Ustaz Azhar Idrus serikan Program Azam Anak Muda. |
MARANG, 9 April - Program Azam Anak Muda menjadi agenda tumpuan belia Terengganu untuk mempersiapkan diri sebagai teras perkembangan dan pembangunan yang dirancang oleh kerajaannegeri.
Pelajar kursus jahitan pakaian wanita Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Nur Hafifa Mohd Arifin, 19, berkata, program itu memberi banyak input bernilai pada belia bagi merealisasikan hasrat pada diri dan negara.
Katanya, program berbentuk pengisian agama dan pengurusan organisasi bakal melahirkan anak muda yang berkualiti dalam segenap bidang.
“Program yang sangat bermaanfaat untuk kami dan anak-anak muda lain kerana kami dapat ilmu yang baru bagi diri kami sendiri untuk maju ke hadapan.
“Program yang sangat bermaanfaat untuk kami dan anak-anak muda lain kerana kami dapat ilmu yang baru bagi diri kami sendiri untuk maju ke hadapan.
“Dengan program ini kami lebih bermotivasi untuk mengubah diri kepada yang lebih baik berdasarkan pengisian-pengisian yang diperolehi tadi,” jelasnya.
Nurhafifa berkata demikian selepas Program Azam Anak Muda Negeri Terengganu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, di sini, hari ini.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Jabatan Belia & Sukan Terengganu, Mohd Soufi Mohd Ibrahim, Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said serta tenaga-tenaga pengajar IKBN seluruh Terengganu dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu.
Sementara itu, peserta program yang mengikuti kursus jahitan pakaian lelaki di IKBN tersebut, Nur Syafiq Hisham Zulkarnain, 19, turut berkata, anak muda sememangnya dahagakan ilmu dan motivasi untuk mencapai impian.
Ujarnya, program-program seumpama itu patut diteruskan bagi melahirkan lebih ramai belia berwibawa untuk menjadi pemimpin negara akan datang.
“Program azam anak muda memberi saya lebih motivasi dan semangat untuk terus belajar mencapai impian.
“Program ini patut diteruskan kerana memberi banyak motivasi pada belia untuk memajukan diri masing-masing,” tambah beliau.
Program Azam Anak Muda yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu itu bertujuan untuk melahirkan pemimpin belia profesional yang inovatif, kreatif, berwibawa dan bersahsiah tinggi.
Program tersebut juga diserikan dengan sesi ceramah khas oleh penceramah bebas, ustaz Azhar Idrus.
Sumber : https://www.teganukita.net/2019/04/belia-terengganu-persiapkan-diri-maju.html?fbclid=IwAR1hx0EqvUpnJyreXhFtZotY32JXq668egarIXZjQh16m-PPm7ZW_RLWbKw