Siapa Apek P.Ramlee tahun 2010

| |
Tak sangka pulak aksi komedi dan ucapan dalam filem hitam putih ‘Madu Tiga’ arahan dan lakonan P.Ramlee wujud dizaman kini, di alaf millennium ini. Ketika Ramlee lari dihambat madunya dengan kereta spot merah Sunbeam, seorang apek yang ingin membunuh diri terjun dari pokok dan jatuh atas kereta yang dipandu P.Ramlee. kata-kata yang diucapkan apek tua itu dan diikuti orang ramai ialah “"Hilup susah matipun susah...hilup jalan sinang-sinang...mati pegang bendela......."

Najib Tun Razak kini bolehlah dianggap macam Apek P.Ramlee tetapi bukan setakat hidup dan mati susah tetapi kehidupannya menyusahkan rakyat dan mati menyusahkan rakyat. Sesuai dengan BN, ia menjadi “Beban Negara” . "Hilup menyusahkan lakyat, mati pun buat susah sama rakyat".

Ketika Pak Lah Badawi menjadi PM diperuntukkan kos baik-pulih rumah PM bernilai RM17juta. Kini apabila Najib menjadi PM, kos baik pulih meningkat menjadi RM65juta. Hidup pimpinan UMNO ni menyusahkan rakyat.

Apabila mati pun menyusahkan rakyat pula. Terbaru apabila peruntukan bagi membina Makam Pahlawan baru di Ibu Negara diperuntukkan lebih RM70juta??? Yang telah sedia ada tak mencukupi. Makam yang dibina oleh Howard ashley pada tahun 1963 itu mungkin tak cukup.

Nilai 70 juta bukan sedikit. Peruntukan untuk seluruh Sekolah Agama rakyat di Malaysia 90 juta lebih sahaja. Itu untuk ilmu agama buat rakyat. Ini untuk kubur!. Apa punya kuburlah sampai berpuluh-puluh juta ini. Mengalahkan kubur Nabi Muhammad Saw. Tidaklah kita persoalkan makam pahlawan tu tetapi melampau-lampau dalam membina kubur dengan mengguna-pakai wang rakyat itu tidak sepatutnya berlaku. Macam Firaun membuat pyramid. Menghabiskan harta rakyat dan megerah tenaga rakyat dan bani Israel hanya sekadar untuk membubuh keranda pemimpin mereka yang dipuja untuk dimuliakan tetapi hakikatnya semasa hidupnya penuh dengan kezaliman sehingga digazet didalam al-Quran.

Ketika pimpinan UMNO dahulunya berbalah dengan pihak Istana dan Sultan Melayu lalu dugunakan media dan TV untuk menyerang raja-raja. Keluarlah filem Hang Jebat. Keluarlah gambar-gambar Istana raja-raja lalu dibandingkan dengan rumah rakyat. Hatta kalau di Terengganu keluarlah gambar Makam Sultan Terengganu dibandingkan dengan kubur rakyat marhaen di Kuala Terengganu.

Hah! kini apa jadi? Para penjilat raja kini pula dok nak bina makam mereka hebat-hebat. Perabih duit rakyat. Kalau dibuat rumah untuk kediaman rakyat pun dah dapat 2,000 buat rumah. Itu hanya tempat untuk bersemadinya pimpinan UMNO-BN. Atau UMNO sudah hampir untuk dikafankan??? perlu siapkan kubur awal-awal!

Rasullah Saw sendiri pun melarang membina binaan atas kubur yang tidak munasabah. Tetapi UMNO apa peduli. Siapa yang berani tegur? Siapa yang berani larang PM? Nak harapkan pimpinan UMNO.. alamak nak sepenggal je lahh.. nak harapkan ahli UMNO… mereka dah amal wirid UMNO kini dan selama-lamanya. Nak harapkan bloggers UMNO.. mereka dah hafal .. fitnah! Fitnah! Fitnah!

Cara yang terbaik. Lingkupkan UMNO-BN dalam pru-13. Selamatkan Putrajaya dari Serigala… bagi UMNO pegang bedera putih macam si apek dalam Madu 3 itu. selesai masalah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...