Siapa bakal di sembelih selepas raya korban nanti di Terengganu?

| | 0 comments


Soksek-soksek dan sms dah bertebaran. Najib akan membuat perubahan keatas kepimpinan UMNO dibeberapa negeri yang dipegang oleh pimpinan luar sebagai Pengerusi Perhubungan negeri seperti Selangor, Kedah termasuklah Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Hisyamuddin.

Mungkin Hisyamuddin dah tak larat mengemudi UMNO Terengganu yang sentiasa bergolak tak habis-habis. Masing-masing dok berperang sesama sendiri. Berpolitik takir menakir anta team Deris dan MB sekarang iaitu Mat said.

Ketika konvensyen UMNO di Terengganu baru-baru ini, bukan main lagi pimpinan UMNO Terengganu dihentam dari kalangan ahlinya sendiri termasuk exco mereka sendiri. Tetapi biasalah pimpinan UMNO masih lagi mampu buat muka sardin. Kerana itulah dalam waktu yang terdekat ini menurut maklumat yang tersebar, pengerusi perhubungan UMNO di Terengganu akan diserahkan kepada Mat Said dan teamnya. Apa nak jadi ke jadilah. Idris jusoh akan dibawa untuk bertanding di Parlimen Besut. Untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Terengganu… Maaf! Sudah tiada tempat buatmu. Deris akan menggalas kain pergi ke Kuala Lumpur. Sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO pusat, sudah tentu ada tempat buatnya. Paling tidak pun menjadi Menteri menggantikan AP Besut yang ada sekarang sebagai menteri pacak yang terbuang setelah kejatuhan Pak Lah Badawi sebagai PM. Itupun kalau UMNO-BN masih lagi berkuasa. Kalau kapal sudah pecah dan karam di Putrajaya. Nasib ko le Labuuu…

Merujuk kepada ucapan Najib semasa persidangan baru-baru ini yang menyebut untuk membuat perubahan dan rombakan kepimpinan bagi menghadapi Pru ke 13. "Dalam masa terdekat ini saya nak buat perubahan pada kepimpinan Umno di peringkat tertentu. Moga akan lengkaplah (barisan kita)," katanya yang juga perdana menteri. Dalam ucapan penggulungan dalam mesuarat agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Najib bagaimanapun berkata akan merundingkannya terlebih dahulu dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden parti itu. "Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya berseloroh, merujuk kepada tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal - yang masing-masing mempunyai darah bangsa dan kaum yang disebutkan itu.

(Ish!!! Habis siapa yang melayu dalam UMNO ni??? Kuat sangat berjuang untuk melayu tetapi sebenarnya untuk siapa?? Jawa, Turki & Lanun??? )


Kalau benar sebagaimana rumours bahawa Mat Said akan menjadi Pengerusi Perhubungan dan Tengku Putera akan menjadi Timbalannya. Sudah tentu Pok Rosli akan senyum sampai ke telinga. Takkan tak lantik beliau kembali ke kerusi Setiausaha Perhubungan? Kalau ini terjadi. Mintak maaf le team Derih Jusoh. Sayonara & selamat Jalan. Good bye le dari politik Terengganu. Kalau ada peranan pun dalam kelab veteran UMNO atau MUBARAK iaitu kelab bekas-bekas wakrat UMNO. Deris sorang boleh le bergantung dibawah ketiak Najib? Bagaimana yang lain? Kalau 3 orang ini sebagai pencatur politik UMNO Terengganu… tiada le tempat bagi Adun budak hitam akan namanya untuk disenarai dalam Pru ke 13. Boleh le intai-intai projek. Berjinak-jinak menjadi usahawan. Tinggallah kerja ahli politik. Kecuali menebalkan muka untuk berbaik-baik dengan Mat Said dan Pok Rosli. Boleh ke????

Nampaknya UMNO Terengganu menanti belah selepas retak dah seribu. Memang tiada ubat yang paling mujarab untuk selesaikan masalah dalaman ini kecuali kekalahan UMNO dalam Pilihanraya ke 13. Apabila UMNO tersungkur barulah dibuat pemulihan semula untuk UMNO. Yelah!! Takkan Team Deris nak bairkan begitu sahaja mat Said bermaharajalela. Alang-alang celup pekasam biar sampai pangkal lengan. Alang-alang mandi biar le basah. Biar putih tulang jangan putih mata. Pada kalah sorang baik kalah berlaka.

Berilah kepada Pas untuk memerintah sementara UMNO berehat untuk berubat. Mencuci luka, berurut segala yang tergeliat dan membaik-pulih segala yang patah. Apatah wajah UMNO Terengganu amat tercalar, terpalit arang angkara Derih Jusoh menentang Sultan di Terengganu. UMNO Terengganu perlukan korban. Samalah seperti penyembelihan Pak Lah dari jawatannya. Perlu ada untuk dikambing-hitamkan. Dan semua disekeliling kambing hitam itu pun turut perlu disembelihkan. Begitulah budaya politik UMNO. Tapi nampaknya kambing putih dan isterinya yang menggantikan Pak Lah pun semakin kuat hancing kencingnya dan semakin kuat hapak tahiknya. Apakah nyawa politiknya masih bertahan selepas Pru nanti??

Siapakah bakal disembelih dalam masa terdekat ini???? Sesuai dah dengan hari raya korban dah dekat ini. Asah2 le pisau tu Mat Said!! Tetapi UMNO korban pakai keris? Perasaplah keris berlekok tu… Mat Said? Siapa bakal ditikam selepas aidiladha nanti? Tungguuuuu….

Read More !

Hudud di Portugal

| | 2 comments

Meskipun Negara barat dikenali Negara yang mengamalkan kebebasan khususnya atas alasan hak asasi manusia. Kebebasan melampau menyebabkan terhakisnya nilai moral serta sifat kemanusiaan yang dikurniakan Allah taraf kemuliaan sebagai khalifah diatas mukabumi ini. Tetapi akibat meninggalkan ajaran agama dan mengikut hawa nafsu secara membuta tuli menyebabkan mereka mengikuti jejak langkah kaum yang dibinasakan sepertimana yang dikisahkan dalam al-Quran seperti kaum ‘Ad atau kaum Thamud. Negara mereka maju tetapi akhlak mereka muflis. Akibatnya mereka dihancurkan Allah Swt sebagai peringatan umat terkemudian.

Untuk menjaga dan mengawal status manusia inilah, mereka yang mengikut hawa nafsu dan membelakangkan syariat Allah Swt menghukum mereka mengikut hokum yang sesuai dengan hikmah dan ketentuan Ilahi. Bahkan ianya sesuai dengan fitrah kemanusiaan itu sendiri. Pelanggar syariat itu telah melakukan perkara keji, jijik dari segi syara’ dan juga kewarasan manusia normal.

Tindakan Pinto membunuh Jaime di sebuah kampong di Potugal menggambarkan apa yang ditegah syara’ itu menjengkelkan dan mengaibkan.


Setubuhi Binatang Selama 12 Tahun, Dibunuh

Sabtu, 30 Oktober 2010. Keji!. Itulah kebiasaan buruk Jaime Pires (68), warga Portugal yang memiliki hobi menyetubuhi dengan binatang ternak. Keaktifannya, Jaime Pires digelar Jaime Kambinga oleh warga kampungnya di Proenca-a-Velha, Portugal.
Warga sekitarnya muak dengan tingkah lakunya, Jaime pun lari meninggalkan kampungnya. Namun malang tak berbau, ketika kembali ke kampung halamannya lagi, ia tergoda ketika melihat keledai betina bernama Russo milik Jose Gomes Pinto (55).
Tanpa berpikir panjang, Jaime pun terus menyetubuhi binatang yang mirip kuda kecil itu di kandang pemiliknya. Nahas. Aksinya keji itu di ketahui pemiliknya, Pinto. Kerana jengkel dan sudah mengetahui tabiat buruk si Jaime, Pinto terus mengambil pisau cukur dan menyembelih tengkok Pires sehingga mati.
Pinto berhujah dalam mahkamah bahawa tindakanya membunuh manusia adalah demi membela binatang dari perilaku keji lelaki tersebut. Pencabulan terhadap binatang ini terdedah saat Jose Gomes Pinto, si peternak keledai dibicarakan dan menghadapi pertuduhan membunuh Jaime.
Di mahkamah itu juga terungkap bahawa si Pires dikenal oleh masyarakat setempat sebagai lelaki yang hobinya menyetubuhi haiwan. Beberapa warga membenarkan, hobi Pires sudah sejak 12 tahun silam. Pires sering terserempak melakukan seks dengan ayam, kambing, keledai atau hewan lain, sebagaimana dilaporkan media Inggris, The Sun edisi 29 Oktober. Datuk Bandar Proenca-a-Velha, Francisco Silva, mengatakan, pembunuhan itu sangat menyedihkan, pun begitu beliau juga heran mengapa ada manusia yang nafsu terhadap binatang?


Yelah!. Walau sebebas mana pun Negara mereka tetapi apa yang diputuskan keji oleh Islam dan syara’ nescaya fitrah manusia itu menerima bahawa ianya keji. Nabi Saw telah bersabda dalam apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a :

“ مَلْعُونٌ مَنْ أَتَى شَيْئًا مِنَ‏‎ ‎الْبَهَائِمِ …”
Terlaknatlah siapa saja yang mendatangi satu jenis dari binatang ….

