Posted by
Saiful at 10:31 AM
|
|
Betapa caknanya orang melayu Malaysia terhadap penjagaan haiwan seperti Tan Sri Dr Yusof Basiron. Beliau cakna dan peka kepada Orang Utan yang berada didalam Zoo Melbourne. Baginya orang utan di Zoo tersebut tidak dijaga dengan baik. Pihak Zoo Melbourne pula memberi jawapan terhadap kritikan Tan Sri itu.
Sesekali ingat untung jadi orang utan pada orang di Malaysia atau di Melbourne.Ada orang yang cakna taraf Tan Sri yang pergi bersama menteri. Kekadang penjara orang lebih teruk daripada Zoo untuk orang utan. Apatah lagi penjara Negara dunia ketiga maupun penjara negara miskin. Kekadang tiada beza juga dengan penjara yang dimiliki oleh negara orang Islam. Antara penjara yang terbaik adalah penjara Qatar. Siapa yang dikalangan mereka yang berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran akan dibebaskan dan berjaya merubah akhlak dan perilaku mereka bahkan mampu menjadi imam dimasjid-masjid.
Ketua Penjara tersebut menyatakan: ‘Beliau berusaha menjadikan penjara sebagai tempat untuk mengubah haiwan menjadi manusia berbanding sesetengah penjara menjadikannya sebagai tempat menjadikan manusia kepada binatang”
Itu penjara. Bagaimana diluarnya. Kekadang layanan kepada manusia lebih teruk daripada binatang. Sesetengah orang kaya, nikmat yang diperolehi oleh kucing atau anjing peliharaan mereka lebih mewah daripada orang.
Bila kedatangan Ramadhan macam ni, adalah sedikit sumbangan rezki sempena bulan Ramadhan tetapi mereka bukannya makanb sekali kenyang setahun. Di bulan-bulan lain bagaimana? Golongan yang miskin di Malaysia ini masih tinggi. Lihatlah rumah-rumah setinggan atau dipelusuk negara.
Terengganu negeri kaya tetapi masih lagi berjaya mengekalkan negeri kedua miskin selepas Sabah. Tapi pemimpin sibuk gila dengan berbelanja untuk Monsun Cup. Menteri Besar dok sibuk berbelanja 24 juta untuk beri makan binatang didalam Zoo Kijal daripada keperluan rakyatnya. Berbelas juta untuk sanctuary gajah daripada biasiswa pendidikan. Dok sibuk beli itik berjuta di Kenyir berbanding keperluan OKU.
Ingat-ingat sekali… seronok jadi orang utan pada orang. Orang Utan dipeluk dicium. Diambil foto dilayan mesra. Jadi orang merdeka pergi perhimpunan bersih dibaham gas, disepak, diterajang, digari, dipukul, dipenjara. Bahkan ada yang maut dengan patah tulang rusuk dan giginya.
Dalam Islam melayan binatang seperti memberi minum kepada anjing yang dahaga dimasukkan dalam syurga. Tetapi berlaku zalim terhadap manusia… adakah dimasukkan dalam syurga?
Zoo Melbourne menafikan dakwaan Ketua Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Dr Yusof Basiron bahawa orang utan di situ tidak dijaga dengan baik. Pengarah pemuliharaan zoo berkenaan, Rachel Lowry, berkata kandang untuk haiwan itu dibina khusus dengan mempunyai pokok bagi membolehkan mamalia berkenaan hidup dalam suasana habitat asalnya.
"Seperti semua haiwan lain di Zoo Melbourne, kandang untuk orang utan di sini dibina bagi membolehkan haiwan berkenaan membuat pilihan sama ada hendak duduk di bawah teduhan atau berjemur. "Terdapat sistem pemanasan, manakala suhu di kawasan pameran haiwan ini dikekalkan pada 20 darjah celsius dan kandang tempat mereka berteduh pada waktu malam pula mempunyai sistem pemanasan.
"Sudah menjadi tabiat mereka suka menggunakan selimut, bukan kerana kesejukan. Mereka memang suka berbaring dengan mengunakan selimut, termasuk pada musim panas," kata Lowry kepada Bernama.
