Bukan kuasa & hak Sultan!

| |
Hutang darah, balas darah. Itulah hokum qisas yang ditentukan syara’. Tiada hak dan kuasa siapapun untuk menggugurkan hokum syara’ tersebut kecuali Wali al-dam yang boleh mengampunkan penjenayah itu sama ada sebelum atau sesudah matinya mangsa jenayah. Jika wali al-dam itu mengampunkan penjenayah selepas matinya mangsa berkenaan, maka gugurlah hukuman qisas dari pada penjenayah itu,

Rasulullah s.a.w. yang maksudnya :
“Barangsiapa yang membunuh secara sengaja hendaklah diserahkan kepada wali-wali mangsa jenayah bunuh, jika mereka mahu mereka bolehlah menuntut hukuman bunuh dan jika mereka mahu mereka boleh mengambil diyat iaitu 30 ekor huqqah, 30 ekoar jaza’ah dan 40 ekor hifah dan apa-apa dipersetujui oleh mereka adalah untuk mereka”.

Selain dari itu oleh kerana qisas adalah hak bagi waris mangsa jenayah, maka sesiapa sahaja yang mempunyai hak boleh menguruskan haknya mengikut kehendaknya, seperti mana wali mempunyak hak untuk menggugurkan hukuman qisas atau menuntut ganti hukuman diyat .

Orang lain tiada hak untuk campur-tangan bagi mengampuni atau untuk menggugurkannya samada sultan, pemerintah, perdana menteri, menteri besar atau siapa sahaja. Bagi mangsa bunuh yang tidak mempunyai wali lagi atau waris maka yang menuntut qisas adalah sultan atau pemerintah yang menjadi walinya dan berhak menuntut hukuman qisas berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Sultan menjadi wali bagi orang yang tidak ada wali”.

Tetapi Sultan tidak berhak untuk mengampunkan semua hukuman kerana jika demikian akan menghapuskan kepentingan umat Muslimin.

Wanita Muta'ah bekas pemain bola digantung


SHAHLA dibawa keluar dari mahkamah selepas didapati bersalah pada 2004. Shahla didapati bersalah bunuh isteri bintang sukan Iran





TEHERAN: Iran mengantung sampai mati isteri ‘mutaah’ seorang bekas pemain bola sepak negara itu, yang didapati bersalah membunuh isterinya yang sah. Lapor agensi berita rasmi IRNA.
Shahla Jahed, 40, digantung selepas merengkok di penjara selama lapan tahun, dalam kes yang menjadi perbincangan hangat rakyat di negara berkenaan. Shahla menjadi mutaah kepada bekas bintang bola sepak Iran, Nasser Mohammad Khani. Dia didakwa pada 2002 atas kesalahan membunuh isteri Nasser, Laleh Saharkhizan, dan didapati bersalah, selepas rayuannya ditolak pada 2004 dan 2009. Hukuman yang dilaksanakan itu dibuat mengikut undang-undang qisas atau bunuh balas bunuh.
Pertubuhan hak asasi antarabangsa termasuk Amnesty International menjalankan kempen besar-besaran mendesak Kerajaan Iran membatalkan hukuman itu. Laman web Khabaronline.ir, melaporkan, anak lelaki Laleh menarik kerusi di bawah kaki Shahla, menyebabkan wanita itu tergantung dan menghembuskan nafas terakhir. Nasser turut hadir ketika hukuman dilaksanakan.
Laporan menyatakan pegawai kehakiman menghabiskan sejam berbincang dengan keluarga Laleh Saharkhizan sebelum hukuman dilaksanakan, dalam usaha meminta pengampunan tetapi gagal.
Shahla pada mulanya menafikan terbabit dalam pembunuhan Laleh tetapi kemudian mengaku menikam wanita itu sebelum menarik balik pengakuannya. – AP

Di Malaysia, dalam hal-hal jenayah apabila segala saluran dan cara keadilan telah habis diikhtiarkan, seseorang yang sudah dihukum masih boleh lagi memohon ampun kepada Baginda Sultan sebagai langkah terakhir. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri juga memberi kuasa kepada Baginda Sultan untuk mengampun, menangguh atau pun mengurangkan tempohan hukuman penjara bagi sesuatu kesalahan yang telah dihukum oleh Mahkammah. Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kuasa Baginda Sultan hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi sesuatu negeri mengikut Fasal 5. Jemaah Pengampunan yang dutubuhkan bagi sesuatu Negeri hendaklah terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri Besar dan tidak lebih daripada tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Baginda Sultan.
Yang di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa pengampunan kepada individu yang dijatuhi hukuman (disabitkan dengan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan) di:
a. Mahkamah Syariah: (1) bagi negeri baginda, (2) negeri-negeri yang tidak beraja; dan (3) Wilayah Persekutuan - Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.
b. Mahkamah Awam - hanya di Wilayah Persekutuan.
c. Mahkamah Tentera.

Contoh yang pernah kontreversi apabila keputusan baginda Sultan Pahang yang mengampunkan model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang sebelum ini dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bakal menimbulkan polemik baru. Kartika dijatuhkan hukuman oleh pihak Mahkamah selepas mengaku salah minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008.

Desakan pelbagai pihak termasuk SIS agar digugurkan perlaksanaan tersebut. Walaupun diminta oleh Kartika supaya dilaksanakan hukuman tersebut tetapi akhirnya baginda memutuskan untuk mengampunkan beliau dan mengenakan hukuman yang lebih ringan iaitu menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat.

Hukuman ke atas Kartika diringankan atas sebab kemanusiaan

KUANTAN 1 April – Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat atas sebab-sebab perikemanusiaan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. “Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan.

Apapun tahniah kepada kerajaan Iran kerana menegakkan hukuman meskipun didesak oleh dunia agar menggugurkannya. Sememangnya bukan hak kerajaan bahkan itu adalah hak pewaris dalam menuntut atau menggugurkan hukuman. Hukuman dalam Islam hendaklah dilaksanakan secara adil. Tiada yang boleh mengkecualikan diri sendiri maupun keluarga atau golongan tertentu. Tiadanya hukuman sarang labah-labah. Binatang kecil akan hinggap menjadi mangsa manakala apabila datang kelalawar, dengan sarang-sarang menjadi robek.

Ketika seorang mulia Quraiysh dari bani Makhzumi mencuri, mereka merasa malu dan mereka mencadangkan agar hukuman hudud dikecualikan dan akhirnya menyuruh Usamah yang dikasihi Rasulullah Saw menyampaikan kepada baginda, maka ia memperkatakan hal itu kepada Rasullulah S.A.W,lalu baginda bertanya:Adakah engkau memberi syafaat tentang satu had dari had-had Allah,kemudian baginda bangun berucap seraya berkata: “Wahai manusia,sesungguhnya binasa menjadi umat sebelum kamu kerana mereka itu apabila orang atasan mencuri mereka tinggalkan(tidak dikenakan hukuman)dan apabila orang bawahan mencuri dikalangan mereka,mereka kenakan hukuman hasrat mereka dan Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud: Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad mencuri aku akan memotong tangannya”.

Firman Allah Swt :
وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. Surah an-Nur: 2.

Bila agaknya hukuman dan keadilan Allah Swt dan Muhammad ini akan tertegak dinegara kita?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...