PAS akan membuka seluas-luasnya Bantuan Pelajar ke Mesir.

| | 2 comments

Dalam kenyataannya yang bertajuk “Henti hantar pelajar ke Mesir”, oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama dan Adat istiadat Melayu(MAIDAM), Wan Harujan Sulaiman sebagaimana yang dipetik dalam keratan akhbar Sinar Harian baru-baru yang bertarikh 25 Disember 2011(Ahad) dikatakan “ketinggalan zaman” .

Kenyataan ini mungkin mengikuti langkah Yayasan Terengganu yang melaksanakan dasar kerajaan pimpinan Umno-BN yang terlalu buruk pandangannya terhadap pelajar keluaran Universiti al-Azhar. Universiti yang menjangkau melebihi 1 ribu tahun itu merupakan pangkalan Pendidikan Islam yang hebat dalam melahirkan kepimpinan, Ulama serta para pejuang sebenar di medan masyarakat.

Hakikat sebenarnya adalah betapa bengangnya pimpinan Umno Terengganu terhadap lulusan yang keluar daripada Universiti al-Azhar tetapi tidak menyokong perjuangan nasionalisme sekular Umno itu. Bahkan dengan kefahaman ilmu serta pengaruh perjuangan Ikhwan Muslimin Mesir menyebabkan mereka lebih rela berjuang untuk menegakkan Islam bersama Parti Islam Pas. Kecuali beberapa kerat yang berkepentingan demi pangkat, perut dan dibawah perut mereka.

Sikap buruk pimpinan Umno Terengganu ini mendorong mereka mencuba pelbagai cara untuk menyekat pelajar daripada mengikuti pengajian Islam di Mesir. Antaranya mereka sanggup mengkhianati lulusan Diploma Pengajian Islam daripada UnisZA yang dahulunya dikenali sebagai KUSZA apabila semua lulusannya tidak dibenarkan lagi menyambung pengajian ditahun akhir di Mesir. Memaksa supaya pihak al-Azhar hanya menerima lulusan STAM yang hanya diiktiraf Kerajaan Malaysia tetapi tidak dinegara-negara Arab yang lain dan bahkan kini lulusan STAM juga terpaksa menduduki peperiksaan kemasukan pula di Mesir sebelum memasuki kuliah kerana kualiti lulusan STAM yang dipertikaikan oleh pihak al-Azhar.

Pihak Yayasan Terengganu atas arahan pimpinan Umno-BN kini enggan menaja pelajar mereka lagi ke Universiti al-Azhar dan kini tindakan itu diikuti oleh Pihak zakat MAIDAM. Meskipun zakat ada hak kepada Ibn-Sabil yang belajar dan menuntut ilmu tetapi nampaknya pihak MAIDAM sendiri ingin memaksa para pelajar supaya belajar dinegeri-negeri tertentu sahaja. Meskipun pihak EXCO Agama sekarang berkelulusan Jordan tetapi jangan hendaknya ada sikap diskriminasi kepada pelajar untuk memilih ditempat mana pusat pengajian yang digemari bahkan Universiti al-Azhar diiktiraf diseluruh dunia bahkan menjadi cita-cita kebanyakan pelajar untuk menyambung pengajian ke Universiti tersebut.

Menuduh para pelajar terlibat dengan aktiviti yang merugikan kerajaan adalah tohmahan semata-mata bahkan pihak Umno/BN lah yang sebenarnya melakukan aktiviti yang merugikan pelajar dengan menubuhkan Kelab Umno Mesir yang bertindak memecah-belahkan para pelajar disana. Tidak ada pertubuhan atau Kelab parti politik pembangkang disana. Sedamgkanm para pelajar Universiti dilarang berpolitik tetapi pimpinan Umnolah yang menubuhkan Kelab politik mereka. Jenis cakap tak serupa bikin.