Dalam kunjungan ke zoo itu minggu lalu ketika mengiringi misi lawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok ke Melbournei, Dr Yusof memberitahu Bernama bahawa haiwan itu ditempatkan dalam keadaan sungguh menyedihkan.
Dr Yusof berkata beliau juga melihat haiwan berkenaan menggigil kesejukan kerana cuaca sejuk dan mendengar suara mereka seperti teriakan dalam kesengsaraan. Katanya selimut yang diberi kepada orang utan di situ terlalu kecil untuk menutup seluruh tubuh mereka.
Posted by
Saiful at 9:37 AM
|
|
MELBOURNE – Kanggaroo si peninju yang menyerang seorang perempuan yang berusia 94 tahun di Queensland telah dihukum dengan suntikan hingga mati.
Phyllis Johnson sedang mencuci di halaman belakang rumahnya di Charleville tiba-tiba Seekor kanggaroo tiba-tiba mendatangi dia. Sambil berdiri di dekat Phyllis, haiwan tersebut menerajangnya hingga ia jatuh ke tanah. Kanggaroo itu meninju perempuan tua berkali-kali dan menendang dengan tendangan kuat.
Phyllis dengan susah payah akhirnya berusaha berdiri dan mengambil penyapu. Ia memukul haiwan terkenal di Australia tersebut beberapa kali. Phyllis mampu membuat kanggaroo itu terkejut dan akhirnya lari menyelamatkan diri.
Pihak polis tiba di lokasi kejadian dan berusaha mengusir haiwan itu dengan menggunakan semburan berlada. Para petugas Mergastua dan Taman Negara kemudian dikerahkan untuk menangkap dan membawa haiwan tersebut pergi. Kangaroo itu akhirnya disuntik mati. "Saranan dari doktor haiwan yang memeriksa kanggaroo tersebut supaya menyuntik haiwan itu hingga mati. Ini disebabkan kanggaroo tersebut mengalami stres dan sakit," kata seorang jurucakap Taman Negara. Manakala Phyllis Johnson masih belum pulih dan dirawat di Hospital Charleville.
Apakah hak manusia membunuh kangaroo itu sedangkan ianya binatang yang tidak berakal. Sudahlah disembur semburan pemedih mata berlada, ditangkap, dipenjara dan dihukum dengan suntikan maut. Kanggaroo itu menyerang kerana merasa keselamatannya terancam atau terkejut kerana rasa diganggu.. Berbeza dengan tindakan pihak Polis dan FRU kat Malaysia. Mereka menghalau, menghambat, menyembur air asid, menembak gas pemedih mata, menangkap, menghumban kedalam lokap atas alasan menjaga keselamatan.
Kalaulah binatang yang memukul manusia mereka dihukum dengan suntikan maut kenapa apabila manusia dibunuh mereka dibiarkan begitu sahaja?. Apatah lagi kalau nyawa itu bernama muslim. Apa nilaian harganya apabila umat Palestine dibunuh begitu sahaja. Bagaimana pemuda maupun remaja yang menemui ajal bergelimpangan di Iraq maupun di Afghanistan. Atas alasan menggempur teroris, umat Islam dibunuh di Xinxiang, China maupun di Pakistan.
Kalau kat Malaysia, rakyat masih terpingga-pingga kenapa Althantunya dibunuh? Di C4kan? Siapa yang membunuh? Sudah dihukumkah si pembunuh itu? Pakai suntikan maut ke?
Posted by
Saiful at 6:36 AM
|
|
Perlu ke tindakan sedemikian. Siapa yang berhak membuat pemeriksaan? Para wali ke? Mungkin memalukan tetapi itulah jalan yang perlu diambil untuk menyiasat mereka yang bakal berkahwin benar jantina mereka. Bahkan zaman pelbagai penyakit ini, perlu juga dibuat pemeriksaan… yelah!
Mana tahu kot2 pasangan membawa penyakit berjangkit. Setengah tempat mensyaratkan pasangan bebas daripada HIV kerana dibimbangi jangkitan penyakit aids. Kalau tak pun… tersalah jantina… sama sejenis?
GOWA - Wa Ode Nurmalasari, warga daerah Gowa, Sulawesi Selatan, menyesal telah menjalani pernikahan dengan Jonathan @ Jonny kerana tanpa disadari telah hidup bersama sesama jenis selama dua tahun.
