Guna Toilet pun kena penjara 3 bulan

| | 0 comments

Pemerintah yang zalim akan membawa kepada semua pegawai dan pengawal mereka turut bertindak zalim. Seorang teman rapat Tun Mahathir yang masih lagi berkuasa sehingga kini meskipun menggunakan pelbagai tipu-helah untuk mengekalkan kuasa amat dikenali sebagai tokoh rejim yang ganas. Meskipun politik menjadi huru-hara, ekonomi merudum bahkan Zimbabwe dipulau oleh dunia luar tetapi beliau enggan menyerahkan kuasa bahkan terus bertakhta menggunakan tipu muslihat beliau. Musuh politik beliau, meskipun memenangi pilihanraya tetapi dinafikan bahkan beliau sanggup menggunakan pelbagai kekerasan untuk terus berkuasa. Tetapi sampai bila beliau boleh bertahan di Putrajaya beliau iaitu di Harare.


HARARE - Seorang polis Zimbabwe ditahan gara-gara menggunakan tandas pribadi Presiden Robert Mugabe (87). Sersan Alois Mabhunu, terpaksa terperap dalam penjara selama 3 bulan. Kejadian ini bermula ketika Mabhunu bertugas di sebuah acara pameran perdagangan di Bulawayo pada 7 Mei. Sebuah tandas disiapkan khusus untuk Mugabe yang hadir dalam acara tersebut. Beberapa penjaga pun ditempatkan untuk menjaga tandas tersebut dibimbangi presiden tiba-tiba saja sakit perut saat acara berlangsung. Tapi, Mabhunu yang saat itu rasa nak tandas dan beliau langsung bergegas ke tandas kelas pertama yang tidak lain adalah tandas khusus Mugabe.
Petugas, yang melihat Mabhunu masuk ke toilet Presiden, tidak boleh berbuat apa-apa karena Mabhunu menguncinya dari dalam. Selepas Mabhunu melepaskan hajat dan apabila beliau keluar dari tandas terus beliau ditangkap dan dipenjara.


Robert Mugabe memerintah Zimbabwe sejak dia membantu negara Afrika itu memerdekakan diri daripaada Inggeris pada 1980. Dalam sejarah pemerintahan rejim beliau polis dan ketenteraan digunakan sebagai alat politik untuk mengancam para penentang politiknya. Mugabe berkuasa selama 31 tahun dengan menerapkan gaya kekuasaan ala Soviet Union. Dia menempatkan satu skuadron besar polis rahsia khas dan tentara untuk menjaganya ke mana saja dia pergi. Beliau juga adalah teman baik kepada bekas PM Malaysia, Tun Dr Mahathir yang pernah memhantar bertan-tan kayu Malaysia untuk pembinaan istana Mugabe.

Read More !

Antara Najib & Anwar: Siapa yang menopause?

| | 0 comments



Najib silap baca golongan muda?



Putrajaya - Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk “mempertahankan” pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat.
“Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.



“Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan


Apakah Najib silap atau Anwar yang silap. Jangan jadi seperti berita dari negeri Najib, PM Malaysia.


Bentong, PAHANG - Seorang doktor di Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap seorang wanita separuh baya yang sudah berada di ambang menopouse tetapi didapati mengandung dua bulan.


Wanita yang memiliki dua anak, berusia 21 dan 28 tahun mengaku bahawa ia amat terkejut dengan penemuan si doctor tentang kandungannya, sebelum akhirnya ia berusaha mendapatkan pandangan kedua dari doktor lain.


"Saya dan suami saya memang sama-sama tak menggunakan kaedah perancang, namun saya tak terfikir bahwa saya sedang hamil," katanya. Mereka berdua mengaku panik ketika didapati sudah dua bulan beliau tidak didatangi haid dan beliau malah terkejut apabila doktor menyatakan beliau hamil.
Beliau yang berasal dari Bentong, Pahang kemudiannya mencari doktor lain untuk membuat pengesahan dan didapati bahawa haid beliau tidak datang bukan karena dia hamil, melainkan kerana beliau sudah masuk masa menopouse.



Ok alolahhhh!!!! ... adakah Umno-BN dah sampai masa menopause? Jangan tersalah tafsir pulak. Menopouse disangka mengandung. Kes naye nanti!!!!

Read More !

