mereka menjadi lebih beragama dan lebih radikal," katanya.

Ia menjelaskan bahwa Israel dikelilingi oleh militan Islam, membentang dari Iran hingga Syria, dari Hizbullah di Lubnan hingga Hamas di Gaza. Ia juga meminta Eropah berhati-hati dengan Turki yang kini "bergerak ke kanan". Ia mengingatkan pada hasrat Perdana Menteri Recep Tayyib Erdogan untuk menjadi pemimpin baru dunia Muslim.
"Syria adalah jaringan paksi kejahatan, yang dimulai di Iran bergerak melalui Lubnan dan kemudian sayangnya suatu hari nanti, Turki juga," tambah Shai.

Al-Quran & al-Hadis Rasulullah Saw tidak pernah silap apabila diberitahu bahawa orang-orang yahudi dan nasara tidak pernah redha kepada Islam. Apatah lagi Yahudi lebih kuat memusuhi Islam sendiri. Mereka akan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan Islam tetapi janji Allah Swt bahawa Islam akan terus berkembang keseluruh dunia. Meskipun permusuhan Islam dan yahudi akan berkekalan sehingga kiamat. Apatah lagi Rasulullah Saw meriwayatkan sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu danpokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Hari ini kebimbangan Islam menguasai eropah ditakuti juga oleh gereja di Eropah sendiri. Kenyataan-kenyataan peringatan bahkan kekadang menyerang Islam menggambarkan kebimbangan tersebut. Kenapa perlu dibimbang? Sedangkan Islam membawa rahmat dan kebenaran keseluruh dunia ini. Mereka sendiri mengamalkan penerimaan kepelbagaian agama tetapi kenapa diskriminasi perlu dilakukan terhadap Islam.

Apabila mereka menerjah negara Islam, mereka mencanangkan tentang plural, semua agama sama, hak asasi dan kebebasan beragama dan bersuara... tetapi kini dapat dilihat wajah hipokrit sebenar mereka. Munasabahlah disebut 17 kali sehari semalam ketika orang Islam berdoa dalam surah Fatihah agar sentiasa diberi petunjuk dan menjauhi daripada tipu-daya syaitan, Yahudi dan Nasara.

Bagaimana dengan Malaysia? Adakah Negara kita selesa menuju kearah tamaddun Barat dan Eropah atau berkembang menuju kearah kehidupan dan syariah Islam? Adakah negara kita bebas mengamalkan ajaran Islam maupun syariah? Adakah hak asasi kita sebagai muslim diiktiraf oleh kerajaan Umno-BN???

Read More !

Hudud Yang Salah!

| | 0 comments


Curilah! Aku kerat tangan kamu!.

Lihatlah betapa fitrah manusia berkeinginan untuk melaksanakan hukum yang ditetapkan Allah Swt. Tetapi jika manusia dibiarkan melaksanakan sendiri hukuman tersebut nescaya berlakulah kezaliman dan balas membalas tanpa kesudahan. Di sinilah peranan kerajaan untuk melaksanakan syariat Allah Swt itu agar bersesuaian dengan kehendakNYa serta fitrah manusia sendiri. Tindakan ini dapat menyekat jenayah tersebut sebagai satu kaedah yang diperturunkan oleh Allah Swt bahkan sebagai satu kaedah taubat yang berkesan kepada si penjenayah agar tidak mengulanginya lagi.

Tetapi apabila kerajaan tidak melaksanakannya, akibatnya seperti berita dari Besut apabila seorang lelaki dari Setiu telah dirembat dengan parang sehingga putus tangannya ketika cuba mengumpil pintu rumah sebelum mencuri. Hah! Kan naye. Kena hudud sebelum mencuri. Itupun nasib baik kena tangan. Tersalah langkah, kalau terkena tengkok macamana?

Tangan lelaki pecah rumah berjaya disambung semula

KOTA BHARU: Lelaki yang putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak pemilik rumah ketika cubaan pecah rumah di Kampung Pengkalan Gaduh, dekat Keluang, Besut Terengganu pada selasa lalu selamat menjalani pembedahan menyambung tangannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam.

Suspek berusia 29 tahun itu dimasukkan ke HUSM dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebaik menjalani pembedahan di pergelangan tangan kirinya.
Katanya, pihaknya dimaklumkan kakitangan bilik bedah terbabit suspek kini stabil dan dikawal anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut. lelaki suspek putus tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh pemilik rumah yang cuba dipecah masuk ketika suspek mengumpil tingkap rumah itu di Kampung Pengkalan Gaduh, Keluang dekat Jertih kira-kira jam 3.30 pagi.

Pemilik rumah yang juga pengusaha ternakan ikan dalam sangkar tidur bersama enam ahli keluarganya dalam bilik rumah itu sebelum terjaga apabila mendengar bunyi tingkap rumahnya diumpil. Selepas mengesyaki sesuatu, pemilik rumah itu membawa parang dan keluar melalui pintu utama sebelum ternampak seorang lelaki sedang mengumpil pintu rumah lalu melibas parang dan terkena pergelangan tangan kiri penjenayah itu.

Ini dah kes naye! Ini hudud sendiri ni. Hudud yang tidak sebenar. Nasib baik pihak hospital berjaya menyambung semula. Kalau dalam Islam, boleh ke sambung balik tangan yang telah dipotong?

