1 Malaysia bercakaran hingga ke Mahkamah UK.

| | 0 comments

Ingat sesama jual goreng pisang kat kampong berbalah berebut pelanggan. Rupa perangai 1 Malaysia ini dibawak sehingga mahkamah. Bukan mahkamah tinggi K.Lumpur tetapi ke mahkamah Unitek Kingdom. Nampaknya imej 1 malaysia ini dipromosi sehingga ke Eropah sekarang.

Selepas penglibatan syarikat Petronas dalam Formula One (F1) selama 14 tahun sejak menjadi penaja utama pasukan F1 Sauber pada tahun 1995 dan telan menelan belanja berbillion ringgit. Dalam keadaan ekonomi semakin tenat dan syarikat-syarikat gergasi dunia menarik diri daripada F1 kerana kekangan kewangan tetapi Malaysia menubuhkan pasukan F1 sendiri pada tahun 2010. Pasukan F1 Malaysia ini akan dikenali sebagai Lotus F1 Team atau 1Malaysia F1 Team. Pasukan F1 Malaysia ini adalah terdiri daripada gabungan agensi kerajaan Malaysia dan syarikat swasta terkemuka Malaysia. Antara syarikat swasta yang terlibat dalam projek F1 negara ini ialah Lotus Car, Proton, Tune Group (Air Asia) dan Naza Group.

Kita sedia maklum pengurusan melibatkan F1 ini mencecah 1 billion setahun dan sekarang belum sampai setahun dah mula bising. Berbalah tentang nama. Hilang kemana dah 1Malaysia tu. Semasa Grand Prix di Singapura, Fernandes mengumumkan bahawa Lotus Racing akan menukar namanya kepada Team Lotus bermula tahun depan setelah dikatakan mendapat hak daripada pihak ketiga David Hunt. Ketika GP Singapura berlangsung kedua-dua pemandunya iaitu Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen gagal menamatkan perlumbaan. Bukan naik poddium pun. Bukan dok petak depan pun. Dok berbalah sesama pengurusan. Bukan berbalah sesama tok lebai... sesama professional.. sesama korporat nampaknya lebih sengit berbalah!.. Lebih malang lagi semasa GP Singapura itu, kereta Heikki telah terbakar selepas dilanggar oleh pemandu lain. Fuh!! Telan duit lagi.

Presiden Proton, Datuk Nadzmi Salleh pula mengeluarkan kenyataan tidak akan membenarkan Pasukan Lotus Racing menggunakan nama Team Lotus untuk berlumba dalam saingan Formula Satu (F1) bagi musim 2011 dan seterusnya selepas menamatkan lesen yang dikeluarkan kepada mereka tahun lalu.. Nazdmi dalam kenyataannya berkata, Proton percaya jenama Lotus adalah antara jenama paling berharga dalam Formula Satu dan menegaskan Proton adalah pemilik jenama itu dan akan menghalang penggunaan nama itu tanpa kebenaran serta menyekat penajaan.

Akibatnya Prinsipal Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes mengambil prosiding undang-undang di mahkamah Britain untuk menyelesaikan pertikaian dengan Proton berhubung hak penggunaan jenama Lotus.
Ketua Pegawai Eksekutif Pasukan Lotus Racing, Riad Asmat, mengesahkan pasukan itu sudah memfailkan notis mahkamah itu dan pihak Proton yang menguasai kepentingan Kumpulan Lotus UK, dijangka menerima notis berkenaan. “Sekarang biarlah mahkamah yang mengisytiharkan mengenai status hak jenama pasukan Formula Satu Lotus. Kami berpegang kepada hakikat bahawa kami sudah membeli Team Lotus Venterus Ltd, pemegang hak jenama perlumbaan F1 Lotus yang sebelum ini dibangunkan oleh David Chapman,” katanya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim melihat hasrat Lotus Racing Team yang dimiliki Datuk Seri Tony Fernandes menukar nama pasukan itu kepada Team Lotus seperti mengenepikan jenama Lotus Racing dan seolah-olah menafikan kepentingan negara. Beliau berkata, penukaran nama pasukan itu jika berlaku, tidak lagi menjadi satu jenama Malaysia kerana Lotus merupakan anak syarikat kepada syarikat kereta nasional Malaysia Proton Berhad. "Tindakan Tony pasti mengundang pelbagai isu dan kekecewaan daripada sesetengah pihak. Ini soal kita punyai pasukan yang terus melupakan kepentingan negara," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini.

Kenapa nama perlu ditukar? hihi mungkin nama 1 malaysia tak glamour. Nanti singkat umur macam islam hadhari!

Sementara itu pasukan Lotus Racing sedia menyerahkan pasukan Formula Satu (F1) kepada Proton Holding Bhd. (Proton) jika ia mampu melakukan lebih baik daripada yang telah dilakukan di bawah pengurusan kini pada musim depan. Timbalan Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Kamarudin Meranun berkata, selain itu Proton perlu membayar pelaburan yang telah dilakukan oleh tiga individu, membabitkan dirinya, Datuk Seri Tony Fernandes dan SM Nasarudin SM Nasimuddin, bernilai pound 70 juta (RM340.9 juta) pada musim ini.
Malah, tambah beliau, pihaknya telah membeli Team Lotus Ventures Ltd. (TLV), yang mempunyai hak untuk menggunakan nama Team Lotus, pada harga lebih pound 3 juta (RM14.61 juta) kira-kira sebulan lalu setelah melakukan kajian kewajaran pertimbangan.

Selepas habis beratus juta.. adakah Proton akan memikul biawak hidup yang hangus terbakar di GP Singapura itu? Atau adakah 1Malaysia F1 Team akan berkubur? atau Adakah ini hanya wayang kulit bagi melelapkan lagi harta mahsul rakyat Malaysia. Kalaulah duit berbillion itu digunakan untuk pendidikan atau rumah rakyat.. dah banyak mana dah rakyat Malaysia mendapat manfaat. Samalah projek Monsun cup. Bahkan kebanyakan pihak pengurusan sukan di Malaysia menghadapi penyakit yang sama. Macam pantun orang kampong..

Mula-mula main bunga, akhir kena karbaik
Mula-mula nak nama, akhir baham tahik

Read More !

Hebat! MB Mat Said buka "Pusat Tarbiyyah Moden" di TMC, Mesra Mall

| | 0 comments

Kemunculan TV, video dan cakra-padat akhirnya panggung-panggung wayang di negeri Terengganu ditutup kesemuanya. Tiada siapa yang ingin ke panggung wayang lagi. Apatah lagi wujudnya astro, internet telah merubah gaya hidup masyarakat. Tiada lagi nak beratur mengambil tiket masuk ke panggung untuk menonton filem Hindustan berkerusikan kayu keras itu.
Apatah lagi era 80-an timbulnya perkembangan nilai-nilai Islam yang mula menenggelamkan cara hidup jahiliyyah. Pasangan anak-anak muda lelaki dan perempuan menonton wayang ditengah malam berkurangan dan akhirnya industri ini terpaksa ditutup.
Tapi, takkan syaitan nak duduk saje. Musuh-musuh Islam sentiasa merancang untuk mengeluarkan anak-anak remaja kita dari rumah-rumah mereka. Menjauhkan mereka dari surau dan masjid ataupun majlis-majlis ilmu dan kuliah. Khususnya remaja perempuan agar keluar dari rumah, berhibur, berpasangan couple akhirnya melakukan maksiat diluar batasan syara’.
Yang terbaru bagaimana panggung wayang yang sudah pupus di Terengganu kini dikembalikan semula oleh pimpinan UMNO-BN dizaman Mat Said ini. Selamat datang Port Beromen baru di Kemaman, Terengganu. Di Mesra Mall, TMC (Terengganu Mat Caid).

Lapuran Kosmo.

Panggung pertama di Terengganu


JIKA sebelum ini penduduk Terengganu perlu memandu jauh sehingga ke negeri-negeri jiran untuk menonton filem-filem menarik, kini mereka tidak perlu bersusah payah dengan adanya panggung wayang baru yang mula beroperasi 25 September lalu di Kemaman.
Pawagam terbaru berkenaan yang mempunyai lima panggung dengan 780 tempat duduk, dibangunkan di dalam pusat beli-belah serba moden iaitu Mesra Mall yang bernilai RM100 juta serta dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.
Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, Kenny Wong berkata, TGV ingin membekalkan semua orang termasuk pelancong dengan pengalaman menonton filem yang menghibur dan menyeronokkan.
"Dengan pembukaan multipleks ini, penduduk Kemaman kini boleh menyelami keseronokan menonton wayang yang dijanjikan oleh TGV Cinemas," katanya.
Menurut beliau, TGV Mesra Mall menampilkan reka bentuk serba baru dan kontemporari yang berasaskan konsep keremajaan, selaras dengan usaha TGV Cinemas untuk menarik minat golongan muda. "Kami cuba menyediakan ruang santai yang sempurna untuk pelanggan kami kerana kami mahu menjadikan pengalaman ke pawagam bukan sahaja sekadar menonton wayang tetapi untuk bergembira bersama insan tersayang," katanya.

ia bukan isu di Lembah Kelang & Pantai Barat. Kalau ditanya kepada pemimpin atau pengusaha industri seperti ini nescaya banyaklah alasan dan jawapan logik menurut ekonomi, sosial dan pendidikan kononnya. Orang yang menimbulkan isu ini mungkin dikatakan kuno, ketinggalan zaman, isu remeh. Tetapi hakikatnya ia akan menjadi tempat berpeleseran baru dengan gaya-hidup baru. Ia akan menjadi tempat untuk berhibur bersama couple, lelaki dan perempuan. Tempat berkhalwat eksklusif baru yang sah dan diizinkan kerajaan Umno-BN.

Hari ini pusat-pusat karaoke wujud macam cendawan tumbuh. Hatta dikedai-kedai restoren koboi ditepi jalan. Berkaraoke secara terbuka lelaki dan perempuan tanpa halangan hingga larut malam. Lesen-lesen baru digalakkan oleh kerajaan Umno-BN. Pusat snooker bersepah merata tempat. Hatta bertaruh perempuan jalang. Kini belum cukup remaja kita dihibur dan dihanyutkan. Dengan konsert dan nyanyian. Dengan vcd dan audio video.Agar tidak dikatakan negeri ketinggalan zaman. Negeri bergerak maju berpembangunan serta canggih. TGV Cinemas diperkenalkan. Orang kita ni benda baru.. hah tak cukup tanahlah dikerumuninya.

Terimakasih UMNO-BN. Satu lagi kejayaan produk tarbiyyah bagi melahirkan generasi berilmu, beriman dan taqwa. Ke arah menjadikan dan melengkapkan Terengganu sebagai Darul Iman. Bak kata MB Mat Said … “untuk mengembalikan Terengganu sebagai bumi ulama masyhur terbilang di nusantara seperti abad 18 & 19. Di zaman kegemilangan seperti Tok Ku Paloh, Tok Pulau Manis & Tok Syeik Duyung”. Semoga generasi muda Terengganu akan bertambah "ilmu dan taqwa" dengan adanya multiplek ini dan bakal mewarisi kepimpinan ulama terbilang Terengganu!!!

Read More !

