KUALA TERENGGANU, 10 Oktober - Bidang pendidikan diharap dapat diberi keutamaan dalam merangka Bajet 2020 yang bakal dibentangkan oleh kerajaan pusat bawah Pakatan Harapan pada Jumaat (11 Oktober) ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, berkata pihaknya berharap kerajaan pusat dapat meningkatkan peruntukan kepada setiap negeri untuk memastikan sektor pendidikan di negeri ini terus berkembang.
“Terengganu antara negeri yang paling ramai melahirkan pelajar yang cemerlang. Cuma kita harapkan kerajaan pusat melalui Kementerian Pendidikan dapt menyalurkan peruntukan sepatutnya dan membuat penambahbaikan antaranya dapat menyediakan lebih ramai guru yang berkemahiran khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di negeri ini.
“Kita rasa ianya perlu dipertingkatkan lagi termasuk memberikan kemudahan kepada para guru untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai Harapan Bajet 2020 selepas menyempurnakan Majlis ‘Idul ‘Ilmi Institut Pengajian Islam (INSPI) Yayasan Islam Terengganu (YIT) di Dewan Utama YIT, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah YIT, Mat Zaid Ibrahim.
Majlis tersebut menyaksikan seramai 70 penerima untuk tiga kategori iaitu Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Itmamuddirasah.
Selain itu katanya, pihak kerajaan pusat juga diharap dapat menumpukan usaha memperbaik infrastruktur dan membaik pulih institusi pendidikan di negeri ini.
No comments:
Post a Comment