Kedah, P.Pinang, Kelantan, Pahang… Terengganu bila?

| | 0 comments

Ucapan tahniah dan terimakasih kepada kerajaan Kedah, Kelantan, P.Pinang dan Pahang yang peka dengan permasalahan pelajar yang dibawa pulang dari Mesir baru-baru ini. Apabila pihak Universiti di Mesir telah membuka pengajian mereka pada Mac dan awal April ini, menyebabkan ibu-bapa pelajar yang mempunyai permasalahan kewangan terkial-kial untuk menghantar segera anak-anak mereka.

Apabila pihak kerajaan PR telah mendahului untuk menghantar percuma pelajar ini kembali meneruskan pengajian mereka. Secara tak langsung para ibu-bapa menarik nafas lega. Ini termasuklah negeri P.Pinang yang tiada seorang pun orang cina dan india yang belajar di Egypt tetapi Kerajaan pimpinan Lim Guang Eng yang dilabelkan sebagai rasis, anti melayu dan anti Islam telah mendahului untuk meringankan bebanan keluarga pelajar di Universiti Al-Azhar.

Negeri-negeri lain pimpinan UMNO-BN macamana? Kenapa lembang sangat pimpinan UMNO ni?

Kedah Tanggung Hantar Balik Pelajar Ke Mesir

ALOR SETAR: Kedah akan menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajarnya ke Mesir di samping membekalkan wang saku RM500 seorang kepada mereka. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan berita itu kepada lebih 800 pelajar Kedah yang belajar di Mesir pada satu majlis perjumpaan di sini, Ahad.

Beliau berkata RM2.5 juta diperuntukkan untuk menghantar pelajar pulang yang dibiayai bersama anak-anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah seperti Syarikat Air Darul Aman, Bina Darulaman Berhad dan Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menyewa khas tiga pesawat Egypt Air untuk tujuan penghantaran pulang pelajar ke Mesir bermula 5 hingga 10 Mac ini. Pelajar diminta mendaftar diri mulai hari ini dengan mengemukan pasport masing-masing untuk diuruskan oleh Yayasan Islam Kedah.

Beliau juga berkata kerajaan Mesir juga telah menawarkan sebidang tanah secara percuma kepada kerajaan negeri untuk pembinaan bangunan asrama pelajar Kedah di sana. Kerajaan Negeri hanya perlu menanggung kos pembinaan bangunan asrama berkenaan, manakala kos penyelenggaraan serta makan dan minum pelajar akan ditanggung oleh pihak Universiti Al-Azhar sepanjang tempoh pengajian pelajar, katanya.

Bagaimana pula dengan para pelajar di Terengganu. Negeri yang kaya raya dengan penuh nikmat pembangunan ini??? Negeri pimpinan Datuk Ahmad Said yang peka dengan maslah rakyat! Takkan negeri Kuwait Malaysia ini takde duit untuk menghantar para pelajar rakyat Terengganu kembali ke Mesir? Mana duit royalti hasil minyak Terengganu. Kalau Monsun Cup yang tiada manfaat buat rakyat Terengganu, kerajaan menghabiskan duit berpuluh juta takkanlah untuk bakal pemimpin negeri akan dating ini tiada peruntukan? Mana duit zajat yang dikutip berpuluh juta setahun. Mana Perbadanan MB, syarikat GLC kerajaan negeri yang dikatakan untung berjebok-jebok tu…

Kalau sekecil inipun Mat Said ketinggalan berbanding negeri-negeri PR. Ini memalukan! Nampak sangat UMNO-BN tak pandai memerintah. Takkan nak biarkan nanti Pemuda Pas pulak mengutip derma untuk membeli tiket para pelajar kembali ke Mesir. Ini akan memalukan kerajaan pimpinan Mat Said sendiri. Penulis pun menjangkan MB Terengganu ini taklah sebodoh itu membiarkan anak-anak Terengganu yang mempunyai ibu-bapa yang ramai, diseluruh daerah Terengganu… pastinya mempunyai pengaruh dan impak yang besar dari segi politik.

Sudah beberapa kali pertemuan pimpinan Umno-BN negeri di rumah MB dan wisma Negeri dengan para pelajar. Cakap-cakap yang penulis dengar amat negatif. Hanya bersyarah.. pong! Pong!.. biasanya Pas jugak yang menjadi mangsa serangan. Macam Pas pulak memerintah Terengganu ni. Para pelajar bersungut seolah-olah mereka dikencing oleh pimpinan UMNO-BN. Janji-janji semasa belum pulang atau semasa di Jeddah… habuk pun tarak!!!

Kalau hanya tahu menuduh bahawa Pas tak buat apa-apa? Habis sekarang ni kerajaan Terengganu buat apa? Takkan semua kerajaan pimpinan PR dah umum? Mat Said dok nak tadah tempurung royalti dengan Najib lagi? Habis Kerdau & Merlimau nak pakai duit nak cekau kat mana???

Diharapkan pihak kerajaan mengambil tindakan segera demi menyelesaikan permasalahan pelajar-pelajar Terengganu ini. Kalau ini pun tak boleh diselesaikan!! Serah sahaja kepada PAS pulak mentadbir. PRU pun dah tak lama. Biarkan mereka sibuk berpolitik cah keting, sibuk mengaut khazanah negeri dan melupakan rakyat dan pengundi mereka… Maka rakyat patut melupakan mereka apabila mereka datang merayu undi disaat pilihanraya nanti. Vios!
Ops piramid ada.. takkan takde ops sphinx!

Read More !

UMNO,MIC Terkejut! Bila Bala bertakbir

| | 0 comments

Bersama-sama ribuan peserta menghadiri perarakan calon bagi mengiringi calon Pas , Hasannuddin ke pusat penamaan calon di Bandar Temerloh. Penulis berkesempatan masuk ke pusat penamaan calon. Ketika nama-nama calon diumumkan oleh pihak SPR, bergemalah teriakan sokongan kepada calon masing-masing. Ketika Syed Ibtahim diumumkan secagai calon BN mereka meneriakkan “Satu.. Malaysia, Satu! Malaysia. Tercongkenglah jari telunjuk mendongak langit menggambarkan satu Malaysia. Apabila nama Hasanuddin pulak diumumkan diteriakkan “Takbirr!.. Allahuakbar. Takbir!... Allahuakbar” Bala yang merupakan Timbalan Pengerusi DHPP Pusat (Dewan Himpunan Penyokong Pas)beserta beberapa orang india yang turut hadir dalam majlis tersebut turut bertakbir, “Allahuakbar! Allahuakbar” sambil menunjukkan isyarat 2 jari, iaitu nombor yang akan dicetak dikertas undi.

Pemimpin UMNO terkejut dan sempat menyuarakan kepada Palanivel selaku Pengerusi MIC yang turut hadir mengiringi calon UMNO-BN. Ish.. tengok tu. India pun takbir jugak pe? Bala menjawab? Tak de salah? Salah ke? Palanivel tersengh aje. Tak terjawab apa-apa. Bungkam. Terkejut beruk kot!. Bagi UMNO, memanglah terkejut. Sebab UMNO-BN berfahaman, kalimah Allah hanya boleh disebut oleh orang Islam. Macammana orang bukan Islam bertakbir jugak ni. Tentu lepas ini akan direport lagi ke pihak Mufti. Susah pulak nak layan kerenah pemimpin UMNO ni.

