BAJET 2019: PEMAKAIAN ATLET TERENGGANU PATUH SYARIAH

| |


KUALA TERENGGANU, 25 November - Kerajaan negeri menyambut baik hasrat Presiden Persatuan Sepak Takraw Kebangsaan, Datuk Seri Ahmad Ismail yang mewajibkan semua pemain sepak takraw menutup aurat bermula April 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang berusaha melaksanakan pematuhan syariah dalam pembangunan sukan negeri.

"Antara langkah awal yang dilaksanakan adalah pelantikan Mufti negeri, Dato' Dr. Zulkifly Muda sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk memberi nasihat dan panduan dalam pelaksanaannya.

"Untuk permulaan, semua pemain beragama Islam di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam sebarang pertandingan samada di dalam atau luar Terengganu," katanya.

Beliau memaklumkan hal itu ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Ke-14, hari ini.

Beliau bagaimanapun menyatakan atlet luar dari Terengganu tidak tertakluk kepada peraturan itu.

"Kita mahu memberi kesedaran dahulu kepada semua tanpa ada unsur paksaan sehingga suatu masa yang ditetapkan," katanya.

Negeri juga akan menggariskan panduan berpakaian kepada atlet bukan Islam. 

"Setakat ini, kita tiada garis panduan lagi. Perbincangan akan dilakukan untuk kita tetapkan panduan ini," katanya.

Wan Sukairi mengingatkan bahawa bukan pakaian yang menghalang prestasi atlet, sebaliknya bakat dan kesungguhan.

Rujukan: https://www.teganukita.net/2018/11/pemakaian-atlet-terengganu-patuh.html?m=1&fbclid=IwAR3wNq1304B_wu0gsJn6eVqa95I2W3F8IeMjXR6vzXv27-4EUMo7Li998Ck

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...