Filem Eric Chia Lakonan Ling Liong Sik. Siapa akan masuk UMNO?

| | 0 comments

Bekas menteri pengangkutan dan presiden MCA Tan Sri Dr Ling Liong Sik, 67 kini didakwa di mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada tahun 2002. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika didapati bersalah, Ling akan menghadapi hukuman penjara. Hakim Mahkamah Sesyen menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Ling didakwa di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan kerana menipu kabinet supaya bersetuju dengan pembelian 999.5 ekar tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ. antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Tanah itu dibeli dengan harga RM25 satu kaki persegi dengan kaedah bayaran tertangguh untuk tempuh selama 25 tahun pada kadar faedah 7.5%. Bayaran kumulatif faedah berjumlah RM720 juta pada akhir tempuh bayaran balik.

Selepas itu para pengampu pun bersyair. Undang-undang Malaysia telus. Adil. Tak memilih bulu.. bla.. blaaa… Yelahh. UMNO tahu melayu mudah lupa.

Anda percayai ke? Ia hanya sekadar lakonan dan sandiwara versi ke-2. Filem ini pernah ditayangkan oleh Pak lah Badawi selepas 100 hari beliau dilantik menjadi PM. Beliau ingin memerangi rasuah habis-habisan. Saudara Ezam sanggup melompat parti masuk UMNO seolah-olah kagum dengan kesungguhan Pak Lah memerangi rasuah. Ditangkapnya Eric Chia oleh BPR dan dibicarakan. Setelah hampir 9 tahun skandal Perwaja Steel terbongkar dan sejak meninggalkan Perwaja Steel pada tahun 1995, bekas Pengarah Urusan syarikat besi nasional itu dituduh dengan pelbagai tuduhan penyelewengan. Setelah bertahun-tahun meninggalkan Perwaja barulah hendak didakwa. Siasatan terhadap beliau kononnya sedang dijalankan, dari Kemaman hingga ke Jepun dan akhirnya ke Switzerland. Pada 2007, akhirnya dibebas dan dilepaskan juga juga beliau daripada tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta kerana hanya kerana masalah teknikal perundangan di mahkamah. PERWAJA yang meninggalkan kerugian kepada rakyat sebanyak 10 billion. Keputusan kes ini turut membuktikan bahawa ianya merupakan retorik dan modal politik Umno dan Barisan Nasional semata-mata. Ianya hanya sandiwara sebelum menghadapi pilihanraya 2004.

Kini selepas 100 hari Najib menjadi PM dengan pelbagai isu yang tidak berkesudahan, akhirnya filem Eric Chia ditayangkan semula dengan lakonan semula oleh Ling Liong Sik. Ianya untuk mengalihkan isu yang terlalu banyak sekarang ini dan sebagai persiapan menghadapi pilihanraya ke-13. Ling menjadi kambing hitam tetapi dalam masa yang sama melepaskan melayu UMNO yang terlibat sama dalam penyelewengan PKFZ.
Kenapa mereka ini tidak diheret sama khususnya Dato’ Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) sebagai Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dan kemudiannya pihak Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi sedangkan Dato Abdul Rahman juga selaku Lembaga PKA yang menggambarkan ia dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut.

Terlalu ramai tokoh-tokoh yang terlibat menjayakan penyelewengan ini termasuk ahli politik. Kos awal PKFZ dari 1.088 billion meningkat kepada 4.642 billion. Dia dijangka melonjak kepada 12.453 billlion jika PKA gagal menjelaskan pembayaran pinjaman Kementrian Kewangan mengikut jadual. Hakikatnya sama seperti Perwaja, berbillion lagi duit rakyat akan hangus. Siapa yang akan tanggung? Bagi pimpinan kerajaan dan Umno-BN sekarang, yang menjadi keutamaan mereka adalah bagaimana nak mengekalkan kuasa. Ia berlegar ke noktah ini sahaja sekarang.
Siapakah lagi yang melompat masuk UMNO kerana kagum dengan ketelusan Najib ini atau adakah disebaliknya adanya perancangan dan ugutan politik terhadap MCA dalam menghadapi pilihanraya akan datang. Ia sebenarnya masih penuh dengan tandatanya. Tapi kalau nak percaya tindakan ini menggambarkan Najib ingin memerangi rasuah. Ianya jauh panggang daripada api kerana mana mungkin bapak perompak hendak melaksanakan undang-undang terhadap para perompak. Mustahil. Adakah ini satu lagi strategi hasil dari nasihat Yahudi APCO? Tidak mustahi. Terlalu banyak persoalan yang berlegar. Dan orang yang mengetahui jawapannya adalah PM. Tetapi kenapa pula beliau pergi bercuti ketika ini?

Read More !

Mufti Harrusani: Dulu mereka pekak ke?

| | 2 comments

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Hari Pahlawan disambut di Dataran Merdeka pada Sabtu ini — buat kali pertama berlangsung tanpa acara letak kalungan bunga dan bertafakur selama seminit di Tugu Negara, yang menjadi amalan biasa sebelum ini. Sambutan kali ini diubah suai dan dijalankan mengikut fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan lebih sedekad lalu, dan yang terbaru April 2009.
Perubahan lokasi sambutan juga selari dengan keputusan majlis tersebut yang memutuskan Tugu Negara di ibu negara, berusia lebih empat dekad, bertentangan dengan hukum syarak. Tugu Negara menggambarkan sekumpulan perwira memegang bendera dibina pada 1960-an bagi memperingati mereka yang meninggal dunia ketika darurat dan pendudukan Jepun.

Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan dua fatwa mengenai Hari Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan “Last Post”, bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan “Rouse” yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 hingga 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera. Ia telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir. Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

Bagaimanapun, sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk selain daripada manusia dan haiwan, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ia adalah diharuskan selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak. Acara-acara seperti majlis peringatan termasuk bacaan doa selamat, yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.
Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak. Bagaimanapun acara tiupan “The Last Post” dan “Rouse” akan diteruskan kali ini. Deklamasi sajak dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran akan diadakan. Majlis tahlil khas akan diadakan di Masjid Negara pada malam sebelum sambutan di Dataran Merdeka.

“Kami sudah lama meminta agar dilakukan perubahan. Saya gembira kerana kini mereka akhirnya mendengar,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang turut menganggota Majlis Fatwa Kebangsaan. “Ini tradisi orang putih (penjajah). Mengapa harus kita mengekalkannya? Kita boleh melakukannya dengan cara kita,” kata Harussani.

Sekarang agaknya Tan Sri Harrusani baru sedar bahawa pemimpin Umno ini tidak mendengar nasihat agama. Mereka ini selama ni pekak kea tau buat-buat tak dengar? Habis amalan yang dilakukan selama ini apa hukumnya? Siapa yang nak tanggung dosanya setelah sedekad ianya diamal dan dipraktikkan. Banyak ulama telah memperkatakannya. Telah lama pemimpin-pemimpin Pas menegur. Tetapi kerana tradisi penjajah masih kuat bertapak dalam semua pentadbiran Umno-BN. Kalau bunga, ranting dan daun-daun pun payah nak ditukar inikan pula prinsip serta dasar. Perlembagaan Lord Reid dan dasar nasionalisme yang didokong oleh Umno-BN agak-agaknya bila hendak diubah dan ditukar kepada Islam.

Ianya tidak penting bagi mereka yang menganut fahaman sekular. Baginya seolah-olah tidak dosa. Sampai bila lagi harrusani hendak menunggu agar segala patung-patung yang bukannya makin kurang bahkan semakin banyak dibina diseluruh pelusuk Negara bahkan di K.Lumpur sendiri. Di Terengganu sendiri ketika dizaman PAS, telah dibuang replika Penyu ditengah Bandar Kuala Terengganu dan menggantikan dengan Batu Bersurat tetapi kini disetiap daerah diperbanyakkan lagi patung dan replika haiwan ini termasuk di Rantau Aband dengan dua ekor penyu baru yang tersadai ditepi jalan. Adakah pemimpin Terengganu ini juga jahil atau memang pekak?

Selagi tidak kembali kepada Islam secara total. Selagi pemimpin yang ada digantikan dengan kepimpinan yang menjadikan Islam sebagai dasarnya, selagi itulah ianya tidak berkesudahan. Marilah kita menjadikan Islam sebagai teras kehidupan kita dan teras bernegara, InsyaAllah selamat didunia dan akhirat. Dan itulah dasar PAS yang istiqamah untuk memartabatkan Islam di tanah-air yang tercinta ini

Read More !

Indira Gandhi tukarkan agama anak Redhuan? Kepada siapa hendak diharapkan?

| | 1 comments

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan perbicaraan secara penuh bagi permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh guru tadika M.Indira Gandhi untuk membatalkan keputusan penukaran agama bagi ketiga-tiga anaknya.
Indira Gandhi yang turut hadir ke mahkamah hari ini memperoleh hak penjagaan bagi ketiga-tiga anaknya iaitu Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 13, Karan Dinish (Abu Bakar), 12, dan Prasana Diksa, 2, pada Mac lepas telah memohon untuk mengenepikan penukaran agama Islam daripada agama Hindu terhadap kesemua anaknya yang dilakukan oleh bekas suaminya Mohd Ridzuan Abdullah.
Hakim Zainal Adzam Abdul Ghani membuat keputusan dalam kamarnya di hadapan peguam M.Kulasegaran, N. Selvam dan Chong Xian Ci yang mewakili Indira Gandhi tanpa kehadiran peguam mewakili Mohd Ridzuan.
Pada 24 April 2009, mahkamah membenarkan permohonan ex-parte oleh Indira Gandhi, untuk mendapatkan hak penjagaan sementara tiga anaknya dan injunksi menghalang bekas suaminya itu daripada memasuki rumah mereka. Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak itu kepada Mohd Ridzuan. Pada 11 Mac lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan hak penjagaan anak bongsunya Prasana Diksa yang berusia 22 bulan (kini dua tahun) diserahkan kepada Indira Gandhi selepas kes perebutan hak penjagaan itu berlarutan sejak tahun lepas.
Pada 1 April, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Mohd Ridzuan supaya mahkamah menangguhkan perintah hak penjagaan anak bongsunya yang diperoleh oleh Indira Gandhi itu.
Kes ini mendapat perhatian ramai kerana wujud konflik antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam menentukan hak penjagaan anak selepas salah seorang pasangan memeluk Islam. Isu ini pernah sampai ke peringkat parlimen bahawa mereka akan mengkaji kes-kes pertukaran agama anak-anak, tetapi tiada langkah konkrit diambil berhubung Akta (Pembaharuan) Perkahwinan. Sebenarnya inilah kegagalan pemerintah dalam menjaga agama dan umat Islam di Malaysia. UMNO-BN yang diberi kepercayaan bagi menjaga hak-hak umat Islam gagal untuk memartabatkannya bahkan gagal untuk mempertahankan aqidah umat Islam.

