Puas belek akhbar harian samada Berita Harian, Metro, Kosmo, Utusan 1Malaysia maupun Sinar harian. Takde berita yang diterangkan secara seimbang. Adil dan telus. Masing-masing memainkan peranan sebagai agenda propaganda yang berat sebelah. Dicari topik-topik untuk memburukkan Ketua Pembangkang yang dirasa mengaibkan dan mencalarkan karier politik Anwar Ibrahim. Memanglah bagi pimpinan UMNO itu menyeronokkan tetapi pada hakikatnya rakyat semakin hari semakin muak dengan isu-isu dan ulasan akhbar harian ini. Secara langsung rakyat ingin mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Mereka ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku disebalik perbicaraan di mahkamah. UMNO-BN sepatutnya menyedari bahawa sekarang bukannya zaman batu maupun politik zaman Jepun. Mereka inginkan maklumat yang sebenar dan mereka akan mencari media baru. Media alternatif. Semakin hari akhbar-akhbar ini akan semakin merosot peminat dan penggemarnya. Kecuali mereka ingin melihat keputusan no ekor sahaja. Tak mustahil satu hari semua akhbar ini akan bungkus. Terimakasihlah Saiful Bukhari. Anda berjaya membantu rakyat meluat dengan media kerajaan.
Rakyat akan beralih kepada media baru. Sumber internet seperti Laman web, facebook, twitter dan sebagainya menjadi pilihan. Lihatlah media baru ini semakin menjadi alternatif. Ruangan sembang maupun facebook memuatkan maklumat terkini isu liwat ini maupun perbicaraan di mahkamah secara detail. Maklumat yang dilapurkan setiap minit bahkan tepat pula. Pelbagai ulasan-ulasan persendirian yang mengalahkan editor akhbar harian yang ada. Semakin ditutup dan semakin diselewengkan maklumat nescaya semakin berkembang perkara sebenar dan semakin menampakkan keadilan dan kebenaran. Bak kata pepatah “Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan sehelai daun” sekarang ini bukan sebesar gajah.. tetapi jaringan maya ini seluas dunia. Macamana nak tutup?
Rakyat akan beralih kepada media baru. Sumber internet seperti Laman web, facebook, twitter dan sebagainya menjadi pilihan. Lihatlah media baru ini semakin menjadi alternatif. Ruangan sembang maupun facebook memuatkan maklumat terkini isu liwat ini maupun perbicaraan di mahkamah secara detail. Maklumat yang dilapurkan setiap minit bahkan tepat pula. Pelbagai ulasan-ulasan persendirian yang mengalahkan editor akhbar harian yang ada. Semakin ditutup dan semakin diselewengkan maklumat nescaya semakin berkembang perkara sebenar dan semakin menampakkan keadilan dan kebenaran. Bak kata pepatah “Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan sehelai daun” sekarang ini bukan sebesar gajah.. tetapi jaringan maya ini seluas dunia. Macamana nak tutup?
Hari ini bukan mudah nak diperbodohkan orang ramai. Kecualilah yang dah telan lambang UMNO dan bendera dacing itu. Apa yang dilapurkan oleh media kerajaan macam wahyu. Percaya bulat-bulat dan mudahlah diperbodohkan. Tetapi hari ini telah ramai yang berpendidikan. Semua menjadi informer dan penyalur maklumat ke media baru. Rakyat makin telus bermaklumat. Bukan kerana kerajaan yang telus.. tetapi dah jerlus. Sampai bila UMNO-BN nak perbodohkan rakyat jelata. Sampai bila mereka hendak dirasuahkan.
Kalau dulu Raja memutuskan hukuman, mereka terima semata. Itu zaman raja bersiong. Undang-undang di bibir mulut mereka. Putih kata dia, putihlah kata rakyat. Hari ini semua baca undang-undang. Semua faham perlembagaan. Orang bertanyakan peraturan. Apa yang rasa tidak telus mereka bertanya. Adil ke Zalim mereka inginkan sumber. Apabila UMNO-BN rampas kerajaan Perak mereka akan tanya guna akta mana? Enakmen no berapa? Apabila perbicaraan berjalan mereka akan ambil cakna? Peratauran apa yang biasa. Apa yang luar biasa?