Pak Belalang: Pas Terengganu dalam bahaya, Tinggal 4 kerusi sahaja Pru 13

| | 0 comments

Ketika adinda Sultan Shahrul Najib ibni Sultan Malik Shah, pemerintah negera Beringin Ru Rendang berangkat dan singgah di Kemaman lalu memanda Nujum Pak Belalang selaku Ahli Nujum Negara telah mempersembahkan bahawa Sultan Shahrul Najib akan mengalahkan Sultan Masai yang memerintah negeri Gua Bukit Tunggal. Maka tersenyumlah adinda Sultan.


Kemaman: “UMNO Terengganu makin kuat apabila Menteri Besar (Dato’ Seri Haji Ahmad) mengambil alih ketua perhubungan,” kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman ( MPK)


Berikutan itu, UMNO Terengganu yakin sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu dapat dikembalikan semula kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13).


Ahmad Said pula menegaskan kenyataan itu dibuat berdasarkan realiti setelah mengambilkira sokongan semasa rakyat negeri ini kepada UMNO dan BN. Beliau yang juga Menteri Besar berkata, sepanjang tahun lalu UMNO berjaya mendaftar 34,000 orang sebagai pemilih manakala Pas hanya mampu mendaftar 10,000 pemilih baru. “Saya mahu memastikan semua pemilih yang kita daftar itu akan menyokong calon BN pada pilihan raya umum akan datang. “Jika itu berjaya dilakukan kita bukan saja dapat mengekalkan pemerintahan BN di Terengganu, tetapi dapat merebut semula sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi yang dimenangi pembangkang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman yang disempurnakan Muhyidin.

Dalam kes tertentu, Terengganu berbeza daripada Kelantan & Kedah. Latarbelakang politiknya serta perjuangan kepartiannya. Bahkan ketika Umno-BN Kedah & Kelantan berbalah mereka tiada sumber kewangan yang banyak. Terengganu dengan wang ehsan yang dirompak digunakan dengan sebuas-buasnya meskipun mereka saling bercakaran dan berebut harta. Tetapi kerja Allah mengatasi segala-galanya. Terengganu telah dimenangi Pas tahun 1951 dan Meskipun ketika Tan Sri Wan Mokhtar menjadi MB, Umno Terengganu sudah kaya tetapi Alhamdulillah, mereka boleh dikalahkan pada tahun 1999. Meskipun Wang ehsang bermula dan Pas tinggal 4 kerusi tetapi telah meningkat sekali ganda kepada 8 kerusi pada 2008.



Kini, semua mereka yang didaftar oleh Umno-BN sebagai pengundi dibayar Rm500. Mereka dikursuskan selama 3 hari. Setiap pemberian wang kini diwajibkan mendaftar keahlian Umno. Walaupun begitu, rakyat makin imun dengan umpan Umno-BN dan kezaliman dan penindasan serta janji-janji bohong Umno akan memakan diri mereka sendiri. Peluang pekerjaan, kenaikan harga barang yang tinggi, kos hidup semakin teruk, semuanya membebankan rakyat. Dengan kesedaran khususnya orang muda, rakyat Terengganu mampu mengulangi perubahan yang pernah mereka lakukan. InsyaAllah semoga Allah memberi kemenangan PR pada pru-13 nanti.

Read More !

Anjing yang panjang umur!

| | 0 comments

BIRZEBBUGA - Ini mungkin kes paling tragis yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir. Tapi, Subhanallah.. anjing itu tetap hidup.


Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama 'Bintang' oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta. Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui seekor anjing yang nazak. Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut didapati keempat kaki 'Bintang' diikat sehingga tidak mampu bergerak sama sekali.


Ketika diperiksa didapati 'Bintang' telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, kumpulan dokter berhasil mengambil 40 peluru yang bersarang di kepala 'Bintang' melalui sebuah operasi dihospital Ta' Qali.
'Bintang' Berjaya diselamatkan. Insiden penganiayaan binatang ini membangkitkan kemarahan masyarakat. Mereka menuntut agar hukuman terhadap pelaku penganiayaan binatang perlu dihukum berat menjadi satu tahun penjara dan denda 46.500 euro. Kumpulan pecinta binatang menggerakkan protes atas tindakan 'menjijikan' terhadap 'Bintang'. Satu laman facebook diwujudkan di mana jumlahnya sudah mencapai 7.000 pengikut. Sebanyak 1.000 tandatangan menandatangani petisyen dunia maya untuk membantu menangkap pelaku penyiksaan 'Bintang'. Mereka juga sepakat menyumbang untuk melunasi biaya operasi dan penjagaan 'Bintang'. Tawaran juga dikeluarkan bagi siapa yang berjaya menangkap penembak bintang.

