Bendera Pas, Terengganu berkibar di Tripoli?

| | 0 comments

Bendera merah, hijau serta hitam bulan bintang berkibar gagah di Libya dan khususnya dibandar Tripoli. Apatah lagi di medan yang pernah dijadikan Ghadafi sebagai medan Negara untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada beliau kini sudah ditawan dan dikibarkan bendera baru iaitu bendera perjuangan Majlis Peralihan Kebangsaan.

Nampaknya perjuangan pembangkang di Libya mula menampakkan hasil. Setelah enam bulan kempen untuk menjatuhkan Ghadafi, hari ini barulah usaha tersebut berjaya. Pasukan pembangkang telah memasuki wilayah Tripoli dan mengistiharkan pelucutan jawatan Ghadafi.

Pemimpin pembangkang Libya yang merupakan bekas menteri undang-undang kini adalah pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan., Mustafa Abdel Jalil mengisytiharkan berakhirnya era pemerintahan Kolonel Muaamar Ghadaffi dengan pengambilalihan ibu negara, Tripoli.

Mustafa berkata, beliau berharap bekas pemimpin Libya itu akan berjaya ditangkap hidup-hidup bagi membolehkannya dibicarakan secara adil. Bercakap dalam sidang akhbar khas, Pemimpin pembangkang itu turut mengucapkan syabas kepada seluruh penduduk Libya di atas kejayaan bersejarah mereka itu. Ianya kejayaan perjuangan rakyat.

Sehingga saat ini, Muaamar Ghadafi masih belum ditemui walaupun laporan awal mengatakan dua orang anaknya termasuk Seif al-Islam telah pun ditahan oleh anggota Majlis Peralihan Kebangsaan.
Diharapkan kejatuhan satu lagi tirani sekular yang berkuasa di Libya dengan agenda sosialismenya itu dapat menyuntik kebangkitan rakyat bukan hanya di negara arab tetapi juga diseluruh negara umat Islam. Selapas Ali Zein Abidin, Mubarak, Ghadafi dan sedang menanti Ali Solah di Yemen.

Kibaran warna bendera Pas dan warna bendera Terengganu itu diharapkan dapat memberi semangat kebangkitan khususnya kepada pejuang Pas di Terengganu agar berjaya mengebarkan bendera Pas di Wisma darul Iman dalam pilihanraya 13 nanti InsyaAllah.

Read More !

15 Ramadhan... Bulan Mengambang, Umno pun Meroyan

| | 1 comments

Selama ni PAS jadi alat untuk difitnah. PAS telah diperkudakan DAP!!!. Pelbagai imej buruk yang ditaji oleh BN khususnya dalam kursus BTN. Seolah-olah dunia akan kiamat kalau BN kalah dalam PRU nanti. Umno kalah nescaya DAP akan memerintah!!!. DAP Parti chauvinis cina, anti melayu, anti Islam, Parti Komunis. Apabila DAP berpakat dengan PAS, dengan PAS pulak jadi komunis.

Selama ini Umno masuk kampong keluar kampong demi meraih undi melayu dengan memainkan sentimen melayu. Jalan yang mudah adalah menghentam parti cina iaitu DAP. Sedangkan parti cina adalah MCA, parti India adalah MIC dan parti melayu adalah UMNO. Kompenan BN. Tapi itu disembunyikan rapi. Padahal Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PAS dan PKR adalah parti berbilang kaum, tidak dikhususkan kepada bangsa tertentu sahaja. Politik masa depan pun nampaknya perjuangan assobiyyah bangsa akan lupus ditelan dek zaman.

Apabila rakyat semakin menolak parti rasis dan perkauman, nampaknya Umno serta kompenan BN seperti cacing kepanasan menunggu saat-saat kejatuhannya. Apatah lagi Umno. Mungkin dah buntu kot? Apa! Dah gila meroyan pulak ke apabila mengajak DAP pulak menyertai BN. Sudahlah diupah dan diumpan pimpinan PKR untuk melompat ke BN. Sebahagian ada yang termakan kahak Umno-BN ni. Berapa upah yang mereka jilat tak tahulah. Tentu banyak, kalau sikit takkan nak lompat.

Sebelum ini PAS dijadikan sasaran politik BN. Berderet-deret rombongan meminang untuk bekerjasama dengan PAS. Kerajaan Perpaduan. Bergelora politik dalaman PAS sehingga berkocak sakan. Apabila mereka gagal, kini meleleh-leleh pulak air-liur nak mengajak DAP pulak agar menyertai BN. Apa punya gila pe? Takkan mereka nak telan ludah mereka sendiri. Apa prinsip perjuangan Umno-BN ni? Atau matlamat mereka hanya untuk menang? Prinsip dah lama dibuang?

