Takut Nasib seperti Altantunya & Datuk Sosilawati, 1juta lari ke luar Negara?

| |
Sekarang ini bukan hanya pelabur asing saje yang lari dari Malaysia bahkan rakyat Malaysia sendiri pun dan lari keluar berhijrah meninggalkan Malaysia. Siapa pula yang berhijrah datang ke Malaysia? Siapa pula yang lari keluar dari Malaysia. Yang ramai datang dan mencari kerakyatan di Malaysia kebanyakannya tenaga buruh, pekerja ladang, pekerja kilang, pembantu rumah, penjual karpet, GRO & pelacur, penjual karpet, gagak hitam black money. Termasuk juga pelarian jenayah & dadah yang terpaksa meninggalkan Negara mereka. Kalau mereka bernasib baik mereka dapat peluang menjadi warganegara Malaysia. Kalau kebetulan dekat pilhanraya, pemerintah UMNO-BN rasa nak pakai bagi pengundi dacing maka cepatlah dapat kad pengenalan seperti di Sabah, pelarian Myanmar di Pekan, Kemaman dan di Kedah.

Siapa yang keluar meninggalkan Malaysia? Orang yang ada duit banyak dan dapat beli hartanah diluar Negara seperti kerabat Mike Tyson yang bawak duit dalam beg nak beli tanah kat Australia. Orang macam Daim Zainuddin yang ada rumah tersergam di Kota London, mana ada kelas nak tinggal kat Merbok. Atau yang merasakan bumi Malaysia tidak selamat dan menguntungkan buat mereka. Macam Marina, anak Mahathir yang mengatakan Malaysia banyak jenayah dan tidak selamat didiami. Lihat apa yang jadi terhadap Altantunya & Datuk Sosilawati. Kalau orang kaya & terkenal macam ni pun taknak duduk kat Malaysia ni, macamana nak harapkan rakyat lain. Tinggallah rakyat marhain yang duit sekadar beli Proton Saga Second-hand dan tinggal rumah flat. Apatah lagi yang memiliki ijazah dan kepakaran yang Negara luar lebih menghargai dengan memberi pelbagai kemudahan dan kemewahan serta bayaran gaji yang lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Aziz berkata, penghijrahan itu menyebabkan sektor-sektor ekonomi negara terutama dalam industri kewangan sukar mendapat bakat-bakat yang diperlukan. Menurutnya, meskipun banyak alasan yang diberikan sebagai penyebab penghijrahan itu tetapi satu faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah tawaran gaji yang lebih lumayan.

Kini penghijrahan hampir satu juta bakat termasuk separuh daripadanya adalah profesional tempatan ke luar negara perlu dipandang serius. Kira-kira 300,000 rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh 18 bulan sejak Januari 2008 berbanding 140,000 pada tahun sebelumnya. Difahamkan kebanyakan mereka berhijrah ke Amerika Syarikat, Eropah terutamanya United Kingdom dan Singapura.

Beliau berkata, profesional lepasan universiti dalam industri kewangan di Malaysia secara puratanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak AS$750 (RM2,250) sedangkan di Indonesia golongan berkenaan boleh meraih AS$850 (RM2,618) dan Singapura AS$1,200 (RM3,696) sebulan. ''Jika perkara ini tidak diatasi segera, bagaimana kita boleh bersaing dengan negara-negara serantau ini?'' katanya pada sesi perbincangan di Forum CEO 2010 di sini hari ini.

Beliau turut membangkitkan kemerosotan prestasi universiti tempatan di kalangan universiti dunia. ''Universiti Malaya kini di tempat ke-42 berbanding 39 sebelum ini, begitu juga dengan Universiti Kebangsaan Malaysia di kedudukan ke-55 daripada 51. ''Sedangkan Singapura di tempat ketiga dan Amerika Syarikat di kalangan tempat lima terbaik. Jika begini bagaimana graduan kita mahu bersaing, setidak-tidaknya dengan Singapura, Indonesia dan Thailand,'' tambahnya.

Tengku Zafrul berkata, negara juga perlu mengkaji dan melihat semula mengapa negara ini semakin hilang daya saing dan ketelusan. Buktinya, kata beliau, pada tahun 2008/09, Malaysia berada pada kedudukan ke-21 dalam aspek tersebut dan prestasi terus merosot di tangga ke-24 pada 2009/10, sedangkan negara pesaing terdekat, Singapura terus selesa di tempat keenam. Selain itu, beberapa masalah lain perlu diberi perhatian termasuk masalah birokrasi dan sebagainya.

Hah! Nak jadi Negara maju macamana pada 2020? Golongan professional berhijrah lari dan tinggal diluar Negara. Mereka lari membawa harta dan kepakaran. Munasabahlah ahli parlimen yang menjadi menteri di Australia baru-baru ini iaitu Penny Wong dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kerajaan baru Australia pimpinan Julia Gillard. Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah yang merupakan bekas peguam di Adelaide, Wong dipilih mewakili South Australia dalam Dewan Senat. Ini satu contoh. Banyak lagi doktor, engineer dan golongan ekspatriat yang akhirnya memilih untuk menjadi warganegara luar. Bukan hanya faktor ekonomi yang dilihat tetapi juga sistem keadilan dan mahkamah yang dianggap Malaysia menjadi mahkamah kanggaroo. Sistem pendidikan yang gagal melahirkan generasi yang lebih bermoral dan berakhlak. jenayah yang makin membarah. politik dah jadi caca-marba. Sedang ditangan mereka ada pilihan samada nak tinggal dinegara sendiri yang berhujankan batu atau keluar negara yang berhujankan emas.

Ramai juga yang pendidikannya dahulu ditanggung oleh Negara Malaysia dan bukan sedikit duit rakyat digunakan semasa pengajian mereka. Setelah tamat mereka terus berkhidmat di Negara luar. Apakah mereka tidak ada semangat patriotisme terhadap Negara mereka sendiri? Tetapi mungkin buat mereka untuk apa patritisme lagi? Jika yang duduk ditanah-air, yang menjadi pemimpin sendiri merembat kekayaan Negara dan menjual Negara sendiri. Buat apa lagi nasionalisme? Jika pengorbanan untuk bangsa tetapi pemimpin bangsa itu sendiri memperalatkan bangsanya sendiri demi kepetingan mereka sendiri.

Kini Najib mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) . “Ini akan juga menggalakkan pelabur asing datang ke Malaysia. Pemikiran (lama) kita hendaklah berubah, jika kita mahu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Kita telah melancarkan Model Baru Ekonomi untuk meningkatkan per kapita rakyat Malaysia daripada kini AS$7,000 (RM22,000) kepada AS$15,000, dengan mewujudkan kira-kira 3.3 juta pekerjaan, dan kita telah mengenal pasti 135 projek utama di negara,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata sektor swasta akan dirancakkan yang akan menyediakan 92 peratus pelaburan dan fungsi sebagai sebuah enjin pertumbuhan sebagai merujuk kepada projek infrastruktur besar dengan membina sistem MRT untuk Kuala Lumpur dengan pelaburan AS$12.5 bilion bertujuan meningkatkan ekonomi.

Mungkinkah selepas ini rakyat Malaysia yang berada diluar Negara khususnya kalangan professional akan berduyun-duyun pulang ke tanah air? Para pelabur akan berlumba-lumba ke Malaysia. Apakah FDI Malaysia akan melebihi Thailand & Filipina? atau Malaysia kan bangkrap tahun 2019? Selamatkah tinggal di Malaysia? Bolehkan anda percaya janji-janji pimpinan UMNO-BN ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...