Umno Rampas Tanah lagi. Kini Tanah Anak Peneroka!

| | 1 comments


Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit. Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam. Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.

Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?

Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu.

Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2. Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co.

Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003.

Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.

Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?

Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka. Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini?

Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu.

Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku?


Read More !

Pas Terengganu Menunggu Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Terengganu

| | 0 comments

Pagi tadi, pihak Pas Terengganu dibawah Lajnah Tarbiyyah serta Lajnah Persekolahan Ulama, Dewan Pemuda Pas bersama dengan pimpinan ILMAM ( Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir) telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Yayasan Terengganu berkaitan isu surat Penamatan Perjanjian Pinjaman terhadap 9 orang pelajar yang menuntut di Mesir pada 20hb Februari bau-baru ini.

Meskipun sikap yang ditunjukkan oleh Pengarah pada permulaan pertemuan yang tidak mesra alam dengan rombongan dari Pas Negeri itu tetapi akhirnya dengan perbincangan dan desakan yang agar tegas dan panas, beliau akhirnya bersifat lebih lunak. Pihak kami memahami kerana jawatan beliau adalah lantikan politik dalam menerajui Yayasan Terengganu dan sudah pasti beliau bimbang dengan isu-isu panas yang akan timbul.

Seorang pegawai yang berkaitan dipanggil dan alhamdulillah, nampaknya beliau lebih bersifat profesional dan memberi penjelasan dengan lebih baik terhadap maklum-balas yang kami utarakan. Pihak kami menuntut supaya pihak Yayasan mengembalikan semula pinjaman terhadap semua pelajar yang terlibat. Apatah lagi semua mereka berlatar-belakangkan keluarga yang kurang berkemampuan. Mereka terdiri daripada anak nelayan, buruh, pemandu teksi maupun kakitangan awam yang pasti membebankan mereka apabila pihak Yayasan mengambil tindakan yang tak sewajarnya itu. Dua daripadanya mengambil jurusan kedoktoran yang terpaksa membayar kos yang tinggi.

Mereka dikenakan tindakan yang hanya berbekalkan gambar yang mempamerkan wajah mereka dalam pehimpunan tersebut serta rasa tidak puas-hati mereka terhadap jawapan surat tunjuk sebab yang dikemukan terhadap mereka.

Kami difahamkan bahawa keputusan tersebut diambil dalam mesyuarat lembaga pengarah Yayasan dan mereka boleh membuat rayuan terhadap penamatan perjanjian pinjaman tersebut. Pihak kami akan menunggu tarikh 10hb. April 2012 ini yang dimaklumkana bahawa mesyuarat ALP akan diadakan dan keputusan diambil berkait dengan rayuan mereka ini.

Pihak kami kesal jika isu ini akan berpanjangan dengan sikap Yayasan Terengganu yang membelakangkan pendekatan budi bicara tetapi mengambil tindakan keras dalam isu tuduhan kehadiran pelajar dalam perhimpunan Bersih di mesir itu. Pelajar di Mesir tidak terikat dengan Auku apatah lagi ianya melanggar hak asasi pelajar dalam kebebasan mereka untuk bersuara. Dalam usaha PM Najib untuk melakukan transformasi serta lebih lunak dengan mahasiswa dan cuba melakukan perubahan terhadap undang-undang Auku tetapi pihak Yayasan mengambil pendekatan yang sebaliknya.

Pihak kami amat bimbang jika sekiranya tindakan pihak Yayasan tersebut adanya unsur-unsur campur-tangan politik apatah seorang bekas Adun Umno-BN yang dahulunya menjadi Pegawai Tadbir YT di Mesir dan kini berpindah dan berada di ibu pejabat Yayasan Terengganu yang tindak tanduknya sejak dahulu berkontradik dengan mahasiswa di Mesir. Amat malang jika tindakan ini diambil atas sikap dendam maupun pengaruh politik anti pembangkang sedangkan dimasa yang sama para mahasiswa di Mesir termasuk yang ditaja oleh pihak Yayasan berdaftar dan menjadi ahli serta bergerak aktif dalam Kelab Umno Mesir. Ia tidak diambil tindakan bahkan diagalakkan.