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata,

“ وَلا رَيْبَ أَنَّ الزَّاجِرَ‏‎ ‎الطَّبْعِيَّ عَنْ إِتْيَانِ‏‎ ‎الْبَهِيْمَةِ أَقْوَى مِنَ‏‎ ‎الزَّاجِرِ الطَّبْعِيِّ عَنِ‏‎ ‎التَّلَوُّطِ”
Tidak diragukan lagi bahwa penentangan batin secara tabie akan perbuatan menyetubuhi binatang lebih kuat dari penentangan batin akan perbuatan homoseks…

Sebab itulah hukum orang yang berzina dengan binatang sama dengan orang lelaki yang berzina sesama lelaki iaitu dibunuh. Hadis riwayat Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari rasulullah Saw bersabda :
” مَنْ أَتَى بَهِيمَةً‏‎ ‎فَاقْتُلُوهُ وَاقْتُلُوهَا مَعَهُ“‏

Siapa saja yang mendatangi binatang maka bunuhlah ia dan bunuhlah binatangnya bersamanya.“

Mungkin inilah naluri tabie yang terpancar dalam jiwa Pinto lalu mengambil tindakan membunuh Jaime. Meskipun hukuman itu tidak mengikut kaedah perlaksanaan sebenar tetapi kerana tiada Negara di Barat yang melakukan hukuman hudud di sana tetapi perbuatan keji dan songsang itu hakikatnya tidak boleh diterima oleh fitrah jiwa yang waras.

Tetapi penganut kebebasan dan hak manusia, mereka memejam mata menerimanya sebagai kebebasan seks individu? Bagaimana hak binatang yang tak boleh bersuara? Tak boleh berkata-kata? Tidakkah ini satu kezaliman? Dimana mereka yang berjuang dengan hak asasi haiwan? Tidakkah binatang ini dirogol? Manusia setan akan sentiasa mencari hujjah untuk menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah Swt. Wal’iyazubillah.

Read More !

Mohammad merampas takhta Jack & Harry di Britain

| | 0 comments


2020 bakal menyaksikan Malaysia menjadi Negara maju atau bakal diistiharkan bangkrap. Apa akan jadi di Britain ketika itu. Dalam suasana dan perkembangan Islam yang makin tersebar luas tak tertahan lagi. Meskipun mengusarkan Vatican sendiri tetaapi itulah hakikat yang terpaksa diterima.

Walaupun pelbagai isu untuk memprovokosi Islam dan umatnya tetapi graf masyarakat Britain maupun Eropah kembali kepada agama fitrah iaitu Islam semakin meningkat. Dalam suasana Islamphobia dirancang sekian rupa tetapi kuasa Allah swt mengatasi segala-galanya.
Adakah mungkin bangsa Eropah pula akan menjadi paksi umat islam suatu hari nanti? Adakah janji Rasulullah Saw bahawa takkan berlaku kiamat sehinggalah Rome akan jatuh ketangan umat Islam. Mungkin tidak melalui peperangan tetapi dengan kehebatan Islam dan dakwahnya.

Berita baik kita terima bahawa kini nama Mohamed kini pilihan pertama rakyat Britain kini.


LONDON: Nama Mohammad kini menjadi nama pilihan paling popular bagi bayi lelaki yang baru dilahirkan di Britain. Ia melonjak dari kedudukan ketiga sebelum ini dan mengambil alih nama Jack dan Harry yang menduduki tempat teratas sejak 14 tahun lalu tetapi kini berada di tempat ketiga.
Tinjauan mendapati nama Olivia pula menduduki senarai teratas nama pilihan bayi perempuan, mendahului Ruby dan Chloe. Seramai 7,549 bayi baru dilahirkan diberi 12 variasi nama Nabi Muhammad tahun lalu, antaranya termasuk Muhammad dan Mohammad.

Nama kedua paling popular ialah Oliver yang diberikan kepada 7,364 bayi, manakala nama Harry dan Alfie menduduki tempat keempat dan kelima.


Dalam suasana orang Arab sendiri tidak bersatu dan meminggirkan Islam dari pemerintahan. Dalam keadaan Negara umat Islam sendiri tidak yakin kepada sistem Islam peninggalan Rasulullah Saw dan mereka memilih untuk sekular , mungkinkah bangsa Eropah atau Asia Tengah baka mat salleh ini akan mengetuai umat Islam? Tidak mustahil! Firman Allah Swt dalam 4 tempat tentang penggantian umat aapabila mereka meninggalkan Islam.

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
Dan jika kamu berpaling nescaya digantikkan kamu dengan kaum lain nescaya mereka tidak seperti kamu… Surah Muhammad: 38

Meskipun mengambil masa tetapi jika hari ini generasi baru kini sudah mula mengenali Islam, tidak mustahil masyarakat yang dikenali sebagai maju, berdaya saing dan terkehadapan dalam dunia ini dibanyak bidang, apabila menerima Islam nescaya mereka menjadi yang terbaik. Sebab dengan Islam mereka akan memiliki kemuliaan. Tanpa Islam hanyalah kehinaan semata samada di dunia maupun di akhirat.

Read More !

Siapa Apek P.Ramlee tahun 2010

| | 0 comments

Tak sangka pulak aksi komedi dan ucapan dalam filem hitam putih ‘Madu Tiga’ arahan dan lakonan P.Ramlee wujud dizaman kini, di alaf millennium ini. Ketika Ramlee lari dihambat madunya dengan kereta spot merah Sunbeam, seorang apek yang ingin membunuh diri terjun dari pokok dan jatuh atas kereta yang dipandu P.Ramlee. kata-kata yang diucapkan apek tua itu dan diikuti orang ramai ialah “"Hilup susah matipun susah...hilup jalan sinang-sinang...mati pegang bendela......."

Najib Tun Razak kini bolehlah dianggap macam Apek P.Ramlee tetapi bukan setakat hidup dan mati susah tetapi kehidupannya menyusahkan rakyat dan mati menyusahkan rakyat. Sesuai dengan BN, ia menjadi “Beban Negara” . "Hilup menyusahkan lakyat, mati pun buat susah sama rakyat".

Ketika Pak Lah Badawi menjadi PM diperuntukkan kos baik-pulih rumah PM bernilai RM17juta. Kini apabila Najib menjadi PM, kos baik pulih meningkat menjadi RM65juta. Hidup pimpinan UMNO ni menyusahkan rakyat.

Apabila mati pun menyusahkan rakyat pula. Terbaru apabila peruntukan bagi membina Makam Pahlawan baru di Ibu Negara diperuntukkan lebih RM70juta??? Yang telah sedia ada tak mencukupi. Makam yang dibina oleh Howard ashley pada tahun 1963 itu mungkin tak cukup.

Nilai 70 juta bukan sedikit. Peruntukan untuk seluruh Sekolah Agama rakyat di Malaysia 90 juta lebih sahaja. Itu untuk ilmu agama buat rakyat. Ini untuk kubur!. Apa punya kuburlah sampai berpuluh-puluh juta ini. Mengalahkan kubur Nabi Muhammad Saw. Tidaklah kita persoalkan makam pahlawan tu tetapi melampau-lampau dalam membina kubur dengan mengguna-pakai wang rakyat itu tidak sepatutnya berlaku. Macam Firaun membuat pyramid. Menghabiskan harta rakyat dan megerah tenaga rakyat dan bani Israel hanya sekadar untuk membubuh keranda pemimpin mereka yang dipuja untuk dimuliakan tetapi hakikatnya semasa hidupnya penuh dengan kezaliman sehingga digazet didalam al-Quran.

Ketika pimpinan UMNO dahulunya berbalah dengan pihak Istana dan Sultan Melayu lalu dugunakan media dan TV untuk menyerang raja-raja. Keluarlah filem Hang Jebat. Keluarlah gambar-gambar Istana raja-raja lalu dibandingkan dengan rumah rakyat. Hatta kalau di Terengganu keluarlah gambar Makam Sultan Terengganu dibandingkan dengan kubur rakyat marhaen di Kuala Terengganu.

Hah! kini apa jadi? Para penjilat raja kini pula dok nak bina makam mereka hebat-hebat. Perabih duit rakyat. Kalau dibuat rumah untuk kediaman rakyat pun dah dapat 2,000 buat rumah. Itu hanya tempat untuk bersemadinya pimpinan UMNO-BN. Atau UMNO sudah hampir untuk dikafankan??? perlu siapkan kubur awal-awal!

Rasullah Saw sendiri pun melarang membina binaan atas kubur yang tidak munasabah. Tetapi UMNO apa peduli. Siapa yang berani tegur? Siapa yang berani larang PM? Nak harapkan pimpinan UMNO.. alamak nak sepenggal je lahh.. nak harapkan ahli UMNO… mereka dah amal wirid UMNO kini dan selama-lamanya. Nak harapkan bloggers UMNO.. mereka dah hafal .. fitnah! Fitnah! Fitnah!

Cara yang terbaik. Lingkupkan UMNO-BN dalam pru-13. Selamatkan Putrajaya dari Serigala… bagi UMNO pegang bedera putih macam si apek dalam Madu 3 itu. selesai masalah.

Read More !

