Wajah Manusia Gila Alaf Mellinium!

| | 1 comments

Dunia ni banyak orang jenis gilanya. Macam-macam adaaa… yang terbaru apabila seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat. Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer. Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet. Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari. Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Sebelum ini Dennis Hope seorang warga California telah mendakwa memiliki keseluruhan bulan pada tahun 1980. Beliau sebelum 1980 merupakan seorang yang tiada pekerjaan, bercerai dan diistiharkan muflis tetapi kini Hope, 55 telah membuka Pejabat Kedutaan Bulan di Gardnerville, califaornia. Beliau juga menjual hartanah bulan. Dengan harga USD 19.99 termasuk cukai USD 1.51 Lunat tax anda telah boleh membeli seeker tanah di Bulan. Hope akan mengeluarkan geran akuan pembelian. Jika anda tak bersetuju duit akan dipulangkan kembali dalam tempoh 30 hari. Beliau dijangka memiliki USD 6juta hasil jualan tanah di bulan tersebut.


Di Geneva, Ohio. Donald Miles, 76 menunjukkan dokumen akuan deklarasi bahawa beliau juga merupakan tuan milik bulan yang diakui oleh Bandar Geneva sejak 12 April 1966 yang pernah dibuat majlis sambutan di Auditorium Geneva High school of Geneva.

Manusia ni macam kerengga di buah nangka. Dia tak tanam pun, dok merayap kata tanah, kat batang, daun dan buah. Bila buah masak, datang tuan nak petik lalu digigit tuan nangka kerana seolah-olah menganggu nangka miliknya. Tuan nangka cantas tangkai dan jatuh tergolek buah nangka atas atas tetimpa atas kerengga… penyek kerengga.. mampus saje aje.. Sama jenis manusia hari ini. Baru lahir dua-tiga hari.. alih-alih mengaku tuan tanah matahari dan bulan. Dah le tak pernah pi sekali pun.. mengaku aje. Siap jual lagi. Yang heran tu.. ada juga manusia yang pi beli tu.

Yelah… dunia dah dihujung usia… gelak melihat gelagak manusia-manusia gila ni… nanti ada yang dakwa miliki syurga, neraka pulak?... kacau-kacau!

Read More !

Gambar kubur 4 darjat: Antara Halal & Haram

| | 5 comments

Apabila media mempamerkan gambar kubur kontroversi sebuah kubur di Tanah perkuburan Islam di Kampung Kajang Sebidang, daerah Tumpat telah mencetuskan tanda-tanya dikalangan penduduk. Pihak Pejabat Agama islam Daerah Tumpat telah mengarahkan binaan diatas kubur tersebut diruntuhkan.

"Imam kampung ini beritahu saya, dia terima panggilan telefon daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat pada pagi Ahad lalu mengarahkan saya merobohkan bahagian bumbung pondok tersebut tetapi saya mengambil keputusan merobohkan semuanya," kata Zuber 60 ketika ditemui wartawan di rumahnya.

Tambahnya, keputusan itu dibuat secara spontan kerana beliau tidak pernah menjadikan kubur tersebut sebagai tempat untuk berubat dan pemujaan. Jelas beliau, selepas menerima nasihat daripada imam kira-kira pukul 9 pagi Ahad lalu, beliau bersama anak-anaknya telah merobohkan pondok yang dibina dengan harga kira-kira RM1,000 itu yang beratapkan nipah, berpagar batu serta dihiasi jubin.

Menurutnya, berikutan cerita mengenai kubur tersebut yang kini menjadi bualan ramai selepas laporan yang disiarkan oleh media, beliau dan ahli keluarga bertindak merobohkan semua binaan di atas kubur itu.

"Saya tidak berasa sedih dan terkilan atau berat hati untuk merobohnya kerana ketika saya mula membinanya dulu pun, ia dibina tanpa ada apa-apa niat selain hanya sebagai tanda ingatan serta kasih saya dan keluarga terhadap arwah bapa. Saya orang Islam, saya ada agama. Saya tahu yang mana halal dan yang mana haram. Jangan cakap sebarangan kalau tidak ada bukti, itu fitnah dan fitnah itu berdosa."

Merujuk kepada berita tersebut, Penulis pun bersetuju dengan tindakan Pejabat Agama Tumpat dan juga tindakan relahati yang dilakukan oleh Pak Zuber. Ini didasarkan dengan hadis Rasulullah Saw yang jelas :
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر ،وأن يقعد عليه،وأن يبى عليه
“Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya”. Riwayat Muslim.

Dari Abdullah bin Hasanah berkata: Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur. Maka dikatakan kepadanya: Ini kubur Ummu Amr binti Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan (tanah di atas kubur tersebut). (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam (المصنف) 4/138. Abu Zarah dalam (تاريخه) 2/66, 2/121. Sanadnya sahih dari Abdullah. Dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam (الجرح والتعديل) 3/81-82.)
Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. Riwayat Muslim, Abu Daud, an-Nasaii, at-Turmizi, al-Bahaiqi dan Ahmad.

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:
Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang sedemikian.
Berkata Imam al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.

Berkata imam Syafei: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”Katanya lagi: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”
Imam as-Syafie juga berfatwa: Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.
Imam al-Nawawi rh. berkata : Makruh : mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur. Haram : Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah atau waqaf) maka hendaklah dimusnahkan” (Minhaj al-Thalibin, ms 360). Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian…. Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].

Kubur orang awam umat Islam

Kubur 10,000 sahabat di Baqi’
Perkuburan di Ma’la Mekkah.

