‘Benda Boleh Bincang Kenapa Perlu Menghukum’ – Satiful Bahari

| |



Oleh : Amiirullah Mansor

DUNGUN, 30 Jun – Perbincangan secara matang sebelum melakukan sebarang tindakan adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahari Mamat berkata, masyarakat perlu mengambil intipati daripada sejarah peperangan Uhud yang jatuh pada bulan Syawal.

“Jika timbul satu pemasalahan, kita perlu berbincang atau bermesyuarat sebelum melaksanakan sesuatu keputusan, walaupun dengan isteri kita, kita perlu berbincang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Jamek, Paka, di sini kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi negeri menegaskan, tidak semua perkara yang dilakukan dikawal dan tertakluk pada undang-undang atau peraturan dunia.


Jelasnya, sebarang tindakan dan tingkah laku kita mestilah berada di garisan yang dianjurkan dalam agama.

“Bahkan jika seseorang hakim tersalah melepaskan (hukuman), ia lebih baik daripada tersalah menghukum pesalah,

“Kerana kita ada satu lagi mahkamah yang tidak akan terlepas iaitu mahkamah Allah SWT, di akhirat kelak,” ujarnya.

Usai kuliah Maghrib, hadirin dijamu dengan pelbagai hidangan sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri Masjid berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...