Justify Full
Apapun perarakan kali ini berjalan dengan baik tanpa ada sebarang kekecohan. Penulis pun tunggu jugak kot-kot MB Pahang nak ulang feel perangai buruk beliau semasa mengiringi penamaan calon di PRK Sanggang dahulu yang menunjukkan isyarat lucah. Alhamdulillah MB Adnan Yakob sudah bertobat. Dia tidak mengulanginya lagi kini. Mungkin dah tua-tua agaknya, segan kepada rakyat yang kini telah mempunyai akses maklumat yang pelbagai. Tak pasal-pasal dok kat Wall FB kan.
Penulis sempat mengambil foto dengan seorang anak muda dari Kuantan yang mencuri hati penulis. Betapa cekal beliau yang turut sama berarak mengiringi calon. Sedangkan fizikalnya mengahruskan beliau untuk menguzurkan diri. Tetapi beliau tidak mengambil ruksah tersebut bahkan turut sama orang ramai mengambarkan sokongan padu kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Hah! Kepada yang takde uzur syarie, dok lepak aje kat rumah tu! Apa rasa anda???


“Perjuangan adalah perlaksanaan Kata-kata” Semoga beliau dianugerahkan daya istiqamah, InsyaAllah!

Read More !

Gambar Siapa berkopiah bersama Najib di Turki?

| | 3 comments

Erdogan & Kamal Ataturk : Mana pilihan Najib? Kita tahu bahawa Mahathir memilih Kamal Attaturk. Bukan main lagi dipuji pejuang nasinalis yang menumbangkan Khilafah Islamiyyah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 itu. Bapak segala sekularisme di Negara milik umat Islam. Boneka barat yang menjadi perosak akidah dan ummah.

Sekian lama perjuangan Erdogan untuk memeartabatkan semula Islam di Negara Turki yang meletakkan dasar sekulrisme sebagai dasar suci yang dikawal tentera Negara. Sehingga mempersoalkan isteri pimpinan yang berjilbab. Hatta mengharamkan pelajar wanita menutup aurat memasuki kawasan university. Pernah menarik kerakyatannya apabila Ahli Parlimen yang memenangi pilihanraya tetapi berkeras untuk menutup aurat. Turki sebagai pengamal sekular kelas pertama.

Alhamdulillah kini ada tampak sedikit demi sedikit perubahan. Ketegasan Erdogan dalam beberapa isu yang menyentuh barat dan Israel jelas menggambarkan sikap islamiknya. Sikapnya dengan isu Palestine juga jelas.

Sempena lawatan PM dan isteri ke Turki, apa yang dapat Najib mempelajarinya? Berita mengumumkan …

Kat malaysia dah kata haram letak bunga kat makam pahlawan. Letak kat peruntuh khilafah Islamiyyah Turki, kamal Attaturk takpe ke? Mana ulama UMNO ni???

Harap Tan Sri Harussani beri fatwa nih???

Malaysia-Turki diiktiraf model negara Islam baik

ISTANBUL 24 Feb. Malaysia dan Turki mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat.
Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan anjuran bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, International Movement for a Just World (Just) dan Universiti Bahceschir, Istanbul.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa diminta mengulas pengiktirafan itu berkata, ia menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan termasuk melaksanakan program transformasi mendapat pengiktirafan.
“Dalam konteks Turki pun, mereka lihat demokrasi di Turki ini telah menyebabkan pentadbiran yang lebih berkesan dan lebih baik, terutama sekali dari segi ekonomi dan hak asasi.
“Walaupun ada perbezaan tertentu dari segi cara pentadbiran Malaysia dan Turki tetapi pada umumnya mereka anggap ini dua model yang sangat baik untuk dijadikan ikutan terutama sekali kepada dunia Islam,” katanya pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi tiga hari ke Turki di sini.

Macam Islam Hadhari jugak. Maknanya disana ada Islam Badawi. Kini Malaysia-Turki adalah model Negara Islam baik? Apa maknanya? Mengikut takrif siapa? Apakah Negara-negara umat Islam yang dipimpin oleh boneka barat yang kini sudah zahir kejahatan rejim mereka itu sudah tidak baik? Apakah selama ini sebelum Erdogan tidak dikategorikan sebagai Negara Islam baik atau kini Malaysia dibawah pemerintahan UMNO-BN adalah contoh Negara Islam baik?
Mengikut Islam, kategori Negara Islam atau tidak adalah terletak dasar dan sistem pemerintahan sesebuah Negara tersebut. Negara perlu melaksanakan pemerintahan berdasarkan Islam dengan teras perundangan berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Sejak merdeka, bila pulak Malaysia meninggalkan perlembagaan Lord Reid dan mengamalkan undang-undang komanweal? Itulah yang menjadi akidah mereka. Malaysia adalah Negara umat Islam dan bukannya Negara Islam.

Perkembangan politik dunia mutakhir ini menggambarkan perkembangan drastic bahawa Islam bakal kembali menguasai dunia. Apakah benar telahan Dr Yusof Qhardawi. Abad 21 kini adalah abad Islam setelah abad 20 untuk Yahudi dan abad 19 milik Kristian. Inilah hakikat yang dibimbangi barat serta kuncu-kuncunya disegenap pelusuk dunia khususnya dinegara-negara yang pernah menjadi jajahan mereka. Mereka akan berusaha untuk menahan gelombang islam ini. Mampukah mereka???

Samada mereka turut berubah sekarang atau melawan arus? Nescaya mereka pasti akan hanyut. Gelombang Islam ini tak mampu ditahan lagi. Diharap ada sesuatu dipelajari oleh Najib dan Rosmah? Paling kurang kalau Rosmah boleh meniru isteri Erdogan, menutup aurat pun… boleh tahan. 1st lady selaku isteri khalifah Negara Islam contoh… takkan tak berubah?

Yang menimbulkan persoalan penulis siapa yang berkopiah tegar bersama lawatan Najib ke Turki ke muzium Topkapi itu? Yang dimaklumkan bersana PM Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Turut mengiringi ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Rasa-rasanya tak munasabah mereka ni berkopiah. Nampak macam Zulkifli Nordin. Mujahidin berapi-rapi yang berjuang nakkan Islam akhirnya menjadi katak. YB lompat dari Kedah. Kini Nampak bersekongkol dengan Najib & Rosmah ke? Dah tobat kot!!! Fuhhh!! Kalau dengar ceramah beliau tentang Najib & Rosmah. Tercabut bulu roma. Apakah beliau turut serta melawat makam Kamal Attaturk, memberi kalungan bunga dan menghormati tokoh secular yang pernah dihentam berapi-rapi dalam masjid sebagai tokoh yang disifatkan laknatullah sebelum ini???

Heran… heran. Ajaib… ajaib. Pergi tanggung free ke? :) ke tersalah dan silap orang... pelanduk dua serupa atau orang Turki kot hhiihi

Read More !

Saiful Bayar Mariah Carey 1 Juta Dolar

| | 0 comments

“ Tiada tinggal al-Quran melainkan tulisannya, Tiada tinggal lagi Islam melainkan namanya, Masjid-masjid kosong daripada petunjuk…” hadis Rasulullah Saw yang diriwayatkan berkait peristiwa akhir zaman. Al-Quran tidak mahu diguna orang semacam dizaman kita. Hanya untuk dipertandingkan, sebagai hantaran mas-kahwin dan sebagai penghalau hantu-syaitan. Diamal? Dijadikan undang-undang? Jauh panggang!