Ketika ditanya semasa ditahan pihak polis, Jonny mengatakan telah menikah tahun 2009 dan telah membina rumah tangga selama dua tahun. "Hubungan yang saya lakukannya dengan istri saya hanya sekadar menyentuh tubuh bagian atas. Saya tidak pernah berhubungan badan apalagi memakai alat bantu," ungkapnya.
Terbongkarnya identiti Jonny, ketika beliau hendak berkahwin lagi dengan seorang perempuan muda asal Gowa. Awal berkenalan melalui SMS dengan mengaku sebagai seorang pengawal keselamatan swasta.
Ayah perempuan itu, Syamsuddin mengaku, awalnya mereka mempercayai Jonny orang baik-baik dan bersetuju untuk mengahwinkan Jonny dengan putrinya. Tetapi setelah mendengar beberapa maklumat dan timbulnya kecurigaan dari beberapa keluarga terdekat lalu Syamsuddin memutuskan melakukan pemeriksaan.
"Awalnya tidak percaya, lalu ketika dia datang ke rumah dan terus memaksanya dengan memasukkannya ke dalam bilik untuk diperiksa ternyata betul dia perempuan," ucap Syamsuddin.
Isteri Jonny, Wa Ode Nurmalasari menyatakan tidak percaya atas apa yang dialaminya, ternyata beliau berkahwin sesama jenis. Pun begitu, Ia sempat curiga atas tingkah laku suaminya yang tidak pernah mau menunjukkan alat kelaminnya. "Dia merasa kurang senang kalau disentuh dadanya, tetap saya menjalani kehidupan meskipun ada rasa curiga. Dan saya masih lagi tidak percaya kalau suami saya itu ternyata seorang perempuan," ujarnya.
Ketua unit siasatan Polis Gowa, Ipda Hambali mengatakan, Jonny disabitkan kesalahan akta 266 tentang pemalsuan identiti. "Kami menahan beliau kerana melanggar pemalsuan identiti, " tegasnya.
Adakah perlu bakal suami atau isteri dibuat spot-chek alat kelamin mereka. Yelah… zaman pembedahan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki. Dengan bayaran mereka menukar alat kelamin mereka. Orang ramai tertipu dengan aksi mereka sehingga sanggup mengahwini mereka tetapi rupa-rupanya sama sejenis.
Dunia udah nak kiamat. Baru-baru ini seorang lelaki di Kuala Terengganu iaitu Mohd Ashraf Hafiz bin Abdul Aziz telah ditolak . mahkamah permohonannya untuk menukar kad pengenalannya yang mencatatkannya lelaki apabila beliau telah membuat pembedahan jantina. Kalau tengok kepada fizikalnya… dengan berjilbab, Fuhh!!! Memang perempuanlah. Sesuai sangatlah buat bini… tetapi rupanya jantan!.
Berhati-hatilah saudara. Nampak smart, jujur. Slogannya bersih, cekap, amanah. Rupanya kaki rasuah, penipu dan songlap hak rakyat!!!. penasihatnya APCO Yahudi. Macam tu nak buat pemimpin? Bawak banyak2lah mengucap.
Posted by
Saiful at 11:36 AM
|
|
Antara Terkepit & Tersepit. Nabi dah pesan, orang mukmin jangan dipatut dua kali dalam satu lubang. Dah berbuih diberi pesanan agar ulama menjauhi Parti Sekular Umno, tetapi sebahagian ulama muda kononnya nak buat transpornmasi dalam Umno.
Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno adalah usaha membaiki dari dalam Umno. Tapi apa yang Anwar dapat. Mata Lebam!. Ketika ulama menyertai Umno untuk menentang Malayan Union tetapi apa yang ulama dapat? Loteri Kebajikan!