Kubur para sahabat yang dimuliakan Allah Swt biasa aje.. Kita yang tak tahu entah dimana ni lebih-lebih pulak. Bagaimana mutakhir kini, bermacam-macam jenis kubur dikalangan masyarakat melayu kita sendiri. Adakah ia dipengaruhi kubur-kubur cina atau bagaimana? Seperti gambar dibawah ini..

Kubur-kubur orang berdarjat ke?

Apabila mati didarat mereka bina kubur-kubur macam tu. bagaimana kalau mati ditengah laut? dimana mereka nak binakan kubur? Adakah mereka meniru daripada kubur-kubur pemimpin negara kita seperti maqam pahlawan?


Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Howard Ashley tahun 1965. Disitu dikebumikan Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn & Tun Ghaffar baba. Terbaru apabila peruntukan bagi membina Makam Pahlawan baru di Ibu Negara diperuntukkan lebih RM70juta??? Duit ini duit persendiriankah? Atau duit rakyat? Duit pembayar cukai?. Yang telah sedia ada tak mencukupi. Makam sedia ada itu mungkin tak cukup untuk pemimpin yang sedia ada untuk meninggal nanti.. Ataau kita ingin menghambat maqam pemimpin dunia yang membena kemercuan dunia meskipun dicela agama?


Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua danyang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.


Makam Maussollos di Halicarnassus (kini Bodrum, Turki) merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabernur) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius. Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat. Antipater dari Sidon telah memasukkannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia. Makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM

Bagaimana dengan makam ini? Apa kata mufti dan ulama. Apa tindakan Pejabat agama?

Makam DiRaja Lama Jugra


Makam Diraja Johor
Makam Diraja Perak di Kuala kangsar
Maqam Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan


Taj mahal

Adakah kita ingin membina makam untuk mengebumikan jenazah kita diatas airmata rakyat atau kekayaan dari hasil mahsul rakyat. Seperti makam gah taj Mahal???


Antara 7 ajaib didunia yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dengan tenaga 20,000 pekerja selama 22 tahun. Meskipun ia hebat tetapi ia dibina diatas airmata rakyat. Bahkan dikatakan dicungkil mata perekanya iaitu Ahmad agar beliau tidak mampu mereka maqam seperti itu selain Taj mahal.

Semoga ia menjadi muhasabah kepada kita semua. Bahawa kita semua akan fana' dan binaasa dan akan kembali kepada tanah sebagaimana kita diciptakan. Bahkan semua kita akan dipersoalkan Allah dihari akhirat kelak. Janganlah undang-undang seperti sarang labah-labah. Rakyat marhaen kena... yang besar dan berkuasa, koyak rabak sarang labah-labah itu

Read More !

Umno nak Meng"OKU"kan Mat Rempit. Berjayakah?

| | 0 comments

Selepas pertemuan dalam majlis perjumpaan Bersama Anggota Keselamatan di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu yang turut hadir ialah Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.

Golongan nelayan pula dikerahkan untuk mendengar MB Mat Said berkempen. Golongan nelayan di negeri ini yang masih di kategorikan golongan miskin. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri prihatin dengan nasib golongan nelayan yang kebanyakan masih dikategorikan miskin.

Sedangkan hakikat sebenarnya Umno-BN lebih suka golongan ini berterusan miskin kerana mereka akan sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan kerajaan dan disitu mereka akan menjadi penyokong tegar Umno.

MB berleter agar para nelayan mengurangkan sikap gemar bergantung kepada hasil laut sekiranya serius ingin menaiktaraf ekonomi keluarga dengan mencari pekerjaan sampingan seperti berniaga kecil-kecilan dan bercucuk tanam. Pendekatan ini secara tidak langsung boleh menambah pendapatan sedia ada.

Sedangkan nelayan di Terengganu masih lagi tidak berganjak status mereka seperti berpuluh tahun dahulu. Yelah… sebagai umpan politik. Beri bantuan agar mereka berada dalam kepompong kemiskinan buat selamanya. Tidak ada tindakan yang bersungguh-sungguh untuk membebaskan mereka sebagai rakyat yang berada dinegeri minyak yang berpendapatan tinggi. Kebanyakan mereka mendiami rumah diatas tanah milik orang lain. Ketika Pas menganugerahkan tanah buat para nelayan ini, tetapi Umno setelah berkuasa merampasnya kembali. Macamana nak bebaskan mereka?

Sebahagian daripada nelayan seluruh Terengganu yang hadir pada majlis Menteri Besar berrsama Warga Nelayan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

Mereka diberi naik bas percuma dan duit Rm60 untuk dibawa ke wisma darul Iman dari seluruh daerah untuk program politik dengan mengguna pakai peruntukan kerajaan. Kini golongan muda bermotor pula menjadi sasarannya. Perjumpaan yang bakal di hadiri PM Najib dengan minyak motor percuma, sehelai T-Shirt, duit umpan & topi keledar sebijik seorang dengan mensasarkan seribu pemuda satu dun.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata 32,000 orang belia dari seluruh Terengganu akan menghadiri majlis itu. Pada majlis itu, remaja yang mempunyai lesen memandu akan didaftar sebagai ahli kelab berkenaan, yang ditaja oleh kerajaan negeri bertujuan menjauhkan remaja daripada gejala merempit. Ahmad berkata kerajaan negeri telah merangka beberapa program untuk ahli kelab itu termasuk konvoi bermotosikal dari daerah ke daerah tahun depan selain majlis ceramah.

"Masalah mat rempit di Terengganu sejak kebelakangan ini amat membimbangkan dan kerajaan negeri sedang berusaha untuk mengatasi masalah itu," katanya di Kuala Terengganu, kelmarin.

Peruntukan kerajaan kononnya untuk menyelesaikan permasalahan rempit, tetapi adalah rally Umno dan dalam masa yang sama demi survival politiknya bagi mengekalkan pengaruh politik beliau untuk meraih kepercayaan PM Najib.