Begitu juga nama? Nama sahaja Islam tetapi prilaku, akhlak, aqidah, social? Tiada gambaran sebagai muslim. Saiful Islam Muammar Ghadafi. Namanya Islam tetapi kini mula terbongkar perbuatan yang tidak sesuai sebagai muslim. Apabila kekuasaan penuh ditangan, kekayaan melimpah ruah dah tak tahu nak guna kemana? Rakyat masih lagi miskin dan merempat tetapi pemimpin kaya raya dan berpoya-poya.

Kalau Saiful Islam anak Hassan al-Banna terkenal dengan dakwahnya, Saiful Islam anak qari Mesir yang mashur Abdul Basit Abdul Samad juga menjadi qari. Dan bagaimana dengan anak Muammar Ghadafi? Mariah Carey dibayar 1 juta dolar AS untuk hanya menyanyi empat lagu dalam pesta Saif Gaddafi

WASHINGTON - Saif al-Islam Gaddafi, terkenal bergaya hidup elit dan mewah. Ketika perayaan tahun baru 2009, media Barat melaporkan ia menghabiskan malam dengan berpesta dan membayar Mariah Carey 1 juta dolar AS untuk menyanyikan hanya empat lagu di pulau St Barts di Karibia.

Saif sangat marah apabila membaca pestanya bocor ke media. Ia berdalih saudaranya, Muatassim, penasehat keamanan nasional Libya, yang berhajat pesta itu.

Menurut laporan diplomatik AS yang bocor, baik Saif atau Muatassim adalah serupa dalam soal gaya hidup. Muatassim pernah meminta 1,2 juta dolar AS pada 2008 dari pemilik perusahaan minyak nasional Libya, untuk membiayai body-guardnya sendiri. Kemudian menjadi komandan kelompok pasukan khusus yang efektif berfungsi sebagai unit perlindungan rejim."

WikiLeaks juga turut memperinci secara detail kemewahan dan boros mereka, amalan nepotisme yang bermaharajalela dan persaingan sengit yang didefinisikan sebagai "Qadhafi Incorporated". Hal ini lebih parah dengan persaingan antar anak-anak Gaddafi yang dikenal tak mengalah antara satu sama lain.

Mereka saling menarik pengaruh untuk menggantikan ayah. Yang tak berminat pada kekuasaan, mereka berebut menumpukan kekayaan. Tiga putra Gaddafi berjuang untuk mendapat keuntungan dari projek Coca-Cola baru. "Semua anak Gaddafi memiliki aliran pendapatan dari perusahaan minyak nasional dan syarikat-syarikat perusahaannya.

Yelah!!! Bapak borek anak rintik? Bagaimana kalau PRU 13 nanti UMNO-BN kalah. Barulah rakyat tahu siapa dia Mukriz, Mokhzani, Marina. Barulah kita tahu harta Khairi Jamaluddin & anak-anak Pak Lah. Barulah kita tahu harta Rosmah dan adik-adik Najib serta feel perangai mereka. Kini pun sudah tahu beberapa perangai mereka… gelagat anak-anak Ghadafi & Mubarak Malaysia ... yelah!!! sementara kaya, sementara berkuasa, sementara malaikat belum ambik nyawa…

Read More !

Hah!! El-Baradei Timbalan Perdana Menteri, Ikhwan di singkir!

| | 0 comments

Pertubuhan politik yang dilarang membentuk sebuah parti politik di bawah Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin, berkata wakilnya tidak diundang menyertai kabinet dan ia menolak rombakan itu, sambil menekankan semua menteri di bawah Mubarak dahulu mesti disingkir. Rombakan itu tidak termasuk jawatan menteri pertahanan, luar, kewangan dan dalam negeri. Tidak jelas apakah perubahan akan diumum bagi jawatan-jawatan utama itu. Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi, yang mengetuai majlis tentera, telah menjadi menteri pertahanan Mesir selama 20 tahun.

Rombakan kali ini menyertakan beberapa muka baru. Yehia el-Gamal, pakar undang-undang dan aktivis parti Persatuan Kebangsaan bagi Perubahan yang dipimpin Mohamed El-Baradei, dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Setiasaha agung parti Wafd, Mounir Abdel Nour, menjadi menteri pelancongan, sementara Gowdat AbdelKhaleq, daripada parti pembangkang Tagammu, menjadi menteri perpaduan sosial dan keadilan, lapor akhbar Al-Gomhuria. Amr Hamzawy, anggota panel pengantara proses penyelesaian pemberontakan, menjadi menteri belia, manakala Encik Mohamed El Sawy dan Ahmed Gamal El-Din masing-masing menjadi menteri imigrasi dan pendidikan tinggi

Sementara itu Ikhwan telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti politik, Huriyyah wal Adalah (Parti Kebebasan dan Keadilan)

Inilah yang sentiasa dibimbangi oleh penulis serta kebanyakan umat Islam dan ahli gerakan Islam. Sebelum ini pun penulis dah posting artikel tentang perancangan dan strategi musuh dalam mengambil kesempatan merebut kepimpinan dari tangan pejuang Islam.

Orang lain yang lelah, letih menimba paya sampai kering, bila dah nampak sirip, orang lain pulak yang mengutip ikannya. Meskipun kes di Mesir ini melibatkan cabinet sementara sahaja tetapi sudah jelas usaha untuk menyingkirkan penggerak dan tulang belakang kepada perjuangan perubahan ini iaitu Ikhwan Muslimin. Amerika dan Israel tidak sekali-kali mendiamkan diri. Apatah lagi tentera yang sekian lama bekerjasama dengan Yahudi Israel dan jawatan-jawatan penting masih lagi dipegang oleh bekas pimpinan Hosni Mubarak dan pengaruh Mubarak tidak boleh dinafikan meskipun telah meletak jawatan.

Hakikat sebenarnya hanya satu. Mereka bimbang dengan kebangkitan Islam. Meskipun mereka Islam tetapi mereka enggan untuk memartabatkan atau memebri peluang kepada Islam kembali memerintah. Kenapa? Wallahu’alam. Buruk sangatkah pemerintahan Islam sedangkan dengan Islamlah berlakunya anjakan hebat dan era kegemilangan dalam sejarah dunia ini.Kalaulah Mesir yang dianggap tonggak Afrika dan Negara Arab ini bergabung dengan Turki dengan agenda Islam, pastinya manis catatan sejarah dimasa mendatang.

Golongan sekular dan nasionalis, kebimbangan yang ditanam dalam kepala otak mereka hanyalah Islam. Sekian lama Yahudi & Nasara memacak kukuh agenda ini dalam pemikiran mereka. Tetapi yakinlah bahawa masa depan adalah untuk Islam. Walau mereka merancang, tetapi perancangan Allah tetap yang menang. Walau mereka cuba memadam, tetapi cahaya Islam tetap akan terjulang.

Kini Ikhwan juga terlibat secara langsung dengan politik. Parti mereka akan ditubuhkan. Secara langsung menjawab sekian lama tuduhan dan menyalahkan pas dengan penglibatan politik dan pilihanraya. Semoga pendokong dan pengerak harakah Islam di Malaysia bersatu dibawah panji-panji Pas sahaja.

