Abdul Taib Mahmud: Saat Menopause! Apa pilihan beliau?

| |
Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno ketika ditanya mengenai kenyataan Abdul Taib Mahmud yang berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang. Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan ketua menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun pada 24 Ogos lalu dilaporkan berkata beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Saya tidak tahu...terserah kepada parti dan perdana menteri," kata Abdul Taib. "Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur."
Pada pilihan raya negeri 2006, PBB memenangi 34 daripada 71 kerusi negeri diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan kerusi dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) lapan kerusi manakala selebihnya dimenangi parti-parti pembangkang. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kepopularannya, khususnya di kalangan masyarakat Cina di Sarawak semakin pudar. Ramai juga yang mempertikaikan 'kekayaan luar biasanya'.

Itu bahasa politik bahawa Abdul Taib nak bertanding lagi. Bukan mudah nak melepaskan begitu sahaja kerusi no 1 di Sarawak itu. Ia menjaminkan kuasa dan kekayaan yang melimpah ruah. Usaha BN untuk singkirkan Abdul Taib sudah lama tetapi pengaruh dan kuasa beliau menyebabkan UMNO-BN tidak berjaya. Apakah kali ini beliau akan gugur?

Kalau melihat di Terengganu semasa pemerintahan Dato Amar Diraja Wan Mokhtar dahulu pun lebih kurang sama juga. Akhirnya ia ditumbangkan oleh Ustaz Awang Dagang, calon Pas dalam pilihanraya 1999. Giant killer Wan Mokhtar itu sudah berapa kali bertanding tetapi gagal tetapi akibat daripada terlalu lama Wan Mokhtar memegang kuasa dan kepincangan pun makin banyak menyebabkan rakyat meluat dan akhirnya mereka memilih PAS. Hingga ke hari ini entah ke mana menghilangnya beliau. Yelah UMNO ni bila dah takde kuasa macam kucing kurap le dibuatnya. Bukan tahu menghormati orang tua. Bagi mereka ada kuasa yes men. Takde kuasa, tahik itik atas simen le ko. Sebagaimana kata Dr Mahathir.. dulu masa saya berkuasa, mereka kucup tangan saya bila dah takde kuasa, apa yang mereka tak kata pada saya.

Dr Mahathir juga semasa dipenghujung pemerintahan beliau, menyedari apabila melihat rakyat sudah ramai membencinya dan musuh politikbeliau semakin ramai dan masing-masing sudah muak akibat terlalu lama pemerintahan beliau dan kezaliman pun dah memuncak. Beliau mengambil sikap undur dahulu dengan lakonan yang berkesan disebalik tangisan dan airmata buayanya. Saat-saat menghadapi menopose politik seperti ini, memang tokoh-tokoh pemimpin UMNO rasa ketakutan dan rasa keseorangan menghadapi emosi mereka. Sebab itu sukar sangat hendak berhenti.

Sekarang apa pilihan Abdul Taib Mahmud? Jalan Mahathir atau jalan Wan Mokhtar? Kalau nak kan harta dah bertimbun-timbun. Kalau kira kuasa dah 29 tahun. Nak apa lagi. Kalau Sarawak tak pedulikannya, beliau boleh lari ke Kanada. Dah bertimbun-timbun hartanya dan memang tak habis makan. Berapa tahun sangat lagi usianya yang berbaki. Kalau takpun pemimpin BN klasik seperti ini letakkan dalam muzium sebagai lambang jasa mereka terhadap pengikis harta rakyat.
Tetapi bagi PR lebih baik Abdul Taib bertanding lagi. Mana tahu ia memberi keuntungan kepada PR akibat dari terlalu lama memerintah yang boleh membawa kecundangnya BN di Sarawak. Siapa agaknya Giant Killer di Sarawak ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...