Kita sedia maklum hukum hadhanah dalam Islam dan kalaulah keputusan mahkamah Syariah sebelum ini itu diketepikan, apa lagi yang ada bagi umat Islam di Malaysia ini. Mahkamah Tinggi wala’ mereka adalah perlembagaan Lord reid yang menjadi terlalu qudus untuk Negara Malaysia. Sedangkan ianya mengkesampingkan undang-undang dan peraturan Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Mana dia pemimpin-pemimpin yang mendabik dada memperjuangkan hak umat Islam. Mana dia lawyer-lawyer yang hebat-hebat itu? Takkan nak dibiarkan sahaja umat Islam di murtadkan. Kenapa Zulkifli Nordin menjdi bisu kelu. Bukankah beliau amat vokal dalam isu-isu yang seperti ini dulu. Siapakah yang akan membela dan mempertahankan hak-hak seorang bapa seperti Redhuan Abdullah dalam menjaga aqidah anak-anaknya. Bagaimana pula kes-kes yang seperti ini akan datang?

Mana dia NGO2 Islam. Takkan diam membisu sahaja. Janganlah nak diharapkan PERKASA sebab Mohd Redhuan adalah seorang India dan bukannya seorang melayu. Takkan lawyer2 hebat dalam Pas seperti Hanipa Maidin tak boleh membantu. Apa sebenarnya bidang tugas Lujnah Guaman dalam PAS. Kalaulah perjuangan Islam itu menjangkau batas-batas bangsa, maka kini Pas perlu kehadapan membela saudara kita, Mohd Redhuan Abdullah. Di harapkan Dewan Pemuda Pas membuat sesuatu demi mempertahankan secebis aqidah anak-anak Redhuan Abdullah ini. Kalaulah kerana seorang Natrah, umat Islam digerakkan untuk menyelamatkan aqidah beliau bagaimana dengan 3 anak ini. Kalaulah Tun Salleh Abas meskipun seorang diri pernah membuktikan beliau sanggup mempertahankan aqidah seorang anak perempuan cina di Kota Bharu meskipun beliau akhirnya dipecat. Sekarang siapa yang nak mempertahankan aqidah anak-anak Redhuan? Takkan nak diharapkan Karpal Singh pulak. Apakah isu ini sensitif kepada Pas demi menjaga kepentingan politik. Bagaimana pula M Kulasegaran yang menjadi peguambela kepada Indira Gandhi. Atas pertimbangan apa ianya dilakukan?

Isu agama ini lebih penting daripada kenaikan harga gula. Lebih utama daripada isu minyak dan gas. Kalaulah Umno sudah tidak boleh diharapkan untuk pembelaan ini. Apakah Pas boleh?

Read More !

2019: Iran Hantar Angkasawan, Malaysia jadi Arang!________________________________________

| | 0 comments

Iran hantar roket, angkasawan 2019
TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin mengumumkan negara itu kini bersedia melancarkan misi pertama kapal angkasa ulang-alik sendiri yang lengkap dengan pasukan angkasawan menjelang 2019, lapor stesen Press TV.
Misi itu katanya, perlu disegerakan dalam tempoh lima tahun bagi tujuan pertahanan ekoran tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baru bulan lalu susulan projek nuklear Iran yang dipertikaikan.
"Kita berharap boleh menghantar angkasawan ke bulan bagi menyaingi musuh-musuh kita dalam bidang pertahanan aeroangkasa," kata Mahmoud merujuk kejayaan Iran melancarkan sendiri roket Kavoshgar-3 yang membawa satelit negara itu.
Tahun lalu, Iran berjaya melancarkan satelit Omid buatan tempatan buat kali pertama ke orbit angkasa lepas bagi kegunaan telekomunikasi dan penyelidikan secara aman.

Apa terjadi pada tahun 2019 bagi Malaysia. Umno-BN yang memimpin berslogankan Malaysia Boleh dan menjadikan wawasan 2020 sebagai Negara maju tetapi dibuat pengumuman bahawa tahun 2019 sebagai tahun bangkrap. Dengan hutang Negara mencecah RM 378,302 juta mengikut angka Bank Negara Malaysia, meskipun Najib cuma mengatakan RM233.92 bilion sahaja. Hakikatnya, hutang Malaysia pada waktu ini berada di tahap 53% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Ertinya, setiap ringgit yang dikumpul kerajaan, 52 sen harus dibelanjakan untuk membayar hutang. Hanya 48 sen sahaja yang boleh digunakan untuk membantu rakyat. Itu kalau kerajaan BN nak bayar hutang. Kalau duit tu diguna untuk mengkayakan kroni, bertambah lagi lah hutang kita tahun depan.

Defisit Malaysia kini mencecah 7.5 dan dijangka terus meningkat dan defisit bajet 2009 Greece ialah 13.6 peratus daripada KDNK yang menyaksikan greese menjadi bangkrap selepas daripada menganjurkan Sukan Olimpik yang menelan belanja RM55billion.

Kadar FDI Malaysia semakin teruk. Malaysia gagal bersaing walaupun di peringkat Asean. Kini orang kurang keyakinan terhadap ekonomi negara menyebabkan Malaysia, buat kali pertama ketinggalan di belakang beberapa negara utama rantau Asean dalam menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI).Laporan Pelaburan Asing Sedunia (WIR) 2010 yang dikeluarkan PBB menunjukkan Malaysia ketinggalan di belakang Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura. Buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia menarik FDI rendah berbanding Filipina.
Filipina menarik AS$1.95 bilion (RM6.24 bilion) FDI berbanding Malaysia AS$1.38 bilion manakala Singapura mencatatkan kadar tertinggi AS$16 bilion.
Malaysia kini hanya mampu bersaing dengan negara-negara Indochina seperti Kemboja, Myanmar, Brunei, Laos dan Timor-Leste.

Apa nak jadi dengan ekonomi Malaysia. Ingatkan dah Umno taknak amalkan Islam untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju rupanya khayalan semata-mata. Pemimpin Umno masih lagi bermain dengan silap-mata. Rakyat juga tertipu dengan fatamorgana. Hakikatnya hukuman Allah sudah semakin nyata. Benarlah firman allah Swt Surah Taha: 123

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Read More !

Ramadhan: Duit Saku untuk Umno!

| | 1 comments

Bulan Ramadhan sudah dekat. Dengan keadaan ekonomi semakin mencerut pelbagai usaha dicuba oleh rakyat khususnya yang berpendapatan rendah untuk mecari duit lebih. Apatah lagi sebagai persiapan untuk anak-anak dan keluarga bagi menghadapi kedatangan syawal. Biasanya bulan ramadhan, bukan sahaja bulan beribadah tetapi bulan dibukakan pintu rezki. Ramailah mengambil kesempatan berniaga di bazar Ramadhan. Orang melayu khususnya yang memiliki modal kecil, bazaar ramadhan sebagai tempat sesuai untuk berniaga mencari pendapatan tambahan.

15,000 mohon lesen Bazar Ramadan

KUALA LUMPUR 19 Julai - Lebih 15,000 peniaga kecil di sekitar Lembah Klang hari ini membanjiri Stadium Titiwangsa untuk memohon lesen sementara Bazar Ramadan di kawasan Lorong Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India. DBKL bagaimanapun hanya memperuntukkan 400 tapak di lokasi yang menjadi tumpuan warga kota setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Proses pengundian untuk memiliki tapak bazar Ramadan dibuat secara terbuka dan telus serta melibatkan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Permohonan bagi mendapatkan tapak Bazar Ramadan di lokasi berkenaan sering kali mendapat permintaan yang tinggi daripada peniaga kecil setiap tahun.
Bagi Zainudin Zakariah, 43, pula, ini kali pertama dia berjaya mendapat tapak berniaga di Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India setelah mencuba selama 10 tahun. Undian secara terbuka ini bagus kerana ia lebih telus dan semua peniaga yang layak mempunyai peluang. Walaupun terpaksa bersesak-sesak dan menunggu lama, ia sangat berbaloi," katanya.

Kasihan melihat rakyat marhaen. 15,000 memenuhi stadium hanya kerana petak-petak Ramadhan. Berapa mereka bayar untuk dapatkan sekeping borang? Merekalah bangsa melayu yang sentiasa dituduh malas dan sebagainya. Tetapi hakikatnya peluang dan kesempatan yang tidak terbuka oleh pemerintah Umno-BN. Ini kerana banyak tempat-tempat perniagaan strategic diperolehi oleh kroni-kroni Umno diperingkat grass-root. Mereka bukannya nak berniaga tetapi menjualkannya demi mendapat keuntungan diatas angin. Meskipun yang mengaut keuntungan sebenar kekadang bangsa asing. Lihatlah sekarang dimana-mana perniagaan dikuasai oleh rakyat Indonesia, Bangladesh dan kini masyarakat timur tengah pula.