Hinanya Utusan Malaysia! Nak samak najis pun tak sah.

| | 0 comments

Akhbar Utusan Malaysia yang dahulunya merupakan lidah rasmi kerajaan. Lidah rasmi bangsa melayu. Hari ini diperalatkan UMNO-BN sehingga terlalu hina dan dibenci orang-ramai. Slogan “Penyebar Fikiran Rakyat” perlu ditukar menjadi “ Pengesat Tahik UMNO-BN”. Anda baca sendiri lapuran media terkemuka berbanding Utusan Malaysia berkait isu Richard Branson.

Agendadaily.Com

Apa Hal ni…
Ini nampaknya lagi aksi mau tunjuk hebat campurtangan dalam undang-undang negara lain. Billionaire 'gila-gila' yang terkenal juga pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson telah minta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campurtangan hentikan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau cakap itu dalam ucapan di satu sidang peluang pelaburan di Kuala Lumpur pagi Isnin. Dakwanya ia duri dalam imej baik Malaysia. Dulu bekas Naib Presiden Amerika Al Gore pernah buat perangai sama waktu berada di Kuala Lumpur. Richard dan Gore adalah rakan.– 27/9/2010

Malaysiakini.Com

Branson: Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan Sep 27, 10 3:51pm

Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini. "Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini. "Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya . Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.

Berita Harian.

Tinjauan pelaburan Malaysia menggalakkan: Branson 2010/09/27 KUALA LUMPUR: Tinjauan pelaburan Malaysia di seberang laut pada masa ini amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani supaya tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing, kata usahawan Britain, Sir Richard Branson. Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di sini, beliau berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya. "Saya rasa Malaysia mempunyai reputasi yang baik tetapi beberapa isu seperti apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Perdana Menteri anda, menjejaskan Malaysia," kata beliau pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di sini, hari ini.

The Star.

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) - British billionaire Richard Branson said Monday that Malaysia should split up and privatize large government-owned companies to increase competition and woo foreign investors. Branson, whose Virgin Group is a shareholder in a Malaysia-based long-haul budget airline, also said political issues such as the sodomy trial of opposition leader Anwar Ibrahim have damaged Malaysia's reputation among foreign investors. Branson said Anwar's second sodomy trial is negative for Malaysia's image with investors. "Not in a major way but it's definitely a thorn in the side of Malaysia's otherwise very good reputation," he said. "This has gone on for a long long time. It looks bad overseas. If you are a bold leader, you should get rid of things like that which damages your reputation," he said, without elaborating.

Dan ini dia lapuran Penyebar Fikiran Rakyat…

Utusan Malaysia

Iklim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar 27/09/2010 4:10pm Oleh

WAN NAJIB WAN DAUD
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara. Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. – Utusan

Munasabahlah rakyat membenci alat propaganda UMNO-BN ini. Ia menjadi akhbar sampah bahkan beberapa kali menghadapi kempen bakar akhbar. Ia dipaksa beli oleh syarikat dan dibahagi percuma kepada pelajar sekolah untuk dipaksa baca. Masyarakat inginkan maklumat yang telus dan bukannya pengampu kerajaan yang sanggup memperbodohkan rakyat.

Munasabahlah surat khabar Utusan termasuk Berita Harian jatuh Mendadak Sejak Tahun 2004
Menurut Blogger uppercaise, jualan Utusan dan Berita Harian telah jatuh mendadak bermula dari tahun 2004 sehingga sekarang dan kini tempatnya telah diambil alih oleh Metro dan Kosmo. Dan apabila Utusan kehilangan pembaca kilangnya terpaksa ditutup termasuklah di Wakaf tapai, Terengganu.
Macamana rakyat nak baca jika baca utusan pun menjadi loya tekak. Menipu atas darat kering kata orang Terengganu. Penyebar Fitnah kepada Rakyat. Kalau betul pun keputusan bola dan nombor judi ekor saje. Adakah Wan Najib sebagai wartawan salah faham dalam mencatatkan berita? Nak kata tak faham bahasa Inggeris, tak munasabah. Atau mungkin terlalu ingin mengampu Najib Tun Razak, sebagai PM. Inilah sokong membawa rebah. Sehina-hina tanah, dipijak ditapak kaki, tetapi bila terkena najis anjing dan babi, sah pula menjadi alat samak. Akhbar Utusan ni kalau buat alat samak konfem tak sah. Pemimpin Umno sendiri pun taknak buat istinjak. Habis hitam punggung mereka kena dakwat suratkhabar. Sudah sampai masanya Utusan Malaysia memerlukan tuan baru selepas PRU-13 nanti. Selamatkah Awang?

Read More !

Pasar Paka Berhantu, perlu Tok Bomoh!

| | 0 comments

Projek pasar baru Paka yang bernilai RM 6.5juta itu tersadai dan masih belum dapat digunakan. Projek yang dijangka siap September 2008 itu hingga kini masih belum dapat digunakan. Sudah 3 tahun tetapi tak dapat digunakan. Cat pun dah mula pudar. Nampak macam siap tapi tak siap. Apa pasal. Tanya kengkawan.. mereka cakap “ berhantu”!

Akibat terlalu lama ssekong (terbiar), sekarang ni wayer elektrik dah dibaham oleh pencuri. Sekarang ramai pencuri kabel part-time di Terengganu. (Yelah.. sementara menanti 100,000 peluang pekerjaan yang dijanjikan kerajaan UMNO-BN semasa nak memerintah dulu). Atau mungkin dikebas oleh para “doktor” yang ramai berkeliaran di pekan Paka ini. (Yelah!.. sekarang ini pun Terengganu adalah negeri penghisap dadah tertinggi di Malaysia). Habis bila nak dibuka… kena carik tok bomoh dulu ke? Atau nanti pilihanraya kot?

Janji-janji pembangunan setelah Umno kembali memerintah Terengganu selama 2 penggal kini hampir mencecah 8 tahun. Tempoh masa yang bukan singkat. Dengan duit royalty yang berjebak-jebak (Bertimbun-timbun) dan dengan bajet billion-billion yang dibentangkan dalan DUN Terengganu mengalahkan Selangor… apa sebenarnya pembangunan kerajaan negeri yang dibawa ke Paka? Dengan menjadi Majlis Perbandaran Dungun dan pendapatan dari cukai pintu daripada TNB, YTL, GPP 5 & 6 pun dah berjuta. Projek Pasar itu pun telah diputuskan dalam mesyuarat pembangunan daerah semasa zaman Pas memerintah. Seingat penulis, ada lagi beberapa projek yang dibincangkan dulu antaranya Restoren Terapung & reakreasi Sg. Paka, kawasan jogging & senaman sekeliling kolam Paka. Bandar Baru Beril. Tapi entah bila kan siap. Ni nak PRU ke-13 dah pulok. Tak boleh guna lagi. Pas, meskipun tanpa royalti dan hanya sepenggal berjaya juga menukar imej pekan koboi dengan wujudnya Pusat Niaga Paka.

Peniaga ikan dan sayur di Pasar Paka di sini meminta pihak yang berkaitan menyegerakan penyempurnaan pembinaan pasar baru yang sepatutnya sudah boleh digunakan. Mereka sudah lama bersabar dengan berniaga dalam keadaan serba kekurangan di pasar yang sangat daif itu. Bagi sesiapa yang tinggal di Pekan paka ni, mereka tahulah keadaan pasar tersebut. Pasar sejak zaman Jepun. Masih diguna-pakai disebuah negeri Kuwait Malaysia. Pekan industry Oil & Gas yang menyumbang pendapatan terbesar Negara. Tetapi pasar yang amat menyedihkan.

Wakil rakyat yang ada dok sibuk berboxing sesama sendiri je dan sesama pimpinan parti. Team Mat Said & team Deris.. berkocok sakan tanpa penyelesaian. Ketua bahagian sibuk naik cagang. Akhirnya rakyat tak keruan. Rakyat pun dah muak dengan isu UMNO berbalah ni. Harap-harap cepat-cepat bomohkan pasar tu.

Ketika Mat Said berkunjung ke situ, beliau berjanji lagi, pihak berkuasa tempatan daerah Dungun akan memastikan bangunan pasar baru itu disiapkan menjelang hujung Jun. Sekarang ni musim tengkujuh nak datang lagi. Mungkin tak sempat siap pulak. Yelah.. ramai rakyat Terengganu nak pergi main kapal layar Monsun Cup pulak.

Akhirnya Pasar 6.5 juta tu menjadi tempat selesa untuk hantu dan jin bertendang sekian tahun. Bila nak buka entah tak ketahuan. Itupun kalau di buka tu tak tahu lagi macamana! Yelah.. pasar di Bandar Dungun sekadar 2 tingkat pun tak bermaya. Inikan pula pasar 3 tingkat. Salah buat tingkat atas tu jadi tempat jin bertendang. Hancur macam tu aje. Boleh hantu wat main boling. Sesuai kot. Kalau kerajaan UMNO-BN gagal juga bukak tahun ni diharap buak tender untuk di sewa macam tu je. MTD PAS Dun Paka sanggup sewa. Boleh buat sarang burung layang-layang.

Read More !

Erdogan bakar masjid di Cyprus!

| | 0 comments

Kadang-kadang kita tidak terfikir apa yang terlintas dalam kepala golongan ahli politik yang matlamatnya kekuasaan semata. Berpegang kepada teori politik Machievelli, matlamat menghalalkan segala cara. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita politik mereka. Bagi mereka dosa-pahala kemudian kira.

Selepas Erbakan dan kini Erdogan yang berimejkan Islam walaupun dikatakan Erdogan lebih moderat tetapi bagi pihak tentera ia amat membimbangkan kuasa serta politik mereka di Turki akan berkubur. Mereka bimbang kalau-kalau Sekularisme yang diasaskan oleh Kamar Atatturk akan hilang dan kuasa Islam kembali semula menerajui kegemilangan Ottomon.


Fitnah Pemerintahan Erdogan, Tentera Turki Bakar Masjid di Cyprus

Istanbul. 25 Sept- Seorang bekas Jenderal Turki, Sabri Yirmioglu, yang juga mantan komandan khas perang secara mengejutkan mengdakwa pihak Tentera Turki pernah dengan sengaja membakar sebuah masjid di Cyprus dengan tujuan mengkambing hitamkan pemerintahanan Recep Tayyep Erdogan.
Pernyataan Yirmioglu tersebut dimuat dalam surat kabar Turki Haber Turk yang segera menimbulkan kontroversi. Namun, setelah berita tersebut, Yirmioglu menarik balik pernyataannya sendiri. Kontroversi berpanjangan setelah pihak Haber Turk mendedahkan transkip dan audio wawancara dengan Yirmioglu. Akhirnya Yirmioglu mengaku pihaknya telah melakukan serangkaian operasi intelegen untuk menjatuhkan imej pemerintahan Erdogan, yang dikatakan membahayakan eksistensi dan pengaruh pihak Tentera Turki. Salah satu operasi tersebut adalah dengan membakar masjid.
Pihak Tentera Turki dikenal sebagai penjaga sekulerisme dan kemalisme di Turki, yang kini bertentangan dengan pemerintahan AKP dan PM Recep Tayyep Erdogan yang berideologi Islam.