Ketika Ulama Muda dengan beberapa pimpinannya yang menghadapi tekanan akibat mengajar tanpa tauliah termasuk perbicaraan di Negeri Sembilan. Tersepit dengan tekanan undang-undang itu mereka akhirnya didesak agar masuk Umno. Dan selepas itu nampaknya isu tersebut sudah reda. Tetapi kini, nampaknya isu itu bergolak kembali. Mereka terkepit pula dengan isu keganasan dan teroris pula. Ahak!.. terlepas mulut harimau, masuk ke mulut buaya. Sudah lama diingat bahwa Umno bukan tempat untuk berteduh! Apalah faedahnya menabur jasa kepada Umno.. kain terlepas, tangan terkena tahik.
Jalan yang terbaik buat Ulama muda Umno ialah keluar dari Umno beramai-ramai menyertai Pakatan Rakyat dan bersama-sama berani menumbangkan kerajaan zalim Umno-BN ini. Jangan dok ingat sangat kat ‘sampul’ tu. Selamat berjuang wahai Ulama Muda!!!
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama."Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.Selain Asri, seramai 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.Sehubungan itu, Asri berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.“Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.“Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno,” kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini.
Posted by
Saiful at 9:29 AM
|
|
Era 80-90an, Semasa penulis belajar di Egypt dahulu, kebanyakan mek-mek arab ni muka cun melecun. Hidung mancung, alis lentik dengan pipi yang gebu-gebu. Body sedap mata memandang. Biasanya sebelum kahwin. Solid molid. Tetapi lepas kahwin… fuyooo!!! Alhamdulillah. Macam tong drum.
Lelaki arab pun lebih meminati awek yang gemuk-gemuk. Apabila ditanya kepada sang lelaki, kenapa mereka minat kepada yang gemuk-gemuk ni, antara jawapannya adalah… sedap peluk. Sesuai dijadikan ibu untuk anak-anak mereka. Gemuk tanda sihat dan lambang kekayaan. Bahkan kalau lepas kahwin makin gemuk dianggap suami memberi cukup makan. Ianya menjadi kebanggaan.
Tapi kini, kalau diperhatikan di Negara Arab, telah menular budaya barat. Mereka sudah berpakaian ala barat. Mereka memilih untuk berseluar jeans yang ketat dan seksi. Ini mendorong mereka untuk memiliki pinggang yang ramping sebab takde saiz seluar buat mereka. Jadi macam buah labu. Nampaknya ada perubahan baru dari segi citarasa berpakaian, perubahan pemikiran dan gaya tubuh-badan.
Bagaimana dengan kajian ini?
TENNESSEE: Kajian dapati lelaki puas hati jika pasangan jaga badan. Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan.Hasil kajian terbabit disiarkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science bagi bulan ini.“Wanita dalam masyarakat sekarang menghadapi banyak tekanan untuk memiliki badan kecil, sesuatu yang jarang dimiliki,” kata Andrea Meltzer, seorang calon profesor di Universiti Tennessee yang juga ketua penyelidikan itu.“Mesej utama kajian kami adalah wanita sebarang saiz gembira dengan hubungan mereka dengan pasangan yang secocok. Ia berat relatif bukannya mutlak. Ini bukan bermakna mereka perlu menjadi lebih kecil.”“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan. Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenai.Adakah benar rasa tidak puas hati menjadikan seseorang perempuan itu gemuk? Kalau dilihat dengan Rosmah, apa lagi yang beliau tidak puas-hati? Semua sudah dimiliki… Pangkat, kuasa, harta, wajah yang comel, permata, cincin, gelang…. Hah!!! Nak apa lagi. Semua dah dimiliki.
Apakah lelaki tidak puas-hati bila pasangannya menjadi gemuk? Adakah PM lebih meminati yang ramping dan kurus murus. Yang itu kita tak tahu. Kena Tanya PM kitalah tentang citarasa ini. Apapun isu Altantunya nampaknya kemabali timbul. Macam kapal selam Scorphene ni… sekejap tenggelam.. sekejap timbul. Bergilir-gilir dengan isu Anwar Ibrahim. Sekejap ada, sekejap takde. Sekejap naik, sekejap turun.
Agak-agaknya selepas PRU 13… Siapa yang naik, siapa yang turun?
