Slaamaaaaat!!!

| |

Mohon Selamat. Blog ini cukup umur setahun. Mungkin lambat beranak blog ni. Mungkin ketingggalan berbanding bloggers lain. Janggankan nak bersunat, tahun ni bru boleh cukur jambul. Apapun terimakasih kepada semua yang memberi sokongan dan setia mengunjungi blog dan teratap tak seberapa ini. Kepada yang geram, sakit-hati, penulis mohon maaf. Harap maafkanlahhh... Kalau tak, kesihan kat pengunjung… nanti jadi darah tinggi. Mati awal kang. Marah-marah, penulis tak dengar. Baik senyum-senyum aje. Jiwa pun tenang… insyaAllah kita jumpa di Dun Tenang 22hb nanti.

Kepada pimpinan, petugas maupun ahli Pas… tempoh pilihanraya semakin hampir. Gandakan kerja-kerja kita bagi Pas Ganti Umno. InsyaAllah, slamat berjuang untuk melempar Umno ke laut cina Selatan.

Bagi pelajar baru Sek. Ren. Islam Darul Bayan, selamat mendaftar. Selamat menjalani alam persekolahan. Meskipun sekolah bersebelahan jirat cina. Jangan bimbang, dan 10 tahun beroperasi, slamaaat InsyaAllah. Bagi pelajar baru Sek. Men Islam, selamat mendaftar. Tahniah kerana berjaya terpilih sebagai warga Darul Bayan dan terimakasih kepada masyarakat atas kepercayaan serta sumbangan berterusan demi menjadikan pendidikan Islam sebagai alternatif. Begitu juga kepada Pelajar baru Ma’had tahfiz dan juga Pondok. Semoga perjuangan dalam dunia pendidikan diberi petunjuk serta dilimpahkan kurniaan disisiNya. InsyaAllah selamat dunia, slamat akhirat.

1 comment:

abu muaz said...

selamat tahun baru dari ambe untuk tuan.
semoga makin kuat mengempur UMNO tahun ni.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...