Perkara yang busuk akhirnya terdedah juga. Kerja keji Pihak Militer Turki itu diketahui oleh rakyat juga akhirnyaDan kita sedia maklum bahawa Pihak Tentera Turki terlalu akrab dengan Israel. Dan sekarang ini APCO Yahudi itu menjadi penasihat kepada Kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib. Apakah peristiwa pembakaran gereja , masjid, penyimbahan cat terhadap surau, melempar kepala babi ke surau, menutup & menyita surau dan perobohan masjid adalah agenda yang sama? Adakah ini merupakan agenda yang tersembunyi yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik dan pengekalan kuasa. Dan ada pihak yang hendak dikambing-hitamkan. Mereka cuba untuk menimbulkan kebencian kepada PR dengan isu agama, perkauman dan sebagainya.

Peristiwa timbulnya seolah-olah huru-hara di Kelantan yang membawa kepada MAGERAN adalah dilakukan oleh UMNO bagi merampas Kelantan daripada PAS. Sama juga dengan peristiwa 11 Sept di WTC. Ia merupakan perancangan bagi mengkambing-hitamkan Islam dimuka dunia dan bagi menghalalkan penaklukan Afghanistan serta melabelkan teroris kepada umat Islam.

Kalau orang Turki yang sekular itupun marah jika ada yang bakar masjid. Kadang-kadang kita heran juga. Pemimpin UMNO yang roboh masjid masih lagi disokong oleh rakyat Terengganu. Umat Islam India terkorban lebih 1,500 orang apabila Masjid babri diroboh. Apabila rakyat digula-gulakan dengan wang Ehsan, mereka lupa amanah dan tanggung jawab mereka.

Peristiwa hitam yang dilakukan oleh UMNO-BN semasa pemerintahan Idris Jusoh di Terengganu dan didesak oleh Mat Said sendiri sebagai Ketua UMNO Bahagian Kemaman untuk merobohkan Masjid Bujal adalah merupakan hasrat dan kepala yang sama dengan pihak Militer Turki. Untuk menyekat perkembangan Islam sebenar di Kemaman. Kalau Tentera Turki akan hilang kuasa dengan hina. Idris jusoh dijatuhkan secara hina. Kita menunggu hukuman Allah Swt terhadap mereka yang meruntuhkan rumahNya sebagaimana hinanya kejatuhan Abrahah yang cuba merobohkan Baitillah haram yang dihumban dengan batu api neraka dengan burung ababil. Hanya saat & waktunya sahaja yang akan membenarkan doa-doa orang yang mukmin yang dizalimi.

Read More !

Guru Agama Merogol : Kenapa tak cakap UMNO?

| | 0 comments

Kucing makan tikus bukanlah berita. Musang makan ayam bukan berita yang melariskan akhbar. Ia berita tetapi tak boleh buat berita akhbar. Tak sensasi. Tak menarik orang untuk membaca dan membeli akhbar. Hah kalau tikus makan kucing.. itu baru berita.
Kalau mat rempit merogol… itu biasa. Kalau mat gian hisap dadah… hah tak payah buat liputanlah. Kalau Guru agama merogol… itu baru berita. Kalau Ustaz hisap dadah… hah itu baru ada chance masuk muka depan surat akhabar. Walaupun mungkin satu dalam seribu.
Berita pelaris akhbar satu hal. Agenda satu hal yang lain. Malaysia sebagai sebuah Negara Sekular telah menerapkan sekian lama usaha-usaha untuk memisahkan rakyat dan masyarakat daripada pegangan agama. Mahupun dari kalangan agamawan. Apatah lagi Pas sendiri membayangkan imei orang agama sebagai pendokong perjuangan Islam. Proses mencalarkan imej agamawan, tok guru, ustaz, tok imam, guru al-quran ini berterusan. Paling kurang sedikit sebanyak akan terpalitlah imej kepimpinan dan kepercayaan orang kepada agamawan. Termasuklah agamawan merupakan ramai kepimpinan Pas. Agar pengaruh mereka terhadap rakyat dan masyarakat terhakis.
Tetapi jika perkara buruk itu dilakukan oleh orang biasa, ahli politik bukan agamawan… imej yang cuba digambarkan bahawa ia normal dan biasa. Ianya bukan berita pun. Apatah lagi kalau ia merupakan ahli dan pendokong UMNO maupun pimpinan mereka nescaya ia disembunyikan lagi cuba ditutup kemas-kemas agar tidak terdedah tembelang buruk tersebut.
Banyak berita-berita buruk yang melibatkan agamawan disensasikan, kekadang pengetahuan agamanya taklah setara mana sangat. Kalau media, drama, filem… biasanya kalau berimejkan perempuan bertudung nescaya digambarkan akhirnya seorang yang jahat prilaku, dendam, khianat dsb. Kalau berjubah, berserban, menyimpan janggut, bercelak matanya… biasanya watak filem menggambarkan akhirnya seorang yang berpoligami buruk, ajaran sesat, jahat dan sebagainya… akhirnya gambaran imej yang cuba ditonjolkan adalah mereka golongan yang bertopengkan agama.
Belakang parang kalau diasah akhirnya tajam jua. Akhirnya kepercayaan kepada orang beragama terhakis. Ianya bukan perkara baru bahkan berlaku semenjak zaman nabi-nabi terdahulu lagi. Sampai kini. Bagi politik UMNO-BN agenda mereka adalah supaya rakyat juga akan tersemat didalam kepala golongan agamawan tidak boleh dipercayai. Pemimpin Pas bertopengkan agama. Itulah penghujung matlamat sebenar mereka. Apatah lagi bagi mereka yang memusuhi orang beragama. Golongan liberal, ahli sekular, apatah lagi kepala yang berfikiran Karl marx yang menganggap agama itu sebagai candu kepada masyarakat akan berusaha menimbulkan keraguan kepada masyarakat terhadap golongan agamawan. Tanpa menafikan tindakan jahat sebahagian mereka yang menjadi kerbau pembawa lumpur akhirnya terpali semua.
Contoh terdekat berita kelmaren.


Guru agama rogol budak 15 tahun dipenjara 10 tahun

KUALA TERENGGANU, 23 Sept Seorang warga emas yang juga guru mengaji al-Quran dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah merogol anak muridnya 15 tahun lima tahun yang lalu. Shamsuddin Abdul Rahman, 62, berasal dari Kampung Pak Madah, Bukit Payong yang juga bekas pesara Risda mengaku bersalah merogol anak muridnya itu. Tertuduh yang mempunyai empat isteri dan 11 anak diwakili oleh peguam Mohd Asaari Salleh.
Kes didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Che Muhamad Zulkifly Jusoh. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini selepas mengambil kira faktor usia dan pengakuan tertuduh serta insaf atas perbuatan. Mengikut kertas pertuduhan, pada 11 Jun 2005 lalu, murid berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri kelas mengaji al-Quran di sebuah surau. Tertuduh mengumpan mangsa dengan memberi RM10 sebelum membawa masuk mangsa ke dalam bilik kediamannya dan merogolnya.
Laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa pada 23 Jun tahun yang sama, pukul 6 petang dan pihak perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. Tertuduh ditangkap di rumahnya di 387, Kampung Tanjung Mengkudu, Kampung Pak Madah, Bukit Payong Terengganu.

Ulasan akhbar Berita Harian pula dengan mendapat pandangan daripada tokoh agama terkenal.

'Guru al-Quran sekadar topeng'.
Pelaku jenayah seksual tak pegang teguh ajaran Islam: Hassan Din

KUALA LUMPUR. 25 Sept.2010: Individu yang membawa imej orang agama, termasuk guru al-Quran yang melakukan jenayah seksual terbukti tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam, sebaliknya hanya menjadikan agama sebagai topeng demi kepentingan diri.
Mengulas kes seorang guru al-Quran di Terengganu yang merogol anak muridnya, tokoh agama yang juga penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, berkata individu itu sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada anak didik, bukan mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu serakah.
“Kes rogol membabitkan guru agama atau guru al-Quran memalukan institusi agama. Mereka sepatutnya memberi teladan terpuji kepada anak murid. Jenayah seksual yang dilakukan mencerminkan insan seperti itu tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam,” katanya.

Bercakap ketika dihubungi Berita Harian, semalam, beliau berkata, dalam kes di Terengganu itu, nafsu serakah lelaki berkenaan terbukti tidak dapat dibendung akibat hasutan syaitan walaupun dia sudah berusia lebih separuh abad dan mempunyai empat isteri.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Akhbar Satar, pesalah kes berkenaan harus dikenakan hukum maksimum oleh mahkamah kerana jenayah dilakukan mereka memberi kesan terlalu besar. iaitu memusnahkan masa depan dan menyebabkan trauma kepada mangsa.
Beliau percaya kebanyakan kes rogol di negara ini tidak dilaporkan kepada polis kerana mangsa adalah ‘secret survivor’ dan takut kepada pelaku yang tergolong daripada individu dikenali.



Penulis ditanya berkait isu ini. Orang Pas ke? Sebab biasanya bila disebut guru agama ni menyokong PAS. Apabila penulis bertanya kepada sahabat di Dun Bukit Payong sendiri diberitahu bahawa si pelaku adalah UMNO. Habis Kenapa tidak diberitahu si pelaku yang tergolong daripada individu dikenali itu adalah UMNO dalam akhbar dan media? Ia akan jadi berita sensasi dan pelaris akhbar. Ramai ahli PAS sendiri akan beli akhbar tersebut. Biar rakyat semua tahu bukan hanya pemimpin atas sahaja yang melakukan skandal seks ini tetapi sehingga ke peringkat kampong dan cawangan UMNO. Tetapi nanti masyarakat akan jawab... UMNO! biasa lah...

Kenapa tak dibuat tajuk:

Guru Agama UMNO menjadi perogol. Dipenjara 10 tahun.

Wartawan nak lapurkan si perogol tu UMNO? Hah!.. cari mampus. Nak kena pecat? Utusan sokong PERKASA tak sokong 1 Malaysia pun pemimpin UMNO terbelalak marah. Kalau salah lapur nescaya dipecat wartawan tersebut. Yelah takkan akhbar dan media berani mendedahkan semuanya. Pemimpin UMNO jadi macam durian. Menggolek pun timen luka, tergolek pun timun luka... kecuali kita jadikan UMNO tempoyak pada PRU-13 nanti.

Read More !

PR sempat memerintah Putrajaya hanya 2 tahun?

| | 1 comments

Menyebut bahawa PR berjaya menawan Putrajaya, ramai yang tersenyum. Mungkin bebenan UMNO-BN yang memerintah lebih separuh abad kini dah tak tertanggung lagi oleh rakyat. Seolah-olah ianya satu sinar kebebasan dan kemerdekaan sebenar. Menghambat penjajah yang dulu hanyalah sekadar kulit dan retorik semata. Kalau tumbangnya Umno-BN, barulah kemerdekaan isi dan hakikinya.
Ditanya, bagaimana kalau kemenangan itu 2 tahun semata. “Pedulilah! Biarkan setahun pun. Yang penting UMNO-BN tumbang juga. Sebelum mati aku nak tengok jugok, Umno geluling sekali.” Kemudian beberapa ketika ditanya: “Ish! Kenapa 2 tahun aje?” UMNO rampas balik ke? Duit dah tiada ke? Singapura tawan Malaysia ke? Huru-hara ke?
Meminjam kata-kata Indon yang sedang berdemo dihadapan kedutaan Malaysia, indon yang berjuta menjadi amah & perkerja buruh di Malaysia, Indon yang mendapat PR untuk mengundi UMNO dalam pilihanraya dan meminjam kata-kata drama dan filem Indon yang setiap pagi dan petang yang ditayangkan di TV & Media dinegara kita…. “Waduhhh!! Kiamat udah dekat!”

