Jangan jadi Kambing, Jangan jadi Kerbau

| | 0 comments

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) --

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam mencontohi serta mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad s.a.w iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan. Perdana Menteri berkata empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasi bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif. "Maka sudah tentulah pemimpin-pemimpin masyarakat, pentadbir, golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlu berusaha memiliki sifat-sifat ini dan mencontohi tingkah laku Rasulullah dalam setiap tindakan dan pekerjaan yang kita lakukan," kata Najib dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah.















KOMEN:-

"Masuk dalam kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak" pepatah orang melayu supaya pandai menjadi munafik agar kita boleh menipu golongan kambing-kambing dan kerbau.

Dalam Islam, ketika sahabat bertanya kepada Rasulullah S.a.w tentang Islam yang tidak perlu lagi ia bertanya kepada orang lain tentang Islam. Rasulullah menjawab, katakanlah: " Aku beriman kepada Allah dan kemudiannya istiqamah". Tiada sifat glul-glik. Dalam masjid cakap lain luar masjid cakap lain. Depan orang Islam cakap Islam, depan orang kafir cakap kafir.

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آَمَنُوا قَالُوا آَمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ
Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami Telah beriman". dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok."


Kerana itulah Allah mengingatkan agar tidak hanya tahu bercakap tetapi tidak mempraktikkan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ . كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?.
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak
kamu kerjakan. as-Saff :2-3

Datang maulud cakap bab Rasulullah Saw. Datang Nuzul al-Quran cakap bab al-quran sebagai Kitab yang memberi petunjuk. Tetapi hingga kini hukum Rasulullah dan al-Quran tidak dilaksanakan. Apa yang dikata halal di hina dan di persenda. Apa yang dikatakan haram diberi lesen dan dilaksanakan. Pemerintah yang menjadikan teras sifat wajib nabi tetapi penuh dengan gelumang rasuah, salah-guna kuasa, kezaliman, fitnah memfitnah, mengeluarkan lesen judi, pergaulan bebas, tidak menutup aurat dan sebagainya.

Cuba kita lihat sifat-sifat mereka yang disenaraikan oleh Allah serta feel dan tingkah laku mereka dalam surah al-Baqarah:-

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ
Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian" pada hal mereka itu bukan orang-orang yang beriman.

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka Hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ . أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ
Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Ingatlah, Sesungguhnya mereka Itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آَمِنُوا كَمَا آَمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آَمَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُونَ
Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain Telah beriman." mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu Telah beriman?" Ingatlah, Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu.


Kerana itu orang mukmin tidak akan tertipu dengan cakap-cakap golongan yang sedemikian. Allah telah memperingatkan kita agar tidak mudah tertipu. Lihatlah kepada praktikal mereka sendiri. Lihatlah diri-diri mereka. Isteri-isteri mereka. Anak-anak mereka. Apatahlagi mereka adalah pemimpin dan sebagai qudwah kepada rakyat.Selarikah tidak dengan al-Quran atau hadis. Itulah neracanya. Kalau slogan Islam Hadhari pun hilang entah kemana... inikan pula cakap-cakap golongan yang tidak mengaji apa itu Islam. Allah Ta'ala juga memberikan tanda kepada pengamalan atau pengabaian kepada Islam ini.

Tandanya jelas.. akibat meninggalkan ajaran Rasulullah dan Kitabnya nescaya timbullah berbagai fitnah dan kesesatan, kemaksiatan dan kezaliman, moral dan jenayah dan macam-macam. Dunia akhir zaman. Islam sekadar slogan dan syiar semata-mata. Umat Islam janganlah mudah ditipu dan dikelirukan.

Oleh itu berjaga-jagalah wahai umat Islam. Terlalu acap kali kamu jatuh ke dalam lubang biawak yang sama. Habislah ayam sereban jika dibaiarkan musang yang berbulu ayam ini. Hanya orang bodoh sahaja yang terpedaya. hanya kambing dan kerbau saje yang bakal disembelih.

Read More !

SYABAS ANAK

| | 0 comments




Hakmilik: Peneroka dakwa Felda tipu

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang."Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.

Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka."Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.Memorandum itujuga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.

Dalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka."Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat."Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula. Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.


Komen:-

Syabas kepada ANAK atas tuntutan terhadap hak para peneroka dan generasi pelapis golongan peneroka. Mesti ada orang yang terus berani ke hadapan dan bertembung dengan golongan kapitalis yang menindas. Bersekongkol dengan pemerintah mengaut keuntungan dari keperitan para peneroka yang dinafikan hak mereka.

Saya sendiri memahami dan terlibat secara langsung kes-kes yang melibatkan penafian hak peneroka ini. Di dalam dun Paka sendiri adanya beberapa gugusan felda iaitu felda Kerteh Satu, Dua, tiga dan Empat. Ia menjadi lubuk untuk mempertahan kekuasaan politik UMNO Barisan nasional. Alhamdulillah kemenangan Pas pada tahun 1999, buat julung-julung kalinya para peneroka di felda Kerteh Satu dapat melihat Geran tanah tempat tinggal dan Kebun kelapa sawit mereka yang sekian lama mereka membanting tulang mengusahakannya. Sebagai Adun Pas ketika itu serta dengan kesungguhan JSR dari Felda tersebut, akhirnya hasrat mereka untuk memiliki geran tercapai meskipun terpaksa melalui pelbagai rintangan dan kerenah. Pihak Ketengah serta Felda sendiri menentangnya. Pimpinan UMNO sendiri menjalankan kempen untuk menolak supaya memulau penerimaan geran tersebut atas alasan geran palsu. Ada juga puak-puak UMNO bodoh sombong yang terpengaruh.

Hari ini para peneroka Felda Kerteh satu menanam sendiri ladang-ladang mereka dan tidak menyerahkan kepada Felda. Mereka berjaya menubuhkan Koperasi Pekebun Kecil dan mereka berjaya dengan pakatan mereka mengurus serta menyelia hasil-hasil ladang mereka. Kejayaan mereka dicemburui oleh pihak Felda yang menanggap bahawa para peneroka ini golongan bodoh yang tidak tahu mengurus dan mentadbir. Hari ini tohmahan mereka itu terjawab. Sekarang ramai para peneroka lain berhasrat menanam sendiri. Tetapi beberapa cara dan tindakan pihak Felda serta pemimpin UMNO sendiri yang cuba menghalang... sehingga hari ini hasrat penereko untuk memiliki geran hanyalah angan-angan semata. Dan dua penggal UMNO memerintah... bukannya berusaha untuk memberi geran tetapi meneruskan ugutan, diskriminasi serta penafian hak-hak peneroka.

Saya sendiri baru-baru ini turut sama bersama peneroka felda Kerteh Lima menahan cubaan pihak Felda untuk menyapu bersih menggunakan jentolak tanaman kelapa sawit yang ditanam sendiri oleh peneroka. Pegawai Felda yang saya temui akhirnya bersetuju menangguhkan setelah perbincangan diadakan. Akibatnya pegawai tersebut telah ditukar dari felda Kerteh Lima. Kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk diadili dan masih menunggu perbicaraan. para peneroka Kerteh dua dan Tiga juga menghadapi masalah yang sama. Ada usaha untuk memaksa supaya diserahkan kepada Felda. Dan mereka akan menjadi hamba felda buat selama-lamanya dengan bebanan hutang yang tidak berkesudahan.

Begitu juga anak-anak peneroka. Zaman Pas memerintah kita menyediakan 1,000 lot tanah tempat tinggal buat generasi kedua Felda berhampiran Tnah felda Kerteh Satu. Mereka telah membersih dan menanam batu perenggang tanah masing-masing hasil kerjasama juruukur swasta tetapi apabila UMNO berkuasa semula semuanya dihentikan sehingga sekarang terbiar begitu sahaja. Apa yang anak- anak peneroka dapat??? Para peneroka yang percaya kepada janji- janji UMNO apa yang mereka dapat. Hak dan kelangsungan generasi mereka dinafika oleh UMNO. Sepatutnya Umno bukan sekadar memberikan tanah tetapi rumah dengan kelengkapak infanya sekali. Munasabah sebab para peneroka adalah pemberi kemenangan kepada UMNO.. tetapi mereka ditipu mentah-mentah hinga ke hari ini. Nyanyian si Luncai yang mereka amalkan.... " Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkannn... biarkan..."