Penyokong tegar Umno dan bekas orang kuat BTN, Tan Sri Dr Nordin Kardi juga selaku bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok pula menyokong agar DAP dipelawa masuk BN.

Katanya, bagi DAP pula, tentulah Umno lebih sesuai dijadikan rakan serumah berbanding dengan PAS. Dasar Umno yang secara konsisten sangat pragmatik sewajarnya menyelesakan DAP untuk tinggal bersama BN berbanding di rumah tumpangan pakatan pembangkang.

“DAP yang sangat sekular (kehendak yang terpancar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin utamanya) sulit untuknya mengekalkan rumah tangga yang aman bersama PAS yang dilihat sangat teologikal.

Nordin juga menambah, pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN, misalnya tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan ‘Malaysian Malaysia’ sudah terangkum dalam ‘1 Malaysia’, dasar semuanya inklusif, mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN.

“Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN,” katanya sambil menambah, jika semua telah ada dalam BN — “sekularnya ada, teologinya ada, suasana inklusif telah ada”, semua kepentingan pelbagai kaum telah ada, apakah lagi kewajaran mengubah ‘status quo’.

Apakah sikap DAP. Sejauhmana daya-tahan semangat setiakawan DAP dalam Pakatan. Adakah seperti Ezam dengan kotak-kotak sumpahnya? Atau seperti Ibrahim Ali yang memang pakar lompat? Atau semacam Gobala Krisnan? PAS sudah teruji. Istiqamah dan mempunyai sifat setiakawan yang tinggi. Tak pernah lari apabila berpakat. DAP pernah keluar daripada APU. Apakah kini DAP akan termakan dengan ajakan BN?

DAP tolak pelawaan Nazri untuk sertai BN

Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN. Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.
"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.

"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.

Read More !

Masjid Jesus Crist?

| | 0 comments

Kehebatan toleransi dan hikmah daripada menghulurkan Islam sebagai agama yang selamat dan sejahtera. Tiada paksaan dan tidak berdasarkan emosi ammarah telah mendorong Islam berkembang dengan dakwah dan tauladan. Banyak negara memilih ajaran Islam bukan melalui peperangan tetapi ?menawan hati dengan kebijaksanaan. Termasuklah di China dan negara kita sendiri. Melaui suri tauladan dan akhlak yang tinggi.

Perjanjian Hudaibiah dilihat bagaimana sikap toleransi yang tinggi yang diamalkan oleh Rasulullah Saw yang tidak dipersetujui oleh sahabatnya sendiri tetapi akhirnya terbukti apa yang dipilih Rasulullah Saw itu merupakan kemenangan dan kejayaan.
Apa yang digariskan oleh Islam merupakan garis tengah. Jika dipraktikkan nescaya ia memudahkan dan memberi pengisian dan diterima oleh fizikal, mental dan spiritual berdasarkan fitrah ciptaan Ilahi.

Cuma bagi orang yang jahil, mereka akan melenting berdasarkan hawa dan nafsu dan bukannya berdasarkan ilmu yang benar. Apatah lagi apabila politik sempit sudah menjadi tempurung yang membataskan pemikiran jahiliyyah mereka daripada menerima kebenaran Islam yang lebih luas.

Kita melihat komen yang dilemparkan oleh Naib presiden Umno, Zahid Hamidi dengan isu masjid di Pulau Pinang. Walaupun keputusan itu dikeluarkan oleh majlis fatwa P.Pinang, beliau tetap mengkritik dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri. Bagaimana agaknya kalau sebuah masjid di Pulau Pinang diberi nama Masjid Jesus Crist? Agak-agaknya jadi gila dan mengamuklah pejuang-pejuang Umno-koko di Pulau Pinang???

AMMAN — Mungkin anda terkejut saat melihat nama sebuah masjid di kota Madaba, Selatan ibukota Jordan, Amman yang dinamakannya dengan 'Masjid Jesus Christ'. Bagi media barat, Masjid ini dipuji lantaran menjadi masjid pertama di dunia arab yang dinamai Jesus. Namun masjid Jesus Christ di Madaba bukanlah satu-satunya. Di Tripoli, ada masjid bernama masjid Isa Bin Maryam. Nama serupa juga digunakan sebuah masjid di Giza, Mesir.

