Lim Guang Eng adalah Liu Zhi Malaysia?

| |
Perjuangan Rasulullah Saw itu dibantu oleh umat Islam bahkan dibantu juga oleh orang yang bukan Islam. Persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah khususnya bantuan yang besar oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas “Perjanjian Hudaibiyah”. Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan. Dan Rasulullah menyaksikan peristiwa tersebut dan sanggup melaksanakan pada bila-bila masa dizaman baginda.

Abu Bakar al-Siddiq r.a. dengan kabilah Ibn Daghnah untuk meminta perlindungan ketika di Mekah dan ianya terbatal apabila kabilah tersebut mensyaratkan supaya Abu Bakar tidak membaca al-Quran secara terang terangan. Ketika hijrah Rasulullah Saw baginda ditunjuk jalan oleh Abdullah bin Uraiqit yang tidak Islam.

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِين
Allah SWT tidak melarang kamu terhadap orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanahair kamu, bahawa kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap mereka. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”.
Kabilah-kabilah Arab seperti Kabilah Huza’ah yang bertahalluf dengan Nabi SAW. Kabilah Bani Huza’ah adalah kabilah Arab Mekah yang memilih untuk bergabung (bertahalluf) dengan Nabi SAW kerana mereka mengenali Nabi SAW sejak kecil lagi sebagai seorang yang amanah.

Selepas peristiwa perjanjian Hudaibiyyah, di Mekah juga terdapat satu kabilah iaitu Bani Bakar yang bergabung dengan musyrikin Quraisy, yang menyimpan dendam kepada bani Huza’ah, dimana akhirnya berakhir dengan serangan dari Bani Bakar dengan bantuan dari musyrikin Quraisy ke atas Bani Huza’ah. Serangan yang dilakukan pada waktu malam itu telah mengorbankan 20 orang keluarga Bani Huza’ah. Peristiwa ini juga ini merupakan pencabulan kepada perjanjian damai Hudaibiyah yang telah termeterai sebelumnya.
Ekoran dari peristiwa tersebut, Bani Huza’ah telah menghantar 40 orang untuk mengadap Rasulullah SAW mengadu tentang serangan tersebut. Baginda berasa sangat sedih dan bangun bersabda: ”Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menolong aku jika aku tidak menolong kamu wahai Bani Kaab. Aku akan menolong kamu sebagaimana aku menolong kaum keluarga aku sendiri. Langit akan turun hujan sekiranya aku menolong Bani Kaab (Bani Huza’ah juga dikenali sebagai Bani Kaab). Rasulullah Saw memutuskan memerangi kota Mekah meskipun Bani Huza'ah tidak memeluk Islam bahkan penduduk Mekah yang membantu dan meyerang mereka adalah sebangsa dan sekabilah dengan Rasulullah Saw.

Di dalam siri futuhat dizaman Islam seperti pembukaan Palestine dizaman Umar al-Khattab, beliau dibantu oleh penduduk kristian yang tertindas dengan pemerintah Rumawi. Termasuklah di Parsi.

Kemasukan Islam di China berlaku sejak Rasulullah s.a.w lagi. Ini berdasarkan catatan sejarah
Dinasti Sui (605-618M) dan Dinasti Tang (618-905M). berdasarkan pendapat yang menyatakan Saad bin Lubayd yang menyertai rombongan ke Habsyah pada 619M telah berdakwah ke China pada 630/631M. Beliau bersama sahabatnya yang dikenali sebagai Yusuf telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se. Menurut rekod Sejarah Dinasti Tang, Islam dibawa ke China oleh pendakwah yang diketuai oleh Saad bin Abi Waqas iaitu Panglima Perang Laut Islam sewaktu
pemerintahan Maharaja Yung-Wei dalam Dinasti Tang pada abad ke-7M.
Terdapat pendapat yang menyatakan Islam dibawa ke China pada zaman Thai Sung (627-655M) dan orang Islam yang pertama tiba di China ialah Abu Hamzah Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu Rasulullah s.a.w). Beliau bersama 3000 orang Muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di kawasan San Gan Foo.

Ketika pemerintahan DINASTI MING(1368-1644M). Ianya merupakan Dinasti Islam yang terbesar dan terkenal. Pentadbiran oleh orang Cina Islam. Merupakan kejayaan besa ma masyarakat Islam di China. Banyak masjid dibina. Ramai orang Islam dilantik oleh kerajaan. Ilmu sains Islam bergiat cergas.

Lahirnya tokoh-tokoh terkenal di China dizaman keemasan Islam seperti laksamana Cheng Ho yang telah datang ke Tanah Melayu dan berlakunya hubungan yang erat antara dua empayar China dan Melaka. Lahirnya tokoh seperti LIU ZHI (1665- 1745). Dilahirkan di Nanjing. Dikagumi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam kerana pengetahuan Islam yang luas. Karya agung- Tian Fang Jian Li (Etika dalam Islam). Kejayaan- berjaya memahami manusia dari perspektif Islam. Sehingga ke hari ini umat Islam di China melebihi 30 juta orang dan telah member sumbangan yang besar kearah ketamadunan China dan dunia itu sendiri bahkan berperanan menyebarkan Islam sehingga ke tanah melayu sendiri.

Munasabahlah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut. Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”. Katanya, Chua sepantutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.
Inilah hikmah dan pendekatan tahaluf siyasi yang dianjurkan syara'. Kini DAP yang mentarbiah pimpinan MCA yang dahulunya kabur akibat daripada kegagalan UMNO menjelaskan Islam yang sebenar kepada kompenen BN. Syabas Lim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...