Parti Pas memberi jaminan dan sepenuh komitmen, InsyaAllah jika Pas kembali berkuasa selepas pilihanraya 13 nanti dengan memerintah Terengganu, pihak kami akan sedaya upaya membantu dan memberi sokongan serta membuka seluas-luasnya bantuan pembelajaran bagi mereka yang hendak menyambung pengajian mereka ke Mesir maupun kenegara-negara lain dalam bidang yang dipilih oleh para pelajar.

Oleh itu, Diharapkan bekas-bekas pelajar al-Azhar serta keluarga masing-masing maupun ibu-bapa serta keluarga yang anak-anak mereka dinafikan hak mereka yang sekarang ini sedang berjuang dalam lapangan ilmu pengajian Islam di Mesir agar berkempen memberi sokongan sepenuhnya agar Umno-BN disingkirkan daripada meneruskan kezaliman dibumi Terengganu ini.
Apalah hendak diharapkan kepada Umno yang pemimpin sebahagian besar berkelulusan Barat itu berbanding kepimpinan Ulama Pas yang pasti tidak mensia-siakan perjuangan demi memartabatkan pendidikan Islam di negara kita ini.

Read More !

2 masjid 1 Qaryah : Angkara siapa?

| | 0 comments

Siapa yang buat teks Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ketika perasmian Masjid Sultan Ismail di cendering. Apakah maklumat yang sebenar dilapurkan kepada Tuanku berkenaan solat Jumaat di dua masjid dalam satu qariah. Mutakhir ini kerja ni sebenarnya angkara siapa? Kita tidak mahu apabila dekat pilihanraya, pihak kerajaan pimpinan Umno Terengganu dok mainkan kaset lama untuk menjadi bahan kempen Umno-BN. Macam dah takde isu lain ke nak tutup penyelewengan pimpinan Umno-BN.

Kenyataan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh berkata terdapat 11 masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah berbanding 23 buah sebelum ini.

Menurutnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.

"JHEAT pernah dihalang dengan jentera, malah ada orang baring bawah jengkaut apabila kita datang ke tempat mereka untuk menyelesaikan perkara ini," katanya.

Rozali berkata JHEAT memandang serius perkara itu kerana ia bukan sahaja menimbulkan perpecahan dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga meninggalkan imej negatif terhadap Islam.

Kita juga tidak mahu pihak JHEAT menjadi ‘ggabus’ Umno-BN. Sebab mereka menyedari duduk sebenar perkara ini. Sebenarnya setelah Umno kembali berkuasa, pemimpin mereka kembali rakus untuk memecah-belahkan rakyat diqariah yang khususnya ramai yang menyokong pembangkang.

Ketika Pas memerintah pun, Tok-tok Imam dan pemimpin Umno sendiri memulau masjid-masjid semasa pemerintahan Pas seperti wujudnya masjid baru Gong Pak Jin di dun Tepuh. Apatah lagi selepas Umno kembali berkuasa, mereka menggunakan kuasa kerah keng mereka. Mereka lebih suka menggunakan bahasa jentolak & jengkaut. Itulah yang disebut oleh Pesuruhjaya JHEAT sepertimana ucapan diatas.

Kita masih ingat kerakusan Umno-BN merobohkan Masjid Bujal yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dengan pelbagai alasan meskipun kita semua tahu rasulullah saw mengajar mengutamakan pembinaan masjid sebelum pembinaan rumah sendiri. Rumah Allah didahulukan sebagaimana ketika Hijrahnya Rasulullah Saw maka pembinaan Masjid Quba terus dibina dan apabila Rasulullah saw masuk ke tengah Madinah maka terus dibina Masjid Nabawi.

Kita lihatlah bagaimana Masjid Sura Lama dalam Dun Paka. Masjid yang dibina dan dikuasai oleh orang-orang Pas itu menimbulkan rasa tidak puas-hati pimpinan Umno-BN bahkan Hj Ahmad (Calon Pas 1959) selaku pengasasnya dibuang daerah ke Melaka. Bukan itu sahaja mereka berusaha supaya Masjid itu ditutup dan dibina Masjid Sura Baru hanya beberapa ratus meter daripada masjid Sura Lama yang binaannya jauh lebih kecil apatah lagi nak memuatkan masyarakat setempat. Hasrat sebenarnya ialah orang Umno tidak bersedia bersembahayang di Masjid yang dibina oleh orang Pas sedangkan Hj Ahmad itu adalah pengasas dan pembuka kampung Sura itu sendiri.

