Kisah Rosmah Mansor & Syajarah al-Dur

| |

Ketika PM demam dan tanda-tanda terkena chicken pox maka dilihat Rosmah Mansor sebagai isteri PM menggantikan beliau beberapa acara seolah-olah membelakangkan TPM maupun menteri-menteri yang lain. Walaupun tanpa jawatan tetapi kelibat beliau bagi menandakan kewujudan beliau sebagai isteri PM. Mungkin kuasa disebalik tabir ini tidak boleh dinafikan sehingga disedari oleh mentor Singapura, Lim Kuan Yew ketika melawat Malaysia melakukan kunjungan khas terhadap Rosmah Mansor.

Sejarah Islam sendiri dilihat dalam pelbagai siri pemerintahan khususnya sejak pemerintahan selepas khulafa’ ar-Rasyidin membariskan bagaimana campur-tangan isteri terhadap kuasa pemerintahan seorang khalifah bahkan berlakunya komplot, percaturan, perancangan politik hatta membunuh anak-anak khalifah demi mewariskan kuasa kepada anak mereka sendiri. Bahkan ada yang membunuh suami mereka sendiri demi mengekalkan kekuasaan. Bahkan ada yang memerintah menggantikan suaminya sendiri seperti Syajarah al-Dur yang memerintah Mesir.

Pada tahun 648 H/1250 M Turanshah seorang khalifah bani Ayub yang dikatakan juga seorang pemboros, telah dibunuh. Selepas Turanshah dibunuh maka kerajaan Ayyubiyah pun jatuhlah dan naik pula kerajaan Mamluk.
Syajarah al-Durr yang merupakan janda Sultan al-Malik al-Salih telah berkuasa dan beliau telah berkahwin dengan salah seorang panglima berketurunan hamba bernama Izz al-Din Aibak yang berpangkat Atabeg. Kuasa dan pengaruh Aibak adalah di tangan Shajarah al-Durr. Keadaan ini sudah tentu menyulitkan Aibak yang menyebabkan beliau merancang membunuh Shajarah al-Durr pada tahun 1257 M. Akan tetapi sebelum rancangan ini dilaksanakan Aibak lebih dahulu yang dibunuh. Shajarah-al-Durr dikatakan tidak mendapat sokongan daripada golongan Mamluk dan sekaligus dituduh membunuh Aibak. Setengah mengatakan oleh sebab itu beliau kecewa lalu membunuh diri atau mengikut pendapat lain beliau dibunuh oleh musuh-musuhnya.

Ini bukanlah satu-satunya kisah tetapi perlbagai kisah dan cerita apabila timbulnya campur-tangan isteri dalam pemerintahan ditimur maupun dibarat. Campur-tangan isteri khususnya terhadap pemerintah yang lemah boleh dilihat didalam al-Quran sendiri dalam mengisahkan Isteri al-Aziz, pemerintah Mesir yang bernama Zulaikha dalam kisah Nabi Yusuf ‘alayhi al-salaam di dalam Surah Yusuf ayat 28 – 34.

28. Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu adalah diantara tipu daya kamu, Sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar." 29. (Hai) Yusuf: "Berpalinglah dari ini[751], dan (kamu Hai isteriku) mohon ampunlah atas dosamu itu, Kerana kamu Sesungguhnya termasuk orang-orang yang berbuat salah."
30. Dan wanita-wanita di kota berkata: "Isteri Al Aziz (Raja di Mesir) menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata." 31. Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan), Kemudian dia Berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka". Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa) nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: "Maha Sempurna Allah, Ini bukanlah manusia. Sesungguhnya Ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia."
32. Wanita itu berkata: "Itulah dia orang yang kamu cela Aku Karena (tertarik) kepadanya, dan Sesungguhnya Aku Telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. dan Sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang Aku perintahkan kepadanya, niscaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina."
33. Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih Aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu Aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah Aku termasuk orang-orang yang bodoh." 34. Maka Tuhannya memperkenankan doa Yusuf dan dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ia adalah pembentangan terperinci oleh Allah SWT terhadap tabiat manusia, khususnya tiga watak utama marhalah ini, iaitu isteri Perdana Menteri (imra’ah al-’Aziz atau disebut namanya sebagai Zulaikha), Perdana Menteri Mesir ketika itu (al-Aziz) dan Yusuf ‘alayhi al-Salaam. Banyak iktibar buat umat manusia bagaimana nafsu, kekuasaan, campurtangan isteri, kehakiman, pergolakan politik, keimanan, ujian, ketaqwaan dan sebagainya silih berganti.

Inilah antara faktor yang membawa sabdaan Rasulullah Saw yang riwayatkan dari Abu Bakar, katanya : Tatkala sampai berita kepada Rasulullah bahwa orang-orang Persi mengangkat raja puteri Kaisar, Beliau bersabda: “Tidak akan pernah beruntung keadaan suatu kaum yang menyerahkan kepemimpinannya pada seorang perempuan.” Diriwayatkan oleh Bukhari, Turmudzi dan an-Nasa’i

Apatah lagi Allah Swt telah menyebut dalam al-Quran:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.” (Qs. An-Nisaa’ 4:34)



Jika berlakulah sebaliknya itulah tanda-tanda kecelaruan dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan. Beberapa isu mutakhir ini dan berterusan semenjak Najib dilantik menjadi PM yang melibatkan nama dan kelibat Rosmah Mansor telah mencalitkan dan mecalarkan imej dan nama baik kepimpinan yang diterajui oleh Najib sendiri. Apakah rahsia Najib yang dipegang Rosmah semacam najib tidak boleh berkata tidak kepada Rosmah. Bermula dengan isu Altantunya, Isu boros berbelanja, Isu perlantikan CEO GLC dan Penjawatan Kerajaan, isu artis bollywood & Holywood, isu pengagihan projek, isu First lady, Isu PERMATA, Isu bajet, Isu Festival Busana Muslim dan kini isu menggantikan program rasmi PM. Tiada protokolkah kerajaan Malaysia kini atau sudah terkena penyakit ISA (Ikut Suka Aku).

kalau pelbagai isu ini berterusan dan berentetan, adakah RM menjadi salah satu punca rakyat akan menolak UMNO-BN dalam pilihanraya akan datang? RM akan menjadi isu dalam menggantikan Khairy Jamaluddin yang dikatak budak tingkat empat ketika pemerintahan Pak lah Badawi sehingga memaksa pak lah letak jawatan. Atau kalau hal ini berterusan bagaimanakah nasib dan masa depan Malaysia didalam percaturan wanita yang bernafsu tinggi seperti ini?

1 comment:

dinhakki said...

Satu pandangan yang baik , syabas

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...