Apa Cerita Dah ni Abang Eid?
Kerajaan negeri Terengganu tiada hak saman Syed Azman: Mahkamah Tinggi
July 23, 2012
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk meneruskan saman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari parti PAS dan tiga lagi berhubung sebuah artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di negeri itu.
Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan bantahan awal Syed Azman dan tiga defendan lain bagi membatalkan kerajaan negeri Terengganu sebagai pihak dalam saman tersebut.
Peguam Mohamed Hanipa Maidin memaklumkan media hakim itu memutuskan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai locus standi bagi meneruskan saman tersebut.
Pada 15 Dis tahun lepas, kerajaan negeri Terengganu dan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said, serta dua peniaga iaitu Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang mendapat kontrak membekal uniform sekolah serta alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan.
Selain Syed Azman, mereka menamakan pemilik permit Harakah iaitu Datuk Mustafa Ali serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, sebagai defendan.
Keputusan itu menyaksikan tiga lagi plaintif kekal dalam saman tersebut.
Bagaimanapun, Mohamed Hanipa berkata Hakim Yeoh mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan pada 30 Julai berhubung isu sama ada defendan kedua memfailkan saman itu dalam kapasiti peribadinya, atau sebagai Menteri Besar.
Beliau berkata hakim itu akan memutuskan isu tersebut pada 28 Ogos ini.
Dalam penyataan tuntutan, plaintif mendakwa Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk “Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?” yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11 hingga 13 Nov 2011.
Mereka juga mendakwa artikel itu membawa maksud kerajaan negeri dan Menteri Besar tidak telus dalam pemberian kontrak di bawah program bantuan sekolah di Terengganu.
Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan selain kos dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah tersebut. – Bernama
Kenapa Tangki Air Sek. Men. Paka Runtuh?
Isu Terengganu sebagai ‘Darul Runtuh’ sudah deketahui umum. Ia menjadi jenaka memalukan kepimpinan Umno-BN. Ia sudah menjadi bala dan trauma akibat daripada jenayah Kerajaan Umno-BN sendiri yang meruntuhkan Masjid Bujal dan meruntuhkan rumah rakyat yang miskin apabila tanah mereka dirampas setelah lot-lot tanah kediaman dibahagikan kepada rakyat semasa Pas memerintah Terengganu.
Sikap kejam dan balas dendam kepada rakyat yang memilih Pas sebagai kerajaan tahun 1999-2004 dipamerkan secara zalim bermula dizaman Idris jusoh memerintah dan berterusan dizaman Mat Said memerintah sehingga kini.
Rumah rakyat yang disodok di Durian Mentangau, di kg belimbing Setiu dan dirampas tanah mereka serta dibahagikan kepada penyokong Umno-BN adalah suatu kezaliman yang masih lagi tidak rakyat lupakan.
Sesungguhnya doa orang yang dizalimi itu tiada hijab dengan Allah Swt. Lambat bangat nescaya dikabulkan Tuhan. Maka hari ini jelas terbukti, keruntuhan silih berganti. Berlaku di Terengganu tidak dinegeri lain.
Semua daerah ada bangunan yang runtuh. Dari Kemaman iaitu daerah Mat Said, MB sekarang dan mutakhir ini Besut yang merupakan Daerah Idris Jusoh sendiri.
Yang terakhir apabila Tangki air Sekolah Menengah Paka yang runtuh. Merosakkan pagar dan menghancurkan atap bangunan bekas rumah guru. Nasib baik hari itu hari Jumaat, para pelajar tidak ke sekolah. Boleh bayangkan kalau pelajar ada dibawah itu. Kematian barangkali akan berlaku. Kenapa Tangki air Sekolah menengah itu?
Kedudukan Sekolah Menengah Paka adalah bertentangan dengan Sek. Ren Islam Darul Bayan yang merupakan salah satu isu kezaliman Kerajaan Umno-BN. Tanah sekolah Islam tersebut betul-betul bersebelahan Sek. Men Paka yang dirampas oleh Kerajaan untuk diserahkan kepada 5 JKKK seluas 1 ekar.
Ianya merupakan peringatan yang jelas kepada Kerajaan Umno-BN serta mereka yang bersekongkol dengan kezaliman mereka bahawa kuasa Allah Swt itu mengatasi segala-galanya. Di Dunia Allah Swt telah memberi signalnya untuk manusia bertaubat dan mengambil pengajaran. Bagaimanalah nanti di hari Akhirat, yang tiada peluang lagi untuk kembali didunia semula.
Bekas Tentera... Nak kena Tipu lagi ke?