Begitu juga apabila orang Umno gagal menguasai masjid kg. Pinang Merah,masjid Kg.Nyor dan masjid Tebing Tembah yang menyebabkan orang Umno mendesak agar dibuat masjid sendiri dan akhirnya mereka membina sebuah masjid baru di Tebing Tembah dengan projek bernilai lebih daripada 3 juta dan cuba menurunkan taraf Masjid Tebing tembah yang sedia ada meskipun bangunannya besar dan selesa serta masih amat kukuh dan telah dibaik-pulih dan diperbaharui.

Semua penyokong Umno terpaksa dikumpulkan 3 kampung berdekatan untuk mencukupkan solat Jumaat. Biar apa pun berlaku janji nafsu orang Umno terpuas meskipun berlaku perpecahan dikalangan masyarakat bahkan mereka diugut jika tidak pergi bersembahyang dimasjid mereka.

Begitu juga masjid di felda Kerteh 2 dan Kerteh 3. Ia tetap dibina walaupun kedudukan masjid tu sejengkal kera sahaja tetapi ia tidak menjadi isu kerana kawasan ramai penyokong Umno dan ianya satu projek untuk Umno.

Ini baru satu Dun… bolehlah ditinjau deseluruh Terengganu nescaya kita akan mengetahui bahawa semua ini sebenarnya angkara Umno-BN. Apatah lagi Imam yang dilantik yang dipilih berdasarkan penyokong Umnonya. Kekadang ahli Umno tegar, meskipun lemah ilmu agamanya. Inilah kekadang timbulnya percakapan Imam yang terlebih Umno daripada pemimpin mereka. Hatta menghina islam, menghina hukum Islam. Bagaimanalah ingin dibuat Tok Imam. Itu belum diambil kira kes-kes akhlak.

Jika Imam itu dikatakan penyokong Pas nescaya disekat elaun mereka sehingga kini. Dah lebih 7 tahun sebahagian Imam & Bilal disekat elauan mereka meskipun mereka tetap bertugas sehingga kini. Apabila timbul isu nescaya pemimpin Pas dipersalahkan. Mereka ada media, mereka ada alat propaganda. Mereka yang lempar batu, mereka sembunyi tangan. Inilah sikap pimpinan Umno-BN. Dekat-dekat nak mengundi ni… tayang balik le cd-cd lama ni. Di harap pimpinan Umno jangan hipokrit. Dah berak merata… jangan tuduh pulak orang lain.

Read More !

... dari Kamal Ataturk ke Kamal Saidin...

| | 1 comments

Jangan terkejut kalau adanya golongan agamawan dalam Umno yang menjadi syaitan bisu terhadap pemerintah Umno-BN tetapi menghentam Pas dan kerajaan pimpinan PR. Mereka macam golongan yang nampak kuman diseberang lautan tetapi buta terhadap gajah depan mata.

Sikap Penasihat agama MB Terengganu yang diimport dari pendang, Kedah iaitu Kamal Saidin yang mengkritik serta membuat lawak bodoh terhadap enakmen hudud & qisas yang dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan & enakmen yang telah diluluskan oleh Kerajaan Terengganu pada tahun 2001 iaitu dizaman pemerintahan Pas tetapi bersikap membisu terhadap penyikiran syariat islam dari perundangan Malaysia sekian lama.

Perbuatan tidak bermaruah yang diadakan dihadapan majlis yang dianjurkan oleh sekutu Parti BN iaitu MCA. Dimakah maruah Umno-BN dengan ketokohan ulama cap ayam seperti ini? Mereka sepatutnya mendidik dan menberi penjelasan baik terhadap keindahan dan hikmah peraturan dan undang-undang Islam kepada masyarakat khususnya golongan non-muslim tetapi mengambil kesempatan untuk menakutkan bukan Islam dengan pelaksanaan syariat Islam bahkan mencari ruang-ruang untuk menonjolkan kekurangan demi politik dangkal Umno-BN.

