Paka, Bukit Besi... Bandar Pak Kadok

| | 0 comments

Bukit Besi dan Paka adalah dua tempat yang memasyhurkan daerah Dungun bahkan sebagai pemangkin ekonomi negeri Terengganu. Secara langsung menjadi penyumbang kepada ekonomi Malaysia. Kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kajibumi dari Jepun, Mr. Kuhara datang ke Cemuak, Hulu Dungun pada tahun 1916 dan mendapati terdapat kandungan bijih besi dengan jumlah yang besar di kawasan tersebut.Syarikat Kuhara Mining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi semenjak 1927 dan pada 13.1.1929 Mining Lease' telah dikeluarkan dengan rasmi oleh Kerajaan Terengganu kepada NMC iaitu sebuah syarikat dari Jepun Nippon Mining Company (Nippon Kogyo) yang melibatkan kawasan seluas 1080 ekar,. Pada tahun 1940 pengeluaran bijih besi berjumlah 1962,000 tan dan dibawa pulang untuk kepentingan industri di Jepun. Ia berakhir apabila Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. Perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC berakhir pada tahun 1945. Apabila British menjajah kembali Tanah Melayu, mereka menjual lombong Bukit Besi kepada Syarikat Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO). Awal 1950an EMMCO menjalankan aktiviti perlombongan secara besar-besaran, kesan daripada pemulihan peperangan dan permintaan yang tinggi dari syarikat-syarikat Jepun. Ketika ini Bukit Besi adalah pengeluar terbesar bijih besi dunia khususnya ke Eropah. Pihak EMMCO juga telah mewujudkan banyak jabatan, seperti pejabat pos, pejabat ukur, pejabat kebajikan masyarakat dan sebagainya di zaman kegemilangan Bukit Besi.

Di zaman era kegemilangan Bukit Besi dahulu pada tahun-tahun 60-an hingga 70-an, bahkan sebelum mardeka didapati lebih 4,000 orang bekerja di situ sehingga menjadikan Bandar Bukit Besi bandar paling maju di Terengganu sehingga membawa kepada pembinaan pelbagai prasarana untuk menampung keperluan ekonominya. Satu-satunya perkhidmatan keretapi pernah wujud di Terengganu, pada tahun 1930 ialah hasil dari perlombongan besi di Bukit Besit. Laluan keretapi Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che' Lijah. 'stock pile' atau tempat memunggah bijih yang pertama di Kampung Che' Lijah. Dari situ bijih-bijih besi dimuatkan ke dalam bot untuk dibawa ke Kuala Dungun. Kemudiannya laluan keretapi di panjangkan hingga ke Nibong (dikenali Nibong Stesen) seterusnya ke Sura setelah sebuah bukit berjaya dibuat laluan keretapi melalui terowong, sehinggakan bukit itu dikenali sebagai Bukit Tebuk.

Banyak hotel-hotel diwujudkan di bandar Dungun. Landasan kapal terbang dibina di Sura hujung. Ia juga mengundang budaya asing datang ke Dungun. Pelacuran, minum arak dan perjudian juga mula tumbuh subur. Pelancong, pekerja asing dan pengurus-pengurus syarikat memperkenalkan cara hidup moden dan barat. Bagaimanapun, era kegemilangan itu berakhir. Oleh kerana pengeluaran yang berterusan dengan jumlah yang besar, akhirnya bijih besi mula berkurangan dan pada tahun 1970 akhirnya perlombongan bijih besi ditutup.

Hari ini Bukit Besi menjadi bandar berhantu. Meskipun bekas exco dan beberapa YB Umno-Bn yang memerintah tetapi tiada pembangunan yang ketara. Meskipun Bukit Besi pernah menjadi penyumbang terbesar didunia suatu ketika dulu tetapi Daerah Dungun tidak dapat membangun dengan selayaknya. Bahkan ketika zaman kemercuannya ia menyumbang untuk keperluan pemerintahan negeri Terengganu tetapi Bukit Besi sendiri menjadi bandar berhantu hingga kini.

Paka- Kerteh adalah pekan kecil dipesisiran pantai Terengganu. Ia mula berubah wajah apabila buat pertama kalinya petroleum dijumpai di pantai Terengganu oleh Petronas carigali pada tahun 1982. Ia melonjak sumber kerajaan Terengganu hasil daripada 5% sumber royalti yang dibayar. Bahkan ia pernah digelar sebagai ‘Kuwait Malaysia’. Ia bukan hanya menjadi pemangkin kewangan terengganu bahkan menampung keperluan Malaysia sendiri.


Pembangunan industri juga turut berkembang mengikut keperluan semasa. Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, stesen janakuasa terbesar di Malaysia diwujudkan di Paka dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional untuk menyediakan keperluan dan tuntutan industri semasa. Paka-Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.

Tetapi apa manfaat sebenar kepada rakyat dan pembangunan fizikal setempat. Meskipun ia membekalkan hasil ‘emas hitam’ negara tetapi realitinya pekan Paka-Kerteh bab bandar koboi. Ini diakui sendiri oleh Dr Mahathir ketika perasmian Logi Petronas di Paka. Beliau sedih melihat pemandangan pekan Paka dan Kerteh yang tidak jauh dengan tahun 70-an. Beliau menganggap sebagai ‘Pekan Koboi’. Kedai-kedai yang tak terurus, perumahan yang berselerak, perkampungan nelayan yang masih lagi miskin, perkampungan tradisi masih menyedihkan, infra yang tidak sempurna dan sebagainya. Beliau kecewa kerana ia tidak dapat membangunkan Paka-Kerteh menjadi bandar petroleum yang hebat dan canggih sesuai dengan sumbangan petroleum yang digali disini.

Kalau itulah kekecewaan pimpinan UMNO-BN, kita sebagai penduduk disini 100X sedih dan kecewa. Kemana sebenarnya hasil mahsul dari Kerteh & Paka ini. Cair kemana? Rakyat terbiar miskin dan meminta-minta itu lebih baik demi politik pemerintah yang sentiasa dapat memperalatkan mereka ketika pilihanraya. Ketika Pas memerintah, ditarik pula royalti bahkan berbagai peruntukan pembangunan yang ditahan. Itupun sempat juga pihak kerajaan Pas mewujudkan Pusat Niaga Paka diatas tanah yang terbiar sekian lama. Sedikit sebanyak merubah keceriaan pekan Paka.