Posted by
Saiful at 12:10 AM
|
|
Ketika keinginan membuak-buak pimpinan Umno-BN untuk meluluskan judi bola sebelum ini terhalang akibat desakan dan bantahan orang-ramai yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Mereka tahu dengan kelulusan itu nescaya duit persiapan Umno-BN untuk pilihanraya terdekat ini dijangka selesai. Malangnya apabila hasrat terbatal. Apatah lagi rakyat berarak ke rumah Timbalan Menteri Kewangan di Bachok iaitu Datuk Awang Adek yang dikatakan orang yang turut sama melibatkan diri dalam kelulusan judi bola.
Mungkin Umno berdendam dengan Pas Kelantan. Apatah lagi Kerajaan Kelantan telah mengaramkan premis perjudian beroperasi dinegeri Kelantan sejak 1990 dan di Terengganu pada tahun 1999. Para kroni dan cukong rangkaian perjudian mengalami kerugian kerana tidak berpeluang dihalalkan perniagaan mereka kepada rakyat negeri tersebut.
Hari ini mungkin pihak Umno boleh menarik nafas lega apabila beberapa orang cina yang dibelakangi parti kompenan Barisan Nasional iaitu MCA, telah menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana diharamkan premis judi di Kelantan. Samalah juga dengan isu pusat hiburan di Kedah yang didalangi oleh BN iaitu melalui MCA dan Gerakan yang membantah larangan pusat hiburan beroperasi dibulan Ramadhan.
Mungkin Umno rasa gembira kerana negeri Melaka yang dipimpin oleh Umno iaitu Ali Rustam pula telah melanjutkan tempoh operasi Puat Hiburan dari jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.
KOTA BHARU, 21 Julai:
Tanpa rasa syak lagi Kelantan kemungkinan besar kembali ke era lama sekiranya Umno diberi mandat semula mentadbir negeri ini. Premis-premis judi dan loteri seperti wujud sebelum 1990 dijangka muncul semula serupa negeri-negeri lain sekarang.Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kemungkinan itu tidak dapat dinafi memandangkan parti kompenan Barisan Nasional (BN), MCA dilihat berada di sebalik tiga individu menyaman kerajaan Kelantan dalam isu pengharaman premis judi.Katanya, kehadiran anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difail menggambarkan penglibatan parti kompenan BN dalam kes menyaman kerajaan negeri.“Ini sebagai satu petanda Umno pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan perjuangan untuk membela agama Islam dan umat Melayu. Mengapa dalam isu ini Umno tidak bersuara, bahkan mungkin merestui tindakan yang dilakukan MCA tersebut,” katanya di sini.Akhbar hari ini melaporkan tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 mengemukakan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi. Saman itu difail di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dinamakan sebagai defendan. Salinan writ saman terbabit diserah seorang pemimpin MCA kepada media semalam.Malah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Kelantan kerana melarang premis perjudian.Apapun kita ucap terimakasih… kerana langkah yang diambil oleh BN Kelantan itu akan makan tuan. Nampak sangat dendam mereka terhadap pengharaman judi. Yelahh… nadi Umno sendiri pun berdenyut dengan hasil judi sejak awal ia ditubuhkan dengan meluluskan judi ‘loteri kebajikan’.
Rakyat Kelantan yang berlatarbelakangkan agama dan ramainya tokoh-tokoh ulama yang mendidik rakyatnya akan menambahkan kebencian mereka terhadap Umno dan member modal kepada Pas untuk mengajak rakyat agar tidak bersekongkol dengan Umno-BN. Isu saman kes judi ini samalah dengan zaid Ibrahim yang saman hukum hudud di Kelantan. Kerja orang jahil dan kerja orang bodoh.
Posted by
Saiful at 9:10 AM
|
|
Macam takde tokoh lain ke? Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang nak dihormati menawarkan anugerah kepada tokoh yang tak ada pendirian seperti Ibrahim Ali. Seorang tokoh politik katak yang anugerah ‘Datuk’ beliau juga ditarik oleh istana Kelantan. Bahkan terkenal dengan politik lompat dari Umno-BN ke Semangat 46, melompat ke PAS dan menjadi Bebas.
Apalah sangat ketokohan perjuangan melayunya sehingga nak diberi anugerah khas melayu. Apakah Umno dah ketandusan tokoh sejak Dato Onn sehingga sekarang? Atau memang UiTM dah jadi university cap ‘kangkung’. Adakah tokoh seperti ini yang nak dijadikan idola oleh bangsa melayu. Tokoh tin kosong, yang kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan tahi. Diharap janganlah memalukan UiTM sampai ketahap itu.