Bagaimana pula dengan politik di Malaysia? Apakah agaknya akan berlaku selepas PRU 13? Dimanakah kedudukan Pas? Hakikatnya rakyat akan membuat pilihan. Semoga agenda PGU (Pas Ganti Umno) benar-benar berjaya mengembalikan Islam ke persadanya. Tetapi ingatlah. Ianya tak semudah 1-2-3. Banyak lagi jerangkap yang sedia dipasang. Semoga Pas bersedia kearah itu.

Read More !

Ghadaffi serang dengan Jet Pejuang. mampukah Mahathir bertahan?

| | 0 comments

Gila apa? Adakah kerana demi mempertahankan kuasa serta harta yang dikumpul selama ini mereka sanggup membunuh rakyatnya sendiri menggunakan jet pejuang? Sampai bila?

Malta. Dua juruterbang tentera udara Libya telah membelot semalam dan menerbangkan pesawat masing-masing ke Malta dengan tidak mahu mematuhi arahan pihak berkuasa kerajaan.

Laporan itu memetik pegawai Malta menyebut mereka telah memaklumkan pihak berkuasa negara itu bahawa diarahkan supaya mengebom penunjuk perasaan.

Kedua-dua juruterbang itu, berpangkat kolonel, meninggalkan sebuah pangkalan tentera udara di Tripoli. Salah seorang daripada mereka memohon suaka politik di Malta. Pesawat-pesawat perang Libya, negara terbaru di utara Afrika yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak seminggu lalu, menggugurkan bom di banyak lokasi di Tripoli semalam, demikian menurut laporan stesen TV Al-Jazeera.
Perkembangan ini disaksikan susulan tekanan meningkat ke atas pemimpin mereka Kol Muammar Gaddafi, yang memerintah sejak lebih empat dekad lalu. Libya merupakan negara jiran Mesir, yang presidennya Hosni Mubarak digulingkan awal bulan ini.

Kelmarin anak lelaki Muammar memberi amaran kerajaannya akan mempertahankan negara itu daripada demonstrasi sehingga peluru dan anggota pasukan keselamatan terakhir, malah memberi amaran perang saudara akan tercetus.

Wajah-wajah kezaliman manusia yang berprilaku sebagai dan zalim seperti Firaun ini tak pedulikan dosa-pahala. Itulah gambaran kezaliman manusia tanpa Islam. Walaupun mengaku sebagai Islam tetapi mereka member imej buruk terhadap Islam. Hakikatnya mereka sendiri adalah penganut nasionalisme yang dikatakan pejuang bangsa. Tetapi kini kenapa mereka memerangi dan membunuh anak-bangsa mereka sendiri.

Apakah Malaysia akan melihat situasi yang sama? Apakah mereka akan rela dan melepaskan kuasa mereka begitu sahaja? Adakah mereka akan membiarkan rakyat memerintah dan memilih pemimpin mereka sendiri. Ramai mana Saddam Hussain membunuh rakyatnya sendiri dizaman pemerintahan kuku besinya tetapi di mana beliau sekarang? Kalaulah Hosni Mubarak mengarahkan badwi menyerang orang yang menentangnya, Ghadaffi mengarahkan tentera membunuh rakyatnya sendiri? Tetapi takkan beliau nak tongkat langit. Sudah sampai masa untuk beliau berundur.

Sudah sampai masa semua boneka-boneka Amerika, Yahudi dan Barat yang ditabalkan sebagai wakil penjajah dinegara-negara Umat Islam dinyahkan dari bumi umat Islam. Sudah sampai masanya umat Islam menentukan sendiri masa depan mereka dengan kembali dengan kegemilangan mereka dengan Islam. Cukuplah wajah-wajah munafik bermain opera di Negara-negara umat Islam. Sudah sampai masanya untuk kita gantikan ideology manusia yang sampah itu dengan wahyu Allah. Kembali kepada al-Quran sebagai panduan ummah.

Kebimbangan ini menyebabkan Mahathir tak duduk diam. Dok sibuk kembali berpolitik. Takut agenda nasionalisme dan kapitalisme yang ditanak sekian lama mati beragam dan berkubur. Maaf lah! Kubur dah kata mari. Bawak-bawak bertobatlah. Ini bukan masa beliau. Baik fikir-fikirlah, Negara mana nak mintak suaka politik. Hello lah teman beliau di Zimbabwe tu. Mr Mugabe yang pernah beliau berikan bertan-tan kayu mungkin telah menyiapkan rumah untuk beliau. Jangan lupa bawa Najib & Rosmah. Biar dia tahu betapa sukarnya nak membeli-belah di Harare atau Limpopo.

Semua pemimpin-pemimpin era Penjajah ini sezaman dan seusia Tun Mahathir. Gelombang kebangkitan rakyat dinegara-negara arab itu adalah sama dengan negara-negara umat Islam seluruh dunia. Ini adalah gelombang kebangkitan Islam dalam mengikis agenda nasionalisme. Gelombang rakyat ini tak akan mampu dikekang oleh UMNO-BN lagi. PRU 13 akan memahkamahkan golongan penghisap darah rakyat ini. Rakyat perlu bersiap menghadapi tali barut dan mereka yang bersekongkol dengan UMNO-BN ini. Sekarang adalah masa untuk berubah. Sebab UMNO-BN selama-lamanya takkan berubah.

Read More !

Kubur Gus Dur Robek? Kenapa Mahathir jadi Kacau?

| | 0 comments

Menurut laporan Kompas, masyarakat Indonesia risau tentang makam mantan Presiden Abdurrahman Wahid atau Gus Dur di kompleks Pondok Pesantren Tebuireng, Desa Cukir, Kecamatan Diwek, Kabupaten Jombang, yang terhakis akibat dilarikan hujan lebat sehinggakan ada berita kelihatan kain kapan al-marhum.

"Tidak perlu ada yang dikhawatirkan dengan makam Gus Dur. Pihak keluarga selalu memperhatikannya," kata Wakil Gubernur (Wagub) Jawa Timur (Jatim), Saifullah Yusuf, di Surabaya, Ahad. Ia sama sekali tidak percaya jika makam yang terhakis itu sampai kelihatan kain kafan jenazah cucu pendiri Jami'iyyah Nahdlatul Ulama (NU) Hadratus Syekh Hasyim Asy'ari tersebut.

"Nggak mungkinlah sampai kelihatan kain kafannya karena begitu ambles sedikit saja sudah ada yang menguruknya. Makam itu di tengah pondok, sudah barang tentu banyak yang mengurusnya selain dari pihak keluarga," kata Saifullah yang juga masih keponakan Gus Dur itu.

Gus Dur meninggal dunia di Jakarta pada 30 Desember 2009 dalam usia 68 tahun. Jenazah mantan Ketua Umum PBNU itu dimakamkan di PP Tebuireng dalam upacara Negara dan Ketenteraan yang dipimpin Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 31 Desember 2009. Sebanyak RP180 Milliar telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan dalam membangunkan kawasan kubur Gus Dur itu.


Makam Gus Dur jauh berbeza dengan perkuburan Anwar Sadat yang menjadi gah sebagai makam bekas pemimpin Negara. Inilah gambaran kehebatan pimpinan korup. Membaham duit rakyat ketika hidup sampai mati bahkan selepas mati. Lihat kematian Kamal Attaturk tiada bumi mahu menerima jasadnya dan dikebumikan dalam keranda timah dan dimakamkan di bukit dan dibina bangunan gah dikuburannya.