Peluang untuk rakyat bawahan semakin mengecil. Sama juga dengan perniagaan dan projek2 kerajaan maupun projek mega. Orang melayu hanya sekadar menjadi barua atau ali baba. Yang mengaut keuntungan adalah bangsa lain. Siapa barua-barua itu kalau tidak OKU (Orang Kuat UMNO)?


Contoh berita beberapa tahun lalu…


Seleweng lot bazar: Anak pegawai tinggi direman

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Seorang anak pegawai tinggi kerajaan bergelar Tan Sri dan seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan penjualan lot bazar Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini. Kedua-dua lelaki berusia 32 dan 25 tahun itu telah ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di pusat membeli-belah Jalan TAR pada pukul 4 petang semalam.

Mereka direman di Mahkamah Majistret Jalan Raja di sini hari ini. Menurut sumber, ketika ditahan kedua-dua suspek dipercayai sedang berurusan dengan seorang lelaki berhubung penjualan lot bazar berkenaan hasil maklumat peniaga. Ramai peniaga itu tidak berpuas hati apabila mengetahui semua lot bazar itu dibeli dan dijual semula dengan harga berganda oleh lelaki terbabit BPR turut merampas wang RM11,000 daripada suspek hasil penjualan lot tersebut.
Difahamkan anak Tan Sri itu merupakan satu-satunya individu yang berjaya membeli kesemua 18 lot bazar Ramadan di Jalan TAR daripada DBKL walau pun tender pembelian lot-lot berkenaan ditawarkan secara terbuka sebelum ini. ``Suspek dipercayai mendapat keistimewaan itu kerana menggunakan pengaruh bapanya yang berjawatan tinggi dalam kerajaan,'' jelasnya. Beliau memberitahu, suspek kedua yang merupakan seorang pegawai DBKL dipercayai turut terbabit membantu meluluskan penjualan lot bazar Ramadan terbabit. `Anak Tan Sri terbabit dipercayai hanya membayar RM60 untuk membeli satu lot bazar tersebut tetapi menjual semula kesemua lot berkenaan kepada peniaga lain dengan harga RM11,000. ``Hasil keuntungan tersebut kemudian dibahagikan kepada pegawai DBKL yang bertindak meluluskan penjualan lot kepadanya,'' ujar beliau.

Fuyooo!!! Modal RM 60 untung RM 11,000. Boleh pergi Mekah pergi balik. Kaedah yang sama yang diajar oleh pemimpin2 UMNO peringkat yang lebih tinggi dan projek yang lebih besar. Cuma anak-anak bilis ni biasa kena tetapi Jerung biasanya terlepas begitu saje. Sebab itulah pemimpin Umno kaya-raya tetapi rakyat papa kedana.

Bagaimana pula di Terengganu sempena kedatangan Ramadhan tahun 2010 ini? Apa yang dibuat oleh Majlis bandaran Kuala Terengganu(MBKT) biasanya sama dengan daerah-daerah lain. Tak cukup lagi ke wang ehsan dan pelbagai ketirisan wang royalty minyak itu sehinggakan petak bazaar pun adalah peluang berniaga dengan rakyat. Itu belum kira borang permohonan yang dijual. Dapat ke tidak belum tahu lagi.

MBKT sedia 2,815 petak bazar Ramadan

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 2,815 petak disediakan di 21 lokasi bazar Ramadan seluruh daerah Kuala Terengganu kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan sepanjang bulan puasa. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata, bermula Ramadan tahun ini semua lokasi dan perniagaan akan diserah sepenuhnya kepada persatuan peniaga di setiap kawasan serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

MBKT hanya menyediakan tempat sahaja dengan kadar bayaran sewa RM70 bagi lokasi di kawasan bandar dan RM50 untuk luar bandar sepanjang tempoh satu bulan,” katanya.

Menurutnya, petak pasar Ramadan yang paling banyak disediakan adalah di tiga lokasi utama iaitu di Pasar Kedai Payang 300 petak, Pasar Chabang Tiga 299 petak dan Dataran Shahbandar 216 petak. “Manakala bagi tapak pasar malam sepanjang bulan puasa ini turut disediakan di Dataran Shahbandar dengan kapasiti 700 petak untuk peniaga kesemuanya dan semua surat tawaran telah dikeluarkan.
ai!... Seronok le raye taon ni....

Read More !

Kenapa Pas lambat?

| | 2 comments


Dalam menanggani isu perpaduan melayu, Pas dilihat lambat bertindak. Pas seolah-olah duduk dipenjuru gelanggang apabila loceng pertarungan dibunyikan. Pas diasak oleh UMNO dan dilihat berjaya menjuarai isu ini. Pas seolah-olah bertahan dalam isu ini. Menyerang mufti Harussani dilihat sebagai tindakan tidak bijak. Sedikit sebanyak akan menaruh simpati rakyat terhadap beliau dan secara langsung rakyat akan turut bersimpati terhadap UMNO.

Umno sendiri bukannya benar-benar hendakkan perpaduan bersama Pas maupun perpaduan melayu. Memang dikala ini mereka amat tersepit tetapi mereka hanya berhasrat untuk menjuarai undi orang-orang melayu. Mereka sendiri tahu bahawa sebahagian besar pengundi melayu menyokong Pas. Kebanyakan pertembungan kerusi juga adalah diantara Pas dan Umno. Apabila di spin isu perpaduan melayu, mereka cuba menggambarkan bahawa Pas dalam keadaan serba salah. Seolah-olah enggan kepada perpaduan sesama bangsa dan takutkan kepada orang cina khususnya DAP. Jadi merekalah juara melayu.
Ia menimbulkan tanda-tanya terhadap rakyat dan masyarakat majoriti melayu tentang apa sikap Pas. Hendak disambut bimbang takut isu perpaduan dicanang semula. Hendak diam begitu sahaja seolah-olah Pas lebih suka kepada perpecahan dan enggan perpaduan. Mereka memalu gendang ‘silat pulut’ sedang Pas bersedia dengan memakai sut ‘tomoi’. Jadi Nampak tak serba tak kena.

Sebenarnya Pas tak perlu menari mengikut rentak UMNO tetapi Pas perlu selangkah kehadapan. Sepatutnya inilah masa dan saatnya Pas menjuarai perpaduan Islam. Perpaduan yang meletakkan UMNO di penjuru gelanggang. Pas perlu mengambil kesempatan awal dengan menganjurkan satu "Perhimpunan Rakyat atau Konvensyen Perpaduan Islam Se Malaysia” yang melibatkan semua pertubuhan, Ngo dan lapisan rakyat. Inilah sebaik-baik alternative setelah UMNO gagal membina perpaduan berasaskan kebangsaan sempit mereka. Jadikan firman Allah Swt dalam surah al-Imran ayat 103 sebagai asas

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Undang dan jemput semua organisasi dan juga mereka yang mencintai perpaduan dan Islam. Jangan lupa mengundang UMNO dan PERKASA. Pas sebagai parti Islam terbesar di Malaysia dilihat mampu menganjurkannya. Pakatan perlu menjuarai ke hadapan dan kita boleh lihat apakah UMNO benar-benar bersedia untuk sebuah perpaduan. Kita cukup berkeyakinan resolusi “Islam sebagai asas perpaduan” pasti akan diterima oleh semua umat islam di Malaysia yang benar-benar mencintai perpaduan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan bahasa.

Read More !

Apabila Antik bertemu Klasik

| | 0 comments




Di hujung minggu apabila seorang teman mengaturkan program ceramah ke Hulu Terengganu di Tanjung Putat, K.Brang sempena program Ops al-Falah. Memandangkan ke-esokan harinya program Seminar Akademi Latihan Kepimpinan Pas (ALIM) sessi pertama bermula di Kuala Terengganu, jadi terlebih baik bermalam sahaja di Kuala Brang. Walaupun penulis mempunyai keluarga juga di Kuala Brang tetapi apabila sahabat menawarkan untuk bermalam di Warisan pahlawan Resort menyebabkan penulis terus bersetuju.

Ini untuk kedua kalinya penulis menjejakkan kaki ke Resort ini. Ia merupakan resort yang paling istimewa buat penulis. Sedia maklum Kuala Brang adalah Bandar bersejarah buat Terengganu. Perkembangan Islam tersebar dan berpusat di Kuala Brang di Hulu Sungai Terengganu yang merupakan penempatan awal dan pusat perniagaan dan pentadbiran Negeri Terengganu. Penemuan Batu Bersurat di Kampung Buluh Kuala Brang telah mengangkat nama Kuala Brang sebagai pusat Islam 700 tahun yang lampau berdasarkan catitan pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M (702 H)


Berdasarkan keterangan itu ternyatalah Kuala Berang (Fo-lo-an) pernah menjadi pusat perniagaan yang utama di Asia Tenggara disamping Seri Wijaya dalam kurun masihi yang ke 12. Selain daripada itu, disinilah juga berlakunya Perlantikan Kesultanan Terengganu Pertama. Di samping itu, daerah Hulu Terengganu juga pernah menjadi tempat kunjungan dan tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama seperti yang dibuktikan dengan penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri dan Makam Tun Indera di Kampung Kuala Por, Makam Tok Pauh di Kampung Pauh, Makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Makam Tok Berlian Mahmud di Kampung Kemat dan Makam Sharif Mohammad al-Baghdadi di Kampung Jenagor.


