Mahathir sudah nyanyuk atau Melayu mudah lupa?

| |

Adakah Mahathir lupa siapa yang memerintah Negara ini? Adakah dia juga lupa bahawa ia pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun? Tidakkah Parti UMNO yang mewarisi daripada penjajah segala pemerintahan semenjak merdeka sehingga kini? Siapakah yang membuat polisi dan keputusan setiap perkara dalam menentukan masa depan melayu di Negara ini? Siapakah yang menyerahkan pulau Singapura kepada bangsa Lee kuan Yew? Siapakah yang menandatangani dasar Ju So lay dan Perlembagaan Lord reid? Siapakah yang menyebabkan melayu terpinggir dalam ekonomi? Siapakah yang menjadikan orang cina segala millionaire di Malaysia ini?

Adakah Tun Dr Mahathir sudah nyanyuk atau orang melayu mudah lupa? Nak katakana Mahathir pelupa, adakah dia seorang melayu?

Ketika berucap di Kuala Terengganu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, meluahkan rasa bimbang dengan nasib dan masa depan orang Melayu di negara ini. Menurutnya, orang Melayu kini berada dalam keadaan amat genting dan cemas di negara sendiri sehingga memungkinkan golongan itu menerima nasib sama seperti Melayu Singapura yang menjadi minoriti. Katanya, keadaan itu berlaku kerana penguasaan Melayu negara ini yang dahulu sebanyak 60 peratus, sekarang semakin mengecil kepada 20 peratus susulan perpecahan politik, iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menurutnya, tidak mustahil Melayu akan menjadi seperti Melayu Singapura, puak tidak berkuasa meskipun negara itu asalnya milik tanah Melayu jika bertindak tanpa mengikut perhitungan yang waras.

“Jadi puak tidak berkuasa, yang terpaksa terbongkok-bongkok apabila berdepan pihak lain. Bukan kita minta mereka terbongkok-bongkok depan kita, tapi apa yang kita nak adalah agihan adil. “Orang Melayu sekarang mudah terima rasuah. Hanya RM100 atau RM200, mereka sanggup gadai negara. Jika jual undi, kita sebenarnya menggadai negara dan bangsa kita,” katanya.

Kenapa semua ini diletakkan kesalahan kepada pembangkang dan Pas? Pas hanya lama memerintah di Kelantan. Adakah orang cina yang memerintah di Kelantan? Adakah ini bermakna orang melayu merosot menjadi minority di Kelantan? Adakah kerana adanya parti UMNO,PAS & Keadilan menyebabkan orang melayu menjadi minority dan hilang segala hak dan penguasaan? Sedangkan orang cina juga berpecah kepada MCA, GERAKAN, DAP, SUPP dan sebagainya. Kenapa mereka tidak jadi minority?
Siapakah yang mengajar kepada orang melayu erti rasuah ini? siapa yang memberi setiap kali pilihanraya wang? sehingga ke perhimpunan agung UMNO sendiri lahirnya para pemimpin yang rasuah? Sehingga ke hari ini Wang Ehsan digunakan sebagai ibu segala denak rasuah? Kenapa Pas yang bersalah?

Sampai bila Tun Dr Mahathir hendak mencocok hidung orang melayu. Cukuplah Dato Mendaliar dan Si Kitul mengkhianati Melaka. Dunia sudah kata pergi, kubur sudah kata mari. Insaf-insaf dan bertaubatlah. Benarlah doa Dato Fadhil Noor agar dipanjangkan usianya dan ia melihat segala kemusnahan dan kehancuran bangsa melayu ditangannya sendiri. Yang berjaya adalah kroni dan anak-anaknya! Tetapi ia masih mencari kambing untuk dihitamkan? Apa bodoh sangatkah orang Terengganu? Diperbodohkan oleh orang yang menaja wawasan 2020 yang membangkrapkan Negara pada 2019? Munasabahlah Dato Mat Said pun turut hadir.


وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ . أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ
Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi. mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.". Ingatlah, Sesungguhnya mereka Itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar. (Surah al-Baqarah: 11-12)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...