Sidang DUN : Terengganu Rakam Penghargaan Pada Brunei Atas Pelaksanaan Hukum Syariah

| |

Muhammad Khalil Abdul Hadi.
KUALA TERENGGANU, 4 April - Terengganu merakam ucapan tahniah kepada kerajaan Brunei atas ketegasan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah yang bermula beberapa hari lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan, Brunei adalah contoh kepada negara islam yang lain kerana tegas dan berani dalam mendepani dan menjuarai isu  berkaitan dengan hukum islam.

Jelasnya, kesungguhan Brunei dalam mendaulatkan hukum itu dapat dilihat apabila tetap mempertahankan tindakan itu meskipun menghadapi banyak ugutan dan ancaman di peringkat antarabangsa termasuk kecaman daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Yang mana (Brunei) telah mengisytiharkan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah sepenuhnya, bermula beberapa hari lepas.

“Walaupun sebuah negara kecil tapi sanggup untuk melaksanakan perkara yang sangat besar ini walaupun berdepan dengan ancaman-ancaman kuasa besar dunia,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Terdahulu, Muhammad Khalil dalam satu kenyataan mengatakan bahawa musuh yang menentang pelaksanaan undang-undang syariah itu hanya bermain wayang kerana bimbang akan kebangkitan islam

Ujarnya, sikap ‘double standard’ golongan itu dapat dilihat dengan slogan-slogan retorik yang mereka laungkan seperti kebebasan bersuara dan agama padahal mereka sendiri yang melanggar tuntutan tersebut.

“Mereka lupa Brunei Darussalam adalah sebuah negara berdaulat dan merdeka serta mempunyai hak dan kebebasan untuk melaksanakan hukuman dan memerintah mengikut undang-undang pilihan mereka sendiri.

Golongan penentang ini mahu orang lain menghormati hak kebebasan mereka namun mereka pula tidak menghormati hak dan kebebasan orang lain,”.

sumber : https://www.teganukita.net/2019/04/sidang-dun-terengganu-rakam-penghargaan.html?m=1&fbclid=IwAR15OHhG7qG3PCCUmG0juvuNpFWtqKczwqcHxlvZRiv1kFRJLaxDYnxQvqo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...