Selepas Nelayan, Tentera, Orang Muda, nampaknya ramai lagi golongan yang akan diperalatkan untuk di OKU (orang kuat Umno)kan. Mungkin selepas ini peneroka pulak diusung ke wisma. Banyak peruntukan kerajaan negeri akan habis dibelanjakan untuk agenda politik dan projek segera bagi kroni2 Mat Said sempena tarikh-tarikh hampirnya pilihanraya ini.

Setelah Pas Terengganu bersama pemudanya berjaya menarik generasi muda dengan program 'Orang Muda Geng Kite' serta penubuhan Kelab Motor ARC (Alternatif Racing Club), kini Umno akan menubuhkan Kelab Motor Okunya!

Faktor kemenangan pilihanraya akan datang ditentukan oleh kuasa undi orang muda. Umno sebagai parti yang sudah lama memerintah dirasakan mula sudah tidak relevan. Umno bimbang kerana ramai orang mude bersama-sama pembangkang dalam beberapa siri pilihanraya. Kini mereka mula melabur umpan untuk menjadikan pemuda bersama Umno. Dengan dana remaja, kursus dan kem remaja, lawatan dan rombongan tajaan Umno dan pelbagai program yang dianjurkan oleh Umno dengan menggunakan dana kerajaan, hasil mahsul rakyat negeri Terengganu, tetapi berjayakan kerajaan Umno pimpinan Mat Said untuk meng'OKU'kan para pemuda ini?

Read More !

Pendendamnya Mahathir... Menangis pulak Mat Said?

| | 0 comments

Ketika mengulas kelmaren dalam isu jambatan baru dari Johor ke Singapura yang disebut semula oleh Sultan Johor, Tun Mahathir berkata: “Tidak ada sebab kita tidak boleh meneruskan projek ini, cuma apa yang berlaku ialah (bekas Perdana Menteri), Tun Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan untuk menghentikan pembinaan jambatan ini. “Kononnya supaya dapat dirunding semula dengan Singapura, selama dua tahun berlalu namun rundingan tidak berjaya,” katanya .

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraannya yang ke-52 pada 22 November lalu mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan cadangan pembinaan jambatan baru itu perlu dikaji secara terperinci kerana ia memberi banyak implikasi dalam beberapa aspek termasuk perundangan dan kos. Model ‘jambatan bengkok’ yang dicadangkan sewaktu pemerintahan Dr. Mahathir ialah jambatan yang dibina secara bersendirian oleh Malaysia dan bersambung semula di atas Tambak Johor kira-kira 20 meter daripada sempadan Singapura selain membolehkan kapal melalui Selat Tebrau.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, rundingan yang dilakukan oleh Abdullah adalah berkaitan sama ada Singapura mahu membina sebuah jambatan yang lurus dan bukannya berkaitan ‘jambatan bengkok’.
Bagaimanapun kerana Singapura meminta hak penerbangan jet pejuang di ruang angkasa Johor di samping bekalan pasir sebanyak 1 bilion kubik meter dalam tempoh 20 tahun, Malaysia terpaksa menarik diri.
Katanya, yang memelikkan adalah projek ‘jambatan bengkok’ turut dihentikan dengan alasan ia tidak dipersetujui oleh rakyat Johor sehingga membangkitkan kemarahan mereka dan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan enam kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada pilihan raya umum 2008.

“Kerana marah itu sokongan mereka kepada BN merosot, ada kawasan yang dulu menang majoriti 13,000 tinggal 2,000 undi dan ada kawasan yang kalah terus. “Saya yakin kalau jambatan ini dibangunkan ia akan mengembalikan sokongan rakyat Johor kepada BN,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mahathir berkata, beliau telah bertemu dengan Sultan Ibrahim dan baginda menunjukkan kesungguhannya untuk merealisasikan pembinaan jambatan baru itu. “Baginda akan menulis (surat), saya fikir kepada kerajaan untuk membuat cadangan bagaimana nak membina jambatan itu jika Kerajaan Pusat tidak ada duit,” katanya.

Sekali tengok begitulah sikap Dr Mahathir yang amat pendendam terhadap pembantunya sendiri. Ketika beliau menganyang Anwar Ibrahim tanpa ampun dan dapat disaksikan sikap beliau sehingga kini. Apabila beliau membenci Pak Lah, begitu sekali serangannya meskipun Pak Lah sudah tidak menjadi PM. Macam si penjual daging. Dah sembelih, lapah kulit, siat daging, ketuk tulang biar sampai boleh buat sop!!!....

Nak kata nyanyuk, kan berasa hati puak-puak UMNO. Atau mungkin Mahathir pernah menghadapi apa-apa krisis jiwa atau trauma semasa kecilnya? Kalau dilihat kepada nafsu ammarahnya amat tidak munasabah dengan faktor umurnya. Dan kalau kita bertanya dengan mereka yang biasa berurusan dengan Tun Mahathir semasa beliau ditampuk kuasa khususnya dibalik tabir, mereka cukup mengenali sifat dan sikap Mahathir. Mungkin juga itulah sebab beliau menjadi PM yang paling lama berkuasa.

Dengan umur dan usia beliau itu sepatutnya.. menyibukkanlah diri beliau dengan ibadah dan bertaubat. Serahlah kepimpinan muda UMNO untuk meneruskan perjuangan mereka. Atau beliau tidak percaya pula dengan kepimpinan Najib? Atau beliau nak memastikan supaya legasi beliau diteruskan pula kepada anak-anak beliau pula.

