Belasungkawa: Harap rakyat Terengganu maafkan Datuk Awang Jabar

| | 1 comments

Bekas Ahli Parlimen Dungun, Dato' Awang Jabar, 66, terbunuh apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah Perodua Alza di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tuman, Merchang, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.10 pagi itu, Penasihat Khas Menteri Besar Terengganu yang menaiki Mercedes-Benz dikatakan dalam perjalanan untuk menghadiri program tinjauan mesra Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dungun.

Allahyarham ialah juga bekas Exco kerajaan Terengganu selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi selain pernah menjadi Ahli Parlimen Dungun dan Setiausaha Parlimen di Kementerian Belia dan Sukan.

TPM, Tan Sri Muhyiddin ketika menziarahi jenazah beliau, ia menyifatkan kematian Allahyarham satu kehilangan besar kepada negara. "Arwah adalah sahabat baik saya dan juga sahabat lama saya. (Ini) satu kehilangan sebab arwah dah bagi banyak sumbangan masa jadi Setiausaha Parlimen KBS.
"(Dan) Arwah masih lagi berkhidmat sehingga akhir usia beliau. Ini satu kehilangan besar kepada negara. Saya doakan semoga keluarganya tabah dan rohnya di tempatkan bersama orang beriman," katanya.

Jasa beliau tentunya banyak selaku wakil rakyat Dungun selama empat penggal sejak tahun 1978 hingga 1990 dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995. Apatah lagi jasa beliau terhadap parti Umno.

Tetapi ada jasa beliau yang sentiasa diingat oleh rakyat Terengganu. Ketika Pas memerintah yang dipimpin oleh tokoh ulama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang anak Terengganu beragama Islam dan berbangsa melayu. Tanpa ada dosa & kesalahan akhirnya kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN telah menarik royalti yang menjadi hak kerajaan Terengganu dan rakyatnya yang telah memilih Pas sebagai pemerintah yang sah.

Pada tahun 1975, kerajaan negeri Terengganu menandatangani perjanjian dengan Petronas dan Terengganu akan mendapat royalti 5 % dari hasil minyak yang dikeluarkan. Pada tahun 1987, satu lagi perjanjian ditandatangani antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas dan sekali lagi ditegaskan dengan jelas dalam perjanjian itu, Terengganu akan menerima royalti lima peratus dari Petronas.

Malangnya kerana usul dari Umno Terengganu itu sendiri entah apa sebabnya. Usul penarikan royalti ini telah dibawa oleh Datuk Awang Jabar sendiri, ketua Umno Bahagian Dungun ketika itu didalam perhimpunan Agung Umno pada tahun 2000 di PWTC, Kuala Lumpur.

Saya meyakini, pimpinan Pas yang dipimpin oleh Tuan Guru Presiden serta pimpinan Pas Terengganu yang memikul amanah mentadbir negeri Terengganu ketika itu tidak ralat untuk memaafkan allahyarham. Mereka mempunyai jiwa besar. Sekian lama dididik dan ditarbiyyah dengan tarbiyyah Islamiyyah, nescaya tiada dendam dalam menegakkan perjuangan apatah lagi beliau juga sebagai tokoh agamawan. Tiada musuh individu dalam perjuangan Islam. Apatah lagi kehidupan sentiasa silih berganti kealpaan dan kelupaan.

Beliau juga ada meninggalkan jasa mewakafkan tanah dan menjual murah rumah beliau di Dungun untuk SRABZA (Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin) semasa hidup beliau dan sekolah tersebut menggunakan module Dewan Ulama Pas dan dinaungi oleh Pas Kawasan Dungun hingga sekarang.

Tetapi penarikan royalti ini melibatkan musibah kepada rakyat Terengganu. Anak-anak dan generasi Terengganu.

Biasanya bila ada kematian wakil simati mengumumkan supaya dimaaf atau dihalalkan segala salah dan silap. Jika ada hutang piutang harap dituntut daripada waris si mati. Tetapi bagaimana kalau kesalahan itu melibatkan rakyat. Apakah rakyat memaafkannya? Setiap dosa yang melibatkan manusia perlu mendapat kemaafan manusia sebelum bertemu Allah Swt. pastinya walau tahap mana kekayaan kita, walau tinggi mana pangkat dan kuasa kita dan walau ramai mana anak-anak maupun pengikut kita, pastinya kita akan kembali kepadaNya jua.

Saya mengharapkan rakyat Terengganu memaafkan beliau dan semoga rohnya diterima Allah Swt. Terserahlah kepada rakyat Terengganu.

Read More !

Gambar ISA : dah 1-0... teruskan tuntutan Bersih!

| | 2 comments

Kemenangan pertama selepas daripada beberapa siri kezaliman Umno-BN. Hari ini PM baru mengaku bahawa akta ISA tidak lagi relevan dan ianya sebagai satu kezaliman demi survival politik Umno-BN. Ahli dan pimpinan Pas sudah lama menderitai akta draconian ini. Mereka disumbat dalam tahanan tanpa bicara bahkan syahidnya Ibrahim Libya serta anak muridnya adalah kerana menentang akta ganas dan zalim ini. ia telah memakan beribu-ribu mangsa khususnya mereka yang mengkritik kerajaan dan pemerintah.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Hari ini demi menyambung nyawa politik Umno-BN mereka terpaksa akur desakan rakyat supaya menghapuskan akta zalim tersebut. Sekian lama perjuangan, hari ini baru terasa detik kemanisan. Tanpa perjuangan, penerangan, penentangan bahkan demontrasi terhadap akta tersebut, mungkinhari ini ISA akan sentiasa mencari mangsanya lagi.