Hulu Terengganu juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Dato` Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain lagi di awal abad ke 19. Daerah ini dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian mereka bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris pada ketika itu. Antara peristiwa yang masih menjadi ingatan sehingga ke hari ini ialah Peristiwa Padang Kacong di Kuala Telemong.

Nama Tok Pauh yang sebenarnya ialah Sheikh Abdullah bin Abdul Kahar berasal dari Negeri Arab. Beliau ialah bapa kepada Tok Pulau Manis (Sheikh Abdul Malek bin Abdullah). Beliau seorang ulama yang terkenal dan adalah dijangka meninggal dalam tahun 1960-an. Makam beliau terletak di Kampung Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang.


Di Kampung Pauh inilah Resort ini tersergam indah. Munasabahlah ia mengambil nama Warisan Pahlawan. Setiap buah Rumah yang terukir indah merupakan rumah antik. Ada yang sudah mencecah usia sehingga 150 tahun. Rumah antik ini dikumpul dan dibaik-pulih serta diselia dengan baik. Pembinaan rumah lama dengan reka-cipta para tukang Terengganu mengambarkan seni bina yang amat bernilai tinggi. Menghabiskan masa di Resort ini pastinya tidak jemu. Kita akan merasa bahawa kita hidup dizaman tradisi kegemilangan era kepahlawanan melayu silam. Kayu-kayu cenggal yang siap terukir menggambarkan kehebatan mereka terdahulu dalam menggarap seni ukir dan kerja tangan yang hebat. Tanpa paku dan berdinding kayu lebar beratapkan bata pasti membuatkan sesiapa saja terpegun dengan nilai antik yang diwarisinya. Salah sebuah antara rumah tersebut dikatakan pernah disinggahi oleh Tok Gajah dalam perjalanannya di Kampung Pauh. Rumah-rumah di Resort ini dinamakan sempena nama tokoh pahlawan dan ulama terkenal termasuk Mat Kilau dan Tok Pauh. Sedetik didalam rumah tersebut ataupun berdiri di berandanya terasa seolah bersemayam didalam istana.


22 negara yang pernah penulis mengembara dan berkelana. Rupanya ada kelebihan tersendiri dinegeri sendiri. Apatah kali ini penulis bertolak dari Dungun memandu Volvo klasik 122s keluaran 1967 menuju ke Kuala Brang dan singgah di Teratak Warisan Pahlawan. Terasa macam P.Ramlee memandu bersama Sabariah ke Pulau Pinang dalam filem Ibu Mertuaku. Apabila bertemu kereta klasik dan rumah antik seperti ini terasa seolah nostalgia dan mimpi-mimpi hitam dan putih dijalin begitu seni bak sebuah skrip filem. Tetapi adakah ia mempunyai erti bagi remaja kini yang mengkhayalkan Lamborgini dan sebuah penthouse di lembah Klang. Hanya jauhari sahaja yang kenal manikam. Yang mampu membezakan antara klasik, antik dan vintage.

Kepada sahabat-sahabat yang ingin berkunjung ke Resort warisan Pahlawan di kampong Pauh, K.Brang ini sila hubungi Pok Ton selaku empunya Resort. H/P: 013-9715068

Read More !

Rogol Penan. Najib bahagi Cawat Besi Ehsan di Baram?

| | 3 comments

Pada tahun 2000, wakil penduduk Penan telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasai Manusia SUHAKAM mengenai penderaan seksual kaum wanita mereka tanpa sebarang tindakan dari polis. Tahun lepas sahaja sekurang-kurang 11 wanita Penan dirogol oleh pembalak di Baram. Laporan oleh 'Penan Support Group' dalam konteks lebih luas mengenai eksploitasi seksual wanita dan gadis di Baram Tengah dan Ulu Baram Sarawak.

Pada bulan Oktober 2009, laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak telah mendedahkan kepada umum dan menegaskan telah berlaku penderaan seksual kepada gadis dan wanita kaum Penan. Laporan tersebut juga telah mendedahkan bahawa terdapat tujuh kes baru penderaan seksual di kalangan gadis dan wanita kaum Penan, selain itu juga menjelaskan usaha pihak kerajaan untuk melindungi gadis dan wanita kaum Penan masih tidak memberi kesan sehingga kini tidak ada seorang pun yang diheret ke muka pengadilan untuk bertanggungjawab ke atas penganiayaan ini.
Baru-baru ini apabila isu ini menjadi polemik kembali, Lalu PM sebagai “Raja Juara rakyat” terus terbang ke Miri pada hari ini dalam rangka lawatan dan turut sama program bersama masyarakat di Baram. Sempena lawatan tersebut, macam biasalah kehadiran santa claus takkanlah tak bagi apa-apa. PM meluluskan peruntukan 100j untuk menaiktaraf jalan Beluru-Lapok yang merupakan penghubung utama antara Baram dengan Miri sempena majlis bersama masyarakat di Long Banga. Sekumpulan pelajar seramai 50 orang dari sekolah Long Bang dan Long Lamai diberi wang ehsan oleh Najib sebanyak Rm 450.00 sebagai gula-gula menghadapi pilihanraya dan sebagai penutup bicara agar kes rogol golongan penan akan hilang dan luput dari diperbincangkan dan khususnya untuk menutup persepsi buruk Negara luar terhadap Malaysia.
Yang hairannya bukan sekadar orang Penan dalam hutan sahaja yang tak selamat dan terjamin hak-hak mereka serta maruah dan keturunan tetapi juga masyarakat Bandar sendiri. Sejauhmana kecaknaan kerajaan Umno-BN dalam menangani kes rogol di Malaysia yang amat mengerunkan. 7 kes baru di Penan beliau pergi ke Miri. Nak beritahu dunia betapa caknanya beliau bagaimana kes rogol selain di baram di seluruh Malaysia yang dibawah pemerintahan beliau yang amat menakutkan.

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan kes rogol telah meningkat daripada 1,217 pada tahun 2000 kepada 1,386 pada 2001 dan kepada 1,431 pada 2002. 1324 (2003), 1698 (2004) , 1189 (2005) 2431 (2006) 3098 pada (2006), 3414 pada (2007) dan 2008 meningkat kepada 4,959 kes.

Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun 2008 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah. Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Maximus J. Ongkili berkata, berdasarkan statistik yang diperolehi pihaknya, sebanyak 2,432 kes rogol dilapor dalam tempoh itu berbanding 1,849 kes tahun sebelum itu.
Menurut Nationmaster yang mengkaji kes rogol di seluruh dunia, Malaysia masih lemah dalam menangani kes-kes rogol yang berlaku dalam negara kita. Mengaku sebagai sebuah negara Islam, berada pada tangga 38 bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow, di Dewan Rakyat menyebut pada tahun 2007 sahaja 5.7 kes sehari di Malaysia ataupun hampir 1 kes rogol setiap 4 jam. Dan pada tahun 2008 dah meningkat kepada 13.7 orang sehari? Siapa bakal dirogol lagi. Apa Umno-BN buat? 7 orang dirogol di Barraam diambil perhatian bagaimana 13 orang dirogol sehari dibiarkan? Kenapa di Arab Saudi yang tiada UMNO, pada tahun 2000 hanya 87 kes rogol di Negara tersebut. Kalau Najib enggan mengadakan hukuman Islam sebagaimana yang dilaksanakan oleh Arab Saudi, apakah alternatif dalam mencegah rogol di Malaysia yang semakin parah ini. Atau PM tak sempat berfikir tentang itu hanya berfikir untuk menang pilihanraya ke - 13 sahaja. Kenapa tidak guna pandangan pimpinan Umno. Dulu Datuk Azalina bekas Puteri Umno mencadangkan potong punai perogol. Ada pemimpin Umno termasuk Isa samad mencadangkan supaya dipakai cawat besi. Adakah Najib membahagikan cawat besi kepada masyarakat Penan untuk mengelakkan dirogol ketika melawat Baram hari ini? Kalau kanak-kanak diberi wang ehsan... apalah salahnya berikan cawat besi ehsan?

Read More !

Wajah2 Gedebe Umno & Apabila 2 Gedebe Bergabung!

| | 4 comments

Biarpun pendapat mereka berbeza tetapi sapa peduli. Mereka berkongsi satu matlamat. Masing-masing mencari pengaruh dan kedudukan politik serta mendapat sokongan biar apapun caranya. Yang penting mereka mengharapkan ada tempat sebagai calon dalam pilihanraya ke – 13 nanti. Walau banyak sejarah politik hitam yang dilakukan oleh mereka tetapi mereka sedang menyusun strategi. Bagi mereka kini Umno mesti menang. Kawasan majoriti melayu mereka laungkan Perkasa dan kawasan majoriti berbilang kaum mereka tagihkan 1 Malaysia.