Walaupun LTAT memiliki aset berjumlah RM60 bilion. Ada Bank iaitu PERWIRA Habib bank, ada Perumahan Angkatan Tentera tetapi para bekas tentera. Mana dia rumah bekas tentera? Selepas pencen terpaksa berebut dengan Bangla untuk menjadi ‘jaga’ dan petugas keselamatan. Mereka dimalukan dengan setiap tahun mengutip derma rayuan Hari pahlawan. Kemana pergi duit itu semua yang berbillion itu?
Kerajaan juga gagal melaksanakan janji mereka untuk memberikan tanah kepada bekas tentera seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) tahun 1973.
Itu belum diambil kira isu kontroversi yang sentiasa melanda Kementrian Pertahanan, salah guna kuasa, rasuah, kegagalan menjaga ruang perairan, udara dan sebagainya.
Penubuhan Kerabat itu tercetus apabila terdapat kira-kira 290 ribu bekas anggota tentera yang tidak mempunyai pencen. Manakala sebanyak 25 peratus sahaja yang mempunyai pencen dengan anggaran sebanyak RM1,500
Sejak pelancaran penubuhan KERABAT ianya menambah sambutan yang hebat. Manakala di Terengganu, sekali lagi diadakan pertemuan bekas-bekas Tentera pada 30hb Jun di Batu 10.
Pada malam itu sempena Ceramah Himpunan Hijau-PGU 4.0 diserahkan borang keahlian dan pelancaran penubuhan KERABAT Caw Terengganu dengan keahlian awal 120 orang. Dijangka selepas promosi dan penerangan sehingga peringat daerah, ia pasti menarik keanggotaan yang makin ramai.
Bimbang dengan perkembangan dan arus penolakan Umno-BN yang telah menyerapi bekas-bekas tentera dan polis hasil daripada fenomena penghijrahan bekas-bekas kepimpinan tentera maupun bekas kepimpinan polis sendiri. Itu belum lagi diambil kira gelombang penghijrahan dikalangan artis, selebriti, teknokrat, bekas pegawai tinggi dan kakitangan kerajaan, ahli sukan dan sebagainya.
Inilah yang membimbangkan Umno-BN Terengganu juga sehingga MB sendiri terpaksa mengadakan pertemuan “Program Jejak Kasih Pemimpin Bersama Rakyat” di Dewan Tunku Abdul Rahman di Kuala Terengganu pada 4 Julai dan juga mengadakan pendaftaran Ahli Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen 1Malaysia (KVTTB). Mulalah dijanjikan dengan pemberian tanah 1 lot untuk bekas tentera. Dijanjikan supaya ditubuhkan koperasi dan pihak kerajaan berjanji untuk member 50K kepada pihak koperasi,
Mat Said mengingatkan bekas tentera supaya tidak sesekali menjadi kumpulan yang menentang kerajaan dan menanam hasrat untuk menjatuhkan kepimpinan negara hari ini dengan menyertai parti pembangkang.
“Dulu berkhidmat 18 tahun memikul senjata mempertahankan negara, melindungi rakyat dan sanggup berkorban jiwa dan raga, tiba-tiba buang uniform (tamat perkhidmatan) dan pencen, mereka menentang kerajaan. Ini bermakna perjuangan mereka selama ini sia-sialah, mereka tidak dapat mengekalkan kerajaan yang ada,”
Bagi Mat Said, Negara itu adalah Umno-BN. Malaysia ini adalah hak mak bapak pimpinan Umno-BN sahaja. Kalau menyokong pembangkang adalah pengkhianat. Bagaimana dengan Kelantan, Kedah, P.Pinang dan Selangor? Siapa pemerintah disana? Habis buat apa amal demokrasi? Buat apa izinkan parti. Kekalkan Umno sebagai satu parti sudahlah macam Negara komunis!!!
Nak memperbodohkan rakyat macam zaman jepun. Hanya yang bodoh sahaja yang termakan dengan cakap bodoh pemimpin yang seperti itu. Di Zaman pemerintahan Pas, dalam Dun Rantau Abang sudah diluluskan kepada bekas-bekas tentera melebihi 200 lot khusus buat mereka sebagai mengenang jasa mereka. Tetapi setelah Umno-BN kembali berkuasa… Apa yang berlaku? Tanah tersebut dirampas kembali dan diserahkan kepada Felcra untuk ditanam kelapa sawit. Tersengihlah bekas tentera.
Apa jadi dengan tanah lot perumahan? Rumah bekas tenteralah yang rebah menyembam bumi di Setiu yang telah dibina diatas lot yang diberikan kerajaan zaman Pas memerintah. Tetapi apabila Idris Jusoh memegang tapuk kuasa. Ianya dirampas dan diruntuhkan. Adakah bekas tentera mahu meneruskan penipuan dan kezaliman ini?