Jika selepas 10hb April nanti, pihak Yayasan Terengganu berterusan mengamalkan sikap menganayai dan menzalimi anak-anak Terengganu yang masih lagi menuntut di Mesir itu serta membelakangkan hak mereka, pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya agar institusi Yayasan Terengganu lebih bebas serta bertanggungjawab dalam memikul amanah rakyat ini dan bukannya menjadi institusi Yayasan Umno-BN.

Read More !

Umno dikala naik Sawan…

| | 0 comments

Nampaknya kini barulah rakyat tahu kuasa mereka. Hari ini kerajaan pimpinan Umno-BN terpaksa mengalah dengan tuntutan rakyat. Itupun kerana kuasa mereka diparlimen yang tak sampai 2/3. Apatah lagi asakan pakatan Rakyat menyebabkan Umno-BN kini berada dipenjuru gelanggang.

Setelah 55 tahun Umno memerintah selepas merdeka, barulah rakyat kini mengecapi sumbangan maupun apa yang dikatakan pembelaan kerajaan. Pelbagai tawaran dan pemberian kini ditawarkan. Itu semua bagai gula-gula untuk memastikan rakyat mengundi mereka. Dari duit pelajar Rm100, duit buku mahasiswa IPT sehinggalah duit Br1M Rm500. Sejauh mana rakyat termakan umpan yang ditabur Umno-BN?

Tawaran Buku-Jingga menjadi berhantu. Ia menjadi pendesak kerajaan untuk mengembalikan kekayaan Negara kepada rakyat. Tawaran kepada guru kenaikan RM500 telah menyebabkan pemimpin kerajaan menjadi gelabah. Desakan terhadap kenaikan gaji kakitangan menyebabkan SBPA terpaksa dibatalkan dan SSM diguna semula dengan kenaikan 7-13% yang menelan bajet RM 6 billion. Walaupun ketika mengumumkan itu wajah PM yang amat sugul dan tidak ceria tetapi terpaksa tindakan itu dilakukan juga bagi menggula-gulakan 1.4juta kakitangan kerajaan agar mengundi Umno-BN.

Rasanya inilah masa terbaik bagi Najib mengumumkan pilihanraya… jangan sampai timbul lagi isu-isu lain yang menenggelamkan watak populis PM ini. Masing-masing kini hanya menunggu siapakah calon-calon winnable pilihan Najib. Tidak ketinggalan di Terengganu. Kalau tersalah Najib letak calon nescaya balik awallah Umno-BN. Team manakah yang akan naik? Puok Mat Said ke atau Puok Deris Jusoh? Kita tengoklah bagaimana tarian mereka nanti.

Pas seperti biasa meneruskan kerja-kerja persiapan PRU-13 dan mengadakan penerangan perjuangan yang dibawa Pas. Pas memperjuangkan dasar parti yang dibawanya dan membina kekuatan atas kekuatan yang dibina serta sokongan ahlinya dan bukannya atas kelemahan musuh. Sebab itu Pas masih lagi bertahan hingga kini. Perjuangan Pas nampaknya semakin diterima. Bukan hanya dikalangan orang melayu, orang bandar tetapi juga masyarakat cina yang secara terang-terangan memberi sokongan kepada Pas.

Umno kini merasai bahawa kekuatan serta pengaruh mereka semakin tercabar. Akibatnya mereka mengambil tindakan yang semakin tidak rasional. Nampaknya Umno seperti orang kena rasuk. Apabila Tok bomoh dah jampi dan kenyekkan lada hitam… hah! Macam naik sawan dibuatnya.