Sememangnya anjing itu menjadi bintang kini. Betapa manusia mempunyai naluri sensitif terhadap kezaliman, penyiksaan dan penindasan meskipun ianya terhadap seekor binatang.
Amat malang jika manusia yang melakukan kezaliman disokong. Munasabahlah didalam Islam, orang yang menyokong kezaliman disambar api neraka.Allah membenci kezaliman. Cuma manusia apabila melakukan kezaliman pandailah ditutupnya. Mereka membunuh, memenjara manusia yang tidak bersalah, ISA tanpa bicara, memecat, menukar penjawat awam, merasuah, menipu, menindas, merompak hasil khazanah Negara… tetapi mereka pandai bersembunyi disebalik media, wang dan perunding imej mereka.


Adakah mereka ini patut diikat kaki-tangan, ditembak kepala dan ditimbus ke dalam tanah? Ye! Kalau diikut nafsu begitulah hukumannya tetapi Allah menurunkan hukum-hakamNya. Tetapi bagi yang terlepas didunia… akhirat masih menanti mereka. Bernyawakah lagi Umno-BN selepas Pru-13?

Read More !

29 ribu Euro: Jika Rosmah bertudung?

| | 1 comments

PARIS - Karima (25), seorang muslimah yang tinggal di Trappes, Perancis tetap ingin memakai jilbabnya. Jika pihak polis menyuruhnya melepaskan jilbab, dia akan melepasnya sebentar. Setelah polis pergi dan tidak melihatnya lagi, maka ia akan mengenakan jilbabnya kembali.


Namun jika ia tidak berhasil melakukannya, ia lebih memilih untuk tinggal di rumah atau pergi meninggalkan Perancis daripada harus keluar tanpa menggunakan jilbab. "Saya pernah ditawarkan untuk melepas jilbab dan akan dihadiahi 29 ribu euro, tapi saya menolak,” ucap Karima yang ketika itu sedang berbelanja di salah satu pusat beli-belah sebelah barat daya Paris.


Sejak 11 April 2011 lalu, Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy mengesahkan undang-undang baru yang melarang muslimah di Perancis untuk menggunakan burqa, jilbab dan sejenisnya. Masyarakat muslim Perancis menganggap ini sebagai penghinaan untuk Islam dan melanggar hak asasi dan kebebasan agama.
Pemerintah Perancis melarang perempuan memakai jilbab untuk menyembunyikan wajah mereka di tempat umum, bahkan di jalanan. Ia menghukum mereka yang menentang dengan hukuman denda sebanyak 150 euro. Bagi mereka yang menyuruh seorang wanita mengenakan jilbab, hukumannya adalah penjara dan denda sebanyak 30 ribu euro.


Dunia sudah nak kiamat. Kalau bertelanjang itu dianggap hak asasi tetapi kalau berjilbab itu dianggap jenayah. Bahkan kalau ibu-bapa atau suami menyuruh tanggungannya memakai jilbab itu lagi besar jenayah. Tetapi yang herannya bagi para muslimat yang istiqamah, ibadah tersebut terlalu mahal harganya dan tidak terbayar dengan harga duniawi. Mereka tetap memilih untuk berjilbab meskipun didenda. Inilah kekadang mengherankan banyak wanita di Eropah. Bahkan bagi setengah pejuang wanita barat, mereka menganggap itu sebagai penindasan dan diskriminasi terhadap wanita dan mereka cuba untuk menghalangnya tetapi mereka lupa itulah sebenarnya yang dituntut oleh wanita muslim. Ia merasai nikmatnya tersendiri. Inilah akhirnya menjadi penyebab ramai pula wanita memeluk Islam di Perancis. Perasaan ingin tahu menyebabkan mereka selongkar maklumat, mereka mengetahui hikmahnya dan akhirnya mereka memilih untuk memeluk Islam.


Yang heran dinegara kita. Takde siapa pun nak bayar kalau membuang jilbab tetapi mereka yang mendakwa pengamal islam contoh ini membuang jilbab bahkan berbangga dengan rambut sarang tebuan masing-masing. Kalaulah isteri PM memakai jilbab dan menutup kepalanya, alangkah lebih elok dan menjadi contoh buat umat Islam di Malaysia. Atau kalau Rosmah meminta RM29 ribu sekalipun, rakyat Malaysia sanggup mengutip derma bagi menyerahkan kepada beliau agar menutup aurat dan tertutup satu daripada lubang mungkar. Yelah!!! Nak harapkan suaminya sendiri, sememangnya beliau tak mampu!!!

