Hj Naguib : Babi tukar kepada khinzir! Halal ke?

| |
Apa! Buang tebiat ke? Biasanya itu tanda orang nak mati. Kalau bukan mati fizikal tetapi mati karier politik. Adakah ini penggal terakhir Khairy memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO? Atau UMNO sendiri buat kali terakhir bermesyuarat agung di PWTC? Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda yang tidak diberi apa-apa jawatan dalam kabinet meskipun memenangi Ketua Pemuda Umno.

Meskipun berkelulusan Oxford, nampaknya beliau cuba tukar tembuni UMNO Pelapis. Daripada berkematu dengan istilah penjajah British kepada istilah Arab. Istilah yang diperkenalkan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasarnya seperti "manhaj" (kaedah) dan "maqassid" (tujuan) dalam mencapai "politik baru" . Tetapi malangnya nampaknya diabaikan oleh para perwakilan di perhimpunan Pemuda disebelah petangnya.

Betul ke Ketua Pemuda UMNO ni? Bercakap macam Ketua Pemuda PAS pulak ataupun percakapan ahli gerakan Islam seperti ABIM. Atau mengikut lunak bahasa DS Anwar Ibrahim. Terma dan istilah Islam itu seolah-olah terlalu asing dalam kamus dan kepala UMNO, maupun ahlinya. Apatah lagi pelapis UMNO. Macamlah rockers nak bernasyid pula. Macam berseluar pendek tetapi berserban. Tak ngam langsung. Perjuangan UMNO yang sekular dan beramal dengan peninggalan penjajahan British tetapi didendangkan dengan istilah perjuangan Islam.

Apa tujuan Khairy sebenar? Nak mengambil hati ulama muda ke? Dengar kata DR Asri pun turut hadir. Adakah nak menunjukkan perjuangan UMNO pun Islam juga. Apakah sekular dan perjuangan kebangsaan itulah “manhaj UMNO” dan kebendaan dan materialism itu sebagai “Maqasid UMNO”. Apakah dengan menjenamakan istilah itu menjadikan perjuangan UMNO lebih halal? Lebih islam? Lebih baik daripada PAS? Semacam dalam gambar diatas. Bolehkah dengan membubuh nama “haji Najib” sebagai tokey atau tukang sembelih atau logo“Halal” akan menghalalkan babi yang dijual???

Medan UMNO bukan tempatnya. Kalan nak cakap Islam mereka lebih baik masuk Pas. Dalam UMNO ni mereka cuba mengekalkan assobiyah melayu tulen. Atau inikah transformasi "Islam Moderate" yang dicanang oleh Najib. Dek kerana kejanggalan dan betapa asingnya istilah seperti itu semenjak lebih 50 tahun diasuh dan di didik oleh UMNO menyebabkan perwakilan tidak mempedulikan dan menarik minat untuk dibahas. Tahniah Khairy kerana cuba untuk mengheret pemuda UMNO kearah transformasi. Tetapi malang, idea hebat dan cemerlang beliau gagal disambut oleh para pemuda UMNO. Sebaliknya tumpuan dalam perbahasan perwakilan antaranya berkisar kepada wakil Pemuda Kedah, Basorri Hassan dalam menilai prestasi Khairy sebagai ketua pergerakan tersebut.

Basorri nyata kesal apabila Khairy tidak berjaya memperkukuhkan pergerakan pemuda di negeri itu. Keadaan ini dikhuatirinya akan menjejaskan peluang Umno untuk merampas kembali pentadbiran negeri itu.
Malah, beliau juga seolah-olah cuba mencabar seruan oleh Khairy supaya pergerakan itu mengambil pandangan yang lebih sederhana dalam memperjuangkan isu melibatkan kepentingan Melayu.

Tanpa berselindung, Basorri dalam sesi perbahasan ucapan dasar ketua pergerakannya disebelah petang berkata, Khairy lebih banyak "bergaduh" dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) daripada menjalankan usaha untuk "memperkasakan" pergerakan itu di Kedah.

Nampaknya gelora pemilihan agung dulu belum tamat. Gelombang juga dah dipanaskan. Mungkin belum Dr Mahathir mati beliau ingin menyaksikan mukhriz menjadi Ketua Pemuda UMNO. Nampaknya kalau Khairy ingin mengguna istilah-isltilah Islam yang lebih banyak dan meluas, bukan UMNO tempatnya.

Beliau sendiri menggambarkan dirinya bagai itik dalam air. Nampak kepala diatas air relax dan tenang tetapi reality sebenar kakinya tanpa henti mengipas air. Kesian nasib menantu Pak Lah ini. Nasib baik bapak mertua yang sudah terbuang itu turut hadir untuk mendengar luahan dan lipur lara menantunya itu. Paling kurang kalau nantinya Khairy terpelanting jua, boleh lah guna kalimah Pak Pandir… bukan anak kita aje yang mati, anak orang pun mati juga. Bukan bapak mertua aje yang kena, menantu pun kena juga!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...