Adakah Kamal Saidin ingin mewarisi perangai Kamal Ataturk yang pernah mengkhianati Khilafah Islamiyyah Turki pada tahun 1924 yang membawa kejatuhan dan kehancuran sistem Khilafah Islamiyyah didunia Islam. Antara jenayah yang dilakukan oleh Kamal Ataturk terhadap Islam disenaraikan dibawah tetapi cuba bandingkan dengan tindakan pemimpin Umno-BN….

Apa bezanya?

1. Menandatangani Perjanjian Luzon 22hb. Nov 1922 yang diadakan dengan British dan sekutu Barat dan mengiktiraf Penjajah dan menghapuskan kerajaan Khilafah Islamiyah Turki serta meminda perlembagaan baru yang sekular dengan menghapuskan perlembagaan Uthmaniyyah yang bercirikan Islam.
- Tunku Abdul Rahman selaku Presiden Umno menanda tangani Perjanjian dengan British di London pada 8hb. Feb 1956 untuk kemerdekaan dengan menerima pakai Perlembagaan Lord Reid dan menolak semua peraturan dan perlembagaan Islam diseluruh negeri-negeri melayu bermula 1957.

2. Menukarkan hukum jenayah syariat dengan mengguna-pakai undang-undang sivil barat.
- Semua hukum jenayah syariat ditolak Umno dan mengguna pakai hukum jenayah sivil berdasarkan undang-undang negara Komanweal.

3. Mengamalkan sistem pengasingan agama dari pemerintahan iaitu dasar sekular Barat sebagai asas untuk memajukan negara dan meletakkan negara Turki untuk bangsa Turki sebagai asas nasionalisme Turki.
- Umno menerima-pakai dasar sekular dalam negara dalam semua bidang termasuk sistem negara, pendidikan dan undang-undang serta menjadikan dasar nasionalisme melayu sebagai teras.

4. Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki bahkan Menukarkan azan dalam bahasa Turki dari bahasa Arab.
- Menghapuskan tulisan jawi dizaman Menteri pendidikan oleh Khir Johari dan mata pelajaran agama sebagai sampingan.

5. Mempopularkan pendedahan aurat khususnya kepada wanita Islam bahkan mengharamkan perempuan menggunakan jilbab dan memaksa perempuan khususnya kaitangan kerajaan memakai skirt.
- Sehingga kini para pemimpin wanita utama masih tidak menutup aurat bahkan ianya tidak menjadi kesalahan.

6. Menentang & menguling kekuasaan khilafah Uthmaniyyah terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid 11 dengan berpakat dengan Yahudi Donma dan gerakan freemason Turki.
- Penghapusan kuasa institusi Diraja selepas merdeka dan krisis perlembagaan tahun 1993.
- Membayar kepada penasihat Yahudi APCO-Worldwide sebanyak 77 juta setahun.

7. Bebas meminum arak & menyebarkan budaya tari menari serta nyanyian.
- Kilang Arak Guinness Malaysia Bhd dirasmikan oleh Presiden Umno sendiri iaitu Tunku pada tahun 1966.

8. Menukar Hari cuti daripada Hari Jumaat kepada hari Ahad.
- Di Malaysia pun Sama tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN.

Jadi sepatutnya Kamal Saidin dah dibayar sebagai penasihat, maka nasihatlah bebaik MB Mat Said tu supaya beramal dengan Islam. Bercakap di perhimpunan agung Umno tu, bukannya menghentam Pas tetapi sepatutnya menasihati pimpinan Umno agar kembali kepada islam. Cukuplah 50 tahun merdeka dan diperkudakan oleh Barat. Sepatutnya kembalilah kepada ajaran Islam. Atau hanya sekadar menerima upah penasihat dan kini jadi kuda tunggangan MCA pulak?