Teringat kata-kata seorang guruku masa zaman persekolahan dulu. Apabila dekat dengan kiamat semua peralatan hebat dan canggih tidak boleh digunakan. Manusia akan kembali kepada sistem kehidupan asal sebagaimana awal kehidupan manusia. Meskipun manusia telah mencipta kapal terbang, kereta, peralatan elektrik dan sebagainya, ia akan tersadai begitu sahaja. Kenapa? Sebab apabila semua bahan api tiada. Petrol sudah habis. Diesel sudah habis. Minyak dan gas sudah kering. Arang batu sudah tiada. Elektrik tidak dapat dijanakan kerana sumber penjana sudah tiada. Hidro tak berfungsi kerana air akan kering. Habis apa guna jet dan roket, kereta kebal dan kapal selam? Ya.. semua tak boleh digunakan. Manusia akan kembali menggunakan peralatan tradisional kembali. Manusia akan kembali menggunakan kuda, pedang dan panah. Apa dalilnya? Guru bersandarkan hadis Rasulullah Saw : “Ajarlah anakmu berenang, memanah & menunggang kuda”. Hadis Rasulullah Saw relevan hingga kiamat. Dan sebelum kiamat manusia akan kembali menggunakan kuda dan memanah semula. Rasulullah Saw juga menyebut bahawa takkan berlaku kiamat sehingga semua barang berharga didalam perut bumi habis dikeluarkan. Manusia ketika itu tidak ada harga lagi emas dan perak. Betul ke? Yelah! Itu telahan dan pemahaman beliau peristiwa akhir zaman. Nak percaya ke tidak, ianya bukan rukun iman.

Bagaimana lapuran NASA yang terbaru ini. Menyebabkan penulis teringat kembali kata-kata beliau.


Bumi huru-hara 2013 kerana matahari


LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.
Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.
Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.
Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.
Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005.

Hah! Kalau pilihanraya 2011, PR memerintah… dah huru-hara. Sempat 2 tahun je ke?

Sebenarnya tiada siapa tahu bila berlakunya kiamat. Bukan sekali ramalan dan tok nujum menyebut angka dan tarikh. Semuanya temberang belaka. Bahkan ada filem yang dihasilkan oleh Columbia Pictures menggambarkan bagaimana dahsyatnya kedatangan hari kiamat. "2012"? Rasulullah Saw sendiri ditanya oleh malaikat jibril: Bila berlakunya kiamat? Baginda menjawab : Orang yang bertanya lebih tahu daripada yang kena tanya”.

Apapun tanda-tanda dan alamat dia disebut cukup banyak, Sabda Rasulullah s.a.w, “Hari kiamat tidak akan berlaku hinggalah harta benda menjadi melimpah ruah kemudian timbulnya bermacam fitnah dan banyaknya berlaku al-Harj. Sahabat bertanya baginda: Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Sebanyak tiga kali”. (Riwayat Ibnu Majah)

Lihatlah Malaysia kita sendiri? Apa berita dalam akhbar kini. Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Perkataan al-Harj jika dilihat di dalam konteks hadis ini ia merangkumi makna yang lebih luas iaitu peperangan, huru-hara dan kacau bilau yang berlaku. Sebabnya semua suasana ini boleh membawa kepada hilangnya rasa selamat dan keamanan hidup manusia. Dalam erti kata lain ia membunuh kesejahteraan hidup manusia.

Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w pernah bersabda, “Barang siapa yang mahu melihat gambaran hari kiamat seolah-olah ia melihat dengan matanya sendiri, maka bacalah (surah-surah): (Apabila matahari digulung) dan (Apabila langit terbelah) dan (Apabila langit berkecai/terbelah)”. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tarmizi).

Ketiga-tiga ayat yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w di atas ialah surah At-Takwir, Al-Infitar dan Al-Insyiqaq. Di dalam surah Al-Takwir Allah s.w.t menyatakan bahawa pada hari kiamat matahari yang gagah di langit akan digulung, bintang-bintang akan jatuh berguguran, gunung-ganang yang nampak gagah hancur berkecai. Allah juga menyatakan bahawa laut yang luas akan menjadi panas meluap-luap.

Allah SWT berkata kepada Nabi Muhammad tentang hari kiamat seperti berikut:
Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang saat itu (hari kiamat), “Bilakah masa datangnya (hari kiamat itu)?” Katakanlah, “Sesungguhnya maklumat tentang hal itu ada pada Tuhanku. Tiada siapapun yang dapat menerangkan waktu datangnya (hari kiamat itu) melainkan Dia. Amatlah berat (kejadian hari kiamat itu) di langit dan di bumi. (Hari kiamat itu) Tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) seolah-olah engkau memang tahu tentangnya. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya maklumat tentangnya ada pada Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raaf: 187)

Banjir besar, gempa-bumi, rebut taufan bahkan Tsunami yang dahsyat pernah berlaku dapat disaksikan sendiri dengan mata kepala kita sendiri. Tidakkah itu sebagai mukaddimahnya. Waktu dan saat kiamat tidak diketahui. Tidak kiamat besar, pun kiamat kecil (maut) pasti akan menjengah kita jua. Orang-orang Barat bahkan dari kalangan atheis sekalipun rupanya menerima bahawa akan berlakunya kehancuran dan kiamat. Semua tanda-tanda kecil kiamat sudah sempurna tinggal lagi tanda-tanda besar bahkan kekadang manusia terlupa… rupa-rupanya kita sendiri melakukan perkara yang menjadi tanda berlakunya kiamat. Apa pun, yang penting ingatan Allah Swt;

يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu hingga sanggup derhaka (waktu di dunia) kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia” ( Surah Al-Infitar: 6).

Read More !

Baru Replika! Umno dah terkejut beruk. Kalau betul2 macamana?

| | 0 comments

Riuh seantario apabila media memainkan isu bahawa kerajaan Pas Kelantan mendapat derma sebanyak 4 billion. Fuhhh banyak tu. 10 tahun memerintah Kelantan pun tak tahu dapat ke tak jumlah sebanyak itu. Gempar dibuatnya. Bagi orang Pas memang tak masuk dalam kepala pun isu macam ni. Sebab kita tahu pendokong Pas yang menjadi tulang belakang adalah fuqara dan masakin. Kalau benar orang nak bagi derma pun, mereka buat sembunyi2. Yelahh! Ini kan kerajaan Malaysia. Umno-Bn bukan boleh senang tengok orang senang.. dengki le. Apatah lagi usaha untuk mencalarkan imej Tok Guru dan Kerajaan Pas di Kelantan berterusan.

Tetapi berita sebegini bagi orang UMNO.. terbeliak bijik mata. Sebab hidup mati UMNO ni dengan duit. Itulah nyawa mereka. Itulah zikir mereka siang dan malam. Malaysia dah licin jadi macam lapangan terbang ni kerana pemimpin UMNO saling sibuk berebut untuk menggondolkan harta rakyat le. Sebut duit .. ternganga le mulut mereka. Melelh air liuq. Masuk biawak dalam kerongkong pun tak sadar. Bukan sikit pulak tu.. 4 billion.

Hah.. sedang PR dok mempersiapkan diri menghadapi PRU-13. Bersiap menuju ke Putrajaya. UMNO pun dok bercawat-gotel nak mempertahankan survival mereka… alih-alih ada orang nak bagi duit kat Pas 4 Billion. Mana tidak terkejut beruk deme. Berhenti nafas kat halqum agaknya. Awal-awal mereka dok rasa kena siap kain kapan awal-awal. Kalaulah mereka berlawan dengan Pas selama ini berjuta mereka tabor, sedang Pas bersenjatakan air-liur berceramah kehulu kehilir menggalas speaker. Disokong bersama para pendokong yang ikhlas tidak berbayar tetapi berjihad bagi menegakkan islam diatas mukabumi ini… inikan pula kalau berduit berjuta malah berbillion. Baik pemimpin UMNO beli tiket awal-awal lari ke Australia.
Bukan main lagi hulubaya UMNO menyuruh supaya disiasat hatta ke lubang biawak siapa yang nak bagi derma tu. Apa ke berniaga syarikat IDA World Group Sdn Bhd (IDA World) tu. Siapa dia pemiliknya? Cepat-cepat supaya PDRM & SPRM menyiasat. Tak cukup itu dikerah juga Jabatan Hasil menyiasat syarilat tersebut bayar income-tax ke tidak?

Hihihi… nak tergelak pun ada. Itu baru replika. Kalau cek betul-betul macamana? Naik sawan kot!

Kelantan cuma dapat replika cek RM4 bilion

KOTA BHARU: Hanya replika cek dengan angka RM4 bilion, diserah kepada Kerajaan PAS Kelantan oleh syarikat yang mendakwa mendapat kebenaran membangunkan kawasan luar pesisir Pantai Geting, Tumpat dengan kos lebih RM300 bilion.

Nik Din Nik Mat yang juga adik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau terkejut apabila dijemput menerima replika cek berkenaan, sedangkan beberapa pegawai kerajaan negeri turut hadir pada majlis anjuran syarikat itu, Ahad lalu. Saya tidak tahu ada acara pemberian RM4 bilion itu kerana dijemput syarikat berkenaan hanya untuk menghadiri majlis makan. Syarikat berkenaan hanya menyediakan replika cek dan tidak menyerahkan cek sebenar. Saya diberitahu, wang terbabit hanya diserah apabila projek di Tumpat itu berjalan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ahad lalu, syarikat tempatan, IDA World Group Sdn Bhd (IDA World) mengejutkan pelbagai pihak apabila mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan di negeri ini.

Sementara itu, Nik Aziz menjelaskan, beliau dan kepemimpinan PAS Kelantan tidak tahu sumbangan RM4 bilion daripada syarikat tempatan itu.

Saya tidak tahu mengenai perkara itu dan setakat ini, pihak berkenaan tidak mengadakan pertemuan dengan saya mengenai pemberian itu. Sebagai ketua parti (PAS), saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini, hanya pagi ini saya mengetahui mengenainya, katanya selepas merasmikan Forum Model Baru Ekonomi (MBE) Merujuk Kepada Negeri Kelantan, di sini, semalam.

Teringat dulu bagaimana kerajaan Malaysia ditipu oleh seorang hartawan Lubnan yang nak berderma 1 billion bagi mewujudkan Hospital Kanser.

Utusan Malaysia; 16 jan 2006 `Hartawan' Lebanon Dr. Elie Yousef diberkas polis

KUALA LUMPUR 15 Jan. - `Hartawan' Lebanon, Dr. Elie Yousef Najem yang mencetuskan kontroversi selepas hasratnya menderma RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna) akhirnya diberkas polis hari ini. Elie ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di kediamannya di Kondominium Villa Putra dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini. Kata sumber itu, dia ditahan untuk membantu siasatan berkaitan beberapa kes penipuan yang dilaporkan kepada pihak polis. Sebelum ini, Elie yang mendakwa memiliki kekayaan bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion) menyatakan hasratnya menderma RM1.01 bilion kepada Makna.