Biarpun ada pertembungan pendapat antara Nazri & TMP Muhyidin Yassin. Nazri beranggapan PERKASA adalah pertubuhan Ultra Melayu yang akan merosakkan agenda 1 Malaysia dan PERKASA tidak mewakili suara dan tidak juga mendapat pengiktirafan UMNO. Sungguhpun begitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia berpendapat bahawa sesiapa boleh menubuhkan organisasi – biarpun ala-ala PERKASA untuk Cina dan India.
Pengerusi PERKASA gedebe Pasir Mas
Pok Rosli penganjur Perkasa Dungun

Di Dungun apabila bergabung 2 gedebe dan menubuhkan Perkasa Dungun adalah bagi meniupkan rasime melayu dan menuntut hak melayu. Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Umno Dungun, bekas ahli parlimen Dungun bersama-sama dalam perasmian Perkasa oleh Ibrahim Ali bekas Ketua Bahagian Umno Pasir mas yang bertanding atas tiket Pas kini sebagai MP Bebas Hak apapun kita tak tahu. Pak Rosli yang dipecat dari kerusi Setiausaha perhubungan dan masih lagi terpalit namanya dengan isu-isu rasuah MRR 2 yang tidak dinaik namanya untuk ahli parlimen. Tetapi sebagai ketua bahagian beliau dianggap orang yang berkuasa dan cuba mengambil alih tempat ahli parlimen yang disandang oleh Matulidi atau pun cuba mengelecek Pengetua UITM Dungun yang cuba-cuba hendak mengintai kerusi parlimen Dungun. Ibrahim Ali pula tersepit dan terpaksa mengusung Perkasanya kehulu-hilir untuk mencari tempat bagi kerusi parlimen di Kelantan kerana Pas tidak akan memberikan lagi tiketnya untuk dipertandingkan oleh Ibrahim Ali. Kerana itu mau tak mau digalasnya perjuangan nasionalisme melayu dan hendak ditunjukkan betapa juaranya beliau dalam mempertahankan bangsa melayu. Macamana pula orang Dungun boleh terpengaruh? Atau hanya nak juga tunjuk gedebe je?
Dia orang nak tuntut apa pun kita tak tahu? Nak tuntut dari siapa? Pun kita tak tahu. Sebab yang memerintah adalah Umno!. Di Terengganu maupun kerajaan pusat yang memerintah adalah Umno. Bahkan MB Terengganu sendiri pun ahli gedebe Kijal doh. Diaorang nak apa.. entahlah!. Kot-kot nanti timbul pertembungan antara Umno dan bukan Melayu akhirnya Pas jugak yang kena.
Apa dah jadi dengan Perkasa Dungun setakat ini? Penubuhannya di Dungun melantik Cikgu Badi sebagai peneraju diperingkat daerah. Kata bersungguh nak jadi calon Umno Sura. Jadi cikgu pun selalu ponteng tapi dah kerana kuat umno takpelah. Kalau sokong Pas dah ke jongok Batu atau ke Pulau Perhentian dah. Tersasul lepas jawatan, sekarang dah jadi pengerusi Perkasa tu kira oklah tu. Tetapi rasanya padan pengerusi Perkasa tu je kot. Itupun dah terlebih dah tu. Perkasa pun jadilah. Menyamar disitu disebalik NGO. Kot-kot ada peluang lagi jawatan lain nak melompat. Boleh le belajar dan menuntut dengan Pak Brahim pakar lompat tu.
Wajah-wajah Seiras yang dikenali dengan gedebe Umno.

Zaman moden macam ni boleh lagi ke diketengahkan politik orang gedebe ni? Ingat zaman Hang Tuah aje. Dengen menghunus keris ni. Zaman M 16 dan bom C4 ni masih ada lagi ke orang berminat dengan agenda assobiyyah bangsa? Apa yang kita perhati orang gedebe ni tak boleh tongkat langit. akhirnya ghuyub juga. Hilang ditelan zaman macam tu aje.
Tetapi kalau kita lihat dalam Umno yang dikenali sebagai gedebe ni sepesyen aje wajahnya. Adakah begini wajah-wajah gedebe dalam Umno. Ada iras tak? Diharapkan semua wajah gedebe seiras ini boleh berkumpul dalam Perkasa. Mudah untuk kita kenali. Ke Guane?

Read More !

Kapal BN menunggu karam? Umno Dah Jadi Parti Tullah

| | 0 comments

Di maklumkan bahawa beberapa pemimpin MCA dan Gerakan mengadakan satu perjumpaan sulit dengan pemimpin pembangkang di Hong Kong dan sekali lagi pertemuan susulan diadakan selepas itu di Pulau Sentosa, Singapura. Pemuda MCA Selangor pula telah mengambil pendekatan untuk bersedia bekerjasama dlm pembangunan masyarakat di Selangor setelah pertemuan tertutup selepas sidang Dun Selangor.
Seorang yang menghadiri mesyuarat bahagian Umno melapurkan bahawa semasa mesyuarat bahagian umno yang beliau hadiri baru2 ni, ketua bahagian pun banyak mention pasal apa projek besar2 yang boleh buat sebelum orang lain take over federal !!!

Mutakhir ini pun gawat pelbagai pemimpin politik termasuk Ngo dan terakhir sekali Mufti Harussani yang menggambarkan bahawa Umno akan kalah dalam pilihanraya umum ke-13. Mereka ini ke hulu ke hilir macam ayam ketik tungyal bahkan lebih sibuk daripada PM untuk mencari jalan bagi mengadakan perpaduan antara Umno dan Pas.
Pas pun macam anak dara berhias. Sibuk jual mahal. Sakit hati Umno dibuatnya. Rupanya Pas ada harga. Terus maintain dan bergaya. Umno pula dilihat macam laki gila talak. Dah nak habis minyak dok pusing depan pintu rumah mengintaikan Pas. Kekadang tengok pemimpin Umno nampak sangat ketakutan kalah dan dihambat keluar dari putrajaya. Mencari pelbagai jalan demi menyelamatkan survival politik dan kuasa mereka.

Umno sepanjang mengemudikan BN lebih mementingkan politik perkauman dan assobiyyah sempit mereka. Ini kerana mereka merasakan bahawa Umno tidak akan kalah buat selama-lamanya. Parti-parti rakan BN merasa tersisih dan kini adanya alternatif baru iaitu Pakatan yang dirasakan lebih mesra dan adil serta dibina bukan asas perkauman sempit. Tidak mustahil dalam menghadapi Pru-13 nanti Umno akan tinggal keseorangan apatah lagi krisis dalaman Umno sendiri yang tak kesudahan. Diantara pimpinan pula saling merasa curiga bahkan perbalahan merebut pangkat dan kuasa berterusan hingga kini.
Penyakit Umno sudah tiada ubatnya. Siapakah lagi mahu bersama dengan Umno. Ia bagaikan kakinya membengkak dan bernanah akibat kencing-manis, perut dihinggapi kanser usus, jantung sudah acap-kali buat pintasan, 2 kali seminggu kena hemodalisis. Anu pun dah kena siplis. Perangai dan akhlak tak usah cakap. Hah.. sapa lagi nak tunggu dan mendekatinya. Harapkan wang yang disonglap yang masih ada sisa. Baik lari awal sebelum sebelum penyakitnya berjangkit kepada orang yang mendekatinya.

Umno dilihat gagal mengurus dirinya sendiri. Gagal untuk menyatu-padukan ahli partinya sendiri. Gagal untuk membela bangsanya sendiri. Orang tidak yakin bagaimana mungkin Umno untuk menyatu-padukan orang melayu? Bagaimana ingin mengajak Pas bersatu dengannya? Dan Umno tidak tahu istilah ‘berubah’. Macam penagih tegar yang tidak tahu nak berubah dan berhenti untuk menagih dadah. Umno sendiri tidak mendengar suara rakyat. Mereka lebih mendengar suara kroni mereka. Sememangnya umno mempunyai satu telingga dua lidah. Umno sudah hilang keramatnya. Kini Umno parti tullah. (Bukan Parti Allah tetapi parti kena sumpahan).

Langkah yang terbaik adalah keluar berduyun-duyun meninggalkan Umno. Pergilah kepada parti yang lebih kukuh dasarnya iaitu Islam yang merupakan alternatif kepada orang melayu. Dasar yang diletakkan oleh Rasulullah Saw 14 abad yang lalu. Dasar yang terbukti mampu untuk menyatu-padukan umat dan bangsa didunia. Sudah tentu mampu untuk meyatu-padukan bangsa Malaysia. Pas terbukti berbakti di Kelantan, Kedah dan pernah memerintah Terengganu disebalik pelbagai tekanan dan fitnah oleh Umno yang menguasai pusat. Yang khianat adalah Umno dengan melakukan diskriminasi terhadap pemerintahan Pas meskipun sesama melayu.
Meskipun umur kedua parti itu agak sebaya tetapi kini pas dilihat semakin ceria dan bersedia untuk ke Putrajaya dan menongkah arus ke Wisma Darul Iman. Umno akan mengiringi parti LDP di Jepun dan Golkha di Indonesia. Tuan Guru Presiden sudah bersedia untuk mentalqinkannya.

Read More !

Raja Ular Mati dipatuk Ular. Umno mati bukan kerana Pas

| | 0 comments

Bak kata orang tua-tua. Tok Bomoh buaya biasanya mati dibaham buaya. Raja ular mati dipatuk ular. Teringat penulis kepada seorang penjinak ular dari Kerteh, Kemaman Terengganu yang sering menerima undangan Pas bagi mengisi program sosial dan kemasyarakatan. Beliau yang masih lagi muda akhirnya mati dipatuk ular yang terkejut akibat terkepit ekornya dipintu lalu mematuk tuannya.
Raja Ular Malaysia, Ali Khan Samsuddin, 48, juga maut akibat terkena patukan ular tedung selar ketika membuat persembahan pada tahun 2006. Kematian Ali Khan memang tragik dan mengejutkan. Tragik kerana nyawanya diragut oleh haiwan yang selama ini disayangi dan menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Ali Khan menjadi penjinak ular selama 41 tahun. Pernah pada tahun 1998 beliau mengukir nama dalam Guinness World Records selepas tinggal bersama 6,000 ekor kala jengking selama 21 hari. Hari ini beliau mewariskan kepada anaknya Amjad. Hari ini terbukti Amjad sudah menggantikan tempat bapanya. Katanya, walaupun tragedi hitam itu berlaku tiga tahun lalu namun beliau tidak pernah trauma sebaliknya bangga mewarisi seni menjinakkan ular sawa, ular tedung selar, senduk, boiger dendropila (ular punti) dan ular merah itu.