Mereka bimbang kalau fitnah mereka selama ini terhadap PR terbukti tidak benar. Mereka cuba menghalang agar rakyat tidak mendapat dan mendengar penerangan yang disampaikan oleh pihak Pas. Terbaru bagaimana Umno-BN di Dun Paka yang semakin terdesak.Isu rampasan tanah Sekolah Agama Darul Bayan di jalan Santong Paka makin menjerut mereka. Rakyat semakin tahu kezaliman mereka. Dua perarakan bantahan yang diadakan mendapat sokongan masyarakat yang ramai. Pertamanya ditapak sekolah ke pejabat Adun Paka yang menyebabkan beliau terpaksa bersembunyi di Residen Resort dan yang terbaru demontrasi bantahan di Bandar Dungun ke Pejabat Tanah Daerah untuk menyerahkan memo bantahan tersebut walaupun Pegawai Daerah dikatakan bercuti. Memo diterima oleh Penolong Pegawai Daerah. Rakyat mula memperkatakan kezaliman tindakan pemimpin Umno-BN ini.

Hari ini mereka terpaksa menjawab disetiap perasmian mesyuarat agung PIBG sekolah-sekolah di seluruh Dun Paka. Mereka memfitnah semasa ceramah penyampaian wang BR1M Rm500. Mereka tidak berani berhadapan dan bersemuka. Jemputan Debat Rakyat dihantar kepada pihak Adun tetapi malangnya tawaran debat terbuka isu rampasan tanah itu sehingga ke hari ini tidak disambut oleh Adun Paka maupun Ahli parlimen Dungun sendiri. Mereka lebih suka memilih jalan yang bukan demokrasi.

Ketika Pas Dun Paka nak mengadakan ceramah di Kuala Paka yang sebahagian penduduknya dikalangan orang cina dengan mengundang penjelasan oleh Ng Chai Hin selaku Pengerusi DAP Terengganu dan YB NG Swee Lin iaitu Adun Sekinchan, pihak Umno Cawangan Kuala Paka telah membuat report polis supaya membatalkan ceramah anjuran Pas tersebut. Walupun usaha mereka itu gagal tetapi nampak bagaimana mereka mula takut kepada sokongan masyarakat terhadap Pas.

Terbaru apabila pihak Pas Dun Paka dengan kerjasama Ngo ANAK Dun dan ANAK Terengganu mengadakan taklimat terhadap peneroka serta anak-anak mereka tentang isu-isu Felda mereka juga turut mengadakan program untuk menghalang agar peserta tidak hadir ke program Pas. Mereka mengupah RM20 seorang kepada anak muda agar berkonvoi motosikal untuk menganggu program anjuran Pas. Hasrat mereka itu digagalkan oleh pemuda dan penyokong Pas.


Apabila ceramah perasmian ANAK Terengganu di Felda Kerteh dua pada malam tersebut oleh Pengerusi ANAK Malaysia iaitu sdr Mazlan Aliman dan TG Presiden Pas sendiri, mereka juga turut mengadakan ceramah ditempat berhampiran agar dapat menghalang program Pas berjalan dengan baik tetapi Alhamdulillah sambutan masyarakat setempat amat menggalakkan sekali bahkan pada hari taklimat itu sahaja lebih 200 anak-anak peneroka mendaftar sebagai ahli ANAK. Empat ekor lembu ditumbangkan sempena hari tersebut dan ini benar-benar menyebabkan Umno-BN naik sawan kerana mereka tahu bahawa gugusan Felda adalah tali-hayat mereka dan kalau mereka berani membuat perubahan jawabnya sayonaralah Umno-BN.

Read More !

Fatwa di Pahang & Terengganu: Kenapa Bercanggah?

| | 2 comments


Mufti Pahang: Mengundi itu wajib
KUANTAN : 29 Feb. 2012- Tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah sesuatu yang wajib, kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman. Beliau berkata mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

"Pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah. Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain. Beliau berkata Islam juga tidak melarang umatnya untuk mengundi orang bukan Islam dalam pilihan raya sekiranya tidak menimbulkan larangan dan pelanggaran terhadap ajaran agama itu sendiri.

