Kuala lumpur dijangka berubah wajah sepenuhnya menjadi Amsterdam. Bukan hanya tempat minum arak dilesenkan bahkan semua xtxt haram diberi lesen dan di tempatkan dibawah pentadbiran perbandaran. Dengan alasan supaya mudah diurus dan tidak dilakukan secara haram di merata-rata. Ia dilesenkan dan menjadi sumber pendapatan kepada negara. Ketika pertama kali menjejak kaki di Belanda, kelihatan persekitaran bandar-bandarnya agak berbeza.
Amsterdam sebagai ibu kota maupun bandar-bandar lain dianggap syurgawi bagi penuntut kebebasan. Lebih sebulan, penulis tinggal di bumi Holland ini khususnya bandar Kedutaan iaitu The Haque.
Negara yang terkenal dengan kincir air serta keju maupun ladang bunga yang sejauh mata memandang khususnya bunga tulip yang segar dan menarik pandangan. Negara yang rendah dari paras laut itu mempunyai bandar terusan yang tersusun kemas. Tetapi xtvt sosialnya dianggap keterlaluan. Pernah kedutaan Malaysia di Den Haag (The Haque) menghadapi demontrasi serta cubaan melontar bom apabila tindakan Malaysia menggantung mati dua rakyat belanda yang terlibat memiliki dadah. Bagi mereka ianya tidak menjadi kesalahan dan bahkan dimerata-rata tempat kelihatan Cannabis Café. Melayan pelanggan dengan ganja. Kebanyakan kedai berwarna hijau atau dimalam hari diwarnai lampu neon hijau. (Ada juga yang dihiasi dengan pokok-pokok hijau. Orang PAS jangan sangka markaz Pas pulak).
Begitu juga ‘Red Light Area’ yang dilesenkan. Rumah-rumah pelacuran dan persundalan diwarnai warna-warna merah maupun warna pink yang sebam-sebam mempamerkan pedagang-pedagang disebalik cermin yang transparen. (Bukan markaz Wanita dan Puteri UMNO)
Jangan dikiralah tentang ‘sex shop’ dimerata-rata bahkan kebebasannya sehingga wujud disekeliling pintu masjid. Bagi mereka tiada dosa maupun kesalahan. Hatta life-show pun wujud dengan jualan tiket secara berkala. Menonton ‘orang berlaga’ macam menonton berlaga lembu di Thailand. Ingat kalau tanya Hisyamuddin rais lebih arif tentang Holland maupun Belgium.
Usaha kerajaan sebagai negara serba ‘Boleh’ akan turut menghalalkan semua ini. Keperluan kewangan yang semakin mendesak dalam suasana kemalapan ekonomi yang semakin mencengkam dan kegagalan pihak kerajaan dalam membendung kegiatan seks haram, dadah dan sebagainya mendorong mereka untuk mencontohi Barat. Apatah lagi dengan nasihat daripada Yahudi APCO yang memang tugas dan kerja Yahudi ini menyesatkan manusia dan meruntuhkan akhlak mereka. Satu tugas yang bertentangan daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah Saw. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
PEMADAM (Persatuan anti dadah Malaysia) mensasarkan tahun ini sebagai tahun sifar dadah. Pihak ADK (Anti dadah Kebangsaan) pula meletakkan tahun 2015 sebagai tahun ‘sifar’ dadah. Ye ke? Bukan sifar tetapi bersepai-sepai. Tanpa kawalan. Bahkan ia sudah menjadi satu perniagaan penyumbang kekayaan. Apatah lagi ia berserangkai dengan pelacuran dan perjudian. Kalaulah bar-bar, night-club, pusat hiburan dan karaoke memperolehi lesen. Pusat perjudian dengan spot TOTO, Magnum sehinggalah kasino di Genting Highland dilesenkan.
Sudah-pasti ‘Red Light Area’ akan bersepah di Kuala Lumpur tak berapa lama lagi. Banyaklah anak-anak ayam dari luar negara yang masuk secara haram selama ini ke Malaysia akan dihalalkan. Kalaulah percubaan selama ini dengan pemberian condom ‘cap dacing’ telah dimulakan. Pemberian dadah tiruan matedom diizinkan. Masyitah di JPM pun telah mefatwakan ‘harus’ melacur jika darurat. Ini semua klu bahawa sebagai negara maju tiada lagi halal haram. Janji ia memberikan sumber kewangan. Dah ramai tokey-tokey menunggu untuk ngap projek ini. Kalaulah Vinsent Tan menunggu bertahun-tahun untuk kelulusan Judi Bolasepak, nescaya selepas ini mungkin lebih cepat berdasarkan 1 Malaysia ‘tokey didahulukan, prestasi diutamakan’.
Para pemimpin yang bertelingakan telinga badak ini bukannya dengar pendapat orang. Benarlah kata A.Samad said. Spesis 2lidah tetapi telinga satu. Sikap bodo sombong sukar dikikis kerana rakyat masih lagi memberikan kekuasaan kepada mereka. Kerana itulah penyelsaian kepada semua permasalahan ini adalah menumbangkan kerajaan UMNO-BN pada pilihanraye ke 13 nanti.
No comments:
Post a Comment