YAHUDI MUSUH UMAT ISLAM YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

| | 0 comments



Oleh: Lukman / Asyraf / Adli Mohamad.

DUNGUN - Permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah terkenal dan ada sejak dahulu kala  malah telah terakam didalam Al-Qur'an bahawa ahli kitab iaitu bangsa yahudi merupakan bangsa yang tidak boleh dipercayai

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata diantara yang membuktikan bangsa yahudi tidak boleh dipercayai disebut sendiri oleh Allah didalam Al-Qur'an yang membawa maksud.

"Betapa banyak meja perundingan (dibuat) dicabuli.

"Kerana mereka menanggap bangsa lain ( adalah) tidak menjadi kesalahan untuk mereka membuat apa sahaja tindakan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pidato Solidariti Ummah Palestin, di Masjid Sura lama pada Sabtu, 20 Oktober.

Menurutnya,oleh kerana bangsa Yahudi tidak mengenal bahasa kedamaian, maka lahirnya golongan intifada, yang terdiri dari anak muda Palestin dan apa yang berlaku di Palestin merupakan satu hakikat yang perlu difahami betapa perlunya umat Islam hari ini kembali kepada Al-Qur'an agar menjadi benteng pertahanan kepada agama Islam.

Wan Hassan turut mengharapkan agar orang ramai yang hadir pada malam itu memberi sumbangan untuk mempertahankan Palestin.

Tambahnya lagi, semoga kehadiran Imam Al-Aqsa yang baru dibebaskan dari penjara rejim zionis (yahudi) dan merupakan pemimpin tertinggi agama Islam di Palestin dapat memberi lebih penjelasan kepada hadirin yang hadir.

Rujukan: https://www.teganukita.net/2018/10/yahudi-musuh-ummat-islam-yang-tidak

Read More !

UMAT ISLAM PERLU BERSATU SELAMATKAN BUMI PALESTIN

| | 0 comments



Oleh: Muhd Lukman

DUNGUN- Umat Islam di seluruh dunia perlu bersatu di bawah panji Islam dan mencari jalan membebaskan negara Palestin dari cengkaman regim Zionis Israel.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, seandainya umat Islam bersatu maka bumi Palestin akan dapat diselamatkan.

“Malangnya umat Islam dihinggapi penyakit waham (cintakan dunia).

"Waham umpama penyakit lemah sendi, badan sahaja sihat, tapi takutkan kematian ( kerana kasihkan dunia),’’ ujarnya ketika berucap sempena program Pidato Solidariti Ummah Palestin bertempat di Masjid Lama Sura (20 Oktober).

Menurutnya, umat Islam hari ini berjumlah kira-kira 15 bilion di seluruh dunia, berbanding berapa juta sahaja Yahudi yang menjajah bumi Palestin kerana itu umat Islam mampu untuk merampas kembali Palestin jika bersatu.

"Pada tahun 1915, adalah tahun kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah menyebabkan negara-negara Islam yang berada di bawah naugannya diberikan kepada penjajah.

"Palestin diberikan kepada British, Syria diberi kepada Perancis, yang telah berlaku 100 tahun yang lalu," ujarnya.

Katanya, bagi megembalikan Palestin umat Islam mesti memahami bahawa bumi Palestin adalah bumi jihad.

"Tidak boleh masuk bumi Al-Aqsa, melainkan untuk berjihad, semasa belajar di Jordan dulu, saya pegang pendapat itu dan (saya) syarah pendapat itu.

"Jadi saya masih lagi tidak pergi ke bumi itu, kerana (berpegang pendapat) kerana ke bumi itu tidak boleh dengan perkara lain (kecuali) dengan membawa jihad," ujarnya.

Rujukan: https://www.teganukita.net/2018/10/umat-islam-perlu-bersatu-selamatkan.

Read More !

PERISTIWA DI SULAWESI, PALU JADI PENGAJARAN

| | 0 comments



Oleh: Muhd Lukman

DUNGUN - Bencana tsunami di Sulawesi dan Palu, Indonesia cukup banyak memberikan peringatan dan pengajaran kepada umat Islam khususnya, kata Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Menurut beliau, sebagai peringatan daripada peristiwa itu, sekiranya manusia melakukan empat perkara, nescaya Allah SWT menurunkan bala bencana kepada kita  tanpa mengira sesiapa sahaja.

"Pertama, apabila kamu berzina secara terang-terangan. Kita Kerajaan Terengganu akan cuba sebaik mungkin untuk menghalang perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah zina kepada masyarakat. Sebab itu kita pihak kerajaan akan memberi sokongan penuh kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan bidang kuasa yang mereka miliki. Kedua, apabila kamu minum arak secara terang- terangan.


