Gambar kubur 4 darjat: Antara Halal & Haram

| |
Apabila media mempamerkan gambar kubur kontroversi sebuah kubur di Tanah perkuburan Islam di Kampung Kajang Sebidang, daerah Tumpat telah mencetuskan tanda-tanya dikalangan penduduk. Pihak Pejabat Agama islam Daerah Tumpat telah mengarahkan binaan diatas kubur tersebut diruntuhkan.

"Imam kampung ini beritahu saya, dia terima panggilan telefon daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat pada pagi Ahad lalu mengarahkan saya merobohkan bahagian bumbung pondok tersebut tetapi saya mengambil keputusan merobohkan semuanya," kata Zuber 60 ketika ditemui wartawan di rumahnya.

Tambahnya, keputusan itu dibuat secara spontan kerana beliau tidak pernah menjadikan kubur tersebut sebagai tempat untuk berubat dan pemujaan. Jelas beliau, selepas menerima nasihat daripada imam kira-kira pukul 9 pagi Ahad lalu, beliau bersama anak-anaknya telah merobohkan pondok yang dibina dengan harga kira-kira RM1,000 itu yang beratapkan nipah, berpagar batu serta dihiasi jubin.

Menurutnya, berikutan cerita mengenai kubur tersebut yang kini menjadi bualan ramai selepas laporan yang disiarkan oleh media, beliau dan ahli keluarga bertindak merobohkan semua binaan di atas kubur itu.

"Saya tidak berasa sedih dan terkilan atau berat hati untuk merobohnya kerana ketika saya mula membinanya dulu pun, ia dibina tanpa ada apa-apa niat selain hanya sebagai tanda ingatan serta kasih saya dan keluarga terhadap arwah bapa. Saya orang Islam, saya ada agama. Saya tahu yang mana halal dan yang mana haram. Jangan cakap sebarangan kalau tidak ada bukti, itu fitnah dan fitnah itu berdosa."

Merujuk kepada berita tersebut, Penulis pun bersetuju dengan tindakan Pejabat Agama Tumpat dan juga tindakan relahati yang dilakukan oleh Pak Zuber. Ini didasarkan dengan hadis Rasulullah Saw yang jelas :
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر ،وأن يقعد عليه،وأن يبى عليه
“Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya”. Riwayat Muslim.

Dari Abdullah bin Hasanah berkata: Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur. Maka dikatakan kepadanya: Ini kubur Ummu Amr binti Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan (tanah di atas kubur tersebut). (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam (المصنف) 4/138. Abu Zarah dalam (تاريخه) 2/66, 2/121. Sanadnya sahih dari Abdullah. Dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam (الجرح والتعديل) 3/81-82.)
Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. Riwayat Muslim, Abu Daud, an-Nasaii, at-Turmizi, al-Bahaiqi dan Ahmad.

Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:
Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang sedemikian.
Berkata Imam al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.

Berkata imam Syafei: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”Katanya lagi: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”
Imam as-Syafie juga berfatwa: Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.
Imam al-Nawawi rh. berkata : Makruh : mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur. Haram : Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah atau waqaf) maka hendaklah dimusnahkan” (Minhaj al-Thalibin, ms 360). Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian…. Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].

Kubur orang awam umat Islam

Kubur 10,000 sahabat di Baqi’
Perkuburan di Ma’la Mekkah.

Kubur para sahabat yang dimuliakan Allah Swt biasa aje.. Kita yang tak tahu entah dimana ni lebih-lebih pulak. Bagaimana mutakhir kini, bermacam-macam jenis kubur dikalangan masyarakat melayu kita sendiri. Adakah ia dipengaruhi kubur-kubur cina atau bagaimana? Seperti gambar dibawah ini..

Kubur-kubur orang berdarjat ke?

Apabila mati didarat mereka bina kubur-kubur macam tu. bagaimana kalau mati ditengah laut? dimana mereka nak binakan kubur? Adakah mereka meniru daripada kubur-kubur pemimpin negara kita seperti maqam pahlawan?


Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Howard Ashley tahun 1965. Disitu dikebumikan Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn & Tun Ghaffar baba. Terbaru apabila peruntukan bagi membina Makam Pahlawan baru di Ibu Negara diperuntukkan lebih RM70juta??? Duit ini duit persendiriankah? Atau duit rakyat? Duit pembayar cukai?. Yang telah sedia ada tak mencukupi. Makam sedia ada itu mungkin tak cukup untuk pemimpin yang sedia ada untuk meninggal nanti.. Ataau kita ingin menghambat maqam pemimpin dunia yang membena kemercuan dunia meskipun dicela agama?


Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua danyang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.


Makam Maussollos di Halicarnassus (kini Bodrum, Turki) merupakan sebuah makam besar yang dibina untuk Satrap (Gabernur) wilayah Parsi Curia Maussollos oleh isteri dan adiknya Artemisia II dari Caria. Bangunan makam direka oleh arkitek Yunani purba Satyrus dan Pythius. Tinggi makam ini 45 meter. Di dinding luarnya terdapat ukiran dan seni pahat. Antipater dari Sidon telah memasukkannya dalam senarai Tujuh Keajaiban Dunia. Makam ini dibina antara tahun 353 dan 350 SM

Bagaimana dengan makam ini? Apa kata mufti dan ulama. Apa tindakan Pejabat agama?

Makam DiRaja Lama Jugra


Makam Diraja Johor
Makam Diraja Perak di Kuala kangsar
Maqam Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan


Taj mahal

Adakah kita ingin membina makam untuk mengebumikan jenazah kita diatas airmata rakyat atau kekayaan dari hasil mahsul rakyat. Seperti makam gah taj Mahal???


Antara 7 ajaib didunia yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dengan tenaga 20,000 pekerja selama 22 tahun. Meskipun ia hebat tetapi ia dibina diatas airmata rakyat. Bahkan dikatakan dicungkil mata perekanya iaitu Ahmad agar beliau tidak mampu mereka maqam seperti itu selain Taj mahal.

Semoga ia menjadi muhasabah kepada kita semua. Bahawa kita semua akan fana' dan binaasa dan akan kembali kepada tanah sebagaimana kita diciptakan. Bahkan semua kita akan dipersoalkan Allah dihari akhirat kelak. Janganlah undang-undang seperti sarang labah-labah. Rakyat marhaen kena... yang besar dan berkuasa, koyak rabak sarang labah-labah itu

5 comments:

Admin said...

Assalamu'alaikum ustaz yang dirahmati Allah,

Perbahasan mengenai binaan kubur menurut mazhab syafie ada juga dijelaskan dengan lebih terperinci di sini :

http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=28:hukum-binaan-di-atas-kubur&catid=9:soal-jawab-agama&Itemid=25

JAMILKUCING said...

Askm Ustaz. saya pohon untuk gunakan artikel pasal kubur ini untuk di paparkan di blog saya,dan saya akn mengubahnya sedikit mengikut cara saya. harap tak keberatan.

layla82 said...

Assalamualikum..
Saya tak pernah pergi makam nabi2 tp pernah tgk gambar di internet (tak pasti kesahihannya). tp makam2 nabi juga di bina atasnya batu2 dan ditutup seperti sebuah rumah. Saya sendiri bercadang dgn ahli keluarga nak buat kepok dan batu nisan utk arwah ayah. tolong beri penjelasan hukumnya. terima kasih.

Dato' Mohamad Fikri said...

tak cukup pengetahuan agama sungguh penulis ni..mohon rujuk ulamak sblom menulis artikel mcm ni..kalau tak,anda sendri terbakar dengan azab siksa kubur..sekian..

ruslina said...

Binaan atas kubur mmg haram. Arab saudi telah lama mengharamkan binaan atas kubur.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...