Anwar: Bak Menyusun kayu Bengkok

| |
Bab menyususn kayu seberkas. Amat mudah kalau menyusun kayu yang sama besar, sama panjang serta lurus. Ia dapat ditindan maupun diikat serta diperkukuhkan. Bak lidi seberkas, tersusun cantik dan mampu digunakan dengan kekuatan yang diikat dan terhimpun. Bagaimana kalau kayu itu berbuku-buku, bengkang bengkok tidak lurus serta panjang yang berbeza.

Ini umpama tugas Ds Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Umum Parti PKR. Beliau terpaksa menyusun dan mengikat kayu yang kebanyakan sudah ditarbiah oleh UMNO-BN sekian lama. Kayu yang bengkang bengkok. Ramai teman-teman beliau adalah bekas pimpinan dan ahli UMNO. Mereka telah selesa dengan nikmat yang melingkungi diri mereka dengan pangkat, kuasa dan material sedangkan bersama PKR maupun PR menghadapai pelbagai perit getir sebagai sebuah parti yang tidak memerintah negara. Ia memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit samada masa, wang ringgit dah bahkan kebayakan nikmat yang dirasai ketika bersama UMNO akan hilang sekelip mata. Tidak mampu bertahan dengan semua ini kecuali mereka yang mempunyai ketahanan serta berpegang dengan prinsip perjuangan yang tulen.
Lihatlah firman Allah tentang sirah yang pernah berlaku: التوبة: ٤٢
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, Pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.


Realiti setelah pilihanraya Pru-12. Rakyat telah memeberi kepercayaan yang agak besar kepada PR. Tetapi jika pimpinan PR sendiri dari kalangan orang yang tidak istiqamah dan khianat kepada amanah rakyat menyebabkan akan hilang keyakinan khususnya para pengundi dan penyokong serta pendokong yang telah bertungkus lumus bekerja menarik sokongan semua sehingga memperolehi kemenangan tetapi bahtera yang dibawa hanya sekerat jalan. Apa jawapan yang akan kita khabarkan ditempat-tempat mereka yang melompat parti ini. Ia akan menjejaskan kewibawaan pimpinan PR sendiri khususnya dalam persiapan menghadapi pilihanraya ke-13.

Usaha tarbiyyah dan pengisian serta ikatan disiplin perlu diterapkan. Kita tidak mahu isu kepimpinan dalam PR menyebabkan tenggelamnya isu-isu rakyat yang sentiasa perlu di ketengahkan. Hak dan juga suara rakyat yang perlu dibela serta mengembalikan keadilan milik rakyat jangan sampai dimanipulasi oleh media dan jentera UMNO dengan menjadikan isu kepimpinan sebagai alat propaganda UMNO. Agenda pengukuhan kepimpinan perlu sentiasa dilakukan dan ia mestilah dipikul secara bersama.

Pembinaan jentera disemua peringkat perlu diperkemaskan. Pilihanraya kali ke 13 teramat singkat masa dan tempohnya. Tanpa pekerja serta pertugas diperingkat grass-root menyebabkan kepincangan akan berlaku apabila berlakuknya pilihanraya. Kita tidak mahu apabila hampir berlakunya pilihanraya, ramai yang berebut menjadi calon sedangkan gerak-kerja dan jentera tiada dilapangan sebenar. Sedangkan kita bertembung dengan UMNO beserta jenteranya tetapi bersama bapak menteri dan jentera-jentera mereka. RTM, Kemas, Belia, Felda, Felcra, Polis, Tentera, SPR dan pelbagai agensi dan kementerian disamping kerajaan negeri dan sebagainya.


Kalau kita merancang strategi, mereka juga merancang. Apatah lagi perancangan mereka beserta dengan harta, pangkat dan kuasa. Mereka pasti akan menabur pelbagai tipu-daya untuk mengikis kepercayaan takyat terhadap PR. Apatah lagi dengan nasihat Apoco antarabangsa sudah barang pasti pilihanraya ke-13 amat sengit sekali. Petunjuk Hulu Selangor yang tidak memberangsangkan mereka sudah pasti mereka akan menggunakan apa sahaja bagi mempertahankan nyawa dan kekuasaan mereka. Mereka juga sedar sekali mereka tumbang dalam PRU 13 nanti, mereka pastinya tidak mampu bangkit lagi. Tanpa harta dan kuasa siapakah lagi orang yang ingin bekerja untuk UMNO-BN? Sudah tentu semua penjilat yang berlompatan menuju ke pokok berbuah UMNO-BN akan terjun dan mula berduyun-duyun mendekati PR.

Harimau yang cedera, pasti akan mempertaruhkan segenap kemampuannya demi survival mereka. Inilah saat getir PR dalam menongkah arus ke Putrajaya. Siapakah akan istiqamah dan siapakah akan rebah?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...