Read More !

MasyaAllah, Mangsa seksual Strauss-Khan adalah muslimah

| | 0 comments

18 Mei. Dalam sebuah wawancara dengan akhbar Perancis 'Obarzian', MasyaAllah, didapati mangsa keganasan pemerkosaan Pengarah IMF Dominique Strauss-Kahn adalah merupakan seorang muslimah bernama Nafissatou itu sekarang berada di lokasi yang rahasia di bawah perlindungan polisi. Temuramah dengan abangnya, Blake Diallo yang mengatakan bahwa saudara perempuannya itu "banyak menangis dan menderita akibat dari dampak trauma".


Sementara saudara laki-lakinya, Blake Diallo mengelola restoran masakan Afrika di daerah New York, di mana ia datang ke Amerika setelah tinggal 16 tahun di Perancis. Polis New York telah menangkap Strauss-Kahn yang sedang berada di kapal terbang ketika cuba meninggalkan New York ke Paris awal minggu ini, setelah pengaduan Nafissatou, yang menuduh Strauss-Kahn berusaha melakukan serangan seksual terhadap dirinya. Nafissatou yang berasal dari Guinea menuduh pengarah IMF iaitu badan dana dunia itu atas usaha memperkosa dirinya di sebuah hotel di New York, di mana ia bekerja sebagai cleaning service.


Blake Diallo juga membantah adanya tuduhan bahwa saudara perempuannya sengaja memasang perangkap. "Saudara perempuannya itu bukan orang pintar… Sehingga saudara perempuan saya tidak mungkin mampu membuat cerita seperti itu. Ia adalah seorang Muslimah yang taat dan mengenakan jilbab," tuturnya.
Diallo menegaskan bahwa saudara perempuannya itu tidak memiliki pemikiran tentang politik sedikitpun. "Bahkan ia tidak tahu siapa gabenor New York. Ia adalah seorang wanita yang menjaga kehormatan dan taat, serta bekerja keras untuk memelihara anak perempuannya berusia sembilan tahun. Sebelum ini sudah ada dakwaan bahawa Dominique Strauss-Kahn mengasari perempuan pelacur yang dilanggani beliau.


Kalau benarlah tuduhan ini, betapa malangnya wanita Islam yang berada dinegara bukan Islam yang semakin parah akhlak dan feel perangai seperti era jahiliyyah. Kegagalan negara-negara tersebut khususnya Barat dan Eropah dalam menjaga keselamatan nyawa serta ketenteraman awam.


Apatah lagi jika berlaku terhadap seorang muslimah yang lemah yang diambil kesempatan keatas dirinya yang mencari rezki dinegara orang bukan Islam. Tetapi malangnya apabila mangsa adalah muslim dan orang Islam nescaya ia seolah-olah terabai hak dan pembelaan . Apakah umat Islam merupakan kelas kedua selepas yahudi & nasrani?


Dizaman pemerintahan Khalifah Muktasim, apabila seorang perempuan dihina kerana terbuka auratnya, lalu beliau menghantar tentera untuk menawan negara tersebut dengan berkata: " Wahai ibu! ini dia Muktasim, anak mu telah datang". Sekarang apabila seorang muslimah dihina oleh sedemikian rupa, 69 negara umat Islam dengan penduduk seramai 1.7 billion hari ini... mana dia Muktasim? Mungkinkah Najib Tun Razak atau Ibrahim Ali?

Read More !

Osama Muncul kembali di Internet?

| | 0 comments

Adakah anda yakin tentang Osama? Lelaki misteri ini dikatakan ketua pengganas Islam antarabangsa telah ditembak mati oleh Amerika di Wilayah Pakistan. Tetapi ramai yang ragu-ragu dan tak percaya. Kebanyakannya merupakan andaian demi andaian dan penuh tersalut misteri.