Kini kedengaran berita Bukit Besi ingin dibuka kembali perlombongan bijih besinya. Bersorak gumbira rakyat jelata. Mengharapkan Bukit Besi akan menjadi bandar maju, bandar satelite. Tapi bagaimana akhirnya? Kot-kot menjadi Pak Kadok. Hanya menang sorak tetapi kampung tergadai. Hasil dikaut orang. Masyarakat setempat mendapat tahinya sahaje. Kekotoran, pencemaran alam sekitar, bahaya gas merbahaya dan sebagainya adalah kebarangkalian yang akan menimpa penduduk Paka tetapi nikmat tidak dikecapi seratanya.

Untung sungguh daerah Kemaman. Dua menteri besarnya mengangkut segala hasil mahsul memajukan Bandar Cukai dan kini giliran Kijal pula. Jerteh sempat mengecapi di era Derih Jusoh. Apakah Dungun perlu menanti seorang MB barulah Dungun akan berubah wajah? Nak harap ke Dato Din Adam ke? Ke Pok Sli? Nampak dok rok cetong. Bagaimana tiga syarikat yang dilantik untuk mengendalikan pajakan selama lima tahun iaitu TBM Minerals Sdn Bhd, Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd, dan Wahaba Wangi Shd Bhd. Milik siapa kah ini? Mungkin Din Adam atau Pok Rosli boleh bagitau.

Ketika penulis melawat Aceh akhir 90-an, kekecewaan yang diucapkan apabila Aceh yang mempunyai hasil minyak tetapi diangkut ke Jakarta bahkan Aceh terbiar mundur tanpa pembelaan sewajarnya. Rupanya sama juga ditempat ku sendiri. Bukan anak orang saje mati, anak kita pun mati jugak mak andih oooiii. Pemimpin UMNO-BN wajib menerangkan apa yang terjadi kepada RM12 billion royalti dari Tahun 1974 hingga 1999. Dan Wang Ehsan dari tahun 2000 hingga sekarang sebanyak Rm8bilion. Paka-Kerteh menyumbang 20bilion kepada Terengganu dan apa hasilnya? mana pembangunan yang tidak pernah dilihat mata tu?

Read More !

MB Terengganu: Dato Mat Said beri fatwa guna 'keng'?

| | 2 comments

Menteri Besar Terengganu Dato Mat Said berkata, ada segelintir rakyat yang menyokong parti Pas mendakwa tidak adil apabila dari satu sudut mereka tidak menerima bantuan Dana Khas yang diagihkan oleh kerajaan BN.

“Apa makna adil..adil pada saya adalah dalam soal memberi dan menerima. Kerana setiap apa jua pelaburan yang kita lakukan kita pasti mahu pulangannya. Oleh yang demikian, parti perlu mendahulukan segala kebajikan dan bantuan yang sepatutnya kepada pengikutnya. Apa yang kita mahu, hanyalah mereka keluar mengundi pada setiap lima tahun sekali dan memilih BN, itu sahaja kemahuan kerajaan sebagai membalas segala bantuan dan pembangunan yang kita salurkan,,” kata beliau ketika merasmikan Program Pelancaran Program Juara Rakyat Bulan kebajikan peringkat negeri Terengganu 2010, di Dataran Pekan Seri Langkap, Sungai Tong, Setiu, Turut hadir SUK Datuk Mazlan Ngah dan Exco Kebajian negeri YB Haji Ashaari Idris

Majlis berakhir dengan penyampaian bantuan kebajikan am RM200 dan kerusi roda, kunci rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin dan pengagihan buku akaun Tabung Haji kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok, SMK Pelong, SMK Langkap dan SMK Sungai Tong.

Itulah sahaja tahap pemikiran pemimpin yang memerintah Terengganu kini. Pemimpin yang diasuh dan dilahirkan oleh UMNO-BN bagi membela nasib orang melayu. Sedangkan menurut politik pilihanraya ala demokrasi tidak sepatutnya pemimpin berpangkat Menteri Besar berfikiran sedemikian, apatah lagi menurut etika Islam. Apabila seorang itu telah dilantik menjadi pemimpin maka semua rakyat dibawah pemerintahannya adalah rakyatnya tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Penyokongnya atau pun tidak. Ia hendaklah melayan mereka seadilnya sebagaimana firman Allah Swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Maidah : 8)

Adakah kerana penyokong Pas lalu ia dizalimi? Meskipun ia berhak tetapi ia dinafikan. Tidak lain dan tidak bukan kerana ia tidak sependapat dengan pihak kerajaan. Apa guna Negara demokrasi? Sepatutnya haramkan saja pelabagai parti. Biar satu parti sahaja yang memerintah seperti parti komunis. Penganut demokrasi tetapi berperangai komunis.
Ketika mana Rasululllah ditanya tentang makna assobiyyah yang diharamkan Allah Swt:-
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ قَالَ لَا وَلَكِنْ مِنْ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ
“Wahai Rasulullah, adakah termasuk assobiyyah seorang lelaki yang mengasihi kaumnya? Sabda Baginda: Tidak, akan tetapi dikatakan assobiyyah ia menolong kaumnya atas dasar kezaliman”.

Bagaimana tindakan yang zalim dikatakan adil oleh Dato Mat Said? Dan ia memberikan takrifnya sendiri yang jelas menggambarkan ketidak-adilan. Islam mentakrifkan adil itu sebagai ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya’. Berikan kepada yang berhak itu akan haknya maka itulah keadilan. Apakah Mat Said ada mazhab baru? Beliau menjadi mufti baru Terengganu untuk member fatwa tentang takrif baru erti ‘adil’. Inikah yang dikatakan ‘rakyat didahulukan’
Allah Swt lah Yang Maha Adil. Allah sendiri memerintah dalam surah al-maidah diatas agar berlaku keadilan meskipun terhadap orang yang tidak kamu sukai. Allah Ta’ala sendiri menyebar luas akan ni’matnya. Udara, air, bumi, makanan, kesihatan dan sejuta ni’mat yang diagihkan buat seluruh manusia dan makhluk. Meskipun ada manusia yang derhaka. Ada manusia yang menyembah berhala dan syirik kepada Allah Swt tetapi keadilannya melimpah ruah buat semua makhluknya.