“Di mana-mana pun boleh mati dan saya sanggup ketepikan nyawa saya semata-mata untuk bermain dengan haiwan berbisa ini. “Matlamat saya hanyalah satu iaitu menunaikan impian arwah yang mahukan saya mengikut jejak langkahnya sebagai penjinak ular terkenal di Malaysia,” luah Amjad Khan. Kini beliau telah membuat persembahan bersama ularnya sebanyak 1,500 kali dan layak digelar sebagai Raja Ular menggantikan bapanya.

Lihatlah. Seorang bapa yang bermain binatang berbisa sanggup mentarbiyyah anaknya agar meneruskan minatnya meskipun membahayakan nyawa anak yang disayanginya bahkan telah meragut nyawanya sendiri. Cabaran itu dipikul dan digalas oleh anaknya kini.

Kalau semua pendakwah, para murabbi dalam Islam dan gerakan Islam mewariskan kerja mulia mereka sebagaimana Ali Khan mewariskan buat anaknya. Amat malang sekarang ini kekadang anak-anak mereka bersimpang siur bahkan memilih gerak-kerja yang menentang amalan ibu-bapa mereka sendiri. Bagaimana terjadi ulama mewariskan anaknya dibidang artis yang tidak menjaga segala syariatnya. Sebagai penzalim dengan kuasanya. Sebagai perasuah dengan harta rakyatnya maupun sebagai penentang kepada gerakan Islam yang sepatut didokongnya.
Kerja Islam yang sudah tentu lebih mulia bahkan yang menjadikan amalan yang dikasihi Allah dan nabiNya sepatutnya lebih dikasihi dan dicintai daripada segala kerja didunia yang fana’ ini.
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" al-fussilat : 33

Kalaulah Ali Khan serta Amjad sanggup mati demi peliharaan dan hobinya dengan ular berbisa, tak munasabah para ulama, pendakwah dan pencinta Islam tidak sanggup mati demi menggalas amanah yang ditinggalkan Rasulullah Saw serta agama sucinya iaitu Islam. Tetapi sedih dikala manusia berkorban demi bangsa, demi negara, demi cita-cita maupun sebuah nama tetapi ulama sanggup berkorban hanya untuk perut dan dibawah perutnya. Demi pangkat dan hartanya bahkan diwariskan anaknya.

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu Sebenarnya tidak memakan ke dalam perutnya melainkan api neraka. Al-Baqarah: 174

Tetapi ingatlah rosaknya dunia dek tangan-tangan manusia yang mendiaminya sendiri. Begitu juga yang baik atau buruk. Gerakan Islam itu sendiri kekadang ditumbangkan oleh ahlinya sendiri begitu juga Parti-parti nasionalis akan tumbang dek kerana ahlinya sendiri. Sebagaimana Umar pernah mengingatkan tenteranya agar berhati-hati dan sentiasa bertaqwa. Beliau tidak bimbang tenteranya dikalahkan oleh musuh tetapi beliau bimbang kalau tenteranya melakukan maksiat dan Allah Taala tidak menurunkan nasrunNya nescaya ketika itu tenteranya boleh dikalahkan oleh musuh.

Janganlah Umno bimbang terhadap Pas. Ketika Umno mula merasakan tanda-tanda nazak tetapi percayalah Pas tidak boleh menghancurkan UMNO. Najib pun mendakwa bahawa Umno sebuah parti kuat lagi perkasa. Tetapi Umno bakal dihancur dan dipecahkan oleh ahlinya sendiri. Bermula sejak awal kelahiran Umno sendiri, orang yang menentangnya termasuklah pengasasnya sendiri, Datuk Onn. Di tentang oleh bekas-bekas PM Umno sendiri termasuk Tunku Abdul Rahman. Dipecahkan oleh para pemimpinnya sendiri. Memang begitulah lumrahnya. Tok bomoh ular mati dipatuk ularnya sendiri.

Read More !

Najib & Rosmah berbelanja 3.9 billion setahun?

| | 5 comments

Rakyat disuruh berjimat cermat dalam masa sama dicekik dengan pelbagai cukai. Tetapi pemimpin boros tanpa had. Apabila barang-barang keperluan asas dinaikkan kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah teramat sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional, Rakyat bawahan khususnya yang berpendapatan rendah dan 75% daripadanya adalah bumiputra termasuklah Umnoputra yang selama ini jatuh bangun menyokon Umno-BN.

Tetapi pemimpin Umno-BN ini bijak menipu rakyat. Ia memeras rakyat tetapi tetap berkehendakkan rakyat terus memujinya. Sebab itulah tajuk berita media: “Subsidi diturunkan..” “Penyelarasan harga barang..” “ Najib berani…” “rasionalisme subsidi..”. Kekadang editor serta wartawan macam ni takde hati perut ke? Tidakkah mereka menyembunyikan maklumat untuk bersekongkol dengan kerajaan bagi memeras rakyat marhaen. Rakyat dan sebangsa mereka sendiri demi kepentingan habuan dan periuk nasi mereka. Sepatutnya mereka jujur dengan data yang sebenar. Siapa yang boros? Siapa yang membazir dan salah urus dana awam termasuk syarikat-syarikat GLC. Mereka sepatutnya mempunyai etika dan amanah untuk melapurkan kemana sebenarnya perjalanan kewangan Negara yang merupakan milik rakyat. Tetapi malang apabila mereka menjadi hamba dan diperkudakan pemimpin.

1. Pembaziran Pilihanraya Kecil
Kenapa mereka tidak lapur pembaziran yang berlaku setiap kali pilihanraya kecil? Duit siapa yang mereka guna? Duit Umno atau duit rakyat? Terakhir pilihanraya Sibu. Hampir 2 billion ditabur demi kepentingan politik sempit Umno-BN. Apa jadi. Pengundi Sibu berkata: “ Terimkasih Najib kerana sudi meluangkan masa dan membahagi angpau!...”

2. Perbelanjaan JPM diketuai Najib
Rakyat dinaikkan harga barang untuk berjimat 750 juta tetapi untuk pemimpin? Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 bilion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri yang disayangi Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM 3,900 juta bukan sedikit. Kemana duit itu dibelanjakan. Sepatutnya media cari maklumat dan dedahkan untuk pengetahuan rakyat.

3. Subsidi konglomerat dan subsidi rakyat
Rakyat juga ingin tahu perbandingan subsidi terhadap rakyat dan subsidi terhadap kroni-kroni mereka. Contohnya "Negara memberikan subsidi sebanyak RM20 bilion setahun kepada IPP iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power. Kenapa? Sedangkan sudah ada TNB milik rakyat. Kenapa bersekongkol duit rakyat demi kepentingan IPP. Subsidi 20 billion tetapi mencekik rakyat untuk 750juta. Tidak lain dan tidak bukan dibelakang syarikat tersebut adalah kroni-kroni mereka termasuk anak Dr Mahathir sendiri. Biar rakyat mampus asal kroni dan anak mereka billionair.
Syarikat-syarikat pengeluar tenaga independen (IPP) mendapat keuntungan berlipat kali ganda akibat sistem subsidi bahan api yang tidak masuk akal. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengakui IPP mendapat bekalan gas dengan harga RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British) sedangkan harga pasaran RM41 mmBtu. Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu. Tambahnya, keadaan ini menyebabkan "IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi." "Penjualan gas kepada IPP adalah tidak munasabah sedangkan kos pengeluaran gas ialah RM15 hingga RM16 mmBtu dan harga pasaran pula mencecah RM41 mmBtu.

Gas diberi subsidi tetapi rakyat dinaikkan harga gas. Sedangkan kita menggunakan gas yang disedut diperairan Terengganu, diproses dan dibotolkan di Paka-Kerteh dan dijual dengan harga yang dinaikkan kepada RM1.85 sekilo. Apa ke menatang subsidinya? Mereka dapat gas percuma kurnian Allah dan dicekik rakyat untuk kepentingan kroni mereka. Tahukan saudara YTL di Paka-Kerteh mengaut untung RM1.5 juta sehari, RM40 juta sebulan dan RM500 juta setahun. Apa kepakaran mereka? Hanya sekadar menculik kepakaran dan kemahiran pekerja TNB, jiran sebelah. Tetapi rakyat dicekik dan syarikat kroni yang untung beratus juta diberi subsidi? Apa rasionalnya memberi subsidi gas kepada IPP RM35.7 bilion, manakala sektor penjanaan tenaga pula mendapat manfaat daripada subsidi keseluruhan yang berjumlah RM62.6 bilion berbanding memberi subsidi kepada rakyat?

Itu baru syarikat tenaga. Macamana syarikat-syarikat lain?
Sebab itu kita melihat kekayaan pemimpin Umno luar biasa. Baru sepenggal menjadi wakil rakyat mengalahkan taukey dadah. Itu belum kira yang memerintah dan berkuasa sehingga kepala botak dan beruban. Lihatlah kekayaan Ketua Menteri Sarawak!

Apa yang dapat diperhatikan tentang kenaikan harga barang bertali arus ini sebenarnya usaha yang dilakukan oleh Najib sebagai persiapan mengumpul dana untuk menghadapi pilihanraya. Baru-baru ini disangkakan taukey judi akan melabur besar jika diluluskan lesen judi bola tetapi gagal. Akibatnya sekarang rakyat diperas untuk mencukupkan keperluan kewangan yang lebih besar bagi memastikan Umno-BN terus memerintah.

Hasrat ini perlu dihalang. Jom bersama-sama kita selamatkan Terengganu. Selamatkan Malaysia dari tangan-tangan khianat ini. Semoga dapat dipertingkatkan kefahaman dan capaian maklumat kepada rakyat agar tidak terus dibutakan oleh pemimpin Umno-BN.

Read More !

