“RAMPASAN TANAH – HENTIKAN” . Inilah suara
rakyat Terengganu yang diwakili hampir 10K peserta demo bantahan dihadapan
Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu kelmaren. Ianya gambaran betapa terbakarnya
hati rakyat yang sekian lama dizalimi oleh para pemimpin yang diberi kuasa oleh
rakyat tetapi mengkhianati amanah yang diberikan.
Video ini menjadi saksi betapa kehadiran
rakyat menandakan tempoh ajal buat Umno-BN semakin hampir. Mereka tidak
dibayar, mereka tidak diangkut tetapi kesedaran untuk menentang kezaliman
menyebabkan mereka hadir kesini meskipun ianya hari mereka bekerja.
Hari ini mereka bangkit bersuara dan berani
membantah. Berani menyuarakan yang benar itu benar dan yang batil itu batil.
Hari ini mereka menjadi saksi bahawa bukan hanya amar ma’ruf yang ditegakkan
tetapi melaksanakan nahy munkar. Tahniah buat rakyat Terengganu dan terimakasih
juga kepada pihak polis yang member kerjasama yang baik. Kita percaya bahawa
tanpa provolokasi dan gangguan serta halangan oleh pihak-pihak tertentu,
pastinya peserta bantahan akan mengikut peraturan dan program berjalan dengan
baik.
Ucapan di Padang Bandaran sebelum berlepas jam 10.00 pagi
Perarakan bermula
Dihadapan Wisma Darul Iman
Kezaliman yang sudah sampai ke kemuncak.
Apabila hampir 70,000 tanah yang diluluskan dizaman pemerintahan Pas dahulu
dinafikan dan dibekukan. Rumah-rumah yang dibina rakyat menjadi mangsa
jentolak. Bahkan masjid Bujal turut sama menjadi mangsa. Mereka bukan sekadar
merampas bahkan diatas tanah yang sedia ada itu diagih-agihkan kepada pendokong
Umno-BN tanpa ada rasa segan silu. Bahkan seolah-olah rakyat awam ini kelas
kedua berbanding penyokong Umno-BN.
Kalau mereka nak sedar dan insaf diatas
kezaliman mereka itu, sudah cukup bala tuhan yang dirunkan keatas projek-projek
mega yang mereka lakukan di Terengganu. Bagaimana tak semena-mena runtuhnya
stadium, stesyen bas Kuala Brang, Masjid di Ranggong-Kerteh, pembinaan Kustem,
pencawang di Besut. Kegagalan pelbagai projek dan penyelewengan yang berlaku di
Pulau Waman, Projek Monsun-Cup, pembangunan Tasik Kenyir, Zoo Kijal dan
sebagainya. Tetapi jenis manusia yang tidak mahu mengambil peringatan!!
Pelbagai cara telah cuba dilakukan dengan
pertemuan, dialog dan sebagainya tetapi ruang itu dinafikan. Lalu jalan
bantahan secara besar-besaran seperti inilah yang paling berkesan untuk memberi
kesedaran kepada Umno-BN ini atau yang terakhirnya mengajar mereka dalam Pru-13
nanti. Apabila tiada pangkat dan kuasa, tiadanya harta dan kemewahan nescaya
barulah mereka kenal rakyat sebagai pengundi mereka.
Media Umno-BN amat bimbang dengan
kebangkitan ini dan sanggup melacurkan diri dengan menipu dan memfitnah
pemimpin Pas Terengganu. Antaranya Teganukita yang menyebut “Peliknya ketika penyokong
Pas berpeluh dan berpenat-lelah demonstrasi ahli-ahli YB wakil rakyat Pas hanya
berehat dan menikmati minuman di bilik rehat DUN”.
Kebanyakan Adun Pas turun kebawah menemui peserta
demo kecuali Adun Ru Rendang dan adun Manir yang kurang sihat dan mengiringi 10
orang wakil untuk menyerahkan memorandum bertemu dengan Dato Ahmad Said.
Umno! Umno!. Kalau dok menipu dan memfitnah tak sah
ke?