Benarlah kini zamannya. Zaman kepimpinan UMNO-BN yang menyeleweng halal-haramnya. Kalaulah judi boleh dihalalkan oleh UMNO. Apatahlagi yang zalim boleh menjadi adil bagi UMNO. Inilah yang disabdakan Rasulullah Saw:-
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Daripada Abdullah bin `Amru bin al-`As berkata: bahawa aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu dengan menghapuskan ilmu itu dikalangan hambanya tetapi dengan dimatikan ulama sehingga tiada lagi orang alim lalu orang ramai memilih para jahil menjadi pemimpin mereka lalu apabila ditanya mereka member fatwa tanpa ilmu. Ia sesat dan menyesatkan

Yang mengherankan kerajaan UMNO-BN ini mengagihkan dana khas itu bukannya harta mahsul UMNO. Bukannya harta mak bapak Mat Said. Kalau semua ini harta beliau, takde siapa pun yang kisah tetapi ia merupaka harta dan khazanah negeri Terengganu. Hak rakyat negeri Terengganu dan sepatutnya diagih dengan sewajarnya kepada mereka yang berhak. Sebab itulah dasar tidak amanah itu menyebabkan diagihkan kepada yang tidak berhak termasuk dana khas, wang ehsan dan zakat sendiri. Janji mereka UMNO meskipun bukan asnaf?
Ketika mereka mengutip cukai tidak ditanya mereka UMNO atau PAS. Ketika mengutip zakat tidak pula ditanya dari parti mana tetapi ketika hendak diagih lalu dengan sombong mereka bertanya anda UMNO ke PAS? Apakah ahli dan penyokong PAS rakyat kelas kedua? Betapa hapraknya mereka ini!! Sudah sampai masanya rakyat Terengganu membuat perubahan.

Read More !

Samy Vellu bersilamban , UMNO jurus dari belakang.

| | 2 comments

S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya. Menurutnya UMNO lah yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.

Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA. ''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya. Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu. ''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan.
Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur. Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.

Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam, berkata beliau bersimpati dengan timbalan ketua Pemuda MIC Malaysia yang baru dipecat, V Mugilan tetapi menafikan mereka bekerjasama menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS). Subramaniam mendakwa, Samy Vellu telah memecat kira-kira 100,000 ahli parti selama lebih 30 tahun beliau menjadi presiden."Lagi cepat pertukaran kuasa berlaku lagi baik untuk MIC," katanya.
Lama mana Samy Vellu mampu bertahan sebagai presiden MIC? Sekarang musuh dah keliling pinggang. Berapa orang lagi nak kena pecat atau Samy Vellu akan terpecat. Kita harap Samy mampu bertahan sehingga pilihanraya depan. Semakin orang india meluat kepada MIC semakin cepat BN bungkus.
Sejauhmana pula UMNO-BN membuat pemulihan dan perubahan kepimpinan dalam komponen BN. Hasrat UMNO untuk merubah kepimpinan dalam MCA gagal apabila Chua Soi Lek dipilih sebagai pemimpin recycle tidak digemari oleh pimpinan UMNO. Sejauhmana UMNO-BN menghormati piliham ahli-ahli MCA. Puas berkung-fu kepimpinan MCA tetapi nampaknya ia tidak lagi mampu menarik dan memberi kepercayaan kepada orang cina. Sejauhmana pula UMNO-BN mampu campur-tangan kepimpinan MIC yang dianggap Samy Vellu sudah tidak releven untuk menarik orang-orang India meskipun ia dipilih oleh ahli.

Bagaimana pula dengan Dr Koh Tsu Koon dengan Gerakan, takkan nak kekalkan untuk lebih berdaya saing bagi menghadapi DAP di P.Pinang. Perlukah Gerakan pula bermain pedang dan wushu selepas ini? Rasa-rasanya PPP pun tunggu masa je tu?

Read More !

Siri 2: Hudud Terengganu - Kesinambungan Kanun Melaka & Kesultanan Islam

| | 2 comments

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa kepada penubuhan Kesultanan Melayu yang menggantikan sistem pemerintahan hindu sebelumnya. Sejarah membuktikan kesultanan Islam awal seperti Kesultanan Kedah telah bermula 531H/ 1136M. Kesultanan Kelantan bertapak pada tahun 577H/ 1181M dan sudah bermulanya pentadbiran dan undang-undang Islam di Rantau Melayu ini.

Selain peraturan Islam yang tercatat di batu Bersurat Terengganu pada 702H/1303M, Kerajaan Melaka telah menggubal undang-undangnya sendiri yang berasaskann undang-undang Islam yang dikenali sebagai Risalah Hukum Qanun. Ia dikuat-kuasakan di Melaka. Qanun ini ditulis pada zaman pemerintahan Sultan MUzaffar Syah (1446-1456) dan ianya dilengkapkan oleh Hang Sidi Ahmad dizaman pemerintahan Sultan Melaka terakhir (1488-1511). Dalam masa yang sama Undang-undang Laut juga digubal yang menyentuh tentang peraturan pelabuhan, pelayaran di laut dan percukaian.

Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir. Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut; “Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil ma’ruf wa nahi munkar”.

Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal , Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British mengandungi 44 fasal dan setelah diteliti dan dikaji Undang-undang Melaka, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.
Contoh nas - nas qanun tersebut adalah seperti berikut:-
Fasal - fasal berikut :
5.1 Hukum membunuh secara sengaja maka dibunuh balas
5.7 Hukum yang mencuri tiada harus dibunuh melainkan dipotong tangan
12.3 Hukum qazaf disebat lapan puluh kali
36 Hukum bagi si murtad iaitu diminta taubat selama tiga hari , jika enggan dihukum bunuh.

Penasihat kehakiman dan pentadbiran kepada sultan ketika itu adalah ulama yang digelar para qadi. Yang terkenal seperti Qadi Amir Sa’id dari Syiraz, Kadi Tajuddin dari Isfahan, Kadi Amir Dawlasa dari Delhi. Ulama setempat seperti Qadi Yusof, Qadi Menua dan Qadi Menawar Syah.

Apabila kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511M, undang-undang dan peraturan Islam ini masih diteruskan pemakaiannya oleh Kesultanan Melayu di negeri-negeri lain. Ia digubal di negeri masing-masing seperti Qanun Pahang (1596M), di Kedah dengan Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1078H/ 1667M), Undang-undang 99 dan 12 di Perak. Hukum Qanun Dato Setar (1099H/ 1784M), Qanun Johor (1789M), Qanun Kelantan 1168H. Di Terengganu ia diguna pakai semenjak kesultanan pertama Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 (1708-1733) pada tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708) sehinggalah undang-undang Islam itu diperkukuhkan pada tahun 1911M iaitu dengan penggubalan Undang-undang diri Terengganu.