Apapun syabas kepada sahabat ku Mazlan Aliman... agar istiqamah menolong golongan marhaen ini. Semoga para peneroka satu hari nanti menyedari dan membela nasib mereka sendiri.

Read More !

| | 0 comments

Hapuskan perbalahan dalaman



MARAN 21 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat menghapuskan segala bentuk persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti.
Beliau yang juga Timbalan Presiden parti menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana kajian menunjukkan ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi pada pilihan raya lalu.
Sehubungan itu beliau mengingatkan kedudukan UMNO dan BN adalah kritikal jika masalah dalaman seumpama itu tidak diselesaikan segera.
''Kegagalan itu berdasarkan kajian yang dibuat selepas pilihan raya umum lalu bagi mencari punca sebenar kenapa UMNO dan BN gagal mempertahankan kemenangan (majoriti) dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu itu.
''Jika tiada perubahan dilakukan, kita (UMNO) tidak mampu bertahan," katanya ketika berucap menutup Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara Kampus Khazanah Alam, Bandar Jengka dekat sini hari ini.
Konvensyen selama tiga hari yang berakhir hari ini dihadiri 1,400 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO dari 14 bahagian di negeri itu.
Muhyiddin menegaskan, pemimpin dan ahli UMNO perlu segera mencari jalan menyelesaikan segala masalah dalaman terutama persengketaan dalam tempoh satu atau dua tahun ini supaya ia tidak berterusan ketika menghadapi pilihan raya umum akan datang.
''Tempoh 24 bulan adalah masa yang singkat untuk membetulkan semula keadaan tetapi jika tiada usaha mengatasinya, ia akan menjadi isu dan persepsi yang boleh mempengaruhi rakyat," tegasnya. Utusan Malaysia.










Komen:-

"Menepuk air di dulang.. terpercik ke muka sendiri".

Itulah pepatah orang melayu. Selama ini kita melihat media-media talibarut UMNO sentiasa melakukan serangan propaganda bahawa pimpinan PR dan pimpinanan parti-parti pakatan sentiasa berperang macam nak pecah kapal. Setiap hari berita seolah tiadak ada berita lain. Perpecahan dalaman PR dan termasuk juga parti PAS.

Hari ini pengakuan sebenar berita yang sudah diketahui umum sejak dulu, kini dan selamanya bahawa parti nasionalis sekular itu berantakan berpecah dari pimpinan sehingga ke bawahan. Hakikatnya tiada ubat dalam parti UMNO itu sendiri. Ubat yang ada hanyalah sekelumit kuasa dan wang. Dengan kehilangan kuasa 2/3 di parlimen ia sudah cukup menggoncangkan... bayangkan lah jika sekali ia tumbang. Tiada satu asas kekuatan untuk diikat sesama mereka. Kegagalan mengagihkan kek kekayaan sesama mereka nescaya mereka akan sentiasa bercakaran. Tidak ada lagi golongan ikhlas yang berjuang dalam UMNO. Yang ada kini hanyalah golongan berkepentingan. walaupun pemimpin menafikannya. Walaupun Najib memakan ubi kayu.... kononnya merasai keperitan rakyat tetapi hakikatnya... adiknya adalah billionaire hasil dari keluarganya sebagai pemimpin negara, Mokhzani adalah billionaire hasil bapaknya adalah pemimpin negara.

Begitulah percakaran pemimpin UMNO di Terengganu sendiri... bukan kerana rakyat tetapi perbalahan kerana merebut untuk mengisi perut dan bawah perut semata-mata.

Parti PAS dan ahli serta pengikutnya hendaklah sentiasa menjadikan sirah dan sejarah sebagai muhasabah. Semua empayar besar tumbang kerana perebutan harta dan takhta. Pas sebagai rangkaian gerakan Islam memiliki ubat untuk menyelesaikan permasalahan seperti ini. Hanya Allah dan Rasul. Kembali kepada Islam.


فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (an-Nisa' :59)

Umno juga mendakwa ia sebagai parti Islam. Dan kini sentiasa menonjolkan sebagai pembela kepada Kalimah ALLah dan perarakan Maulidur Rasul. Hari inilah sepatutnya UMNO mula mempraktikkan dan kembali kepada al-Quran sebagai kalamullah dan Hadis sebagai kata-kata kepada Rasulullah S.a.w yang ma'sum itu. Tinggallah perjuangan assobiyyah melayu yang sempit dan telah gagal sejak separuh abad itu. Tinggallah perjuangan sekular yang merosakkan umat Islam di malaysia ini.. Kembalilah kepada perjuangan Islam yang sebenar..

Beranikah UMNO??


Read More !

Seminggu di Cairo

| | 0 comments

Sabtu. 13hb.feb. Hari ini hari terakhir Ma'rad Kutub (Pameran Kitab) kali ke 42 yang merupakan himpunan terbesar para pengeluar kitab-kitab khususnya kitab thurath dengan pelbagai penulis yang terkenal. Meskipun dunia pustaka maya dengan maktabah syamilah dan sebagainya namun masih ramai yang selesa menggunakan kitab. Kerana itu ma'rad tersebut menggamit ribuan penggunjung untuk mencari kitab keperluan masing-masing.

Setelah tamat belajar di Universiti Azhar tahun 1990, inilah kunjungan ke Ma'rad kitab setelah hampir 20 tahun meskipun beberapa kali berkunjung kebumi kaherah ini tetapi tidak berkebetulan dengan waktu ma'rad diadakan. Kujungan kali ini cuba dimanfaatkan untuk menyiapkan Perpustakaan Madrasah Darul Bayan. Walaupun harganya meningkat naik tetapi berbanding dengan tukaran wang semasa dan berbanding dengan harga kitab di Malaysia, ia boleh dikategorikan masih lagi murah.

Suasana sudah banyak berubah. Bukan hanya fizikal dan pembangunan tetapi manusia juga banyak berubah berbanding 20 tahun lalu. Penduduk Mesir yang sudah mencecah 80 juta orang dan penduduk di Kaherah saje menyamai penduduk di Malaysia. Kita boleh bayangkan betapa sesak dan sibuknya bandar ini. Meskipun begitu para pelajar kia terus berminat untuk menimba ilmu di universiti tertua disini, al-Azhar yag telah melebihi usia 1020 tahun.

Hari ini pelajar Perubatan telah menyamai pelajar pengajian Islam. Suasana ini telah merubah suasana sosial dan agama para pelajar disini. Pelajar keluaran STAM saje yang menyambung pelajar disini. Pelajar muadalah dengan al-Azhar dihentikan atas permintaan Kerajaan UMNO BN. Semua lulusan kolej dengan sijil diploma tidak lagi boleh meyambung pengajian ke Azhar termasuklah produk KUSZA (UDM). Satu lagi jenayah BN terhadap mereka yang ingin menuntut ilmu Islam dibumi anbiya' ini. Tapi ini juga adalah perancangan mereka agar tenaga pendokong gerakan Islam tanahair berkurangan. Tetapi kalau mereka merancang... Allah SWT juga merancang. Pastinya perancangan Allah sentiasa menang, i'allah.

Hayyu Asyir.
Bersama bekas pelajar-pelajar Madrasah Darul Bayan
yang menuntut ilmu di bumi Mesir di tapak Expo Buku Antarabangsa
kali ke 42, Cairo.

Read More !

Salam dari Sana'a, Yemen.

| | 0 comments

Berlepas dari KLIA ke Cairo pada 3hb feb jam 1 pagi. 11jam dalam flight dan tiba ke cairo airport. Selepas transit selama 3jam kami berlepas ke Sana'a menggunakan Egyptair yang memakan masa selama 3 jam lagi. Agak memenatkan tetapi keinginan untuk menjejakkan kaki ke bumi Yemen buat kali pertama melupakan segala keletihan dan rasa mengantut.


