Sibu: SUPP vs DAP. APOCO lempar Tahik. PAS yang kena.

| |
Politik Machievelli yang matlamat menghalalkan cara, bukannya perkara baru bagi UMNO-BN. Sikap jijik lempar batu sembunyi tangan yang diamalkan adalah antara cara untuk meraih kemenangan politik pemimpin BN. Apatah kini dengan penasihat Yahudi APOCO akan lebih terserlah lagi etika jahat pulitik BN. Kerana itu kita tidak hairan jika sekiranya berlaku PRK di Kelantan, Terengganu & Kedah, nescaya kita akan lihat wajah-wajah munafik UMNO-BN amat warak dan zuhud sekali meskipun disebalik itu tingkah-lau dan perangai mereka adalah ‘a`uzubillah’.

Mereka siap berjubah dan berkupiah menunjukkan betapa kuatnya mereka berjuang untuk Islam. Lihat di Manik Urai atau di Pengkalan Pasir. Wanita UMNO dan Puteri semua turun berkempen dengan bertudung litup. Begitu juga dengan Parlimen Kuala Terengganu. Sembahyang sentiasa berjamaah 5 waktu. Duduk di Masjid mengalahkan tok imam.

Apabila mereka bertemu dengan golongan bukan Islam, lihatlah pula wajah-wajah liberal mereka bahkan sanggup menghina ajaran dan hukum-hakam mereka sendiri. Jenis gergaji, tarik makan sorong pun makan. Kalau haiwan maging macam harimau dan serigala mereka hanya sekadar makan daging sahaja. Kalau Maun pula seperti kerbau dan lembu, mereka sekadar makan daun dan tumbuh-tumbuhan. Tetapi BN ini jenis binatang maserba. Semua dia sapu. Dia bukan peduli daging ke daun. Kepala kereta-api pun dia makan. Bukan kira halal-haram. Bukannya nak amar ma’ruf serta nahi munkar. Bahkan dialah raja pembawa kemunkaran. Meskipun perkara itu tidak benar, UMNO-BN mendiamkan dirinya kerana ia memberi kemenangan kepada mereka dari segi politik.



Allah menyebut sikap tidak istiqamah ini dalam al-Quran agar menjauhi golongan seperti ini.

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ
Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami Telah beriman". dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka[25], mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok." Surah al-Baqarah : 14


Mana ada kejujuran dengan politik BN. Semuanya penuh dengan solekan macam nak main wayang cina. Ketika Khalid Samad menerangkan Islam di gereja ataupun ketika Tok Guru Nik Aziz pergi ke ketik sami siam macam nak kiamat dimanipulasi serta dipropagandakan dikalangan orang Islam. Tetapi kini pemimpin BN bahkan UMNO sanggup buat apa saje demi survival politik mereka. Khususnya untuk kemenangan PRK SIBU ini.

Sibu yang majoriti pengundi adalah cina dan iban yang mencecah 80% dan penganut Kristian sebanyak 53%. Pengundi cina sebanyak 67% adalah penentu besar kepada kemenangan di Sibu. Sebab itu apabila BN telah mula rasa terdesak dan bimbangkan kekalahan mereka lalu mereka terpaksa mengguna isu-isu agama. Mereka hanya mengguna pakai nasihat mufti di Semenanjung, itupun jika boleh menyumbang kemenangan kepada mereka dan golongan agamawan yang boleh diperkudakan mereka tetapi di Sibu mereka menggunakan seppenuhnya nasihat APOCO. Serang hubungan DAP dan PAS. Serang DAP kerana menyokong Negara Islam PAS. Sudah pasti gambaran Negara Islam itu dimomokkan amat buruk sekali. Sudah pasti pemimpin UMNO-BN sendiri mengulang-ulang wirid bahawa Malaysia adalah negara sekular. Tidak sebagaimana di Semenanjung yang wirid mereka adalah ‘Malaysia adalah negara Islam’.

Papan iklan dipasang di bandar hari ini, dengan yang paling menojol sekali ialah gambar Mee Kampua dengan tulisan "Satu Undi bagi DAP merupakan satu undi bagi sebuah negara Islam" cara yang halus untuk memberitahu pengundi, terutama masyarakat Foochow di sini bahawa mereka mungkin kehilangan hidangan mee tradisional terkenal itu jika pakatan pembangkang berkuasa. "Kampua merupakan hidangan popular Foochow yang mengandungi bahan babi. Memandangkan majoriti di sini adalah Foochow, kami berharap dengan berbuat demikian, ia boleh menghantar isyarat jelas kepada pengundi mengenai isu negara Islam,"

Penasihat DAP Lim Kit Siang, pada sidang akhbar parti di sini hari ini, mengakui bahawa "BN telah memberikan satu pukulan maut" dengan menyentuh isu negara Islam melalui slogan yang berkesan ("Satu Undi Untuk DAP merupakan satu undi bagi sebuah negara Islam"). "Kami kini menghadapi keadaan yang lebih sengit dalam berkempen. Jika kami tidak dapat pulih, kami akan tewas," katanya.


Lim menyebut beliau dan Karpal Singh tewas dalam pilihan raya umum pada 1999 akibat daripada Gerakan dan MCA memainkan isu negara Islam PAS. Di semenanjung mungkin strategi ini tidak berjaya sekarang tetapi di sini keadaannya berbeza," katanya sambil memberikan contoh pilihan raya kecil Bukit Gantang di mana para pengundi di kampung baru Cina di Kuala Sepetang memberi sokongan hebat kepada calon PAS dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Para pemimpin DAP mengakui bahawa isu itu telah meletakkan mereka dalam keadaan bertahan dan kerana itu kenapa mereka membawa Nizar bagi menjelaskan isu itu kepada para pengundi melalui sesi ceramah parti.

Nampaknya Nizar tidak boleh berkempen dengan mee udang Kuala sepetang tetapi perlu menjelaskan tentang isu mee kampua. Inilah masa dan saatnya PAS perlu memainkan peranan menjelaskan salah-faham tentang kedudukan sebenar isu negara Islam. Kalaulah selepas 1999 yang memberi kekalahan teruk kepada DAP akibat berpakat dengan politik PAS sehingga DAP mengambil tindakan keluar dari APU (Angkatan Perpaduan Ummah). Tetapi kini isu itu boleh ditanggani di Semenanjung selepas PRU-12. Bahkan orang non muslim lebih mudah menerima daripada orang melayu UMNO sendiri tentang isu-isu negara dan hukum Islam. Hatta para pemimpin muda DAP sendiri nampaknya mula selesa memperkatakan keadilan dalam Islam dan bukannya gambaran yang diberikan oleh para pemimpin BN tentang Islam.

Apabila strategi ini sudah tak berkesan di Semenanjung, mereka masih menggunakan umpan yang sama di Sibu, Sarawak. Adakah orang cina akan terpedaya? Sejauh-mana DAP memainkan peranan didalam mengekalkan sokongan orang cina terhadap PR. Ia bergantung kepada sejauhmana pehamanan orang cina terhadap isu ini. Tetapi diakui bahawa Lim Kit siang adalah pakar strategi dan diyakini beliau dapat menhadapi isu tersebut dengan baik. Masing-masing memasang jerat masing-masing. Tapi siapa yang masuk perangkap siapa? BN ke PR? DAP ke SUPP. Ntah-ntah PAS yang kena? UMNO tukang amin saje.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...