Sistem pentadbiran undang-undang Islam di Tanah Melayu sudah sofistikated dan tersusun kemas mengikut institusi pemerintahan di Timur Tengah. Ia telah matang sebelum kedatangan British. Beberapa orang Qadi telah dilantik secara formal bagi menguruskan pentadbiran kekeluargaan. Mereka mempunyai bidang kuasa membicarakan kes-kes melibatkan keluarga dan rumah-tangga serta beberapa kesalahan Islam di “Mahkamah Syariah”. Para hakim juga dilantik yang mempunyai bidang kuasa bagi membicarakan kes-kes jenayah bagi mahkamah jenayah negeri yang dikenali “Mahkamah Adat” yang berlandaskan undang-undang Islam dan adat tempatan. Kes rayuan dari dua mahkamah ini diangkat kepada Sultan dan di bantu oleh mufti dan dibicarakan di “Mahkamah Balai”. Jawatan Syaikhul Islam atau mufti serta dibantu oleh qadi. Mufti yang boleh memberikan fatwa dan menasihati sultan khususnya melibatkan kes ulang-bicara di Mahkamah Balai. Mufti merupakan ketua eksekutif kehakiman dan pentadbiran agama sebelum kedatangan British.

Khatib dan bilal berperanan untuk menguat-kuasakan undang-undang Islam disetiap mukim dan daerah dan disamping berkuasa memungut zakat. Penghulu, penggawa dan hulubalang adalah antara penguatkuasa undang-undang Islam.
Di Terengganu, Mahkamah Balai yang menjadikan undang-undang Islam sebagai rujukan telah mula diwujudkan sejak pemerintahan Baginda Sultan Omar (1839-1875M)lagi. Negeri Terengganu mula mencapai zaman kegemilangan apabila berada di bawah pemerintahan Sultan Omar Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876–1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, undang-undang Islam dikuatkuasakan sepenuhnya. Negeri Terengganu ketika itu tergolong dalam senarai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Oleh sebab itu, tidak wujud satu pusat pemerintahan sebagaimana Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang negeri-negeri tersebut bergabung dan diletakkan di bawah satu pusat pentadbiran. Tetapi bagi Terengganu, ia bebas, merdeka dan Sultan serta para pembesarnya pula berkuasa penuh dalam hal ehwal pentadbiran negerinya.

Sultan Zainal Abidin III mentadbir negeri Terengganu berasaskan hukum Islam kerana baginda sendiri terkenal sebagai seorang yang kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. J. de Vere Allen pernah menghuraikan cara Sultan Zainal Abidin III menjatuhkan hukuman. Dalam kes-kes jenayah, keterangan daripada dua pihak didengar oleh baginda tetapi akhirnya dirujukkan kepada al-Quran untuk mendapatkan satu keputusan menjalankan hukuman itu. Jenis-jenis hukuman yang mungkin dikenakan ialah mati, penjara, denda dera dan kalau berlaku kesalahan zina, perempuan yang bersalah itu akan ditanam setakat pinggang di halaman pasar untuk satu hari, orang ramai diizinkan merejam pesalah itu dengan batu. Hukuman dera dikhaskan untuk pesalah-pesalah muda dan kadang-kadang perempuan. Deraan dikenakan di bahagian punggung tanpa membuang pakaian. Jumlah yang mati dihukum dalam masa 27 tahun pemerintahan baginda ialah hanya 5 orang. Kejayaan ini disebabkan keinginan daripada golongan pemerintah dan kegigihan para ulama sehingga timbul kesedaran dan keyakinan rakyat terhadap kesempurnaan dan keadilan hukum Allah.
Tok guru-tok guru dijadikan rujukan seperti Tok Syeikh Duyung (Syeikh al-Ulama) yang menjadi Mufti Negeri dan Tok Ku Paloh (Syed Abdul Rahman) yang menjadi menteri dan juga penasihat khas kepada baginda. Di samping itu, baginda juga berpegang kuat kepada ibadat dan amalan keagamaan. Menurut M. C. ff. Sheppard, baginda digambarkan sebagai “not only attend the chief mosque in person but never missed the five hours of prayer and enforced a similar observance on his people.” Hubungan alim ulama dengan pihak Sultan menyebabkan sukar bagi pihak Inggeris untuk mencampuri hal ehwal politik negeri Terengganu berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu

British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Raja sahaja berkuasa melantik dan memecat menteri dan pegawai-pegawainya. Sultan ditegah membuat sebarang perjanjian untuk melepaskan kuasa negeri kepada kerajaan lain atau kepada bangsa Eropah. Seandainya dilakukan juga oleh Sultan, maka pemerintahannya tidak perlu ditaati lagi.

Undang-undang ini yang diberinama “Itqan al-Muluk Bi- Ta’dil al-Suluk” antaranya mengukuhkan pengistiharan Terengganu sebagai sebuah negeri Melayu Islam dengan peraturan dan undang-undang Islam. Secara langsung dan tegas untuk menolak campur-tangan British di Terengganu. W. Conlay sebagai wakil British yang datang ke Kuala Terengganu pada Julai 1909M tidak mampu berbuat apa-apa dan gagal mencampuri urusan pemerintahan Baginda ketika itu.
Dibawah ini penulis lampirkan sebahagian dari 'Undang-Undang bagi diri Kerajaan Terengganu' yang diguna pakai sehingga kini meskipun ada tambahan dan pindaan.



Secara jelas di sebut dalam fasal :51 mengenai ugama negeri Terengganu iaitu " Sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan selama-lamanya kerajaan Terengganu ini kerajaan Islamiyyah 'Melayuwiyyah' ialah yang dikatakan ugama negeri dan kerajaan".

Read More !

Gambar Mahathir Tipu Barry Wain.

| | 0 comments


Wain: Mahathir berwajah dua. Ketika Malaysiakini menyiarkan wawancaranya bersama Barry Wain yang terkenal kini apabila bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Wain berkata, semua maklumat didalam bukunya itu termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti. Beliau hadir ke Malaysia untuk mempromosikan bukunya itu yang bakal diulang cetak kali keenam dan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Cina.

Ketika mengimbas kembali drama yang berlangsung ketika Mahathir menangis ketika memberi ucapan terakhir sebagai presiden Umno di perhimpunan parti itu, Wain berkata linangan air mata itu bukanlah dibuat-buat. "Saya langsung tidak fikir dia berlakon semata-mata. (Mahathir) menangis kerana hatinya benar-benar diruntun emosi," katanya lagi.

Amacam Barry Wain. Kita Tengok Sapa yang Kenaaaa....