Read More !

Minyak naik lagi! BN pencekik dalam senyap. Kita ada hanya 2 pilihan!

| | 1 comments

Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini. Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak. Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.

Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia? Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM 3975000!

Tapi siapa yang sedar? NGO PROTES yang selalu protes harga minyak naik pun tak sedar. Apatah lagi penyokong UMNO.Bagi pendokong UMNO memang bersyukur dengan segala tindakan pemimpinnya mungkin sujud syukur kot. Nak cari macammana pemimpin bijak seperti pemimpin UMNO-BN yang memerintah kini. Kalau tanya pemimpin UMNO pasti jawapannya: "RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik." Hah... nasib ko le Labuuu....

Bagi rakyat ada dua pilihan sahaja. Samada lingkupkan kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya ke-13 nanti dan kita sama-sama martabatkan kerajaan PR di Putrajaya atau pilihan kedua buat seperti pakcik ni. Diam aje. Tak menyusahkan orang. Biarlah UMNO memerintah sampai kiamat!


Read More !

Terkini: Keretapi Kerteh-Kuantan ditutup dizaman UMNO. RM 800j lesap!

| | 0 comments

Baru 6 tahun beroperasi sekarang dah mampos. Amat malang Landasan keretapi yang dibina dan beroperasi dizaman pemerintahan PAS di Terengganu akan ditamatkan operasinya pada 1 Oktober 2010 ini. Di Zaman pemerintahan Umno-BN yang hebat dengan pembangunan yang tak pernah dilihat. Zaman Datuk Mat Said yang merakyatkan pembangunan akhirnya kini akan hilang dari penglihatan. Dengan kos pembinaan yang dikatakan menelan Rm 800 juta ringgit, duit rakyat itu akan hilang begitu sahaja?

Sistem Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Railway System-KKRS) telah siap dibina dan telah beroperasi mulai 01hb.April 2004. Landasan keretapi sejauh 86 km itu telah dibina oleh pihak Petronas sehingga ke Kuantan Yad bagi tujuan mengangkut barang-barang (hasil daripada pemerosesan minyak) untuk di ekspot ke luar negara melalui Pelabuhan Kuantan yang terletak kira-kira 20 km dari pusat bandar.

Pembinaan landasan keretapi pada dasarnya bagi tujuan memperkenalkan sistem pengkeretapian di negeri Terengganu selain dari itu untuk mengelak kesesakan jalanraya yang semakin meruncing. Dua buah lokomotif telah dibeli dari China bagi tujuan menarik jajajaran tren dan terdapat 50 set wagon termasuk 02 BGV (Bogi Guard Van) telah disediakan dalam misi pengkeretapian di Kuantan Kerteh Railway System. Apakah lokomotif ini akan dijual pula kepada Rosmah untuk projek Iandasan berkembar Ipoh?


Perjanjian bersama dengan pihak KTMB telah dimetri dan pengurusan KTMB bersetuju menempatkan seramai 15 pegawai yang terlatih untuk mengendali sistem operasi dan teknikal. Mereka telah berkhidmat sejak 16 Janruari 2003. Kemana kaki-tangan ini akan pergi? Dah le KTMB di Singapura dah nak tutup. Apa jadi nasib mereka?

Rencana Utusan Malaysia 2006. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menyatakan; “Satu lagi contoh sumbangan Petronas ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang kami bina, ia bukan sekadar membawa barang perantara ke loji dan untuk eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang”. Betul ke 3,500 buah lori akan berkeliaran semula dijalanraya antara Kerteh-Kuantan? Tidakkah ia akan menambahkan kesesakan jalan-raya khususnya di jambatan Kemaman dan Bandar Chukai.

Bagaimana pula dengan isu keselamatan? Tidakkan ianya melibatkan produk berbahaya. Bagaimana jika berlakunya kemalangan? Kawasan yang melibatkan jalanraya yang melibatkan orang awam. Dahlah sistem jalanraya yang tak elok. Jalan raya khususnya di Kijal kampong MB Terengganu tu macam ular dan lipan. Habis bagaimana produk petro-chem itu nak sampai kepada pelabuhan? Guna lori? Siapa pulak dapat kontrak pengangkutan tersebut? Dah le pelabuhan Kemaman tu sudah ditelan Pelabuhan Kuantan. Kini lori pulak telan landasan keretapi. zaman pemerintahan Pas dahulu dah ada perbincangan kenapa perlu Kerteh-Kuantan sedangkan pelabuhan Kemaman lebih dekat separuh & kos boleh dijimatkan. Tetapi keputusan orang KL yang buat bukan kat Terengganu. Siapa orang KL tu?

Sistem kesihatan pun ketinggalan zaman. Hospital Daerah Dungun sendiri dibina semenjak zaman lepas perang Jepun. Habis macamana nak menanggani kes-kes yang melibatkan bahan berbahaya seperti petrol-chemical dengan segera jika berlaku kemalangan. Apatah lagi melibatkan jalan yang sentiasa diguna-pakai oleh orang awam. Jalan bypass kawasan petro-chem dengar kata sudah diberi duit oleh pihak petronas tetapi tidak dibuat oleh JKR sehingga sekarang. Betul ke? Pekan Paka-Kerteh-Kemasik takde hospital. Adalah klinik sekadar untuk chek perempuan nak bersalin. Apa-apa kes kecemasan ambulan terpaksa berkejar ke Hospital Kuala Terengganu. Nyawa orang ramai dipertaruhkan!

Kenapa beberapa hari lagi keretapi itu akan ditutup? Tidak sebagaimana yang diwar-warkan selama ini. kenapa berlaku sebaliknya? Adakah landasan keretapi Kerteh-Kuantan itu tidak menguntungkan? Takkanlah Petronas membelanjakan duit rakyat sedemikian banyak hanya untuk digunakan sekadar 6 tahun. Takde kajian dibuat ke? Atau ia hanya projek untuk mengenyangkan kroni UMNO. Dan selepas kenyang maka tahik dibuang merata-rata. Semua sapu tangan. Takde siapa yang bertanggung-jawab. Tinggallah rakyat Terengganu bernostalgia dengan keretapi buat kali kedua. Selepas pupusnya pengangkutan keretapi Bukit Besi – Sura gate. Inilah nasib Terengganu. Hasil minyaknya penjana ekonomi Negara, dek kerana kebodohan kepimpinan Umno Terengganu, ia menjadi negeri kedua termiskin.

Ketika kabinet meluluskan pada tahun 2007 projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan sempena ECER bagi meningkatkan pelaburan dan industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung. Perkhidmatan kereta api sepanjang 246 kilometer itu akan mengambil masa antara sejam hingga sejam setengah. Kereta api itu boleh mencapai kelajuan 120 kilometer hingga 150 kilometer sejam. Ia akan disambung ke Kerteh dank e Terengganu. Berkhayallah rakyat Terengganu dengan pembangunan yang nak dibawa oleh Umno-BN. Jangankan nak tunggu rel keretapi tu siap setelah 3 tahun diluluskan, Apatah lagi dengan ekonomi yang flip-flop ni, landasan yang ada dah pun nak di muziumkan. Bolehlah Mat Said jadikan produk pelancongan berkembar dengan Zoo beliau di Kemaman tu.

Read More !

Dapat anugerah "Datuk" lagi ke?

| | 0 comments

LILLE Perancis 19 Sept. - Seorang lelaki Perancis yang kudung kedua-dua kaki dan tangannya dalam satu insiden kejutan elektrik, berjaya berenang merentasi Selat Inggeris semalam.
Philippe Croizon, 42, yang melakukan persiapan dua tahun bagi cabaran itu, berenang dari Folkestone, selatan England kira-kira pukul 8 pagi semalam (2 pagi semalam waktu Malaysia) dan tiba di pantai Perancis berhampiran Wissant lebih kurang pukul 9.30 malam waktu tempatan.hanya mengambil masa 13 jam 30 minit. Lebih cepat daripada Datuk Abdul Malik.

Dia berenang dengan bantuan kaki palsu berbentuk sirip yang direka khas.

Hah... mungkin ia menyuntik semangat OKU kat Malaysia untuk pergi berenang Selat Inggeris juga.

Pada 3 Ogos 2003, Abdul Malik dibiayai RM1.6 Juta oleh Yayasan Bukhary utk capai matlamatnya sebagai rakyat Malaysia pertama berjaya merentasi Selat Inggeris apabila menamatkan renangan selama 17 jam 30 minit dan 15 saat. Meskipun timbul kontreversi isu meninggalkan sembahyang demi menyahut “Malaysia Boleh”, Abdul Malik telah dikurniai “Datuk”.
Selepas itu, seorang rakyat Malaysia,Dr Lennard Lee yang juga pelajar perubatan Cambridge University berenang tanpa henti menyeberangi selat itu sejauh 33.6 km dalam tempoh 9 jam 45 minit pada 15 Julai 2004. Tak tahulah boleh pingat Datuk ke tidak.

Cubaan perenang muda negara, Zahra Masoumah Abdul Halim terpaksa menghentikan renangannya pada pukul 6.20 petang waktu London ekoran air pasang dan tiupan angin kencang melanda Selat Inggeris pada tahun lepas. Zahra yang baru berusia 17 tahun cuba untuk mencatatkan rekod Wanita Malaysia Pertama yang berjaya berenang merentasi Selat Inggeris.
Pada penghujung tahun 2004, Sharifah Mazlina telah berjaya menjejakkan kaki ke Kutub Selatan apabila merentasi Antartika sejauh 1,127 kilometer dengan mengambil masa 22 hari. Ini mengatasi rekod yang dipegang oleh seorang lelaki warga Britain yang telah melalui ekspedisi yang sama selama 24 hari. Beliau dianugerah Pingat Datuk tetapi ditarik balik bersama Datuk Chua Jeng Meng di Johor.