Kalau begitulah tahapnya, apakah mungkin UnisZA pulak menawarkan Anugerah Mat Said kerana meluluskan peruntukan bagi membuat kajian untuk keluarkan ‘Ubi Gadong chips’. Adakah siapa sahaja boleh diterima oleh IPTA untuk member anugerah. Asalkan ada duit boleh saja? Adakah UiTM takde duit sangat ke? Janganlah dicemarkan nama UiTM yang gah itu ataupun memalitkan arang dimuka para pensyarah yang bijak pandai di Universiti tersebut.
UiTM tawar Anugerah Ibrahim Ali untuk pelajarSebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri.Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak. Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi beberapa kriteria yang ditetapkan beliau.
Posted by
Saiful at 7:46 AM
|
|
Binatang yang disebut dalam al-Quran sebagai tanda kekuasaan Allah dan sepanjang sejarah telah terlalu banyak berbakti kepada manusia kini menghadapi ancaman atas tuduhan kerana kentut unta boleh merosakkan dan membawa kepada pencemaran alam. Perhimpunan ilmuwan tentang unta di dunia, pada Isnin 7 Julai dengan geram menghentam balik rencana Australia untuk membunuh unta liar dengan alasan “gas di dalam perut haiwan itu menambahkan pemanasan global”.
Gagasan tersebut “palsu dan dungu … penyimpangan ilmu pengetahuan, demikian kata International Society of Camelid Research and Development (ISOCARD),
Kelompok ilmuwan itu mengatakan unta dijadikan “kambing hitam” untuk masalah yang dibuat manusia.
Saranan untuk membunuh unta dicadangkan di dalam dokumen yang diberikan oleh Department of Climate Change and Energy Efficiency di Australia, sebagai cadangan untuk mengurangi penyebaran karbon di negeri tersebut.
Sekarang jumlah unta di Australia adalah 1.2 juta ekor dan setiap unta, menurut mereka sama dengan satu ton karbon dioksida (CO2), gas utama penyebab pemanasan global, setiap tahun. Northwest Carbon menyatakan organisasi tersebut akan menembak unta dari helikopter.
Tetapi ISOCARD, perhimpunan dengan lebih dari 300 pengkaji yang bermarkas di al Ain University di Uni Emirat Arab (UAE), menyatakan perhitungan itu tak masuk akal.
“Efisiensi metabolis dari unta jauh lebih tinggi dibandingkan yang dihasilkan ternak lain … unta dapat menghasilkan susu 20 peratus lebih banyak dengan mengkonsumsi makanan 20 peratus lebih sedikit. Haiwan tersebut memiliki sistem pencernaan berbeda dan lebih efisien dalam pemanfaatan bahan kasar yang berkualiti rendah,” kata organisasi ilmuwan tersebut.
Selain itu, flora bakteri usus unta berarti pencernaan hewan itu lebih dekat dengan hewan monogasterik, seperti babi, dan bukan seperti lembu atau kambing, kata ISOCARD.n
Samalah apabila pendedahan cincin berlian Rosmah Mansor yang bernilai USD24 juta (73 Ringgit Malaysia). Darimana duit itu diperolehi dan kenapa terlepas membayar cukai? Lalu pelbagai media memberi alasan bahawa ianya hasil tabungan Rosmah Mansor sejak kecil. Betul ke? Beliau menabung 40,000 ringgit sebulan sejak tahun 1961 sehingga kini bagi mencukupkan 73j untuk membeli sebentuk cincin tersebut. Takkan tak belanja membeli barangan lain? Gelang beliau berapa harga? Kasut, pakaian, belanja anak-anak termasuklah bra & underware beliau????
Boleh terima akal ke? Senak perut memikirkan. Seolah-olah kita ni masih hidup dizaman perang Jepun. Agak-agaknya macam kenyataan kentut unta menjadi akibat pemasan global le yek??? Tapi bagi orang Umno-BN tetap percaya 100%. Itukan alasan Rosmah Mansor. Itukan Ummu Umnowiyen macam Ummu mukmininlah bagi mereka.