Galas : Pas mendahului 317 undi?

| | 0 comments

Macam dalam dunia persilaatan, apabila tok guru silat gagal mengalahkan lawannya, beliau akan melatih anak muridnya pula untuk bertarung. Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad pernah mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.

Namun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang. Kini ku li sebagai sifu mencagarkan anak didiknya pula untuk berlawan dengan dr zulkifli. Apakah nasib dr zul di Galas pada 2008 akan berulang. Kalau ini berlaku sekali lagi ku li akan dikecewakan di dun Galas.
Meskipun begitu Pas memasuki pilihanraya di dun Galas sebagai underdog. Gua musang sebagai kubu Ku Li perlu juga diakui. Pas dikatakan mula meningkat sokongan daripada 48 peratus pengundi di Dun Galas. Di harapkan momentum ini akan berterusan sehingga pilihanraya. Duit BN pun dah macam daun pokok mula luruh di bumi Galas ini. Semoga pengundi Galas menjadi pengundi Sibu. Umpan makan kail sangkut kat dacing BN tu. Harap rakyat Kelantan menunjukkan kematangan berpolitik sebagaimana sebelumnya dalam menjadi guru politik kepada rakyat Malaysia.
dari Galas

Read More !

UMNO sudah kafir & Murtad : Dr Chandra

| | 2 comments

Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) adalah salah satu kejayaan Pas di alaf baru perjuangan sebagai sebuah parti politik di Malaysia. Walaupun ini bukan kali pertama usaha untuk memecahkan tembok perkauman dan agama oleh Pas semenjak awal penubuhan Pas termasuklah pemnubuhan CCC. Tetapi kini berkat kesabaran Pas mengembangkan mesej parti berasaskan keadilan Islam telah membuahkan hasil.

Pakatan Rakyat sendiri telah membuka ruang seluas-luasnya buat Pas untuk menyampaikan mesej dakwah. Apatah lagi Pas bukan sebuah parti perkauman dilihat lebih mesra kepada non muslim kini berbading UMNO yang kini mengambil sifat yang dilemparkan kepada Pas sepuluh atau dua puluh tahun dulu iaitu ektrimis & Rasis.

Gabungan diatas pentas idea dan pemikiran segar antara Penceramah pas, DAP & PKR seolah telah menggamit rakyat Malaysia dan generasi baru untuk melihat perkembangan politik Malaysia dialaf baru lebih dinamik dan berjejak dibumi nyata. Tidak hairanlah apabila gabungan 3 pimpinan ataupun penceramah parti-parti ini menarik puluh ribuan rakyat. Ceramah di Kuala ibai atau di tapak Ijtima sendiri bersama Lim Guang Eng, Lim Kit Siang dan Ketua Pemuda Antony Loke nampaknya diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.


Sebahagian penyokong bukan Islam yang hadir dalam Ijtima'

Kehadiran penyokong non muslim ke program Pas dan sanggup memberi ucapan mewakili mereka dilihat sebagai keterbukaan Pas sendiri yang dituduh dengan pelbagai tuduhan. Secara langsung suasana ini menafikan tuduhan2 UMNO-BN. Strategi UMNO untuk melagakan parti2 PR maupun melagakan antara kaum di Malaysia ini nampaknya memakan diri mereka sendiri. Sikap talam dua muka UMNO yang apabila menemui orang melayu memfitnah Pas diperkudakan oleh DAP dan apabila menemui Cina bahawa DAP diperkudakan oleh PAS telah gagal.

Politik Machievelli yang diamalkan oleh UMNO sudah tidak berkesan masa kini. Bahkan non muslim semakin berani menyuarakan sokongan terbuka terhadap PAS. Di setengah negeri di pantai Barat mungkin perkara ini sudah biasa bahkan Kumutha seorang hindu berbagsa India telah mengguna pakai lambing Pas bertanding di Johor. Tetapi di Terengganu ianya masih baru dan masih lagi dipropaganda oleh politik kotor UMNO-BN.
Ucapan Dr Chandra dalam Ijtima' pas kalai ke 14 di Batu Rakit, Sabtu baru-baru ni yang menyokong dasar Islam yang dibawa oleh Pas kerana kesamaan konsep keadilan fitrah manusia itu boleh diterima dengan selesa. Beliau sendiri berhujah dengan surah al-Maidah yang menyebut tentang keadilan islam yang bersifat sejagat. Tiadanya penganayaan, kezaliman dan penindasan dalam sumber Islam iaitu al-Quran. Beliau sendiri banyak meneliti Islam apabila perkembangan politik kini yang mendorong lebih ramai masyarakat mempelajari tentang Pas dan Islam.

Pas-phobia nampaknya akan mula hilang sebagaimana kempen Islam-phobia oleh musuh-musuh Islam. Dr Chandra menyatakan bahawa beliau belajar dari sumber Islam iaitu al-quran dan bukannya orang Islam apatah lagi UMNO yang dilihat sebagai merosakkan Islam. Melakukan perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau juga mengungkapkan bagaimana beliau menyokong perlaksanaan islam dan hokum hudud. Beliau tidak gerun kerana beliau tidak melakukan jenayah-jenayah tersebut. Yang memalukan apabila UMNO sendiri menentang hukum hudud. Mengikut fahaman beliau UMNO sudah kafir dan murtad.

Kalau orang melayu mendengar ucapan sebegini mesti merasa malu dan terpukul. Seolah si Hindu ini lebih memaahami islam. Apatah lagi kalau orang UMNO mendengar ucapan ini bagaimana si India ini lebih kemas hujah dan logic yang diguna pakai untuk menyokong perjuangan Islam berbanding UMNO dengan dasar assobiyyahnya. Tetapi bagi hardcore UMNO mungkin marah ucapan sedemikian. Mungkin mengatakan “sesiapa yang mengkafirkan seseorang sedang ia tidak kafir maka kembali kafir itu kepada orang yang menuduh”

Ini dah kes takfir. Kes kafir mengkafir ni!... Habis kalau UMNO tidak kafir sebagaimana tuduhan Dr Chandra, maka kembalilah kekafiran itu kepada Dr Chandra. ?????? Sememangnya Dr Chandra non muslim! Mungkin kalau ramai non muslim seperti ini berceramah diatas pentas menyokong Islam… mungkin naik gila pemimpin UMNO. Umno sendiri taknak islam, orang bukan islam pulak menyokong Islam. Apa agaknya Ulama Muda UMNO nak kata???

Read More !

Antara Konvensyen UMNO & Ijtima' PAS

| | 0 comments

Kalau Konvensyen UMNO Terengganu kali pertama hanya untuk menyelamatkan kepimpinan mereka yang berperang pun gagal. Apatah lagi ingin mendengar suara rakyat marhain dibawah. Amat sukar untuk dilaksanakan oleh UMNO-BN. Dengan ciri UMNO yang mempunyai 2 lidah dan 1 telinga itu menjadi sukar mendengar suara pimpinan pertengahan mereka sendiri. Kepimpinan mereka lebih suka membuat keputusan senyap-senyap dan memaksakan ianya dilaksanakan. Ahli bawahan hadir hanya untuk menadah telinga untuk di sogok oleh kepimpinan UMNO yang dikatakan bijak bistari.

Pas membudayakan ahli dan kepimpinannya dengan cara yang berbeza daripada UMNO-BN. Tanggung-jawab berkerja dijalan Allah adalah tanggung-jawab bersama. Masing-masing perlu melaksanakan fungsi masing-masing dan tanggung-jawab ini adalah ibadah dan pengorbanan. Salah satu caranya didalam kepimpinan Pas di Terengganu dalam memupuk amal perjuangan ini adalah dengan mengadakan ijtima Thanawi. Konvensyen kepimpina Pas Terengganu disemua peringkat secara tahunan.

Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu kali ke 14 yang diadakan di Kg Tanjung, Batu Rakit menutup tirai petang semalam dengan jayanya. Sudah 14 kali ijtima’ atau Konvensyen yang diadakan oleh Pas Terengganu silih berganti antara daerah demi daerah. Setiap Pas kawasan menjadi tuan rumah secara bergilir.
Sebelum memerintah telah diadakan Ijtima ini untuk menghimpun kepimpinan peringkat negeri dan kepimpinan disemua peringkat hatta ke grass-root parti hingga ke peringkat cawangan. Masing-masing boleh menyuarakan pandangan, kritikan, komentar secara berdepan. Ia menjadi satu wadah bagi muhasabah Pas Terengganu pada tahun berkenaan dan dalam masa yang sama merangka gerak-kerja perjuangan ditahun mendatang.

Ijtima pertama diadakan di Rusila, marang dan satu pembentangan kertas kerja berkait Pusat khidmat dibentangkan. Sehingga kini semua Dun menggerakkan Pusat Khidmat demi menjadi pusat aktiviti dan berkhidmat untuk rakyat. Briged khidmat juga diwujudkan dibawah Lujnah Kebajikan Pas Terenganu.