Dilihat kini beliau kembali ligat semula diarena politik dan kuasa. Tiada istilah pencen buat beliau. Bahkan kini beliau dilihat berkempen ke seluruh Negara. Nampak macam beliau nak jadi PM semula aje lagaknya. Atau ingin berlumba dengan Rosmah?

Mungkin beliau masih lagi kemaruk kuasa. Nak menunjukkan kepada mereka yang pernah menghinanya dulu diawal beliau meletak jawatan sebagai PM. Yelah… dalam UMNO ni kalau kamu tiada kuasa… siapalah nak hormat kamu? Mahathir taknak jadi macam Wan Mokhtar di Terengganu. Bekas MB tetapi dilupakan oleh orang UMNO sendiri. Kalau tak takkan lah Mat Said menangis ketika program Mahathir ke Kemaman baru-baru ini... biasalah air mata boye agar Mahathir nasihatlah Najib tu agar kekalkan beliau sebagai MB Terengganu...??? Kenapa??? ye memang ada isu terkini... MB Terengganu di hujung tanduk!!! Mungkin kalau ada yang menangis menagihkan simpati... itu menyegarkan emosi politikus seperti Mahathir? Adakah Anwar dan Pak Lah tak pernah menangis atau merayu kepada Mahathir??? Sebab itu kah Mahathir yang dendan sangat kepada Anwar dan Pak Lah ini? Sepatutnya tanyakah MP Pasir Mas. Ibrahim Ali amat pakar dalam bidang ini.

Dalam kes pembinaan pakej jambatan bengkok dan jambatan kereta api sebanyak RM1.113 bilion diperuntukkan. Projek diluluskan dizaman Mahathir itu untuk menggantikan tambak Johor bagi menghubungkan Singapura dengan pembinaan jambatan yang tingginya 24 meter dari paras air. Projek Gerbang Selatan Bersepadu itu mendapat tarikh milik tapak bagi kedua-dua pakej ialah pada 1 Januari 2003, tetapi atas keputusan kerajaan, kontrak bagi Jambatan Bengkok ditamatkan pada 12 April 2006. Sebuah syarikat bernama Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB) telah diberikan projek tersebut. GPSB dilaporkan mengemukakan tuntutan berjumlah RM350 juta kepada JKR berikutan keputusan kerajaan untuk membatalkan projek "jambatan bengkok" itu April tahun lalu. dibayar pampasan RM257.4 juta berikutan tuntutannya terhadap pembatalan projek pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor dalam kawasan Malaysia.

Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan. Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan.

Kini timbul desakan dari Johor agar jambatan itu dibina kembali selepas daripada ketiadaan Tun Abdullah Badawi yang membatalkan projek tersebut dan PM sekarang iaitu Najib Tun Razak mula untuk mempertimbangkan semula apatah kini Dr Mahathir mula memainkan peranannya semula dalam kerajaan. Berapakah pula kos yang akan dikeluarkan semula untuk membina kembali jambatan ini jika diluluskan semula.

Inilah sikap gluk-glik pemimpin UMNO-BN. Yang malang adalah rakyat tetapi syarikat para kroni sentiasa mengaut keuntungan hasil dari kebodohan pimpinan UMNO yang membuat keputusan berdasarkan kuasa yang mereka ada. Yang rugi bukan mereka tetapi rakyat. Rakyat menjadi lebai malang tetapi UMNO-BN tetap mengomol peluang.

Read More !

Cara Michele Obama & Ratu Inggeris di Masjid

| | 0 comments

Setelah first lady Amerika Syarikat, Michele Obama, berselendang di Masjid Istiqlal Jakarta, kini giliran Ratu Elizabeth II melakukan hal serupa. Ia bahkan mengenakan jubah panjang warna keemasan, Tudung juga keemasan, tetapi masih dengan topinya ketika memasuki Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, United Emirat Arab (UEA). Ratu bersama Putera Philip dan rombongan.

Rombongan Ratu ini turun dari British Airways dari London terus ke masjid terbesar di UEA itu dalam kunjungan pertamanya sejak 31 tahun terakhir. Ratu juga sempat menziarahi ke makam Sheikh Zayed, pendiri Uni Emirat Arab.

Saat Ratu mengenakan Selendang atau jilbabnya diikat di kepala, menutup topi kotak dan rambutnya. Berjubah panjang dengan menggunakan stocking warna kulit dan sarung tangan tipis putih dengan bersulam emas dan kristal menjadi perhatian media di dunia. Apalagi ketika Ratu memasuki ruang utama masjid dengan hamparan karpet 35 ton terbesar di dunia, yang dibuat khas oleh 1,200 pekerja perempuan Iran.

Wanita lain yang mengiringi beliau memakai abaya hitam yang biasa dipakai oleh orang arab. Meskipun sekadar berselendang dan sebagai bukan Islam, ianya menggambarkan sikap menghormati etika berpakaian umat Islam ketika mengunjungi rumah ibadah.

Semoga ini akan memberi imej yang baik terhadap umat Islam sedunia.Yang malang apabila sentengah kalangan orang Islam samada lelaki maupun wanita yang tidak tahu menutup aurat secara sempurna dirumah ibadah umat Islam. Kalau ditegur, dikatakan tidak berhikmah atau tak menjaga hati dan perasaan orang. Mereka ini sendiri tak tahu menjaga hati dan perasaan umat Islam khususnya mereka yang memakmurkan masjid termasuklah para makmum, ajk maupun imam dan bilalnya. Mereka masuk maupun membuat program dengan berpakaian tak menutup aurat secara sempurna. Kekadang buat majlis di masjid untuk mendapat berkat kononnya seperti majlis akad-nikah tetapi berpakaian tak menggambarkan sebagai orang Islam.