Alasan menuduh hukum hudud adalah rekaan Pas. Hudud Pas membenarkan liwat isteri. Ini hujah macam budak-budak tadika. Tak tahu ke beliau beza antara Hudud, Qisas & Ta'zir. Adakah semua kesalahan itu Hudud? atau yang bukan Hudud itu tidak salah? Orang jahil pun tahu bahawa meliwat itu haram. Apabila isu umur 18 tahun diungkitkan, apakah jahil beliau dengan Fiqh Muqaran. Tak mengajikan beliau dengan Mazahib Figh dalam Islam. Mengugut seolah orang cina akan dihukum Hudud sebagai orang yang khianat kepada ayat al-Quran sendiri dan menafikan bahawa ianya sebagai satu ibadah. Apakah Pas akan memaksakan orang cina supaya bersembahyang, hadir ke masjid, berpuasa dan berkhitan? Jahilkah beliau Hukum Mutatis Mutandis?

Tak tahukah beliau dengan ayat al-Quran Surah al-maidah ayat 42:

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta hukum kes zina), Maka hukumkanlah (perkara itu) diantara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka Maka mereka tidak akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun. dan jika kamu menghukumkan perkara mereka maka hukumkanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil.

Tidak munasabah orang yang bercakap agama tetapi menyembunyikan kebenaran dan menjadi golongan yang menentang perjuangan untuk menegakkan agama. Untuk menjernihkan suasana alangkah baik rasanya beliau menyahut seruan debat yang diajukan oleh Dewan Pemuda Pas Terengganu daripada beliau berhujah soarang-sorang dikalangan cina MCA di Kuala Lumpur tu.

Takkan jauh-jauh dari Kedah menasihati MB tetapi tak berani untuk bermujadalah dengan anak-anak muda rakyat Terengganu. Kalau negeri boleh melintas nak nasihat agama, maka ruangkan masa barang sejam dua untuk nasihat pemuda Pas yang nak bertemu mata dengan Penasihat MB mereka itu.

Read More !

Apake Benda Winnable tu?

| | 1 comments

Hari ini Umno masih terkial-kial untuk mempertahankan survival politik mereka. Sebelum ini apa mereka peduli. Bagi mereka buat macamana pun Umno akan menang besar. Bagi mereka kritikan atas gejala kezaliman pimpinan Umno maupun rasuah, salah-guna kuasa, penyelewengan… tidak dipedulikan. Bagi mereka tak menjadi kudis gatal kepada Umno. Mereka selesa dengan undi cina dan india apatah lagi undi orang melayu.

Hari ini, menyorot kepada perhimpunan agung Umno di PWTC… seolah-olah mereka berada ditahap sakarat al-maut. Mungkin ajal bagi Umno semakin hampir. Dua tiga bulan ini, akan lebih bercelaru. Orang takut nak mati, macam banduan tunggu tarikh nak dihukum gantunglah tu. Apatah lagi, sudah lama parti-parti politik teman rapat yang seusia mereka dinegara-negara jiran telah berkubur. Indonesia, Filipina, Thailand. Apatah lagi kini dengan perkembangan Arab spring yang telah menobatkan Parti & gerakan Islam mula diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan negara.

Zaman dunia tanpa sempadan ini, pastinya era perubahan dan kebangkitan politik baru ini pasti menerjah ke dunia politik negara kita. Inilah yang paling membimbangkan Umno. Tiupan perubahan masyarakat bandar yang semakin meluat dengan politik Umno samada dikalangan melayu atau bukan melayu khususnya dikalangan anak muda yang kini memiliki kuasa undi hampir 60% pastinya tidak termakan lagi dengan politik zaman Jepun iaitu politik mengugut rakyat jika pembangkang memerintah takde beras & politik ubi kayu. Politik air, jalanraya & api elektrik sudah ketinggalan zaman. Khurafat bahawa hanya Umno sahaja yang tau memerintah sudah mula larut.