Ketika Pas memerintah 1999-2004, Ijtima diadakan di Bari-Setiu, Bkt Keluang-Besut, Seberang takir-Kuala Terengganu. Ia nampaknya lebih terbuka dan penglibatannya menggamit rakyat Terengganu yang meluas. Bahkan Kerajaan Terengganu pimpinan Pas mengadakan dialog rakyat secara terbuka. Rakyat boleh meluahkan pandagan dan kritikan secara berdepan dengan pimpinan. Ketelusan kepimpinan Pas Terengganu itu tidak pernah dibuat oleh dek orang meskipun pejuang demokrasi dan yang mendakwa pejuang kebebasan suara rakyat. Tanpa rasa takut, malu atau bimbang kerana mereka yakin bahawa mereka memerintah dengan telus, amanh dan bertanggung-jawab. Sebab itu mereka sanggup berdepan dengan rakyat. Dialog bersama dengan pegawai dan kakitangan juga diadakan. Sehingga ke peringkat daerah-daerah.
Kesediaan Pas menjadi pendengar yang baik bagi rakyat menyalurkan pandangan dan rasa hati adalah saluran bagi melahirkan kebertanggung-jawaban bersama, rasa kekitaan bahkan berkongsi rasa amanah dengan kepimpinan Allah Swt terhadap manusia sebagai khalifah diatas mukabumi ini. Kelemahannya kerana rakyat yang berada dibawah pemerintahan UMNO sekian lama dicengkam, ditutup mata dan telingga mereka, dilatih hanya untuk mendengar dan taat semata menyebabkan ketelusan kepimpinan Pas disalah-gunakan. Bahkan kekadang dipergunakan oleh UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pas.

Selepas Umno kembali berkuasa, Ijtima ini diteruskan seperti biasa. Bahkan semasa Datuk Ahmad Said merasakan kerusi MB Terengganu terlalu panas, beliau terpaksa memberikan Dewan Berlian di Kemaman untuk Pas mengadakan ijtima’. Apa peduli dengan kontreversi. Ia hanya sekadar buih-buih yang menambah serinya ombak di pantai. Sekadar sementara. Tetapi matlamat Ijtima’ adalah untuk menghimpunkan semua tenaga kepimpinan disemua peringkat untuk digarap bagi meneruskan agenda perjuangan. Ucapan Presiden dalam membentangkan ucap-utama untuk diambil tindakan dan perjalanan yang merupakan perngarahan kerja secara langsung dnegan petugas parti. Kerja –kerja secara berterusan perlu dilakukan dalam rangka mengembeling public opinion dan membina imej kepimpinan dalam Pas kepada masyarakat bahawa Pas adalah alternative terbaik kepada UMNO dalam pru-13 nanti.

Dengan tema tahun ini “Demi kedaulatan Islam, Perkasakan Jihad”, Pas mengharapkan agar komuniti setempat khususnya Dun batu Rakit dan Parlimen setiu bahkan umumnya negeri Terengganu akan turut bangkit untuk mempersadakan bersama gelombang rakyat bagi menggasak UMNO keluar dari Putrajaya.
Diharapkan hala tuju perjuangan ini akan digerakkan juga diperingkat pas kawasan hatta dun-dun maupun keperingkat cawangan-cawangan agar keterlibatan serta mengambil faham amal perjuangan ini merata kesetiap umbi masyarakat dan rakyat. Pas Terengganu mendidik dan mentarbiyyah ahlinya sama seperti kepimpinan pusat dengan sidang muktamarnya. Mendengar, membahas, berwacana, bertaaruf, mengukuhkan ukhuwwah serta berkongsi kekuatan bagi mengembelingkan perjuangan.

Sambutan mesyarakat amat membanggakan bagi ijtima ke 14 ini. Bermula dengan agenda masyarakat setempat dan program kepemudaan yang disertai semua lapisan masyarakat. Tidak ketinggalan dalam ijtima kehadiran Dewan himpunan Penyokong Pas. Ucapan Dr Chandra yang mewakili DHPP yang menyokong dasar-dasar Pas dan sanggup bersama-sama dengan kepimpinan ulama dan matlamat mendaulatkan islam amat membanggakan. Apatah lagi disaat MIC dan MCA yang sudah teramat goyah dalam kepimpinan UMNO-BN. Dalam ceramah pelancaran yang membariskan Presiden Pas, MB Kedah YAB Datuk Seri Azizan dan juga Ketua DAPSY, YB Antony Loke telah menarik ribuan pendengar setempat khususnya dikalangan golongan muda. Ini menampakkan tanda-tanda jelas satu gelombang dan kebangkitan rakyat telah mula meresap bagi meneggelamkan keresahan rakyat akibat kepimpinan UMNO Terengganu yang bercelaru dan kehilangan arah. Hanya tarikh keramat PRU ke 13 sahaja yang dinantikan.

Read More !

Apabila bughah Kelantan mengampu Saddam Hussein di PWTC!

| | 0 comments

Kelantan baru dapat rampas royalty dan baru sekali kecap membahagikan wang ehsan, melangit dan naik hangit diampunya UMNO-BN. Yelah! Takkan nak harapkan PR yang memuji UMNO. Tetapi Nampak sangat bahawa betapa terdesaknya UMNO kini dalam mempertahankan survival dan jangka hayat mereka. Mereka ini amat terasa betapa nyawa sudah sampai dihalqum.

Ketika dalam perhimpunan agung MCA, betapa Najib merayu agar mengharapkan kemenangan BN dalam Pru-13. Nampaknya dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini, Najib terpaksa mengistiharkan jihad demi menyelamatkan Putrajaya. Menuntut pengorbanan apa sahaja dari ahli UMNO demi kekuasaan beliau meskipun mati syahid.

Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” – petikan ucapan Najib .

Betapa ketakutan UMNO membawa mereka ke penjuru gelanggang. Mereka berkeadaan bertahan dengan isu ciptaan mereka sendiri. Serangan demi serangan kepada PR menjadi racun buat mereka sendiri. Pelbagai isu samada kerajaan PR di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang maupun Selangor untuk dijadikan isu memakan diri mereka sendiri. Bajet 2011 yang diumumkan hanya menjadi gurauan rakyat hanya kerana dek ‘seluar dalam & baju tidur Rosmah’. Apatah lagi lapuran menunjukkan Kerajaan BN akan tumbang dalam PRU ke 13. Mood rakyat sendiri berkobar-kobar untuk menghambat UMNO-BN dari Putrajaya. Tun Mahathir sendiri terpaksa menyingsing lengan kembali membantu Najib demi mengelak sumpahan Arwah Fadhil Nor, Presiden PAS yang berdoa agar beliau mempunyai umur yang panjang bagi menyaksikan kehancuran UMNO-BN.

Najib seperti Saddam Hussein sekarang. Ketika beliau berada di mercu kekuasaan, betapa kezalimannya tiada batas. Ulama dipenjara, pejuang islam dibunuh dan diseksa. Para penentang beliau dizalimi bahkan menantunya sendiri pun ditembak mati. Parti Baath yang berideologikan sosialis-komunis mengenepikan Islam sedemikian rupa. Tetapi apabila beliau diambang kejatuhan lalu ‘jihad dilancarkan. Mati syahid dituntut’. Seolah-olah beliaulah amirul mukmini. Negara Iraq sosialis itu umpama Negara Islam madinah al-munawwarah. Rakyat perlu bersama dengan beliau demi menyelamatkan Taman Babylion.
Sekarang skrip yang sama dihafal oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Pelbagai kezaliman dan penghinaan terhadap Islam dilakukan sepanjang lebih separuh abad UMNO-BN memerintah. Hari ini pemimpin yang dahulunya penggadai tanah-air, perompak mahsul Negara, peminum arak, penghalal judi, penghina Islam dianggap sebagai bapak kegemilangan Islam. Hari ini wakil UMNO Kelantan menganggap pimpinan mereka bak Rasulullah dan PR bak ‘ahzab’ .

Jangan musnah kegemilangan Islam

KUALA LUMPUR 21 Okt.Usaha pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO diumpamakan sebagai mengulangi sejarah Perang Ahzab apabila Nabi Muhammad SAW diperangi oleh satu pakatan diketuai musyrikin Quraisy.
Wakil Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, peperangan itu berlaku apabila pakatan yang turut disertai oleh orang munafik dan Yahudi berusaha menghancurkan kerajaan Islam Madinah yang baru ditubuhkan oleh Rasulullah.

“Kita telah bina tamadun Islam begitu lama kira-kira 53 tahun daripada zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama) dan diteruskan oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Ia berdasarkan Piagam Madinah iaitu bersama-sama dengan bukan Islam untuk memerintah sebuah negara dengan Islam menjadi terasnya.
“Tetapi sekarang terdapat sebuah ‘ahzab’ atau pakatan di sebelah sana yang bertindak sama seperti pada zaman Rasulullah yang harus kita tewaskan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini hari ini.

….. “Bagi mengelak perkara ini daripada berlaku, orang Melayu perlu bersatu untuk menolak pakatan ini yang mahu memusnahkan kegemilangan Islam yang dipelopori UMNO,” katanya. Tambah beliau, setiap ahli UMNO perlu sama-sama berdoa bagi memohon pertolongan Allah untuk menewaskan pakatan berkenaan sama seperti Rasulullah memohon pertolongan Allah ketika Perang Ahzab iaitu:
“Ya Allah, kerajaan Islam ini adalah kerajaan yang baru dan agama ini adalah agama yang baru. Tolonglah ya Allah, turunkan hikmah-Mu supaya kegemilangan tamadun Islam yang aku bina ini akan terus terpancar di muka bumi ini,” katanya.