Pertandingan Rias Pengantin di Surau al-falah anjuran Umno Hulu Langat (9 Mei 2010)


Masjid menjadi tempat persinggahan untuk meminjam pinggang-mangkuk, sejadah, surah yasin atau majlis keraian. Bahkan hanya singgah ke masjid untuk bergambar atau menumpang tandas untuk qada’ hajat. Sembahyang pun tidak. Apatah lagi menganjurkan pertandingan bersolek dan berrias pengantin dalam rumah ibadah???.. Inilah perkara yang perlu dibaiki dikalangan masyarakat kita dalam menjadikan masjid sebagai agen perubah masyarakat.

Read More !

Menteri Jamban?

| | 0 comments

Tahniah Datuk Chor Chee Heung. Kesungguhan beliau untuk menarik perhatian orang ramai supaya cakna tandas awam amatlah difahami. Beliau menyebut tentang lebih separuh tandas awam di seluruh negara kotor. Gimik yang dibuat apabila Datuk Chor disuruh bergambar sambil duduk atas jamban. Nasib baik tak disuruh pakai pakaian raja cina. Nampak le macam maharaja cina duduk atas singgahsananya. Kesian Datuk Chor. Gimik-gimik jugak. Jagalah status menteri tu. Nampak macam tokey jamban nak iklan jamban pulak. Lepas ni bolehlah jadi duta produk mana-mana syarikat pengeluar jamban. Takkan pegawai-pegawai di Kementrian beliau nak pekenakan beliau pulak?

Jangan jadi macam kes bekas MB Selangor, Khir Toyo apabila gimik memberi penyapu kepada pegawai beliau akhirnya Khir Toyo sendiri disapu rakyat Selangor. Nanti Datuk Chor di flush masuk dalam jamban. Hihii.. Apa-apa pun takkan Kabinet Najib takde perunding imej. Nak keluar gambar dan promosi buat media mesti sudah diberi taklimat. Atau mungkin itu sebagai imej kempen yang baik buat rakyat Malaysia. Jangan nanti orang cakap Datuk Chor sebagai “Menteri Jamban” sudah le.

Apapun usaha beliau bagi meningkatkan kebersihan tandas awam patut dipuji. Meskipun pelbagai langkah diambil bagi meningkatkan kebersihan tandas awam, satu audit menunjukkan 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor.

Datuk Chor Chee Heung selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyebut bahawa audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang, dan hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas yang mencapai taraf lima bintang, iaitu kebersihan paling memuaskan. Beliau menyebutnya selepas melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia dan Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan 2010 di Kuala Lumpur.

Tak tahulah pulak ada hari tandas sedunia. Hebat jugak tandas ini, ada hari khas buatnya. Macam Hari ibu, Hari Bapa, Hari Guru…. Mungkin sempena Hari Tandas.. pakat duduk atas tandas sepanjang hari tersebut?... Dalam Islam, kebersihan itu sebahagian daripada iman. Kebersihan itu sepatutnya menjadi tuntutan. Tetapi tandas adalah antara markaz syaitan. Sesudah selesai menunaikan hajat disuruh supaya keluar dengan segera. Bahkan nak masuk maupun keluar disunatkan berdoa semoga dijauhi daripada syaitan. Ia sama seperti simpang jalan maupun pasar.
Kenapa kebanyakan tandas awam kotor dan tidak bersih. Bahkan setengah tandas masjid dan surau, khususnya ditepi jalan yang menjadi tempat persinggahan para musafir tidak bersih. Para pengguna juga kekadang tidak berdisiplin. Setengah tu sembahyang pun tidak. Berhenti ke masjid atau surau hanya untuk buang air. Sudah selsai tunaikan hajat, ditinggalkan tanpa dibersihkan. Kekadang sikap vandalism juga wujud. Dengan sengaja dirosakkan kemudahan yang disediakan.
Walau disediakan tandas eksklusif sekalipun tetapi masyarakat tidak mempunyai nilai moral dan akhlak, ia akan menjadi pembaziran semata.
Seperti di Kuala Terengganu. Pihak Bandaraya kononnya nak tunjuk berlainan. Membelanjakan suku juta ringgit membina Tandas Mewah dan Eksklusif di Dataran Syah Bandar. Tandas eksklusif tersebut dibina tahun 2006 di zaman MB Deris dan mengenakan bayaran 50 sen untuk membuang air manakala RM2 bagi kemudahan mandi. Bagaimanapun selepas menyediakan perkhidmatan beberapa tahun, tandas bernilai suku juta ringgit itu kini kelihatan buruk dan beberapa pili dan sinki rosak. Keadaan itu menjadikan tandas lima bintang itu kelihatan seperti tandas-tandas awam lain. Memalukan!
Duit diambil tetapi dimana pihak pengurusannya? Tandas tersebut dikeluarkan bajet lagi oleh pihak Bandaraya untuk dibaiki. Bolehlah buat projek lagi… masyukkk lagi!!!

Kena fikirkan macamana nak selesaikan permasalahan ini. Dan ia pastinya melalui pendidikan. Takkan pendidikan kita ni telah gagal? Pendidikan kita kan dah cemerlang, gemilang & terbilang. Tetapi kenapa tandas awam sampai tahik kat dinding?.. ramai sangat ke Batman kat malaysia ni????

Read More !

Rosmah lagi!.... Jahil sangat ke?

| | 0 comments

Rosmah bini Najib buat perangai lagi. Tak sudah-sudah dengan kontreversi. Ini dah jadi macam Imelda Marcos. Najib seolah-olah tak boleh buat apa-apa!. Nanti rakyat Malaysia akan tambah meluat dan berbulu dengan BN (Bini Najib). Kalau Pak Lah jatuh dek kerana menantu. Najib akan tumbang dek menyibuknya bininya sendiri.