Mungkin Tun Mahathir berkehendakkan kubur gah hebat seperti itu? Sedangkan banyak pimpinan hari ini terpaksa melarikan diri dan tidak diketahui di bumi mana mereka akan dikuburkan seperti Presiden Tunisia dan Mesir.

Kini kali kedua Tun Mahathir memuji dan menyanjung Mustafa Kamal Attaurk sebagai penyelamat Turki. Memuji ideologi nasionalis Attaturk sebagai hujah untuk membenarkan fahaman nasionalisme beliau ketika menjawab dan berhujah dengan Tok Guru Nik Aziz. Agar dikenang jasa beliau sebagaimana dikenang jasa Abdullah bin Ubay membina masjid dhirar??? Betapa celarunya pemikiran beliau dipenghujung dan sisa-sisa umurnya. Semoga Allah member hidayah sebelum meninggal beliau.

Sebelum ini di dalam seminar Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2005 anjuran Kolej Universiti Islam Malaysia, Tun Dr Mahathir ketika menyampaikan ucapan bertajuk " Ke Arah Pembangunan dan Kemajuan Ummah berdasarkan Tafsiran Al-Quran yang betul: Peluang dan Cabaran."

Di dalam ucapannya itu, Tun Dr Mahathir menggambarkan Bapa Turki Moden, Mustafa Kamal Ataturk(gambar sebelah), sebagai penyelamat umat Islam di Turki. Jika banyak pihak dalam Islam menilai Mustafa Kamal sebagai musuh Islam, tetapi bekas Perdana Menteri itu, menyifatkan pemimpin Turki itu, sebagai paradok yang menyelamatkan Islam di Turki dan menyelamatkan Turki untuk Islam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menggesa umat Islam, supaya kembali kepada ajaran Al Quran, dengan membaca dan memahami kandungannya. Hanya dengan menghayati asas ajaran kitab suci itu, umat Islam akan selamat di dunia, dan mampu melindungi keselamatan umat Islam, katanya.

Pandai pulak dia bersyarah. Menafsirkan semula al-Quran. Menyuruh supaya beramal dengan al-Quran tetapi sepanjang beliau memerintah lebih daripada 22 tahun apakah al-Quran yang menjadi panduan beliau??? Naynyuk kah beliau ni???

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan jenayah besar yang dilakukan oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan. Hari ini Tun Mahathir masih lagi bertahan dengan kayu reput agenda nasionalisme yang semakin hanyut dimakam jahiliyyah. Beliau akan tetap kecewa, kerana era sekarang adalah untuk Islam. Dan Islam pasti menang. Pejuang agenda dan ideology barat perlu menerima hakikat ini.

Jangan diharap generasi Islam nak menyanjung Tun Mahathir atau mau membina monument memperingati Mahathir jika beliau mati kecuali buat mereka seperjuangan dengannya. Buat kami, selagi beliau tidak bertaubat dan memohon kemaafan atas kezaliman beliau, nescaya akan sentiasa diingati jenayah dan kezaliman beliau terhadap agama, bangsa dan khazanah Negara ini.

Read More !

Presiden Pas diserang di Felda... UMNO Dungun naik sawan!

| | 3 comments

Di perhimpunan Warga Felda Terengganu yang diadakan di Gugusan Felda, Kerteh Satu, Ketengah Jaya, Paka, Terengganu mencatatkan sejarah keaiban tersendiri. Program yang diadakan selepas solat jumaat itu yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu dibawah Lajnah Peneroka & Tanah Wilayah Terengganu dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) pada peringkat awalnya berjalan dengan baik tanpa ganguan. Program bermula dengan sessi perasmian dengan ucapan YB Datuk Tengku Hassan selaku Tim. Lujnah Peneroka & Tanah wilayah Pas Terengganu, diikuti dengan ucapan Pengerusi ANAK, saudara Mazlan Aliman dan perasmian oleh Tim. Pesuruhjaya Pas Terengganu.

Program yang dihadiri oleh lebih 500 orang peserta dari peneroka gugusan Felda berdekatan berjalan dengan baik. Sessi pembentangan diadakan oleh Pengerusi Lajnah Peneroka & Orang Asal PKR Pusat iaitu Tuan Haji Suhaimie Said. Berdasarkan pengalaman beliau dan pembentangan yang jelas member semangat baru kepada peneroka dalam memahami dan menuntut hak-hak mereka sebagai peneroka. Kertas pembentangan beliau itu diulas oleh Sdr Abdul Rahman, selaku wakil peneroka dari Felda Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Penyalaras saman Felda.

Mazlian Aliman selaku Pengerusi ANAK

Sessi Pembentangan di petang Jumaat

Peserta khusyuk mengikuti pembentangan

Selepas dialog selesai, seramai 135 orang warga Felda Gugusan Kerteh 1-6 akan memfailkan Saman kepada pihak Felda diatas kegagalan Pihak Felda untuk menyerahkan kembali duit caruman tanaman semula sebanyak RM17,000 yang gagal dipulangkan semula oleh pihak Felda. Seramai 26 orang pula dari Felda Kerteh dua akan memfailkan tuntutan mahkamah untuk mendapatkan geran hak milik mereka yang hingga kini masih belum dikeluarkan meskipun mereka telah lama melangsaikan hutang mereka.

Inilah sebenarnya yang ditakuti oleh Pihak Felda dan pihak UMNO didalam gugusan Felda tersebut. Bagi UMNO, Felda merupakan talian hayat politik mereka. Mereka cuba sedaya upaya agar rakyat tidak mendengar penjelasan dan penerangan dari Pas. Sehari sebelum Konvensyen Himpunan Warga Felda itu diadakan, mereka sudah menyebarkan pelbagai risalah fitnah terhadap Pas dan khususnya terhadap Mazlan Aliman yang dilabelkan sebagai “ Pengkhianat Negara”. Para peneroka diugut agar tidak menghadiri program anjuran Pas tersebut. Nampak sangat gelabah dan rasa takut mereka dengan perkembangan kebangkitan peneroka yang sudah memahami hak-hak mereka.

Pada malam tersebut satu Ceramah Umum sempena Himpunan Warga Felda itu diadakan ditapak Konvensyen tersebut. Ceramah yang membariskan penceramah dan pimpinan seperti Pengerusi Dun Paka, Mazlan Aliman, Cikgu Normala Sudirman, Saifuddin Nasution dan Ucapan utama oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Banguna Dewan Sekolah di Belakang menjadi tempat serangan & ganguan UMNO

Tetapi amat malang dan memalukan, apabila pihak UMNO memperalatkan FELDA dengan tergesa-gesa menganjurkan Forum Maulidurrasul di Dewan Sekolah Felda Kerteh satu yang bersebelahan dari tapak ceramah Pas. Bermula jam 9.30 malam maka pertembungan pembesar suara dari kedua belah pihak sehingga ke 12 malam. Mereka mensabotaj dan menyerang kepimpinan Pas dan memuji UMNO sepanjang forum tersebut. Walaupun program mereka didalam dewan dan dihadiri oleh sebilangan kecil peserta dikalangan wanita dan kanak-kanak termasuk veteran UMNO tetapi mereka menghalakan 4 horn speaker kearah pentas Pas. Banyak tempat dalam gugusan Felda itu kenapa dipilih berdekatan dengan program Pas. Banyak hari yang ada untuk forum Maulidurrasul, kenapa dipilih malam yang sama. Pihak Polis sendiri membantah tetapi pihak UMNO masih lagi keras kepala untuk mengadakan disitu. Program itu turut sama dihadiri oleh Ahli Parlimen Matulidi. Ia menggambarkan betapa pimpinan UMNO dah naik sawan akibat kebangkitan semula rakyat untuk member sokongan kepada Pas dan merampas kembali Terengganu daru tangan UMNO dalam pilihanaraya ke 13 nanti. Bahkan ramai dari kalangan UMNO sendiri terasa malu apabila sikap sombong, angkuh dank eras kepala pimpinan mereka yang nak berlawan dengan program PAS.