"Kita tidak menghalang orang bukan Islam minum arak, mereka boleh minum di rumah mereka, tetapi jangan minum di kawasan awam yang mencabar majoriti umat Islam di negara kita. Ini disebabkan kita tahu bahawa perbuatan ini akan membuka pintu bala daripada Allah SWT,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pidato Solidariti Ummah Palestin  di Masjid Lama Sura, di sini, 20 Oktober

Turut hadir, Imam Besar Masjidil Aqsa Palestin, Sheikh Dr E'krima Sa'eed Sabri.

Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka menegaskan bahawa amar makruf nahi mungkar ini merupakan tanggungjawab kita bersama.

Tambah beliau lagi, jangan biarkan maksiat ini berlaku dan menjadi tugas kita untuk menghalang perkara sebegini kerana kita sudah melihat sendiri apa yang menimpa di negara jiran kita.


"Ketiga apabila kamu berniaga tetapi melakukan timbang dan sukat secara zalim.

“Keempat apabila pemimpin - pemimpin kamu mengabaikan hukum Al - Quran malahan mengambil hukum berdasarkan pemikiran sendiri ," kata beliau.


Sehubungan itu juga, menurutnya, Kerajaan Terengganu akan memperkemaskan lagi pelaksanaan syariah di negeri ini tahun hadapan.

“InsyaAllah Kerajaan Terengganu akan memberi komitmen sepenuhnya serta menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan syariah dari semasa ke semasa," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sheikh Dr E'rima yang menyampaikan amanat kepada para jemaah yang hadir.
Rujukan: https://www.teganukita.net/2018/10/peristiwa-di-sulawesi-palu-jadi.
SHARE 

Read More !

PASAR MUKMIN BAKAL BERI MANFAAT

| | 0 comments



Oleh: Muhd Lukman

DUNGUN, 20 Oktober - Pasar Mukmin Pinang Merah, yang mula dibuka semalam, 19 Oktober bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat untuk berniaga mahupun membeli.

Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, kedudukan pasar tani tersebut terletak di lokasi strategik yang mana ianya berada di hadapan Masjid Pinang Merah.

"Tapak pasar ini dipilih berhadapan dengan masjid agar dapat menarik penduduk termasuk para pelajar dari Pondok Darul Bayan dan sekolah menengah untuk membeli barangan keperluan mereka.

"Ianya sekaligus dapat mengimarahkan masjid ini. Hari Jumaat adalah hari ilmu di sini.

“Dengan adanya pasar mukmin ini, penduduk setempat tidak perlu risau untuk ke pasar di samping dapat mendengar kuliah dhuha pada setiap hari Jumaat," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pasar Mukmin Pinang Merah bertempat di Perkarangan Masjid Pinang Merah (19 Oktober).

Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, sambutan daripada para peniaga juga sangat memberangsangkan.

“Tempahan tapak perniagaan telah dibuka dua minggu lalu dan setakat hari ini sebanyak 44 tapak telah dibuka oleh para peniaga," katanya.

Tambahnya, antara objektif Pasar Mukmin di bawah pantauan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pinang Merah adalah untuk memberi peluang kepada penduduk setempat berniaga dan menambahkan pendapatan mereka.


“Kita harap penduduk setempat sekitar kawasan ini mengambil peluang untuk berniaga serta bersama-sama berkumpul di sini pada setiap pagi Jumaat," jelasnya.

Pelbagai barangan basah atau kering boleh didapati di sini termasuk ikan segar, sayur-sayuran, kuih-muih dan sebagainya.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada Pihak Masjid Pinang Merah dan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) Paka yang turut bekerjasama menganjurkan pasar ini.

Turut diadakan kuliah dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharin.

Rujukan: https://www.teganukita.net/2018/10/pasar-mukmin-baru-dibuka-beri-manfaat.

Read More !

MANSUH HUKUMAN MATI :KEMBALI KEPADA HUKUM ISLAM

| | 0 comments




KUALA TERENGGANU - Kerajaan disaran untuk kembali kepada hukum Islam, iaitu syarak dalam pelaksanaan hukuman mati, dan bukannya memansuhkan hukuman mati mandatori.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, pemansuhan hukuman mati dan digantikan dengan hukuman penjara bukanlah penyelesaian yang terbaik dalam mencegah jenayah.

“Kalau mengikut syarak, hukuman membunuh misalnya, dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas nyawa. Sebab itu dalam Islam, ada hukuman bunuh yang diharuskan syarak untuk menumpahkan darahnya, antaranya adalah kerana hukuman melibatkan mati.

“Jadi kalau dia bunuh sehingga mati orang lain, tentunya anak-anak mangsa, keluarga atau kabilahnya, negeri atau negara nak balas balik. Kecuali dengan balasan balik, barulah akan terhentilah perbalahan atau pembunuhan berterusan.