Penjilat perlembagaan yang digubal oleh penjajah Lord reid ini tanpa rasa malu menyamakannya dengan Piagam Madinah. Negara Malaysia sekular umpama Negara madinah al-Munawwarah. Pimpinan UMNO bak sahabat Rasulullah.
Wakil UMNO ini seperti meludah kelangit. Terpercik airliur kemuka sendiri. Kalau nak mengampu pun biar munasabah. Betapa kejahilan UMNO dan tipu daya pimpinan mereka berjaya mengabui mata sebahagian mereka. Inilah sebenarnya saudagar mimpi yang disebut Najib. Wakil Kelantan itu sendiri sepatutnya bermuhasabah, untuk apa beliau menentang kerajaan negeri Kelantan khususnya kepimpinan Nik Aziz? Untuk apa beliau menjadi penentang ulama yang bertunkus lumus menegakkan teras Islam di Kelantan, serambi Mekah itu selama 20 tahun??

Jangan pelik kalau UMNO pun membaca doa Rasulullah Saw. Krana semasa perah Badar, Abu jahl yang menentang Rasulullah Saw yang membawa perjuangan Islam pun berdoa. kepada Allah Swt bagi mengalahkan Muhammad Saw. Rasanya bukan doa Rasulullah Saw yang patut beliau baca. Cuba UMNO melihat doa yang dibaca oleh abu jahl ini:-

"اللهم أقطعَنا للرحم، وأتانا بما لا نعرفه، فأَحِنْه الغداة، اللهم أيُّنا كان أحبَّ إليك، وأرضى عندك، فانصره اليوم"

Firaun pun mengaku beliau betul. Apatah lagi beliau ada kuasa dan material. Siapa berani menentangnya? Bahkan Nabi yang menentangnya dianggap sesat.

قَالَ فِرْعَوْنُ مَا أُرِيكُمْ إِلاَّ مَا أَرَى وَمَا أَهْدِيكُمْ إِلاَّ سَبِيلَ الرَّشَادِ
Berkata Firaun: Aku mengemukakan kepada kamu pandangan ku apa yang baik dan aku hanya menunjukkan kamu jalan yang benar” surah al-Ghafir : 29

Tetapi hakikatnya Allah sendiri yang menafikan kepalsuan Firaun.

وَأَضَلَّ فِرْعَوْنُ قَوْمَهُ وَمَا هَدَى
Dah Firaun telah menyesatkan kaumnya dan bukannya memberi petunjuk” surah Taha: 79.

Dalam surah al-Baqarah juga Allah berfirman:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ . أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ
dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah melakukan kerosakan diatas mukabumi ini mereka menjawab, bahkan kami melakukan kebaikan. Ketahuilah bahawa mereka itu melakukan kerosakan tetapi mereka tidak menyedarinya". Surah al-baqarah : 11-12

Yang penting kebenaran itu selari dengan al-quran dan as-sunnah Baginda. Apakah UMNO-BN mengikut 2 sumber ini?

Read More !

Hj Naguib : Babi tukar kepada khinzir! Halal ke?

| | 0 comments

Apa! Buang tebiat ke? Biasanya itu tanda orang nak mati. Kalau bukan mati fizikal tetapi mati karier politik. Adakah ini penggal terakhir Khairy memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO? Atau UMNO sendiri buat kali terakhir bermesyuarat agung di PWTC? Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda yang tidak diberi apa-apa jawatan dalam kabinet meskipun memenangi Ketua Pemuda Umno.

Meskipun berkelulusan Oxford, nampaknya beliau cuba tukar tembuni UMNO Pelapis. Daripada berkematu dengan istilah penjajah British kepada istilah Arab. Istilah yang diperkenalkan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasarnya seperti "manhaj" (kaedah) dan "maqassid" (tujuan) dalam mencapai "politik baru" . Tetapi malangnya nampaknya diabaikan oleh para perwakilan di perhimpunan Pemuda disebelah petangnya.

Betul ke Ketua Pemuda UMNO ni? Bercakap macam Ketua Pemuda PAS pulak ataupun percakapan ahli gerakan Islam seperti ABIM. Atau mengikut lunak bahasa DS Anwar Ibrahim. Terma dan istilah Islam itu seolah-olah terlalu asing dalam kamus dan kepala UMNO, maupun ahlinya. Apatah lagi pelapis UMNO. Macamlah rockers nak bernasyid pula. Macam berseluar pendek tetapi berserban. Tak ngam langsung. Perjuangan UMNO yang sekular dan beramal dengan peninggalan penjajahan British tetapi didendangkan dengan istilah perjuangan Islam.

Apa tujuan Khairy sebenar? Nak mengambil hati ulama muda ke? Dengar kata DR Asri pun turut hadir. Adakah nak menunjukkan perjuangan UMNO pun Islam juga. Apakah sekular dan perjuangan kebangsaan itulah “manhaj UMNO” dan kebendaan dan materialism itu sebagai “Maqasid UMNO”. Apakah dengan menjenamakan istilah itu menjadikan perjuangan UMNO lebih halal? Lebih islam? Lebih baik daripada PAS? Semacam dalam gambar diatas. Bolehkah dengan membubuh nama “haji Najib” sebagai tokey atau tukang sembelih atau logo“Halal” akan menghalalkan babi yang dijual???

Medan UMNO bukan tempatnya. Kalan nak cakap Islam mereka lebih baik masuk Pas. Dalam UMNO ni mereka cuba mengekalkan assobiyah melayu tulen. Atau inikah transformasi "Islam Moderate" yang dicanang oleh Najib. Dek kerana kejanggalan dan betapa asingnya istilah seperti itu semenjak lebih 50 tahun diasuh dan di didik oleh UMNO menyebabkan perwakilan tidak mempedulikan dan menarik minat untuk dibahas. Tahniah Khairy kerana cuba untuk mengheret pemuda UMNO kearah transformasi. Tetapi malang, idea hebat dan cemerlang beliau gagal disambut oleh para pemuda UMNO. Sebaliknya tumpuan dalam perbahasan perwakilan antaranya berkisar kepada wakil Pemuda Kedah, Basorri Hassan dalam menilai prestasi Khairy sebagai ketua pergerakan tersebut.

Basorri nyata kesal apabila Khairy tidak berjaya memperkukuhkan pergerakan pemuda di negeri itu. Keadaan ini dikhuatirinya akan menjejaskan peluang Umno untuk merampas kembali pentadbiran negeri itu.
Malah, beliau juga seolah-olah cuba mencabar seruan oleh Khairy supaya pergerakan itu mengambil pandangan yang lebih sederhana dalam memperjuangkan isu melibatkan kepentingan Melayu.

Tanpa berselindung, Basorri dalam sesi perbahasan ucapan dasar ketua pergerakannya disebelah petang berkata, Khairy lebih banyak "bergaduh" dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) daripada menjalankan usaha untuk "memperkasakan" pergerakan itu di Kedah.

Nampaknya gelora pemilihan agung dulu belum tamat. Gelombang juga dah dipanaskan. Mungkin belum Dr Mahathir mati beliau ingin menyaksikan mukhriz menjadi Ketua Pemuda UMNO. Nampaknya kalau Khairy ingin mengguna istilah-isltilah Islam yang lebih banyak dan meluas, bukan UMNO tempatnya.

Beliau sendiri menggambarkan dirinya bagai itik dalam air. Nampak kepala diatas air relax dan tenang tetapi reality sebenar kakinya tanpa henti mengipas air. Kesian nasib menantu Pak Lah ini. Nasib baik bapak mertua yang sudah terbuang itu turut hadir untuk mendengar luahan dan lipur lara menantunya itu. Paling kurang kalau nantinya Khairy terpelanting jua, boleh lah guna kalimah Pak Pandir… bukan anak kita aje yang mati, anak orang pun mati juga. Bukan bapak mertua aje yang kena, menantu pun kena juga!

Read More !

BN SABAH: Masuk syurgapun kena ada kuota!

| | 0 comments

KUALA LUMPUR, 19 OktSeorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.

"Jadi orang Sabah kata, ini BN mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana dikawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?
“Ke mana kuota 35,000 jemaah itu diberikan kerana apabila kita minta kuota, Tabung Haji kata sudah tidak ada kuota...tahun ini, seluruh Sabah hanya mendapat 1,000 kuota...sedangkan kalau bagi 2,000 kuota bagi 13 negeripun, baru 26,000," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang mencelah bahawa Tabung Haji kini sudah "lari" daripada asas matlamatnya iaitu memberi kemudahan kepada jemaah haji menunaikan ibadah kepada perniagaan.
"Tabung Haji ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud dan macam-macam pakej kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am di mana VVIP, kawan-kawan, anak saudara pergi naik haji... bayar RM10,000 semua kelas pertama... ini mana boleh.
"Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun kais pagi, makan pagi... kenapa, Tabung Haji untuk orang kaya sahajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej yang mahal-mahal," kata Abdul Ghapur.


Alamak Teruklah macam tu. Kerajaan BN tapis dulu orang nak masuk syurga? Yelah. Di Sabah dan Sarawak, kefahaman tentang agama Islam masih lagi lemah berbanding negeri-negeri di Semenanjung. Inilah jasa UMNO-BN. Mereka tahu kalau pengetahuan Islam tinggi dikalangan rakyat nescaya mereka akan pasti meninggalkan UMNO dan PAS adalah pilihan mereka. Bagi mereka kejahilan itu asset buat UMNO.