Walau bagaimanapun program Pas tersebut berjalan lancar dengan kehadiran melebihi 6 ribu pendengar yang ingin mendengar penjelasn dan penerangan dari pimpinan Pas secara live. Semoga ianya menambahkan lagi gerakan PGU (Pas Ganti UMNO) di Terengganu.

Read More !

Dr Mahathir berjaya tetapi Nik Aziz gagal!

| | 1 comments

KUALA LUMPUR 16 Feb.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tujuan hidup Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya. Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

Menurut pandangan Mahathir, Nik aziz telah gagal dalam perjuangannya. Hidup mementingkan dirinya dan bukan kepentingan Islam. Itulah neraca Mursyidul Am Pas dari pandangan bekas PM. Sehingga ke penghujung usia beliau, begitulah persepsi Dr Mahathir terhadap Pas dan pimpinannya yang pernah memberikan pentas kepada beliau dikala beliau terbuang oleh UMNO semasa Tunku Abdul Rahman. Nikmat umur yang panjang, sekadar itulah pemahamannya tentang Islam. Tak usah disalahkan beliau, kerana kepompong umno itu yang dilahirkan sulbi penjajah, memang sekularlah kelahirannya.

Tetapi beliau berjaya dengan dunia dan matlamat perjuangan beliau dan UMNO.??? Sekian lama pemerintahan dipuncak kekuasaan, beliau berjaya meletakkan orang melayu sebagai billionair. Sepatutnya orang melayu patut berbangga. Siapa dia itu… cucu Mohamed Kutty iaitu Mokhzani Mahathir. Semua ahli UMNO patut sujud syukur!!! Beliau kaya hasil usaha beliau sendiri. Bukan pertolongan bapanya....

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu. Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI. Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera. Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Tahniah Mahathir. Lihatlah senarai billionair di malaysia, hasil peninggalan legasy Mahathir. Berapa orang anak pribumi asal Tanah melayu? Kejayaan mahathir mencernakan kekayaan di Malaysia ini. Entah le takut-takut ramai lagi orang melayu yang tak tersenarai, yang billionair diam-diam, senyap-senyap. Menyimpan kekayaan di Swiss Bandk.

Cuma, sebelum beliau meninggal ni, diharapkan Najib melantik Mukhriz sebagai Menteri dan sebagai Ketua Pemuda UMNO menggantikan Khairy Jamaluddin itu. Barulah kejam rapat mata Mahathir kalau mati kelak…. Itupun kalau BN masih mengekalkan kuasa di Putrajaya... Nampaknya Nik Aziz gagal dalam memanfaatkan kedudukannya sebagai MB Kelantan dalam mengkayakan anak-anak beliau sebagaimana Dr Mahathir lakukan, walaupun beliau berjaya menaikkan imej ulama dan penerimaan perjuangan Islam dikalangan bukan Islam.

Bagaimana pula pandangan anda?

Read More !

Berfikir di luar kota: MB Mat Said

| | 0 comments

Samada berfikir diluar kotak atau memang otak keluar dari kotak? Kepimpinan UMNO BN ini kekadang kita tak tahu dimana satu kepentingan dan keutamaannya. Dengan slogan Rakyat didahulukan dan Prestasi diutamakan, berapa skala yang layal diberikan kepada MB Terengganu, Datuk Mat Said? Beliau ni MB Terengganu ke MB Negeri Kijal? Atau memeang itulah kepompong daya kepimpinan yang mampu dilahirkan oleh UMNO Terengganu. Munasabahlah apabila Bekas PM, Dr Mahathir sendiri mengatakan UMNO Terengganu terlalu bodoh (sila rujuk hansard dewan, ucapan Datuk Senara Muda, SUK Negeri Terengganu)

Sudahlah kekayaan negeri Terengganu dengan hasil minyaknya, yang banyak menanggung kerajaan Pusat & Putrajaya? Yang dapat kilang Penapisan adalah Melaka, yang dapat Universiti Petronas adalah Perak, yang dapat Fertilizer adalah Kedah dan banyak lagi yang taak terbilang dah… dapat Menteri pun menteri tersepak, Menteri kasihan belas. Takde Political wheel! Sebab itu selagi kepimpinan Umno sekarang yang mentadbir Terengganu… nescaya kekallah sebagai negeri yang tercorot kemiskinannya. Apatah lagi exco yang dilantik semua adalah yang dah reject dari team Deris. Jadi Pok Kea Angguk ajelah.

Kemaman Dapat Hospital Baru, RM10j Menaiktaraf Hospital Sedia Ada

Bagi mengatasi masalah kesesakan di Hospital Kemaman pula, katanya, kerajaan negeri telah bersetuju menyerahkan tanah seluas 20 hektar di Bandar Baru Kijal bagi membina sebuah hospital baru. “Kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan bagi memastikan pembinaan hospital baru ini berjalan lancar,” kata MB kepada pemberita selepas lawatan kerja Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ke hospital berkenaan, semalam.

Menteri berkenaan mengumumkan, kementeriannya meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf Hospital Kemaman termasuk membeli peralatan CT Scan, menyediakan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menambah bilangan doktor pakar di hospital itu. Pada masa ini hospital itu mempunyai 15 doktor pakar, tetapi belum mempunyai ICU. Kelulusan serta-merta itu dilakukan selepas Menteri Kesihatan meninjau secara lebih dekat pelbagai masalah yang dihadapi pihak pengurusan hospital berkenaan.

Selain Menteri Besar, turut serta dalam lawatan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Exco Kerajaan Negeri, Dr A Rahman Mokhtar dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

“Hospital baru ini akan dibina melalui Rancangan Malaysia ke-10 dengan mengambil kira pelbagai kemudahan yang diperlukan, termasuk menambah bilangan klinik-klinik pakar untuk pesakit menerima rawatan,” ujar Liow.

Apabila hospital baru siap digunakan, hospital sedia ada akan dijadikan poliklinik.

Apa ke benda sesak Hospital kemaman tu? Kalau dah nak dijadikan poliklinik, buat apa dinaik-taraf lagi? Peruntukan yang ada tu pi tambun kat Kijal je lah. Atau pergi baiki permasalahan bilik bedah hospital yang sedia ada.

Kedudukan Kijal yang hanya sejengkal dari Hospital Chukai kini diluluskan sebuah hospital lagi. Bab berjanji, bab buat tu tak tahu lagi bila! Tetapi Kijal dengan penduduk 4,000 orang kini sudah dibekalkan Bandar baru Paya Kijal, Zoo Mat Said, Pusat IKBN, Pasaraya Giant, TATI.