Penjelajah muda, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin 28, memulakan Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai dengan percubaan untuk menawan Gunung McKinley di Amerika Syarikat yang merupakan gunung paling sejuk di dunia. Dengan cuaca melampau dan suhu yang boleh mencecah di bawah tahap beku iaitu sehingga -70 darjah celsius, Muhamad Muqharabbin atau lebih dikenali sebagai Qobin bakal menempuh bahaya rekahan ais yang mampu meragut nyawa pendaki pada bila-bila masa. Selain Gunung Everest di Asia, Qobin merancang untuk menakluk gunung tertinggi di benua Afrika, Antartika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Australia.
Qobbin merupakan pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara pada tahun 2004. Beliau bersama temannya Ahmad Reduan Rozali(22 tahun) berjaya mendaki Gunung Everest setinggi 8848 meter dari aras laut. Ekspedisi bersama 19 rakyat Malaysia , turut disertai Dato Dato Khalid Yunus telah membabitkan kos RM2.4 juta, dianjurkan bersama UiTM dan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua.
Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Putera Umno semalam berjaya mencatat sejarah sebagai kumpulan belia pertama membuat penerjunan di Kutub Utara.Kumpulan 16 orang termasuk 12 bekas ‘mat rempit’ berusia 19 hingga 24 yang kini anggota Putera Umno itu, terjun dalam dua pasukan pada ketinggian 6,000 kaki dan 5,000 kaki dari helikopter MI-8 milik penganjur Russia, pada jam 4.20 pagi waktu tempatan (10.20 pagi waktu Malaysia). Datuk Abdul Azeez, Boss Putera UMNO kemudian memakaikan pingat penerjunan kepada 12 penerjun Putera Umno serta Azlan dan Abdul Karim sambil disaksikan Abdul Rahim.
Suasana menjadi sayu seketika apabila penerjun muda Putera Umno saling berpelukan menangis kegembiraan pada upacara pemakaian pingat itu. Pasukan ekspedisi itu kemudian menyanyikan lagu Negaraku dan Umno sebelum berlepas pulang. Berapa juta dibelanjakan untuk mengibarkan jalur gemilang di Kutub tersebut yang tiada sorang manusia pun disitu? Projek-projek.

Selepas ni rekord apa pulak nak dipecahkan. Bagaimana dalam bidang keilmuan dan kesarjanaan. Apakah rekord yang dimiliki oleh Malaysia? Alangkah baiknya duit yang berjuta itu dibelanjakan untuk meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia. Taklah Universiti Malaysia mempunyai kedudukan tercorot didunia. Dengan duit yang ada, berilah sokongan kepada pelajar pintar untuk mencapai impian keilmuan mereka. Taklah jadi seperti Suffiah, kelahiran Johor yang pintar matematik akhirnya menjadi pelacur di U.K kerana desakan hidup dan meranapkan semua impian.

Nak bagi pingat datuk pun pilih-pilihlah. Semoga ia menjadi penggarap sebenar kepada rakyat jelata demi menggambarkan penggorbanan terhadap agama, bangsa dan Negara. Takkah bagi kat Shah Rukh Khan yang entah apa faedahnya. Janganlah sampai yang dapat pingat pulak buat jenayah yang terpampan didada media. Memalukan. Sekarang ni Datuk berbayar bersepah. Kekadang heran jugak. Manusia mengejar kepada pingat, nama, glamour meskipun terpaksa berhabis duit yang banyak. Sanggup menyabung nyawa mereka sendiri? Apakah matlamat mereka? Kerana Allah kah? Kerana Islam? Ada pahala ke? Dituntut oleh Rasulullah kah? Atau hanya terperangkap dengan kehendak-kehendak nafsu dan syahwat pemimpin demi kepentingan mereka disebalik itu?

Read More !

Kematian Jalanraya: 1 Dunia, Malaysia Boleh! Siapa Untung?

| | 0 comments

Bukan senang nak catatkan nama Malaysia dalam record dunia. Kerajaan berhabis berjuta-juta ringgit untuk sukan bagi menyenaraikan Malaysia dimata dunia tetapi tak kemana. Tetapi untuk statistik kadar kematian jalanraya yang baru dikeluarkan melalui Forum Pengangkutan Antarabangsa, menyenaraikan Malaysia sebagai juara dan daripada nisbah bilangan kematian bersandarkan kepada setiap 100,000 bilangan penduduk. Sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara paling banyak mencatatkan bilangan kadar kematian jalanraya paling tinggi untuk setiap 100,000 penduduk bagi tahun 2009.

Kadar kematian di jalanraya untuk setiap 100,000 bilangan penduduk bagi 2009 :

1. Malaysia – 23.8
1. Argentina – 18.4
2. Greece – 13.8
3. Cambodia – 12.6
4. Korea – 12.0
5. Poland – 12.0
6. US – 11.1
7. Lithuania – 11.0
8. New Zealand – 8.9
9. Belgium – 8.9
10. Czech Rep – 8.6
11. Slovenia – 8.4
12. Hungary – 8.2
13. Portugal – 7.9
14. Italy – 7.9
15. Austria – 7.6
16. Luxembourg – 7.2
17. Australia – 6.9
18. France – 6.9
19. Canada – 6.3
20. Spain – 5.9
21. Denmark – 5.5
22. Ireland – 5.4
23. Iceland – 5.3
24. Finland – 5.3
25. Germany – 5.1
26. Japan – 4.5
27. Switzerland – 4.5
28. Norway – 4.4
29. Israel – 4.2
30. Sweden – 3.9
31. Netherlands – 3.9
32. UK – 3.8

Nak ucapkan tahniah ke Najib Tun Razak? Atas kejayaan beliau menobatkan Malaysia sebagai Negara paling banyak mencatatkan kemalangan. Malaysia mencatatkan kerugian bernilai RM9 bilion dari segi sosio ekonomi akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, menurut statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), kerugian itu berdasarkan kehilangan nyawa dan kecederaan yang dialami oleh pengguna jalan raya.
Muhyiddin berkata, berdasarkan angka kematian tahun lepas, daripada keseluruhan 6,745 kematian untuk semua kategori pengguna, 60 peratus daripadanya adalah kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.


Untuk setiap kali Hariraya dilancarkan Ops. Tahun 2009 sahaja ketika Ops-20 Hariraya Eid-fitr mencatatkan jumlah kemalangan sebanyak 17,335 dengan kematian 261 orang. Ops Sikap 21 sempena Tahun baru Cina pada Februari tahun ini mencatatkan kemalangan sebanyak 14,185 dengan kematian 201 orang.

Ops Sikap Ke - 22 telah dilancarkan serentak di seluruh Malaysia mulai 3 September 2010 hingga 17 September 2010 selama ( 15 ) hari. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata pada tahun ini sebanyak 218 kemalangan maut dilaporkan, manakala jumlah kemalangan turut mencatatkan penurunan sebanyak tiga peratus membabitkan 16,817 kes tahun ini berbanding 17,332 tahun lalu. Abdul Aziz berkata, pengguna motosikal menjadi penyumbang utama kemalangan maut, iaitu sebanyak 65 peratus manakala 144,576 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.
Seramai 4,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan untuk mengawal trafik di seluruh negara sempena Ops Sikap ke-22 yang dilaksanakan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Itu baru sempena Hariraya. Kematian dijalanraya Malaysia lebih dahsyat daripada kematian hasil letupan bom perang di Afghanistan dan Palestine. Lebih baik hantar mereka berperang disana. Boleh gak mati syahid daripada bergelimpangan dijalanraya. Mungkin ada yang menjawab dah qada’ dan qadar. Tetapi apakah faktor manusia disebalik kematian tersebut. Siapa yang bersalah? Siapa yang untung. Apa yang kita tahu Ops sedikit sebanyak membantu kerajaan Malaysia untuk mengutip derma dari rakyat apabila 144K saman Berjaya dikeluarkan. Dalam keadaan kewangan Malaysia yang gawat ni, bolehlah Najib menarik nafas lega sempena Hari Raya ni. Tersenyum Datuk Hisyamuddin kerana Pihak Polis menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Malaysia. Boleh sekali lagi nak ucap tahniah ke? Rasanya untuk statistik tahun 2010 masih dikekalkan kepada Malaysia kot. Siapa yang berani mengambil tapak Malaysia?

Kematian beratus orang tidak dicakna mana? Apa tindakan kerajaan UMNO-BN? Jawapan paling mudah itu adalah kesalahan kerana sikap pengguna! kematian 3 orang diakibatkan seorangnya Datuk selebriti.. gegak gempita dunia. Rupanya nyawa manusia ni ada kasta juga?

Read More !

Jual Masjid di Perancis! – Imam Hassan

| | 0 comments

Apabila masjid dibina, tapaknya hendaklah diwakaf kerana Allah. Tiada lagi milik individu atau kepunyaan sesiapa. Setiap duit terkumpul hasil derma atau pembinaan yang dibuat telah diwakafkan kerana Allah. Meskipun sebuah masjid yang dibina menggunakan peruntukan individu tetapi setelah diniatkan wakaf maka yang diharapkan adalah pahala di sisi Allah semata. Tidaklah ia mengungkit-ungkitnya kembali apatah lagi mahu mendapatkannya semula.

Isu wakaf ini kekadang tiada penyelesaian bahkan menimbulkan kesukaran umat Islam dikemudian hari. Pernah terjadi di Terengganu dimana tanah yang telah diwakaf yang sudah menjadi surau dan kubur dituntut kembali oleh pewaris dan terpaksa dibayar kembali nilainya kepada pewaris kerana nama datuknya masih tercatat didalam geran tanah yang dikatakan menjadi pusakanya. Wakaf hanya dimulut tanpa ada surat menyurat. Zuriat kemudian ada yang tak pedulikan halal haram. Janji menjadi duit. Tanah yang telah diwakaf pun dijual!

Tetapi apa yang berlaku di Paris, Perancis ini janganlah tersalah faham. Yelah ditengah isu pengharaman pemakaian purdah terhadap muslimah Perancis, alih-alih jual masjid pulak!

PARIS - Seorang imam di Paris bersama seorang pereka telah membuat semacam masjid portable yang mudah-alih yang dijualkan kepada umat Islam yang ingin berkonsentrasi lebih baik dalam solat dimanapun mereka berada.
Dinamakan “Mirhbox”, setinggi 2 meter yang direka dan dicantum membentuk mihrab, terletak di dinding depan masjid yang menunjuk ke arah Mekkah.

"Saya menyedari bahawa ketika saya di masjid, saya berkonsentrasi lebih baik pada saat solat, jadi ketika saya di rumah saya pikir lebih baik menciptakan kembali mihrab yang menciptakan lingkungan dan suasana yang lebih baik untuk meditasi dan lebih khusyuk," kata Imam Hassan Aubervilliers Bounancha kepada akhbar Le Parisien.

Mihrab portabel ini dibuat dari kertas keras, plastik, kayu lapis, diperkuat dengan dua lapisan dari alumunium, struktur dalaman dalaman tiga bagian juga dilengkapi dengan karpet Turki.
Mihrab portabel ini dijual dengan harga 450 euro (RM1,824) untuk model top-range yang termasuk didalamnya loudspeaker, dan semurah 69 euro (RM280) untuk model kanak-kanak. Imam Hassan Bounamcha berharap untuk menjual setidaknya seribu masjid dalam satu tahun dan menjual reka-ciptanya ke beberapa negara lain.
Semoga apa yang dicipta oleh Imam Hassan itu boleh memberi manfaat kepada umat Islam dan mengembalikan kekyusyukan ketika solat. Tetapi janganlah dah ada mihrab dirumah masing-masing menyebabkan tiada yang datang ke masjid lagi.

Read More !

Kertas undi palsu dirampas

| | 0 comments

Begitulah pilihanraya yang diadakan di Negara-negara Islam sendiri. Apatah lagi negara-negara mundur atau membangun. Terlalu banyak unsur-unsur penipuan. Biasanya pemimpin yang memegang tampuk kekuasaan yang takut kehilangan kuasa nescaya mereka sanggup menggunakan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka.