Selain dunia arab, ada sejumlah masjid di AS, yang mengabadikan nama Jesus sebagai nama masjid seperti Masjid di Stratford, Connecticuit, dan satu lagi masjid di Columbus, Ohio. Menurut surat kabar Al Quds Al Arabiya, apa yang membuat Masjid Jesus Christ begitu istimewa adalah baik umat Islam dan Kristian telah menunjukkan kesungguhan dan gembira dengan penamaan masjid itu. ANSA melaporkan idea nama Jesus berasal dari Jamal Al Sufrati, imam masjid.

Ketika ditemubual, Jamal mengungkap tidak ada satupun masjid di dunia Arab yang memakai nama Jesus. "Dunia Arab penuh dengan masjid yang dinamai semua nabi kecuali Jesus," katanya. Penamaan itu dimaksudkan untuk meningkatkan kesan kebersamaan dan toleransi. Apalagi ada semacam ketegangan dari dua pengikut agama akibat lukisan kartun Nabi Muhammad SAW.

Bagi dunia Islam, nama Jesus agak asing kerana mereka lebih mengenalinya sebaga Isa al-Masih anak Maryam.

Read More !

Orang Cina Haram berpuasa?

| | 0 comments

Kini Muslim Uighur kembali menderita terbaru akibat tindakan keras pemerintah Cina terhadap minoriti etnik di wilayah barat laut Xinjiang itu dengan larangan berpuasa dan beribadah di masjid-masjid.

"Jika ada tokoh agama bertazkirah Ramadhan atau mendorong orang untuk ambil bagian, maka mereka akan kehilangan keizinan permit untuk berdakwah," kata Dilxat Raxit, juru cakap Kongres Uighur Dunia yang berpangkalan di Munich minggu lalu. "Kes yang lebih serius apabila penangkapan dibuat bagi mereka yang melakukan ibadah tarawih yang dinilai menyalahi undang-undang" katanya lagi.

Dibawah pemerintahan Beijing, Pemerintah Daerah Xinjiang, penduduk Islam diminta menandatangani 'surat akuan' yang isinya berjanji untuk tidak berpuasa dan solat tarawih atau kegiatan keagamaan lainnya selama ramadhan.

Sementara perusahaan swasta menawarkan makanan disiang-hari kepada pekerja Muslim Uighur. Siapa yang menolak untuk makan akan kehilangan bonus tahunan mereka, atau bahkan pekerjaan mereka, Raxit menambahkan.

Sasaran juga termasuk sekolah Islam, untuk menyediakan makan diwaktu siang hari selama masa puasa. Seorang warga Uighur Beijing mengatakan siswa di bawah 18 tahun dilarang puasa selama bulan Ramadhan. Selain itu, pemerintah memaksa restoran di wilayah majoriti Muslim untuk tetap dibuka sepanjang hari.

Kawalan juga dilakukan kepada mereka yang cuba untuk menghadiri solat di masjid-masjid. Mereka harus mendaftar dengan kad pengenalan mereka. "Mereka harus mendaftar, dan setelah selesai solat dan berdoa mereka tidak diizinkan untuk berkumpul dan berbicara satu sama lain," tegasnya.

Sehari sebelum dimulainya bulan suci ramadhan bagi umat Islam Cina, setidaknya 11 orang terbunuh dalam rangkaian serangan di wilayah utara-barat Xinjiang. Pihak pemerintah Cina menyerang minoriti etnik setelah polis Cina menembak mati dua Muslim pada minggu lalu.

Sebelum 18 orang Islam dibunuh dalam serangan di wilayah Xinjiang yang bergolak. Setelah kerusuhan, lebih dari 100 orang Uighur ditahan pemerintah Cina. Penduduk setempat mengatakan, kebanyakan dari mereka yang ditahan dan dituduh adalah mereka yang tengah beribadah di masjid dan istri mereka yang mengenakan jilbab.

Read More !

PATI... buat sakit Hati je..

| | 0 comments

Terengganu berpengalaman menghadapi tipu-jahat Umno-BN dalam memenangi pilihanraya. Walaupun diketahui tetapi dengan kudrat yang ada amat sukar membenterasnya. Apatah lagi ianya melibatkan kerja SPR,JPN, Polis bahkan semua jabatan dibawah kerajaan. Akhirnya apabila dah habis ayat kerusi dibaca… itu pasal terbang kerusi tu..