Penulis tergelak keseorangan. Betapa rupanya orang yang teliti seperti Barry Wing pun terpesona dengan 2 wajah Mahadhir. Ia gagal mengesan lakonan berkesan Mahathir dalam ucapan akhirnya dalam Perhimpunan Agung UMNO untuk pura-pura meletak jawatan. Usaha test market beliau itu berkesan sehingga ramai yang terpesona. Ketua Wanita UMNO sendiri sampai tercabut kasut merayu supaya jangan letak jawatan. Kita tidak menyalahkan Barry Wain atas kegagalannya mengecam air mata buaya Mahathir. Sebab mungkin ia bukan melayu. Ia tidak menyangka bahawa di Malaysia ini ramai pelakon yang boleh mengalahkan primadona Hollywood. Apatah lagi adanya darah bollywood yang mengalir dalam tubuh Mahadhir. Lagilah power. Barry Wain tidak boleh membezakan airmata buaya dan airmata raksasa

Hanya satu saja tangisan ahli politik seperti Mahadhir yang benar-benar mengeluarkan air-mata. Itupun kerana terpaksa iaitu peristiwa beliau disembur gas ketika baru keluar dari pintu Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bahru, Kelantan pada 28 Julai 2007. Semburan itu biasanya digunakan oleh wanita untuk menyembur perogol tetapi Mahadhir dan Ibrahim Ali yang kena bahananya. Barry Wain! Itulah airmata Mahadhir yang bukan lakonan. Siap meleleh air hidung sekali.

Apalah orang yang keras hati, pendendam serta pengamal pragmatis itu tahu tentang jiwa dan perasaan. Orang yang menghina hukum Islam, sanggup menyumbat siapa sahaja yang menentangnya ke ISA, tangan dibalik tabir darah-darah pejuang di Memali, orang yang sanggup merobek demokrasi yang dicanangnya, perampas royalty rakyat Terengganu… lihatlah dendam kesumatnya terhadap Pak Lah dan Anwar Ibrahim. Ingatkan usia sudah dihujung julai.. tau jugak untuk bertobat. Tetapi mungkin ia ingin menongkat langit.

Ramai lagi pelakon air-mata yang mengalahkan Nordin Ahmad maupun Azean Irdawaty. Tengok sendirilah. Kenapa begini? Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah demi kepentingan politik peribadi masing-masing. Kalaulah demi perjuangan pun ianya hanya sekadar airmata nasionalisme yang tidak pergi kemana-mana. Mana satu airmata taqwa dan mana satu air mata buaya?

Menurut Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah, tangisan boleh diperincikan menjadi 10 jenis mengikut pelbagai maksud dan tujuan. Tangisan kasih sayang, ketakutan, gembira, kegundahan, cinta dan rindu, kesedihan, tidak berdaya, kemunafikan, orang upahan dan tangisan ikut-ikutan.
Satu tangisan yang istimewa dianugerahkan Allah SWT kepada hambaNya. Tangisan ini tidak bersifat melemahkan semangat, bahkan ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah lama mati. Ia tidak mendatangkan rasa putus asa dan kesakitan, bahkan air mata ibarat gelombang membangkitkan rasa optimis, kecekalan dan azam bergelora.

Tangisan itu membawa satu janji untuk hidup lebih bererti dan ia mampu mencelikkan pandangan mata hati meneroka alam lebih jauh lagi. Alam ghaib tidak nampak di mata kasar, hanya hati yang beriman boleh merasai kebenarannya. Tangisan itu dianugerahkan kepada Nabi dan Rasul, syuhada dan orang salih. Mereka berhak mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan, selain perlindungan-Nya.

Ianya adalah air mata taqwa. Airmata yang takut kepada Allah Swt. Takut akan azabnya. Takut akan hari kiamat kelak. Sebagaimana Sabda Rasulullah Saw:-

“Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Ataupun mata yang berjihad di jalan Allah Swt. Berjaga malam dengan kerja-kerja kearah menegakkan Islam dan berjuang kearahnya.



عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ


Daripada Ibn Abbas r.a berkata bahawa aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka. Mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam fi Sabilillah.


Menurut Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid dalam bukunya iaitu ‘Hikmah terapi air mata menangis kerana Allah’. Ia menyebut bahawa air mata boleh memanjangkan umur, airmata boleh melegakan tekanan dan emosi. Tetapi dalam banyak-banyak airmata adalah yang paling berbisa. Iaitu antaranya airmata ibu-bapa dan juga airmata orang yang zalim.

Tangisan orang zalim adalah kepentingan politik mereka. Tiada taqwa disebaliknya. Ianya sebagai strategi untuk mencapai matlamat yang tersembunyi. Disebalik tanggisan itu tergumpal seketul daging didalam dadanya yang penuh dengan nafsu, kezaliman, penindasan dan tiadanya keinsafan.


Semoga Allah menyelamatkan kita dari menjadi mangsa kepada sang buaya yang mengalirkan airmata.

Read More !

Siri 1: Hukum Hudud Terengganu- Batu bersurat.

| | 1 comments

Perkembangan politik semasa, mendorong minat saya untuk menggarap semula kefahaman kepada masyarakat khususnya umat Islam termasuklah generasi muda untuk menekuni dan memahami apa yang menjadi teras dan prinsip negeri atau Negara yang ingin dicapai oleh seorang pejuang harakah Islamiyyah. Sebuah Negara yang aman, makmur dan Allah meredhainya selari dengan apa yang difirmankan Allah Swt sebagai

بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
(Negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun". (Surah Saba: 15)

Tanggungjawab khilafah yang ditinggalkan sejak Nabi Adam a.s dan diteruskan oleh nabi-nabi terdahulu yang akhirnya dikhatamkan oleh baginda Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah dan mewujud Negara Islam Madinah dengan piagamnya yang tersendiri. Pemerintahan yang berkembang sehingga dua pertiga dunia mengecapi nikmat dan keadilan Islam. Setelah generasi demi generasi kekhalifahan akhirnya ia berakhir apabila tumbangnya khalifah uthmaniyyah Turki pada tahun 1924.

Dan menjadi tugasan kita untuk mengembalikan semula tanggungjawab khilafah yang ditinggalkan dengan mendirikan pemerintahan Islam yang tertegak didaamnya hukum hakam Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah Saw.

Diatas permintaan beberapa sahabat dan teman alam maya yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang konsep Negara Islam dan undang-undang Islam yang ingin ditegakkan dalam mengembalikan kegemilangan Islam. Memandangkan Pas pernah memerintah Terengganu Darul Iman pada tahun 1999-2004 dan bukan setakat mengemukakan draf tetapi meluluskan dan mewartakan undung-undang tubuh negeri Terengganu Darul Iman dengan meletakkan rujukan yang tertinggi iaitu al-Quran, Hadis, Ijma’ & Qiyas yang juga merupakan rujukan tertinggi dalam perlembagaan Pas.