Walaupun asalnya perkampungan nelayan yang mundur yang hanya terkenal dengan leman yang lurus dikawasan jalan Kijal seperti ular kena palu itu telah membeli Strawberry Park Kijal untuk dijadikan Institut Jantung Negeri. Dengan membabitkan kos bernilai Rm27 juta. Kerajaan telah melakukan proses pengubahsuaian terhadap resort tersebut. Berapa juta pulak kroni yang dapat itu, tak tahu lagi. daripada sebuah Resort yang dah mampus nak ditukar menjadi IJN... ish3X.. memang berfikir diluar kotak! Sepatutnya buat lah kat Kuala Terengganu. Lebih sesuai dan lebih memerlukan. Sudah ada sebahagian kepakaran kat Hospital KT tu. Ni pergi buat kat hutan Jin tendang tu apasal???

Semua dok tambun kat Kijal. Seolah-olah Umno-BN dah semput nak mati. Macam tiada hari esok dah buat Umno. Semua perlu disegerakan ke Kijal! Ye Lah… masa nil ah nak tunjuk power pun. Masa Menteri dan Pegawai boleh ditonyoh kepala. Dang hilang kuasa kang… cakap pun tak guna.

Semasa Idris Jusoh dulu.. ia memerintah bagaikan Ia sebagai MB Jerteh. Semua diusung wat balik ke Besut. Kini Mat Said pulak berpenyakit begitu. Sepatutnya keutamaan keperluan kesihatan ini, Daerah Dungun lebih memerlukan. Jerteh, Setiu, Hulu Terengganu dan Chukai memiliki Hospital yang besar dan gah. Tinggal lagi Dungun yang berpenduduk 160,000 orang dengan persekitaran kawasan yang mudah berkemalangan dengan industry oil & Gas, tetapi amat malang dari segi persediaan kesihatan.

Walaupun 20 Hektar tanah telah diluluskan tetapi Hospital Dungun tiada dalam RMK 9 dan diharapkan kepada RMK 10. Habis kalau RMK 10, Hospital Kijal diluluskan??? Takkan 2 hospital setahun di Terengganu?

Rungutan orang ramai terhadap kemudahan di Hospital Dungun yang tidak lagi praktikal kerana ia dibina berdasarkan keperluan penduduk pada sekitar 60-an. Hospital Dungun yang mengandungi empat wad dengan 100 katil pesakit dibuka secara rasmi pada 26 Mac 1967 dan kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 160,000 penduduk di daerah itu. Hospital yang terletak di pusat bandar itu kini semakin sesak dan tidak dapat menampung keperluan pesakit.
Sudahlah tiada bilik bedah, tiada doktor pakar dan setiap hari ambulan terpaksa berkejar ke hospital KT sejauh 100KM untuk kes kecemasan khususnya melibatkan kelahiran. Ramai kakitangan Petronas, TNB, YTL.. kalau nak melahirkan bayi, mereka terpaksa pergi ke Kt atau ke Kuantan. Tiada kemudahan terbaik di daerah Dungun ini.

Habis, Apa wakil rakyat Dungun ni buat? Mana ahli Parlimen Dungun ni? Projek apa yang dibawak balik ke Dungun? Takkan isu hospital tidak tak leh selesai? Atau ikut Liow Tiong Lai dan keputusan Mat Said je??? Betapa long lai nya wakil-wakil yang dipilih rakyat? Dok Rox Cetong lagu ni… di harap rakyat Dungun boleh membuat perubahan PRU-13 nanti. Supaya PR pulak memerintah Terengganu & Putrajaya... untuk melihat satu perubahan. Berubahlah sekarang sebelum terlambat!!!

Read More !

Demontrasi di Kuala Terengganu hari ini?? BN.. Banyak Nyakit!!!

| | 0 comments

Hari ini cuti. Negara 1 Malaysia ni memang banyak cuti daripada kerja. Dasar pandang ke Timur. Takpelah. Memanfaatkanlah cuti anda dengan perkara berfaedah. Pihak Lujnah Tarbiyyah Pas Kawasan Dungun menganjurkan Futsal di dewan Futsal Batu 48 demi mengeratkan silaturrahim dikalangan pimpinan dan ahli sempena cuti Maulidurrasul.

Selamat Menyambut Maulidurrasul 1432H. Kalau kerajaan dan pegawai serta kakitangan kerajaan, mereka berdemontrasi hari ini. Seorang ahli Pas terlibat dikerah sama. “Enta Takbir kuat ciket deh masa berarak depan Mat Said tu…” gurau penulis. “Ish.. Nak baju free aje. Dapat Baju melayu sepasang. Jadi le hihihi..” jawab beliau. Apa sebenarnya hala-tuju Perarakan mauliduurasul? Tahun ini takde isu perarakan ke kat Penang? Kan nanti Lim Guang Eng sendiri bersalawat kang!!!

Pas Kawasan beralih rasa. Biasanya program tarbiyyah, pengisisan dalam tempat tertutup. Sehala dan kini kali kedua Pihak Lujnah Tarbiyyah Pas mengadakan program outdoor. Pertamanya ditahun lepas di Reakreasi Bukit Bauk dengan xtvt Fitness Test. Pimpinan yang selalu sibuk dengan program parti dan tarbiyyah kekadang lupa untuk menjaga kesihatan masing-masing. Bukan hanya diperingatkan dengan penjagaan kesihatan, tetapi juga dapat mengeratkan silaturrahim yang sentiasa diperingatkan oleh Rasulullah Saw sebagai asas kekuatan dalam perjuangan.

Ini juga program tarbiyyan iaiatu ‘Tarbiyyah Jasadiyyah’. Seorang mukmin yang kuat lebih baik dari seorang mukmin yang daif. Penjagaan kesihatan itu penting. Jangan hanya tahu berkata… kalau nak mati, mati juga! Tetapi panjang umur dalam perjuangan dan ibadat itu lebih baik. Nanti dah ambik calon… dua tiga bulan.. allahyarham. Sekarang ni penyakit banyak. Pemerintahan BN!.. bukan tak tahu. BN (Banyak Nnyakit…)

Diharapkan futsal ini dapat mempertautkan ajk veteran Pas kawasan, Dun, serta dewan-dewan. Diharapkan dapat meningkatkan kesihatan. Tapi ramai yang veteran-veteran tu… kena stan-by ambulan ke???.. Jangan lupa bawak pakaian sukan dan menutup aurat. Kain Pelikat tak dibenarkan?? Boleh kaki ayam ke???


pss... nanti klu ada gambo blh up-date...yek

Read More !

YB Perlis sahaja yang belum mati lagi!

| | 2 comments

Takziah buat keluarga YB Kerdau. Khususnya buat isteri beliau yang baru sahaja dikahwini. Nampaknya 16 kali kita berdemontrasi menghantar calon PR sempena penamaan calon. Semua negeri dah ada PRK tahun ini. Dari timur hinga Barat bahkan ke Malaysia Timur. Tinggal lagi negeri Perlis. Negeri terkecik. Tetapi YB dia masih lagi selamat dari disapa oleh Malaikat al-Maut. YB Shahidan! Hapa banyak-banyak beramal. Semua kita tak tahu bila giliran kita!

