JENAZAH KONSTABEL ARIF DIJUMPAI

| |

Oleh: Muhd Lukman
DUNGUN, 17 November - Mayat anggota polis yang lemas di Durian Mentangau berjaya ditemui kira - kira jam 12.25 tengah hari semalam.
Mangsa, Konstabel Wan Mohd Mohamad Ariff Wan Yahaya ditemui terapung oleh pihak keselamatan kira-kira 300 hingga 400 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh Sabtu lalu, 10 November.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, operasi hari ini yang bermula sejak pagi tadi akhirnya membuahkan hasil dengan penemuan mayat mangsa.
"Kita memulakan operasi pencarian seawal jam 7.30 pagi yang melibatkan 75 orang anggota dari pihak polis, bomba, angkatan pertahanan awam dan orang kampung akhirnya berjaya menemukan mayat mangsa.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam, mengulas menemui penemuan tersebut.
"Mayat tadi juga dijumpai berdekatan dengan lokasi mayat pertama (suspek) lebih kurang dalam jarak 50 meter.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Dungun untuk dibedah siasat dan akan dihantar pulang ke kampung mangsa selepas solat jenazah.
"Setelah selesai urusan bedah siasat di hospital, kita akan solat jenazah di Masjid Jamek, Paka kemudian akan dibawa pulang ke kampung halaman mangsa, Pasir Mas, Kelantan," ujar beliau.
Dalam laporan sebelum ini, mayat lelaki yang terbabit dalam kejadian kejar mengejar dengan anggota polis sebelum terjatuh ke dalam Sungai Paka di Kampung Baru Penyiram, Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lalu, ditemui lemas kira-kira 400 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh pada 11.50 pagi, 12 November.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...