Terbaru rakaman audio Osama beredar di internet menyerukan revolusi dinegara-negara Arab dengan menguling pimpinan yang ada?
Cairo - Kelompok militan Al-Qaidah telah mengedarkan sebuah rekaman audio Osama bin Laden yang menyerukan revolusi di seluruh negara Arab dan digulingkannya musuh Islam dari dari kekuasaannya.
Al-Qaidah nampaknya tidak memiliki peranan besar dalam rangkaian revolusi yang terjadi di kebanyakan negara Arab dan Afrika sejak Januari lalu yang berhasil menjatuhkan pemerintahan otokrasi dan korup.


Menurut Al-Qaidah, rekaman itu dibuat sebelum Bin Laden tewas dibunuh pasukan khas AS. Pesan audio itu terdapat dalam sebuah rekaman yang dikirim melalui internet yang berdurasi selama 12 minit. ''Matahari revolusi telah terbit dari wilayah Maghrib. Cahaya revolusi datang dari Tunisia, membuat negara menjadi tenang dan rakyat bahagia,'' bunyi rekaman yang diyakini suara Osama bin Laden.
Namun, orang nomor satu di Al-Qaidah itu tidak memberikan keterangan jelas soal Libya, Syiria, Bahrain dan Yaman kerana demosntrasi di negara tersebut kurang berhasil dibanding Mesir dan Tunisia. Bin Laden meminta warga Arab untuk melakukan perubahan dan tentangan, bekerja sama dan menyelamatkan rakyat dari tirani.

Read More !

Angkara Buku Jingga, Najib terpijak tahik?

| | 0 comments

Konon khabar gembira. Najib dan Muhyidin nak buat gempak. Rupa kini langkah menjadi sumbang. Semuanya angkara buku jingga. Umno-BN nak juga tunjuk hero. Kononnya mereka ada idea nak lawan apa yang ditawarkan dalam buku jingga. Tawaran 100 hari buku jingga antaranya diberi kenaikan RM500 kepada semua guru yang berjumlah hampir 500 ribu orang.



Lalu berkokoklah TPM bahawa ada berita gembira sempena hari guru. Tersengihlah para guru menanti dengan penuh debaran. Tawaran apakah itu? Tup! Tup! Maka PM pun mengumumkanlah. Rupanya PM baham tahik ayam atas papan. Ini jerat Muhyidin pe? Ini telah memalukan PM. Mana muka Najib nak letak. Seolah-olah Najib nak tipu 500 ribu guru di Malaysia. Ingat para guru ni bodoh ke? Kalau UMNO dan Najib serta Isa Samad boleh tipu warga Felda, munasabah le… ni Cikgu pun nak tipu pe???



Lebih 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan



Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.
"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.



Betapa gelabahnya Umno-BN sekarang. Semuanya ini menjadi bala kepada Umno-BN. Mereka juga tahu bahawa ramai para guru menyokong pembangkang. Dengan harapan para guru besar dan penolong kanan yang terpilih dan tertapis diharapkan sebagai denak untuk menarik kebanyakan guru menyokong Umno-BN dalam pilihanraya terdekat.


Bagaimana pula mereka yang ada dipejabat pelajaran negeri (JPN), dipejabat pelajaran daerah (PPD), mereka yang bekerja hampir tersembam dan kebanyakan mereka ni penyokong tegar Umno-BN atau pengampu pimpinan Umno (bukan semua). Merekalah yang bersungguh menapis, menyaring, menukar dan mengambil tindakan terhadap para guru. Apa manfaat yang mereka dapat apabila PM umumkan berita gembira itu? Yilek!!! 3X.


Diharapkan ini semua mampu menyedarkan guru-guru Umno bahawa pimpinan Umno-BN korup idea dan gagal membela nasib para guru yang sekian lama berkorban demi pendidikan Negara. Nampaknya tawaran PR lebih adil berbanding tawaran BN. Jika anda menyokong Umno, maka satu Undi yang anda berikan adalah untuk satu kezaliman Umno-BN dan anda juga turut menyisihkan majoriti kepentingan guru berbanding manfaat sekelompok kecil sahaja. Takkan guru tak boleh berfikir bagaimana Umno-BN nak tipu mereka!

Read More !

Gambar & Catatan Perjalanan Kembara 4WD bersama Presiden Kali-2 (sambungan)

| | 0 comments

Beberapa kali pihak urusetia melawat tapa-tapak cadangan dan akhirnya Sg.Loh ini menjadi tapak Base-camp sebelum peserta Kembara Tarbawi bersama Presiden memulakan perjalanan Off-Road menawan Cengal Besar keesokan hari.