Semoga bekas-bekas tentera dan keluarga berani membuat perubahan untuk menolak pemerintahan Umno-BN ini dan digantikan dengan Pakatan Rakyat.
Telur Tembelang Sudah Pecah Ma..!!
Isu hudud yang gempak di Johor menyebabkan Umno terkepit dicelah papan. Kita tengok pemimpin Umno ni ada 'stone' ke takde. Rakyat Malaysia akan menyaksikan bagaimana para pemimpin Umno akan menari. Dalam suasana menghadapi PRU 13 kali ini, para pencatur strategi sentiasa mengasak antara satu sama lain.
Apapun isu Hudud yang mungkin secara jujur atau sememangnya nak berpolitik tapi membangangkan Umno. Ia dibangkitkan oleh Adun Umno-BN di Johor iaitu YB Datuk Ayub Rahmat telah benar-benar menguji sejauh-mana dakwaan Umno yang hendak membela agama Islam yang selama ini menuduh PAS sebagai parti yang sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Apabila ia dilapurkan didalam media, meskipun beliau mencadangkan agar Johor mendahului Pas dalam melaksanakan hudud sebenar iaitu melaksanakannya terhadap orang Islam dan non muslim.
Pihak Pas dengan senang hati dan terbuka memberi sokongan padu jika pihak Umno ingin melaksanakan hukum hudud dinegeri Johor. Tidak kira
siapa yang mendahului siapa. Apa yang penting syariat Islam itu perlu ditegakkan kerana ia merupakan satu kewajipan dan tuntutan Islam. Kenyataan pemimpin tertinggi Pas iaitu Murshidul Am, Iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Sokongan juga oleh Ketua Penenrangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Tuan Guru Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang bersedia membantu Umno Johor pada bila-bila masa dalam menegakkan hukum Islam itu.
Pihak Mufti pun turut sama menyokong dan mendesak agar Umno yang mempunyai dan mendominasi kuasa di negara ini supaya melaksanakannya.
Dalam keadaan pemimpin Umno semua membisu. nampaknya MCA menunjukkan belangnya. kalau selama ini DAP dikatakan memperkudakan PAS. Hari ini kita dapat tahu siapa yg menjadi kuda siapa. MCA telah mengugut UMNO dalam isu hudud ini. Kecuttt... beb!!!
Taklah pulak Pemuda Umno berdemo!!!... Mana Perkasa, Pekida. Ke semua pun dah kecuttt ma!!!. Kalau pemimpin Pas buat kenyataan. Seribu report polis kot???
Ini bukan kali pertama, MCA menghina UMNO dalam isu hudud bahkan menghina Umat Islam keseluruhannya dengan mempersendakan hukum hudud itu. UMNO gagal untuk menjinakkan MCA, apatah lagi untuk menghormati amalan serta ibadah umat Islam tersebut. Lihatlah kenyataan-kenyataan MCA terhadap hudud itu sendiri.
Bahkan MCA berani memberi kata-dua kepada UMNO dengan mengugut untuk keluar daripada Barisan Nasional.
Terhegeh-hegehlah Najib & Muhyidin menenangkan bintang filem porno itu bahawa Umno tak akan melaksanakan hukum Hudud di Malaysia. hairan bin ajaib. Macamana lagi orang beragama boleh duduk dalam Umno lagi. boleh ditipu lagi. Mungkin habuan kebendaan menyumbat mulut mereka.
Sudahlah mereka tidak melaksanakan hukum Islam tersebut bahkan merekalah kepala dan penyendal untuk menghalang pelaksanaan undang-undang syariah di negara kita ini. Memang berbaloi betulah British mendidik dan meninggalkan kuasa kepada Umno sebagai penerus legasy barat di tanah-air kita ini.
Habis nak dalil apa lagi? Kalau menyokong Umno... sememangnyalah bersekongkol dengan kezaliman. Merekalah yang menjadi batu api dengan menuduh PAS pelbagai fitnah dan mereka undang-undang Islam sendiri. Nak harapkan mereka??? Kita semua tahu apa sikap Tun Mahathir sendiri terhadap hukum hudud.
Manakala Pas tetap istiqamah dan konsisten serta yakin dengan hukum Islam yang mampu menyelesaikan permasalahan umat manusia
Dalam masa yang sama, usaha penerangan dan penjelasan perlu diteruskan sehingga banyak pihak boleh menerima hikmah perlaksanaan ibadah ini. Bahkan usaha Pas ini semakin mebuahkan hasil tetapi apa usaha Umno. Menambah celaru bahkan menyesatkan orang Islam sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)