BN Prihatin…. Harga minyak diturun semula?. Terimakasih Najib

| |
Hello bro… Itu Islamabad le… desakan serta bantahan rakyat boleh menumbangkan kerajaan menyebabkan kerajaan terpaksa menarik semula kenaikan harga minyak yang diumumkan sebelumnya. Di Malaysia ni negara Najib albad.. wa malikul sembab. Kerajaan yang dikatakan ulul al-bab... boleh dikatakan mustahil berlaku. Namanya lagi BN (barang naik) mana adalah istilah turun harga??? Rakyat pula diminta sentiasa bersyukur kerana Malaysia Negara hebat dan maju. Tersengih-sengihlah rakyat dengan menunding jari 1 Malaysia…. Dulu, kini dan selamanya…. kena tipu...

ISLAMABAD 7 Jan. Perdana Menteri Pakistan yang bermasalah, Yousuf Raza Gilani tunduk kepada tekanan politik dan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam. Tindakan itu diambil bagi menghalang kerajaan pimpinannya yang goyah daripada tumbang.
“Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama. “Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga pada 31 Disember lalu, iaitu sebelum kenaikan berlaku,” katanya.

Bagaimana pula dengan Algeria.

Kelmaren, remaja Algeria bantah kenaikan harga barangan

Balai polis, pejabat kereta Renault, bangunan akhbar dibakar

ALGERIA: Remaja Algeria melakukan rusuhan besar-besaran membantah kenaikan harga makanan dan kadar pengangguran yang kronik dengan laungan ‘Beri kami gula’, dimulakan sebaik saja selesai solat Maghrib malam kelmarin menyaksikan balai polis, bangunan menjual kereta Renault dan beberapa lagi bangunan dibakar.

Helikopter polis berlegar-legar memantau keadaan dan kedai terpaksa ditutup awal. Pegawai keselamatan terpaksa menutup jalan di kawasan kejiranan golongan bekerja di Bab el-Qued, dekat kota lama, Casbah dan kawasan dalam bandar yang dipenuhi perusuh. Kedutaan Amerika Syarikat turut memberi amaran kepada warga negaranya supaya mengelak kawasan rusuhan dan sentiasa berwaspada. Polis turut menggunakan gas pemedih mata untuk membalas serangan batu yang dilontarkan remaja berkenaan kepada mereka.

Rusuhan itu berlaku selepas harga barang keperluan seperti susu, gula dan tepung yang meningkat naik beberapa hari lalu dan kekecewaan warga negara itu akibat limpahan sumber minyak dan gas yang gagal memberi manfaat kepada rakyat.

Rusuhan kembali meletus, petang semalam. Keganasan berlaku di bandar di El Harrach apabila sekumpulan remaja membakar dan membaling batu kepada polis.
Di kawasan bandar satelit Rouiba, kumpulan remaja itu membakar tayar dan menarik di kelilingnya sambil melaungkan ‘Beri kami gula’ manakala yang lain merosakkan papan tanda jalan dan memecahkan lampu jalan dengan batang besi.


Itulah kuasa rakyat dalam menuntut hak mereka. Para pemimpin yang dipilih oleh rakyat tetapi apabila berkuasa mementingkan diri mereka serta mengabaikan kepentingan rakyat. Brapa kali nak kena tipu? 1 Malaysia kena tipu pe?? dekat pilihanraya baru jenguk muka, berkempen. Bagi ang pau kepada rakyat, Lepas pilihanraya, rakyat pulak kena pau. tak serik lagi ke? dimana kuasa rakyat.... nak harapkan UMNO-BN prihati dan menghormati hak dan pilihan rakyat.... lihatlah apa yang berlaku dinegeri-negeri PR memerintah.

Selagi tak tumbangkan BN dalam PRU-13 nanti, selagi itulah mereka berkuasa dan bermaharaja-lela. Di harapkan rakyat sedar dan memulakan perubahan ini.



2 comments:

Panglima Perang Cyber said...

mcm doa biar malaysia jadi macam algeria dan islamabad jer?


nak ke ?


doalah banyak2 dan kestabilan hari ini kerana pemimpin kita bijak dan orang macam anta tu yang tidak bijak menulis di blog, tidak pandai hasut rakyat hahahah..

usahlah nak hasut lagi, ko berani ke tunggu polis datang tangkap di rumah nanti kerana kesalahan menghasut ?

Saiful said...

Org Umno hanya tahu berselindung disebalik polis, ISA, OSA, Raja... tahu ugut dan menakut-nakutkan rakyat aje... tu le keja UMNO.. ini bukan zaman batu..

Nabi Zakaria, Yahya kena bunuh, Nabi yusof dipenjara, nabi Muhammad Saw dihalau dari mekah... klu setakat UMNO... kesihan....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...