Pertunjukan Sapa Kuat?

| | 0 comments

Mat Said terpijak tahik di Besut? Ingat cerdik sangat. Rupanya dijerat oleh Idris Jusoh. Ketika lawatan kerja MB Terengganu, Datuk Ahmad Said ke Daerah Besut baru-baru ini, Idris Jusoh telah menghimpunkan dan mengerah semua penyokongnya supaya hadir ke majlis bersama Mat Said. Dikatakan 2,000 orang ramai yang berhimpun. Peringkat awal Mat Said terkejut dan merasa bangga dengan kedatangan orang ramai yang menghadiri program bagi menyambutnya turun ke daerah Besut. Selama ini orang meluat tengok ke Mat Said di Besut. Sehingga tiada gambar Mat Said sebagai MB di Besut tetapi gambar mantan MB masih lagi tertampal megah di pejabat dan di jabatan-jabatan.

Ketika berucap, bukan main lagi Mat Said dengan bangga mengumumkan untuk meneruskan segala projek Di Besut. Di hadapan 2,000 penduduk, beliau mengumumkan akan meneruskan projek pembinaan Lebuh Raya Keruak, Hulu Besut dengan Gunung Bongsu, Hulu Terengganu dengan peruntukan RM500 juta. Beliau juga melawat Jerteh Souq selepas meninjau perkembangan projek pembangunan Universiti Darul Iman dan Taman Ilmu, di Tembila, Besut. Mat Said juga merasmikan majlis pecah tanah membina rumah pangsa di Kuala Besut.

Selepas itu tersebar sms dan gossip bahawa semua yang diumumkan oleh Mat Said itu adalah projek mantan MB, Idris Jusoh. Mat Said jadi Wok Yek saje. Tukang umum projek dan kelulusan dana sahaja. Yang bijak adalah Idris dan kalau segala projek terbengkalai di Besut, Idris boleh lari kepala. Bukan salah dia tetapi salah Mat Said kerana menyekat peruntukan kewangan.
Kehadiran ramai penduduk dalam majlis itu adalah untuk menunjukkan kepada Mat Said bahawa Idris mendapat sokongan ramai di Besut. Semua kaki-kaki Ideris Jusoh pun turut hadir. Termasuk bekas SUK yang disingkirkan Mat Said yang merupakan penyokong setia Idris Jusoh. Rupanya program tersebut bukannya hanya untuk menyambut Mat Said sebagai MB. Tetapi nak buktikan bahawa Idris Jusoh masih berkuasa. Dalam siri perebutan kuasa kini, signal Idris kepada Mat Said ... "jangan main-main dengan aku". Sebenarnya ini adalah pulang paku buah keras sahaja. Kerana ayat itu pernah dihamburkan kepada Idris semasa MB ketika di Kijal apabila nama Mat Said takde dalam senarai calon 2004 dulu.

Bengang dengan apa yang berlaku di Besut, Mat Said baru perasan bahawa beliau ‘terkena’ kepada Idris Jusoh lalu beliau juga ingin mempamerkan kepada musuh politiknya bahawa beliau juga ramai penyokong dan juru-kakanya di Kemaman. Ketika lawatan kerja diadakan di Daerah Kemaman. Meskipun itu kawasann jajahannya sendiri dan beliau pun sentiasa ada di Kijal atau Kemaman tetapi beliau tetap mengadakan program bersama MB.

Timbulnya kenyataan terpapar:

'Program selama tiga hari dua malam itu menemukan beliau dengan 3,000 guru, 2,000 kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan, 2,000 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, 2,000 pesilat selain Orang Asli, remaja dan pemimpin politik tempatan...'
"Secara keseluruhannya lawatan kerja tiga hari Menteri Besar ke Daerah Kemaman 9 hingga 11 Julai lalu amat berjaya." ucap Mat Said

Ini nak menunjukkan angka 9,000 bersama Mat Said di Kemaman. Betul ke tidak angka tersebut tetapi realitinya beliau ingin menunjukkan kepada puan Deris Jusoh bahawa beliau berkuasa dan mendapat sokongan di Daerah Kemaman. Masing-masing menunjukkan kuasa masing-masing. Sumo utara dan Sumo selatatan bertempur. Bimbangnya rakyat yang jadi mangsa.

Gendang perang Pru-13 sudah dipalu, masing-masing ingin mempertahankan survival masing-masing. Kalau kali ini terlepas, melapaslah jawabnya. Mat Said pun telah menuntut supaya diserahkan kembali jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada beliau. Hal ini sudah tentu ditentang oleh puak Deris.

Yang terbaru 4 adun Setiu pula memulaukan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu. Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat. Ini megecewakan Timbalan PM Tan Seri Muhyidin yang hadir merasmikan perhimpunan tersebut. Sedangkan ahli parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga ketua Umno bahagian Setiu dan ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh hadir dalam program tersebut. Mohd Jidin merupakan team tegar Idris Jusoh. Nampaknya episode pertempuran ini belum berakhir tetapi kini makin hangat. Sebab pilihanraya makin dekat. Siapa yang bergelar juara dan siapakah yang kecundang?

Rakyat Terengganu mengharapkan Umno yang akan kecundang. Rakyat sudah jemu melihat perbalahan yang tidak kesudahan tetapi mengaku juara rakyat dan ingin membela rakyat. Kalaulah masalah dalaman hancur lebur bagaimana nak membela rakyat. Jom selamatkan Terengganu. Kita humban Umno-BN ke laut cina selatan dalam pru ke 13 nanti.

Read More !

Tunjukkan Kad Ahli UMNO, Anda dapat Subsidi!

| | 4 comments

Setiap kali harga barang naik. Ramailah para pemimpin barua dan pengampu menyebut. Negara lain mahal lagi? Tengok Singapura? Mereka tak sebut bahawa Singapura takde minyak & Gas. Singapura takde ladang gula. Gaji dan kadar upah yang tinggi berbanding dengan Malaysia. Sabarlah. Rakyat kena tanggung demi pembangunan. Nak Negara maju rakyat kena berkorban. Nanti kerajaan menjanjikan Malaysia maju 2020. Rakyat berpendapatan tinggi. Bla..bla..bla.. Semua pemimpin yang sedap bercakap itu hidup mereka ditanggung oleh rakyat dari duit pembayar cukai. Mereka mana rasa keperitan harga barang macam ni.

Hakikatnya, rakyat memang rasa resah apabila berlaku setiap kali kenaikan harga. Sebab rakyat yang terpaksa menanggung secara langsung setiap kenaikan. Terbaru apabila PM mengumumkan kenaikan baru Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam tadi. Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.
Harga baru:
• Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
• Diesel - RM1.75 seliter.
• Gula - RM1.70 sekilogram
• Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Harga baru gas:
• Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
• Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
• Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00

Bagi penyokong UMNO mereka tak kisah. Sebab mereka ahli UMNO-COCO dikecualikan kenaikan harga barangan tersebut. Mereka dapat subsidi. Kan mereka penyokong tegar kerajaan. Sudah tentu mereka sujud syukur kerana kenaikan harga barang. Itulah tanda kerajaan yang mereka sokong itu bijak. Hebat. Cakna & Mendahulukan Rakyat. Orang yang tidak menyokong UMNO-BN pada pilhanraya yang lepas terpaksa membayar kenaikan harga barang tersebut. Bagi ahli UMNO, sila bawa kad ahli UMNO ke kedai untuk membeli gula atau menggalas satu tong gas. Tunjukkan kad UMNO ke stesyen minyak. Nanti ketakutanlah penjual tersebut dan terus memberi diskaun. Mereka pasti kagum dan hebat terhadap anda kerana anda ada kad ahli UMNO. Atau pun mereka tentu berguling atas tanah… Ekekekeke… Kalau takpun disumpah seranah. “Kerana kau sokong UMNO-BN le barang jadi naik ni… Bodoh!.

Tapi ahli UMNO mereka tetap macam lembu kenyang. Kalau dinegara Arab macam keldai le. Larat tak larat ke.. keja dia pikul aje. Bagi mereka hanya UMNO sahaja yang layak memerintah. Mereka terus berkhayal bahawa Malaysia adalah Negara maju tahun 2020 meskipun Menteri mengumumkan kemungkinan bangkrap tahun 2019. Mereka tetap yakin bahawa kerajaan akan menaikkan gaji mereka sehingga 5K sebulan (Janji ECER di Pantai Timur). Inilah Negara yang bakal menjanjikan rakyat yang berpendapatan tinggi. Apalah sangat naik barang 5 – 25 sen?. Nasib baik ada kalau takde macam zaman Jepun? Mereka tetap sokong UMNO. Dulu, kini dan selama-lamanya sampai kiamat. Sampai bila hidung mereka dicucuk oleh UMNO?

Read More !

UMNO: Tua Tak Larat, Nafsu Je Kuat, ada hati nak meminang lagi!

| | 0 comments

Masa budak-budak dulu seronok kalau baca cerita sang kancil. Antaranya kisah buaya yang tertimpa kayu. Kebetulan kerbau melalui pinggir sungai dan sang buaya meminta tolong. Kesihan melihat buaya tersepit lalu ditolongnya. Setelah terlepas lalu disambar kaki sang kerbau untuk dimakannya. Nasib baik ada sang kancil yang berjaya melepaskannya.


Ianya sama dengan pribahasa bab melepaskan anjing tersepit. Kalaupun kita merasa belas kasihan kerana ingin melepaskan seekor anjing yang dalam kesakitan ini, kita perlu mengambil langkah berjaga jaga kerana binatang ini adalah karnivor! Bergigi taring dan dalam kesakitan, tersalah buat ia mengigit tangan kita apabila melepaskan anjing yang tersepit itu. Ia tidak kenal siapa yang menolongnya bahkan tak mengenang budi langsung. Ia bermaksud seseorang yang tidak tahu berterima kasih setelah ditolong sewaktu susah sebaliknya memberi kesusahan kepada si penolong!!