Baru aje reda dengan isu Festival Busana Muslim yang setaraf dengan busana jahiliyyah. Dengan Nama Muhammad Rasulullah terpampang di dada model yang mendedahkan aurat.



Kini timbul pula isu menyamakan taraf Hariraya Haji dengan pengorbanan nabi Ibrahim a.s dengan agama syirik rekaan manusia. Majlis Hi Tea anjuran BAKTI yang diketuai oleh isteri PM yang diadakan baru-baru ini.

Kalaulah Iklan Sinari Lebaran di TV3 yang disiarkan pada 2 September lalu. ditarik balik, antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal. Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.
Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, serta bantahan banyak pihak lalu TV3 bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Habis apabila kena dengan Bini Najib ini takde yang berani tegur ke? Takut hilang pangkat & jawatan ke? atau Umno sedang berdakwah secara hikmah.

Takkan takde penasihat agama? Mana dia Ulama muda Umno tu? Takkan dok diam aje. Takkan fatwa mufti Perak macam Tun Harrussani masih taknak dengar. Kalau Pas yang cakap memang tolak siang-siang dah, Ini bukan fatwa ulama Pas. Ni Tok Mufti lantikan kerajaan negeri Pasir Berdengung, Perak Darul Ridwan. Sekali lagi penulis tampalkan disini buat yang mata buta dan pekak badak pendokong Umno-BN.

Haram merayakan perayaan orang-orang kafir

Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun. Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Deepavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.

Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui Radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini. Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita – JMNPk

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm


Nak nasihat cara hikmah macamana lagi? Harap-harap Tok-tok mufti nasihat le atau sesiapa agamawan dalam Umno tolong bagitau kat bigmama ni. Kot-kot dia taktahu atau orang arab cakap jahil.Jangan sampai ia termasuk dalam perkara tanda-tanda kiamat pulak sebagaimana sabda Rasulullah Saw.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu-daya. Ketika itu golongan benar dikatakankan pembohong dan golongan pembohong dikatakan benar. Orang yang khianat dipercayai dan orang-orang yang benar dikhianati dan para ruwaibidhah akan menjadi jurucakapnya”. Sahabat bertanya: Siapa itu ruwaibidhah? Sabda Baginda: “Orang yang bodoh dalam urusan orang-ramai”

Ada jugak jenis manusia bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh diambil manfaat. Mereka rasa dia yang betul dan golongan ini apa peduli ke ayat al-Quran ke? Hadis ke? Ulama ke? Kuasa ada ditangan mereka . ISA le (Ikut Suka Aku). Dalam Islam ini sepsis jahil murakkab. Dia tak tahu pun bahawa dia jahil dan disangka apa yang dibuat itu adalah kebaikan semata meskipun tertegah syara’. Yang dipakai hanya akal semata. Yelahh. Islam moderate le katakann…

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Daripada Abdullah bin Amru al-‘As berkata: Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah Swt tidak mengambil ilmu dengan mencabutnya dari kalangan hambanya akan tetapi dicabutnya ilmu dengan mematikan ulama sehingga tiada lagi orang alim lalu orang memilih pemimpin dari kalangan orang jahil lalu ketika ditanya mereka member fatwa tanpa ilmu nescaya mereka sesat dan menyesatkan.

Nampaknya golongan Plural maupun Liberal atau gagasan 1 Malaysia Islam Moderate nampaknya terus menggasak umat Islam. Apalah malangnya umat Islam di Malaysia. Nak harapkan pemimpin, pemimpin pulak yang menjadi perosak agama....

Teruskan perjuangan semoga musibah daripada perjuanggan assobiyyah dan sekular moden ini dapat dihapuskan, insyaAllah.

Read More !

Ulama Umno Terjun Chor

| | 0 comments

Lama tak dengar berita ulama Umno ini. Seorang bekas imam masjid negara tetapi diterompah oleh Umno-BN menjadi calon untuk bertanding menentang Wan Azizah di Permatang Pauh. Dah le kalah tetapi rosak imejnya apabila beliau menyepak tong undi di pusat pengiraan undi. Seorang ustaz, bekas imam dan hafiz al-Quran tetapi mengambil tindakan sedemikian. Kalau orang Pas yang buat macam tu… nescaya hancur vcd diulang-ulangkan dalam media. Selepas Anwar Ibrahim bertanding dan beliau tidak dicalonkan… ghuyub terus namanya tak kedengaran. Alih-alih tup berita..

Pegawai Khas Hishammuddin Jatuh Ketika Mengiringi Menteri Buat Tinjauan

KUCHING: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien terkejut apabila melihat pegawai khasnya, Datuk Firdaus Ismail terjatuh ke dalam paya apabila titi yang menghubungkan sebuah rumah usang milik seorang warga emas di Kampung Gersik, di sini runtuh, Ahad.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Hishammuddin yang menyempurnakan majlis penutup Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Tebingan Boyan-Gersik-Sourabay (BGS) telah membuat tinjauan ke kampung Melayu itu. Ketika rombangan itu melalui titi ke sebuah rumah usang warga emas di kampung itu, titi tersebut runtuh. Ismail yang berdiri di belakang Hishammuddin terjatuh dan telah ditarik naik oleh anggota Rela.
Berikutan itu, bantuan sebanyak RM40,000 diperuntukkan bagi membaikpulih empat buah rumah usang, termasuk titi yang runtuh itu.-BERNAMA

Rupanya jadi Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri. Ramai pulak Pegawai khas menteri ni ye. Antara pegawai khas Datuk Hisyamuddin ialah Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Michael Chong, Tun Faisal Ismail Aziz, Datuk Lau Yeng Peng sebagai Pegawai Khas Parlimen, Harrison bin Hassan, Bastien Bin Onn. Dengar-dengar khabar Datuk Din Adam juga pegawai khas beliau. Entah ye ke tidak, tak tau le pulak.