Arus perubahan yang bertiup melalui alam maya nampaknya semakin bergerak deras. Ini disedari oleh pemimpin Umno yang mencuba segenap kudrat untuk memanjangnya tempoh keramat parti mereka itu. Hari ini mereka membuat pelbagai tranformasi kononnya untuk menunjukkan bahawa merekalah hero rakyat. Baru kini mereka dapat merasa langit tinggi ke rendah setelah hilang kuasa 2/3 di parlimen maupun 4 negeri ketangan PR.

Baru kini mereka mengajak rakyat berjihad. Sama macam bahasa Saddam Hussain dan Muammar ghadafi sebelum mereka tumbang. Hari ini mereka kenal apa itu jihad. Apa itu perpaduan. Apa itu bai’ah. Kini istilah Islam itu menjadi ratib buat perwakilan maupun pimpinan Umno. Kalau dahulu ianya perkataan sindiran tapi kini dah bertobat. Selama ini yang menjadi zikir kepada mereka adalah kuasa, harta, wanita.

Tapi hakikatnya kini… benarlah cakap Mahathir. Bahawa Umno kini sudah rosak sampai ke usus. Bau busuk serta hapak Umno itu sudah gagal ditutup. Diburukkan lagi dengan lapuran audit negara baru-baru ini khususnya bau busuk tahi lembu Shahrizat pula.

Untuk menghadapi Pru 13 nanti, apakah mampu Umno menyediakan calon yang mempunyai capable, acceptable & winnable. Sebuah parti enjit-enjit semut. Siapa sakit naik atas. Yakni dari atas sehingga ke bawah memang berpenyakit. Yang paling menyenakkan Umno nanti adalah pemilihan calon Umno yang dikatakan calon bakal menang. Apakah calon yang terpilih itu akan menang? Dan apakah calon yang tersingkir itu tidak boleh menang?

Pada satu sidang media, ketiga-tiga naib presiden Umno berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.

Kalau naib Presiden pun boleh berundur dan bersifat tawadhu’ kononnya… memberi laluan kepada orang lain… habis… Sudah tobat ke pimpinan Umno? Sudah tiada lagi ke politik cantas mencatas. Atau seperti biasa, bahasa orang politik. Sebenarnya siapakah yang tentukan winable ke tak tu?

Dengan keadaan sekarang… Apakah calon Umno kini belum yakin untuk menang. Kalau naib Presiden menawarkan untuk berundur, nescaya Presiden adalah lebih aula. Mungkin Hajah Rosmah lebih bercirikan winnable jika diletakkan calon di Pekan atau mengantikan KJ di Rembau.

Bagaimana pula hasrat Datuk Idris Jusoh yang menawarkan diri untuk tidak bertanding? Memanglah kalau dikira buat apa lagi bertanding sebagai Adun. Bukan boleh jadi MB pun. Dah memang takdir macam tu.Sememangnya beliau tidak akan lepas pagar istana. Takkan nak jadi Adun biasa. Tetapi mungkin parlimen dan agaknya Datuk Dr. Abdullah Mat Zain bukan winnable candidate lagi. Kalau parlimen pun tidak… apakah ini bermakna bahawa calon Umno bakal kalah di Terengganu? Terlalu banyak team yang timbul kini. Terlalu ramai nama yang digossipkan untuk menjadi bakal MB mengantikan Mat Said. Bagaimana pula dengan Mat Said sendiri and the gengs? Mereka tu calon winnable ke? Sekali lagi… Adakah Datuk Mat Said boleh tentukan siapa winnable candidate?

Inilah yang menjadi fobia kini dikalangan bakal-bakal calon Umno. Perkataan Winnable candidate kini menjadi bualan dikalangan Umno. Kalau dulu team wawasan. Ada wawasan boleh jadi calon. Sehingga berkata Tun Ghaffar Baba yang kalah kepada team wawasan.. hanya orang mati aje yang takdak wawasan.

Kini winnable pulak datang melanda. Chua soi Lek & Shahrizat takkan tan winnable. Ish. Umno boleh menang ke?

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...