"Diharuskan pula mengundi orang bukan Islam yang akan membantu pembangunan Islam dan dalam masa yang sama boleh menjaga umat Islam itu sendiri. Kita sesama Islam hendaklah bertolak ansur dan bersatu serta tak perlu berkeras dengan orang yang bukan Islam," katanya.

Kalau mengundi itu wajib sudah tentu WAJIB juga mengundi Parti Islam dan membawa kepada tertegaknya syariat dan Negara Islam. Benarlah selama ini apa yang diberitahu oleh Pas dan Ulamanya bahawa mengundi Pas itu wajib. Dan wajib semula untuk menegakkan hukum-hakam Islam setelah
dipinggir sejak kedatangan penjajah memerintah Negara kita ini. Dan Haram mengundi mereka yang menentang syariah Islam serta meninggalkan untuk mendaulatkan Islam.

Atas fatwa inilah apabila Parti HAMAS menang di Palestine dan rakyat yang memahami menolak PLO yang berteraskan nasionalisme. Atas fatwa inilah Ikhwan kini menguasai pemerintahan dan menumbangkan kerajaan sosialime pimpinan Hosni Mubarak. Dan sepatutnya atas fatwa inilah rakyat yang sedar akan tanggung-jawab mengundi ini menolak Parti Nasionalisme UMNO-BN.

Apa lagi hujah pimpinan Umno-BN serta ulama mereka yang selama ini cuba mengelirukan pandangan umat Islam Malaysia bahawa politik dan agama tidak bercampur bahkan wajib dipisahkan. Kalaulah dah difatwakan wajib mengundi, sudah pasti yang diundi itu Parti. Maka Parti itu juga berkait dengan agama.

Selama ini mereka berkempen mengundi takde zaman nabi dan takde halal & haram. Kini dengan fatwa Mufti kerajaan ini sendiri maka haram mengundi orang yang zalim, perasuah, pengkhianat agama dan mereka yang menghina hukum dan hakam Islam. Mereka yang awal-awal lagi menolak untuk melaksana hukum Islam. Sedangkan sebuah kerajaan itu adalah menggalang-gantikan kerja nubuwwah iaitu untuk menjaga agama dan memerintah dunia dengan agama yang diturunkan Allah Swt iaitu Islam.

Nampaknya kebenaran semakin zahir dan kemenangan Islam semakin hampir. Akan semakin jelas siapa yang memperjuangkan Islam dan siapa sebenarnya yang sesat. Kalau Pas yang dikatakan sesat dianggotai oleh ulama terkenal di Malaysia ini termasuklah Datuk Ismail kamus, Datuk Dr Haron Din, Datuk Ishak Baharom bekas mufti Selangor dan ada Dewan khas iaitu Dewan Ulama Pas yang dianggotai oleh para ulama bahkan penerajunya adalah Ulama tersohor iaitu Tuan Guru Nik Aziz selaku Murshidul Am Pas dan Tuan guru Haji Hadi awing selaku Presiden serta dipandu oleh majlis Syura Ulama.

Malangnya Umno yang memberi fatwa PAS sebagai sesat adalah Mat Said selaku MB Terengganu??? Ngaji duane dia nih !!! entahlah. Dan Murshidul Am UMNO adalah Mahathir yang mengatakan Hudud adalah rekaan ulama Feqah dan tiada dalam al-Quran sebagaimana Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara selaku ALP Genting Berhad mengatakan tiada haramnya berjudi.

Ingatlah kita tentang peringatan Rasulullah saw tentang hadis akhir zaman

سَمِعْتَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah Swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah Swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
Hadis riwayat Muslim.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...