Kesian tengok Datuk Firdaus. Nasib baik ada anggota RELA membantu. Nak harapkan Menteri, Datuk Hisyamuddin dok tengok aje dan tersenggih. Ish 3X. Jauh pergi jatuh tu, kat Sarawak. Ye lah dah qada’ & qadar. Jatuh ke jatuhlah. Glamour jugak. Kalau tak. Tak tahulah pulak Firdaus ni menghilang ke mana. Walaupun jatuh dalam 'air chor' . (Orang Terengganu menyebut istilah tersebut untuk air kumbahan dapur atau air jamban tahik.) nasib baik tak pakai kopiah dan serban. kalau tak basah kuyup le jawabnya. Tapi dah lama tinggal jawatan Imam Masjid Negara, dah lama jadi Exco Pemuda Umno dan dah lama tertanggal kopiah dan serban. Mungkin sudah diserahkan kepada Ulama muda Umno.

Apa ke alamat? Sebelum ini heboh calon PKR di Ansari Abdullah yang dua kali jatuh ke dalam air apabila terjatuh titi ketika berkempen dalam Prk Batu Sapi baru-baru ini. Tup PKR jatuh dalam PRK Batu Sapi. Harap-harap jadilah Datuk Firdaus bertanding... kot-kot jatuh lagi. Macam Datuk Masyitah jugak. Hanya sibuk dok bergelumang dengan taik UMNO aje.

Peristiwa macam ni baru pemimpin nampak. Rupa-rupanya banyak lagi rakyat kita yang miskin. Sedangkan pemimpin kaya raya. Apatah lagi Sabah dan Sarawak. Negeri yang kaya dengan hasil balak, minyak dan pelbagai mineral tetapi rakyat masih lagi ketinggalan dari arus pembangunan. Bab agama jangan cakaplah sebab itu bukan matlamat perjuangan Umno.

Jatuh barulah lulus peruntukan. Sebab itulah sekarang rakyat suka dengan adanya pilihanraya kecil. Adanya kematian wakil rakyat barulah rakyat dapat merasa durian runtuh? Barulah calon dan bakal wakil rakyat kenal rumah pengundi.

Seperti Terengganu, selepas Umno tumbang pada tahun 1999 barulah rakyat kenal pemimpin Umno. Barulah mereka sanggup kayuh beca, naik atas rumah memasang atap rumah orang miskin, gotong-royong, dok kacau bubur asyura, dok sembelih lembu korban, gotel keropok kat Losong dan sebagainya. Tetapi kini apabila Nampak kerajaan Umno-BN dah memerintah kembali… nampaknya tak Nampak muka semula. Rakyat sepatutnya tahu apa yang nak dibuat!

Read More !

Lim Guan Eng telan tanah melayu pulau Pinang?

| | 1 comments

Orang melayu di Pulau Pinang khususnya di Daerah Timur Laut hanya memiliki 1.16% pemilikan tanah berbanding dengan bangsa lain. Maklumat ini timbul setelah BN-UMNO tidak lagi memerintah Pulau Pinang. Setelah PR-DAP memerintah Pulau Pinang hanya baru 2 tahun… zam-zam allakazam… fuhhh hilang semua tanah milik orang melayu.

Siapa yang bersalah? Menurut Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO bahawa penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China. Kesannya adalah apa yang dilihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Francis Light yang salah pada tahun 1786. Dan kini DAP pulak yang salah! Pemimpin UMNO buat apa? Siapakah yang menandatangani dasar Jus Soli yang diperkenalkan oleh Malayan Union meskipun ditolak oleh orang melayu dan Raja melayu? Siapakah yang memerintah Tanah Melayu? Siapa yang memimpin Malaysia? Siapakah yang menyerahkan 100% tanah Singapura ke Lee Kuan Yew? Siapakah yang memerintah Pulau Pinang sehingga tahun 2008?

Hakikatnya UMNO telah gagal dalam menjaga hak dan kepentingan bangsa melayu sendiri. Demi kepentingan kebendaan dan beralasan pembangunan, akhirnya bangsa melayu menjadi mangsa. Sudah lama pemimpin Pas berkempen tentang hal ini. Tetapi masyarakat buat pekak badak aje. Yang tinggal hanyalah boria Pualu Pinang dan orang tua bangsa melayu yang tidur diatas beca. Sebenarnya menurut statistik Penduduk negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus. Bukannya orang melayu makin sedikit tetapi kemampuan dan keupayaan bangsa melayu gagal dimartabatkan oleh pemimpin UMNO meskipun mempunyai kuasa dan memerintah hampir separuh abad.
Jangankan orang kampong, kakitangan yang bekerja kerajaan pun gagal untuk memiliki tanah di kawasan Timur Pulau Pinang itu. Bukankah sekarang ini kempen UMNO Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi?

Sebenarnya Umno telah lama mengkhianati tanah orang melayu termasuklah peimpinan BN hatta di sabah dan Sarawak. Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%. Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Rizab Melayu?. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Apajadi apabila di Langkawi melayu mamak Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

Bagaimana tanah orang melayu di Lembah Kelang? Isu Kampung Melayu yang tidak berkesudahan?

Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia 1965 atas pertimbngan politik UMNO. Umno memberikan Singapura secara percuma kepada bangsa Cina. Sejak itu Melayu mula lenyap dari bumi yang dibuka Sang Nila Utama itu hingga akhirnya tanah sekangkang kera milik keturunan Sultan Hussein pun disapu bersih. Selepas itu akibat daripada kebodohan pemimpin UMNO Pulau Batu Putih terlepas lagi kepada Singapura. Pak Lah Badawi juga melepaskan Blok L & M yang kaya dengan minyak bernilai 320 billion diserahkan kepada Negara jiran Brunei.

