Hah!! El-Baradei Timbalan Perdana Menteri, Ikhwan di singkir!

| |
Pertubuhan politik yang dilarang membentuk sebuah parti politik di bawah Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin, berkata wakilnya tidak diundang menyertai kabinet dan ia menolak rombakan itu, sambil menekankan semua menteri di bawah Mubarak dahulu mesti disingkir. Rombakan itu tidak termasuk jawatan menteri pertahanan, luar, kewangan dan dalam negeri. Tidak jelas apakah perubahan akan diumum bagi jawatan-jawatan utama itu. Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi, yang mengetuai majlis tentera, telah menjadi menteri pertahanan Mesir selama 20 tahun.

Rombakan kali ini menyertakan beberapa muka baru. Yehia el-Gamal, pakar undang-undang dan aktivis parti Persatuan Kebangsaan bagi Perubahan yang dipimpin Mohamed El-Baradei, dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Setiasaha agung parti Wafd, Mounir Abdel Nour, menjadi menteri pelancongan, sementara Gowdat AbdelKhaleq, daripada parti pembangkang Tagammu, menjadi menteri perpaduan sosial dan keadilan, lapor akhbar Al-Gomhuria. Amr Hamzawy, anggota panel pengantara proses penyelesaian pemberontakan, menjadi menteri belia, manakala Encik Mohamed El Sawy dan Ahmed Gamal El-Din masing-masing menjadi menteri imigrasi dan pendidikan tinggi

Sementara itu Ikhwan telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti politik, Huriyyah wal Adalah (Parti Kebebasan dan Keadilan)

Inilah yang sentiasa dibimbangi oleh penulis serta kebanyakan umat Islam dan ahli gerakan Islam. Sebelum ini pun penulis dah posting artikel tentang perancangan dan strategi musuh dalam mengambil kesempatan merebut kepimpinan dari tangan pejuang Islam.

Orang lain yang lelah, letih menimba paya sampai kering, bila dah nampak sirip, orang lain pulak yang mengutip ikannya. Meskipun kes di Mesir ini melibatkan cabinet sementara sahaja tetapi sudah jelas usaha untuk menyingkirkan penggerak dan tulang belakang kepada perjuangan perubahan ini iaitu Ikhwan Muslimin. Amerika dan Israel tidak sekali-kali mendiamkan diri. Apatah lagi tentera yang sekian lama bekerjasama dengan Yahudi Israel dan jawatan-jawatan penting masih lagi dipegang oleh bekas pimpinan Hosni Mubarak dan pengaruh Mubarak tidak boleh dinafikan meskipun telah meletak jawatan.

Hakikat sebenarnya hanya satu. Mereka bimbang dengan kebangkitan Islam. Meskipun mereka Islam tetapi mereka enggan untuk memartabatkan atau memebri peluang kepada Islam kembali memerintah. Kenapa? Wallahu’alam. Buruk sangatkah pemerintahan Islam sedangkan dengan Islamlah berlakunya anjakan hebat dan era kegemilangan dalam sejarah dunia ini.Kalaulah Mesir yang dianggap tonggak Afrika dan Negara Arab ini bergabung dengan Turki dengan agenda Islam, pastinya manis catatan sejarah dimasa mendatang.

Golongan sekular dan nasionalis, kebimbangan yang ditanam dalam kepala otak mereka hanyalah Islam. Sekian lama Yahudi & Nasara memacak kukuh agenda ini dalam pemikiran mereka. Tetapi yakinlah bahawa masa depan adalah untuk Islam. Walau mereka merancang, tetapi perancangan Allah tetap yang menang. Walau mereka cuba memadam, tetapi cahaya Islam tetap akan terjulang.

Kini Ikhwan juga terlibat secara langsung dengan politik. Parti mereka akan ditubuhkan. Secara langsung menjawab sekian lama tuduhan dan menyalahkan pas dengan penglibatan politik dan pilihanraya. Semoga pendokong dan pengerak harakah Islam di Malaysia bersatu dibawah panji-panji Pas sahaja.

Bagaimana pula dengan politik di Malaysia? Apakah agaknya akan berlaku selepas PRU 13? Dimanakah kedudukan Pas? Hakikatnya rakyat akan membuat pilihan. Semoga agenda PGU (Pas Ganti Umno) benar-benar berjaya mengembalikan Islam ke persadanya. Tetapi ingatlah. Ianya tak semudah 1-2-3. Banyak lagi jerangkap yang sedia dipasang. Semoga Pas bersedia kearah itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...