Heran! Kenapa asingkan tandas lelaki & perempuan?

| |
Cuba anda jenguk dalam tandas lelaki dan wanita. Kebiasaannya mangkuk tandasnya sama. Habis kenapa diasingkan tandas mengikut jantina? Bahkan ia terpakai diseluruh dunia. Kenapa dalam Islam para muslimah dituntut memakai jilbab dan tidak kepada lelaki. Apakah kepala, tengkok, telinga, rambut lelaki dengan wanita berbeza? Bagi seorang muslim mereka mendahulukan syara’ daripada logik akal dan apabila akal meneliti ketentuan syara’ itu barulah mereka memahami kenapa.

Daya keinginan syahwat timbul buat lelaki terhadap wanita berbeza berbanding wanita terhadap lelaki. Islam mengutamakan kawalan dan penjagaan sebelum timbulnya penyakit berbanding proses pengubatan. Faktor akhlak, moral dan pecegahan merupakan matlamat yang dicari. Sebab itu Islam menuntut pengasingan tempat tidur anak-anak kita sejak bermula 10 tahun. Memisahkan tempat solat antara lelaki dan perempuan. Ia bukannya diskriminasi tetapi menjuruskan keselesaan, keselamatan, ketenangan bukan hanya untuk wanita tetapi juga buat lelaki dalam mendidik dan melahirkan manusia yang beriman dan berakhlak.

Kepada setengah orang yang meletakkan nafsu dan akal semata, mereka akan mengkritik meskipun ianya selari dengan fitrah mereka. Bagi yang membenci proses menegak dan melaksanakan syariat atau etika Islam, mereka juga segera mengkritik meskipun ianya untuk kebaikan mereka sendiri dan ianya bermanfaat

Ketika Kerajaan Kelantan pimpinan PAS memperkenalkan kaunter Pusat Beli-belah yang berbeza antara lelaki dan wanita… pelbagai komentar dan kritikan khususnya pimpinan Umno BN. Sebab itu segala tindakan dan perubahan yang diperkenalkan oleh Umno-BN jauh ketinggalan. Mereka mencari jalan untuk memomokkan Pas maupun Islam bahawa wanita dikesampingkan atau didiskriminasikan dan dengan pelbagai tuduhan. Mereka terpengaruh dengan Barat yang menghadapi pelbagai diskriminasi hak wanita yang menyebabkan timbulnya perjuangan untuk membela hak gender feminine. Hakikatnya ia tidak berlaku dalam system Islam. Bahkan kehadiran Islam itu sendiri mengangkat tinggi martabat seorang muslimah. Ketika kerajaan Pas Terengganu (1999) memperkenalkan cuti 90 hari pelbagai kritikan dilemparkan khususnya dari pimpinan wanita Umno sendiri tetapi kini ia diterima-pakai oleh kerajaan pusat kini.

Pihak KTMB baru sahaja mewujudkan pengasingan gerabak antara lelaki dan wanita. Presiden KTMB Aminuddin Adnan berkata tinjauan yang dijalankan oleh KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita dan selebihnya lelaki.Katanya jika keretapi komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.Aminuddin berkata, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.

Kelmarin pengasingan bas Rapid Bandar Kuala Lumpur bermula. Ini suatu langkah yang baik. Rapid Bas Wanita yang diperkenalkan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) selepas kerap menerima aduan daripada pengguna, terutama wanita yang terpaksa berhimpit dan terdedah kepada gangguan seksual,kecurian,gejala akhlak dan sebagainya.

Persoalannya timbul… bila lagi nak mengasingkan percampuran lelaki dan wanita dalam program PLKN yang sentiasa dipersoalkan. Begitu juga pengasingan dipusat-pusat pendidikan yang sesuai. Mungkin kalau Tanya nafsu kita.. pelbagai jawapan untuk merasionalkan akan diutarakan. Yelahhh… keinginan nak bercampur-baur antara lelaki dan perempuan ini sentiasa terselit keinginan nafsu dan syaitan. Apatah lagi golongan liberal, moderate maupun penentang agenda Islam akan sentiasa memperlekehkannya. Kekadang dengan logik dan lawak bodoh aje.

Apapun tahniah buat Ma’had Muhammadi Kelantan yang sentiasa cemerlang dalam setiap tahun keputusan peperiksaan peringkat nasional maupun kualiti akhlak pelajar meskipun mereka belajar secara terpisah antara Ma’had Muhammadi Perempuan dan Ma’had Muhammadi Lelaki. Semoga 10 tahun akan datang pemimpin Umno-BN mengiktirafnya. Maaflah mereka sebab mereka lambat sikit berfikir....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...