Sebab itu UMNO ni kalau kalah barulah mereka sedar? Kalah di Pulau Pinang baru mereka kenal melayu dan barulah nak bela orang melayu. Sekarang ini mereka sedang menggadai tanah Iskandar di Johor Baru. Bila mereka sedar? Jika mereka kalah di Johor. Di Terengganu, apabila Pas memerintah pada tahun 1999 dibuka kembali permohonan tanah dan Pas berjaya mengeluarkan kelulusan kepada 70,000 rakyat Terengganu yang majoritinya bangsa melayu tetapi kenapa dibekukan kembali apabila UMNO berkuasa semula? Kenapa dibatalkan dan sebahagiannya dirampas tanah-tanah mereka? Kenapa tidak diberi geran kepada peneroka yang sudah sekian lama tinggal ditanah rancangan Felda sedangkan mereka sudah lama menyelesaikan hutang dan pinjaman Felda? Sedangkan syarikat-syarikat besar mudah diluluskan atas nama pembangunan beratus dan bahkan beribu hektar!

Inilah jenis dan baka pengkhianat bangsa melayu sebenar. Cara terbaik untuk mengajar UMNO hanyalah menjatuhkannya dalam Pru akan datang. Ketika itu rakyat jadi timun dan UmNO bukan lagi durian tetapi dah jadi tempoyak.

Read More !

Logo baru BN! Dacing dah tak relevan?

| | 0 comments

Umno-Bn kini mendapat nasihat agar berubah demi menarik undi rakyat. Bimbang dan ketakutan hilangnya kuasa dan terpaksa keluar dari Putrajaya menyebabkan serba-serbi perubahan cuba dilakukan. Seolah-olah para pemimpin BN sendiri trauma dengan kekalahan yang berlaku pada Pru-12 menyebabkan mereka takut kepada bermacam perkara. Kini mereka takut kepada lambang dan logo mereka sendiri. Takde pertandingan mencipta logo ke?


Logo, warna lambang BN bakal berubah

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Logo dan warna dacing pada lambang Barisan Nasional (BN) mungkin akan berubah. Ia antara kejutan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Konvensyen BN, 28 November ini. "Perubahan-perubahan lain akan kita umumkan pada hari konvensyen itu. Ada sedikit perubahan dari segi logo dan warna. Saya akan umum pada hari itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Pemimpin BN dan Umno sendiri seolah-olah ingin keluar dari kepompong mereka. mreka hilang keyakinan. Mereka merasakan kebencian rakyat kepada BN sebagai logo yang dipangkah ketika mengundi perlu digantikan dengan lambang lain. Bahkan warna biru perlu ditukarkan dengan warna lain. Mungkin dirasakan sudah tidak releven. Manusia moden kini sudah tidak menggunakan dacing ketika menimbang. Orang menggunakan timbangan metrik yang lebih moden. Lambing dacing tidak menarik orang muda untuk memangkahnya. Apatah lagi kini lambang dacing terlalu banyak grafik kreatif di internet yang menggambarkan betapa tidak relevennya logo tersebut.


Logo dan lambang ini memainkan peranan yang besar juga. Lain siket menyebabkan orang ramai menjadi keliru. Setengah pengundi veteran Pas pernah tidak menggundi Parti Semangat 46 ketika Pas bergabung dalam APU (Angkatan Perpaduan Ummah) katanya: lambing bulan tetapi ada nombor. Tak sama katanya. Menyebabkan mereka tidak memangkah. Ketika Parti PKR mula masuk pilihanraya ada pengundi Pas veteran tak mengundi kerana merasakan lambing pas tidak betul kerana menjadi bulan kecik. Ia mengambil masa bagi menerangkan kepada masyarakat khususnya golongan tua dan luar bandar.

Kalau BN menukar logonya, masyarakat perlu masa untuk menerima logo baru. Macam ahli Pas juga terpaksa ambil masa untuk menerima lambing lain selain bulan. Tetapi logo pas ini masih relevan sepanjang zaman. Tanpa bulan manusia akan hilang tarikh dan kalendar. Manusia amat berhajat kepada bulan. Bahkan warna traffic light hijau ini sudah sinonim dengan warna Islam diseluruh dunia. Dulu pemimpin UMNO sendiri mengarahkan untuk diubah logo dan warna Petronas kerana trauma dengan warna dan logo Pas. Bahkan kat kenduri hari ini warna air sirap hijau lebih digemari. Orang Umno nak minum pun rasa terlekat ditengkok.
Sebenarnya mereka merasakan serba serbi tak kena. Rasulullah pernah mengingatkan kita:
“Takutlah kamu kepada Allah nescaya Allah akan menanamkan perasaan takut makhluk kepada kamu dan jika kamu takut kepada makhluk nescaya Allah akan menanamkan dalam hati kamu rasa takut kepada semua selain Allah”

Bagi pejuang Islam, kalah dan menang itu ketentuan Allah swt. Mereka menerima dengan keadaan tenang. Bagi UMNO kekalahan adalah kiamat. Mereka tak pernah kalah. Mereka tak mahu menerima kekalahan. Sebelum berlaku mereka cuba melakukan perubahan agar dapat meraih sokongan rakyat.

Tapi ingatlah, Umno kini dihimpit kekalahan. Selagi berubah selagi cepat rebah.Macam orang nak mati. Gelisah tak tentu pasal. Serba tak kena. Ini tanda BN nak mati ! Tempoh ajal sudah dekat!

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...