Yemen, negara ke 24 dalam siri musafir ku di dunia fana' ini. Meninggalkan bumi Malaysia buat seketika diharap dapat merehatkan fikiran dari memikirkan dunia politik Malaysia yang makin haru-biru. Tetapi apabila flight mula nak landing... di kawasan lapangan terbang Sana'a terlihat kiri-kanan deretan kapalterbang tentera. Flight yang bergerak perlahan ke bangunan airport terpaksa berhenti tiba-tiba... rupa-rupanya memberi laluan pesawat tentera untuk berlepas. Landasan kapalterbang komersial pun berkongsi dengan tetera. Nak jimat kos ke? Kalau perang selamat ke orang awam. Duit negara buat utuk apa? Kepala mula berfikir tentang dunia politik dan pentadbiran Yemen... Ish..tak boleh nak rehat jugak. Mesti fikir politik juga... selagi mana ia manusia politik dan kehidupan tak dapat dipisahkan. Sebagai muslim, politik dan Islam tak dapat dipisahkan pula. ...teringat isu enjin kapalterbang tentera yang hilang...


Ketika keluar dari kwsn airport, suasana agak muram. Cuaca agak sejuk. nafas agak pendek-pendek. Rasa macam orang sakit asma pulak. Ianya disebabkan faktor kedudukan Sana'a diatas bukit dengan ketinggian 6000kaki dari paras laut dan dengan musim sejuk ia adalah biasa bagi orag luar yang baru berkunjung ke Sana'a. Teringat rasa nak mati...


Ops.. tak sempat nak cerita banyak... tgk picture jap. Relax.

Istana Imam bersama bilik-bilik isterinya. Sebagai pemerintah kabilah dengan kehebatan pembinaan istananya.


Masjid Presiden Yemen. Masjid Jami' Ali Salah. Mendapat kritikan rakyat dan ulama kerana meghabiskan beratus juta dollar sedangkan infra negara dan faktor kemiskinan masih lagi ketinggalan. Macam masjid kristal tu le.
Kesan peninggalan Ka'bah Abrahah yang dibina supaya manusia mengagungkannya dan cuba meruntuhkan Ka'bah di Mekah. Akhirya dibinasakan Allah Swt dalam peristiwa al-Fiil. Semoga Abrahah Moden kemudian hari boleh ambil iktibar agar kehebatan kuasa dan fizikal tidak boleh dibanggakan. Ia akan fana' dan biasa juga.

Oklah dulu.

Read More !

Pas takkan khianat

| | 0 comments


31/01/2010. Utusan Malaysia

Dr. Mahathir kecewa parti Melayu tidak bantu kaum sendiri

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu 'asyik' mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri.

"Ia bukan tindakan yang bijak. Orang Melayu rasa tidak boleh lagi bergantung pada parti-parti politik, sebab itu ditubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 2,000 hadirin pada majlis pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hulu Kelang di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali serta beberapa pemimpin NGO Melayu.
Dr. Mahathir menambah, terdapat beberapa NGO Melayu yang menemuinya dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan dan parti-parti pembangkang.
"Tetapi apa yang mereka boleh buat. Mereka kata, jika terlampau giat suarakan pendirian orang Melayu, mereka akan dituduh rasis dan mungkin juga diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
"Akhirnya, mereka datang bertemu bekas Perdana Menteri yang sudah tidak bertaring. Mereka kecewa tetapi tidak dapat suarakan kepada pemimpin Melayu sama ada kerajaan atau parti lawan," ujarnya.

Komen.

Perjuangan Pas bukannya meletakkan assobiyyah kebangsaan sebagai matlamat. Ia bukan menjadikan nasionalisme yang dicipta penjajah sebagai dasar perjuangan. Pas berjuang bagi menegakkan keadilan Islam untuk dikecapi oleh manusia sejagat. Berteraskan wahyu al-Quran dan as-Sunnah al-nabawiyyah yang praktikal dan bukannya idealisme yang tak pernah diuji. Islam telah terbukti melebihi 14 abad menawarkan pembelaan kepada umat manusia meskipun umat Islam sendiri sentiasa memerlukan pembelaan diseluruh pelusuk dunia. Kekejaman, penindasan, ketidakadilan dan sebagainya. Begitulah di Malaysia sendiri.