Setiap orang akan mati. Tidak siapa yang boleh hidup menongkat langit. Tetapi kematian YB sebelum bulan mac ni akan adalah PRK. Semua kita tahu itulah Hariraya bagi orang politik di Malaysia. Sebab itu dipanggil ‘Pilihanraya’ sebagai pilihan besar-besaran. Kenapa ramai sangat YB mati sekarang? Adakah rakyat sentiasa berdoa agar wakil rakyat mati? Sebab mereka melihat dengan matinya wakil rakyat, maka mencurah-curahlah projek turun dari langit semacam turunnya hujan. Ramai yang merasa. Dari fakir miskin sehingga yang kaya bahkan pihak keselamatan. Semua merasa dari sekecik wang ehsan sehingga projek jutaan. Dapat pulak melihat tokoh-tokoh politik dan pemimpin yang datang menjenguk teratap kediaman mereka. Nak harapkan masa lain jangan diharaplah!

Sekarang ni kat Merlimau. Projek ikut terlintas. Hasrat diminta, semua dimakbul. Tapi pastikan dapat sebelum tarikh mengundi. Kalau tidak… jadi asap jelahh. Jangan terlopong mendengar… projek itu berjuta, projek ini berjuta! Biasanya dah habis pilihanraya… hah! tak nampak muka le. Biasanya yang tertipu ni… orang Umno. Mereka telan umpan sekali dengan kail. Orang PR payah terjerat. Kecuali beberapa sepsis katak dimusim pilihanraya, apabila hujan mula renyai-renyai. Dah habis pilihanraya, dah panas. Bergeletak le kekeringan. Umno pakai buat kayu terompah nak wat pi tandas aje!!

Kekadang kesian juga kat rakyat ni… dia akan memuji dan berterimakasih kepada Umno kerana member sesuatu kepada mereka khususnya dimusim merayu undi sebegini. Mereka tak sedar, pemimpin UMNO ni kedekut. Apa yang mereka perolehi itu bukannya duit poket mereka. Tetapi duit rakyat juga. Mana ada Umno kerja percuma? Duit ehsan tu pun duit yang dikebas dari rakyat. Cuma Melayu mudah lupa… Beza dengan orang Pas atau PR. Semua dari poket mereka. Yang mereka harap pahala dari sisi Allah.

Kita bertemu di Kerdau pula… jangan lupa ada Felda disitu. Hihihi???

Read More !

Selepas Mubarak, Apakah giliran Haprak?

| | 1 comments

Kitaran roda Islam itu sentiasa berputar. Maka berputarlah bersama roda Islam. Setiap zaman dan masa, para pejuang gerakan Islam sentiasa berfungsi. Cepat atau lambat ianya tetap istiqamah. Tetap beramal meskipun nasib acap-kali tidak menyebelahi mereka.

Sejak kejatuhan empayar Khilafah Islamiyyah di Turki oleh pengkhianat Kamal Attaturk serta bermulanya era penjajahan barat dinegara-negara umat Islam atau yang lebih awal daripada itu, umat Islam khususnya dikalangan ulama tidak pernah berdiam diri. Mereka tetap menjaga amanah dan memulakan gerakan untuk mengembalikan kemenangan Islam. Dari individu dan peribadi hingga usrah dan keluarga. Dari masyarakat sehingga persada massa. Dari rumah ke lorong-lorong jalanan. Dari surau dan masjid ke markaz-markaz serta Bandar dan kota sehingga ke pelusuk Negara. Dari jalan-raya hingga ke Istana Negara. Mereka terus menyebar luas gerakan mereka.

Tapi sunnah Allah. Buah takkan masak dan gugur tanpa melalui proses kematangan. Pengorbanan dan jihad kekadang, kemenangan diraih orang. Tidak dinafikan mereka mendapat kemenangan diakhirat tetapi kenapa susah-susah sipemanjat.. tapi bila buah gugur ia dipetik orang.

Lihatlah d Indonesia. Sekian lama pak kiyai dari pondok dan pesantren yang menggerakkan para santrinya. Ulama berkorban dan berjihad menghalau penjajah bersama rakyat tetapi bila merdeka diistiharkan, golongan nasionalis mewarisinya dan mengistiharkan Pancasila ditahun 1945. Di tanah-air kita, semenjak abad ke 15. Pejuangan Islam tidak pernah terpadam yang dipimpin dikalangan ulama-ulama tanah-air yang tersohor. Mufti Datuk Maharajalela dibunuh. Tok Janggut ditembak mati, Tuan Guru Abdul rahman Limbong dibuang ke Mekah dan perjuangan tak pernah henti. Ketika Ustaz Abu Bakar al-baqir di penjara dan kemudiannya merdeka diistiharkan, akhirnya tali-barut penjajah dan golongan nasionalis juga yang menjadi pemimpin. Teras Negara Islam dipinggirkan.

Sejak Hassan al-banna ditembak mati, Abdul Qadir Audah dan Syed Qutb digantung, perjuangan Islam khususnya bersama Ikhwan Muslimin tak pernah mati. Meskipun diharamkan, dihalang, dkhianati tetapi perjuangan gerakan Islam tetap mekar bersemi. Berpuluh tahun menghadapi kerenah tribulasi. Setelah sekian lama berhempas pulas dan setelah berlakunya revolusi rakyat 18 hari di medan Tahrir, kini Mesir berada diambang era baru. Tapi kemana hala-tujunya??

Mereka yang menjadi tulang belakang perjuangan

Selepas kemenangan... kemana mereka?

mangsa kekejaman Mubarak. Layak memberi fatwa. Tak layakkah memimpin Mesir???

Yang dibimbangi... Adakah dari dasar sosialis kepada kapitalis. Daripada nasionalis tetap menjadi sekularis? Yang mengerakkan revolusi rakyat ini adalah gerakan Islam. Yang telah berakar umbi, yang mencanangkan sekian lama adalah para ulama, yang sudah menderita sekian lama. Dibunuh, dipenjara, dibuang Negara dan sebagainya. Tetapi setelah menghampiri kejayaan timbul pula nama-nama hebat ini??? Siapa Al-Baradei? Siapa Abu Musa? Siapa

Inilah para haprak yang akan dicanangkan Barat dan kuncu-kuncunya bagi mengganti Mubarak. Yang penting Islam tidak dijulang. Kepimpinan Islam dianggap tidak layak. Air yang deras membawa gelombang, sampah dan buih jugak yang terapung diatas? Apakah kali ini ia benar-benar menjanjikan perubahan? Perubahan yang pernah dibawa oleh Pemuda bernama Musa a.s. Perubahan yang dibawa oleh panglima muda Usamah bin Zaid atau Amru bin al-‘As. Atau masih lagi terpenjara didalam kabus tebal yang dibawa oleh Raja Farouk, Gamal Abdul Nasir, Anwar sadat dan Mubarak?

Bagaimana PRU 13? Bagaimana hala-tuju Pas? Bagaimana pendokong-pendokong Gerakan Islam Pas. Apakah perjuangan panjang semenjak 1951 menjanjikan kemenangan hakiki? Atau hanya bersalut plastic?? Apakah demi meraih kemenangan, maka Islam akan dikesampingkan. Dimanakan kepimpinan ulama? Adakah sudah tidak releven???

Bagaimana dengan pengorbanan mereka?

Adakah mereka hanya layak berjuang, berkorban??? Tak layakkah mereka menjadi pemimpin???

Tetapi janji kemenangan Allah tidak pernah dimungkiri!!!

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...