Sebilangan orang rasa kecewa dengan keadaan seperti ini menyebabkan mereka rasa tidak akan ada peluang untuk mencari kemenangan khususnya perjuangan islam disebalik sistem pilihanraya yang ada. Tetapi bagi kita, Pas yang memilih jalan perdamaian dan memilih pendekatan pilihanraya terus bersabar dengan cara ini sehingga Allah swt memberi kemenangan di Kelantan, Kedah dan pernah memerintah Terengganu. Dalam masa yang sama peluang untuk penerangan, dakwah dan tarbiyyah serta tawaran alternatif kepada rakyat dan masyarakat tentang keindahan Islam yang syumul terus dimanfaatkan sehingga rakyat bersedia menerima sistem pemerintahan yang pernah diperkenalkan oleh Rasulullah Saw.

Kita sedia maklum penipuan dan salah-laku yang dilakukan oleh Umno-Bn demi mengekalkan kuasa mereka sejak separuh abad yang lalu. Bahkan semenjak kerajaan Pas yang pertama di Terengganu pada tahun 1959 lagi, kita sudah mengetahui feel perangai Umno dalam menjatuhkan kerajaan Pas di Terengganu ketika itu dan bahkan kejatuhan pemerintahan Pas di Terengganu pada tahun 2004 dibawah perancangan Idris Jusoh pun sedia termaklum.

Tetapi tidakkah kita berpegang dengan firman Allah Swt:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah al-Imran: 26

Kita teramat yakin bahawa sampai masanya kekuasaan itu dikurniakan kepada yang berhaq. Betapa banyaknya tipuhelah Firaun & Namrud tetapi akhirnya tumbang juga. Ingatlah Allah Swt mengetahui segala=galanya. Firman Allah Swt:-

وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Dan merekapun merencanakan makar dengan sungguh-sungguh dan kami merencanakan makar (pula), sedang mereka tidak menyadari. Surah al-Naml : 50

Di dunia ini merupakan tempat ujian. Meskipun kita tidak dikurniakan anugerah kemenangan di dunia, pastinya kemenangan di akhirat sudah menanti. Yang penting kita istiqamah bersama perjuangan. Bersama pemimpin dengan sabar menongkah arus tribulasi yang pastinya semakin sukar dan penuh pancaroba. Ada orang yang inginkan kemenangan yang segera. Jika gagal mereka kan gugur tetapi biarlah Allah terus memilih kita untuk bersama jalan ini meskipun jauh dan sukar. Firman Allah Swt:-

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, Pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa sukar oleh mereka. Surah at-Taubah : 42

Lihat berita yang berlaku dibumi Afghanistan. Penuh dengan tipu-helah yang kita rasakan tiada lubang kemenangan untuk Islam. Tetapi percayalah, Islam pasti menang.
KABUL – Seorang pegawai pilihan raya di sebuah wilayah di Afghanistan memberitahu semalam ribuan kertas undi palsu telah dirampas sebelum pengundian memilih wakil Parlimen bermula pada minggu ini.
Ketua Jawatankuasa Kebebasan Pilihan Raya, (IEC), Waheedullah Osmani di wilayah Ghazni berkata, ejen-ejen perisikan merampas 3,000 kertas undi yang dicetak di Pakistan semalam.

Penduduk Afghanistan akan membuang undi pada Sabtu ini bagi memilih 249 Ahli Parlimen dengan lebih 2,500 calon bertanding di 34 daerah. Pilihan raya Presiden pada tahun lepas melibatkan penipuan kebanyakannya berpihak kepada Presiden Hamid Karzai.

Pilihanraya kali ini dijangka lebih baik dan lebih sempurna yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan. Betul ke? Kerajaan yang diperintah oleh Hamid Karzai yang merupakan talibarut Ameriaka Syarikat yang menggantikan dahulunya kerajaan pimpinan Najibullah, boneka Russia.

Bagaimana dengan Najib yang memimpin Negara Malaysia kita? Apakah dengan mendapat khidmat nasihat daripada Yahudi APCO, kita akan merasa PRU-13 kerajaan akan lebih telus dan jujur?

Read More !

Tuanku Faris: Adakah Trafic-Light akan berubah kaler?

| | 0 comments

Tok Guru Nik Aziz selaku Murshidul Am Pas merangkap MB negeri Kelantan telah meletakkan asas yang kukuh dalam menggembalikan kegemilangan Islam di negeri Kelantan sebagai negeri serambi Mekah. Dalam masa 20 tahun pentadbiran beliau nescaya bukan sedikit jasa yang beliau pacakkan khususnya dalam membawa kegemilangan Kelantan bukan hanya duniawi tetapi juga kearah keredhaan Ilahi. Berbaki hanya 3 tahun sahaja lagi untuk menyamai perjuangan Rasulullah Saw iaitu 23 tahun setelah dipilih menjadi Rasul hingga ke tarikh kewafatan Baginda. Walaupun Rasulullah Saw hanya memerintah Madinah al-Munawwarah selama 10 tahun sahaja.

Khilafah yang merupakan bebanan yang dipikulkan atas Adam a.s dan diwarisi kepada keturunan Baginda sehingga manusia akhir zaman. Para Nabi dan Rasul dahulunya sebagai pemimpin ummah memperjuangkan bukan sekadar untuk menegakkan aqidah yang sahih dan ibadah yang benar tetapi meliputi sistem ekonomi yang diredhai, sistem sosial yang yang berlandaskan agama dan meliputi segenap bidang kehidupan manusia bahkan sistem kenegaraan berteraskan perlaksanaan syariah Islam secara syumul dalam seluruh aspek kehidupan melalui institusi perundangan. Itulah yang dikatakan sebagai Khilafah ar-Rasyidah ‘ala Minhaj an-Nubuwwah.

Kewujudan dan keberadaan Khilafah itu bukanlah demi kekuasaan atau pemerintahan itu sendiri, melainkan untuk menegakkan syariah Islam yang memang wajib hukumnya. Khilafah ada demi syariah. Imam Ghazali dalam kitabnya al-Iqtishad fi al-I’tiqad menyebut hubungan kekuasaan dan agama atau gambaran eratnya hubungan Khilafah dan syariah. Kata Imam Ghazali,"Ad-diinu ussun wa as-sulthaanu haris. Wa maa laa ussa lahu fa-mahdumun wa maa laa harisa lahu fa-dhaa`i’." (Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tidak ada asasnya akan roboh dan apa saja yang tidak ada penjaganya akan hilang).

Sudah pasti usaha dan jihad kita untuk mendapatkan kuasa adalah kerana Allah Swt. Ingin melaksana dan mengakkan tuntutan Allah Swt. Inilah yang diperjuangkan oleh Rasulullah Saw dan para sahabat sehingga mengorbankan nyawa yang bukan sedikit termasuk masa dan harta-benda maupun tanah-air demi menegakkan sebuah Negara dan melaksanakan syariah Islam padanya.

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ
“Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” al-Ma’idah :49

Firman Allah SWT :-

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا
Ertinya : Dan tidaklah boleh bagi seorang lelaki yang beriman dan wanita yang beriman itu, apabila Allah SWT & RasulNya telah menetapkan sesuatu hukum, maka mereka ingin memilih (mengikut suka hati mereka), dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, ia telah sesat dalam kesesatan yang nyata.

Atas semua faktor yang sudah diketahui inilah usaha Pas dalam menegakkan syariah dan segala hukum-hakamnya adalah merupakan tuntutan bersama. Ia merupakan matlamat perjuangan Gerakan Islam dan matlamat perjuangan umat Islam sedunia. Pas sendiri berjanji untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990. Kerana itu selepas kemenangan yang diperolehi lalu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Berbanding negeri Terengganu meskipun telah ditandatangani oleh Tuanku Sultan Mizan dan diwartakan semasa pemerintahan Pas 1999-2004 tetapi kerajaan Umno-BN Terengganu kini mengamalkan perlaksanaan terpilih tetapi tidak melibatkan jenayah hudud & qisas. Manakala di Kelantan, undang-undang ini belum diwartakan dan di kuatkuasakan oleh Negeri Kelantan.kerana menghadapi permasalahan tertentu termasuklah halangan kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN sendiri. Pengakuan Tok Guru untuk tetap melaksanakannya meskipun dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.

Dalam perlaksanaan syariah selain hudud & qisas ia berjalan dengan baik dan dan berkembang dari masa kesemasa. Tok Guru mengumpamakan perlaksanaan hudud tertahan seumpama kereta berada dipersimpangan traffic-light. Enjin kereta tak mati tetapi menunggu lampu traffic-light bertukar dari merah kepada hijau. Diharapkan agar perlantikan Tengku faris yang dilihat lebih mesra agama dan nampaknya agak sehaluan dengan Tok Guru MB diharapkan inilah masa dan tempohnya lampu merah akan bertukar menjadi hijau. Janganlah sampai lama sangat menunggu sehingga kereta mati enjinnya akibat kehabisan minyak. Semoga dizaman pemerintahan Tok Guru inilah sempat dianugerahkan kemuncak perlaksanaan syariah ini sebagai legasi beliau menuruti perlaksanaan syariah di negeri Aceh Darul Salam, serambi Mekah Indonesia.

Read More !

Jenayah Turun Mendadak? Najib, Hisyamuddin & Lee Lam Thye. Siapakah yang anda percayai?

| | 0 comments

Di tengah hangatnya berita jenayah kini. Pembunuhan kejam berlaku disana-sini. Rompakan, rogol semakin menjadi-jadi. Tak peduli bulan ramadhan ke bulan syawal ke. Manusia lebih suka memilih menjadi syaitan daripada menjadi insan. Hanya berkerangkakan manusia tetapi menurut buasnya nafsu haiwan. Kekadang tak terfikir dek akal yang waras akan segala perbuatan dan tindakan. Ianya diluar peri kemanusiaan.
Alih-alih pemimpin UMNO kounter balik. Jenayah turun mendadak! Anda percaya ke? Atau ini hanya lawak pemimpin Umno?

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kadar jenayah di negara ini turun secara mendadak berikutan wujudnya sumbangan daripada berbagai pihak, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa mengambil langkah mempertingkatkan imej PDRM dengan mewujudkan konsep ‘Polis Komuniti’ untuk menggalakkan kerjasama rapat di antara pihak polis dan orang awam.

Hishammuddin berkata, pihak PDRM telah mengambil inisiatif mendekati anggota masyarakat sebagai rakan bagi memerangi jenayah jalanan yang telah banyak berkurangan berbanding tahun lalu.
"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab, cukup berpuas hati dengan apa yang telah pun dilakukan oleh semua pihak berkenaan khususnya PDRM sendiri dimana indeks kadar jenayah telah pun menurun. "Penurunan kadar jenayah ini telah banyak memberi perubahan terhadap tahap keselamatan rakyat di negara ini dan kini lebih terjamin," katanya.

- Adakah anda rasa selamat kini? Adakah anak dan isteri anda selamat? Jenayah yang melinkungi masyarakat kita semakin menghimpit. Rompak, rogol, bunuh berleluasa. Bagaimana dikatakan semakin menurun? Apakah yang dimaksudkan itu jenayah curi ayam?