Inilah yang berlaku semasa peristiwa 13 mei. Umno rasa tersepit lalu mengharapkan pertolongan dari Pas. Bahkan Tun Abdul Razak sanggup menjanjikan untuk meminda perlembagaan bagi melaksanakan undang-undang Islam bahkan memberi ruang kepada Pas untuk berdakwah dan menerapkan Islam dalam pentadbiran. Demi sebuah perpaduan dan keamanan Negara, Pas ketika itu sedia menyambut salam perpaduan setelah mendapat mandat parti dan mengadakan persefahaman dengan Umno. Bermulalah kerajaan campuran dalam perikatan dan kemudiannya di kenali Barisan Nasional.
Peringkat awal gabungan ini menmpakkan perubahan dan pentadbiran. Arak sudah tidak dihidang dalam majlis rasmi yang dahulunya merupakan amalan rutin. Majlis tarian lelaki dan perempuan dalam majlis rasmi kerajaan mula dikurangkan. Azan mula berkumandang di radio dan kaca TV. Akademi pengajian Islam ditubuhkan bermula di Nilam Puri kemudiannya di Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan banyak lagi perubahan jahiliyyah British yang bertapak dalam pentadibran hasil pemerintahan Umno-BN.

Tetapi ia tidak lama. Apabila Umno merasa sudah kuat dan tidak memerlukan Pas lagi, apatah lagi Pas sudah mula dikenali dan ingin membuka cabang-cabangnya diluar Terengganu dan Kelantan termasuk ke Johor lalu Umno menganggap ini semua akan membahayakan politik Umno dan bermulanya penyingkiran Pas dari BN dan terakhirnya berlakunya Mageran di Kelantan yang diperintah oleh Pas. Inilah pengkhianatan yang jelas terhadap kepercayaan yang diberikan Pas demi sebuah perpaduan.
Hari ini sejarah itu berulang kembali. Setelah Pru-12 yang menyaksikan kehilangan banyak sokongan terhadap Umno & BN maka mereka mula memainkan gendang lama itu dan dipalu dengan irama yang sama. Demi sebuah perpaduan dan kuasa melayu. Demi pembangunan Negara. Hakikatnya demi talihayat dan survival UMNO.

Kekadang kita hairan, dalam masa ucapan pimpinan serta media mereka menghentam dan menggasak pimpinan Pas dan PR tetapi mutakhir ini menhulurkan tangan persaudaraan untuk kerjasama antara Pas dan Umno. Menuduh Pas sebagai sesat tetapi ingin berkerjasama. Ingatkan ingin diharamkan macam al-Arqam. Menduduh Pas sebagai JI dan pengganas. Ingatkan nak di ISAkan atau di ekstradisi ke Amerika tetapi ingin bergabung bersama.
Pas tetap dengan dasar Islamnya dan tak pernah menutup pintu kepada sesiapa pun yang meletakkan dasar Islamnya untuk ia bekerjasama tetapi mestilah atas dasar Islam. Kalaulah selama ini Umno gagal untuk memupuk perpaduan atas dasar assobiyyah dan kebangsaan. Kenapa tidak bertukar kepada dasar Islam kerana kini Pas sendiri diterima oleh orang Islam maupun bukan Islam.

Terakhir bermadahlah pula Perdana Menteri selaku Presiden Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini. Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut.
Dalam masa yang sama Najib menyatakan bahawa Umno kuat dan tidak lemah hingga perlukan PAS . Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS. Dah kuat kenapa terhegeh-hegeh pulak macam jantan gila talak.

Inilah dia politik Umno. Dah tahu tak larat dan tak kuat. Janganlah berbini ramai. Cukuplah kompenen BN yang ada. MCA, MIC, GERAKAN, dan beberapa parti yang ada. Itupun sekarang dah porak peranda. Bahkan lihatlah mesyuarat agung bahagian Umno sendiri pun kucar-lana. Dah le tak larat nak tenangkan parti-parti yang ada. Permintaan dan desakan parti-parti tersebut pun tak tertunai. Tetapi nafsu nak memerintah kuat. Itu pasal ada hati nak meminang Pas pulak. Keadilan taknak pulak? Kenapa? Nak pinang Pas kena pinang semua PR. Takkan nak anak, keluarga taknak? Itu menantu kurang asam tu.

Nampaknya dulu setelah mengamalkan politik buaya dan anjing tersepit kini Umno nak meniru politik ahli gusti pula. Kalau kita menonton pertarungan gusti. Biasanya ada yang baik dan ada yang jahat. Pengusti jahat biasanya akan sentiasa menggasak tanmpa ampun dan maaf semenjak permualaan perlawanan. Tiada undang-undang bahkan pengadil pun dia tipu. Tetapi apabila datang peluang kepada pengusti baik, lalu dihulurnya tangan persahabatan seolah-olah ingin berdamai.. tetapi bila disambut lalu dihentam dan dikeronyoknya pengusti baik itu tanpa member ruang walau sedikit. Kekadang pengadil pun seolah-olah berat sebelah.
Lebih kurang sama dengan UMNO lah. SPR, Tentera, Polis termasuk jabatan-jabatan kerajaan dan kementrian diperalatkan untuk kepentingan politik mereka. Digunakan segenap kekuatan untuk menghentam dan melanyak Pas dan PR tetapi kini seolah menghulur tangan persahabatan dan perpaduan. Seolah-olah hendak bersama-sama menegakkan Islam. Benar ke kehendak UMNO itu? Atau mengali lubang untuk mematuk Pas? Dipatutkah Pas untuk kali kedua pada lubang yang sama?

Read More !

Pintu pagar Putrajaya dibuka untuk PR

| | 0 comments

Pemimpin UMNO jadi serba salah. MCA pulak nak wujudkan Perkasa Cina. Nanti MIC pun nak wujudkan Perkasa India. Habis sapa nak perkosa sapa? Masing-masing nak tunjuk kuat. Ahli Umno sendiri sudah terasa bakal kehilangan cengkaman dan kuasa. Apatah lagi dengan desakan demi desakan dari Parti kompenan BN untuk menuntut pelbagai tuntutan demi kepentingan politik masing-masing.

Umno sendiri bimbang dengan hakisan penyokong melayu lalu ia melakukan provokasi kaum yang disangkakan akan menguntungkan mereka dengan menarik lebih ramai penyokong melayu dan dalam masa yang sama menuduh dan memfitnah Pas & Keadilan kerana menarik pengundi melayu. Kebencian dan ketakutan hilang kuasa mereka menyebabkan mereka menghentam habis-habisan pimpinan Pas & Keadilan. Yang terakhir dengan tuduhan Pas sebagai sesat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen CIA. Dalam masa yang sama masih lagi merayu-rayu untuk menarik Pas yang dituduh sesat itu untuk bergabung dengan Umno. Umno sudah hilang hala-tuju dan dilihat kelemasan dalam mencatur politiknya menghadapi Pru-13.

Itulah sebabnya Umno bersetuju dengan gerakan Perkasa yang ditubuhkan oleh Ibrahim Ali. Ia dirasmikan sendiri oleh mentor PM iaitu Tun Dr Mahathir. Ramai pemimpin Umno juga turut hadir dan merestuinya. Timbulnya ucapan dan desakan perkauman dan rasis. Umno mengharapkan ia menguntungkan agendanya dan Ibrahim Ali dengan agenda politiknya bagi menyambung talian hayatnya sendiri. Apabila timbul pertembungan berterusan termasuklah krisis Ketua Pemuda Umno vs Ibrahim Ali vs Ka Siong selaku ketua pemuda MCA sudah semakin jadi kusut. Ia menimbulkan rasa tidak puas hati parti kompenan.

Terakhirnya Barisan Nasional (BN) memperlihatkan isyarat jelas bahawa perikatan itu tidak bergandingan dengan Perkasa apabila Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf pertubuhan yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman. Idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan. “Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib,” kata beliau.

Hah nampaknya makin berkocaklah UMNO-BN. Nak letak mana Dr Mahathir? Beliaulah yang terhegeh-hegeh merasmikan persidangan Perkasa dan di Terengganu sendiri telah dilancarkan ‘GERTAK’ juga pertubuhan sebangsa dengan Perkasa. Dr Mahathir juga yang merasmikan perhimpunannya. Mat Said selaku MB juga turut hadir. Apakah ini mereka-mereka yang terlibat dengan Perkasa dan Gertak akan disingkir? Kemana nak pergi Ibrahim Ali? Kesian dia.
Kalau ini berlaku menambahkan senak kepala Najib untuk menerajui bahteranya menghadapi Pru-13.
Mesyuarat Agung UmNO bahagian-bahagian yang kini sedang berjalan melihatkan pertembungan dan perbalahan dalaman berlaku dimana-mana. Bukan hanya di Terengganu, Tumpat dan terakhir adalah dinegeri Abdullah Badawi iaitu Jelutung sehingga Bekas ketua Umno Jelutong Datuk Abdul Rashid Ismail berkata parti Melayu itu tidak mungkin dapat terus berkuasa jika ia gagal menangani masalah-masalahnya. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli bahagian bahawa tidak salah bagi melompat ke parti lain jika tidak berpuas hati dan gagal mencari penyelesaian dalam Umno.
"Jangan rasa bersalah. Pilihan lain, anda boleh lompat ke parti lain seperti PKR atau PAS - masih ada Pakatan Rakyat. Ia masih boleh diterima kerana anda bukan melompat ke agama lain,” katanya.

Hah nampaknya pintu pagar Putrajaya sudah terbuka. Kalau ada orang yang sanggup bunuh diri kerana kekalahan Umno di Selangor. Bagaimana nanti kalau Umno terpaksa menggalas beg keluar dari Putrajaya. Tentu ramai yang terjun laut kot?

Read More !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...