Dalam kes hudud, haram menyambung semula anggota yang dipotong kerana menyalahi maksud perlaksanaan syariah kecuali dalam kes qisas. Itupun hukumnya harus jika diizinkan oleh mangsa setelah dilaksanakan hukum qisas dan mangsa juga boleh menyambungkan anggotanya. Sebab itu persoalan ini tidak timbul sebab semenjak merdeka hokum syariah telah digadai oleh UMNO-BN mengikuti arahan mahaguru mereka, iaitu penjajah British. Akibatnya tiadanya penyelesaian permasalahan masyarakat kini. Apa yang berlaku diBarat, hari ini masyarakat kita merasai azab pemisahan agama dari pemerintahan.

Tapi itulah gambaran sebenar jenayah dalam masyarakat kita akibat mengabaikan perlaksanaan syariah Islam. Orang ramai sudah meluat apabila jenayah semakin berleluasa. Apabila pihak kerajaan gagal dalam menjaga keselamatan nyawa serta hartabenda rakyat menyebabkan mereka mengambil tindakan sendiri. Siapa perlu dipersalahkan?

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Surah al-Maidah:38

Diharapkan Kerajaan Terengganu pimpinan UMNO dapat segera melaksanakan hukum Islam sebagaimana yang telah diluluskan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat seluruhnya. Tidak perlu takut. Bukankah UMNO pembela Islam no 1 di Negara ini? atau dalam bab ini UMNO tidak yakin Allah maha bijaksana? Hukum British itu lebih baik daripada hukum Allah? atau pimpinan UMNO bimbang kalau hukum Hudud ini nanti banyak terkena terhadap pemimpin mereka?

Janganlah bercakap aje tanpa bukti. Kalau hudud yang dibentang oleh kerajaan Pas yang lalu rekaan Pas, maka sekaranglah buatkan hudud yang sebenar sementara UMNO masih lagi berkuasa. Tetapi dah 2 penggal UMNO memerintah, boleh harapke?

Read More !

Putera Charles Diserang, Ketuanan Inggeris Goyang?

| | 0 comments

Tidak pasti ada ke tak ketuanan Inggeris sekarang sebagaimana UMNO mewar-warkan ketuanan Melayu yang hakikatnya nak menyembunyikan serta mempertahankan ketuanan UMNO yang bersembunyi disebalik simpati kaum dan disebalik istana.

Dahulunya ketika perjuangan kebangsaan yang diasaskan dibarat kuat mencengkam sehingga digarap ke Negara-negara jajahan mereka. Peperangan di Eropah berlaku hanya kerana perbezaan kaum dan ras. Tetapi kini mereka berjaya mengeluarkan diri mereka daripada kepompong jahiliyyah mereka sendiri.

Dahulunya British dan empayar mereka menunjukkan kesombongan mereka keatas negara-negara lain di Eropah maupun keatas negara jajahan mereka sehingga mereka digelar sebagai “The Bulldog”. Gambaran keangkuhan dan sifat ingin menjadi tuan keatas sepesis lain. Hari ini mungkin dunia sudah semakin relevan dan mereka mula mengakui hakikat persekitaran sebenar. Institusi diraja sendiri pun sudah semakin tidak popular, apatah lagi dengan banyaknya krisis kekeluargaan dan moral yang berlaku dikalangan institusi tersebut menyebabkan rakyat makin meluat dan hilang penghormatan mereka terhadap institusi tersebut. Apatah lagi gaya hidup serta kos kehidupan serta perbelanjaan institusi ini yang sentiasa menimbulkan kontreversi.

Terbaru apabila kenderaan Putera Charles diserang para penunjuk perasaan ketika berdemontrasi isu kenaikan yuran pelajar di London. Mereka mungkin ingin menarik perhatian agar institusi diraja juga berperanan dalam membantu menyelesaikan permasalahan rakyat. Agar turut peka dengan apa yang berlaku, dan bukannya sekadar hidup di alam dan dunia mereka sahaja.

Bayangkan kalau ini terjadi di Malaysia, dah jadi isu gegak gempita ni? Tentu pembangkang akan jadi sasaran media yang bertalu-talu. Puak-puak songkok tinggi akan buat kenyataan bahawa ketuanan melayu dan institusi diraja dalam bahaya!!!!

Beginilah wajah Putera Charles dan Camilla, Duchess of Cornwall, terkejut ketika kereta mereka diserang para demonstrasi di London, Kamis (9/12).

LONDON – Kereta Putera Charles diserang oleh para demonstrasi dalam aksi protes mahasiswa di London, Kamis (9/12), tetapi Putera Charles dan istrinya, Camilla, tidak cedera.

Pewaris takhta kerajaan Inggeris yang berusia 62 tahun, dan istrinya yang berusia 63 tahun, Duchess of Cornwall, sedang dalam perjalanan ke teater di tengah kota London ketika kendaraan mereka ditendang oleh penunjuk perasaan yang sedang berdemnontrasi. Tingkap sisi tempat duduk belakang tempat Charles duduk, dipecahkan dan kereta itu lalu disimbah cat putih.

"Kami sahkan bahwa kereta Their Royal Highnesses diserang oleh para penunjuk perasaan di tengah jalan menuju London Palladium," kata juru-cakap Clarence House, tempat tinggal Charles. "Mereka berdua, Charles dan Camilla, tidak cedera." Keluarga kerajaan Inggeris selalu dikawal secara diam-diam tapi dengan keamanan yang tinggi.

Protes mahasiswa terhadap kenaikan yuran pengajian kuliah universiti, kini berkembang menjadi rusuhan di sekitar bangunan parlimen, tersebar ke bahagian lain di pusat kota London setelah pungutan suara atas usul kenaikan itu diluluskan di parlimen.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...