NKRA Diperkenal PM Kurangkan Jenayah
PETALING JAYA
Kadar jenayah jalanan negara mencatatkan penurunan ketara sebanyak 39.6 peratus dalam tiga bulan pertama hasil keberkesananan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilaksanakan, kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Di dalam jangka panjang pastinya rakyat akan dapat menikmati lebih banyak kesan daripada pengenalan bidang tumpuan khidmat Kerajaan Barisan Nasional itu untuk hidup lebih bermutu. Beliau berkata, indeks jenayah telah menurun sebanyak 15.1 peratus pada tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
“Kadar jenayah jalanan yang menjadi keutamaan negara turut menurun dengan ketara pada jumlah 39.6 peratus dalam tiga bulan ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” katanya.

- Apakah penurunan jenayah jalanan seperti ragut menandakan turunnya kadar jenayah yang lain? Bagaimana dengan jenayah-jenayah bunuh yang semakin kejam. Yang meningkat disetiap masa. Apakah khidmat Barisan Nasional? Tidakkah jenayah kejam ini bermula sejak pembunuhan Althantunya? Dimana penyelesaiannya?

Kes jenayah meningkat dibimbangi
Utusan Malaysia 13 Sep 2010
KUALA LUMPUR 12 Sept.
- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) memandang serius peningkatan kes jenayah kejam termasuk pembunuhan yang semakin membimbangkan. Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, lebih merisaukan apabila jenayah berkenaan berlaku secara drastik berdasarkan beberapa kes yang dilaporkan kebelakangan ini.
"Kes-kes jenayah kejam dan ganas yang dipaparkan melalui media memberi gambaran bahawa negara kita seolah-olah dibelenggu dengan masalah ini. "Pembunuhan merupakan jenayah ganas yang paling berbahaya dan terdapat individu yang berani melakukannya tanpa bimbang kepada pembalasan undang-undang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes jenayah kejam yang semakin berleluasa termasuk kes bunuh.
Sehubungan itu kata Lam Thye, punca berlakunya kes jenayah kejam harus dikaji dengan teliti serta langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani keadaan ini. Menurut beliau, jika masalah ini berterusan, ia akan menjejaskan imej negara.
"Pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi fenomena jenayah tersebut yang semakin menular. "Hal ini kerana, aspek keselamatan masyarakat perlu diberi tumpuan yang lebih agar rakyat yakin terhadap keadaan keselamatan semasa,'' ujarnya.
Berdasarkan kenyataan diatas siapakah yang anda lebih percayai. Antara Najib, Hisyamuddin & Lee Lam Thye. Mana satu anda percaya? Najib & Hisyamuddin adalah ahli politik Umno. Yang amat bimbang kalau-kalau imej Negara terjejas akibat kadar jenayah yang semakin meningkat. Ini menggambarkan kegagalan mereka menanggani isu jenayah di Malaysia. Adapun Lee Lam Thye sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Apa kepentingan yang ia hendak raih?

Tidakkah ini menggambarkan kegagalan sistem dan perundangan kita sendiri. Bermula dengan sistem pendidikan yang sekular. Meletakkan matlamat pendidikan bagi memenuhi keperluan negara menjadikan manusia sebagai produk seperti kilang. Persekitaran yang di didik dengan materialisme. Menyisihkan moral dan akhlak. Hidup manusia berebut untuk mendapatkan harta, wanita, kuasa. Sistem kehakiman yang sentiasa dipersoalkan. Penguat kuasaan yang tak sunyi dari isu rasuah. Undang-undang komanweal yang tidak mengesankan.

Inilah saat dan ketika, jikalau UMNO benar-benar ikhlas memperjuangkan agama untuk kembali melaksanakan syariah Islam. Mulakan di Kelantan yang dipimpin oleh Pas dan di Terengganu yang dipimpin oleh UMNO. Kerana disitu sudah terbentang enakmen jenayah hudud & qisas.

Read More !

Ayam sereban saling patuk punggung?

| | 0 comments

Alahai togel le jawabnya! Teruk nampaknya PERKASA dibelasah oleh BN maupun UMNO sendiri. Heran jugak macamana PERKASA yang memperjuangkan melayu tegar. Sama-sama pejuang nasionalis melayu. Assobiyyah kebangsaan. Sesama cium keris. Sesama bermahagurukan Tun Mamak Mahathir. Darah mengalir pun cap keris tetapi dok patuk punggung sesama sendiri. Biasanya ayam kalau sereban kalau tak cukup makan, hah siaplah punggung hang. Catuk mencatuk sama sendiri le.. Kalau sesama bangsa pun payah nak bersatu.. munasabahlah Rasulullah Saw larang berjuang atas dasar kebangsaan ni. Nak menyatukan ummah macamana?

Habis kenapa UMNO terajang PERKASA. Takkan kelaparan projek kot? Adakah kerana tunduk kepada desakan parti-parti komponen khususnya MCA? Takkanlah UMNO yang kuat lagi gagah perkasa terpaksa diperkudakan oleh MCA demi menyelamatkan tali-hayat politik UMNO-BN. Takkan nak korban dan sisihkan spesis seperjuangan hak melayu.

Semasa penubuhan bukan main gendang PERKASA dipalu. Ingatkan habis le pengundi melayu bersatu dibawah UMNO. Takde le yang nak undi PAS & PKR. Ramai le gedebe UMNO khasnya yang veteran pakat masuk PERKASA. Di Terengganu siap ada cawangan hingga ke Dungun. Di tubuh jugak GERTAK. Sekarang kena bubar ke? Alahai Pak Brahim. Duit dah banyak habis. Kena gadai pasir Mas nampaknya. Dah alang-alang celup pekasam. Biar sampai ke pangkal lengan. Pak Brahim nak jadi Jebat. Amat malang Tuah tak terima. Habis apa tunggu Jebat. Mengamuk le. Masuk dalam istana BN. Tikam habis UMNO dan Komponen BN tu. MCA,MIC… amuk terus. Kita tengoklah setakat mana nyawa politik Brahim Ali ni. Sayang... pengorbanan Ibrahim Ali tidak dihargai oleh UMNO... Tiada penghargaan, tiadalah projek dan tiadalah matlamat perjuangan... wanggg!!!

Jauhkan diri dari Perkasa rugikan UMNO - Dr. M


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Keputusan UMNO menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) boleh menyebabkan parti itu kehilangan sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Sambil mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional (BN) di Putrajaya baru-baru ini beliau menegaskan, keputusan tersebut tidak akan memberi sebarang keuntungan kepada UMNO.
''Dalam keadaan UMNO yang tidak begitu kuat, Umno tidak kukuh. Kita tidak boleh mengetepikan sesiapa sebab dengan kita kehilangan 100 atau 200 orang, kita mungkin kalah di bahagian-bahagian tertentu,” kata beliau. ''Oleh kerana kita amat memerlukan sokongan daripada seberapa ramai orang tidak perlulah kita bermusuh dengan orang. Ia langsung tidak memberi sebarang faedah dan keuntungan,'' katanya.
Mengulas mengenai pendirian Umno-BN terhadap Perkasa, Dr Mahathir mengulangi sokongan kepada Perkasa semalam dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan BN itu memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut.
“Mereka (Umno) sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah,” kata Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno.

UMNO masih kuat dan tetap pilihan orang Melayu

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas persepsi menyatakan UMNO kini merupakan sebuah parti lemah dan bukan lagi menjadi pilihan orang Melayu.
Sebaliknya, beliau menegaskan, UMNO merupakan parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) dan pada masa yang sama menjadi suara mutlak memperjuangkan kepentingan orang Melayu di negara ini. “Kepentingan orang Melayu tidak harus dikorbankan dalam amalan berkongsi kuasa di antara parti-parti komponen BN,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif dengan umno-online di sini. Tengku Adnan ditanya mengenai persepsi negatif yang sengaja dibina oleh pihak-pihak tertentu bahawa UMNO tidak lagi relevan di kalangan orang Melayu di negara ini.


Najib Tun Razak: UMNO Parti Kuat!

“Saya cuma nak katakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS,” kata Najib.
Katanya, tidak ada parti politik lain yang dapat mengambil alih peranan yang dimainkan UMNO di dalam menentukan kelangsungan hidup orang Melayu. "UMNO tiada gantinya atau alternatif. Tidak ada parti lain selain UMNO," katanya sambil menambah UMNO sebagai parti teras BN juga perlu memahami aspirasi kaum lain. - BERNAMA


MCA kesal komen Dr M, gesa Umno-BN tidak kompromi isu Perkasa
KUALA LUMPUR, 13 Sept — MCA kesal dengan pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa Umno tidak harus membelakangi Perkasa jika tidak mahu Barisan Nasional (BN) hilang sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha juga berkata, BN tidak harus sama sekali berkompromi dalam soal menjauhkan diri daripada Perkasa.
“Kami kesal apabila membaca kenyataan seorang pemimpin terkemuka yang mendakwa Umno masih memerlukan sokongan Perkasa jika ia tidak mahu berhadapan dengan risiko Barisan Nasional kehilangan sokongan (dalam pilihan raya),” kata beliau.
Ujar Kong, BN tidak hanya terdiri daripada satu parti politik, sebaliknya merupakan anggota 13 komponen yang mewakili pelbagai kaum. “Oleh itu, BN berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada setiap kaum, bukan sahaja daripada orang Melayu,” kata Menteri Pengangkutan ini. Tegas pemimpin MCA itu, BN tidak boleh memikat sokongan ramai menerusi kerjasama dengan kumpulan-kumpulan ekstrem, sebaliknya memerlukan mandat daripada semua lapisan rakyat.
Seorang lagi Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung juga menyifatkan kenyataan Tengku Adnan sebagai pendirian yang sangat bijak daripada seorang pemimpin Umno dan BN setakat ini.
Apa kata Menteri JPM, Datuk Seri Nazri Aziz?
Nazri berkata Perkasa tidak akan membawa impak ke atas Umno dan BN. “Tiada siapa yang peduli mengenai Perkasa. Mereka hanya terkenal di media,” katanya lagi. Nazri juga meramalkan sekiranya Ibrahim bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas beliau akan kalah.

MIC pun tumpang semangkuk:

Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan juga menyatakan pendirian dengan menolak Perkasa.

“MIC gembira kerana sekarang kita sudah mula menjauhkan diri daripada Perkasa. Mereka, dalam apa jua keadaan tidak akan membantu BN,” kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini.

BN tetap ditolak rakyat walau tanpa PERKASA - Ibrahim Ali

Mengenai pendirian 13 ahli komponen BN tersebut, Ibrahim berkata, beliau percaya jika Perkasa tidak wujud sekali pun sokongan bukan Melayu kepada BN tetap sama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. ‘‘Ia kerana komponen BN terutama pemimpinnya mempunyai bermacam-macam rekod yang boleh menyebabkan rakyat menolak parti itu dan janji Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada mereka,’’ katanya.
Ibrahim berkata, Perkasa pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. “Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik. Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa,” kata beliau

Hakikatnya percaturan Allah mengatasi segala-galanya. Nampak tipu-daya mereka menggerunkan tetapi akhirnya ia menjadi musibah buat mereka sendiri. Doa para ulama dan pejuang dalam gerakan Islam selama ini dimakbulkan Tuhan. Barisan mereka berpecah-belah, kata-kata mereka tidak sepakat, kuasa mereka akan hancur & pemerintahan mereka akan gugur. Hanya masa sahaja yang menentukan.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...