Tempat ini nampaknya amat bersesuaian untuk parking 120 buah kenderaan 4WD dan penyediaan kanopy program serta khemah-khemah kecil para peserta yang dipasang sepanjang sungai loh. Kerjasama pihak MTD Bukit Besi dalam membuat persiapan diucapkan terimakasih.


Sambutan masyarakat setempat juga amat baik. Yelah. kawasan luar bandar, amat jarang program sebegini ramai. Jadi nampaknya macam pesta pulak mereka hadir turut memeriahkan suasana.Peserta mandi manda dengan bebas. Kesegaran air sungai loh dari Gunung air terjun tertinggi dari lokasi berdekatan. Tuan Guru Presiden pun turut sama menyegarkan badan. Mesra dan mudah didekati anak-anak kecil dari kampung berdekatan. Tiada protokol, disenangi tua dan muda.


Fuh!! Macam pesta pulak



Setelah selesai makan petang. Siap ada yang membakar ikan yang dijala di sungai. fresh lagi !!!


Sembahyang melimpah keluar khemah. Peserta diluar jangkaan. Maaf persiapan ala-kadar


Selesai solat berjamaah dan mendengar Kuliah Tuan Guru Presiden. Selepas itu dibuka untuk Majlis dialog bersama presiden. Seorang peserta dari Muar, Johor yang kebetulan turut serta dari Kelab 4X$ Amal yang bertanya Kisah & pengalaman pribadi Tuan Guru Presiden dalam tarbiyyah dan Pas. Antara yang menarik beliau menceritakan kisah beliau bersama Presiden pergi ke Kabul bersama pimpinan Jamaah Islam sedunia dalam usaha untuk mendamaikan puak mujahidin yang bertelagah. Perjalanan ke Kabul yang sedang berkecamuk berperang sesame kabilah dan puak mujahidin mengambil masa 3 hari. Bertemu dengan pimpinan Ahmad Syah Masood, Hekmatayar, Gulbudin Rabbani dan lain-lain. Ketika sembahyang terawih di istana Presiden, letupan meriam telah dilepaskan ke Istana Presiden sehingga terangkat kaki sidang jamaah yang sedang solat. Peristiwa yang mencuit hati peserta semoga menambah kecekalan dan perjuangan. Banyak lagi kisah-kisah dan taujihat yang disampaikan selama 2 jam bersama Tuan Guru Presiden.


Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust Azman Syapawi Abd Rani, Tim Ketua Pemupa Pas Pusat.


Bersenam sebelum berangkat Cabaran bermula


Berpagi dalam cuaca berkabus, peserta tak sabar dan mula bersiap untuk acara Off-Road ke Cengal Besar. Memandangkan kenderaan peserta yang bukan semua lengkap dengan xtvt lasak dan mencabar dengan suasana hujan dimalam hari itu. Jalan yang licin, berbukit tinggi, sempit dan mencabar akhirnya hanya 70 buah sahaja kenderaan yang bersedia untuk perjalanan seterusnya.


Usia tak menghalang untuk mengharungi cabaran



Berkumpul untuk bermulanya untuk Off-Road


Sign-board Selamat Datang tanda bermulanya cabaran ke Cengal Besar


Fuhh!! Tayar lipan pun sangkut jugak. Cabaran kini bermula


Apa yang penting "kerjaaa samaaa"



Ramai penonton bagi semangat... nak tengok keta siapa yang sangkut. yang lekat kena tarik



Team Amal 4X4 mendaki cabaran



Sidek Khan, Pakar adventure Rain Forest, sebagai penasihat teknikal kembara


2 buah Kereta terpaksa keluar dari cabaran... sakit!
Akirnya tiba di-Camp-Site ke-2. Semua baki 60 buah terpaksa parking hanya disini. Ramai para peserta terpaksa berjalan kaki bagi menruskan cabaran.


Sebahagian peserta berjalan kaki selama 1 Jam untuk sampai ke Chengal Besar. Hanya
4X4 yang benar-benar Hardcore iaitu sebanyak 8 buah masuk ke cabaran seterusnya


Melintasi sungai yang luas antara cabaran


Bukan hanya bukit yang tinggi, lubang air yang dalam tetapi menghadapi paya yang dalam



Akhirnya tiba di Camp terakhir. Benar-benar dikaki gunung. Semua peserta terpaksa berjalan kaki hampir 1 KM menaiki gunung ke tempat sepohon cenggal besar yang hanya 200 meter sahaja lagi dengan Taman Negara.Junggle Tracking. Perbetul urat yang tersimpul. Menguju daya ketahanan.


