PEMUDA PAS LEBIH PROAKTIF

| |


Oleh: Muhd Lukman
DUNGUN – Pemuda PAS perlu lebih proaktif dan memberikan kerjasama penuh kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk melaksanakan gerak kerja masing – masing.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengingatkan pemuda supaya tidak berasa ‘kecil’ walaupun hanya berada di bawah MPKK.
“Walaupun mungkin kita rasa hanya berada di peringkat MPKK, peringkat ranting sahaja, tetapi realitinya pemuda – pemuda kita berada di saf hadapan.
Menurutnya, terdapat beberapa peranan pemuda di dalam parti.


“Pertama, kita perlu ingat kita berada di dalam jemaah dan mesti tahu PAS ini merupakan satu jemaah islam bukan sekadar parti kerana kita mempunyai dasar iaitu sama ada menang atau kalah, kita tetap istiqamah dalam perjuangan.
“Kedua, kita mestilah mematuhi segala peraturan dan disiplin di dalam parti serta mematuhi arahan daripada pimpinan parti sekaligus melaksanakan gerak kerja yang telah diamanahkan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama MPKK Belia Paka anjuran Pemuda PAS Dun Paka bertempat di Dewan Pondok Darul Bayan, Pinang Merah semalam Khamis 27 September.

Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut menggesa semua pemuda peka dengan kemahuan dan hasrat orang muda.
“Kita mewakili anak muda lain perlu peka dengan hasrat orang muda dan cuba membantu serta merealisasikan hajat mereka.
“Kerajaan PAS juga akan cuba memenuhi segala kehendak ,keperluan dan permintaan orang muda selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Beliau turut melancarkan Pertandingan Keahlian Baru PAS Teramai Pemuda Dun Paka di sini.
Turut hadir Ketua Pemuda PAS Dun Paka, Encik Fauzan Ramli, Timbalan Ketua Pemuda , Encik Ahmad Zhafran, Setiausaha Pemuda PAS, Encik Jamaludin Jusoh serta wakil – wakil pemuda dari MPKK Dun Paka.
Rujukan: https://buletinonline.net/v7/index.php/pemuda-pas-perlu-lebih-proaktif/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...