Putera Charles Diserang, Ketuanan Inggeris Goyang?

| |
Tidak pasti ada ke tak ketuanan Inggeris sekarang sebagaimana UMNO mewar-warkan ketuanan Melayu yang hakikatnya nak menyembunyikan serta mempertahankan ketuanan UMNO yang bersembunyi disebalik simpati kaum dan disebalik istana.

Dahulunya ketika perjuangan kebangsaan yang diasaskan dibarat kuat mencengkam sehingga digarap ke Negara-negara jajahan mereka. Peperangan di Eropah berlaku hanya kerana perbezaan kaum dan ras. Tetapi kini mereka berjaya mengeluarkan diri mereka daripada kepompong jahiliyyah mereka sendiri.

Dahulunya British dan empayar mereka menunjukkan kesombongan mereka keatas negara-negara lain di Eropah maupun keatas negara jajahan mereka sehingga mereka digelar sebagai “The Bulldog”. Gambaran keangkuhan dan sifat ingin menjadi tuan keatas sepesis lain. Hari ini mungkin dunia sudah semakin relevan dan mereka mula mengakui hakikat persekitaran sebenar. Institusi diraja sendiri pun sudah semakin tidak popular, apatah lagi dengan banyaknya krisis kekeluargaan dan moral yang berlaku dikalangan institusi tersebut menyebabkan rakyat makin meluat dan hilang penghormatan mereka terhadap institusi tersebut. Apatah lagi gaya hidup serta kos kehidupan serta perbelanjaan institusi ini yang sentiasa menimbulkan kontreversi.

Terbaru apabila kenderaan Putera Charles diserang para penunjuk perasaan ketika berdemontrasi isu kenaikan yuran pelajar di London. Mereka mungkin ingin menarik perhatian agar institusi diraja juga berperanan dalam membantu menyelesaikan permasalahan rakyat. Agar turut peka dengan apa yang berlaku, dan bukannya sekadar hidup di alam dan dunia mereka sahaja.

Bayangkan kalau ini terjadi di Malaysia, dah jadi isu gegak gempita ni? Tentu pembangkang akan jadi sasaran media yang bertalu-talu. Puak-puak songkok tinggi akan buat kenyataan bahawa ketuanan melayu dan institusi diraja dalam bahaya!!!!

Beginilah wajah Putera Charles dan Camilla, Duchess of Cornwall, terkejut ketika kereta mereka diserang para demonstrasi di London, Kamis (9/12).

LONDON – Kereta Putera Charles diserang oleh para demonstrasi dalam aksi protes mahasiswa di London, Kamis (9/12), tetapi Putera Charles dan istrinya, Camilla, tidak cedera.

Pewaris takhta kerajaan Inggeris yang berusia 62 tahun, dan istrinya yang berusia 63 tahun, Duchess of Cornwall, sedang dalam perjalanan ke teater di tengah kota London ketika kendaraan mereka ditendang oleh penunjuk perasaan yang sedang berdemnontrasi. Tingkap sisi tempat duduk belakang tempat Charles duduk, dipecahkan dan kereta itu lalu disimbah cat putih.

"Kami sahkan bahwa kereta Their Royal Highnesses diserang oleh para penunjuk perasaan di tengah jalan menuju London Palladium," kata juru-cakap Clarence House, tempat tinggal Charles. "Mereka berdua, Charles dan Camilla, tidak cedera." Keluarga kerajaan Inggeris selalu dikawal secara diam-diam tapi dengan keamanan yang tinggi.

Protes mahasiswa terhadap kenaikan yuran pengajian kuliah universiti, kini berkembang menjadi rusuhan di sekitar bangunan parlimen, tersebar ke bahagian lain di pusat kota London setelah pungutan suara atas usul kenaikan itu diluluskan di parlimen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...