Rehat jap. Ambik nyawa! Akhirnya Berjaya juga. Chengal Besar yang dijumpai pada tahun 1999 ketika Pas memerintah Terengganu. Berusia 1332 tahun (hampir tahun hijrah rasul) yang kalau ditebang kena diangkut 27 treller dan boleh dijual kayunya berharga RM1juta. Inilah pohon cenggal yang terbesar didunia.


Memandangkan hari telah mula hujan. Semua peserta bergegas keluar dan Alhamdulillah. Kami semua kembali ke Base-Camp pukul 6 petang.


Senyum puas. Azhan Atan juga turut serta bersama team unit amal yang datang dari Johor.


Meskipun letih, lapar tetapi cabaran ini amat mengujakan peserta. Semua mengukir kegembiraan. Program 4wd kali ini amat berjaya.Terimakasih kepasa semua pihak yang terlibat khususnya MTD Dun paka, MTD Bukit Besi, Kelab Pacuan 4 Roda Pas Dungun (PADAT), Penasihat Teknikal yang berpengalaman diperingkat Internasional, PakSidek Khan dan kepada semua yang terlibat menjayakan XPDC ini. Syabas. Jumpa untuk sessi akan datang. Vios.

Read More !

Gambar2 Kembara Tarbawi 4 X 4 Siri Ke-2 bersama Presiden Pas

| | 0 comments

Hulu Dungun: 13 Mei 2011. Dengan izin Allah konvoi pacuan 4 roda kembali mengegar. Kelab 4X4 Pas Terengganu dibawah kelolaan Lujnah Tarbiyyah Badan Perhubungan Pas Terengganu sekali lagi berjaya menganjurkan kembara dari Rusila, Marang ke lokasi Cengal Besar, Sg Loh di Hulu Dungun. Program yang padat diisi dengan kembara lasak dan pengisian rohani dan tarbiyyah kali ini Berjaya menarik penyertaan sekali ganda berbanding tahun lepas, iaitu kembara tarbawi ke blok 6 diKemaman.



Seramai 120 kenderaan 4X4 pelbagai jenis telah turut serta bersama 500 peserta bersama di Base camp di Sg. Loh. Program bermula dengan kuliah pagi jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden di Masjid Rusila dari pukul 9.00 pagi. Semua peserta dari 8 Kawasan Parlimen di Terengganu berkumpul di perkarangan Masjid Rusila, Marang. Selesai kuliah, Tuan Guru Presiden telah menyampaikan taujihat sempena majlis pelancaran.




Di Pentas Perasmian Ucapan aluan Ketua Lujah tarbiyyah Negeri


Ucapan Presiden Pas


Gimik, Tuan Guru Presiden memandu sendiri Jeep Wrangler.


Presiden melepaskan para peserta


Menyusun peserta di Kelulut, Marang


Konvoi jalanraya


Tiba di Masjid Kg.Nyior Paka

Disambut oleh AJK Masjid dan penduduk setempat


Makan bersama jamuan rakyat

Pitt Stop ke-2 ini, Makan Tengah-hari di Perkarangan Masjid Kg.Nyor, Paka. Tuan Guru Presiden telah menyampaikan khutbah jumaat kepada penduduk setempat.



Menuju ke Ketengah Jaya.


Pitt Stop ke-3, Majlis ramah mesra Presiden dengan masyarakat setempat. Nampaknya Pihak Umno telah memenuhi perkarangan Stesyen Bas Ketengah Jaya dengan bendera Umno dan mereka dengan segera membuat program dengan tujuan supaya perkarangan tersebut tidak boleh digunakan Pas.



Ucapan Presiden kepada penduduk setempat

Bertemu dengan rakan lama sepersekolahan Presiden. Alhamdulillah, program berjalan lancar.


Bertolak ke Bandar AMBS


Tiba di Bandar AMBS, Durian Mas. Disambut meriah oleh penduduk tempatan.


Tiba di Base-Camp di Sg. Loh untuk perkhemahan Kembara Tarbawi 2011

Semua peserta mengambil tempat dan kendiri sebelum persiapan untuk program seterusnya. Posting akan bersambung untuk xtvt dan gambar kembara lasak Off-Road ke Cengal Besar.
Bersambung.....

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...