Akibatnya ada pulak ahli kita yang diputus mahkamah untuk dipenjarakan kerana menahan pengundi di Rusila. Kalau tak buat macam tu… dah lama lingkup kerusi yang ditandingi oleh Tuan Guru Presiden.

Begitu juga dengan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Terengganu menghadapi kerenah pengundi Myanmar melebihi 5 ribu orang yang menggunakan kad pengenalan yang dikeluarkan di Kedah khususnya di Parlimen Kemaman dan Dungun. Datuk Ahmad Said sendiri memenangi Dun Kijal antaranya dengan undi lebih 1 ribu pengundi Burma ini. Apa yang mereka buat? Merayu? Pastinya dengan ugutan.

Kini para PATI didaftarkan dengan biometric khususnya di negeri Selangor. Bilangan yang cukup untuk diagih-agihkan ke dun terpilih bagi memenangkan Umno untuk mendapat simple majoriti untuk kembali merampas Selangor. Najib dah bagi green-light. Apapun Selangor mesti dirampas kembali. Apa mereka peduli dengan masa depan negara.

Hari ini kalau dilihat di Kuala Lumpur seolah-olah Negara sudah dikuasai oleh orang asing. Bahkan pusat-pusat perniagaan maupun rumah penempatan. Orang melayu dah jadi orang asal. Balik dan mula terpinggir. Pendatang Asing tanpa izin ini dianggarkan melebihi 1 juta. Dengan didaftarkan Kerajaan boleh membuat duit senang-senang beratus juta untuk belanja pilihanraya nanti. Sebenarnya ia tidak menyelesaikan masalah bahkan mengundang makin ramai PATI untuk memasuki Malaysia secara haram dan mereka menunggu untuk didaftarkan lagi.

Itu tak diambil kira pertukaran dengan Kerajaan Australia baru-baru ini. Nampaknya lebih seronok jadi PATI daripada menjadi penduduk tempatan. Berapa banyak duit pembayar cukai yang diperuntukkan untuk mengurus mereka. Beruk dihutan disusukan, anak dirumah dibiar kelaparan. Kenapa? Demi survival dan kelangsungan politik Umno-BN. Inilah satu lagi projek Kerajaan Umno-BN.

Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.

"Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Sabah mencatatkan rekod pendaftaran PATI paling tinggi dengan jumlah 152,588; diikuti Selangor, 126,094; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (103,075); Johor (33,451); Pulau Pinang (27,046); Perak (19,999); Pahang (18,390); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13,400); Negeri Sembilan (13,065); Kedah (12,703); Melaka (5,842); Kelantan (2,150); Terengganu (1,761); Perlis (962); dan terendah, Wilayah Persekutuan Labuan, 99," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Alwi berkata kerajaan memberi amaran keras kepada semua syarikat pengurus supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengelirukan, sama ada kepada PATI, majikan, ataupun orang ramai, khususnya membabitkan aspek bayaran. "Terdapat syarikat yang dilapor mengenakan bayaran pakej lebih RM35 dengan memaklumkan bahawa mereka bertindak atas arahan KDN.

"Sehubungan itu, syarikat diminta menghentikan tindakan tersebut kerana KDN tidak pernah mengubah keputusan bayaran perkhidmatan kepada syarikat pengurus seperti yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 untuk pemutihan tetapi bayaran itu hanya perlu dibayar jika PATI terpilih untuk diputihkan," katanya.

Read More !

Ramadhan yang Sekular?

| | 0 comments

Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali. Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas.

"Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan. "Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada Jaip sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian. "Perkara ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dalam masyarakat serta menjurus kepada perpecahan umat Islam. Ceramah sedemikian juga mengganggu emosi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat terawih," katanya.


Lambat sangat ke juak-juak Umno nak faham. Dah lebih 50 tahun merdeka tetapi kepala masih lagi berselaput dengan pemikiran assobiyyah Umno. Sebelum PRU 12 dahulu negeri Selangor antara negeri yang terkenal gam penceramah dan pentazkirah. Setiap surau dan masjid ditampal amaran jangan bertazkirah dan jangan diundang tokoh-tokoh tertentu termasuk ulama terkenal dan popular seperti Datuk Haron Din dan bekas mufti Allahyarham Datuk Ishak Baharom. Tetapi akhirnya Allah menumbangkan kerajaan Umno-BN di Selangor.