“Kalau tidak, orang akan mengambil tindakan sendiri. Sebab itu, sebelum melaksanakan pemansuhan itu, perlu kajian sedalam-dalamnya pro dan kontra cadangan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori kepada penjara minimum 30 tahun bagi menggantikan hukuman berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong sebelum ini dipetik berkata, selain Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang mana pesalah dikenakan hukuman mati mandatori, terdapat 17 kesalahan jenayah lain yang membawa kepada hukuman sama.

Ia termasuk melancarkan serangan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja, keganasan, pembunuhan, cubaan untuk membunuh ketika menjalani penjara seumur hidup, pembunuhan mangsa ketika diculik, memiliki dan menggunakan senjata api serta merogol hingga menyebabkan kematian dan merogol kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Satiful berkata, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi menanggung pesalah-pesalah berkenaan.

“Berapa banyak pula belanja yang kita kena keluarkan, sedangkan mereka tidak layak ditanggung. Tapi, kos itu kita pula yang akan tanggung,” katanya.

Rujukan: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/mansuh-hukuman-mati-kembali-kepada-hukum-islam-



Read More !

MARKAZ LUGHAH PERTAMA DI TERENGGANU

| | 0 comments



Oleh: Muhd Lukman

MESIR - Sebuah Markaz Lughah iaitu Pusat Bahasa Arab pertama bakal dibuka di Negeri Terengganu bermula Jun 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat mewakili kerajaan negeri telah  menandatangani memorandum persefahaman bersama Syeikh Markaz Lughah (Pusat Bahasa Arab) Rabitah, Syeikh Muhammad Abu Fadhil al-Quasy, semalam (9 Oktober) di Mesir.

Katanya, dengan termeterainya memorandum ini, ia akan memberi banyak manfaat  kepada mahasiswa dan mahasisiwi di Negeri Terengganu seterusnya melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja menerusi bidang akademik bahkan juga dalam bidang agama.

"Insya-Allah, kita yakin dan percaya perjanjian ini akan memberikan banyak manfaat  kepada golongan mahasiswa di negeri ini seterusnya membantu mereka untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.

"Persefahaman ini juga menggambarkan bahawa kerajaan Negeri Terengganu serius dalam menjadikan negeri ini sebagai hab pendidikan bukan saja di rantau ini malah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini (10 Oktober), mengulas tentang lawatan kerjanya ke Mesir.

Menurutnya, dengan wujudnya pusat ini, ianya sekaligus akan memartabatkan bahasa al-Quran iaitu bahasa Arab.

Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut menyatakan bahawa kerajaan negeri bertuah kerana dapat bekerjasama dengan universiti ini kerana ia mempunyai sistem kurikulum yang baik dan para pensyarah yang berkemahiran dalam melatih para pelajar.

"Yang paling penting, Sijil Markaz Lughah ini diiktiraf di serata dunia dan menjimatkan masa para pelajar yang bakal meyambung pengajian di Universiti Al-Azhar kerana tidak perlu mengambil bidang bahasa Arab di sana, sebaliknya terus masuk ke kuliah," ujarnya lagi.

Rujukan: https://www.teganukita.net/2018/10/markaz-lughah-pertama-di-terengganu.html?m=1

Read More !

MUSLIM PERLU YAKIN DENGAN ISLAM - USTAZ WAN HASSAN

| | 0 comments


Oleh: Muhd Lukman

DUNGUN - Orang Islam perlu yakin dengan Islam, bukannya ragu-ragu dengan agama yang kita anuti ini.

Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Rasulullah telah meninggalkan dua perkara sebagai sumber rujukan iaitu Al-Quran dan Sunnah.

"Kita sebagai Muslim perlu yakin, rasa mulia dan hebat dengan Islam serta mengikut ajaran dari Al-Quran dan Sunnah Nabi," ujarnya.



Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Hijrah Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka di Masjid Al-Azim, Felda Kerteh 3 (29 September).

"Jangan sesekali kita lari dari ajaran Rasulullah dan Al- Quran kerana Allah boleh memberikan hambanya peringatan pada bila-bila masa sahaja.

"Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang dahsyat di negara-negara luar seperti gempa bumi, hujan air batu dan sebagainya.

"Jadi itu tandanya peringatan daripada Allah kepada umatnya supaya sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam," ujarnya.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) DUN Paka kerana menganjurkan program sebegini.

Sementara itu, pengarah program, Ustaz Mohd Kamal Mohd Shah berkata, perkarangan masjid dipilih sebagai tempat karnival untuk menyeru masyarakat hadir dan cinta akan masjid.


Turut hadir, Penyelia i-MiTS Parlimen Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh, Pengerusi Masjid Felda Kerteh 3, Haji Ghazali Mohd, Pengerusi  Masjid Felda Kerteh 2, Haji Mohd Ibrahim, kakitangan i-MiTS DUN Paka dan masyarakat setempat.

Rujukan: https://www.teganukita.net/2018/10/muslim-perlu-yakin-dengan-islam.html

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...