MasyaAllah! USNO pulak roboh masjid dibulan Ramadhan ini

| |
Belum reda isu khutbah di Pulau Pinang, timbul isu menyimbah cat di Surau di Negeri Sembilan. Sebelum ini kes pembakaran masjid kerana gagal berkahwin. Isu pembakaran gereja dan kini perobohan masjid pula. Ramadhan maknanya 'panas'. Nampaknya banyak isu panas melanda umat Islam di Ramadhan tahun ini. Bulan ramadhan adalah bulan sabar. Sabarlah… kerana sabar itu separuh iman, kerana dunia ini tempat ujian dan akhirat juga tempat pembalasan. Tetapi sampai bila umat Islam perlu bersabar?

Dari lembah Balakan, nampaknya USNO (United Serbian National Organitation) Serbia seakan tak pernah jemu memusuhi umat Islam. Di Bulan Ramadhan ketika umat Islam berpuasa dan beribadah sambil mengunjungi masjid diseluruh dunia, diketika itu pemerintah Serbia sekali lagi meneruskan langkah biadap dan memprovokasi umat Islam di negaranya. Mereka menghancurkan sebuah masjid di desa Sturba dekat Livno.

Bantahan pun disuarakan oleh Mufti Besar Bosnia, Syeikh Mustafa Tseric. Dia memprotes penghancuran masjid itu setelah diberitahu oleh perwakilan masyarakat internasional di Bosnia, Valentin Anczyko. Mufti Bosnia diminta campur tangan atas perbuatan tidak bertamadun Serbia tersebut.
Dalam kenyataan Mufti Bosnia mengatakan penduduk Muslim di wilayah itu sangat menderita kerana mengalami diskriminasi etnik dan agama. Dia mengecam dan merasa kesal atas tindakan Serbia yang memusnahkan masjid di bulan suci Ramadhan.
Masjid itu berada di wilayah Selatan Bosnia. Di wilayah Balkan terdapat sekitar 3,8 juta etnik Bosnia, termasuk 40 peratus di antaranya adalah Muslim dan 31 peratus dari Serbia Ortodoks serta 10 peratus dari etni Croatia Katolik.

Penderitaan dan diskriminasi umat Islam berterusan. Bukan handa dilembah Balkan tetapi di Asia Tengah bahkan diseluruh dunia. Bukan hanya di Negara dengan dasar cengkaman komunis di seperti di Rusia, Armenia maupun pun di China bahkan dinegara yang bertamaddun seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Umat Islam tidak dibenarkan mendirikan menara masjid di Eropah. Gereja lama yang dibeli umat Islam kini tidak dibenarkan dengan alasan untuk mengekalkan imej bangunan lama Kempen berterusan khususnya di Belanda melarang membina masjid.. Protes membina masjid dan pusat Islam di sekitar Ground Zero iaitu 2 blok dari tapak runtuhnya WTC, New York. Itu tidak termasuk perobohan masjid di bumi Palestine oleh laknatullah Yahudi

Kenapa ini semua berlaku? Dalam umat Islam dituduh sebagai terroris tetapi umat Islamlah yang menjadi mangsa dan diskriminasi. Bukan sahaja rumah inadah bahkan harta benda dan nyawa umat Islam seolah tiada harga dan nilai. Dilakukan sewenang-wenangnya. Tanpa ada pembelaan sewajarnya. Puncanya adalah kehilangan khilafah dan hilangnya semangat jihad dikalangan umat Islam sendiri. Kejatuhan Khilafah Islam di Turki pada tahun 1924 telah menghilangkan segalanya.Bak ayam tanpa ibu lalu umat Islam menjadi mangsa semenjak tarikh itu khususnya ditangan Yahudi dan kolonial penjajah kristian Barat. Mereka bimbang kebangkitan umat Islam akan kembali semula mewarnai dunia.

Bukan hanya umat Islam tertindas di Negara-negara bukan Islam bahkan dinegara umat Islam sendiri menderitai nasib yang sama yang diteruskan agenda ini oleh talibarut para penjajah. Mereka dinafikan hak kemanusiaan dan kebebasan beragama dan beribadah. Termasuk di Malaysia sendiri. Jika ia member kepentingan politik kepada UMNO nescaya merekalah juara agama tetapi jika sebaliknya, mereka akan mengamalkan politik Serbia dan Zionis. Apa yang berlaku dengan Surau Berembang dan beberapa surau di lembah Kelang. Apa yang dilakukan terhadap Surau Seksyen 8 di Shah Alam?. Di Terengganu umat Islam takkan lupa kerja keji dan jahat UMNO-BN dalam meruntuhkan masjid di Bujal. Mereka mungkin lupa tetapi catatan malaikat takkan padam bahkan tersemat kemas didada mukmin tindakan durjana tersebut. Sudahlah diruntuhkan bahkan diangkut buang agar tidak meninggalkan sisa walau sedikit pun. Setiap mereka yang terlibat pasti akan mendapat balasan dan kutukan Allah jika mereka tidak bertaubat.
Firman Allah SWT
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَى فِي خَرَابِهَا أُولَئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَا إِلَّا خَائِفِينَ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang-halangi menyebut nama Allah dalam masjid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat. Surah al-Baqarah : 114

Mereka menanti saat-saat kejatuhan akibat kezaliman yang tidak dilakukan oleh penganut agama lain terhadap rumah ibadah mereka. Dan kini terlihat jelas betapa mereka menjadi dalang beberapa insiden untuk mengeruhkan agar timbulnya pertembungan kaum dan agama di Negara kita. Mereka mengeruhkan air, mereka melontar batu, tangan disembunyi maka PR ditunding jarinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...