Nampaknya tindakan yang sama cuba dipraktikkan di Pahang. Sebelum PRU 12, mereka tak peduli pun. Bagi mereka ceramah dan tazkirah ni tak menjadi kudis gatal buat mereka. Macam mencurah air didaun keladi. Tak menjejaskan kuasa politik Umno-BN tetapi selepas tsunami politik Pru ke 12 mereka mula mengambil langkah-langkah untuk menghalang kesedaran dan kebangkitan rakyat terhadap kezaliman dan pengkhianatan Umno-BN selama ini.

Dalam Islam tazkirah merupakan nadi ummah. Apatah lagi Islam merupakan agama nasihat menasihati. Menasihati manusia agar kembali kepada Kitabullah dan Hadis Rasulullah Saw. Menegur para pemimpin dan umat Islam secara keseluruhannya. Imam Ghazali sendiri pernah berpesan “Jangan sekali-kali kamu melepasi 3 hari tanpa tazkirah nescaya buta matahati kamu”. Dan sepatutnya para pemimpin meniru gaya pemerintahan Abu Bakar, Umar dan para sahabat yang terdahulu yang mereka mengucapkan terimakasih apabila rakyat menegurnya meskipun dihadapan orang ramai atau diatas mimbar. Mereka tidak ditangkap, dipenjara atau di ISAkan. Bahkan mereka mengucap syukur kepada Allah kerana ada orang yang mengasihi mereka kerana Allah meskipun mereka sanggup menegur dengan pedang mereka.

Tazkirah ini bukan hanya bab haidh & nifas saje. bukan bab ibadah sahaja. Tetapi mencakupi segenap bidang kehidupan apatah lagi politik pemerintahan yang menjadi fungsi penting manusia diutus atas mukabumi ini iaitu menjadi khalifah. Tetapi pemimpin Umno membawa agenda sama seperti penjajah, melarang anak jajahan berbicara soal politik. semua diserah kepada Mat Salleh. Orang melayu hanya berhak berbicara tentang adat istiadat melayu dan hal ehwal agama Islam sahaja. Lebih daripada itu dilarang. Apatah lagi mengkritik pimpinan. Kotak pemikiran sekular amat sukar untuk dibersihkan.

Sama juga dengan mimbar-mimbar jumaat kita. Jangan disentuh politiknya. Habis masa mana nak diperingatkan para ummah? Atau para pemimpin pun dah jadi golongan yang dilarang menyentuhnya? Apakah pimpinan Umno hari ini terlalu suci dan qudus. Tak layak ditegur?... atau memang sudah sampai tanda-tanda ajal Umno untu Be End.

Read More !

Lutut Mat Sabu & Lutut Najib

| | 0 comments

Bab mati, bab sakit orang tak bergurau atau main-main. Ianya dilarang agama. Sebab itu apabila media melapurkan bahawa PM cedera lutut ketika menendang bola futsal di Kedah, kita percaya lapuran tersebut. Apatah lagi media kerajaan takkan nak berbohong dengan lapuran sakitnya seorang PM.

Tetapi apabila Mat Sabu terpaksa dipapah kerana cedera lutut akibat dilanggar oleh kereta waja polis dalam peristiwa tangkapan beliau pada hari perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai baru-baru ini, digambarkan oleh media sebaliknya. Seolah-olah Mat Sabu berlakon. Tiada kecederaan bahkan dinafikan oleh pihak polis sendiri. Meskipun dibuat pembedahan dhospital dan ditunjukkan x-ray bagaimana skru dimasukkan ke lutut Mat Sabu untuk mengembalikan ligmen beliau yang terkopak akibat dilanggar kereta polis. Hingga ke hari ini, pihak polis maupun media tidak meminta maaf.

Inilah antara dua darjat. Pemimpin Pas dan darjat pemimpin Umno. Agaknya pihak media hanya menerima kentut Mat Sabu sahaja busuk tetapi kentut PM Najib harum mewangi dan mustahil busuk.

Tapi hakikatnya perancangan Allah tetap berlaku. Hanya Najib yang mengetahui sakitnya lutut beliau sehingga beliau pergi ke hospital. Meskipun beliau masuk di wad diraja… tetapi sakitnya tetap sama antara sakit sang raja maupun sakit rakyat marhaen.

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Surah an-Nisa’ : 104

Rupanya tiada beza sakit Mat Sabu dengan sakit PM. Ingat PM keramat, tak sakit dan tak perlu bedah membedah. Cuma persepsi yang cuba dimainkan media bahawa sakit lutut Mat Sabu adalah bohong dan sakit lutut PM adalah benar.

PM jalani pembedahan lutut

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini selamat menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan “arthoscopic” di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.

Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Khamis lalu semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...