Pendokong Pas yang majoriti orang melayu menghadapi penindasan dari kaumnya sendiri khususnya di era diktator Dr Mahadhir. Kalau orang kanannya sendiri seperti DS Anuar Ibrahim sanggup diperlakukan sedemikian rupa... usah cakaplah apa yang dihadapi oleh Pas dan ahli serta pendokongnya. Dr Mahadhir sendiri ketika dihalau keluar dari UMNO, pentas Paslah digunakan bagi menyuarakan hak dan kebebasannya bersuara. Itu ketika beliau tiada taring. Hari ini beliau seolah kembali ingin jadi juara bangsa kononnya.. ketika beliau sudah tercabut taring. Ketika masa beliau berkuasa dan masih bertaring.. apa yang beliau buat terhadap bangsa melayu dan Pas sendiri serta negeri-negeri melayu. Bak melepas anjing tersepit. Beliau menggigit dengan taringnya terhadap Pas dan bangsanya sendiri demi kepentingan politik dan kuasanya. Hari ini beliau menunjuk warak dan masih belum ingin bertaubat terhadap segala dosa-dosanya. Menyalahkan orang lain dan berlagak suci.

Siapakah yang khianat terhadap bangsa melayu ini? Sejak merdeka UMNO diberi kuasa dan hampir separuh waktu tersebut diperintah oleh Mahadhir sendiri?? Apakah yang diperolehi oleh bangsa Melayu???

Cukuplah dosa yang paling besar adalah menjadi tali-barut penjajah dengan menghapuskan semua undang-undang dan perlembagaan Tanah Melayu yang berteraskan Islam kepada undang-undang dan perlembagaan Lord Reid. Termasuklah undang-undang dinegeri Terengganu yang dikenali "Itqan al-Muluk fi Ta'dil al-Suluk" yang digubal oleh Sultan Zainal Abidin serta para Ulama seperti Tok Ku Paloh pada tahun 1911 dikhianati oleh pimpinan Umno BN. Merekalah orang-orang yang memurtadkan undang-undang tubuh negeri-negeri melayu pada tahun 1957. Meskipun undang-undang dan peraturan Islam telah dinobatkan di Terengganu sejak 700 tahun yang lampau sebagaimana tercatat di batu bersurat.

Semenjak di tangan pimpinan UMNOlah... bermulanya agenda pengkhianatan disebalik pembangunan. Orang melayu gagal dipelihara dan dijaga kepentingannya. Bangsa ini mula terhakis agama dan pengamalannya bahkan agama dipenjara di pejabat-pejabat. para ulama dihimpit dan disekat. Para imam di rantai dimasjid-masjid. Agenda memisahkan agama dan negara terlaksana. Sekularisme berjaya diterapkan.

Negeri dan tanah-airnya mula tergadai. Bahasanya makin terhakis bahkan khazanah jawinya hampir pupus. Nyawa bangsanya tidak selamat. Zuriat dan keturunan hancur rosak. Ekonominya diratah oleh para kroni sehingga bangsanya merempat dibumi sendiri. Kemiskinan menjadi nadi untuk mereka berkuasa. Akal dan pemikiran mereka terpenjara. Berbagai akta menjadikan pemikiran mereka dalam kerangka dunia ketiga. Hidup dengan dikepung tahyul dan khurafat. Tidak bebas menjangkaui dunia dan akhirat.

Menjadi juara atau khianat, menurut Islam dinilai dengan 5 perkara. Sejauhmana ia menjaga agamamu, akalmu, nyawamu, zuriat serta keturunanmu dan akhirnya harta-bendamu. Itulah fungsi kepimpinan dan perlantikan khalifah. Antara kekhalifahan Iblis dan Adam itulah menjadi penilaian sejauhmana ia diurus untuk mengajak rakyat dan manusia menghambakan diri kepada Allah SWT dan menjadi wakilnya bagi menegakkan syariatNya.

Hari ini Dr Mahadhir mengakui UMNO tidak membela bangsanya. Sebenarnya dah lama dahh.. Dulu, Kini dan akan selamanyaaa... Hakikatnya, cukuplah Dr Mahadhir. Hari sudah petang buatmu. Jadilah membuat onar. Bertaubatlah selagi matahari belum tenggelam diufuk barat.


Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...