Inilah antara kejayaan besar dalam perjuangan yang melepaskan ikatan jahiliyyah yang dirantai dan dikunci oleh perlembagaan Lord reid semenjak merdeka dan diikat sama sebagai pusaka warisan oleh UMNO-BN.
Begitu juga pemwartaan rang undang-undang kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M setelah ditanda-tangani oleh Tuanku Sultan Terengganu setelah ia diluluskan didalam sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 7 Julai 2002 yang dibentangkan oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan disokong oleh penulis sendiri yang ketika itu sebagai Adun Paka. Kerana itu adalah wajar untuk kita renung kembali dan hayati semula supaya pencerahan dapat dibuat atas segala fitnah dan tohmahan yang dilakukan atas undang-undang hudud dan qisas itu. Tuduhan ianya sebagai hudud Pas dan bukan hudud sebenar. Hudud Pilihanraya. Kelulusan yang tergesa-gesa dan gopoh. Hudud adalah punca kekalahan Pas Terengganu. Ia menakutkan Bukan Islam. Hudud bertentangan dengan Hak asasi Manusia (HAM) dan sebagainya sehingga adanya pandangan “Jangan bercakap isu Islam, Negara Islam dan Undang-undang Islam kerana ianya tidak releven”… dan belbagai lagi.

Tapi kini ia mungkin berbaza. Diharapkan orang melayu serta umat Islam lebih berlapang dada selepas ini setelah orang cina dan bukan Islam Sibu lebih terbuka dalam menanggapi isu-isu Pas dan Negara Islam ini.

Penulis akan menyusun beberapa siri agar ia lebih memudahkan kefahaman kita dan dirasakan perlu kerana kaitan dengan pelaksanaan syariah di Terengganu. Antaranya mengenai sejarah Terengganu dan Islam, Undang-undang tubuh negeri Terengganu, Pindaan undang-undang tubuh negeri Terengganu, Draf & Rang enakmen Hudud-Qisas Terengganu. Isu-isu berbangkit serta jenayah UMNO-BN Terengganu dalam isu undang-undang & pengkhianatan perlembagaan Terengganu.

KEDATANGAN ISLAM KE TERENGGANU .

Pada 22 Februari 2003 lalu, Kerajaan pimpinan Pas Terengganu telah mengadakan sambutan besar-besaran sempena genapnya usia kedatangan Islam di Terengganu selama 700 tahun berdasarkan tarikh/tanggal yang tercatat di Batu Bersurat yang ditemui di Hulu Terengganu. Penemuan Batu Bersurat itu merakamkan betapa Islam telah ada di Terengganu sebelum 22 Februari 1303 telah mengubah sejarah awal yang menyebut bahawa Islam mula tiba di Malaysia melalui Melaka dalam tahun 1409 Masihi. Hampir semua buku sejarah mengatakan bahawa Islam di negara ini bermula di Melaka tetapi penemuan Batu Bersurat itu menyebut bahawa Islam tiba melalui Terengganu 100 tahun lebih awal iaitu 22 Februari 1303.

Batu bersurat ini merupakan batu yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika yang telah memerintah dan melaksanakan syariat Islam.Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Peri pentingnya Batu bersurat ini akhirnya ia mengambil tapak dibulatan penyu sebagai tanda sejarah kedatangan Islam di Terengganu. Ianya juga cadangan penulis sendiri dalam sidang dewan undangan supaya mengalihkan patung penyu yang bersifat dan digantikan dengan tanda kedatangan Islam ke Terengganu itu. Ia pernah menjadi isu politik UMNO-BN dengan patung penyu ini yang amat dipertahankan oleh puak-puak UMNO-BN.

Cuba teliti catatan yang termaktub di batu bersurat tersebut.

Muka pertama

1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

Muka kedua

1. Keluarga di Benua jauh kan
2. Datang berikan.keempat orang berpiutang.
3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
4. Kelima derma barang orang....(mar)dika.
5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
9. Seratus ratun jika merdeka beristeri.
10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....
Muka ketiga

1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

Muka keempat

1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303M. Ia juga secara jelas mewartakan undang-undang jenayah Islam yang diterima-pakai oleh pemerintah Terengganu ketika itu.

Ini bermakna Negeri Terengganu telah terbukti menegakkan hukum syariah sejak 7 abad yang lalu dan antara yang terawal di Malaysia. Seterusnya Di Terengganu, Undang-undang Jenayah Islam telah dilaksanakan khususnya semasa Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Pada masa itu terdapat beberapa mahkamah yang membolehkan menjatuhkan hukuman mengikut Undang-undang Islam.

Read More !

Pas Takut Kepada Bayang-Bayang Sendiri.

| | 1 comments

Pas bukan sebuah parti yang baru dalam keterlibatan untuk menegakkan keadilan Islam. Memperjuangkan sebuah Negara yang terlaksana didalamnya bukan sekadar nilai-nilai Islam tetapi hukum hakam Islam. Semenjak parti pertama yang di tubuhkan di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1926 iaitu Parti Serikat Islam di Beserah, Pahang yang merupakan kesinambungan Parti Serikat Islam, Indonesia.
Ia ghuyub selepas peristiwa perang di padang kacung, pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong maka timbulnya Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol. Setelah ditangkap Ust Abu Bakar al-Bakir bersama 300 orang pendokong parti Islam tersebut dan diharamkan, timbullah Parti Islam Semalaysia PAS di tahun 1951 ketika menentang UMNO yang mengasaskan perjudian Loteri Kebajikan UMNO 1951 yang melancarkan jualannya pada tahun 1953.
Ulama yang keluar daripada UMNO itu tidak lain dan tidak bukan kerana memprotes pelaksanaan judi di Tanah Melayu. Tindakan amar ma’ruf dan nahi munkar telah terlaksana sejak awal penubuhan Pas lagi. Sampailah ke hari ini, Pas masih lagi komited dengan dasar Islamnya. Bahkan sebab kekuatan dan prinsip Islam inilah Pas masih lagi bertahan dipersada politik tanah-air hingga kini diketika banyak parti-parti lain dah menjadi parti tupperware.
Ini menunjukkan bahawa apa yang dibawa oleh Rasulullah Saw itu releven untuk sepanjang zaman. Dalam era kejatuhan komunis, Negara bangsa nasionalis, ideology kapitalis yang semakin merudum kini bahkan agenda ideology dan isme yang pelbagai yang tiada ketahan dan keutuhan, Islam terus mekar berkembang di seluruh dunia. Begitu juga Pas terus melakar sejarah dan memecahkan pelbagai tembok yang menghalangi perjuangannya.

