Bau busuk bakal selesai september ini.

| | 0 comments




Bau busuk yg mengganggu penduduk sekitar paka & kerteh dijangka selesai september depan.

Sebentar tadi, Perjumpaan muhibbah telah diadakan oleh Exco yang berkenaan bagi mencari penyelesaian tentang masalah bau yang busuk yang telah dikatakan datang melalui kilang CJ Bio dimana sudah hampir setahun dilalui oleh penduduk Paka & Kerteh.



Hasil dari lawatan Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan alam sekitar, Dr Alias Razak selama hampir 2 jam menemui jalan penyelesaian yang amat baik dengan Pihak pengurusan kilang CJ BIO.

"Kita telah lama menerima beberapa aduan daripada pihak penduduk yang berhampiran tentang masalah pencemaran bau yang busuk ini sejak kita menjadi pembangkang. YB Hanafiah pernah membawa isu ini ke sidang DUN pada 2015 kalau tak silap saya. Namun alhamdulillah, hasil perbincangan kita dengan pihak pengurusan kilang, sudah ada penyelesaiannya" kata Dr Alias.




Pihak Pengurusan kilang berkenaan juga telah memutuskan untuk meningkatkan tahap pengurusan kilang mereka agar pencemaran bau tidak akan berulang lagi.


Hadir sama dlm lawatan tersebut adalah daripada beberapa agensi kerajaan yang berautoriti dalam masalah ini seperti JAS, JKKKP, Wakil Kementerian Kesihatan, JKKK dan wakil penduduk yang berhampiran.




Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri yang diterajui PAS dalam menyelesaikan masalah rakyat secara holistik dan dalam masa yang sama berbincang untuk meningkatkan lagi kualiti mutu spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh pihak pengilang.

Read More !

Kerajaan PAS Terengganu komited memperkasakan Institusi Tahfiz dan pondok

| | 0 comments


Kerajaan PAS Terengganu komited akan menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya lalu termasuk memperkasakan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini.


Justeru menurutnya, bidang pendidikan merupakan aset penting bukan liabiliti kepada sesebuah negara. 

"Oleh itu, PAS yang menerajui Kerajaan Terengganu akan terus membawa agenda perjuangan ini terutama dalam bidang pendidikan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. 

Beberapa penambah baikkan termasuk kandungan sukatan pelajaran akan dilaksanakan bagi memastikan kualiti mereka lulusan sekolah Pondok & tahfiz berada di tahap yang amat baik bersesuaian dengan permintaan rakyat yang menginginkan hubung jalin antara dunia dan akhirat.

"Yakni memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariat serta menjadikannya panduan berpolitik dan bernegara," 

Read More !

PAS kaji projek dilaksanakan BN di Terengganu

| | 0 comments


PAS tidak akan menghentikan projek pembangunan yang sedang dan sudah dilaksanakan Barisan Nasional (BN) di Terengganu, namun ia bergantung kepada keperluan serta implikasi kewangan terhadap kerajaan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata PAS akan membentuk jawatankuasa khas bagi mengkaji keseluruhan projek berkenaan.
"Kita akan membuat audit dan membentuk jawatankuasa dianggotai pakar yang bersesuaian untuk melakukan penilaian terhadap keseluruhan projek.
"Tentu sahaja ada projek itu yang sudah dan hampir siap. Namun, jawatankuasa dibentuk akan menilai dari segi keperluan ia disiapkan dan implikasi kewangan terhadap kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata, sekiranya PAS mendapati ada projek berkenaan yang memerlukan penambahbaikan, ia akan dilakukan.
"Kita mahu setiap projek ini tidak membebankan kerajaan negeri dan mampu memberi limpahan ekonomi atau hasil kepada rakyat," katanya.
PAS merampas semula Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila memenangi 22 kerusi DUN dipertandingkan berbanding BN yang hanya memperoleh 10 kerusi.

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...