Kerjasama Dengan Umno Bukan Emosi

| |
Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Kerjasama antara PAS dan Umno yang berlaku sekarang adalah perjuangan yang digerakkan dengan ilmu bukan kerana emosi.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan berkata perjuangan Islam bukan kerana dendam, marah atau benci.
“Kalau perjuangan ini kerana dendam, kerana marah, kerana benci, saya kira Nabi tidak akan terima Khalid Al Walid yang telah mengkucar kacirkan medan Uhud dalam Peperangan Uhud,” tegasnya.
Beliau menjelaskan demikian ketika berucap pada Karnival Sambutan 60 Tahun PAS Kawasan Dungun dan 100 Tahun Masjid Lama Kampung Sura dan Kembara Israk Mikraj di Masjid Lama Kampung Sura di sini pada 4 April.
Kata beliau, ia bukanlah perkara baharu dalam parti tu dan tidak bercanggah dengan dasar dan kepemimpinan terdahulu.
Bahkan katanya, PAS bernah berta’awun (kerjasama) dengan parti Semangat 46 dan juga Pakatan Rakyat sebelum ini.
Jelas beliau, sesuatu keputusan politik yang diambil adalah melalui beberapa proses dan bukannya keputusan individu dalam parti.
“Ni (bukan) Tok Guru buat keputusan sorang ni, ni (bukan) dua tiga kerat je sekitar Tok Guru je buat keputusan, (tuduhan) itu tidak betul, kita ada banyak institusi.
“Kita ada Majlis Syura Ulama yang akan bincang soal dasar dan polisi, kita ada Institut Strategi Parti(ISP), kita ada Lajnah Politik, kita ada Jawatankuasa Harian dan kita ada AJK PAS Pusat yang bermesyuarat saban bulan.
“Ada agensi bermesyuarat tiap-tiap minggu, ISP tiap-tiap minggu bincang untuk dicadangkan kepada PAS Pusat jadi proses kita buat keputusan, last sekali ialah Muktamar Tahunan,” terangnya lagi .
Justeru itu, tegasnya, ahli-ahli PAS tidak perlu bimbang setiap keputusan parti bukannya dibuat di kedai kopi dan bukan keputusan orang perseorangan kerana PAS bukan milik seorang, tetapi milik jama’ie (kolektif).

sumber : https://buletinonline.net/v7/index.php/kerjasama-dengan-umno-bukan-emosi/?fbclid=IwAR3xbPPc-SUcbcA1qqxF9RzI6c5mQlErUXxeeffO40yUoy2ixLEynU7rulY

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...