KJ Kewi Punggung Beruk?

| |
Pernah seorang bekas YB UMNO yang kemudian keluar daripada UMNO-BN dan berjuang bersama PAS. Beliau menceritakan tentang feel perangai wakil rakyat zaman jahiliyyahnya bersama UMNO. Mereka merancang pelbagai cara dan strategi bagi memenangi pilihanraya bahkan sesuatu yang tak terfikir oleh orang ramai tetapi member imej yang baik kepada YB UMNO.

Ketika beliau selaku YB dan memegang jawatan Pengarah sebuah syarikat perkayuan milik kerajaan negeri. Satu ketika apabila dekat pilihanraya beliau berpakat dan mengarahkan CEO syarikat supaya memberhentikan sebahagian besar kakitangan dengan pelbagai alasan. Apatah lagi kakitangan yang dilihat tidak cenderung kepada politik UMNO-BN. Ini akan menimbulkan suasana kecoh menyebabkan para pekerja berhimpun dan mendesak kepada syarikat tetapi boss memberitahu beliau tidak boleh buat apa-apa. Ini disebabkan untuk kepentingan syarikat dan pelbagai alasan yang diberikan. Apabila kekecohan terus berlaku lalu ada spy YB akan memberitahu kepada YB. Beliau pun pergi dengan segera seolah-olah mendengar permasalahan rakyat dan sebagai hero yang membela hak-hak pekerja. Beliau menunjukkan sikap marah kepada pihak syarikat dan berucap seolah simpati kepada pekerja. Akhirnya beliau menjadi wakil dan jurucakap kepada pekerja masuk ke ofis boss syarikat dan berbincang. Selang beberapa ketika beliau keluar dan pihak syarikat mengumumkan kerana desakan dan permintaaan YB, pihak syarikat akhirnya membatalkan hasrat untuk memecat kakitangan mereka. Apa lagi tepukan bergemuruh di kalangan pekerja. Seolah perjuangan pekerja berjaya hasil wakil rakyat mereka. “Ish kalau takde YB kita ni.. entahlah. Tak berasaplah dapur kita”. Tersengih YB sampai ke telinga. Inilah akhirnya menjadi penyokong tegar YB serta parti UMNO-BN. Dulu-kini-selamanya.

Ketika ditanya kenapa beliau melakukan demikian. Sanggup berpakat dan menipu. “Itulah politik. Kalau tak buat macam tu mana nak menang. Orang melayu ni kena tipu macam tu je. Beres. Kalau tak tipu takkan panggil UMNO. Tapi itu masa jahiliyyah dulu. Sekarang dah tobat”. Kata beliau sambil tersenyum.

Teringat kisah itu penulis tersenyum apabila membaca akhbar hari ini. Dah memang Utusan Meloya. Kalau tidak memuji UMNO takkan berasap dapur para wartawan dan editor tu.

Tindakan Kabinet keputusan bijak

Tindakan kerajaan menarik balik langkah menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik untuk sementara waktu adalah keputusan bijak dalam menangani isu tersebut. Malah, tindakan itu juga menunjukkan kerajaan prihatin tentang desakan pelbagai pihak berhubung bebanan yang terpaksa ditanggung masyarakat apabila berdepan masalah nama disenaraihitam oleh pihak berkuasa.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan kerajaan yang dianggap bijak dan terbaik itu menunjukkan Pemuda UMNO berjaya dalam usahanya membantah saman ekor. "Pemuda UMNO berterima kasih kepada kerajaan kerana bertindak balas terhadap bantahan yang disuarakan kami sebelum ini. "Cuma kami berharap perkara ini dapat dimansuhkan selepas ini atau diganti dengan sistem lain yang lebih mesra pengguna," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas keputusan Kabinet yang bersetuju menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan.

Tindakan KJ itu samalah pepatahbudak kampong yang menggunakan istilah seperti ‘kewi punggung beruk’. Kewi ni biasanya jenama pengilat kasut yang digunakan supaya diberus dan hasilnya kulit akan menjadi berkilat-kilat. Dan punggung beruk biasanya berwarna merah dan cerah. Kerja kewi punggung beruk ini merupakan kerja bodoh. Walau berkilat pun punggung beruk itu ia tetap seekor beruk yang tidak boleh bertanding sebagai ratu cantik. Bahkan ia akan cepat kotor sebab menjadi pelapik untuk duduk dan menjadi kotor apabila bergelumang dengan tahik.
Itulah ibaratnya apabila media dan KJ sendiri memuji kabinet. Kalaulah menarik-balik saman ekor itu tindakan bijak. Tetapi takkan tindakan saman ekor yang dikena tergesa-gesa sebelum ini tidak terfikir menyusahkan orang-ramai. Takkan pihak-pihak yang terlibat dalam kerja menyusahkan rakyat ini sebagai tindakan bodoh. Atau ini memang perancangan politik UMNO-BN. Sebab mereka tahu politik orang melayu ni mudah lupa. Paling kuat mereka ingat 6 bulan aje. Mahathir pun pernah cakap “melayu mudah lupa”. Sekarang media dah puji melangit bahawa Kerajaan UMNO cakna dan prihati kepada rakyat. Rakyat pun lupa bahawa kerajaan UMNO ni dah takdak duit. Dah nak jadi Bangsat. Mereka lupa bulan FEB tahun depan ni. Saman itu ada nyawa lagi. Nanti datang lagi untuk mencekik dan mengketadarah rakyat.

Kenapa payah sangat rakyat nak bersama PR. Lihat masa di Terengganu dulu. Kemenangan akhirnya membawa janji pilihanraya oleh PAS dikotakan termasuklah dihapuskan tol jambatan Terengganu. Menghapuskan cukai pintu rumah kediaman. Tetapi setelah UMNO kembali memerintah mereka dikenakan kembali cukai pintu bahkan dinaikkan berkali ganda.

Saman ekor ini pun suatu isu yang tak berselesaian. Rakyat ada pilihan sebenarnya. Tumbangkan UMNO dalam PRU 13 nanti. Saman ekor dihapuskan. Atau rakyat masih berminat untuk membayar saman. Menangis-nangis supaya disaman. Sehingga bersyukur kalau saman dikenakan? Kalau macam tu. Teruskan bersama UMNO sehingga kelubang kubur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...