Ini semua akan menyebabkan rakyat makin meluat dengan UMNO-BN. Rakyat akan menterjemahkan dalam pilihanraya ke-13 nanti, I’Allah. PRK ini tidak menggambarkan hakikat sebenar. Pilihanraya Umum nanti adalah medan sebenar peralihan kuasa rakyat. Senario peralihan kuasa bermula dengan Obama yang mengalahkan parti pemerintah dan menang bergaya. Buat pertama kali keturunan kulit hitam memegang tampuk jawatan tertinggi dinegara kulit putih yang dahulunya dianggap sebagai mustahil. Eropah sendiri sudah silih berganti kepimpinan dan yang terakhir apabila Brown gordon terpaksa berundur dan diambil alih oleh orang muda berusia 43 tahun iaitu David Cameron. Ia juga berjangkit ke Asia ini. Indonesia yang diperintah oleh Golkar sekian lama, akhirnya tumbang juga. Di Filipina Beniqno Aquino merebut kembali kuasa pemerintahan dengan mengembalikan kegemilangan Corazon aquino yang menjatuhkan Imelda-Marcos. Parti LDP yang memerintah selama 54 tahun juga tumbang kepada parti baru DPJ. Orang Jepun sepatutnya lebih menghargai pembangunan dan jasa LDP memerintah. Meskipun dilatih sekian lama untuk mengangguk-angguk dalam budaya masyarakat jepun tetapi hari ini mereka sudah berani menggeleng kepala.
Mau tak mau UMNO-BN sedang menuju era kejatuhan. PR-13 amat bermakna. Walau cuba ditahan sekalipun, kini UMNO umpama durian yang sudah melepas kemuncak bukit dan sekarang sedang bergolek turun. Upacara belah pulut kuning sempena sambutan ulang tahun UMNO kali ke-64 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini mungkin adalah terakhir sebagai parti pemerintah di Malaysia. Yang dibimbangi oleh Najib hanyalah satu sahaja. Apa yang diucapkan oleh Beniqno Aquino setelah disahkan sebagai Presiden Filipina adalah; “ Saya akan siasat Arroyo”. Pertahankan UMNO-BN sungguh-sungguh wahai Najib sebelum Allah mencabut kekuasaan partimu.
Ingatlah akan firman Tuhan:-
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (kejayaan atau kejatuhan. Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.(Surah al-`A’raf : 34 )
Semua ini memang menjadi sunnah. Tiada siapa boleh menongkah langit buat selama-lama. Allah pasti gilirkan. Bukan sepanjang masa duduk diatas. Sampai masa dan ketikanya pasti akan mengelunsur kebawah juga.
وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran. (Surah al-Imran : 140)
Kuasa ini bukan milik UMNO-BN tetapi itu hak mutlak Allah swt:-
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Al-Imran :26
3 comments:
rakyat tak meluat kat UMNO..mahupun, Rakyat meluat dekat perangai DSAI, dan peguam Karpal TUNDAnya.. Kalo benar selesaikan perbicaraan mahkamah dengan segera bukannya menundakan perbicaraan!
Dan harap maklum juga rakyat juga da meluat dgn PAS. Terima kasih kepada blogers2 alternatif pro pembangkang, pembaca boleh lihat bagaimana PAS dikudakan DAP dengan baaiknya. Selamat tinggal PAS perjuangan hanya sekadar busuk hati dan dendam kesumat terhdap UMNO. Igtlah jgn terlalu angkuh. PR juga akan menerima nasib yg sama seperti BN pada PRU-12. Rakyat sedang memerhati..
Kalau ada lagi pemikiran singkat mcm ahli UMNO ni bila nak maju. Dulu kes liwat 1 tak pernah sabit bersalah dimahkamah pun. Liwat 11 ni nampak lagi le jelas konspirasi. Pi report mahkamah syariah pun tak guna sebab mereka guna mahkamah thaghut jugak. Bye-bye UMNO dah meluat
Anon 3:23 another ass lickerrrrrrrrrrr!
Post a Comment