Akademi Perlatihan Kera Melaka (APKM)?

| |
Jabatan Perhilitan menembak kera dari sekumpulan kera-kera yang dikatakan menggigit mati seorang bayi di Rasah, Seremban. Kesian kera itu mati terkulai.Kera tu kera liar kalau dijinakkan ia boleh digunakan untuk pelbagai keperluan khususnya untuk memanjat kelapa. Bahkan kera yang dilatih mempunyai nilai komersial sehingga mampu dijual beribu ringgit. Kalau tak dibuat sesuatu, mungkin kejadian tersebut akan berulang.

Kalaulah anak yang termengandung diwujudkan sekolah mengandung oleh KM Melaka. Walaupun sekolah tersebut kontreversi tetapi ia tetap diwujudkan dan dah ada pelajar mendaftar pun. Itu yang dikatakan berfikir diluar kotak. Rosmah pun turut ke Brussel, mengintai tengok module sekolah mengandung disana.

Jadi, apalah kiranya kera-kera di Seremban itu ditangkap dan dihantar ke Melaka. Buatlah Akademi Perlatihan Kera (APK). Lebih baik dari Akedemi Fantasia yang terlonjak-lonjak tak tahu ke hujung pangkal tu. Ali Rustam pun ada kepakaran dan pengalaman dalam bab ni. (puji pun kekadang OKU marah jugak hihii).

Rakyat pun selamat. Peluru jabatan Perhilitan pun jimat. Bisness pun jalan.
Peruntukan kan banyak. Bila lagi nak belanja sebelum PRU 13 ni?


Bayi mati digigit kera SEREMBAN 6 Okt. - Seorang bayi perempuan yang baru berusia empat hari mati dipercayai akibat diserang sekumpulan kera liar ketika ditinggalkan bersendirian di ruang tamu kediaman datuknya di Taman Happy, Rasah, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, bayi malang yang belum sempat didaftarkan kelahirannya itu meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini. Datuk mangsa, A. Valayutham, 70, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HTJ memberitahu, ketika kejadian dia menjaga cucunya itu kerana ibu mangsa, V. Revathy, 26, berada di bilik air dan isterinya pula memasak di dapur. "Saya meletakkan cucu saya sebentar di ruang tamu kerana mahu mengambil minuman di dapur. Bagaimanapun, ketika saya di dapur tiba-tiba Revathy menjerit memberitahu bahawa anaknya tiada di ruang tamu," katanya di sini hari ini. Jelas Valayutham, sebaik sahaja mendapati bayi itu hilang, mereka bertiga berusaha mencarinya di seluruh bahagian rumah, namun gagal. "Saya kemudian bergegas keluar dari rumah dan melihat tubuh cucu saya dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan gigitan di leher dan kepala terbaring di tepi sebatang pokok bunga. "Pada masa yang sama, saya ternampak beberapa ekor kera berlari ke arah belukar yang terletak bersebelahan dengan rumah saya," ujarnya. Tambah Valayutham, dia segera membawa bayi berkenaan ke HTJ sebelum disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...