Perjuangan Pas pula didasari oleh perjuangan aqidah yang meletakkan thiqah kepada Allah dalam mengatur masa depan kehidupan manusia dan perjuangan. Keyakinan kepada kemenangan dan janji Allah itu telah menggarap usaha tarbiyyah agar ahli mantap dan yakin dengan kemenangan Islam meskipun terpaksa mengambil masa yang lama dan diselangi dengan pelbagai tribulasi. Disamping menggerakkan agenda penerangan dan dakwahnya dalam memahamkan masyarakat dan rakyat kepada dasar perjuangan Pas. Usaha Pas dalam gerak-kerja politik Islamnya telah membuahkan hasil dengan kejayaan memerintah beberapa negeri dan keupayaan menunjukkan contoh dan model alternative kepada rakyat. Ini menimbulkan kedengkian kepada musuh Pas yang sentiasa membuat propaganda agar rakyat menjauhi perjuangan Pas. Tetapi perancangan Allah sentiasa menang.

Ketika Pas mewujudkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), ia telah menjadi jambatan dakwah yang berkesan. Meskipun gabungan itu sekerat jalan tetapi ia berjaya meneroka pendokong baru yang membawa kemenangan di Kelantan. Kerja-kerja subversif UMNO-BN terhadap Semangat 46 menyebabkan pimpinan mereka angkat kaki. Setelah termeterinya Barisan alternatif (BA), Pas sekali lagi berjaya meneroka ruang dakwah baru, tarbiyyah dan poltiknya ke medan yang lebih besar yang membawa kemenangan di Terengganu. Selagi lagi daya tahan DAP menghadapi propaganda UMNO-BN khususnya MCA dan Gerakan dalam isu Negara Islam dan hukum Hudud menyebabkan DAP terpaksa angkat kaki. Lim Kit Siang sendiri mengakui di Terengganu, meskipun beliau bukan menentang konsep Negara Islam tetapi beliau tidak mampu menghadapi propaganda kerajaan terhadap orang cina yang menganggap Pas sebagai parti ekstrim. Penglibatan DAP dengan BA menyebabakan DAP hilang pengaruh bahkan Karpal Singh dan Lim Kit Siang sendiri hilang kerusi. Pas meskipun menghadapi propaganda UMNO-BN yang menggunakan perkauman dan agama menyerang Pas dengan DAP sebagai parti cauvanis orang cina mampu bertahan dengan kesepakatan yang dibina. Pas menggunakan masanya dengan bertahan dan menyampaikan penenrangan dan penjelasan.

Kini faktor masa menyebelahi perjuangan Pas. Setelah timbulnya Pakatan Rakyat, Pas sekali lagi berjaya mencuri peluang untuk membuktikan dasar pejuangan dengan meraih kemenangan Kedah dan Perak. Meskipun kemenangan di Perak itu singkat tetapi ia sebagai pembuka pintu bagi merubah pemikiran dan minda orang bukan Islam terhadap bayang-bayang dan cerita dongeng UMNO-BN terhadap Pas.

Apa yang berlaku di Sibu sememangnya telah menukar perspektif baru terhadap perjuangan PR mahupun erhadap Pas sendiri. Apabila SUPP-BN menyerang DAP dengan isu Negara Islam dan hukum hudud dengan harapan orang cina akan menyokong BN dan tidak mengundi DAP. Bahkan peringkat awalnya Lim Kit Siang sendiri mengakui dan bimbang dengan bayangan kekalahan akibat serangan agresif SUPP-BN dengan isu Negara Islam itu. Di merata tempat mereka menaikkan kain rentang seolah-olah undi DAP adalah menyokong Negara Islam menyebabkan orang cina tidak boleh memakan babi lagi bahkan akan dikenakan hukuman hudud. Malangnya propaganda BN itu tersasar bahkan orang cina maupun penganut kristian di Sibu tidak terkesan dengan dakyah yang dijalankan. Presiden dan beberapa pimpinan Pas mendapat sambutan hangat di Sibu. Bahkan kerjasama yang diberikan dihargai oleh Dap sendiri. Isu-isu yang melibatkan matlamat perjuangan Pas dapat dijelaskan sebaik mungkin.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri membuat kenyataan dengan mengatakan bahawa kerjasama parti itu dengan DAP telah banyak membantu masyarakat Cina di negara ini memahami Islam. Katanya, masyarakat Cina juga kini bukan sahaja memahami Islam tetapi mereka juga tidak lagi beranggapan masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.
Selepas peristiwa Sibu ini diharapkan ahli Pas dan sebahagian pimpinan Pas yang takut dengan bayng-bayang dakyah yang direka oleh UMNO-BN untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap matlamat dan dasar perjuangan Pas dapat dibuang jauh-jauh. Setengah pendokong yang mengaku ahli Pas dan berjuang untuk mencapai matlamat gerakan Islam tetapi takut untuk menyuarakan dan menjelaskan hasrat perjuangan Pas kepada orang bukan Islam. Bahkan cuba untuk menafikan dan menidakkan perjuangan yang bermatlamatkan sebuah Negara Islam. Bahkan sanggup menuduh dengan berbagai tuduhan apabila menyuarakan konsep Negara Islam.

Sekaranglah masa yang terbaik agar kita bersikap jujur. Orang bukan Islam melihat realiti perjuangan Pas sejak sekian lama yang konsisten dengan dasar perjuangan parti. Kenapa kita perlu takut untuk menyuarakan kebenaran. Yang penting konsep Islam itu membawa keadilan buat semua. Tak perlu malu untuk menjelaskan tentang tuntutan Islam ini. Kita merasakan orang akan lari daripada kita apabila kita bercakap tentang Islam. Bahkan ada yang menyatakan tidak releven lagi bercakap tentang Islam dimasa sekarang. Sebenarnya kita takut dengan baying-bayang kita sendiri. Masyarakat sedang mencari ubat yang terbaik untuk mengubati kebejatan maysrakat. Apa yang penting hendaklah ditingkatkan penerangan dan penjelasan sewajarnya. Biarlah mereka mendapat penjelasan yang jujur dan sejelas-jelasnya tentang apa itu Islam yang diperjuangkan oleh Pas. Apa itu konsep negara Islam yang kita matlamatkan.
Realitinya seluruh dunia hari ini telah menerima Islam sebagai sebuah agama yang berkembang pesat. Diakui timur dan barat meskipun ditekan disegenap penjuru. Kalaulah Dewan Himpunan Penyokong Pas sendiri mampu menarik sokongan bukan Islam bersama pimpinan dan dasar Pas. Sudah tentu masyarakat akan menerima juga kesempurnaan Islam disatu hari nanti. Usaha Pas sekian lama semenjak menubuhkan CCC nampaknya kini membuahkan hasi. Semoga Pas melihat masa depan perjuangan Islam yang lebih cemerlang dan sebagai jawapan yang konkrit kepada semua permasalahan manusia dan Negara sekarang iaitu. ‘Berubah bersama Islam’. Yakinlah dengan janji Allah Swt:-
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". (Surah as-Saf:8)

Read More !