Terimakasih kepada para pejuang sekelian, khususnya kepada para peserta demontrasi 1 Ogos 2009. Walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap penentang ISA, tetapi ianya berbaloi.Mungkin nanti 54 tahun akan datang, dalam ilmu sejarah tercatat bahawa Najib adalah hero dalam memerdekakan rakyat daripada akta ISA. Para penentang akta ISA, mereka itulah pengganas seperti Mat Indera. Simpan betul-betul gambar-gambar antara penentang kezaliman dan penyokong kezaliman ISA ini… mungkin keluar dalam soalan SPM mata pelajaran sejarah setengah abad akan datang. Siapa sebenarnya yang gila dan penjilat undang-undang ciptaan penjajah British ini dan siapa yang menentangnya!

54 tahun akan datang... polis yang hentam para pendemo menentang ISA bak polis bukit kepong & para pendemo serta penggerak GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) adalah macam Mat Indera.

Read More !

Antara Sejarah Negara & Israiliyyat Yahudi

| | 0 comments

Nampaknya bercawat gotel Umno-BN mempertahankan sejarah kemerdekaan. Mereka kini terpelusok ke dinding dan terpaksa menayang kembali filem Bukit Kepong arahan OKU Jins Shamsudin. Nasib baik filem Pasir Salak tak siap-siap meskipun duit sudah habis berjuta. Klu tak entah apa pulak cerita Ulama pejuang, Datuk Maharaja Lela nak diputarkannya.

Rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi kini. Mereka kritis terhadap maklumat. Mereka mencari fakta dan kebenaran. Dulu rakyat bleh ditipu, diugut dan dibohongi dengan mudah tetapi tidak zaman bermaklumat alam cyber kini. Dulu kalau sebut Prof, Dr. yang bagitau nescaya mereka akan terlopong dan telan bulat-bulat. Yelah!! Mereka kan golongan ilmuan yang berpengetahuan tetapi kini bila mereka sendiri menjadi penjilat Umno-BN tanpa bukti dan fakta yang jelas. Sekadar menjadi pengampu meskipun menjadi badut sejarah… akhirnya rakyat melabelkan mereka sebagai Prof cap kangkung aje.

Cerita atau kisah maupun sejarah yang disebut sebagai asatir awwalin (cerita orang dahulu-kala) ini sudah disebut dalam kitab maupun dalam al-Quran sendiri bagaimana sikap dan feel perangai orang-orang Yahudi sengaja meminda, menokok tambah maupun membohongi cerita-cerita sejarah lama maupun cerita nabi-nabi dan rasul-rasul dikalangan Bani Israel khususnya. Cerita-cerita Israeliyyat ini kekadang berlegar juga dikalangan umat Islam maupun karangan kitab-kitab ulama yang termasuk penceritaan dikalangan orang-orang Yahudi.

Sikap tercela orang Yahudi yang sanggup meminda hatta kitab yang diturunkan Allah buat Nabi mereka sendiri demi meraih kepentingan duniawi mereka. Ia disebut dalam sebuah hadis:-

أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَيْفَ تَسْأَلُونَ أَهْلَ الْكِتَابِ عَنْ شَيْءٍ وَكِتَابُكُمْ الَّذِي أُنْزِلَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْدَثُ تَقْرَءُونَهُ مَحْضًا لَمْ يُشَبْ وَقَدْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ أَهْلَ الْكِتَابِ بَدَّلُوا كِتَابَ اللَّهِ وَغَيَّرُوهُ وَكَتَبُوا بِأَيْدِيهِمْ الْكِتَابَ وَقَالُوا هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا

Maksudnya: bahwa Ibn Abbas radliyallahu'anhuma berkata, "Bagaimana kalian bertanya ahli kitab padahal kitab kalian yang diturunkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lebih baru kemurniannya dan belum terkotori? Sedang ahlu kitab menceritakan kepada kalian dengan mengubah-ubah kitabullah dan menggantinya, dan mereka tulis alkitab dengan tangannya dan mereka katakan, 'Ini dari sisi Allah' untuk mereka tukar dengan harga yang sedikit,' (riwayat Imam Bukhari)

Ia difirmankan Allah Swt memecahkan tembelang perangai dan sikap orang Yahudi ini yang menyembunyikan fakta sebenar dan sanggup meminda kebenaran demi kepentingan dunia mereka.

أَوَلَا يَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ . وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ إِلَّا أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ . فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ .

77. Tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah mengetahui segala yang mereka sembunyikan dan segala yang mereka nyatakan? 78. Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga. 79. Maka Kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka Kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan Kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan. Surah al-Baqarah :77-79

Kerana itu jangan terasa pelik apa yang dilakukan oleh Umno-BN ini dalam menggelapkan sejarah Negara. Yang pejuang menjadi pengkhianat dan para pengkhianat yang menjadi tali-barut penjajah di gelar pejuang. Perkara telah dilakukan oleh para sejarawan Yahudi dalam menggelapkan cerita serta kisah para anbiya’. Mereka yang benar, amanah dan ma’sum menjadi keji dan jelik oleh orang pendita yahudi.

Habis apa nak heran dengan pemimpin Umno? Mereka sendiri mendapat tarbiyyah daripada bekas penjajah mereka. Akhlak dan budaya hidup mereka serta cara kepimpinan maupun dasar serta teras perjuangan adalah sisa-sisa peningggalan British sendiri. Apatah kini mereka sendiri membayar untuk mendapat khidmat dan nasihat daripada Yahudi Apco-world wide. Dimanalah nak tumpahkan kuah kalau tidak ke nasik?

Yang pelik bin ajaib tu… macamana orang melayu masih sanggup dikencing Umno lagi selepas 54 tahun???

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...