Kerana itu timbulnya kefahaman sedemikian. Tetapi kebimbangan mereka juga ada alasannya. Pihak Tabung Haji dan ulama-ulamanya boleh menjawab dan memberi penjelasan. Kalau dulu yang dikatakan berkemampuan itu adalah kesihatan maupun kewangan. Kini, meskipun pengangkutan sudah canggih dan boleh sampai ke Mekah hanya beberapa jam sahaja tetapi tanpa kuota nescaya tak dapat pergi. Bayangkan kalau saudara mendaftar hari ini untuk pergi ke Mekah, nama saudara akan terpilih 10 tahun akan datang.

Mengikut Islam, penangguhan pergi ke Mekah kepada orang yang berkemampuan dengan sebab syara’ hanya 2 tahun sahaja dan jika tanpa uzur nescaya ia akan menanggung dosa besar. Siapa nak tanggung dosa ini? Tetapi ini bukan kehendaknya? Ia diatur dan dipilih oleh pihak Tabung Haji. Persoalan BN-Kalabakan itu ada rasionalnya juga kerana kekadang kalau anda ada ‘kabel’ dalam Tabung Haji nescaya ada kuota buat anda? Kalau anda ada pakej mahal-mahal. Hari ini daftar, hari ini dapat kuota. Itu belum kira golongan VVIP yang boleh pergi tiap-tiap tahun. Nanti dikatakan pula “BN: ada kabel baru boleh masuk syurga!”
Tabung Haji sekarang ini dah memiliki keuntungan belipat-lipat dan cabang perniagaan pun dah pelbagai. Termasuklah ladang kelapa sawit, pelaburan hartanah dan sebagainya. Pendapatannya pada tahun 2009 sahaja berjumlah RM1.7 bilion bagi tahun 2009 berbanding 2008 pendapatannya sebanyak RM1.5 bilion. Semenjak 2006 keuntungannya setiap tahun melebihi 1 billion. Jumlah pendeposit seramai 5.1 juta pendeposit di Tabung Haji mendepositkan dana terkumpul RM23.6 bilion.

Sepatutnya dengan keuntungan seperti ini banyak lagi perkhidmatan khususnya kepada pencarum bakal-bakal haji dan kadar bayaran akan dapat dikekalkan dengan harga sekarang iaitu RM10,000. Bayaran itu pun bukan mengakibatkan Tabung Haji menjadi rugi. Dan kuota itu dimanfaatkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Tetapi perlu juga diingat. Apabila melihat duit tabung haji yang banyak ini, ada orang yang meleleh air liurnya. Kalau Tabung KWSP, Tabung Angkatan Tentera, FELDA dan pelbagai dana kekadang diperah. Tak mustahil ramai serigala sedang menanti untuk melapah Tabung Haji. Sebelum ini pun dah acap kali penyelewengan berlaku di Tabung Haji. Para pegawai dan kaki tangannya berhempas pulas demi keuntungan Tabung Haji tetapi bila duit dah banyak... ada pulak yang tiris. Jangan nantinya bakal-bakal haji ini pulak jadi mangsa. Kalau Dana PPRT orang miskin pun sanggup disapunya. Inikan pulak duit pak haji. UMNO-BN kan… bukan tak tahu!!!

Read More !

Kenapa Pemimpin UMNO taknak mati dalam UMNO?

| | 0 comments

Pengasas UMNO sendiri taknak mati dalam UMNO. Datuk ONN mati diluar UMNO. Tunku Abdul Rahman selaku pengistihar kemerdekaan mati dalam perjuangan Parti Semangat 46, bukan dalam UMNO. Termasuk Hussein ONN. Ghaffar Baba sahaja yang agak setia, yang mati dibungkus kerandanya dengan bendera UMNO.

Manusia ini biasanya apabila usia sudah dipenghujung, ketika keinginan untuk berkuasa, memiliki harta dan pengaruh nafsu sudah kendur, nescaya mereka akan membetulkan haluan kehidupan. Mereka akan memilih jalan pulang kepada Tuhannya. Mereka akan mula bertaubat. Itu kepada yang perjalanan hidup yang normal. Tetapi kalau mati dalam keadaan terkejut itu lain ceritalah.

Bagi ahli politik yang bergelumang dengan perjuangan dengan harapan dan cita-cita mereka sepatutnya mereka bangga mati dengan perjuangan semsa muda mereka. Tetapi apabila perjuangan mereka itu sendiri tidak membuahkan hasrat dan matlamat perjuangan, nescaya jiwa mereka meruntun untuk merasa kecewa untuk meneruskan perjuangan.

Dr Mahathir sendiri pun dah keluar dari UMNO tetapi membuat U-Turn semula. Itu pun ia menghamburkan kekecewaannya menyalahkan pemimpin yang "berjurus dan betul bendul" iaitu Abdullah Badawi. Untuk dijadikan kambing hitamnya atas kegagalan UMNO. Kita tunggu adakah Dr Mahathir dan Abdullah Badawi selesa mati dalam perjuangan UMNO???
Ialah masa depan. belum tentu lagi!

Penulis sendiri biasa berbual dengan veteran UMNO. Ketika mereka sudah tiada jawatan dan tiada kepentingan. Ketika jiwa dan akal tenang daripada gejolak nafsu muda yang berkeinginan pangkat dan kuasa. Gah dan dipuja. Mereka cukup kecewa dengan UMNO. Mereka tahu buruk baiknya sehingga ke tali perut UMNO. Kesimpulan yang dibuat UMNO adalah parti cari makan. Bukan parti untuk hidup dan mati bersamanya. Bukan parti dunia akhirat.

Lain dengan Parti PAS. Semenjak penubuhan Parti SERIKAT ISLAM 1926 di Beserah, Kuantan lagi ianya meletakkan asas dan perjuangan yang selari dengan fitrah iaitu Islam. Cuma kembang dan kuncupnya perkembangan partinya tetapi asas pejuangan sentiasa subur. Setelah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong, antara kepimpinan SERIKAT ISLAM di Terengganu dibuang ke Mekah oleh Penjajah setelah peristiwa perang diPadang kacung, juga syahidnya Tok Janggut di Kelantan, timbul pula PARTI HIZBUL MUSLIMIN di Gunung Semanggol, Perak. Setelah pimpinan mereka termasuk Abu Bakar al-Bakir ditangkap kemudiannya lahir pula PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) sehingga pejuangan ke hari ini telah membariskan mereka-mereka yang sanggup memperjuangkan apa sahaja demi pejuangan bersama PAS ini. Harta-benda, masa, bahkan nyawa diberi percuma tanpa bayaran demi perjuangan PAS. Mereka juga sanggup dipenjara, dibuang daerah, ditukar jawatan, sanggup menghadapi kerenah dan tribulasi kezaliman pimpinan UMNO terhadap mereka. Kenapa?

Cuba Tanya para pemimpin UMNO dan pengikutnya? Kalau tiada wang adakah nadi UMNO kini akan berdenyut. Mustahil jawapnya. Kalau tahun 1946 dulu mungkin ya. Tetapi kini?? Parti Semangat 46 telah membuktikan. Apa nyawa UMNO di Kelantan? Duit! Duit! Duit! Di mana kau Duit! Sebab itulah apabila mereka sudah semakin tua dan duit sudah bukan matlamat… nescaya dia akan merasa boasan dan kecewa dengan pejuangan, masa, dan pengorbanan bersama UMNO selama ini. Apatah lagi pemimpin mereka bertelingakan satu dan lidahnya ada dua. Apa yang dirasai oleh Datuk Karim Ghani, itulah yang dirasai oleh ramai bekas ahli UMNO yang ramai mengganggotai PAS demi perjuangan fitrah dan demi kepentingan Islam. Perjuangan yang selesa sehingga kepenghujung usia. Pejuangan dari dunia membawa ke akhirat.


Ahli Politik Veteran Karim Ghani Keluar Umno

KOTA KINABALU: Seorang ahli politik veteran utama yang membawa Umno masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani, mengumumkan beliau keluar dari parti itu, Isnin. Karim adalah antara bekas pemimpin Usno (United Sabah National Organization), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan membawa Umno masuk ke Sabah pada 1990an. Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno.
Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini.

"Saya telah keluar dari Umno berkuat kuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai," katanya pada sidang akhbar di sini. Karim berkata beliau sudah bosan dengan kegagalan Umno untuk mencapai objektif memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.
Bekas naib presiden Usno itu menyertai kumpulan yang setia kepada Usno yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan Usno.

Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin Usno merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka. - BERNAMA

Read More !

DS Hishamuddin Fitnah Pemimpin UMNO dalam Konvensyen Terengganu

| | 0 comments

Konvensyen UMNO Terengganu yang diharapkan menjadi medan perdamaian dikalangan jaguh-jaguh tomoi UMNO rupanya pembuka gelanggang untuk membelasah sesama sendiri. Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu sendiri selaku naib Presiden UMNO nampaknya meniup nafiri bagi bermulanya gendang perang.

Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO yang diharapkan menyelesaikan permasalahan dalaman yang diketahui umum itu, tetapi sebaliknya membedal dikalangan kepimpinan UMNO sendiri. Mungkin meluahkan rasa sedih dan sakit hati setelah sekian lama diberi kepercayaan memimpin Umno Terengganu tetapi gagal membawa perubahan. Gagal meletakkan ubat bahkan semakin membarah. Team Deris keras-keras. Gedebe gedebe. Team Mat said pun jenis keras-keras, jenis gedebe-gedebe jugok. Habis yang pergi lantik si lembut tu jadi Pengerusi Perhubungan apa pasal??

“Krisis UMNO Terengganu selesai” UMNO sudah pulih” “UMNO kini Bersatu”.. itulah yang menjadi wirid apabila disoal wartawan dan pihak media. Semakin disebut semakin bermasalah. Semakin diulang semakin tak berselesaian. Makin berpanjangan. Semakin diberitahu semakinlah orang tak percaya. Mungkin dah letih Hisyamuddin cuba untuk menjampi dan menepung tawar. Turun berbuka puasa.. sudah. Turun berprogram hatta yang terakhir turun berdikir barat di Besut. Tak jadi jugak… Konvensyen pulak. Nampaknya ia menjadi medan menghentam kepimpinan UMNO Terengganu sendiri… basa jenis musang berbulu ayam! Tidak ikhlas! Bukan UMNO tulen! Tidur & gemuk je dalam UMNO!... gomol Hisyamuddin gomol! Tetapi siapa???? Betul ke? Ke tuduhan dan fitnah semata-mata?

Tak baik Datuk Seri Hisyamuddin memfitnah macam tu??? Takkanlah pemimpin UMNO Terengganu macam tu? Selama ini kan pemimpin UMNO Terengganu ni ikhlas, pejuang tulen. Berjuang untuk rakyat sehingga tak sempat tidur dan makan. Tak ada kepentingan peribadi. Semuanya zuhud. Membela rakyat. Yang Datuk Hisyamuddin marah-marah tu biasanya UMNO kata semua tu sifat orang PAS. Pemimpin PAS. Rasa macam tak percaya pulak?? Tak baik Datuk Seri memfitnah pimpinan UMNO Terengganu dihadapan orang Terengganu sendiri. Nak kena report polis ni? Pemuda UMNO takkan diam aje. Tak dak report polis? Buktikan tuduhan itu! kalau tak hah! Report le. Tapi polis dibawah siapa?? Auwww!!! Takkan Menteri Dalam Negeri pun buat fitnah dan tuduhan tanpa bukti???

Kalau betul ada bukti. Pecat ahli UMNO aje. ahli UMNO kan berjumlah 3 juta. Ramai lagi yang nak jadi pemimpin. Takkan jumlah sekian ramai UMNO gagal melahirkan pemimpin yang berkualiti?


Musang Berbulu Ayam

KUALA TERENGGANU Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam membidas segelintir pemimpin UMNO yang disifatkan sebagai ‘musang berbulu ayam’ kerana tidak ikhlas berjuang bersama parti.

Hishammuddin berkata,: pemimpin seumpama itu hanya tahu mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan parti dengan ‘tidur dan gemuk’ dalam UMNO semata-mata untuk mencapai kesenangan serta memenuhi kepentingan diri.

“Ada di antara kita sedikit lupa kepada parti, sebahagiannya pula mungkin keliru (dengan perjuangan parti) dan mula mengambil kesempatan (terhadap peluang yang ada), lalu timbullah apa yang dikatakan musang berbulu ayam.

“Musang berbulu ayam yang tidur dan gemuk dalam rumah UMNO, anggap UMNO batu loncatan (capai kepentingan diri),” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Terengganu di Primula Beach Hotel, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan semua barisan kepimpinan UMNO lain.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, individu musang berbulu ayam bukan ahli parti sejati kerana mereka akan meninggalkan UMNO apabila sudah tidak mempunyai tempat dan peluang.

Lebih menyedihkan katanya, individu tersebut sanggup memaki hamun, memfitnah dan memperlekehkan UMNO selain berusaha mewujudkan suasana tidak aman dalam negara hanya kerana memenuhi kepentingan diri sendiri.

“Mereka ini bukan ahli parti tulen, orang-orang UMNO yang telus dan ikhlas akan terus bersama parti walau dalam keadaan susah atau senang,” katanya. Pada zaman kepimpinan pemimpin UMNO terdahulu, orang-orang UMNO tidak mempunyai masa untuk tidur dan gemuk dalam parti kerana mereka meletakkan kepentingan parti melebihi dari semua perkara. Katanya, demi kesetiaan dan perjuangan UMNO, golongan wanita sanggup menyerahkan barang kemas dimiliki mereka untuk digadai semata-mata membebaskan tanah air dan orang Melayu daripada penjajah.

Datuk Seri Hiyamuddin pun sedap bersyarah aje. Cakap berdegar-degar tetapi ekor bergelumang dengan tahik. Pemimpin UMNO mana yang meletakkan parti melebihi dari semua perkara. Kebetulan beliau duduk diatas sekarang. Memegang kuasa bolehlah dia bercakap amacam tu. Sebab UMNO ni sudah jadi Parti MLM. Sapa dok kat atas dialah dapat komisyen banyak. Jangan diungkitlah perihal pergorbanan pejuang kemerdekaan kerana pimpinan UMNO sendiri lahir dalam pejabat dan istana penjajah. Mana mereka tahu erti pengorbanan. Mana mereka tahu erti kezaliman dan penjara. Semuanya kerana mulus wa pulus. Kalau takde wal mampus le jawabnya. Matlamat mereka adalah 3 Ta. Harta, wanita, takhta.

Senario ini akan menambahkan kebencian dalam UMNO. Jalan penyelesaian yang dicadangkan tak dituruti. Ia menambahkan kusut. Rakyat pun makin meluat. Pembangunan pun terbantut. Masing-masing sibuk mengukuhkan cengkaman. Semua menunggu masa untuk mengajar mana-mana pemimpin UMNO yang bakal bertanding dalam PRU akan datang. Rakyat akan membuat keputusan.

Yang pentung ABU. (Asal Bukan UMNO). UMNO akan jadi abu. Ameen.

Read More !

Bajet ’11: Bajet Saudagar Abu Nuwas versi Ulul albab.

| | 0 comments

1. Bajet : Menteri Kewangan Tingkat 4

Kalau dahulu Khairy selaku menantu Pak Lah dihentam sebagai ‘budak tingkat 4” . Hari ini Mak Budak pula duduk dikerusi tersebut. Nampaknya 1st Lady Malaysia itu amat bertuah kerana buat kali kedua berturut-turut mendapat kelulusan bajet melebihi 100j. Kalau tahun 2010 mendapat kelulusan 100j tetapi dinaikkan peruntukan PERMATA kelolaan Rosmah Mansor, isteri Najib sebanyak 111j. program PERMATA mendapat bajet 'istimewa'. Berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi , Rosmah nampaknya mengalahkan Shahrizat, selaku Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Beliau sendiri mempunyai sebuah pejabat di Pejabat Perdana Menteri dan mempunyai beberapa kakitangan bagi membantu beliau.
“Rosmah juga dikatakan memberi perhatian mendalam kepada aspek penyediaan Bajet terutamanya yang berkenaan dengan pembelian dan kontrak-kontrak kementerian yang penting. Beliau dikatakan mencampuri urusan Perbendaharaan Negara,termasuk penyediaan Belanjawan dan pemberian kontrak dan tender kerajaan

Ramai yang mempertuturkan bahawa bajet 2011 adalah Bajet BN (Bini Najib) atau Bajet RM (Rosmah Mansor). Sudah pasti beliau adalah orang yang paling gembira dengan bajet ini. Apatah lagi apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan membeli-belah dan pelancongan dimansuhkan. “Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut... “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen. Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” dan disambut gelak ketawa. Semua rakyat juga maklum kesukaan 1st Lady Malaysia ini dengan aktiviti membeli-belah.

2. Bajet Pilihanraya.

Bajet yang merupakan chewing gum kepada rakyat. Takde apa-apa melainkan harapan buat rakyat agar terus mengundi UMNO-BN dalam pilihanraya ke 13. Bajet nampaknya banyak timbul disebelah Malaysia Timur. Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah. Itu belum masuk dana Zon Akuakultur Bersepadu juga di Sabah & Sarawak. Kot-kot nanti Pilihanraya, penduduk Sabah & Sarawak tak mengundi pimpinan UMNO-BN. Bagi negeri-negeri yang kuat UMNO, tersengih je lahh.. Projek tawan semula Selangor dengan kelulusan 10 billion bagi projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik di Sungai Buloh. Yang ketara kenaikan Elaun bulanan untuk JKKK sebagai Wak dogol UMNO-BN dinaikkan sehingga RM800 bermula 1 Jan 2011 termasuk Imam dan Tok Batin. Selaku ketua masyarakat untuk memastikan anak buah menyokong UMNO-BN. Tidak ketinggalan wang ehsang untuk pengundi muda dengan menubuhkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta.

Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”. Pendapatan yang dihitung berdasarkan KDNK. Pendpatan perkapita mencecah 8,000 dollar. Hakikatnya rakyat marhaen masih lagi berpendapatan rendah. Gaji dibawah tahap RM1,000. Barang-barang akan sentiasa meningkat harganya. Bagaimana pula yang tidak makan gaji? Kerja kampong, petani dan nelayan? Adakah kesimbangan? Gaji minimum pun belum selesai, bagaimana nak jadikan rakyat berpendapatan tinggi? Pembentangan tersebut gagal meyakinkan rakyat dengan tema yang hendak dicapai.

3. Bajet terbesar negara, Najib kata ‘kita bukan saudagar mimpi’

Bajet 2011 merangkumi peruntukan berjumlah RM212 bilion, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding 2010, memperuntukkan RM162.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Nampaknya Pengaruh Mahathir dengan Projek Meganya kembali semula. Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
Pemimpin hanya ingin melakarkan kehebatan diatas kertas walaupun keperluan rakyat asasi masih lagi belum tertunai. Darimana sumber 5 billion itu hendak dikeruk? Itu belum diambil kira ketirisan dalam perbelanjaan kewangan Negara. Rasuah dan sebagainya. Yang sampai dan membasah ke bumi tinggal sedikit. Sebahagiannya ditiup angin entah kemana. UMNO-BN menjadikan khayal mat Jenin sebagai realiti tetapi siapa? Siapa lagi kalau bukan UMNOputera.

4. Bajet pemimpin berpendapatan tinggi, rakyat jadi kuli.

Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan yang dikenakan cukai meningkat kepada enam peratus daripada lima peratus pada masa ini untuk menjana pendapatan cukai tambahan bagi pembangunan nasional.
Tiada bonus yang diharapkan oleh kaki-tangan kerajaan. Hanya elaun khas sebanyak rm500.lebih teruk daripada Bajet paklah yang dikatakan lemah dan penidur itu. Busuk-busuk pun ada jugak bonus sebulan gaji.
Peruntukan besar dicairkan kepada pembangunan Koridor dan projek mega. Bukan swasta tetapi pelaburan kerajaan sendiri. Realitinya kerajaan tidak berwang lagi. Apatah lagi dalam mempersiapkan diri menghadapi pilihanraya yang semakin hampir. FDI yang menjunam. Banyak syarikat asing bahkan tempatan yang lari keluar. Dalam suasana begini macamana hendak dijana Negara berpendapatan tinggi. Kot-kot pemimpin berpendapatan tinggi… rakyat menjadi kuli.

Kerajaan akan meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan. Nampaknya pakcik menjual nasi lemak, peniaga pasar malam dan para peniaga yang cuba mengelak cukai akan dicari sehingga ke lubang cacing.
Langkah-langkah liberalisasi akan dipertingkatkan lagi. Kita bimbang kalau kera dihutan disusukan anak sendiri terbiar kelaparan.Entah kemana dah PERKASA dan NGO Melayu ni. Dah tak larat ke? UMNO-BN dah nak gadai habis dah ni. Apa lagi yang tinggal?? Sejauh mana kepekaa rakyat kita? akhir jadi macam India. Rakyat ramai dan untuk mengelakkan kesedaran rakyat mereka melalikan rakyat dengan filem dan hiburan. Sepatutnya cukup sekadar pelaburan swasta tetapi bajet sendiri memperuntukkan RM200 juta untuk filem, drama dan dokumentari berkualiti tinggi. Mengalahkan peruntukan sekolah agama rakyat.

Bak saudagar Abu Nuwas yang sentiasa bijak tetapi untuk pasti kan keuntungan berpihak kepadanya diakhirnya. Bersama isterinya membuat strategi. Penuh seni berhelah. Rakyat pasti tergoda. Macam di Terengganu dengan Bajet Ulul albab. Sekarang Deris kan pengarah pilihanraya UMNO pusat. Akhirnya runtuh merudum. Bajet besar dan bunyi pun besar berdentum-dentum tetapi berlegar dilangit dan tak sampai kepada rakyat sebenar. Yang kaya adalah juak-juak dan pimpinan uMNO sebagai pemegang dana bagi menghadapi pilihanraya. Sapa sokong UMNO dapat, sapa sokong PR ketinggalan.

“Berubah atau kita akan ketinggalan,” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini semasa membentangkan Bajet 2011. Ikutlah nasihat beliau. Berubahlah dalam PRU-13 nanti. Undilah PR kalau tidak, nescaya kita ketinggalan.

Read More !

Gajah sama Gajah mula berlaga! Siapa mati kena tembak?

| | 0 comments

“Kes Buku Merah” menyebabkan 4 orang sukarelawan Pusat Bantuan Guaman, Majlis Peguam ditahan polis. Risalah kecil 9 perkara yang mengajar masyarakat hak-hak mereka apabila menghadapi pihak polis. Mereka pulak ditahan polis. Kan lawak tu Negara Malasyia. Macam kata Zunar tu le. Bukan hanya Perak tetapi tanahairku kini menjadi “Malaysia Darul Kartun” . Kalau kini Polis pulak mengatasi undang-undang apa nak kata?.. Aik ke Malaysia ni dah jadi Negara Polis pulak ke?? Tak perlu pakai undang-undang. “Malaysia Darul Polis” nescaya jadilah undang-undang negara macam hutan rimba. Siapa kuat dia berkuasa. Bagi rakyat jelata yang tak berkuasa nescaya dialah mangsa.

Macam cerita mesyuarat para tikus nak selamatkan diri daripada kucing. Sepakat bahawa meletakkan loceng ditengkok kucing sebagai jalan penyelesaian. Tapi siapa nak letak? Ini bukan kata nak letak loceng ditengkok. Baru edar risalah untuk terangkan hak-hak rakyat pun dah kena. Macam baru nak edar surat jemputan nak mesyuarat dah kena cekup!!.. rakyat Malaysia lebih teruk dari tikus nampaknya. Tikus sempat jugak mesyuarat...

Nampaknya pihak polis menambahkan lagi bilangan musuh dan kerja mereka. Selesaikanlah isu pembunuh datuk Sosilawati tu dulu. Selesaikanlah masalah jenayah yang bertimbun tu. Ni dok sibuk nak berperang dengan peguam pulak. Dah le selama ni do sibuk berperang dengan majlis ceramah Pas.

Apa macam Menteri portfolio hal-ehwal undang-undang atau 'de-facto Law Minister'. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz? Pengedar buku merah yang dilancar beliau ditangkap oleh anak buah Datuk Seri Hisyamuddin Hussein yang jaga polis dibawah Menteri Dalam Negeri. Hah kalau nak perang pun peranglah. Tetapi jangan sampai rakyat pulak jadi mangsa.

Rakyat nak diperbodohkan. Pihak polis yang berkepentingan akan menggunakan kedudukan mereka untuk mengugut dan menggertak rakyat. Tanpa mengetahui hak-hak mereka nescaya akan ada pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan atas mereka. Rakyat sudah acap-kali mendengar isu-isu bagaimana Kugan mati dilokap, bagaimana kes Aminur Rashid di tembak dan sebagainya.


Nazri kesal polis tahan sukarela Majlis Peguam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kesal dengan tindakan polis menahan empat orang sukarelawan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam yang mengedarkan risalah 'Buku Merah' pada Ahad lalu.

Risalah 'Buku Merah – Polis Dan Hak Asas Anda' itu merupakan peruntukan yang sememangnya merupakan hak seseorang anggota masyarakat apabila berdepan dengan penahanan oleh polis, seperti yang dilindungi perlembagaan. Malah, risalah itu sendiri dilancarkan oleh Nazri dalam satu majlis anjuran Majlis Peguam pada Februari 2009 dan April 2006 lalu.

Pada masa itu, beliau mengharapkan supaya masyarakat mengetahui hak mereka dan juga supaya polis mengikut prosedur operasi standard (SOP) mereka.

“Jika mereka ditahan hanya kerana mengedarkan perlembagaan dan mereka tidak melanggar apa-apa undang-undang, saya tidak faham kenapa mereka ditahan,” kata Nazri dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penahanan itu jelas merupakan tindakan yang mengekang kebebasan bersuara dan kegiatan orang awam. “(Media) perlu (laporkan) perkara ini kerana kita bukan Negara Polis. Pada saya tidak sepatutnya berlaku penahanan salah. Anda hanya boleh tahan seseorang jika mereka disyaki melanggar undang-undang atau seumpamanya,” katanya.
Katanya, penahanan itu mungkin disebabkan anggota polis yang terlibat itu sendiri – yang mungkin terlalu beria-ria atau fanatik dengan tugas mereka. Ketika ditanya, beliau bagaimanapun menolak pandangan bahawa insiden itu berlaku disebabkan 'pertentangan' di antara pihak polis dan peguam. “Ia tidak patut dianggap bahawa (polis) diarahkan untuk berbuat demikian. Saya tidak fikir begitu, saya tidak fikir ada arahan tetap bahawa polis perlu serang peguam,” katanya lagi.

Sama macam ISA jugak. Yang terbaru pegawai Imigresen pulak yang kena. Kalau benar ada bukti dan mereka menyeleweng maka dakwalah mereka mengikut peruntukan undang-undang Negara. Buktikan mereka bersalah. Jangan jadikan mereka mangsa tak hak mereka membela diri.

Sudah sampai masanya UMNO-BN dikojolkan dalam PRU ke 13 nanti

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...