Punca Pengundi Pos Mengundi BN. Orang PAS tak sanggup buat!

| | 19 comments

Kalau diteliti banyak kerusi samada Dun atau Parlimen yang PR kalah ke tangan UMNO-BN adalah kerana faktor undi Pos. sama seperti gugusan Felda yang merupakan asset penting dan penyelamat kepada UMNO-BN.

PRK Dun Bagan Pinang yang terletak didalamnya kem tentera terdiri daripada pengundi pos seramai 4,925 daripada keseluruhan pengundi 14,192. BN mendapat 3,521 undi, manakala PAS memperoleh 601 undi daripada keseluruhan 4,604 pengundi pos yang terdiri daripada 4,571 tentera dan selebihnya anggota polis dan petugas SPR
Di PRK Sibu Bilangan undi pos pada pilihan raya ini ialah sebanyak 2,429 undi. Undi pos yang dikeluarkan 2,827. Undi pos yang dikembalikan 2,637 dan BN telah memperolehi 2,323(82.17%) manakala PR telah memperolehi 70 undi(2.47%) serta Bebas memperolehi 36 undi. Mejoriti : 2,253 (33 kali ganda)

Kenapa berlaku demikian. Nak katakan tentera makan rasuah UMNO-BN. Takkanlah harga tentera Malaysia terlalu murah dengan boleh ditukarkan dengan harta benda dan wang ringgit. Nak katakan tentera kita takut sebab diugut. Rasanya macam tak munasabah. Kalau tentera takut dan mudah diugut nescaya boleh terbalik Negara. Mereka mudah diugut dan boleh diperalatkan oleh musuh. Ini bermakna Kementrian Pertahanan gagal dalam melahirkan tentera yang bermutu. Nak jawab kerana dipaksa ish cukup lemah dan tidak munasabah bahkan Allah sendiri berfirman bahawa mereka yang hanya member alas an dipaksa tidak diterima Allah Swt sebagaimana firmannya dalam surah al-Nisa’ : 97

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
97. Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang dipaksa". para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.
Kalau mereka tidak dipaksa mungkin inilah puncanya. Cuba lihat gambar dibawah. Rasanya inilah antara puncanya. MAKAN MAKANAN HARAM.



Kesan dari makanan yang haram ini menyebabkan jiwa sukar untuk diajak menyatu dengan hal-hal yang positif, seperti : dibuat zikir tidak khusuk, berdoa tidak sungguh-sungguh dan hati tidak tawakal kepada Allah. Daging yang tumbuh dari makanan yang haram selalu menuntut untuk diberi makanan yang haram pula. Seseorang yang sudah terjebak dalam lingkaran ini sukar untuk melepaskannya, sehingga secara tidak langsung menjadikan hijab atau penghalang seseorang memperolehi getaran/ cahaya Illahiyah

Disebutkan, setitik makanan yang haram memberikan kesan terhadap kejernihan hati. Ibarat setitik tinta yang jatuh diatas kertas putih, semakin banyak unsur makanan haram yang masuk, ibarat kertas putih yang banyak ternoda tinta. Sedikit demi sedikit akan hitamlah semuanya. Hati yang gelap menutupi hati nurani, menyebabkan tidak peka terhadap nilai-nilai kehidupan yang mulia. Seperti kaca yang kotor oleh debu-debu, sukarlah cahaya menembus nya. Tapi dengan zikir dan menjaga makanan haram, hati menjadi bersih bercahaya. Tetapi kalau binatang ini jadi makanan. Apa akan jadi?

Apakah hukum Memakan Kera atau Monyet? Berkata Abu Umar bin Abdul Birr: Telah disepakati muslimin bahawa tidak harus memakan kera berdasarkan larangan Rasulullah SAW. Syeikh ad-Damiri menyatakan bahawa: Makan kera adalah haram disisi kami (ulama Syafie). Ini adalah pendapat ikrimah, ‘ata, Mujahid, Hasan dan Ibnu Habib. Ibn Qudamah berkata dalam kitab al-Mughni: ia diharamkan dengan sebab binatang liar yang yang buas, bertaring serta kotor. Tidak harus menjualnya. Kata Ibn Abdul al-Barr: Tiada aku ketahui ada ulama muslim yang mengharuskan untuk memakannya. Kesimpulannya hukum memakan kera adalah haram didalam mazhab Syafie berdasarkan ayat: “Dan Allah mengharamkan perkara-perkara yang menjijikkan.” (56: al-‘Araf).

Rezeki daripada haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakannya. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya.

Perilaku seseorang akan berubah dengan sikap atau perangai yang buruk. Tindakannya akan menjurus kepada hawa nafsu dan mengikut telunjuk syaitan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ . إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Ingatan ini turut dirakamkan menerusi firman-Nya bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Surah al-Baqarah, ayat 168-169).

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Ibn Abbas, katanya: Beliau membacakan ayat diatas di sisi Rasulullah Saw. Kemudian Saad Bin Abi Waqqas bangun seraya berkata: Ya Rasulullah! Aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan doanya. Lantas baginda bersabda : Wahai Saad! Baguskanlah (Makanlah) makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doa (permintaan). Dan demi diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram ke perutnya, Allah tidak menerima amalnya 40 hari. Dan sesiapa di kalangan hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari makanan yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.

Makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal yang akan diterima oleh Allah. Orang yang beriman digesa agar segala amalnya bersih, jiwa dan hatinya digerakkan oleh kekuatan darah yang bersih. Sumbernya pula mestilah halal dan tubuh badannya dijauhi daripada hiasan pakaian yang bersumberkan yang haram.

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
FIRMAN Allah bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka, sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah, ayat 173)

Dan kalaulah dharurat ada pula syarat-syaratnya seperti terlalu lapar yang amat sangat dan sudah tiada makanan halal untuk menampung supaya tidak mati kelaparan. Kalau terpaksa memakannya hanya sekadar mengelakkan mati untuk diteruskan pencarian dan bukannya makan dalam keadaan redha dan gelak ketawa bahkan dengan kenyang sekali. Kalaulah hutan Malaysia ini banyak lagi perkara yang boleh dimakan termasuk buah-buah kayu, dedaun maupun kulit atau batangnya. Kalaulah latihan tetapi bukan untuk dharurat kerana perkara yang haram bukan untuk mainan.

Kalaulah makanan yang haram kita tanpa segan silu memakannya nescaya tiada sekatan untuk memilih atau menyokong tindakan pemerintah yang melakukan tindakan-tindakan yang haram.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...